Saturday, October 31, 2009

GET WELL SOON SAYANG

Dia sedang selsema.

Suara pun dah tak sehensem selalu.

Sengau. Suara itik pun best lagi apa. huhu.

Suhu badan pun melonjak-lonjak naik.

Bila suruh rasa dahi..

Dia kata panas.

Mungkin boleh goreng telur sebijik.

Aku risau tak?

Sumpah aku risau.

Kalo boleh sekarang jugak aku mau terbang ke Banting nun.

Bawak seplastik ubat-ubatan.

Menjadi farmasi bergerak.

Untuk insan terbuchuk dalam kalbu.

Syohh syohh!!

Bertempiaran la kamu si kuman kuman.

Jangan diganggu cinta hati aku.

Sila cepat sembuh ya buchuk.

Thursday, October 29, 2009

AKU KAH ANAK ITU?

Satu waktu dulu.
Itulah tangan yang menghayun buaimu.
Itulah wajah yang menceriakan hari-harimu.
Dan susuk tubuh itulah yang membanting tulang.
Memerah keringat.
Untuk belikan patung comel idaman hatimu.
Tak pernah jemu.
Sungguh mereka takkan pernah jemu.

Semakin menginjak usia.
Kamu semakin dewasa.
Sudah pandai mencari pacar bercinta.
Sudah tak betah lagi duduk di bawah ketiak mereka.

Katamu.
Ini hidup aku.
Masa depan aku.
Aku berhak tentukan hala tujuku.

Sungguh kamu terlupa.
Betapa garis luka mencalar jiwa mereka.

Dulu.
Kamu takkan mampu berdiri tanpa memegang jemari kasarnya.
Kamu takkan mampu duduk tanpa sokongan tubuhnya.
Kamu takkan menjadi apa pun tanpa mereka.

Sungguh.
Jangan disakiti hati tua itu
Jangan dibiarkan airmata mambasahi wajah kedut itu.
Janganlah hanya kerana cinta.
Usahlah kerana kasih seorang jejaka.
Kamu khianati cinta mereka padamu.

Sungguh.
Aku merayu.
Jangan disakiti hati ayah dan ibu.
Sungguh...


Luahan hati seorang anak,

Wednesday, October 28, 2009

TERASA MAU BERPUISI JIWA JIWA

Satu detik itu.
Kita mulakan salam mesra.
Kita cipta bunga-bunga bahagia.
Hingga kamu dan aku.
Sama-sama jatuh cinta.

Bohong kalau aku kata.
Kamu umpama bidadara.
100 markah sempurna.
Cukup dalam setiap segi.
Lengkap dalam setiap arena.

Nyatanya.
Kamu seperti aku.
Lompang sana sini.
Kurang segenap sisi.
Masih banyak yang perlu kita ketahui.
Terlalu besar kelemahan yang perlu diperbaiki.

Namun.
Itu bukan sebab.
Itu juga bukan alasan.
Untuk aku kurangkan cinta aku.
Untuk aku mencari jejaka lagi satu.

Kamu adalah kamu.
Insan yang selalu temani aku
Tak pernah lupa pada janjitemu telefon saban malam.
Tak pernah lupa ungkapkan kata rindu dan sayang.
Tak pernah lupa untuk sentiasa cintai aku.

Aku adalah aku.
Gadis comel yang selalu membuat kamu tergoda.
Gadis kiut yang selalu membuat kamu menjeruk rasa.
Gadis montel yang ingin selalu membuat hati kamu berbunga bahagia.

Kamu.
Semoga kamu sentiasa di sisi.
Menemani aku sampai infiniti.

Aku berjanji.
Akan sentiasa membuat kamu berasa seksi.
Walau hingga satu detik.
Kamu sudah tidak punya gigi lagi.




Yang benar,
Gadis comelmontel kamu.

KAD KAWIN AKU

Sebelum ni aku ada tulis entri berkenaan kad kawin kartun yang telah menambat hati dan sanubari aku ni. Sehingga ke detik ini pun aku masih lagi terpikat dengan kad kawin kartun tersebut. Nampak sangat kiut sementelah aku sememangnya kiut dan miut. *perasan*

Dan baru sekejap tadi aku mendapat satu idea baru untuk kad kawin aku.

Aku mahu melukis sendiri kartun yang akan ditepek atas kad kawin aku.

Apa?

Tak percaya?

Oh. Mungkin kamu kamu semua tidak pernah tahu yang aku ni adalah keturunan insan-insan seni. Abah aku sendiri boleh melukis. Lukis potret lagi tau? Jadi tak mustahil aku juga boleh melukis..tapi takat lukis kartun boleh la. Hahaha..

Aku dah lakarkan kartun yang aku nak guna nanti. Mungkin jugak kartun tu boleh dijadikan trademark wedding aku. Misalnya boleh digunakan untuk cetak bunting, untuk cetak sticker terima kasih dsb. Musti kiut..*wink*

Masih tak percaya kebolehan aku?

Nah tengokla sendiri hasil lakaran aku. Harus diingat, ini adalah lakaran mentah. Belum diedit bagi cantik lagi.



kiut x?karektor kartun yg pompuan tu mmg trademark aku. sape sape tgk jek mst tau itu adalah aku.cuma karektor lelaki tu je aku baru create.huhu..


Okey tak karektor tu? Aku tingin juga nak memberikan sentuhan peribadi pada kad kawin sendiri. Cumanya sekarang aku tak tau kat mana nak cari orang yang boleh edit lukisan mentah aku ni menjadi lebih cantik dan menawan..any idea??

KAGET

7 Bulan lagi..

Apa je yang aku dah buat?

Takde apa pun.

Sejak berbulan bulan yang lepas aku cuma sibuk meng google jek. Tak abis abis mencari doorgift yang cantik dan murah, nengok design design baju yang best dan sesuai untuk 'si comel' mcm aku ni. Survey harga katerer yang paling berbaloi baloi...ermm..survey survey survey.

Jadi aku rasa starting from now on aku dah kena mula bertindak.

Tapi..aku tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak mintak tolong siapa. Dalam kepala cuma terbayang wajah mak je sebagai penasihat terbaik. And wajah Incik Tunang sebagai pendengar yang setia. Huhu..

Setelah aku melalui proses survey survey ni, aku dapat satu idea yang jimat dan bernas. Aku ada satu strategi untuk wedding aku ni iaitu..

Pilih butik andaman, katerer, pembekal doorgift, fotografer dan sebagainya yang tidak berapa popular tetapi mampu memberikan hasil yang da boom. Dan yang bestnya aku dah jumpa semua tu. hehehe..

Cuma masalahnya sekarang duit je blum ada lagi. Bila la agaknya Incik Tunang nak approve kan bajet aku ni. Kalo ada duit kan senang dah. Boleh la beli barang sikit-sikit. Kan?

Dalam entri kali ni aku nak draft sikit-sikit tentang wedding aku nanti. Boleh la esok lusa aku guna untuk rujukan peribadi..

1) Katerer:

Aku dah set nak amik balik katerer adik aku kawin dulu. Sri Angsana Catering. Sedap makanan dia. Aku pun dah email quotation apa service yang aku nak dan harganya masih okey..dalam 13k untuk 1200 pax. Yang penting aku mau semua kerusi tetamu bersarung dan bereben. Hahaha..

Bajet: RM13,000


2) Andaman - baju,pelamin,make up, aksesori,bilik tidur

Untuk yang ni aku ada dua pilihan.

Satu, aku amik balik pak andam masa wedding adik aku kawin dulu.*Anje*. Sebab harganya murah..dalam RM2500 boleh dapat set baju dan pelamin lengkap untuk dua dua belah pihak. Make up nya pun cantik. Cuma kalo boleh aku nak baju baru. Mungkin kna tambah duit skit dalam seratus dua. Tengoklah nanti macam mana. Anje ni ex ofismate mak aku. Jadi sng la nak kaw tim. ngeh ngeh..

Dua, Butik andaman milik saudara Mak Da aku. Terletak di Pertama Kompleks..Nama butiknya aku tak pasti. Lupa. Hehehe..

Butik ni hampir menjadi pilihan aku masa bertunang dulu. Tapi sebabkan beberapa masalah teknikal, terpaksa cancel. Takpelah..mungkin rezeki bekerjasama masa kawin pulak.huhu

Bajet: RM 3,000


3) Fotografer

Seperti biasa..WanDet Entertainment. Aku percaya pada kebolehan abah aku. Aku yakin abah mampu abadikan momen momen indah sepanjang majlis aku nanti.

Cumanya..

Please ye abah..jangan tangguh tangguh siapkan video n gambar yong nanti. Okey?

Oh satu lagi. Aku mau outdoor fotografi. Boleh kan abah?;P


Bajet: RM1,000


4) Doorgift

Yes! Part ni aku paling teruja.

Sebab..aku sudah ketemu doorgift yang aku cari-cari selama ni. Aku sangat sangat terpikat dengan semua produk yang ada di www.duriankahwin.com. So unik dan affordable. Tak percaya? Sila la susuri sendiri.

Serasanya aku memang akan order doorgift untuk semua tetamu dan tetamu VIP kat situ jek.

Ops lupa. Mak kata wajib bagi telur jugak kepada semua tetamu. Dan sebagai anak, aku cuma menurut perintah. Untuk telur, aku akan letak je telur rebus tu dalam uncang organza tu. Simple but nice. Yang penting, mesti bagi telur. *kata mak*


Bajet: RM3,000


5) Hiburan

Untuk PA sistem bagai, WanDet Entertainmet pasti boleh membantu. Aku tak mau ada sesi karaoke bagai. Cukuplah sekadar mainkan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh aku dan Amry.

Erm..cuma mungkin ada sesi pengantin menyanyi. Incik Tunang kata beliau mahu adiahkan sebuah lagu untuk aku. Dan mungkin aku juga akan adiahkan sebuah lagu untuk Incik Tunang. Aiceh..*bajet suara sedap*

Pasukan kompang harus ada. Nak cari mana ek? Any idea?

Aku juga mahukan pengacara majlis. Bukan Deejay ok? Tapi pengacara majlis. Aku mahu majlis aku berjalan lancar seperti yang aku rencanakan. Insyaallah..


Bajet: RM500


6) Barang-barang hantaran

Erm..list barang-barang hantaran dah ada dah dalam kepala. Cuma kami akan buat kelainan sikit iaitu ada satu dulang hantaran misteri dari aku untuk dia, dan dari dia untuk aku. Huhu..Nak wujudkan elemen surprise la kononnya..hehehe..

Before this Incik Tunang kata nak p beli barang hantaran bulan Dec nanti. Sebab time tu kan krismas. Jadi memang banyak jualan mega untuk produk-produk macam perfume, set penjagaan diri yang memang sesuai dijadikan hantaran.

Incik Habib pun akan wat clearance sale bulan Dec nanti. Makanya boleh la kami p beli cincin kawin siap-siap.

Tapi...

Incik tunang kan dah kena berangkat ke Labuan next month..huhuhu..Makanya, aku terpaksalah p soping kawin tanpa insan terbuchuk dalam jiwa.huhu cedih.


Bajet: RM2,000



7) Lain-lain

Lain lain ni la yang sebenarnya paling banyak kuarkan duit dalam kategori membazir. Haih.

Apa benda yang termasok dalam kategori lain-lain ni?

a) Baju famili
b) set bilik tidur
c) hiasan rumah
d) aksesori penanggak
e) emergency use.

Apapun, kategori lain-lain ni merupakan benda paling last yang aku akan beli sebab ia tak berapa penting. Yeke? hehehe..


Huh. Tengok tang bajet tu berpeluh gak. Tapi takpe, itu cuma bajet kasar. Aku akan detail kan lagi bajet tu dalam sheet excel aku. Hmmm..Berjayakah aku?

Tuesday, October 27, 2009

MENUJU 4 JUN 2010


Setelah usia pertunangan mencecah 4 bulan setengah, baru lah aku dan incik tunang dapat mencapai kata putus tentang tarikh hari bersejarah kami. Yup. Kami sepakat memilih 4 Jun 2010 sebagai tarikh nikah. Insyaallah..

Bagi sesiapa yang memang merupakan silent reader blog ni tentu mereka tahu betapa banyaknya perubahan masa dan tarikh nikah yang telah aku buat. Kejap nak buat bulan Februari. Kejap ubah ke bulan Mac. Sekarang dah ubah ke Jun pulak. Adeh la..pening.

Sesungguhnya menetapkan tarikh nikah ni bukan satu benda yang senang. Sangat rumit. Setelah mengambil kira pelbagai perkara, aku rasa 4 Jun adalah tarikh terbaik. Waktu tu aku dah habis praktikal dan sedang bercuti sementara tunggu panggilan untuk posting. Incik tunang pulak akan mengambil cuti selama sebulan bermula 1 Jun-30 Jun. Jadi kami berdua memang mempunyai masa yang sangat panjang dan tenang untuk meraikan detik-detik terindah dalam hidup.*aiceh*

Jadinya, kalo tengok kat daisypath sebelah kanan blog ni..masa cuma tinggal 7 bulan, 1 minggu dan 1 hari sahaja lagi untuk aku mempersiapkan apa yang patot. Sempat tak? Aku kursus kawin pun tak pegi lagi nih. huhu..

Takpelah..

Pelan-pelan kayuh..

Therefore..final date..

Nikah - 4 Jun 2010

Sanding - 5 Jun 2010 (Cuti Hari Keputeraan Agong)

Majlis tandang - 12 Jun 2010

Makanya kepada sekelian sahabat handai, sila cepat-cepat tempah baju paling glamer yang anda mahu..si pengantin tak kisah kalo kamu-kamu over the shadow..

Sebab tema majlis aku nanti...*sama-sama kita glamer*

;p wink

PAPADOM VS PAPA DET


Semalam masuk dua kali aku tonton filem Papadom. Jarang aku nak menonton filem lebih dari sekali. Tapi untuk filem Papadom ni lidah memang tak boleh bohong. Memang best tahap 18 bintang. Tak percaya? Sila p tonton sekarang.

Jalan cerita filem ni sebenarnya biasa je. Menceritakan tentang pengorbanan seorang ayah atau dalam filem ni di panggil papa kerana sanggup bersusah payah menjaga anak beliau sehabis baik. Kalo boleh nyamuk sekor pun dilarang menyentuh kulit anak beliau. Huh betapa tingginya kasih sayang seorang ayah yang ingin ditunjukkan.

Dan aku??

Tipu kalo aku tak teringat langsung kat abah aku semasa menonton filem ni. Dua kali aku nonton, dua kali jugak aku sob sob dalam panggung wayang tu. Really terharu dengan kasih sayang seorang bapa.

Aku mula terpikir.

Mungkin itulah perasaan abah aku sepanjang beliau membesarkan aku. Mungkin sebanyak itulah kerisauan yang bermukim dalam hati selama melihat aku belajar berdiri atas kaki sendiri.

Perasaan seorang abah yang aku tak pernah ambil tahu.

Yang aku tahu..

Call abah bila akaun bank mula susut.

Call abah bila ada benda nak beli tapi tak berapa nak mampu beli sendiri.

Call abah bila nak mintak tandatangan borang sekian sekian.

Aku tak pernah nak ambil tahu apa perasaan abah.

Penat ke tidak abah kerja siang malam.

Sakit pening abah melayan karenah kami adik beradik.

Sampaikan abah aku dah pencen pun aku boleh tak tahu.

Kejam sungguh..

Tapi aku tahu. Aku yakin. Aku sangat sayang my abah..

The greatest dad in my world..


My papaDET

AKU SI GURU BITARA

Lega..

Aku dah berjaya dapatkan tempat untuk latihan mengajar yang akan bermula 2 Mac 2010 nanti. Thanks to Yantietoro sebab susah payah tolong carikan tempat praktikal untuk aku...dan juga untuk beliau sendiri.hehehe

Asalnya aku dan geng 6 jahanam aku plan untuk praktikal bersama-sama. Paling tidak pun dalam negeri yang sama. Kurang-kurang boleh tinggal sekali. Buat havoc dalam rumah sendiri. Hahaha.

Tapi apakan daya. Pelbagai kesilapan tak berapa teknikal membuatkan kami berenam terpaksa berpisah. Empat akan mengajar di Terengganu dan dua di Nogori Sombilan. Tak kisahlah, yang penting bukan sorang-sorang. Aku kalau boleh nak masok kelas pun berduet dengan teman bicara jiwa. *betapa punya parkinson daa*

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar. Takde lah kes orang potong line ke apa ke. Bukan apa, susah tau nak cari sekolah ni. Tiap kali call sekolah jawapan semua sama jek..

"maaf dik, tempat dah penuh"

Huh. Awal-awal lagi profesion keguruan ni dah menguji tahap kesabaran. Tapi takpe. Ini Yongnana la. Bakal guru bitara. *aiceh*

Jadi kesimpulannya, setakat masa dan detik ini, nama aku dah ada kat salah sebuah sekolah kat Soromban ni. Sekolah ni memang sangat strategik. Depan rumah teman bicara jiwa aku..Yantietoro. Maka memang boleh sangat lah aku nyanyi lagu yang femes tu..tukar lirik sikit..

"Poie sokola..naek basikal..tongah hari...tongah paneh..lalalalala"

Jadi dengan bangganya..

presenting to all of u..

my sekolah to be...

badge sekolah..SMK Seremban Jaya.*cekgu kna pki jgk ke?*


wahhh...sekolah nampak canggih..ada lif x?huhu


Semoga aku berjaya menjadi guru bitara..wish me luck!

Monday, October 26, 2009

SI DIA YANG PERASAN

Sedang aku dok telek-telek pict yang belambak-lambak dalam memory sim aku ni..

Tiba-tiba..

Aku terpandangkan satu pict ni.

Huh..menyampah plak aku nengoknya.

Perasan.

Bajet awak tu hensem macam Farid Kamil la tu?

Tak pun macam si Shamsul Yusoff la ek?

Jauh panggang dari ayam panggang tau?

Sungguh aku tak cemburu.

*ye ke ni...*

Iye..sikit pun tak cemburu.

*Abis tu nape emosi emosi dalam blog ni?*

Ala..saja je nak bagi entri makan..jadikan bahan jek. Tapi tak cemburu pun..

Cuba korang tengok sendiri..korang cemburu ke menyampah tengok pict kat bawah ni?

Sila undi ye?



Incik tunang sedang berpelukan dengan Diana Danielle semasa sesi latihan menembak PLKN. huh. aku tak cemburu!

BERKELIARAN BERSAMA INCIK TUNANG

Incik Tunang pernah kata beliau tingin nak rasa makan Kenny Rogers Roaster. Tak pernah makan rupanya mamat tu. Sian la plak. Jadi ada kesempatan aku bawak la dia p makan..kemain sengih lagi beliau..Almaklumlah.makan sedap..free pulak tu. Mana tak senyum sampai belakang tlinge..

Mari kita zass!!

wajah keriangan incik tunang dapat mkn free



ni pulak wajah pura-pura riang aku sebab in few minutes lagi, selai not akan terbang.huhu



Ini adalah kedai makan. bukan perpustakaan.*kata aku dalam hati*



mufin choc dia punya.vanilla aku punya. tapi nape dia suka curik aku punya?haih



Ice lemon tea yang kononya sesuai menjadi 'kawan' ayam golek golek.*kata incik tunang*



My feveret drink ever..mineral water with ice.huhu


Mesti tertanya tanya mana pict main menu nya? Huhuhu..itulah nak habaq mai. Kami naga dua ekor sangat kelaparan time tu. Makanya bila sampai je ayam golek-golek tu depan mata, kami trus 'terkam' sampai licin. Tinggal pinggan jek. Nak amik gambar pun tak sempat dah..hahaha..

Kesimpulannya memang best makan hari tu. Bukan semata mata sebab ayam golek golek tu sedap. Tapi sebab makan bersama insan terbuchuk dalam jiwa. Bersama beliau makan megi in cup tepi jalan pun dah sorga. Huhu..


BERAKHIR SEBUAH PENYEKSAAN MINDA

Hooray!!

Trasa ingin melompat. Tak kira la melompat lebih tinggi ke. Melompat katak ke. Yang penting hati trasa ingin melompat keriangan.

Apsal??

Untuk meraikan tamatnya penyeksaan minda....walaupun sekejap cuma.huhu


Alhamdulillah..aku berjaya jugak abiskan 7 paper final exam aku walaupun persediaan tersangatlah tak cukup rapi. Dua paper terakhir aku tak study langsung. Betapa berani matinya aku. Tengoklah result kuar nanti. Meroyan ke tak meroyan aku nanti. Hahahaha..

Untuk menyerikan entri kali ni..aku tepek gambo persediaan tak rapi aku. Cukuplah buat bekalan 'berperang' di dewan exam.huhu


membeli set pensel 2B didatangkan pakej dengan pemadam dan sharpener canggih.




membuat ulangkaji olok-olok sambil berfesbuk.huhu



Apa yang penting sekarang aku mau coti. Duduk di rumah 24/7, dan melarang minda aku untuk berfikir walau sekelumit pun tentang study. Hahaha..

Tunggulah sampai isnin depan baru aku akan planning semula perjalanan hidup aku sebagai bakal guru bitara. aiceh..

Sekarang..aku mau coti..yadda yadda..

Monday, October 12, 2009

MARI KE DAPOR

Blaja tinggi-tinggi sampai universiti..abis degree, sambung blaja lagi tinggi kat Uitm Shah Alam. Menara SAAS tingkat 14 tu..tak tinggi ke aku blaja? Skrg sambung blaja lagi kat UPSI plak. Blaja mcm nak jadi gabenor bank negara..tapi masak tak reti. Hahahah...Itulah aku.

Tapi jangan pandang aku sebelah mata tau. Aku cekap jugak kat dapur mama tu. Bagilah aku wat kek ke biskut ke cucur bilis segera ke..memang aku handalan. Hahaha..Dan semalam aku telah menguji kehandalan aku sekali lagi di dapor. Yeay..misinya adalah menyiapkan sebijik kek batik.

Berjaya atau tidak aku?? Tengoklah nanti...hehehe


Step pertama:

1) Sila hidupkan enjin kete atau motor anda untuk ke kedai. Tak kisahla kedai runcit ke, pasar mini ke, pasar raya ke..asalkan kedai tersebut menjual barang-barang seperti yang tertera dalam gambar dibawah..sila semak.


biskut merie (cap apa pun bleh), milo,serbuk koko, telur, susu pekat manis, buttercup, gula halus dan esen vanilla*tiada dlm gambar krn berada dlm peti sejuk..lupa nak kuarkan.huhu*



Step 2:

1) Pinjam alat pemukul telur ibu masing-masing kemudian pukul 1 1/2 ketul butter dgn 2 cawan gula halus sampai kembang. Beliau tidak akn kembang seperti bunga yang mengharum wangi ye..tetapi signal-signal beliau sudah kembang adalah warna adunan bertukar dari kuning butter kepada putih kekuning kuningan. Pastu stop.


Step 3:

1) Pecahkan 7 bijik telur ke dalam adunan tadi. Then pukul lagi sampai sebati. Pastu masokkan 2 penutup esen vanilla..Pukul skit lagi. Then stop. Letak kat tepi jap. Jangan sampai adik-adik korang yang kecik colek-colek rasa. Huhuhu..


Step 4:

1) Kita wat coklatnya pulak. Amik mangkuk besar...mangkuk ayun dikecualikan okey? Pastu masukkan 9 sudu milo n 6 sudu koko dalam mangkuk tersebut. Pastu add on 1 tin susu pekat manis n 2 cawan air panas. Air suam-suam kuku pun boleh..Jangan bubuh air sirap sudah lah. Kemudian kacau sampai takde ketul-ketulan yang terhasil dari serbuk koko n milo tadi.


Step 5:

1) Letak periuk mama atas dapur. Hidupkan dapur dengan api yang paling minimum..Ingat..api haruslah kecik..Api kan kecik-kecik menjadi kawan. hehehe..

2) Pastu masukkan adunan butter, gula n telur tadi dalam periuk. Bancuhan coklat tadi juga jangan dilupakan. Masukkan sekali..


Step 6:

1) Ha..part ni la paling tension skali. Kamu-kamu semua dikehendaki mengacau bancuhan dalam periuk tadi sepanjang masa sampai la ia mendidih. Proses ini memakan masa yang agak lama. Boleh mencecah 1 jam jika proses ini diiringi dengan aktiviti bermain world cafe di dapor. huhu..

2) Bila ia dah mendidih..bancuhan coklat tadi akan kelihatan pekat dan likat. Dah tu masukkan la biskut merie yang kamu beli tadi. Takkan nak simpan dalam almari je kot. huhu..Oh lupa..Pecah-pecahkan dulu biskut merie tu.Pastu masukkan dalam periuk. Gaul sebati. Then siap! Tutup api okey!



Step 7:

1) Sila tanya ibu-ibu kamu semua di mana beliau simpan loyang. Tau tak apa kebendanya loyang tu? Ala..yang pat segi tu. Sila tanya ibu masing-masing untuk keterangan lanjut.

Pastu masukkan kek blom siap anda tadi dalam loyang. Ratakan cantik-cantik macam dalam gambar kat bawah ni.huhuh.





Step 8:

1) Simpan dalam peti sejuk mewah anda selama mana yang anda suka. Pastu potong-potong dan makan!! Nom nom nom nom....


Selamat terliur!

;)

AKU SANG PENAGIH

2 bulan sebelum ini....

Aku telah mendapat satu hobi baru. Hobi yang merapatkan hubungan aku dengan 'peti sejuk' aku ni. Pantang berenggang sekejap, mula la aku resah. Pendek kata pegi mana-mana pun aku tetap mau bersama dengan sang 'peti sejuk' aku ni.


Mengapa ya?

Oh. sungguh aku sangat cintakan 'peti sejuk' bunga-bunga ni. Oh terlupa pulak. Aku juga sangat menyayangi sang arjuna broadbang aku. Jangan sesiapa cuba-cuba berani takot untuk merompak sang arjuna aku dari tangan aku.huhuhu.

Adeh kenapa la dengan Cik Yongnana ni??

Ladang!

Ya..Ladang Farmville...di fesbuk la sebabnya.huhu

Aku sudah ketagih bermain game tersebut. Aku sanggup bersengkang mata bercucuk tanam, menternak ayam itik hatta anak gajah sekalipun di ladang maya aku itu. Sangat bahagia rasanya melihat sayur-sayuran tumbuh subur. Melihat ayam itik lembu kambin dan juga oik oik berkembang biak. Sangat melekakan. Sampai dalam kelas pun aku berladang.huhu. Betapa ketagihnya aku.



2 minggu kebelakangan ini..

Setelah aku berjaya mencapai kejayaan membanggakan dalam arena bercucuk tanam,aku telah bosan. Huh. Biasalah manusia..tak pernah puas dengan apa yang ada. Huhuhu..Jadi aku telah beralih arah dan juga angin. Dari bidang pertanian, aku bertukar ke bidang perniagaan. Baru la sesuai dengan course yang aku amik kat UPSI ni. Kan? Kan?

Jadinya sekarang aku telah membuka sebuah cafe yang diberi nama "Makcik One's Cafe". Betapa tak glamernya nama cafe aku. Tapi takpelah..ada maksud tersendiri di situ. Cuma aku dengan pakcik cafe sebelah je tau. Hahahaha..Pakcik mana la pulak aku maksudkan ni.

Meniaga di cafe ternyata turut membahagiakan. Cafe aku berkembang biak secara majunya sehingga di cemburui oleh pesaing-pesaing yang lain. hehehe..*kalo berani sosah la cafe aku*

Malangnya...7 hari dari sekarang aku kena ada final exam. Ya..ini bukan rekaan. Aku betol-betol ada final exam. Bayangkan sekarang pun aku tengah ber cafe. Huhuhu..Betapa tak sedar dirinya aku tentang kepentingan final exam daripada ber cafe ni. Entah bila la aku nak mula study ni..Oh Tuhan..kuatkan la semangat aku yang sedia lemah ni.huhu..

Apa boleh buat..

tengok tajuk la..

AKU SANG PENAGIH......FARMVILLE+CAFE WORLD.

Monday, October 5, 2009

TAKDE MOOD

Petang tadi plan nak bagi entri makan banyak-banyak malam ni. Biar gemuk. Tapi disebabkan beberapa masalah yang tak berapa nak teknikal. Aku tak mampu nak teruskan lagi.

Aku takde mood malam ni.

In pain.

Baju tiga baldi belom basuh.

Sampah tak buang.

Exam dah dekat.

Weekend yang terlampau bizi membuatkan aku masih lagi penat. Jadi bila 'mahmood' aku datang balik nanti aku bagi makan entri lagi ok?

Mau berehat.

daaa..

TUNGGU AKU..LABUAN

Dulu aku sibuk pikir macam mana nak elakkan dihantar mengajar ke Sabah atau Sarawak. Sampai terkeluar idea gila mahu mempercepatkan tarikh nikah ke bulan Februari. *Sila rujuk entri "percepatkan tarikh nikah"*

Tanpa diduga, rupa-rupanya Incik Tunang terlebih dulu dihantar bertugas ke Labuan!

Omaigod...

1st impression aku?

Terkejut+tak percaya+terkejut+tak percaya.

Dulu pernah satu ketika Incik Tunang pernah bagitahu aku dia kena posting Labuan. Setelah puas aku menangis, merayu supaya dia jangan pergi..endingnya dia ketawa terbahak bahak.

Semuanya hanya lakonan rupanya. Sandiwara. Drama swasta. Hidup-hidup dia perdayakan aku. Huh!

Sebab tu kali ni bila dia bagitahu berita yang sama aku SUSAH SANGAT nak percaya. Aku macam fobia diketawakan sekali lagi.huhu. Tapi bila Incik Tunang sampai sanggup bersumpah sumpah aku terkedu jugak. Betul betul ke dia kena pergi? Abis aku macam mana? Perkahwinan kami macam mana? Omaigod!

Aku terdiam. Cuma fon je melekap kat telinga tapi mulut aku bisu. Cuma Incik Tunang je yang beria plus teruja bercerita yang dia akan ke Labuan bermula 26 November ni. Ya, sila jangan terkejut.

Jujurnya aku menangis dapat berita tu. Macam mana la agaknya melalui alam pertunangan yang dah nak masok separuh masa kedua ni seorang diri. Sedih. Tapi bila mendengar suara Incik Tunang yang ceria dihantar ke Labuan, aku jadi serba-salah. Beliau terlampau seronok dapat tengok negeri orang. Beliau juga berjanji sungguh-sungguh untuk bawak aku ke sana jugak tahun depan. Dia sanggup turun naik KPM tu hanya untuk pastikan aku dapat teman dia kat sana. Berumah tangga di Labuan. Sungguh aku terharu.

Jadi final decision aku..aku akan ikut Incik Tunang ke Labuan tahun depan. Aku takkan teragak-agak untuk apply posting di Labuan bila tiba masa mengisi borang posting nanti.

Family?

Pastinya aku akan rindukan keluarga kat semenanjung ni nanti. Tapi sekarang zaman dah canggih. Ada teknologi macam-macam. Aku akan ajar mama aku guna 3g untuk call aku nanti. Jadi tiap tiap hari mama dapat tengok muka aku yang kiut ni. huhu.

Menghitung hari untuk menjadi sebahagian warga Labuan.*teruja*. Moga-moga perjalanan hidup aku dipermudahkan-Nya. Amin..


Pemandangan Pulau Labuan dari udara.Macam best je dok sana.*wink*