MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, November 30, 2009

DOORGIFTS DALAM BEG KERTAS??

Doorgifts in a paper bag.

Trendy or not? Tentulah sangat trendy. Hampir semua pengantin bercadang nak letak doorgift dalam paper bag. Betul tak?

Dalam paper bag tu pulak penuh dengan pelbagai benda. Ada telur rebus, ada sapu tangan comel, ada lilin, ada kerepek sedap, ada kek, ada cekelat, pendek kata macam boleh diletak dalam beg santek tu. Kan?

Tapi..

Bagi aku, aku kurang suka idea itu. Kenapa ye?

Satu,
Pengalaman wedding adik aku dulu. Yup, masa adik lelaki aku kawin last year, kami satu famili sangat teruja untuk memberikan setiap tetamu buah tangan yang diisi dalam paper bag santek. Setiap paper beg mengandungi sekurangnya 3 jenis benda. Dan paper bag tu ada kategori-kategorinya pulak. Ada yang untuk tetamu biasa, ada yang untuk tetamu istimewa, ada yang untuk rombongan pengantin, ada yang untuk kanak-kanak..huh pendek kata banyak la kategorinya.

Dan sudahnya sangat menyusahkan. Really!

Bagi aku, sangat susah nak handle paper bag pelbagai kategori ni.*mungkin aku tak pandai nak manage kot*. Dan aku tekad tamau adakan hadiah pintu edisi paper bag lagi masa wedding aku.*tobat*


Dua,
Sangat costly. Untuk pengantin edisi bajet macam aku ni, sediakan hadiah tamu dalam paper bag ni sangat tak sesuai. Kos untuk satu paper bag termasuk isi kandungan dalamnya mungkin boleh cecah RM2.50 seorang. Ini harga untuk tetamu biasa. Kalau tetamu istimewa mungkin boleh jadi RM7 seorang. Kalau darab dengan 1200 kepala???Huhuhu..tak sanggup den nak kira..hehehe.

Sebenarnya berapa harga doorgift tu tak penting. Yang penting keikhlasan pengantin untuk memberi dan menghargai tiap tetamu yang dtg. Betul x?=)


Tiga,
Storage problem. Ya..ini satu lagi masalah besar bagi aku. Keadaan fizikal paper bag ni buatkan mereka sangat susah untuk disusun dan disimpan dalam kotak mahupun beg plastik besar sebelum diagihkan kepada tetamu. Tambah lagi rumah aku yang ruangnya sekangkang beruk. Stor pun takde. Maka paham-pahamlah. Sangat serabut jadinya bila tiba hari kenduri. Jadi untuk wedding aku, aku mahukan sesuatu yang saiznya comel dan fizikalnya berbentuk persegi supaya mudah untuk aku susun dan simpan dalam kotak. =)


Dan atas bantuan incik google, aku jumpa sesuatu yang menawan kalbu.

Untuk tetamu biasa. Kotak jerami ini mungkin sesuai. Saiznya yang comel dan bekasnya sangat praktikal untuk diguna semula oleh si penerima. Sesuai untuk diisi telur rebus, coklat, kek, atau apa-apa sahaja yang memenuhi saiz dan ruang bekas ini.

Aku jumpa kotak ni di sini. Atau boleh hubungi Pn. Ataiillah - 0123485644. Harga RM0.90 satu.



Untuk tetamu VIP, aku sangat tertarik dengan tetris glass dari kugeeku.com ni. Sangat kiut dan miut dengan lukisan karikatur wajah pengantin with all the important love event in life. Dan aku juga telah berjaya melobi mak aku untuk order tetris galss ni. Heheheh..


Harga dalam RM4.60 sebijik....Huh tergoda!


Untuk tetamu cilik aku nanti, aku bercadang nak adiahkan lolipop untuk mereka si comel comel. Kalau boleh aku nak kan lolipop seperti ini.



Mana boleh aku dapat lolipop camni ek? Ada sape-sape tau tak? Kat Mydin ada jual tak agak-agak?hehehe..


Selain dari doorgift yang tertepek kat atas tu, aku ada lagi beberapa site menarik yang mungkin boleh bantu kamu-kamu si bride to be dalam mencari hadiah tamu terbaik untuk majlis perkahwinan kamu.

Satu,
Untuk doorgifts yang unik dan murah *serius murah*, sila la ke sini. www.duriankahwin.com

Dua,
Untuk mereka yang masih mencari kotak atau bekas yang comel untuk doorgift pada harga yang mampu milik, bolehlah ke sini. oleolemanis.blogspot.com

Tiga,
Untuk mereka yang sukakan coklat untuk dijadikan cenderahati perkahwinan mahupun untuk hantaran. Coklat kat sini sangat sedap. Aku dah cuba. Sangat sedap dan murah. Sila ke sini ye...aniscoklat.blogspot.com


Fuh, puas hati dapat berkongsi info dengan kamu-kamu arini.=)

Sekian terima kasih.

Daa!

Sunday, November 29, 2009

TUKANG GAMBAR AKU MANA PAH???

Satu masa dulu, bakal-bakal pengantin tak kesah pun ada fotografer ke takde untuk wedding diorang. Tak pernah terpikir pun akan kepentingan tukang amik gambar ni. Semuanya masih lagi pakai konsep asal boleh jek. Snap je la gambar guna kamera-kamera yang ada. Langsung tak ada bajet untuk upah fotografer. Sangat jimat.


Yeke jimat?

Jimat tu memang jimat. Tapi bukan secara bijak. Bagi aku gambar adalah benda kedua penting selepas akad nikah dalam sesuatu majlis perkahwinan.

*Mak ai melampaunya statement! Tulis takde pikir-pikir dah ke Cik Yongnana?*

Aku dah abis pikir dah. Dan jawapan aku tetap sama. Gambar perkahwinan adalah sangat penting. Kehadiran jurugambar amatlah diperlukan.

Kenapa?

Satu je jawapan aku.

Cuba kamu-kamu pikir, dalam banyak-banyak benda yang kamu beli@sewa@pinjam@apapunlah untuk wedding kamu-kamu itu, contohnya..

#baju pengantin merelip relip lip lap lip lap anak mami.
#pelamin anganmu yang sikit lagi dah macam taman bunga negara.
#make up santek tebal ala-ala tembok besar china.
#hadiah pintu yang glamer and gojes. dalam taman perumahan kamu belum ada lagi yang bagi hadiah pintu sebegitu rupa. Unik bangat deh!
#Nasik minyak/nasik pelangi/nasik ujan panas/nasik ujan lebat dan segala bagai jenis nasik dan lauk pauk sedap hingga menjilat bibir.
#Dan macam-macam lagi la..sila rujuk senarai semak masing-masing ye.

Soalan aku..

Dalam banyak-banyak benda yang kamu-kamu list down kan tu, apa benda yang akan bertahan paling tidak pun sebulan lepas majlis?

Majoritinya takde kan?

Yang akan bertahan biasanya cuma ada TIGA jek.

*suami/isteri kamu-kamu. Insyaallah panjang umur*
*Cincin@tanda perkahwinan. Itu pun kalau tak digolok gadai.huh*
*GAMBAR PERKAHWINAN*

Sila perhatikan yang ketiga tu.

Yup. Wedding album adalah benda yang akan kekal sepanjang hayat kamu. Cuma wedding album sahaja yang boleh menceritakan kembali betapa indahnya perkahwinan kamu satu masa dulu. Betapa bahagianya memberitahu anak dan cucu keindahan perkahwinan kamu. Masih berpeluang duduk berdua, berpegangan tangan, walaupun uban sudah memutih di kepala dan mengimbau kembali betapa hensem/cun nya kamu-kamu ketika hari perkahwinan kamu dulu. Album yang seakan bisu itu sebenarnya mampu bercerita lebih petah daripada si penglipurlara terhebat. Percayalah.

Mungkin juga album bisu itu boleh menjadi penyelamat kepada perkahwinan kamu. Siapa tahu, ada satu masa 'tsunami' melanda bahtera perkahwinan kamu, cuba kamu renung kembali 'si bisu' itu. Pasti hati akan tercuit. Mungkin rajuk akan pulih. Insyaallah gelombang tsunami akan bertukar setenang air tasik.

Siapa sangka album bisu itu punya kuasa magis sehebat itu.

Jadi jangan pinggirkan si tukang gambar dalam senarai penting majlis kamu. Jangan terlalu kedekut untuk laburkan sedikit duit untuk sesuatu yang boleh kita kenang sepanjang hayat. Pilihlah jurugambar yang mampu memberikan hasil yang bagus tetapi menawarkan harga yang berpatutan. Untuk aku, aku ada tiga jurugambar pilihan kalbu. Harga yang ditawarkan masih dikira berbaloi dengan hasil yang diberi.

Satu
www.adaniaklasik.com


Dua
http://blog.faisalrahim.com


Tiga
http://www.dinyraof.fotopages.com


Ingat.

Yang bagus tidak semestinya mahal dan yang mahal itu tidak semestinya bagus.


Daa!





Friday, November 27, 2009

VIDEOGRAFER ITU ABAH SAYA

Aku dah ternak blog ni hampir 4 bulan. Ada lebih kurang 65 entri dah aku bagi makan kenyang-kenyang. Siap ada yang bertuah dapat habuan istimewa. Macam-macam cerita ada dalam blog belaan aku ni. Cerita sedih, gembira, pahit, payau, masin semua ada.

Tapi...

Sikit pun aku tak pernak terpikir nak promote bisnes abah aku sendiri. Haih.

Kebetulan dalam blog ni aku banyak bagi makan entri tentang my dream wedding. Berkongsi info tentang persiapan majlis kawin dengan kamu kamu semua. Jadi tidak salah rasanya untuk aku iklankan sevices provided by WanDet Entertainment Sdn. Bhd. Kan kan?=)

Sape pulak Incik Wan Det ni? Hmmm...beliau adalah abah aku. Pekerjaan utama beliau sekarang adalah official videografer untuk majlis-majlis kawin mahupun majlis-majlis korporat. Kadang-kadang beliau jugak dapat tender untuk jadi penerbit drama-drama yang ditayangkan kat TV kamu kamu semua tu. Huhuhu.

Abah aku ni memang sangat suka mengambil gambar tak kira dalam versi video atau foto sejak dari aku kecik lagi. Sebab tu aku ada banyak sangat koleksi gambar masa kecik. Sampaikan adegan aku tengah meroyan tarik rambut dengan arwah abang pasal rebutkan cikedis pun abah ada rakam. Huhu..


masih sempat memberikan khidmat masa majlis tunang aku. =)



So dengan pengalaman lebih 20 tahun tu la abah tekad bukak satu company bernama WanDet Entertainment Sdn. Bhd. bertempat di Taman Cempaka, Ampang *dekat sgt dengan stesen LRT Cempaka*. Abah gigih merakamkan momen-momen indah pengantin tanpa kenal erti jemu. Mencuba sehabis mampu untuk beri khidmat terbaik untuk pengantin-pengantin itu.

Dan yang paling aku pasti, abah menawarkan harga yang rendah berbanding kebanyakan videografer yang ada kat luar sana. Sangat yakin tentang itu.

Jadi, kalau ada bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari official videografer untuk wedding kamu nanti. Janganlah segan silu untuk survey khidmat abah aku okey? Untuk diskaun yang lebih menarik, sila bagitau kamu adalah kawan Cik Wan Nor Fadzlina. Kalau nak diskaun lagi mega, bagitau la aku ni kawan baik kamu sejak dari tadika sampailah nak ke alam rumahtangga ni. Huhuhu..


Jadi..jangan segan silu untuk hubungi number ini okey?=)


Videografer itu abah aku.

PAKEJ ANDAMAN PALING JIMAT

Sejak aku tulis entri sebelum ni, pikiran aku memang sentiasa berpikir untuk cut cut cut the wedding cost. Potonglah kat mana boleh, yang penting konsepnya JIMAT. Ya, aku memang ingin berjimat selagi boleh TETAPI aku tidak akan sekali kali memingkirkan elemen-elemen impian aku. Aku percaya kalau aku bijak mencari, aku pasti boleh dapatkan wedding impian aku pada harga yang mampu milik. Jadi mengapa bayar lebih??Hehehe..

Contoh.

Semalam aku pergi booked mak andam *boleh jugak dipanggil pak andam.=)*. Nama glamer beliau adalah Anje. Anje ni takde kedai ala-ala butik tu pun. Beliau beroperasi dari rumah jek. Tapi jangan tak tahu, baju-baju pengantin beliau tersangat la cantik dan up to date. Yang penting harganya murah. Sangat sesuai untuk bakal-bakal pengantin edisi jimat macam aku ni.

Saiz baju pulak jangan cakaplah..Dari seramping-ramping, sekecik-kecik molek sampailah ke segabak-gabak badan macam aku ni, huh ditanggung beres. Semua saiz ada. Tak perlu risau. Semalam aku siap sempat try dua pasang baju lagi. Terasa macam model pulak sebab boleh pakai baju pengantin tanpa perlu lakukan proses edit baju. Gambar ada la aku amik guna camera cikai aku. Tapi kurang sesuai di pertontonkan di blog ni atas sebab-sebab peribadi. Huhu.

Harga??
Ya, sangat jimat. Okey meh aku list down pakej yang aku amik.

- Sepasang baju bersanding pengantin perempuan edisi baru(design n material terpulang pada pengantin utk pilih)
- Sepasang baju bersanding pengantin lelaki (baju melayu versi kot hulubalang tu)
- 1 Pelamin edisi bawah khemah (pelamin trend skrg yg kotak-kotak tu)
- 1 Pelamin nikah
- 2 x make up (make up anje sgt sgt sgt santek okey.tak tipu)
- Pintu gerbang
- Aksesori pengantin lengkap

HARGA - RM1600


Ha, amik kau. Murah tak? Sape nak bagi baju baru siap pelamin sampai dua pada harga macam tu? Memang sangat-sangat berbaloi bagi aku. Paling buat aku terpikat adalah make up beliau yang sangat-sangat santek. Siap aku pujuk mak untuk amik make-up and baju Anje untuk majlis belah lelaki jugak. Huhuhu..*buat keputusan sendiri tanpa tanya Incik Tunang.huhu*

Untuk majlis belah laki, aku pilih nak pakai songket. Since Anje ada koleksi baju songket warna ungu *tema belah sana ungu putih*, dan memenuhi saiz badan aku yang comelmontel ni, maka tak perlulah aku meraban nak baju baru jugak untuk majlis belah sana. Sila ingat konsep JIMAT okey? Majlis belah sana jugak takde pelamin-pelamin bagai. Aku cuma perlukan sepasang baju L/P, aksesori, dan make up jek. Tapi sebab kenduri belah sana buat kat luar KL, iaitu Manong Perak, maka standard la akan dikenakan caj pengangkutan kan?

Okey meh kita tengok bape pulak harga untuk pakej belah incik tunang ni.

- Sepasang baju songket L/P
- 1 x make up
- aksesori
- caj pengangkutan

HARGA - RM550

Hmmm...meroyan tak meroyan tengok harga tu? Sangat berbaloi kan? Pasti Incik Tunang akan senyum lebar sebab aku pandai jaga poket dia. Hehehe..


Pendek kata aku amat puas hati dengan pakej dari Anje ni. Lagipun dulu masa adik aku kawin pun pakai servis Anje ni jugak. Sebab tu aku tak teragak-agak untuk amik dia lagi.

Kalau ada siapa-siapa yang nak dapatkan khidmat Anje ni, aku cuma boleh bagi fon number jek.

Erkk..baru tingat, aku takde save fon number Anje. Cuma mak aku je yang ada simpan. Okey promise, esok aku akan tepek kat entri ni fon number Anje.

Website?

Ermm..rasanya Anje takde website lagi. Tapi u all boleh call beliau. Umah beliau kat Puchong. Address lengkap pun aku takde lagi. Maybe my dear mom ada simpan. Esok aku try dapatkan and tepek kat entri ni okey?


P/S: Salam Aidiladha..



NOTA TAMBAHAN:
- Seperti yang aku janji, ni aku tepek no fon Anje. Siapa-siapa yang berminat boleh la hubungi beliau okey.

012-6691607 - Anje The Pak Andam Gojes. Huhu..

Saturday, November 21, 2009

ENTRI KHAS UNTUK AKU

Semua orang ada impian perkahwinan masing-masing. Bermula dari warna tema sampailah ke warna bungga manggar semua ada impian tersendiri. Betul kan? Kalau yang ada duit banyak tu boleh la melabur suka hati ikut kehendak kalbu. Untuk orang yang biasa-biasa, kena pikir banyak kali bila nak membeli sesuatu. Banyak faktor perlu diambil kira. Sebab mereka bukanlah anak orang kaya.

Aku pun tergolong dalam kategori famili biasa-biasa jek.

Mak aku penolong akauntan kat MPSJ.

Abah aku dah pencen. Sekarang tgh tungkus lumus kendalikan bisnes dia. WanDet Entertainment Sdn. Bhd.

Adik beradik ramai...kecik-kecik lagi tu.

Tapi bila sampai bab kawin, kepala aku penuh dengan macam-macam impian. Itu nak, ini nak, nak pelamin macam tu, nak khemah macam ni, nak baju ala-ala puteri, make up macam artis, huh banyakla angan aku. Kategori apakah aku ni? The most ngada-ngada bride to be agaknya.*haih*

Sudahlah kawin harapkan duit mak abah + duit hantaran. Aku mana ada duit. Aku cuma akan keluarkan duit untuk beli barang-barang hantaran jek. Itu pun tak reti bersyukur lagi. *haih skali lg*.

Aku rasa aku kena pikir dengan lebih rasional. Jadi lebih matang. Kesian lah kat mak dan abah. Diorang tungkus lumus menabung sekarang ni semata-mata nak kumpul 8 ribu sorang hanya untuk aku, anak comel mereka ni.

Sanggup ke aku tengok abah keje siang malam tanpa rehat hanya untuk penuhi impian aku?

Tergamak ke tengok mak sampai kena apply loan hanya untuk penuhi angan-angan aku?

Rasa macam terlalu kejam.

Tapi itulah..mak dan abah selalu mahukan yang terbaik untuk aku. Kalau aku tak mintak pun tentu mereka akan buat yang terbaik untuk wedding aku. Aku sangat yakin itu.

Jadi sebagai anak, aku juga mahukan yang terbaik untuk mak abah aku. Jangan terlalu 'jual ikan'. Banyak lagi benda nak difikirkan terutama kehidupan lepas kawin nanti.

Ibarat kata kalau nak naik kapal. Kita dah berhabis ringgit hanya untuk beli tiket menaiki kapal, sampai tak ada sesen pun lagi yang tinggal untuk kita beli kain baju dan makanan untuk digunakan sepanjang pelayaran.

Berbaloikah??

Kepada Wan Nor Fadzlina, bertindak matang, fikirlah dengan bijak. Tak salah untuk penuhi impian kamu, tapi penuhilah dengan bijak. Kamu kan anak mak dan abah. Tentu kamu boleh bertindak bijak. Yakinlah pada diri.

Friday, November 20, 2009

SI TUAH

Dari semalam lagi aku berdebar-debar. Menunggu keputusan dengan hati yang gundah-gulana. Berjaya ke aku? Rasa macam kalah jek.

Semua peserta lain pun hebat-hebat. Siap kreatif lagi. Ada yang tepek-tepek pict comel-comel. Ada yang berbahasa bunga-bunga dalam English. Macam-macam ada la.

Tiba-tiba aku rasa macam takde lagi harapan menjadi the best bride who win the contest. Aku rasa macam kata-kata magis itu takkan berlaku ke atas diri aku. Takpelah..mungkin takde rezeki. Apa nak susah hati sangat, rezeki kita kan sudah ditetapkan Yang Maha Esa. *pasrah*

Dalam gelisah gemisah itu aku beranikan diri jugak nak tengok resultnya. Tapi aku tak berani nak terus bukak blog MG, so aku bukak blog ternakan aku dulu. Mana la tau ada hint kat situ. Huhu..

Dan tiba-tiba aku terpandangkan sesuatu di blog ternakan aku. Bilangan pengomen di entri "Merisik Gallery Online Contest" sudah bertambah. Kenapa ek?


"Congratz to u.."

"Congrats... dream come true.."

Ish. takkan lah.

Aku terus bukak blog MG.

Dan inilah pemandangan yang aku nampak.
.
.
.
.












Omaigod! Syukur Alhamdulillah..

Err sebenarnya aku tak lah setenang itu menerima khabar gembira ni. Aku menjerit sekuat hati memberi tahu seisi rumah yang aku lah Si Tuah itu. Sangat-sangat-sangat gembira. Really!

Sampaikan tangan aku menggigil. Hatta nak skroll mouse pun aku tak mampu. Tersangat la parkinson aku waktu itu. Tapi aku tahu, aku sangat gembira. Terasa seperti Tuhan memudahkan perjalanan niat suci aku. Terasa macam rezeki berkahwin itu sentiasa ada untuk aku dan insan terbucuk dalam kalbu. Sungguh.

Kepada pihak Merisik Gallery, a big thanks kerana sudi menyediakan peluang indah kepada bakal-bakal pengantin seperti aku. Juga terasa ingin peluk cium kamu-kamu kerana memilih aku sebagai Si Tuah itu. Sangat-sangat berterima kasih.

Kepada peserta-peserta yang lain. Jujurnya kamu semua sangat hebat. Juga berbakat. Cuma mungkin ini rezeki aku. Pasti ada rezeki kamu di lain kali. Usah berputus asa..

Terus berusaha demi perkahwinan impian kamu.

Aja aja fighting!

Wednesday, November 18, 2009

MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST

*Ini adalah entri sticky mode. Sila scroll ke bawah untuk new entri*



Hi Peeps,

Masih tercari2 penggubah hantaran untuk majlis perkahwinan korang? Atau dah pening tak tahu nak gubah gubahan sendiri? Atau tak cukup budget nak gubahan fresh flowers?

Here the good news!!!!!!!!

We would like to invite all of u to join the contest below which organized by MERISIK GALLERY! yeay!

Hadiahnya berupa :

PERCUMA 5 DULANG HANTARAN FRESH FLOWERS WITH ANY THEME COLORS!!!!

Cara Penyertaan:

  • Jadi FOLLOWER Mersik Gallery di blog ini
  • Letakkan banner promosi cuti sekolah ini di side bar blog anda dan link ke entry ini (pastikan anda link blog ini; jika tidak link, bermakna disqualified)

  • Jadikan entry ini STICKY POST/MODE sehingga 18 November 2009
  • Buat entry mengenai GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA dan link kan entry peraduan ini di entry anda
  • Nyatakan nama anda, nama pasangan dan tarikh perkahwinan anda
  • Pergi ke http://merisikgallery.fotopages.com dan pilih 1 hantaran yang kami pernah buat yang paling anda suka. Kemudian, paste juga gambar dari fotopages kami tersebut di entry anda
  • Pastikan tajuk entry anda ialah MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST
  • Sesudah lengkap semua perkara di atas, tinggalkan komen di sini berserta link ke entry anda untuk kami hakimi
Syarat Penyertaan:

  • Tarikh perkahwinan anda mestilah antara 20 November 2009 sehingga 31 Disember 2010
  • Terbuka kepada bakal2 pengantin
  • Entry anda akan diadili oleh team Merisik Gallery dan segala keputusan adalah muktamad
  • Jika anda telah terpilih sebagai pemenang, dan gubahan hantaran anda melebihi dari 5 dulang dan anda ingin menambah lagi beberapa dulang, harga istimewa akan diberikan!
  • Gubahan sireh junjung tidak termasuk dalam promosi ini
  • Jika kami dapati entry anda bukan entry sticky sebelum 18 November 2009, secara automotik anda akan terkeluar dari penyertaan ini
  • Penyertaan dibuka dari 26 Oktober 2009 hingga 18 November 2009, jam 11.59pm
Jangan lepaskan peluang ini!!!!!

Nak lagi????

Untuk follower ke 100, sila e-mail merisik_gallery@yahoo.com untuk menerima hadiah misteri!!!!!!!!

MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST

*Ini adalah entri sticky mode. Sila scroll ke bawah utk new entri*


Hari ni hari Jumaat. Seperti biasa aku akan menjalankan rutin harian aku di musim cuti ini. menyusuri laman laman web menarik untuk dijadikan rujukan dan bahan ulangkaji untuk menghadapi 'peperiksaan' tahun depan..iaitu *kawen*.;p

Dalam tidur malam tadi aku dah set dalam otak geliga aku ini untuk menyervey gubahan hantaran pulak hari ni. Aku masih berpikir-pikir samada nak gubah sendiri atau upah je orang. Almaklumlah, masa aku terhad. Huhu.

Mungkin malam tadi aku tidur tak lupa baca doa kot. Makanya pagi ni aku terjumpa satu blog yang menawarkan gubahan hantaran percuma! Ya. Sila jangan pengsan. Syaratnya mudah jek. Cuma bagi makan satu entri yang menarik mengenai gubahan hantaran yang aku idam-idamkan. Dan itulah yang sedang aku buat sekarang. Moga-moga entri kali diberi makanan 'sedap'. Buleh dapat adiah. Weeehooo..!!

Erm..pikir-pikir tentang gubahan hantaran idaman aku?

Satu,

Aku kurang suka gubahan hantaran yang suka transform-transform menda tuh. Contoh tuala tiba-tiba BERTUKAR! menjadi buah oren. Kain sejadah tiba-tiba transform jadi katil pengantin. Huhu..kreatif memang kreatif. Tapi bukan citarasa aku. Aku suka konsep 'Lipat dan Letak' jek. Simple and kemas.

Dua,

Penggunaan ropol-ropol dan renda-renda secara over mungkin disukai ramai. Tapi kurang disukai aku. Aku lebih suka lebihkan penggunaan reben saiz dalam 2 inci tu. Bagi aku lebih memberikan efek ekslusif dan da boom yadda yadda. Tak percaya? Sila cuba sendiri. hehe..

Tiga,

Yang ketiga ni memang paling aku suka. Penggunaan bunga-bunga. Tak kisahlah bunga segar bugar ke atau bunga tipu. Yang penting nampak cantik dan masih berkeadaan seperti bunga. Hehehe..

Masa bertunang dulu aku gubah sendiri hantaran. Nak beli bunga segar-bugar aku tak mampu. Makanya aku beli bunga tipu jek. Gubah sendiri ikut kata hati. Dan hasilnya tetap yadda yadda dalam hati aku..Nak tengok?

Ha..tengoklah..;P


ini cuma tempelan semata-mata. Bukan untuk tujuan promosi.*tempahan tidak diterima.haha*


Makanya untuk 'peperiksaan' aku tahun depan, aku tetap nak gunakan idea munge-munge ni. Sangat cantik di mata dan jiwa aku. Dan bila aku melungsuri *mak ai perkataan* web http://merisikgallery.fotopages.com

sekali lagi aku terpegun dan terpesona.

Waahh weeee!!

Giler!

Santek giler gubahan hantaran diorang!

Serius. Sungguh. Kali ni lidah memang tak boleh bohong. Santek giler gubahan kamu kamu dalam fotopages tu. Semuanya memenuhi tiga rules ciptaan aku seperti yang aku tepek kat atas nun. Sungguh! Sangat indah gubahan ciptaan kamu. *Seksi juge.*

Masih tak percaya?

Mari kita kagumkan diri masing-masing.


Santek bukan?


Sebenarnya banyak lagi yang santek-santek dalam fotopages tu. Cuma aku dikehendaki pilih satu yang paling aku suka. Setelah melakukan proses upload dan delete gambar berulang kali sebab terlalu rambang mata dan akhirnya aku memilih gubahan seperti yang ter tepek di atas tu. Paling membuat aku terkagum dan terpesona.

Sungguh..tak tipu.

Dan pada saat dan detik ini, aku memang berharap keajaiban akan berlaku ke atas entri aku kali ni. Orang tua-tua selalu kata, bakal pengantin akan selalu dilimpahi rezeki yang tak terduga. Dan aku mengharapkan magis kata-kata tersebut berlaku ke atas diri aku dan Incik Tunang.

Oh lupa pulak nak tepek info tentang aku, Incik Tunang dan tarikh 'peperiksaan' kami:

Nama Aku--->> Wan Nor Fadzlina binti W. Mahadzer

Nama Incik Tunang----> Syaiful Amry bin Ahmad Shah

Tarikh Nikah----> 4 June 2010


Sebelum aku stop bagi makan entri kali ni, aku nak ucapkan riban-riban terima kasih kepada pihak http://merisikgallery1.blogspot.com kerana membuka peluang kepada kami kami bakal-bakal pengantin untuk menceburi pertandingan yang serba mencabar ini.

Kepada bakal-bakal pengantin yang sedang membaca entri ini, marilah join. Jadi pesaing aku. *Best Bride Win*.haha..


Yang Benar,
Bakal pengantin Comel.


Tuesday, November 17, 2009

GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA

Aku teringin nak survey harga gubahan hantaran hari ni. Masih terlalu awal kah? Ermm..bagi aku itu bukan masalah. Tak salah untuk merancang lebih awal..jangan terlewat untuk merancang sudahlah. Kan kan?

Aku sebenarnya dah ada bayang bayang bentuk gubahan yang aku inginkan untuk majlis nikah nanti. Aku mahu gunakan bunga-bungaan sebagai penyeri dulang hantaran aku nanti. Cuma saat ini aku masih konpius, tak tahu sama ada nak guna fresh flower atau artificial je. Beza harga tak banyak, dalam RM15 je sedulang.

Hmm..meh la aku tepek skit picture hantaran yang telah mencuri hati dan sanubari aku.


Kedua-dua gubahan ni adalah dari zue's Collections. Harga untuk fresh flower RM65 per dulang. Artificial flower RM50 per dulang. Tray putih tu cuma di sewa, bukan hak milik kekal aku nanti. Dalam gambar tu guna fresh flower. Cantik kan?

Meh kita survey lagi.




Yang ni pulak dari cantiquemanis.com.

Pun cantik-cantik and manis-manis gubahan diorang. Sungguh aku terpesona sekali lagi.

Harga??
Errmm..sama macam Zue's Collections. Tray pun cuma sewaan jek. Cuma diorang offer diskaun RM5 per dulang kalo aku amik gubahan untuk dua-dua belah pihak. Menarik sebab memang aku plan nak hantar gubah hantaran aku and Incik Tunang sekali harung jek. Senang.

Then ada satu lagi yang sebenarnya paling awal mencuri perhatian aku.



Ini adalah gubahan dari Merisik Gallery. Aku pernah quote harga kat Merisik Gallery ni. Kata diorang kalo gubahan articifial flower, price starting from RM60 per dulang. Kalo fresh flower RM90 per dulang. Tapi aku tak pasti tray sumer tu sekadar sewa atau jadi hak milik kekal aku. Tapi elegen kan gubahan diorang? *terkesima sekali lagi*

Rasanya kamu kamu semua tahu aku telah menjebakkan diri dalam contest tentang "Gubahan Hantaran Idaman Saya" yang dianjurkan oleh Merisik Gallery. Kalau ada rezeki aku untuk muncul pemenang *mengharap*, maka dapatlah aku gubahan hantaran fresh flower percuma sebanyak 5 dulang dan dulang selebihnya akan diberi harga istimewa. Sangat menarik. Dan aku semakin tak sabar menunggu detik 20 November ni untuk tahu siapakan bakal pengantin bertuah itu. Mungkin kah aku? huhu...*mengharap lagi*

Harap akan adalah dulang-dulang hantaran indah seperti gambar di atas di hari pernikahan aku dan Incik Tunang nanti.*terlalu mengharap*

Monday, November 16, 2009

RINDU SAMPAI REBAH

Betul kata orang, manusia jarang menghargai sesuatu yang berada depan mata mereka. Bila 'sesuatu' tu dah pergi menghilang, baru lah nak menyesal. Baru terasa kehilangan. Pandai pulak nak menangis meratap menyesali perbuatan sendiri. Klise bukan?

Manusia memang tak reti bersyukur.

Termasuk la aku.Huh. Dulu masa Incik Tunang depan mata, aku suka je cari gaduh dengan dia. Ikut suka hati aku nak marah dia, nak send sms merampus bukan-bukan kat dia, merajuk secara hebat sampai muncung panjang sedepa.

Pastu ada masa-masa galak pulak aku merapatkan diri secara sengaja dengan kawan-kawan lelaki. Pernah satu masa dulu aku minta izin incik tunang untuk keluar berdua dengan kawan lelaki, dan beliau dengan penuh rasa percaya mengizinkan aku pergi. Betapa dia terlalu percayakan aku tanpa sekelumit pun rasa curiga. Sungguh aku tahu hati dia terguris bila aku mintak kebenaran untuk berjimba bersama sekumpulan kawan-kawan pelbagai jantina. Aku sedar dia cemburu bila aku selalu bercerita tentang betapa seronoknya keluar makan-makan bersama kawan-kawan pelbagai jantina tadi. Tapi sikit pun Incik Tunang tak melenting. Aku yang kejam ke atau beliau terlalu mulia?

Sekarang bila Incik Tunang dah takde depan mata, pandai pulak aku nak menangis tiap malam rindukan dia. Baru aku sedar betapa aku telah kehilangan sesuatu yang berharga depan mata aku. Baru aku rasa ada lompong besar dalam jiwa aku. Kosong.

Aku teramat sangat rindukan dia.
Aku rindu nak dengar gelak tawa dia.
Aku rindu nak dengar nyanyian separa merdu dari dia.
Aku rindu nak dengar bunyi ciuman buat-buat dari dia.
Aku rindu..
Aku rindu segalanya tentang Syaiful Amry..

Aku tak sekuat yang kamu jangkakan..Bila-bila masa boleh rebah..kerinduan.

Sunday, November 15, 2009

JANGAN BULI TUNANG SAYA

Sudah 3 hari Incik Tunang berada di Labuan Si Pulau Bebas Cukai. Sudah 3 hari jugak aku kerinduan di sini. Bukannya sebelum-sebelum ni kami tak pernah berjauhan, tak berjumpa detink detink berbulan-bulan, selalu sangat. Tapi dulu walaupun tak keluar berjumpa berpegangan tangan, jasad Incik Tunang dekat dengan aku. Kata orang puteh *reachable*. Tapi sekarang ni beliau terlalu jauh. Beribu kilometer. Kena naik burung terbang kalo terasa mahu berjumpa berpegangan tangan lagi. Silap-silap kena berenang menyeberangi Laut China Selatan kalo flight delay.ish, sungguh menduga perasaan.

Sungguh aku rindukan dia.

Dan paling aku terseksa bila dapat tahu beliau terdera fizikal dan mental kat sana.

Ya, Incik Tunang di dera.

Sebagai orang baru, beliau juga terpaksa melalui sesi orientasi. Untuk pengetahuan, sesi orientasi di kem tentera langsung tak sama dengan sesi orientasi yang pernah kamu kamu dan aku lalui dulu. Tak kiralah masa tadika ke, masa darjah 1 ke, tingkatan 1 ke, masuk matriks ke, masuk U ke, langsung tak sama. Tak ada sesi sesi dengar ceramah, sesi berkenalan dengan bangunan-bangunan, tahu mana letak duduk dewan, mana tandas, mana surau..huh jangan diharap semua itu.

Kat sana sesi orientasinya sangat keras dan kasar. Mungkin Incik Tunang kena berlari berpuluh-puluh pusingan padang sambil membawa beg yang berat. Mungkin juga beliau didera bergolek golek atas tanah tanpa henti. Atau mungkin jugak dicatu makanan harian, dan yang paling aku tak sanggup nak bayangkan..Incik Tunang dibelasah separuh pengsan.

Ya Allah..Lindungilah Syaiful Amry.

Buat masa ini, aku tak dapat berhubungan dengan Incik Tunang seperti selalu. Telefon bimbit beliau telah dirampas oleh sarjan misai lentik. Kapan baru dipulangkan? Hmmm...entahlah. Aku cuma mampu menunggu Incik Tunang curi-curi hubungi aku guna fon yang dipinjam dari kawan. Cukuplah buat ubat rindu.

Sesungguhnya aku teramat sangat rindukan dia. Aku risaukan dia sepanjang masa. Tapi aku masih ingat kata-kata Incik Tunang dalam fon semalam..

"Ayang jangan risau, abang ok. Abang akan sentiasa kuat berkat doa dari Ayang"

Janji, aku takkan pernah lupa titipkan doa buat Incik Tunang. Moga beliau sehat sejahtera di sana. Gigih berusaha menampan musuh negara.

Miss u...much.

ENTRI PROMOSI

Hari ni hati sungguh riang. Kenapa ya? Pasalnya hari ni aku dah p booked date n bayar deposit kat caterer. Ops bukan aku yang bayar, tapi my dear mom..beliau kan banker aku. Huhu..

Seperti yang tertera dalam checklist aku, famili aku decide untuk amik Sri Angsana sebagai tukang masak rasmi majlis aku nanti. Makanan diorang memang sangat sedap sampai ada tetamu yang tak segan silu untuk bertambah nasik serta lauk dua tiga kali masa wedding adik laki aku dulu.*mungkin jugak tetamu tersebut terlalu lapar.hehe*.

Tapi serius, bagi aku masakan Sri Angsana memang lazat the yummy yummy. Dan yang paling best harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kira affordable la bagi famili biasa-biasa mcm aku ni. Huhu..Lagi satu benda yang best adalah aku dapat semua yang aku nak untuk bahagian katering. Apa benda yang aku nak tu??

Aku cakap kat mak aku nak kerusi tetamu semua bersarung dan bereben..*dapat*

Aku request nak red carpet sepanjang kurang lebih 100 kaki..*dapat*. Mungkin akan add lg jadi 150 kaki sebab khemah ada 8 bijik.huhu..

Aku nak khemah khas untuk pelamin siap lelangit n lampu gantung-gantung tu..*dapat*

Pendek kata semua yang aku angankan untuk khemah kahwin aku nanti semua aku dapat. Weeehoo! A big hug to my mom sebab sanggup melayan karenah anak sulung beliau yang ngada-ngada dan berangan anak orang kaya ni.huhu..

Dan kat bawah ni aku tepek bukti bahawa aku dah tempah katerer..Atas nama mak aku la ek. Aku mana ada duit. Hahaha..




Destinasi seterusnya.

Lepas booked caterer, aku dan ibunda tercinta terus ke kedai kain terfemes rantau ini..cheewahhh! Mana lagi kalo bukan Jakel. Tujuan kami untuk mencari kain untuk dijadikan alas meja..hahahaha..Bukanlah. Cari kain untuk dijadikan baju nikah untuk aku dan Incik Tunang..

Dulu masa bertunang pun aku beli kain kat sini. Ops, silap lagi. Bukan aku yang beli, tapi mak yang beli. Huhu. Dan harganya memang boleh dirobohkan lagi. Kain tunang aku dulu harga tepeknya dalam RM400++, tapi after mak aku tawar-tawar akhirnya dapat beli dengan harga RM200 jek. Tak ke diskaun 50 persen tu? Huhu..

That why la kali ni aku tak teragak-agak untuk cari kain kat Jakel lagi. Design kainnya pun cantik-cantik. Memang berbaloi.

Harga?

Erm..berpatutan la bagi kategori macam aku ni.

Kain lace 2 m *tapi aku dpt 2.7 m sbb last piece*

Plus

Kain satin untuk perempuan 3.5 m *kain lebar sbb tu bkn 4 m*

Plus

Kain baju melayu lelaki 4 m

Sama dengan

RM200++

Murah tak? Bagi aku murah la sebab bukan aku yang bayar..huhu..

Oh terlupa, time kat kaunter nak membayar tiba-tiba kami ternampak satu kain sampin songket yang sangat cantik di mata dan jiwa aku. Mesti Incik Tunang nampak hensem bergaya bila pakai. Maka kami pun beli. Harga?? RM185 sebelum sampai kat kaunter pembayaran, bila dah sampai kat kaunter, harganya roboh jadi RM100 jek. Bagus tak? Huhu..

Jadi sebagai penutup entri kali ni aku nk tepek gambar barang sekeping dua buat tatapan kamu kamu. Terpulang masing-masing nak kritik ke puji ke kain pilihan aku dan ibundaku, yang penting pilihan itu sudah cukup cantik dan menawan kalbu aku. Huhu..

Tada....

Putih itu suci..secuci lebaran.hahaha



songket dan kain untuk incik tunang. Pasti hensem beliau nanti.huhu


Err..terlupa pulak. Entri ni takde tajuk lagi. Nak bubuh tajuk apa ek? Ermm..Sebabkan entri kali ni aku banyak promote-promote..maka aku namakan beliau "Entri Promosi".Heh

Thursday, November 12, 2009

INI BUKAN YANG TERAKHIR

Senyum mu pasti aku rindukan,

Tawamu pasti aku impikan,

Wajahmu akan selalu aku angankan,

Akan aku simpan setiap inci kenangan,

Aku ku renung kesemua dugaan,

Akan aku pahat tiap lekuk wajahmu dalam ingatan.






Pergilah wahai kekasih hati,

Berjuanglah demi ibu pertiwi,

Aku akan sentiasa di sini,

Menanti dan terus menanti saat yang dikau janji.




Semoga kau tak lupa pada sebelah hatimu di sini,

Semoga kau tak mudah pinggirkan janji-janji,

Semoga ini bukan yang terakhir kali.






Berdoa agar kita akan bertemu lagi.
Mengikat tali.
Memahat janji.

Wednesday, November 11, 2009

KAU PERGI...

Buntu. Sedih. Blur.

Itulah yang aku rasa sekarang.

Kenapa?

Sebab Incik Tunang akan pergi jauh. Bukan pergi menjauh ye, tapi pergi jauh. Nun jauh ke Labuan.
Aku memang sedia maklum yang beliau akan di hantar bertugas di Labuan, tapi aku dimaklumkan beliau akan terbang pada 26 November 2009..bukannya lusa!

Ya..lusa Incik Tunang akan terbang ke sana. Tinggalkan aku seekor diri (pinjam frasa Toro). Dan sesungguhnya aku memang tak bersedia untuk 'kehilangan' insan terbuchuk dalam kalbu secepat ini.

Sungguh. Aku tak bersedia.

Malah, kami dah berjanji untuk pergi ke pameran pengantin kat PWTC Sabtu ni. Dah planning untuk ke kursus kawin dalam minggu depan. Aku juga dah berkira-kira untuk membelikan sesuatu untuk Incik Tunang sebagai pengganti diri aku sepanjang beliau bertugas di Labuan. Tapi segalanya hanya tinggal impian.

Tuhan, tabahkanlah hati aku. Kuatkanlah semangat aku yang tak berapa nak kuat ni. Rasa bagai tak mampu untuk menempuh saki baki alam pertunangan ini seorang diri.

Moga Yongnana terus tabah..Aminn..

Tuesday, November 3, 2009

TABAHLAH WAHAI HATI

Incik Tunang dalam masalah.
Aku tau beliau sedang kerisauan.
Aku pun risau jugak.
Tapi aku tak boleh over risau dari dia.
Itu cuma akan burukkan keadaan je.
Maka, aku harus kuat.
Aku harus tabah.
Jangan sampai hati berubah.


*Abang, janganlah abang risau. Kite akan sentiasa berada belakang abang. Menyokong apa jua keputusan abang. Membantu selagi kudrat masih berdaya. Usahlah terlalu risau. Kita dua pasti dapat rempuh halangan ini. Kita dua pasti akan sampai ke situ. Percayalah.*


Tuhan,
Tolong beri jalan pada aku dan dia.
Kami mohon petunjuk.
Mudahkanlah perjalanan niat suci kami.
Aminn..

NOTA CINTA SAYA..HAHA

Aku selalu tengok ramai bakal-bakal bridal ada buku diari masing-masing yang akan digunakan untuk mencatat (ke mencatit?konpius lagi) segala bagai nota-nota penting, temujanji, perancangan kawin mereka dan sebagainya. Mungkin juga boleh dijadikan medan untuk meluahkan ketidakpuashatian bila bergaduh dengan tunang masing-masing. Hahaha..*aku la tu*

Jadinya, sebagai bakal pengantin yang dedikasi, cewah..aku pun tak mau ketinggalan memiliki buka nota cinta aku. Maka, semalam aku dengan jayanya berjaya membeli sebuah buku nota and mini kalendar. Niat hati nak beli buku diari tebal-tebal siap ada button tutup tu. Tapi takde yang menawan kalbu selain harga beliau turut membuatkan aku takde hati nak beli.huhu memang kedekut.

Setelah puas belek-belek, amik-letak, telek harga bagai akhirnya aku pilih buku nota cinta yang ini:
.
.
.
.
.


Comey tak? Bajet-bajet kartun kat kulit buku tu aku lah. Hahaha..jauh panggang dari ayam panggang. Yang kecik tu mini kalendar. Boleh jugak la aku guna untuk highlight mana-mana temujanji dengan mak andam ke, fotografer ke..temujanji dengan Incik Tunang pun boleh skali. Hehehe..

Aku harap buku nota cinta aku ni takkan kosong sampai aku kawin nanti. Penat beli nih. Mahal pun bleh tahan mahal jugak. Haih.

Sunday, November 1, 2009

CHECKLIST 3

Sepanjang cuti semester selama seminggu nampaknya progress wedding planning aku ada pergerakan. Aku dah nampak apa yang aku nak. Then now, aku nak update checklist aku supaya bleh aku rujuk next time..

p/s: seronok tau bila discuss hal nikah kawin dengan famili. Especially dengan mak dan Incik Tunang..huhuh

1) Theme Kaler: White and red...bkn red and white tau?ada beza tuh..*confirm*

2) Husband-to-be : Tunangku teristimewa..Syaiful Amry bin Ahmad Syah *confirm*

3) Date :Nikah : 4 June 2010 *confirm*

4) Lokasi : Rumah aku di Ampang Jaya

5) Sanding : 5 June 2010 *confirm*

6) Lokasi : Rumah aku di Ampang Jaya *confirm*

7) Tandang : 12 June 2010 *confirm*

8) Lokasi : Rumah Incik Tunang di Manong, Perak. *confirm*

9) Kursus kahwin : Berhampiran LRT Setiawangsa. Maybe p dalam bulan ni jugak.

10) Documents to be submit to Pejabat Agama : Masih dalam proses study tentang prosedur.huh

11) List barang2 hantaran :

For me:
1) Sirih junjung
2) Cincin + mas kahwin
3) Duit hantaran
4) Baju sepasang + tudung
5) kasut + handbag
6) Tafsir Al-Quran
7) Kek
8) coklat
9) misteri..huhuhu

*sumer pun blom beli lagi*

For him:
1) Sirih junjung
2) Cincin
3) Sepersalinan baju melayu
4) Kasut
5) Perfume
6) Kek
7) Coklat
8) Jam tangan
9) Al-Quran
10) Buku-buku ilmiah
11) Misteri..(Aku dh tau dh apa nk bg utk misteri ni.hehehe)

*semua pun blom beli lagi*

12) Tok kadi : Pun x sure lg..sabar ek

13) Andaman : Anje (Pakej baju sanding, pelamin, make-up, aksesori, hiasan bilik tidur)

14) Baju Sanding & Tandang :
Pilihan 1: Sewa baju baru dari Anje
Pilihan 2: Beli baju baru dari Jakel

*yang penting mau baju baru. Mak kata ok.;p*


15) Bunga pahar : Beli siap je la..kat Nilai blambak

16) Baju Family : Tempah kat Kong the Great Tailor.huh

17) Bilik pengantin : Awal lg nk pikir..Guna bilik adik je la..dia baru kawin Oct last year.

18) Fotographer : Masih mencari

19) Videografer: Abah aku sedia membantu..WanDet Entertainment.

20) Catering :
a) Majlis nikah - Sri Angsana Catering
b) Majlis Sanding - Sri Angsana Catering

21) Honeymoon : Agreed by us. Pangkor.

22) Kad jemputan : Design dah ada dalam kepala. Tinggal nak anta tempah jek.

23) Baju Nikah : Puteh gading. Kain beli kat Jakel. Tukang jahit..Kong the Great Tailor.

24) Hiasan Hantaran : hantar kdai jek

25) PA, kompang, MC : WanDet Entertainment

26) Gift :
Tetamu biasa - mini kalendar dari www.duriankahwin.com
Tetamu VIP - x decide lg
Tetamu cilik - lolipop choc dari aniscoklat.blogspot.com
Gift utk semua - bunga telur (cucuk)
Gifts majlis nikah - coklat dari aniscoklat.blogspot.com

27) Bridesmaid : Yantietoro. huhu..

28) Flowergirls/boys : kakak-Ninie- Dibah- Ilah- Wani - Milia - Putri - Wanie Kdh - Faez - Haziq - Alin. *amik kau. Yong list down tanpa mintak persetujuan.hahaha*

29) Penunjuk Jalan : sendiri wat..print jek

30) Bunting : erm..tingin jgk nak bunting..nnt la pk

31) Cat Bilik : x perlu cat..baru jek lg cat kaler cream..match dgn apa jua theme kaler kan?

32) Kemas Bilik Pengantin: a month before br aku wat.hahaha

33) Hiasan rumah: erm..ganti langsir je kot.

Yes. Bila tengok checklist ni baru la terasa macam orang nak kawin. Kurang-kurang ada la jugak pergerakan. Huhu..Aku akan update lagi checklist ni di lain kali. Daa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...