Thursday, December 31, 2009

PROMOSI TUDUNG NIKAH & TUNANG *ENTRI MELEKIT*




Salam,


Jika anda ingin mendapatkan tudung nikah atau tudung tunang secara percuma, kami akan menaja satu bulan satu pengantin bermula Januari 2009. Promosi besar - besaran ini adalah untuk merealisasikan impian anda menggayakan tudung pilihan dihari bahagia dan juga ini adalah tanda terima kasih di atas sokongan anda terhadap pihak Koleksi Vispera.

Selain dari itu, jika anda terlepas peluang untuk menerima tajaan, kami juga akan memilih secara rawak pemilik blog yang bertuah untuk menerima voucer diskaun 50%.

Andai kedua-duanya terlepas, anda masih memilik kupon voucer diskaun 10% kepada semua pelanggan yang berdaftar sebagai Ahli Rangkaian Vispera mengikut terma dan syarat.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja..
  1. Daftar sebagai Ahli Rangkaian kelab Vispera.

  2. Jadikan entry ini sebagai entry pertama (sticky mode/post) anda di dalam blog dan link terus ke alamat ini http://koleksivispera.blogspot.com/

    • Untuk majlis bulan Januari tarikh entry anda adalah pada 30 November 2009
    • Untuk majlis bulan Februari dan Mac tarikh entry anda adalah pada 10 Disember 2009.
    • Untuk majlis bulan April, May dan Jun tarikh entry anda adalah pada 31 Disember 2009.

  3. Buat satu entry mengenai TUDUNG/SELENDANG/VEIL IDAMAN SAYA berserta gambar tudung/selendang/veil pilihan anda. Anda juga dikehendaki meletakkan logo Koleksi Vispera sebagai penaja pilihan dan link terus ke alamat http://koleksivispera.blogspot.com/
  4. Anda dikehendaki meninggalkan alamat blog anda diruang komen bagi memudahkan kami menjejaki anda.

Apakah syaratnya??
  1. Emailkan butiran berikut ke koleksivispera@gmail.com

    • Nama Peserta :
    • Nama Pasangan :
    • Tarikh Perkahwinan/Pertunangan :
    • Lokasi Majlis :
    • Warna Tema :
    • Jenis Baju : (termasuk material & design)

  2. Terbuka kepada semua bakal pengantin di serata tempat dan tarikh di antara Dis 2009 - Jun 2010. Kos penghantaran ditanggung oleh pemenang.

  3. Anda dikehendaki menghantar 5 keping gambar majlis bagi tujuan promosi di blog kami. *Gambar akan menjadi hak milik kami bagi tujuan promosi sahaja.

  4. Segala keputusan adalah muktamad.

Bila pengumuman pemenang?

Ia akan diumumkan secara berperingkat seperti berikut :
  • Penajaan bulan Januari akan diumukan pada minggu pertama bulan Disember, maka pengadilan akan dibuat sehingga 30 November 2009.
  • Penajaan bulan Februari dan Mac akan diumukan pada minggu ketiga bulan Disember, maka pengadilan akan dibuat sehingga 10 Disember 2009.
  • Penajaan bulan April, May dan Jun akan diumukan pada minggu pertama bulan Januari, maka pengadilan akan dibuat sehingga 31 Disember 2009.

VISPERA SI TUDUNG IDAMAN

* Entri melekit. Sila skrol ke bawah untuk entri baru*


Zaman dahulu pengantin perempuan lebih selesa jika disanggulkan rambut tinggi-tinggi, kemudian sanggul tersebut dicucuk dengan satu aksesori tu, apa namanya ntah..aku panggil cucuk sanggul jek. Huhu.. Teringat mak masa kawin dulu. Dengan songket hitamnya, rambut bersanggul kemas, sangat tradisional, manis, dan sopan.

Tapi zaman makin berubah. Sekarang ni pengantin bertudung semakin ramai. Terutama untuk majlis akad nikah. Hampir semua pengantin mahu tampil bertudung sopan pada upacara indah ini. Maka, pemilihan tudung yang sesuai harus ada dalam senarai agenda si brides to be. Wajib ada.

Melalui pemerhatian aku, ada pengantin yang lebih selesa memakai tudung bawal manik tepi sebagai pelengkap kepala di hari pernikahan. Kelihatan sangat bersederhana. Tetap cantik jika pandai digayakan.

Ada juga yang memilih tudung penuh kerawang, bersulam, bermanik bagai. Pun cantik kalau padan dengan si punya tubuh badan.

Aku pulak camne??

Aku pada asalnya bercadang nak pakai tudung....tudung apa namanya ni ek? Aku tak tau nama sebenarnya, tapi ramai orang panggil Tudung Ekin. Maaflah kalau salah nama. Aku bantai sebut jek. Huhuhu.. Aku mahukan Tudung Ekin versi putih polos. Kononnya mahu kelihatan sederhana la tu. Huhu..

Tapi tadi, sedang syok aku lalu-lalang kat blog shahlina, aku terpandangkan ini.


Dan dalam kotak ajaib tu ada ini.
.
.
.
.


Mak ai...santeknya dia. Sudahlah muka pun ayu. Tambah lagi tudung dia yang gojes tu. Sungguh aku jatuh chenta.

Errr...sambung skit ayat atas tu..Sungguh aku jatuh chenta pada tudung si ayu itu. Huhuhu..

Okey, tengok yang ni pulak.

Aduh..aku terpana..Yang ni pulak..


My dream wedding. Perfect!

Cantik kan tudung yang digayakan tu? Kan? Kan?

Tidak terlalu sarat, dan tidak terlalu kosong. Sangat sesuai untuk majlis akad nikah.

Kalau OP nak close up wajah pengantin pun pasti akan cantik.

Biarpun wajah pengantin sedang resah menunggu pengantin lelaki terlewat sampai,

Walaupun riak muka si dara tak keruan dalam debaran,

Biarpun mimik muka si gadis bertukar sedih sampai menitis air mata,

Aku percaya, penampilan keseluruhan si pengantin pasti masih sempurna.

Jangan diperkecilkan peranan si tutup kepala. Biarpun kecil, kehadirannya mampu merubah sekeping gambar, menyerikan sebuah wajah.

Itulah dia...

VISPERA SI TUDUNG IDAMAN SAYA.

KRONOLOGI 2009..SAYONARA.

Rasa macam baru je lagi aku terjerit pekik tengok bunga api meletop letop dengan cantiknya masa sambutan tahun baru 2009 dulu. Dan sekarang tinggal kurang lebih 7 jam je lagi untuk aku tengok bunga api yang meletop tinggi meraikan kedatangan tahun 2010 pulak. Pantas sungguh masa tu berlari. Kalau masok lawan lari mungkin boleh juara. Hehehe..

Dan entri ini merupakan entri terakhir aku untuk tahun 2009. Jadi aku mau mengimbas kembali kenangan-kenangan indah yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2009 ni.


Alkisah maka tersebut lah kisah....

Tayibbb...


=)


Januari 2009..

Buat pertama kalinya keluarga incik tunang *masa tu incik boipren* membuat kunjungan muhibah ke kampung halaman aku. Biarpun sekadar kunjungan biasa tanpa diiringi dengan dulang-dulangan, cincin belah rotan, pantun berkerat-kerat bagai, tapi aku terasa sungguh bahagia. Sekurang-kurangnya aku tahu hubungan aku dengan incik tunang direstui keluarga.

Owh gambar takde, tak sempat nak snap sekeping pun sebab aku dikuarantinkan di dapur. Hanya boleh keluar bila dipanggil. Hehehehe..


Mac 2009..

Selalunya bila aku bukak topik bertunang mesti Incik Tunang buat-buat reaksi macam tak berminat. *iye, memang aku yang keluarkan idea nak bertunang tu. Sila jgn gelak*. Tapi entah kenapa ada satu malam di bulan Mac aritu, Incik Tunang tetiba bersetuju untuk bertunang. Sampaikan aku kena tanya berkali-kali untuk pastikan yang aku tak salah dengar. Dan jawapannya tetap sama. Beliau bersetuju untuk ikat janji.

Weehooo!!

Im going to be officially booked by him!


Mei 2009..

Im being promoted! Alhamdulillah.

Owh lupa, dulu aku hanyalah seorang juruaudit di sebuah firma audit yang kecik jek. Gaji pun ciput jek. Sape-sape yang pernah jadi external auditor tahu lah camne keje auditor ni n betapa tak setimpalnya gaji dengan keje yang diberi. Huhuhu..

Tapi Alhamdulillah..Aku dinaikkan pangkat. Dari junior audit ke semi senior audit. Gaji pun naik la sikit. Sikit jek, tak banyak. Neway thank to ANZ!


Jun 2009..

Majlis indah itu...boleh rujuk entri *Ini Entri Basi* untuk keterangan lanjut. Heheheh

Apapun aku sangat bersyukur selamat menjadi tunangan insan terbuchuk dalam kalbu.

Selang beberapa hari lepas bertunang, aku dapat satu lagi berita gembira. Permohonan aku untuk amik Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) diterima!

Sekali lagi weehoo!!

Orang kata ini rezeki orang bertunang. Alhamdulillah..


Julai 2009..

Aku terpaksa letakkan jawatan aku di ANZ untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar semula di UPSI, Tanjong Malim. Duduk menyewa dengan kawan-kawan, pergi kelas-balik kelas, makan nasik bungkus, tido atas toto, berpeluk cium dengan nota dan buku-buku, begitulah layaknya kehidupan seorang bakal guru. Huhuhu..


September 2009..

Pertama kali beraya sebagai tunangan orang. Seronok jugak rupanya. Saling kunjung mengunjung sambil membawa rombongan yang boleh tahan besar. Hahahaha...

Apapun ini merupakan sambutan hari raya aku yang terakhir sebagai Cik Wan Nor Fadzlina..Tak sabar nak tunggu detik main O som undi balik kampung dengan Incik Tunang. Time tu dah jadi Incik Suami. =) *gatai*


November 2009..

Saat sedih bila terpaksa berpisah jasad dengan Incik Tunang. Incik Tunang terpaksa ke Labuan untuk berkhidmat sebagai penampan musuh negara. Aku nak nyanyi skit untuk Incik Tunang..

Perwiraaa...
Dikaulah pujaan hati penghibur kala sunyi...
Pergilah berbakti..membela pertiwi..

Perwiraaa..
Janganlah kekanda bimbang untuk pergi berjuang...
Andainya kau gugur...
Jasamu dikenang...

lalalalal..*x hengat lirik.hehehe*


Disember 2009..

Menjalani hidup seperti biasa. Menanti dengan penuh sabar kepulangan Incik Tunang. Rasanya tak sempat nak bersoping membeli barang-barang hantaran termasuklah cincin kawin dengan Incik Tunang. Tapi takpela, CNY nanti pasti ada jualan jumbo lagi. Bersabarlah wahai hati.

Buat masa ni aku mahu tumpukan perhatian lebih terhadap study aku yang cuma berbaki beberapa minggu je lagi. Gigih menyediakan diri untuk bergelar guru bitara tahun depan.

Esok bermula la episod baru dalam hidup. Ada yang kata its just the another day, tapi bagi aku hari esok seakan akan membawa cahaya baru dalam hidup aku.

Aku tak berani nak meramalkan apa yang akan berlaku sepanjang tahun 2010. Berdoa semoga semuanya baik-baik jek.

Selamat tinggal 2009 tahun yang penuh dengan kenangan.

Selamat datang 2010 tahun yang memungkinkan seribu kebahagiaan.


"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!"

Friday, December 25, 2009

MAHU KONGSI DENGAN KAMU

Ho ho ho!!

Erk saya bukan santa klos, saya tetap cik Yongnana tuan rumah blog ini.hehehe..

Di saat dan ketika ini, hatiku sangat la gumbira even semalam ada cerita buruk menimpa diri dan sahabat-sahabat di pekan Tanjung Malim ni. Tapi cerita buruk tu biarlah aku story lain kali ek? Malam ni aku mahu berkongsi kegembiraan dengan kamu-kamu semua yang aku sayang. =)

Hari ni result exam sem lepas aku dah kuar!!!

Nak tengok result aku??


Tadaa!!!



Nampak tak? Tak nampak ek? Jap jap..zoom skit.


Sila tgk column PNGK...hehehe..boleh tahan pintar rupanya aku.


Owh lupa..


Mungkin ada yang anggap aku over reaction. Yela result banyak tu pun nak kepoh. Orang lain belambak-lambak dapat 4 flat pun tak kecoh sampai nak announce dalam blog.

Kalau ada yang berperasaan gitu, mintak maaf la ye.

Aku tetap mahu bergumbira dan berkongsi kegembiraan dengan sesiapa yang sudi. Heheheh. Aku sangat sangat bersyukur. Kalau dipikir pikirkan balik, aku tak blaja sangat pun time nak exam tu. Siap boleh berjimba jimba minggu exam tu. Haih. Kalau aku memang study maut time nak exam aritu tak mustahil aku dapat 4 flat! *perasan tahap gaban!*

Tapi yang pastinya aku dah cuba sehabis baik untuk exam aku hari tu. Dan result yang aku dapat sangat membuatkan aku bersyukur. Terasa mahu belajar rajin-rajin sem ni. Moga aku dapat posting ke Labuan next year. Berbakti...sebagai guru bitara.

Hoooyeahh!!

Sunday, December 20, 2009

INI ENTRI BASI

Yup. Ini Entri basi. Ceritanya sudah berlalu lebih 6 bulan pun. Tapi aku tetap nak post jugak entri ni. Tak kiraaa!!! *huh*

Ini entri tentang hari pertunangan beta..Hahaha. Sangat indah rasanya bertunang ni. Dilayan macam ratu. Orang lain sibuk ke depan ke belakang ngemas umah, aku dilarang buat pape. Sila duduk diam-diam tunggu mak andam sampai. Hehehe..

Aku tak nak tulis panjang-panjang la entri kali ni. Kita layan gambar je la ek?

Layannnn!!!


Amaran!: Entri ini mengandungi manyak gambar-gambar muka orang yang sama. Sila sediakan beg plastik ataupun baldi siap-siap, takut ada yang muntah hijau! Hahaha...



Pucat gila muka aku. Time ni kemain ramai kerumun tengok aku sedang bertukar menjadi santek. Hehehe..Err..kemeja yg aku pakai tu adalah kemeja arwah tok aku. Sangat sentimental...



Tada!! Kan bertukar menjadi santek tu. Huhuhu..ntah tang mana santeknya Cik Yongnana oii..Jangan nak perasan. *huh*



Posing-posing dalam bilik yang bersepah. Sila abaikan botol susu yang ada kat kepala katil tu. Hehehe..


Adoiii...gumuknya saya..


Teka mana satu Incik Tunang saya? Yang berbaju belang kah? Yang berbaju kotak kah? Atau yang berkopiah putih cuba melarikan diri itu? Hehehe..ke incik motor itu? Aiyakk!


Inilah masa indah itu. Parkinson tak hengat aku time ni.


Selamat sudah. Tersengih bersama bakal ibu mentua. Oh Wan sayang makcik muah muah!!


Antara insan-insan tersayang. Mak, ini bukan gambar kandid. Sila tengok Incik Kamera.


Lauk pun nak abis dah. Glamer betul majlis aku. Ramai orang datang. Hehehe


Sebahagian rombongan lelaki. Ya jemput makan semua..tambah nasik lagik. Errr tambah nasik jek. Lauk dah abis. Hehehe


Tada!! Inilah Incik Tunang saya. Ai bang, makan pun berpeluh ke? Nebes ek? hehehe


Omaigucci!! Ada sesi bergambar berdua-duaan rupanya. Sudahlah tak reti posing. Gelak ketawa je la sudahnya. Huhu


Incik kamera tu suruh buat-buat sembang. Aku bleh tanya kat Incik Tunang.."nak sembang apa bang?" Hahaha..*mmg tak reti berlakon*



Apalah yang digelakkan Incik Tunang tu...ketawa sampai keluar abis tulang-tulang pipi dan gusi. Haih. Tunang saya..tunang saya..


Owh gambar ini memang terpaling lawak. Hahahaha..Camne boleh dua-dua bagi memek muka yang sama ni? Suratan atau kebetulan?? hehehe


Perghh!! Kalo kurus skit mesti macam primadona. Fuh


Aku nampak suwit kan dalam gambar ni? Owh anggap je la itu semua kamera teknik. huhuhu


Sesi bersembang-sembang sambil minum teh sebelum mereka berangkat pulang. Wah, gubahan hantaran saya nampak cantik dalam gambar ni. hihihihi


Gubahan hantaran buatan saya lebih cantik kan?? Hehehe..sila abaikan kain saprah yang berlainan bentuk itu. Ini semua salah pekerja kedai itu. Mak mintak saiz pat segi..dia p bagi yang bujur. Failed!



Antara doorgift yang diberikan kepada tetamu. Kotak pink ber love love itu mak beli di Korea okey? Sangat terharu..mak p Korea cari kotak doorgift saya. =)


Ini pun doorgift. Dalam paper beg ni ada kotak dan coklat seperti gambar di atas, dan juga 2 bijik cupcakes sedap. Gambar x sempat nak capture..Lupa. Heheh


Dan ini adalah tanda yang aku sudah di booking oleh Incik Tunang.. Menantikan saat diijab kabul pada 4 June 2010.. Doakanlah kami ek.


Terima kasih kerana sudi membuang masa melayan gambar-gambar basi aku.

Sekian

Daa

=)

Saturday, December 19, 2009

KAD KAHWIN PULAK

Tadi aku bersembang panjang dengan Incik Tunang. Bersembang ye, bukan berpencak silat seperti semalam. Malam ni mood tersangat la baik. Kitorang boleh berabis sejam setengah bersembang hal nikah kahwin jek. Sangat bahagia okey.*gatai*

Macam-macam la yang kami pot pet pot pet kan tadi. Dari sepenting-sepenting hal katering sampailah ke honeymoon nanti nak bawak bape bijik beg pun boleh jadi isu berbangkit. Huhuhu...Dan malam ni aku nak tulis entri tentang kad kawen la pulak. Sebabnya aku pun memang tengah menyervey nyervey kad kawen ni. Elok la kalo kita sharing and caring together gether. Huhu.

First sekali, aku merasakan *wah perkataan* yang aku tidaklah perlu berabis ringgit banyak sangat kat kad kawen ni. Sebabnya aku dapat rasakan kad kawen biasanya akan mengakhiri riwayatnya dalam plastik sampah. Paling kuat pun, beliau akan duduk berkepuk dalam dashboard kereta sampailah satu masa yang tidak pasti. Jarang aku nak dengar orang simpan elok kad kawen bagai menatang minyak yang penuh. Mungkinlah ada, tapi tak ramai. Jadi, aku amik jalan tengah untuk pilih kad kawen yang murah tapi santek. Ada ke?

Aku tengok sekarang ni pun ramai yang dah DIY kad kawen sendiri. Sangat la kiut. Aku sendiri pernah berangan nak DIY kad kawen sendiri. Pastu tepek gambar katun bajet comey aku tu. Fuh, pasti kiut miut. Tapi bila pikir pikirkan aku ni takde kemahiran bab design design kad ni, Incik Tunang pun tak bape pandai. Maka hajat tu dilupakan. Macam susah pulak nak DIY ni. So better aku cari yang ready made sudah.

Dan setelah sekian lama mengumpulkan design-design yang berjaya menawan kalbu, malam ni izinkanlah aku menepek sekeping dua tiga pat lima nam keping gambar kad kawen yang berjaya memenangi hati aku.


tada..
.
.
.
.
.
.
.
.
cantik. My ibunda vote yang ini.


Aku suka yang mcm ni. Guna konsep huruf kat tgh tu. Kalo kad aku nanti boleh jadi A&W. Wah! Yummy!


Yang ni sesuai dgn konsep majlis belah Incik Tunang. Songket warisan kita..huhu


Ini konsep hitam itu perilys...*ntah btol ke x eja tu.bukan Perlis Indera Kayangan tau*


Amacam? Okey tak?

Mesti ada yang kerut-kerut dahi kan?

Jap jap, biar aku explain satu-satu. Hehehe

Empat design kad kawin kat atas ni aku amik dari thekadkahwin.com.

Harga sangat la murah bagi orang kawen konsep JIMAT macam aku ni. sekeping cuma 35 sen. Tapi minimum order 1000 keping kalau tak silap aku. Sesuai untuk mereka-mereka yang mahu sharing kad kawen dengan belah satu lagi. Kalau bahagi dua baru seratus lebih sorang. Sangat jimat kan?

Untuk keterangan lanjut, sila la layari laman sesawang yang ter link kat atas nun ye.

Owh ada lagi

Jap jap..nak upload.
.
.
.
.
.
.


Mcm biasa la, aku suka konsep huruf pangkal nama kat tgh2 kad tu.



Yang ni pun unik. Suka jugak ni.


Ha, dua yang atas ni pulak kad kawen dari ekadkahwin.com. Sila klik okey.

Pun cantik jugak kan? Owh sungguh aku rambang mata sekarang ni.

Harga sama macam yang atas tu. 35 sen untuk 1000 keping. Kalau amik 500 keping, harga naik skit jadi 55 sen per keping.

Ada tak yang musykil nape pilihan kalbu aku sumer kaler black and white? Apa dah takde kaler lain ke Cik Yongnana oi?

Owh sabar-sabar..

Aku saje je pilih warna ni semata mata untuk berlaku adil dengan Incik Tunang. Disebabkan kami sepakat untuk share kad kahwin, maka adalah amat tidak adil sekiranya aku meroyan mahu kad kawen aku ikut theme kaler aku sahaja. Apa pulak kata famili dia nanti? Owh aku kena mula belajar bertolak ansur, ber give and take dalam segenap sisi mulai sekarang. *huh semalam bersilat tak hengat takpe pulak??*

Maka jalan tengahnya adalah pilih warna hitam putih. Aku tak kecik ati, dia pun senang hati. Sebab hitam putih adalah warna selamat. Cantik pun ye jugak. Yang penting sudah mendapat kelulusan penyimpan mohor besar raja raja lingam kat umah tu.

Sila la tau bahawa ibunda saya masih tidak boleh menerima hakikat warna hitam sudah menjadi trend perkahwinan masa kini. Sangat tidak boleh!

Tapi kad kahwen diluluskan..

Syukur..

Hmmm..tolong la vote mana satu kad yang kamu paling mahu sampai dalam peti mel rumah kamu Mei nanti?=)

Friday, December 18, 2009

AMIK KO SEDEBIK!

Semalam aku dan Incik Tunang bertekak dalam fon. Sudah lama rasanya kitorang tak gaduh gaduh gini. Best jugak berdebat dalam fon rupanya. Huhuhu.. Kalau Incik Tunang depan mata. mahu berpencak silat kitorang agaknya. Har har har harrimau!

Hmm..kenapa la kitorang boleh ter gaduh semalam. Perkara remeh je pun. Pasal susunan ayat dia tak berapa nak betul pun aku boleh melenting macam nak pecah gendang-gendang telinga Incik Tunang. Padan muka!

Owhh..Incik Tunang pun dah pandai dah memecahkan gendang-gendang telinga aku sekarang. Baguslah, satu perkembangan baru. Baru best gaduh. Takdelah macam gaduh dengan dinding. Hahaha...

Tengah sedap gaduh-gaduh pum pang pum pang...

paapp!

Aku sengaja letak telefon. Biar padan muka dia sekali lagi. Geram aku. Huh, aku tau dah tabiat Incik Tunang ni. Dalam kiraan beberapa saat nanti mesti dia call balik. Tunggu tunggu..

Aku mula counting.

1

2

3

4

5

6

7

*eh, nape dia tak call balik?*


*Tunggu sekejap lagi*
.
.
.
.
.
.
.
.


*pun tak call jugak. Ish tak leh jadi ni*

Aku makin geram. Aku dah hampir-hampir nak jadi incredible hulk dah ni. Owhh...main kasar ek? Takpe..aku send sms geram berapi sekeping kat dia. Bagi dia gerun.

Aku hantar sms ini kat dia.
.
.
.
.
.
.
"Maaf sangat...."


HAHAHAHAHA!!!!

Kalau dah pompuan tu pompuan jugak la. Hati lembut macam kena rendam dalam softlan. Hahaha...

Dan tak lama lepas tu ada sms masuk. Tentulah dari Incik Tunang.

Sms bertulis gini..
.
.
.
.

"Ok..dah la, takde sape yang salah pun..i love you"

Maka berakhirlah acara 'pencak silat' antara aku dan Incik Tunang. Tidurlah kami berdua dalam keadaan tenang dan damai.

*malam ni nak cari gaduh lagik.hihihih*

Thursday, December 17, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Khamis
1 57 minit petang
Dalam bilik umah sewa
Ngadap laptop

Tiba-tiba...

Zzzzuupppp!!

Aku terkenang satu masa dulu..

Masa sekolah rendah.


Masa darjah 2 Aman. Cuba carik mana satu aku? Klu: Badan paling besar, pakai baju kurung. Hahaha. Kalo x jumpa jugak memang saja la. =)



Aku bukanlah kategori pelajar cemerlang sgt. Tiap kali pekse akhir thn..aku slalu dapat number belas-belas jek. Aku jugak seorang yang pendiam. Atau mungkin jugak pemalu. Badan je besar tapi ati kecik. Haih. Tahap keyakinan aku pun tersangat la rendah. Ntahlah..Mungkin aku rasa aku tak setanding dengan kawan-kawan yang lain. Diorang ada rupa yang lawa, belaja pun pandai, boipren pun ramai *biasa la tu kan*. Tapi aku apa pun takde. Huh

Aku ingat lagi masa darjah 6. Aku teringin sangat nak masuk kumpulan koir sekolah. Tapi aku takut suara aku tak sedap, aku takut kawan-kawan tak suka aku, dan paling aku takut..aku takut tak muat pakai uniform koir tu! Yess! Itulah ketakutan utama aku. Hehehe...

Aku memang minat seni. Aku suka menari, aku suka menyanyi, aku boleh berpantun, boleh bersyair, berpuisi, mengarang, berdebat bla bla bla...tapi sebabkan saiz badan aku, semuanya aku tolak tepi. Hilang semua keyakinan diri. Aku cuma berani untuk tonjolkan diri dalam bidang yang tak ambil kira saiz badan contohnya mengarang.

Yup, aku sangat suka mengarang masa sekolah dulu. Aku ingat lagi masa darjah tiga, karangan aku yang bertajuk "Arnab dan kura-kura" muncul sebagai karangan terbaik dalam kelas. Pastu cikgu tampal karangan aku kat papan kenyataan belakang kelas. Sangat bangga seh time tu. Huhu.

Masa darjah 4 mmg aku paling stress. Aku rasa result exam masa darjah 3 aku taklah truk sgt. Kalau ikutkan paling cikai pun aku layak masuk kelas kedua, tapi entah apa malang nasib aku cikgu letakkan aku kat kelas ketiga merangkap kelas 2nd last. Memang aku rasa rendah diri gila sangat. Kawan-kawan aku sumer dok kelas pertama. Bengang betul. Alasan cikgu, dia nak aku jadi pelajar contoh dalam kelas tu. Huh. Kenapa mesti aku?

Masa darjah 4 ni la aku mula rasa English aku teruk gila *membawak sampai ke sekarang ye*. Kawan-kawan yang dok kelas depan-depan sumer blaja grammar. Tau apa itu past tense, present tense, past participle bla bla bla...tapi aku mana ada blaja sumer tu? Tiap kali English class asik main game game game. Memangla enjoy, tapi untuk exam memang kiok la aku. Sudahnya aku failed English tahun tu. *Geram*

Tapi aku lemah dalam English jek. Subjek lain memang aku pukul abis. Huhu.Siap berjaya kalahkan budak-budak kelas depan lagi. Mid year exam aku dpt nombor 1! Perghh best abis dah tu. Huhuhu..Final year exam aku dapat nombor dua. Ni sumer gara-gara English aku failed. Hahahha..Yang penting aku muncul pelajar terbaik dalam matapelajaran penulisan untuk keseluruhan darjah 4. *tepuk tepuk tepuk*

Ekoran dari itu *ceh, main ekor-ekor plk*, aku berjaya tempatkan diri dalam kelas pertama semula masa darjah 5. Aku start bina keyakinan diri. Dari selalu dapat nombor belas-belas aku try selitkan diri dalam 10 pelajar terbaik. Alhamdulillah..Aku berjaya bina keyakinan diri sikit demi sikit.

Dan semakin injak usia, aku semakin kenal erti hidup. Aku tau bukan semua orang pandang luaran. Aku semakin paham bahawa kecantikan itu terlalu subjektif. Aku cuba create 'kecantikan' aku sendiri. Dan alhamdulillah, sampai sekarang mana-mana aku pegi pun aku tetap ada kawan. Kawan yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk aku.

Serius aku rindu insan-insan yang pernah jadi sahabat aku dulu. Bermula dari zaman kanak-kanak, zaman tadika, SRK (2) Kuala Ampang, SMK Hulu Kelang, SMT Kuala Lumpur, Kolej Matrikulasi Arau, UiTM Segamat, UiTM Shah Alam, ANZ, dan UPSI.

Harap-harap aku dapat jumpa mereka semua masa wedding aku nanti. Pasti seronok kan? Boleh jadi majlis pelbagai dalam 1. Kawen pun ye, reunion pun ye, family day pun ye, party pun ye jgk..Hahahaha..


Owh cukuplah sampai sini. Aku masih ada separuh lagi esaimen perlu disiapkan. =)

Daa...

Tuesday, December 15, 2009

D.I.Y BOLA POMANDER




Cantik kan gambar atas ni? Bila putih dan merah bersatu, gambar yang bisu pun mampu menawan kalbu. * Aiceh*

Aku suka tengok benda bulat-bulat yang tergantung kat bangku tu. Nama beliau adalah bola pomander. *sila berkenalan ye..hehehe*

Bola pomander semakin mendapat tempat dalam sanubari Brides to be. Termasuklah aku. Hehehe. Sungguh, bola comel itu seakan mempunyai kuasa tarikan tersendiri. Kalau dinding putih kosong tiba-tiba digantungkan dengan bola pomander ni, pasti akan berseri-seri. Apatah lagi tabir pelamin. Pelamin biasa pun bleh jadi pelamin gah bila bila pomander ini menjadi penyeri. Kan? Kan?

Sebenarnya aku dah lama dah berkenalan dengan bola comel ni. Aku pasti kamu-kamu pun kebanyakan dah familiar dengan bola ni. Maklumlah beliau kan bola ter femes masa kini. Bola sepak EPL pun tak semegah bola kiut ni. Huhuhu. Aku memang bercadang nak gunakan bola pomander untuk wedding aku. Cumanya aku tak pasti nak gunakan di bahagian mana. Pelamin ke? Bilik tidur ke? Khemah tetamu ke? Atau bagi flower girl pegang sebagai bahan eksyen je ke? Atau boleh jugak aku guna untuk jadi pengikat kain langsir! Semua pun boleh.

Jadi tentu aku kena ada berbiji-biji bola pomander ni kan? Kalau setakat nak sebiji dua boleh la aku pejam mata beli yang ready made punya. Tapi kalau dah sampai ke tahap pengikat langsir pun nak guna pomander ball ni..maka takde pilihan lain, aku harus gigih men DIY bola-bola comel ni. Harus!

Dan tetiba aku teringat entri sorang kawan blogger, nadd. Beliau ada bagi makan satu entri tentang cara-cara nak men DIY pomander ball ni.Step-step yang cukup lengkap, siap ada video lagi. Sangat membantu. Thanks Nadd! Ha, sila klik sini.

Makanya, selepas aku ulang tayang beberapa kali video DIY tu, akhirnya jadi la ini.
.
.
.
.

Lokasi: Library UPSI
Masa: Petang dalam kul 4.
Bahan-bahan: Kertas recycle bersaiz A4. Crepe paper takde ye dalam beg. A4 je ada. Huhu..

Ada rupa bunga tak? Ada la skit-skit kan? Huhuhu. Itu kira hebat la jugak tu sebab aku guna kertas A4. Keras tu A4 paper. Patotnya guna crepe paper. Tapi mana pulak nak datangnya crepe paper kat dalam library ye tak?

Maka balik je dari library aku terus ajak geng p kedai buku berhampiran. Misi untuk mencari crepe paper n masking tape. Dan berjaya jumpa.

Tada..

Crepe paper harus ikut theme kaler..putih dan merah..santek!=)


Dan balik je rumah, aku terus pulun buat. Kali ni buat tak yah tengok-tengok video dah. Aku dah hafal tiap step dalam kepala bijaksana aku ni. Huhuhu..


Dan hasilnya..

jeng jeng jeng.
.
.
.
.
.

kuntum yang pertama. Not bad kan?


Pastu terus dan terus berusaha siapkan kuntum-kuntum yang seterusnya. *sangat gigih okey*

Akhirnya tercipta la ini.
.
.
.
.


8 kuntum yang pertama. *clap clap clap*

Fuh! Sangat kagum dengan diri sendiri. Tak sangka aku jugak boleh men DIY sesuatu untuk my W-Day aku nanti. Esok mau beli crepe paper lagi banyak-banyak. Sehari siapkan 5 kuntum, by June nanti mesti bleh dapat ratus-ratus kuntum. Pasti akan tercapai hasrat untuk hiasi majlis aku dengan bola-bola comel ni nanti. *termasuk langsir kat dapur.heh*


Pesanan untuk diri sendiri: 'Kalau nak berjaya, naiklah lif yang bernama usaha"

=)

Daa..

GEMBIRA, SEDIH ,TAK BERAPA GEMBIRA DAN SEDIH

Aku ada tiga cerita. Satu cerita sedih, satu cerita gembira, satu cerita tak berapa nak sedih dan gembira. Nak baca yang mana dulu?


*emmm..takde jawapan. Nampaknya aku la kena buat keputusan.hehehe. =)*

Aku mula dengan citer gembira dulu la ek? Hehehe..

Berita gembira itu adalah...jeng jeng jeng!

Aku dan boleh contact Incik Tunang semula! Yeay!!!*tepuk tepuk tepuk*

Err..mungkin ada yang tak tahu yang selama sebulan lebih kebelakangan ni aku tak dapat berhubung dengan Incik Tunang samada melalui sms, call, mms apa la lagi, berjumpa detink-detink lagi la takde. Sebabnya Incik Tunang kena lalui sesi orientasi dan hand fon nya juga telah dirampas tanpa belas kasihan oleh sarjan misai lentik. Huhuhu..

Dan semalam aku dapat surprise sms dari Incik Tunang. *sangat teruja okey?*
Dan semalam jugak aku dapat jalankan kembali rutin harian kitorang dulu iaitu berdetink dalam telefon apabila jam menunjukkan pukul 12 malam. Hahaha..Sangat bahagia.

Okey okey..cukuplah setakat itu untuk berita gembira.

Kita teruskan dengan berita sedih pulak..huhuhuh..

Semalam tu, incik tunang cuma dapat balik sim kad telefon dia jek. Hand fon dia telah dirompak terus oleh insan yang tidak berhati perut. Kejam! Dah la buli tunang aku separuh pengsan selama sebulan lebih. Pastu sanggup pulak curi harta benda orang. Kejam kejam!!

Tapi incik tunang maintain relax jek. Beliau kata itu memang dah jadi tradisi kat kem Labuan tu. Kalau setakat kna curik telefon, kena curik duit gaji, dah biasa sangat dah. Tradisi mana ntah diorang guna. Orang zaman batu pun takde simpan tradisi bengong camtu. Huh.

Nasib Incik Tunang aku bijak pandai. Dia pakai telefon nokia cikai-cikai jek. Telefon canggih yang aku hadiahkan masa hari jadi dia April lepas dia simpan cantik-cantik dalam kotak. Sayang nak guna katanya. Dulu aku kecik ati jugak. Yela, gigih aku simpan duit untuk adiahkan dia telefon, alih-alih dia tanak guna. Simpan je buat harta. Tapi sekarang baru aku nampak hikmahnya. Kalau la dia memang guna telefon tu dari dulu, tak ke sia-sia je telefon canggih hadiah dari aku tu kena curik??? Owhh tidak! Tak sanggup aku bayangkan. Huhuhu..


Okey cerita yang ketiga. Cerita yang tatau nak masuk kategori mana. Gembira ke tak gembira? Mungkin dua-dua boleh. Hehehe..

Tengok gambar ni
.
.
.
.


Yongnana@library.rajin.com..huhuhu


Fuyooo....Yongnana at library right now!

Iye. Sila terpegun. Cik Yongnana sangat rajin dan gigih semester ini. Berumah tangga di library UPSI konon-konon untuk siapkan esaimen. *tepuk tepuk tepuk!!ombak skit....WoOoOoO*

Tapi yang tak berapa gembiranya, ini baru kali ketiga aku ke library sepanjang 6 bulan aku kat UPSI ni. Huhuhu...*malas ke rajin aku ni?*

Hahahaha...

Pen off

Daa...

CANCEL

Ceh.

Stress aku.

Entri sebelum ni kemain lagi aku tulis pasal mikro teaching aku yang dijadualkan malam ni. Alih-alih semalam lecturer kata kelas malam ni CANCEL. Bukan takat cancel malam ni je, ni siap cancel sampai minggu depan sekali. Kena tunggu 28 hb baru aku dapat selesaikan mikro teaching aku. Ceh!

At one sight memang la best campur bahagia sebab 3 kelas dibatalkan. Boleh la aku berjimba-jimba. Tapi bila kelas cancel ni jugak membawa maksud aku terpaksa seret sekali perasaan neves dan parkinson aku sampailah 28hb nanti. Berapa punya lama daa..

Relax relax Yongnana...cuba pikir positif. *tarik nafas selama 8 saat...lepass!fuh!*

Hmmm...aku masih punya 14 hari lagi untuk praktis dan terus praktis untuk mikro teaching ni. Kalau tiap hari aku praktis, mahu pandai cik din din, cik tal tal, cik lam lam,cik min min dan segala bagai penghuni setia bilik tidur aku. Huhuhu..

Takpelah, berlatih dan terus berlatih untuk menjadi guru bitara.

Apapun a big hug untuk semua yang mendoakan aku dalam entri yang lepas. Yang doa dalam hati pun trima kasih jugek. Sayang kamu-kamu ;D

Err...ada lagi benda nak citer..next entry okey!

Daa..

Sunday, December 13, 2009

DUP DAP DUP DAP

Serius aku nervous.

*Kenapa pulak ni? Nak kata debar nak menikah..lambat lagi nikahnya*

Adeh..minggu depan turn aku untuk mikro teaching! Gila takut!

*Aduhai..kebenda pulaknya mikro teaching tu? Mikroorganisma mungkin ramai yang tau.huh*

Errr..senang citer mikro teaching ni macam penilaian. Lecture akan nilai sejauh mana bakal-bakal guru ni mempunyai bakat dan kemahiran untuk mengajar di hadapan kelas. Masa mikro teaching tu nanti, aku kena berlakon seolah-olah aku ni cikgu bertauliah dan kawan-kawan sekuliah semua tu adalah anak murid aku. Kira macam lakonan la. Aku jadi cikgu, hang pa jadi murid. Then aku kena mengajar betul-betul la. Siap dengan rancangan mengajarnya, alat bantu mengajarnya, aktiviti kelas, set induksi bagai. Kena lengkap la sebagai seorang guru.

Adoi..

Persiapan tu Alhamdulillah..setel dah semua. Cumanya mental aku ni. Asik rasa takut jek. Kadang-kadang aku jadi neves. Ada masa aku rasa macam nak dari Tanjong Malim ni. Huhuhu..Apa semua bakal guru berperasaan macam aku ke? Atau aku sorang je over parkinson? Entahlah..

Kawan-kawan blogger, mohon u all doakan aku berjaya laksanakan mikro teaching aku pada 15 Dec ni dengan jayanya. Mintak-mintak takde la aku gagap kat depan kelas nanti. Harap-harap semua anak murid olok-olok aku bagi kerjasama padu sepadu padunya. Huhuhu..Berdoa aku lulus ujian penting untuk bergelar guru bitara.

Amin..



Tamau dapat anak murid hypernakal camni. Mintak ampun!

Friday, December 11, 2009

PENGANTIN CANTIK

Bayangkan hari ni kamu pegi kenduri kawen. Bila balik ke rumah, ada tak orang bertanyakan soalan sebegini??

"PENGANTIN PEREMPUAN CANTIK TAK"

Pernah tak berhadapan dengan situasi gini? Tak kiralah sama ada kamu yang bertanya atau kamu yang ditanya. Pernah?

Aku rasa soalan seperti itu dah macam budaya masyarakat kita dah. Kadang-kadang rasa soalan itu seperti ada unsur-unsur diskriminasi pulak.

Satu,
Kenapa masyarakat lebih cenderung amik tahu pasal penampilan pengantin perempuan jek? Pengantin lelaki jarang sangat orang nak tanya. Si lelaki badan tegap ke tak ke, perut jalan ke depan ke tak, kulit ibarat di jemur 7 hari 7 malam ke tak..takde pulak orang nak amik peduli. Tak adil kan?

Dua,
Definisi cantik itu sendiri seperti tak boleh diubah. Pengantin yang cantik haruslah berkulit putih bersih bak kulit telur rebus yang dihadiahkan kepada para tamu. Harus mempunyai bentuk badan kurus ramping tinggi lampai ibarat bunga manggar yang terpacak indah di khemah tetamu. Apa lagi?? Pendek kata fizikal pengantin perempuan haruslah tip top. Kira kalau apply masuk rancangan Malaysian Next Top Model mesti lepas lah. Huh.

Habis tu kalau ditakdirkan pengantin perempuan tak punya semua kualiti cantik yang di reka cipta oleh masyarakat kita ni macam mana pulak? Adakah mereka patut dihukum? Layak diperli secara belakang tabir oleh mulut-mulut jahat tak de budi pekerti? Harus ke??

Adeh ter emo pulak aku. Huhu.

Bukan apa, kekadang aku rasa dunia ni tidak adil. Tambah lagi aku tergolong sebagai bakal pengantin yang tak punya semua kualiti cantik itu. Memang aku sangat terasa hati. Tambah-tambah bila dekat nak kawen ni, semua pun suruh aku kuruskan badan, semua pun nak tgk kulit muka aku cerah 3, 4 tona warna berbanding sekarang. Haih.

Mungkin akan ada yang kata definisi cantik itu subjektif. Ya, memang subjektif. Tapi mata kita lebih suka kata bahawa yang kurus, tinggi, putih, cerah itulah cantik sebenar. Kalau tak, takkan keluar berpuluh-puluh *mungkin beratus* produk pemutih muka, pencerah tubuh badan, minuman tambahan ajaib yang mampu mengecilkan saiz baju dalam masa yang singkat, dan bermacam-macam lagi produk ajaib yang memungkinkan kita mencapai taraf cantik di mata orang ramai.

Sungguh aku rasa dunia tidak adil.

Tapi..

Aku masih boleh pikir secara rasional. Bagi aku, selagi sesuatu itu mendatangkan kebaikan kepada diri, tidak salah aku ikut. Betul? Maka aku pun mula kurangkan aktiviti makan pada waktu malam. Berusaha untuk diet secara perlahan-lahan. Untuk kulit muka dan badan pulak, aku sedang mencuba. Gigih menyental badan dengan berus dawai *tipu jek*, rajinkan diri menyapu losyen pencerah setiap hari, berpayung di tengah panas ibarat candle princess dan macam-macam lagi. Mengharap aku mampu penuhi impian semua sebelum 4 Jun 2010 menjelma. Huhu..

Errr..ada tapi.


Tapi kalau dah sedari zaman kanak-kanak lagi aku memang comelmontel, kulit aku memang gelap bak dipanah mentari, macam kat bawah ni
.
.
.
.

Tgk tu, tak ke montel dari kecik?


Aku..umpama pengantik kecik...*err tp besar*


Kamu rasa aku ada potensi tak untuk kurus dan cerah?



P/S: Incik tunang kata kalau aku kurus, dia nak bagi aku makan banyak-banyak supaya aku gemuk balik. Maka haruskah aku diet?:P

Tuesday, December 8, 2009

DUGAAN BERTUNANG

Di satu petang nan indah, dua sahabat berceloteh loteh..

Cik Gayah:
Eh dengar citer ko nak bertunang cuti sekolah ni. Betul ke?

Cik Limah: Uiks? Aku x citer lagi ko dah tau? Ko ni betul la reporter melodi. Huhu..A'ah la Gayah, aku nak bertunang minggu depan. Ko jemputlah datang ek. *sambil wat muka kucin malu*

Cik Gayah: Insyaallah aku dtg. Tapi ni aku nak pesan skit kat ko, org kata bertunang ni byk sgt dugaan. Ko kna tambahkan elemen hati-hati dan waspada dalam diri ko. Takot nnt tunang ko di kebas org. Huhuhu..*nasihat x agak-agak*

Cik Limah: Erk..yeke? *dlm hati dah niat nak upah pak gad barang sorg dua utk awasi bakal tunang.ceh*


Betul ke alam pertunangan tu penuh dengan dugaan, onak beranjau duri bagai? Selalu sangat dengar orang bercakap hal yang sama. Kadang-kadang rasa macam alam pertunangan ni dah terkena sumpahan 7 keturunan. Yela. Bayangkan beribu-ribu liun orang keluarkan statement alam bertunang ni banyak dugaan. Disebut berkali-kali. Dah macam doa dah. Tak mustahil sungguh-sungguh bertunang ni banyak ranjau berlikunya.

Dulu aku pun was-was nak percaya. Yela kan, watpe nak doakan yang negatif-negatif kan? Sebelum bertunang dulu aku bayangkan yang positif-positif je la. Semua yang indah-indah belaka.

Lepas bertunang baru aku tahu. Ada betulnya kata orang dulu-dulu. Kalau ikut pengalaman aku, memang pertunangan aku penuh dugaan.

Bayangkan seminggu lepas bertunang, ada seseorang cuba merapati aku. *tentunya lelaki*
Aku pun hampir-hampir berlaku curang kepada tunang sendiri. Macam mana keadaan tu boleh berlaku aku pun tak sedar. Tapi nasib baik ada satu peristiwa yang buat aku dan dia sedar diri. Syukur la sangat-sangat. Tak sanggup aku nak lukakan hati Incik Tunang. Hadoi, tak sanggup aku bayangkan.

Ish. sungguh menduga perasaan.

Lagi satu, bila dah bertunang macam-macam perasaan ada dalam dada. Time ni la rasa kerap nak merajuk, selalu nak dimanja-manja, suka cari gaduh, cemburu jangan cakap lah...mungkin kita rasa separuh dari diri si dia dah jadi milik kita. Padahal sehelai bulu roma dia pun blum sah menjadi hak milik kita. Haih. Perasaan apakah ini??

Dan sekarang, aku sedang diuji sekali lagi. Dugaan paling hebat buat aku. Berjauhan beribu ribu batu dengan insan tersayang. Sungguh aku lemah diuji begini. Tak semua bernasib baik dapat rasa alam pertunangan indah semanis gula. Mungkin juga ada yang terpaksa melalui zaman darah manis yang lebih teruk dari aku. Kalau baca surat khabar musim-musim raya, ada je tunangan orang yang kemalangan. Paling sedih jika kemalangan itu membawa insan tersayang pergi jauh tak kembali lagi. Aduh..sungguh terseksa. Betapa tabahnya si pasangan menghadapi saat getir seperti itu.

Bila Incik Tunang jauh-jauh gini, aku selalu risaukan dia. Aku risaukan keselamatan dia. Sakit pening dia. Lapar dahaga perut dia. Aku risau segalanya.

Aku cuma mampu mohon ke hadrat Allah S.W.T, moga Incik Tunang aku dilindungi selalu.

Berdoalah...

Dan semalam, aku sangat rindukan dia. Maka aku buat satu esaimen. Aku namakan ESAIMEN CINTA.
.
.
.
.



Really miss u muchuk. Balik la..

Sunday, December 6, 2009

PENGANTIN MENYANYI

Pengantin menyanyi...boleh?

Dulu aku dan incik tunang pernah la borak-borak pasal atucara majlis persandingan sebelah aku nanti. Macam-macam acara ada dalam kepala kami. Antaranya:

1. Silat
2. Acara tabur gula-gula untuk tetamu cilik
3. Tiada sebarang acara karaoke maraoke TAPI
.
.
.
.
.
Sang pengantin mahu MENYANYI!


Hahahaha!!

Aku punya idea..dan Incik Tunang bersetuju on the spot. Siap bleh kuarkan terus 1 tajuk lagu yang akan dia nyanyikan. Lagu apa?? Rahsia..Yang pasti beliau mahu lagu rock kapak. Hahaha..

Tapi aku dah pesan, sila nyanyi lagu yang liriknya kena dengan majlis perkahwinan. Jangan gatal nak nyanyi lagu 'Akulah Kekasihmu' even lagu tu merupakan siulan harian beliau. Tengok tajuk lagu memang dah abis syahdu dah..cuba tengok lirik..


Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

Huh. Totally out of mood.

Jadi kepada bakal-bakal pengantin yang teringin nak menyanyi pada hari bahagia nanti, sila kaji dulu lirik lagu anda. Gali dalam-dalam bak kata Kak Ogy Ahmad Daud. Huhu. Jangan bantai tengok tajuk jek.

Err..tips di atas juga boleh diaplikasikan untuk memilih seleksi lagu yang akan dimainkan sepanjang majlis indah anda. Sila pastikan lagu-lagu yang berkumandang bukan lagu-lagu orang patah hati, lagu sang lelaki tunggu orang menjanda, lagu lelaki buaya darat mau berkawin dua tiga, tolong ya...lagu itu memainkan peranan penting. Susah-susah sangat pasang je lagu-lagu kahwin sepanjang majlis. Aura akan lebih terasa. Hehehe..

Owh berbalik kepada cerita asal aku tadi. Pengantin menyanyi..okey ke?

Kalau okey, maybe si bride pun ingin men sumbang suara sama. Pastu wat duet pulak. Hahaha..

Kalau gini la gayanya....mungkin kena tukar doorgift la. Bagi PAYUNG!

*Paham tak maksud saya??=)

Saturday, December 5, 2009

NOTA UNTUK PAK LANG

Kepada Incik Syaiful Amry a.k.a Pak Lang,

TAHNIAH!

Anda telah mendapat seorang lagi anak buah comel. Apa?? Tak percaya? Percayalah..Kak Rano anda telah selamat melahirkan seorang puteri kiut serta miut pada 27hb November 2009 bersamaan dengan Hari Raya Aidiladha.

Di sini saya tepek kan skali gambar anak buah anda.
.
.
.
.

Sayang mucuk mucuk..say hai to Pak Lang...*ai Palang...kata si comel*



Sangat comel kan? Pipi dia..tengok. Gebu. Sama macam pipi Mak Lang to be. Huhu..

Oh lupa. Nama si gebu ini adalah NUR FARAH DAYANA. Mungkin kita boleh panggil dia Lady D. huhu..*memandai je aku*

Oh satu lagi,

Pak Lang tersayang, Baby Lady D pesan, balik dari Labuan nanti, sila belikan adiah manyak-manyak okey. Baby Lady D mau mainan barbie doll 8, rumah mahligai barbie 3, perkakas memasak edisi paling canggih 15..Jangan lupa tau.


Nota tambahan: Sila bawa pulang dua tiga utas rantai mutiara untuk si Mak Lang jugek..=)

Thursday, December 3, 2009

FOTOGRAFER LAGI.

Weeehooo!

Yes, pagi tadi bangun mood dah ok dah.takmau sedih-sedih lagi. Tatau la nape perasaan sekarang senang bercampur baur, bergaul gaul di dalam dada..hahaha. Mungkin aku rindukan insan buchuk dalam kalbu kot. Huhu..

So, hari ni aku nak share OP bertuah yang menjadi piihan aku. Aiceh. Tapi deposit tak bayar lagi. Jadi belum boleh dikira pilihan muktamad la kan? Takpe, takpe..Insyaallah OP ni la yang akan merakamkan momen-momen indah aku nanti.

Meh aku tepek dua tiga keping hasil keje OP bertuah ni.


adeh, dalam sawah padi pun boleh ek?santek jek..


suka tgk pict ni..peace yo makcik!


hehehe..penuh nilai kekeluargaan.

Semua gambar tertepek kat atas nun aku amik dari fotopages OP ni. Aku ni takde la pandai pun nilai gambar. Asalkan aku tengok gambar tu nampak cantik, muka pengantin nampak molek, view nampak cun, kira cantik dah la gambar tu pada mata aku.

OP yang menjadi pilihan aku ni adalah DinyRaof Fotopages. Fotografernya adalah En. Suhaimi. Beliau adalah seorang yang peramah, mudah diajak berbincang dan tak lokek memberikan idea juga menerima idea aku. Mungkin itu adalah perangai normal semua fotografer aku rasa.

Aku juga dah berjaya dapatkan quotation harga pakej dari beliau. Sila klik sini.

Aku pilih pakej ni..

1 ekslusif album storyline (8 x 12, 22 keping)
100 keping 4R
1 Sticky album
1 DVD - Unlimited shots
Free - outdoor untuk kedua dua belah pihak.

Harga RM1,100

Kalo nak amik untuk kedua-dua belah pihak, just tambah RM200 jika belah lelaki kat KL. Tapi since Incik Tunang orang Perak, aku kena tambah extra lagi RM200 untuk transportatation cost. Menjadikan harga keseluruhan RM1,500. Kalau bahagi dua dengan Incik Tunang, maknanya bahagian aku cuma RM750, dia RM750. Cukup murah dah la bagi aku.

Ada yang berminat nak amik En. Suhaimi ni jugak ke? Boleh call number ni.

0163757466 - Suhaimi the fotografer.

Tapi kalau kamu-kamu ada tahu mana-mana fotografer yang tawarkan harga lebih murah untuk pakej yang hampir serupa, sila tinggalkan info kat peti komen ek? Sangat-sangat perlukan bantuan kamu-kamu. Huhu..

Sekian dulu ya!

=)