Monday, September 27, 2010

ENTRI DUA MINIT....serupa mee maggi.

Ini entri pendek.

Hari ni penat satu hari.


Taklimat penempatan

Melawat sekolah.

Dapat S.M.K Mutiara.

Pening kepala pikir rumah takde. Maka merempat la kejap. Huhu.

Esok mula ke sekolah.

Nebes suda..

















Next entry????



Nanti-nanti lah ye....bizi semedang.


Sekian.


=)

EH DAH AHAD EK??

Hari ni Ahad kan?? Kan? Kan?


Ke aku yang silap?? Betul kan hari ni hari Ahad??


*sambil tonyoh-tonyoh mata takut-takut kot mimpi*


Eh betul lah...hari ini Ahad.


Camne kau tau eh hari ni Ahad??

















Pasaiiiii...........







Aku dah ada di Labuan dah sekarang!!!!



Hohoho..










Perasaan aku sekarang ada dua.





Satu,

Sedih. Rasa nak beli tiket kapatebang balik ke KL sekarang jugak. Sedih wooo bila mengenangkan kena menetap bermastautin lelama kat bumi borneo ni. Jauh dari keluarga. Sedih seyh.



Dua,

Aku gembira sebab dapat peluk my big big teddy bear sekarang. Hehehehe...





Dear...

Doakan hari-hari aku kat Labuan ni berjalan lancar ye. Windu kamu-kamu!

Saturday, September 25, 2010

TIADA IDEA NAK UPDATE BLOG?? BACA INI...

Hey bloggers!!


Aku ada satu soalan nak tanya kamu hari ni.

Pernah tak kamu rasa perasaan camni..


"hmmm nak hapdet apa ye arini?"

"aduhhh..takde idea la pulak nak tulis apa kat belog ternakan ni"

"Omaigod...otakku kering sekering poket ku jua."


Pernah tak?


Aku selalu rasa cenggitu. Bila turn on lappy hati membuak-buak nak bagi makan entri baru tapi bila dah buka belog, terus idea mati, pingsan, nazak, kritikal, koma segala di situ.


Tiada idea.


Pastu mulalah merepek meraban sensaja dalam belog, bagi makan entri tak berkhasiat semedang. Huhu.


Kadang tu aku geram jugak, bila aku tengah semangat nak menulis, idea pulak terbang melayang. Tapi bila aku tengah duduk lepak senang-lenang, macam-macam topik................zzzuuuppp zzzzaapppp zzzuupp zzaappp mencurah-curah. Tak bagi can langsung.


Kadang tu time aku tengah dalam kereta ke dalam LRT ke dalam mana-mana kenderaan pun lah..ha time tu lah idea nak mai.


Ada masa tu aku tengah dalam "jamBANK" pun boleh datang ilham nak menulis. Haih!!


Geram aku.


Maka terpaksa la aku buat satu kekdah.


Asal idea mai je *nak beraya mungkin*, aku akan cepat-cepat save topik tu dalam hand set. Dapat tulis tajuk je pun jadi lah, nanti bila dah depan lappy aku olah la balik bagi jadi panjang melebar serupa keretapi. Haha.


Gitu la kekdahnya. Dah macam komposer lagu la dah aku. Idea datang je cepat-cepat kena simpan idea tu kat mana-mana. Kalau lah idea tu sesuatu benda yang boleh dinampak dan dilihat..memang aku dah tangkap masuk dalam balang dah. Haha.


Errr kamu nak tahu idea nak tulis entri ni datang dari mana??








Uiiiii.....nostalgik sungguh entri ni.


Idea mai ketika aku tengah duduk sensorang layan blues dalam keretapi menuju ke Tanjung Malim petang kelmarin. Berderu-deru idea mai bila tengok pemandangan hijau saujana mata memandang dari tingkap keretapi separa laju itu.




Chuttt cuuuu....dek gedek gedek gedek.....Chuutttt Cuuuuu....*bunyi keretapi berjalan. haha*

Friday, September 24, 2010

KENAPA PENGANTIN PEREMPUAN SUKA MENANGIS WAKTU AKAD NIKAH??

Dah lama tak buat entri tentang kawen-kawen kan? Rindu pulak rasa. Kalau dulu asiklah citer hal nikah kawen jek sampai muntah baca. Alih-alih sekarang rindu pulak nak cerita hal orang kawen.

Jom kita citer hal kawen-kawen mahu tak?


Mahu tak mahu kamu baca jugak lah.hehe..


Siang tadi kan, aku ada terpikir kan satu benda ni. Aku terpikir, kenapa pengantin *perempuan terutamanya* suka menangis waktu akad nikah?

Kenapa ya?

Pernah terpikir tak?

Aku pun heran..Dulu sebelum kawen lagi lah tinggi meng klcc heran aku ni. Tapi bila dah rasa sendiri baru aku paham. Baru aku tahu kenapa ada pengantin yang menangis sedu-sedan time sahnya akad nikah, ada jugak yang sengih je sepanjang masa tanda hati riang bahagia, ada jugak yang muka jenis takde perasaan, cuak mungkin. Huhu.


Kamu tahu tak, sebenarnya terpulang pada kita nak pilih memek muka mana satu. Mahu menangis terharukah? menangis sedih kah? ketawa gembirakah? atau apa-apa je riak muka yang kita suka..semuanya terpulang pada kita. Kita yang tentukan.


Camne??

Biasanya manusia jarang menangis tentiba tanpa ada sebab musabab, betol tak? Selalunya mesti ada benda atau perkara yang buat kita rasa nak ngalir air mata. Sama jugak masa nak nikah. Bagi aku, pengantin yang menitis air mata time nikah tu mungkin dia telah meng flash back kan segala kisah cinta beliau di ruang minda. Bila kita ingat balik time mula-mula kenal dengan sang suami dulu, kemudian bercinta sakan bagai nak rak, perang dunia meletus dah bukan takat perang dunia ketiga lagi dah..mungkin dah membawak ke perang yang ke doploh lapan atau lebih mungkin, cakap nak clash dah bape kali clash dah, pastu sambunnnggg balik, gedebak gedebuk akhirnya bertemu jodoh jugak. Kan mampu mengundang emosi tu?? Sebab tu lah mengalir airmata sang gadis di hari bahagianya.huhu.


Ada lagi...

Tadi kalau sang gadis meng flash back kan kisah cintan cintun beliau. Cuba kalau sang gadis meng rewind kisah hidup beliau sendiri dengan keluarga. Dari kecik dibesarkan mak ayah dengan penuh kasih sayang, merampus memberontak bagai nak mainan sampai hentak-hentak kaki kat depan kedai apek tu tapi mak ayah sabar je layan. Itu belum masuk bab kita melawan kata mak ayah lagi...uiiiii..kemain muncung sekilometer bila mak mintak tolong basuh pinggan mangkuk penuh sinki *contoh je*. Tapi ada mak kita halau kita dari rumah?? Ada ayah denda tak bagi makan seminggu?? Takde kan?? Tengok betapa besar kasih sayang orang tua. Sampai kita nak kawen pun mereka yang berhempas pulas berkerah tenaga.

Cuba sang gadis-gadis tenung muka ayah masing-masing saat kamu nak dinikahkan. Cuba baca riak muka mereka. Nampak macam beliau tengah senyum happy je kan? Tapi....................dalam hati, Hmmmmm....tak tau nak cerita. Mungkin luruh jantung sebab nak lepaskan anak gadis ke tangan lelaki lain.

Cuba tengok mak pulak...biasanya kaum mak-mak ni akan main peranan untuk tenangkan hati sang anak yang mahu bernikah. Tapi tahu tak...sebenarnya hati mereka lagilah tak keruan. Lagi sedih..tapi ada yang nak tenangkan? Tak de kan?

Bila kita renung-renung balik semua ni la yang bakal membuat air jernih itu tak segan-silu mengalir laju. Sungguh.

Kalau kamu tak mahu menangis time akad nikah *yelah...ada yang risau make-up comot, gambar tak cantik sebab muka dah mencebik*, kamu jangan sekali-kali cuba untuk meng flash back kan apa-apa pun tentang hidup kamu. Stay tune di situ bak kata orang. Cuba hayati saat-saat penting itu dengan senyuman, pikirkan yang indah-indah di masa depan, Insyaallah..takkan comot make kamu. Mata pun takkan jadi mata panda. Huhu..


Apapun, menangis ke ketawa ke terbahak-bahak ke....itu adalah majlis kita, momen indah buat kita. Terpulang pada kita untuk merasakan apa saja.






Cuba teka aku menangis ke tak masa nikah aritu??





















Menangis..Gila tak nangis...aku ni sensitip tau. Hati tak cekal..haruslah nitik sebutir dua..tapi ala-ala kaber gitu. Haha.

Thursday, September 23, 2010

BERUK I DAH MAMPUIH!

Dear...

"Beruk" peliharaan dah sakit tenat. Mungkin tak dapat diselamatkan lagi. Nampaknya kena pelihara beruk baru pulak lepas ni.


Jadi sementara nak cari beruk baru buat dibela, kamu-kamu jangan lah bosan untuk singgah belog ini ye. Korek la entri-entri lama buat bacaan di waktu lapang. Huhu..


Sila jangan bosan ye untuk datang lagi.

Aku mahu pergi dulu ni..mahu mencari beruk baru. Kamu silalah pikirkan nama yang best da vouge da vass buat beruk aku nanti. Hahaha..


Tata Dear..

Tuesday, September 21, 2010

KADANG AKU RASA ALISA TU BONGEK

Siapa tengok Sinetron Alisa??


Ala...yang kat TV3 tu. Setiap hari Isnin sampai Khamis jam 2 petang tu.

Tengok tak?


Ishhh...aku geram betul bila tengok cerita tu. Kenapalah Alisa tu macam orang mengong jek. Diam je biarkan diri diperkotak-katikkan orang. Macam takde kekuatan langsung.

Dalam drama-drama lain pun aku tengok macam tu. Watak baik-baik selalu kena tindas, selalu macam bongek je kena herdik kena maki sesuka hati dek watak antagonis. Tunduk je bila ke bambu. Pastu lari masuk bilik, atau sembunyi belakang dinding sambil menangis teresak-esak mengenang nasib diri.


Huh!

Klise.

Kenapa tak dilawannya si jahat tu? Apa yang ditakutkan sangat? Setakat kena ugut nak terjun ke landasan keretapi la, ugut tak nak makan nasik la..itu pun takut. Haih!


Apa memang realiti hidup macam tu ke?


Kamon la....ada benda memang kita kena bertata susila..bersopan-santun.


Tapi kalau sampai maruah diri dah dipijak-pijak, dilumat-lumat macam sardin dalam tin..



Boleh diam, tunduk, pastu nanges uhuk uhuk uhuk saja ke?


Emo pulak aku.

Monday, September 20, 2010

CIKGU BERSOPING UNTUK POSTING. hahaha..

Huh..tinggal 6 hari je lagi sebelum aku kena berpindah ke Labuan nun. Sedih kot.. Sejak 26 tahun yang lepas mana pernah aku pindah keluar dari Ampang Bandar Bunga Tanjung ni. Tak pernah..nehi nehi sapna. Kecuali tinggal di asrama sementara nak menuntut ilmu di menara gading mahupun menara takde gading. Itu saja. Abis jauh pun nuuuuunnnn kat Kolej Matrikulasi Arau nun. Itu pun setahun jek. Pastu kena halau sekejap ke Segamat nuuunnnn..itu pun 4 tahun jek. Tolak balik-balik KL setiap minggu dan cuti semester..mungkin tinggal dua tahun je aku kat Segamat nun.


Tapi kali ni??


Labuan weiii...jauhhh nun kat tengah Laut China Selatan nun. Berapa lama kat sana pun tak dapat dipastikan lagi. Jangan menetap sana sampai pencen sudahlah..makin dalam pulak Laut China Selatan tu kang sebab penuh dengan air mata aku. Hahaha.

Walau apapun, tugas tetap tugas. Aku dah pernah sign perjanjian...dan dalam perjanjian tu aku dah janji.."saya yang menurut perintah". Maka ke mana pun aku kena campak mengajar, aku kena pergi jugak. Sebab?? Sebab aku yang menurut perintah. Huhu.


Jadi bila nak berpindah jauh-jauh gini maka banyaklah persiapan nak kena buat. Itu nak kena beli. ini nak kena bawak, itu penting, ini penting, pendek kata rumitlah. Jenuh. Nak kena teliti betul-betul...yelah kalaulah ada satu benda pun tertinggal, bukan senang nak patah-patah balik nak u-turn u-turn gitu jek. Ni jauh ni dik non oii.


Jadi harus teliti lagi berhati-hati.


Errr panjang nau intro entri aku kali ni. Padahal bukan itu yang aku nak story sebenarnya. Sebenarnya aku nak tunjuk kat korang apa yang aku beli kat Mydin USJ Semalam. Hehehe....


Nak tengok tak?? Hehehe..


Selaku isteri yang sentiasa memikirkan kebajikan sang suami melebihi kebajikan anak murid..maka aku telah menyambar ini.



Hehehehe...

Periuk nasi comel. Kecik sajork. Cukuplah buat masak nasik untuk dua orang. Hehe..Harga?? Murah..aku tak mampu nak beli periuk nasik cecanggih. Tengok lah..standard 20 tahun lepas jugak yang aku rembat.haha.


Lagi...





Tadaa..

Tengok gambar kat kotak je lah ek. Aku malas nak keluarkan periuknya, kang tak reti nak susun balik dalam kotak. Huhu.

Periuk 7 pcs ini sangat berbaloi sebab harganya cuma rm29.90 sajork. Kalau pening-pening pikir adiah apa nak bagi kat kengkawan yang nak kawin tak lama lagi ni, hmmm majulah ke Mydin USJ. Berbaloi-baloi..hehe.



Ada lagi..



Ngeh ngeh ngeh..


Pinggan mangkuk sudip senduk segala pun haruslah diborong sama. Nanti takkan kat sana nak makan atas tapak tangan kot? Hehe..

Kat Mydin nun banyak pinggan mangkuk melamin dengan design-design yang cantik lagi vouge da vasss. Tinggal ada duit ke takde je lah nak beli. Ater kalau dah pinggan saja 6 hengget sebijik, kalau nak beli berbijik-bijik berapa hengget pulak nak dilabur ke tokey Mydin tu ye tak? Jadi amik sajalah pinggan yang murah. Sebijik singgit setengah. Jimat. Pinggan jugak kan? Hehehe.


Eh ada lagi la..




Hoh jangan gelak.


Ini adalah barang-barang yang tiada dalam senarai tapi disuruh beli oleh emak. Kata beliau..


"amik je mana yang nampak, nanti sampai Labuan nun kelam kabut nak beli-beli lagi".


See? See?

Amik je mana yang nampak.


Tu yang aku kaut abis segala penggosok pinggan mangkuk, axion, pengepit baju bagai aku hangkut bawak masuk troli. Hahaha..

Yang penting semua tu ada gunanya. Pasti takkan di sia-siakan.

Cukuplah itu je aku beli dulu kat sini. Yang belen-belen lain tu nanti aku seret incik suami ke Giant Labuan, sambung soping kat sana pulak. Kalau ikutkan banyak lagi benda nak kena beli. Tapi nanti lah. Bawak-bawak betenang. Barang-barang yang baru beli ni pun dah penuh satu beg. Kain baju aku nak sumbat mana entahlah.




Kau beli barang berlambak-lambak seumpama nak meniaga direst selling ni...dah ada ke rumah nak duduk kat Labuan nanti???










Belum ada.



Hahaha.

Sunday, September 19, 2010

ALA...TAK DAPAT DUIT RAYA PUN TAKPE.



Tarikh: 9 September @ 30 Ramadhan
Lokasi kejadian: Rumah tok di Padang Rengas Perak.
Jam di dinding: 6.30 petang gitu.



Suasana di dalam rumah amatlah meriah. Sekumpulan manusia yang bergelar sedara-mara sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ni juga hidangan berhari raya untuk hari esok. Sangat meriah kerana ramai manusia yang buat-buat sibuk kerana mahu memeriahkan lagi suasana sehari sebelum hari raya.


Tentiba..

Ada satu makhluk bergelar wanita asiklahhhhhh tak duduk diam. Kejap ke depan kejap ke belakang. Kejap duduk ngadap laptop, pastu mengeluh tak tentu pasal, pastu asik dok letak henset *cikainya* ke telinga sambil mendengus-dengus marah kerana di rumah tok tiada line maxis. Emergency call only katanyeee.. Bila dah boring berkelakuan sedemikian, wanita tersebut mula mencari kerja lain iaitu menghidangkan lauk-pauk berbuka. Bila dah boring hidang lauk, beliau mula berperangai seperti di awal perenggan tadi. *sila baca semula untuk tahu*.


Tentiba lagik..


Wanita itu berdiri di depan laptop beliau dengan perasaan yang berair batu campur layaknya. Mukanya berkerut berkedut seperti mahu menahan ber*%k lagaknya.

















Tentiba...





Wahhhhhh!!!! Uwaaaaaa!!!! Eyeahhhhhhhhh!!! Hohohohohho!!!!! Horayyyyyyy!!


*sambil melompat-lompat bintang*


Apakeheynya???!


Entah.


Menjerit terpekik terlolong bagai orang gila sampaikan sang suami depan mata pun ternganga tak terkata apa.


Seisi rumah terkujat lagi terkesima. Yang ada di dapur berlari ke depan, yang ada di depan, berlari ke tengah, yang ada di luar berlari masuk kedalam. Mungkin gusar takut-takut wanita tersebut terkena sawan gigit sudu besi. Pelik ni...amat pelik.


Rupanya apa kamu tahu??



Wanita itu telah menerima satu berita.


Berita yang menggembirakan. Lebih gembira dari dapat duit raya.


Berita apakah???


Ini dia...








Gembira tak? Gembira tak??

Serius aku hilang pedoman kejap time dapat berita ni. Menjerit macam kena histeria sampai incik suami pun terdiam. Sampai semua pun hairan apa incik suami tak gembira ke aku dapat posting mengajar di Labuan??? Huhu..

Alhamdulillah...permintaan termakbul.


Mulai 27 September ni bermulalah hidup aku yang baru.


Baru mengajar, memulakan kerjaya sebagai seorang guru, juga baru belajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri idaman kalbu. Huhuhu.


Tapi dalam hepi-hepi, sedihnya tetap ada.


Kau gila tak sedih nak tinggalkan keluarga jauh beribu-ribu batu ke seberang laut sana??


Kalau flight semua kena tunda camne aku nak balik KL??


Berenang??


Setakat kuak anjing reti lah. Hahaha..

Saturday, September 18, 2010

NASI KANDAR LINE CLEAR.....nalaa punya syiok!

Ini adalah entri versi utara. Jadi sila baca ikut loghat utara. Kalau tak reti, buat-buat lah reti sebab tak de siapa tahu kamu tak reti cakap utara ketika membaca entri sebab membaca entri cuma baca dalam hati. *apa kau mengarut ni Yongnana oiiii*


Okey mula.



Hangpa penah pi Penang dak?


Uiiii...Penang memang best nak habaq mai. Pulau indah permai..anak mami....huiiii toksah habaq la, cun! Menghelip lip lap lip lap...anak mami.


Lagi satu nak habaq bagi, hangpa kalau pi Penang kalau, hangpa musti cuba try makan nasik kandaq tengok. Ini kira kalau hangpa terlupa nak makan, memang tak lengkap la kunjungan hangpa pi Penang. Ini betoi cakap ni, tak dak buhung buhung.


Aku....kelmarin punya cuti raya, sempat singgah Penang sat. Pi melawat rumah Pak Ngah aku. Betoi, melawat rumah, sebab nak kata pi melawat Pak Ngah macam tak tepat sangat. Pasaipa?? Pasai Pak Ngah sekeluarga aku dah jumpa dah kat rumah Tok Wan. Jadi pi Penang untuk melawat rumah pulak. Haha.


Lepas dah melawat rumah Pak Ngah, Pak Ngah bawak aku dan adik-adik melawat satu tempat ni.


Memang nala punya best nak habaq mai kat hangpa.


Mana???


Ni diaa..




Line Clearrrrr punya nasik kandaq kami pi.


Tapi hangpa tau dak, kedai ni auta saja lebey, nama bukan main lagi Line Clear....tapi dia punya beratoq nak ambik nasikk...


Tuuu...


10 kali ukuq pakai pembaris cikgu pun tak cukup hang tau dak??


Panjangggggggg punya line.



Tengok gambaq ni pun buleh tau dah. Ini pun kat belakang kami ada separuh lagi line. Kiranya time ni kami dah berada di tengah-tengah line. Huh,,jenuh! Nak makan nasik pun kena beratoq sampai lebeih setengah jam. Sanggup??!


Aku sanggup. Hehe..

Pasaipa?

Pasai Pak Ngah dok provok mati-matian punya kata Nasik Kandaq Line Clear ni sedap gila. Kira kalau makan boleh jilat jari. Silap-silap jari kawan sebelah pun kita hangkut jilat sama. Haha.


Jadi sabaq..sabaq..tak jauh dah tu. Sikit lagi sampai la turn aku. Hehe.


Dalam dok beratoq tu, jenuh la jengket-jengket kaki, intai-intai lauk yang ada kat kaunter lauk depan nun. Nak senaraikan siap-siap menu apa mau makan. Senang nanti sampai turn habaq pi ja kat mamak tu.




Dalam hati dah terbayang...


Ayam goreng
Telur masin
Sayur kacang panjang
Nasik puteh...kuah taruk atas. *apa ada ke nasik kuah taruk bawah??*



Slurpppp...terlioq ceq.


Pak Ngah pulak siap dah order asing kari kepala ikan.



tengok dia punya gigi terus aku jadi gerun nak makan. Piranha ke hapa ni??haha


Nalaaa punya kepala ikan hang tau dak??


Sedap semestinya. Tapi sebab aku bukan jenis reti makan kepala ikan, maka aku cubit-cubit ambik isi saja. Kalau nak tengok aku makan kepala ikan secara pelahap siap korek-korek mata ikan makan telan...hmmm..hampun la yek. Belum khatam lagi ilmu tu. Haha.



Apapun makan nasik kandaq Pulau Pinang memang sorga. Errr kalau ada yang nak tanya harga..maaflah. Ini adalah belanja. Aku dan adik-adik cuma datang bawak mulut dan perut saja. Haha..



Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga, besaq punya terima kaseh Yong ucapkan. Tahun depan, raya punya time kalu, kita pi makan Nasik Kandaq Beratoq pulak na...



Hehehe..










Kawan-kawan, inilah Pak Ngah dan keluarga yang saya cakap tu.




Say haiii to them..


=p

Friday, September 17, 2010

SATU FLIGHT DENGAN SCHA AL YAHYA....*beria kau kobar ek*

Lokasi: LCCT, Sepang
Lokasi lebih tepat: Kaunter scan luggage
Jam: 6.00 pagi subuh



Aku: eh eh abang..tengok tu *sambil tangan tunjuk ke satu arah*

Suami: Apa dia??


Aku: Tuuuuu....tengok tu siapa.


Suami: Siapa? *hadeh la laki aku ni*


Aku: Tu bukan pelakon tu ke? Ala..gepren Awal Shaari tu.. Yang belakon Awan Dania tu.


Suami: Iye ke?? *huh, malas mau bergosip sama ini lelaki*



Tapi betul, aku nampak pelakon tu. Sape nama dia??


Scha.


Ye betol..Scha Al Yahya. Kan kan? Yang sekarang dengan bergepren dengan Awal tu Scha la kan?

Betul la aku nampak dia tengah scan bag kat kaunter sebelah aku. Nampak dari jauh..alahaiiiii keciknya manusia. Sungguh, Scha nampak jauh lebih kecik banding dengan dalam TV. Patotla artis-artis semua pakat nak kuruskan badan, rupanya dalam TV mereka akan kelihatan meng gergasi dari fizikal asal. Kalau aku lah muncul dalam TV....hmmm tatau la nak cakap. Entah-entah TV plasma 50 inci pun tak muat nak kuarkan gambar aku. Hahaha..


Lepas dah abis cerita ternampak Scha kat kaunter scan beg tu aku ingat abis kat situ je la. So aku pun menonong la ke kaunter check in untuk ke Alor Setar.


Rupanya....











Aiiii.....beliau ada depan aku da....


Sama-sama Q untuk check in flight ke Alor Setar. Bila beliau toleh belakang, sempat la aku lemparkan senyuman kat beliau...


Ingatkan beliau bolayan jek..


Sekali dia senyum balik kau! *hahaha jakun nau aku ni*


Paling tak boleh blah, aku terasa macam rapat je dengan dia. Macam dah kenal lama. Siap ada perasaan nak sembang-sembang. Rasa macam nak tanya je..


" Eh awak ni Scha kan? Kampung kat Alor Setar ke? Ohhh samalah kita..Umah Tok Wan saya kat bla bla bla...umah Tok Wan awak pulak bla bla bla bla...."


Berangan!!


Hehehe.. Mungkin sebab dulu slalu tengok drama Awan Dania, jadi bila terserempak dengan Scha kat LCCT rasa macam jakun pulak.


Bila masuk flight aku siap berangan Scha pakai uniform Air Asia the serve tetamu-tetamu yang ada. Haha..


Very the verangan kau yek Yong!



Rentikan!!

LAGI LAGI RAYA

Jumaat..


Yeeehaaaa!!

Inilah harinya. Inilah hari raya. Gumbira!!

Hmm..tapi tetap ada insiden menyedihkan hati seorang isteri di pagi raya tu. Sob sob sob... Tapi takpelah, semuanya berjaya dipulihkan dengan pantas. Bak kata orang tak baik simpan rasa marah lama-lama. Sedangkan lidah lagi tergeget..apa lagi lidah suami..OPpps!! Silap!. Haha.

Pagi raya di rumah mentua takdelah banyak beza pun. Masih sama. Bangun awal pagi, bersiap cantik-cantik, bersalam-salaman mohon ampun maaf, duduk keliling meja sambil memakan hidangan raya, kemudian beraya ke rumah tok yang jaraknya cuma 20 langkah kaki sajork...pendek kata tiada yang luar biasa. Kalau ada yang berbeza pun cuma takde kaum keluarga sendiri di sisi. Huhu..


Gambar keluarga sebelah mentua adalah tidak ada. Aku tengok mak abah pun bukan jenis rajin nak amik gambar, jadi aku pun jadi segan nak ketik-ketik gambar. Kalau ada pun yang rajin nak bergambar, ni ha.....



Dua orang adik ipar aku ni ha..mereka je yang rajin amik gambar. Huhu..




Pagi raya tu kat Manong hujan-hujan gerimis gitu, maka aktiviti beraya dari rumah ke rumah terpaksa diganti dengan aktiviti menonton TV di dalam rumah sajork. Haha.. Lepas Jumaat barulah tetamu mula datang mari. Aku pun mulalah membizi menolong apa yang patut. Penat sedikit tapi best. Yelah...hari raya kan?

Dalam pukul 3 petang gitu mak aku call kata dia nak datang beraya ke rumah mentua aku. Dah on the way dah katanya.


Paling best mak kata nak datang beramai-ramai ni. Bawak abis segerombolan keluarga. Adalah dalam 7 bijik kereta kau!!


Uiiii...bersilat la aku kat dapur siapkan apa yang patut. Walaupun yang nak datang ni famili aku, tetap kena layan VVIP. Kelasss gitu! Tak sampai 20 minit lepas tu diorang sampai..




Tu diaaa....


Dan dan tu umah mentua aku jadi meriah. Seronok aku. Suka! Suka!


Kalau ikut famili planning, lepas keluarga aku beraya umah mentua aku, aku dengan incik suami akan ikut famili aku semua pegi beraya umah sanak saudara yang lain pulak. Ohhh bestnya. Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Pergi beraya dari rumah ke rumah secara konvoi beramai-ramai.

Semua kereta di dalam gambar adalah geng konvoi. Plat kereta adalah sama...1881. Pheww!


Dari Kota Lama kami Ke Lubuk.


Beraya.

Masing-masing napsu gelojoh. Tengok tu siap pegang sebalang sorang. Haih!


Meriah.



Sepupu sepapat yang masih qualified untuk kutip duit raya. Pasai tu muka ceria lebey.


Penuh gelak ketawa



Sanak keluarga yang laki-laki. Mereka sedang casting iklan ubat gigi. Haha


Padat dengan cerita.


Sanak saudara yang gegirl. *cuba cari aku. Yangpalingcuntuakulatu*


Memang tiada yang lebih indah selain dapat beraya dengan keluarga dan orang tersayang. Sorga!!


Bersama Athirah....Bride 2011.


Tapi kamu nak tau tak, dalam banyak-banyak rumah yang kami pergi, paling best adalah rumah yang satu ni. Rumah Pah Dah. Pah Dah ni adik kepada arwah Pah aku.


Pasai apa rumah beliau ter bestt???


Sebab ada biskut raya ini.



Nampak tak? Nampak tak? Biskut yang Auntie aku pegang tu??


Itu adalah biskut 'Y'.


Uiiii....sedap hingga ke serpihan serbuk terakhir bak kata Pak Nan *yang dalam gambar*. Tengok tu, tengah nak amik gambar pun boleh ada tangan "mencuri" biskut dalam balang. Hahaha.


Aku tak pernah jumpa biskut ni kat tempat lain.

Entah-entah memang ada kat Lubuk Merbau je kot.


Tapi serius...sangat sedap!!







































Eh lupa pulak.



Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dari kami..laki bini. =)


Baru aku perasan, kami bergambar dengan 4 bijik bontot kereta. Hahaha.

Thursday, September 16, 2010

MENANGIS DI RUMAH MENTUA

Dia dah amik tempat di birai katil. Aku pulak dah elok duduk bersimpuh atas lantai. Mata bertentang mata.

Lama.

Dia senyum.

*eh eh main sengih-sengih pulak. Aku ni dah la tengah pening nak susun ayat ni.ishh*

Aku senyum balik.

Aku pegang tangan dia.

Erat.

*tak boleh jadi ni, kena mula sekarang jugak ni*


Aku: Abang...kite nak ucap selamat hari raya aidilfitri. Kite pun nak mintak maaf banyak-banyak kat abang. Kite tau kite ada buat banyakkkk salah kat abang..

*ohhh air mata dah keluar dah...dah keluar dahh..Demm!*


Aku lagi:
*dengan sedu sedannya* Abangg..maafkanlah kite..



*ceh, memang nak nangis dah time ni. Tak boleh kaber lagi dah*


Gila betul raya tahun ni, Seingat aku, 26 tahun aku beraya tak de pernah aku menangis sedu-sedan sampai keluar air mata air hingus segala. Hati cekal jek time mintak ampun mintak maaf dengan keluarga *sebab lepas tu dapat duit raya. hehe*

Tapi tahun ni.....alahaiiiiii..Pecah rekod.


Aku pun tak tahu camne boleh ter touching lebey pulak time tu. Mungkin betul la aku ada banyak buat dosa dengan incik suami, sebab tu feeling syahdu jek. Haha.

Incik suami pulak dah jadi satu keje nak pujuk aku. Jenuh jugaklah beliau memujuk, siap lap-lap kan air mata, siap cium pipi kiri pipi kanan, usap-usap belakang segala. Sebijik macam orang nak pujuk budak kecik menangis. Nasib baik lokasi kejadian adalah di bilik tidur. Kalau di ruang tamu??? Adoiii....rasa nak pakai topeng Ben 10 sepanjang hari buat tutup muka sebenar. Haha.

Memang pengalaman sungguh.

Betul lah..beraya sebagai isteri memang berbeza. Perasaan yang tak sama.


Tak percaya??


Cubalah!

=)


Sekejap je nangesnya..selang 10 minit lepas tu kemain riang ria makan kuih raya berdua.haha

Wednesday, September 15, 2010

BEBERAPA HARI SEBELUM RAYA...

Beberapa hari sebelum Raya...


Aku dan incik suami pulang ke Manong Perak *kampung incik suami* seawal hari Selasa. Balik secara kelam kabut. Beli tiket bas pun gamble jek. Beli on the spot. Nasib baik ada lagi tiket. Lega di situ.


Lalalalala....balik kampung OOoOo Balik kampung!!!


Sampai kampung dah malam. Rehat-rehat, mandi-mandi tido. ZzZzzZ..


Rabu...

Bangun sahur. Seperti biasa aku mesti bangun lambat dari mak *mentua*. Tak senonoh. Siap tidur balik lepas sahur, dua kali tak senonoh. Haha.

Bangun adalah pukul 10.30 pagi. Huhu..Aku dengan incik suami cadang nak ke Pekan Kuala Kangsar hari ni. Aku belum ada kasut raya lagi. Incik suami pun belum ada baju melayu. Maka harus ke pekan. Naik motor sajork.

Serius ini kali pertama aku naik moto dengan incik suami. Kali pertama sejak kali mula kenal. Best jugak rupanya naik moto dengan suami ek? Haha.

Puas pusing-pusing Kuala, aku jumpa apa yang aku perlukan untuk raya.

Sepasang kasut *harga sangat morah..rm29 sajork*
Sebiji clucth bag. *pun morah jugak*
Brooch 2 biji *semestinya morah*

Pastu incik suami mula request nak makan itu ini untuk berbuka puasa nanti. Beliau mahu..


Kari telur ikan plotan/mayung/duri.
Pedal masak kicap.
Sayur kacang goreng.
Ayam goreng.


Paling tak menahan, mahu aku yang masak!!

Walaweii!!!

Bersilat jugak la aku cari bahan-bahan kat The Store Kuala Kangsar nun. Siap call mama kat KL menanya resepi. Haha. Gila. Aku mana reti masak kari wei!! Terpaksa la buat muka comel, kedip-kedip mata banyak kali kat incik suami mintak excuse dari masak kari. Lauk lain aku takde hal, tapi kari memang aku belum khatam lagi belajar. Haha..

Kamu tahu siapa yang masakkan kari sudahnya??



Bapak mentua i youuuuu!!


Rasa nak sorok muka dalam bakul sampah dah aku time tu. Haha.


Nasib baik bapak mentua aku sepoting. Kami siap memasak secara duet lagi di dapur. Beliau masak kari guna satu dapur, aku masak lauk-lauk lain guna dapur yang sebelah lagi. Comel gitu. Hahaha.. Oh lupa, mak mentua masih kerja, sebab itu beliau takde dalam cerita. Hehe.


Malamnya...aku duduk bertenggek sebelah mak. Tengok mak lipat daun palas untuk buat ketupat esoknya. Ateeee....takkan nak duduk tengok saja ye tak? Maka kenalah merajinkan diri serta membelajarkan diri untuk lipat daun palas. Aku bukan tak tahu lipat..cuma aku lupa. Jadi aku buat keputusan untuk tolong bukak daun jek, biar mak lipatkan. Kang aku lipat kang tak tahulah jadi bentuk apa. Mahu ketupat yang sepatutnya bentuk 3 segi bertuga jadi bentuk bola ke burung ke dinasour ke hapa. Ohh tidakk!!


Khamis...

Bangun sahur masih kalah dengan mak. Huhu..Ini sahur terakhir tahun ni, maka harus makan dengan berselera. Lepas sahur.........................hehe tidur balik.


Kul 10 bangun-bangun tengok mak dengan abah tengah sibuk masak juadah raya. Mak tengah pulun bungkus ketupat, abah tengah bersilat buat kuah kacang dengan rendang.


Aku????


Aku tolong kupas bawang sudah lah. Haha!


Haruslah tidak kan. Selaku menantu yang baik pekerti, rajin ringan tulang haruslah membantu lebih dari itu kan?? Hahaha...penggsann!!


Kau tahu apa kerja aku buat lagi??


Bungkus ketupat.

Pheewww!!

Berejam!

Ingat senang ke nak bungkus ketupat palas tu? Susah dikkk oii. Nak kena bungkus ketat-ketat, kemas-kemas, kalau takkk........


Hmmm jadilah macam ketupat bungkusan aku.


Habis terbukak semuanya. Kembang masuk air.


Haih! Failed!

Rosak ketupat mentua aku tahun ni. Aiii..nasib badan lah dapat menantu tak reti buat kerja dapur gini. Huhu..


Petangnya aku ngajak incik suami balik ke Padang Rengas *kampung aku* pulak. Aku dengar sedara mara aku semua dah berkumpul kat sana. Ada misi bakar lemang katanya.


Jadi....chalo betey!!


Tapi sebelum tu sempat singgah Pekan Kuala Kangsar sekali lagi. Nak beli baju melayu incik suami. Semalam tak beli pun baju beliau.

Tapi alahaiiii...susahnya la bershopping dengan lelaki ni. Ada ke patut, nak beli baju ni, tapi dia jalan menononggggg je sekilas lalu je depan kedai-kedai. Orang kalau nak beli baju, masuklah dalam kedai..tengok ada ke tak bajunya..berapa harganya..cantik ke tak kainnya...alahaiiii.

Sudahnya terpaksa lah aku bertindak jadi mem besar kejap. Aku heret incik suami masuk kedai keluar kedai sampai lah aku jumpa baju melayu yang aku suka, dan beliau pun setuju.

Baju melayu sepasang *RM60 sajork. Kualiti kain cantik*
Kain pelikat untuk buat sampin *RM16*
Songkok *RM15*.
Butang baju *RM10*

Setel baju laki aku. Pheww!

Boleh gerak ke Padang Rengas dengan senang hati.

Sampai je rumah tok, sanak sedara semua tengah membizi. Memang terasa lah kemeriahan nak raya.



Kaum bapa-bapa yang bertungkus dan berlumus dengan misi membakar lemang.


Geng ibu-ibu pun tak mahu kalah. Tengok tu, Mak Ani mesin cabai pun kelihatan vouge gitu. Huhu


Wahhh..geng sepupu sepapat pun tak ketinggalan nampaknya. Syawal *wahh nama sesuai dengan perayaan* tekun menunggu lemang masak. *ke dah tak tahan nak berbuka puasa dah tu??hehe*



Hah??! Ini laki siapa la pulak ni..rajinnya kait pisang. Nak buat cekodok ke bang??haha


Memang meriah.

Gambar ada banyak sebenarnya. Tapi semua dalam simpanan sedara mara lain. Jenuh jugaklah aku kena kutip kat fesbuk diorang masing-masing. Haha.

Malam raya, lepas berbuka aku balik semula ke Manong. Aku memang dah janji dengan incik suami, tahun ni malam raya dan pagi raya kami akan berada di rumah beliau. Tahun depan baru turn rumah aku pulak. Adil kan? Hehe..

Malam raya aku tolonglah mak kemas rumah, susun kuih raya dalam balang, pasang langsir segala. Pengalaman ni semua.

Baju raya pun aku iron siap-siap. Senang, esok pagi tak payah nak berebut iron dengan adik-adik.

Lepas dah selesai semua, dalam pukul 2 pagi aku pun masuklah tidur.


Tidur sorang diri.

Incik suami mana???


Hmmm.....pernah dengar tak ada orang sibuk nak main PS2 malam raya?? Haihh!!


Rasa nak cincang-cincang PS2 tu....


Buat rendang!

Tuesday, September 14, 2010

DEPOSIT ENTRI RAYA

Alhamdulillah..

Sudah selamat sampai Ampang. Penat, letih, sakit pinggang, kematu punggung segala rasa ada. Padahal bukan aku yang drive pun. Hahaha.

Sekarang tengah kumpul material *piidaahhh* dalam bentuk gambar dan cerita-cerita menarik tentang raya untuk kamu-kamu. Hehehe.. Makanya harap bersabar menanti hapdet seterusnya.

Okeylah, aku mahu mandi dan berehat-rehat kejap.


Sebagai deposit entri raya.....


Tataplah gambar laki bini yang keriangan menyambut Syawal berdua ni.



Gambar adalah disunting sekerat badan sahaja sebab perut terlalu membuncit akibat banyak makan. Hahaha.

Sunday, September 12, 2010

CURI-CURI HAPDET

Aku adalah di LCCT sekarang.

Jap tengok jam...owh baru jam 5.30 pagi.

Apakeheynya aku dok congok kat LCCT ni subuh-subuh gini??


















Aku ada dua benda mahu dibuat di sini.



Satu,

Mahu hantar incik suami pulang ke Labuan. Cuti beliau sudah watamat. Isnin sudah mula koje. Maka harus pulang pagi ini jugak.



Dua,

Aku pulak mahu terbang ke Alor Setar. Mahu beraya bersama Abah pulak. Maka aku mahu beraya lagi. Mood raya belum abis lagi.



Cerita raya???

Sangat banyak. Balik nanti aku story mory yek.


Erkk..bateri sudah ke kong ngan.


Gulp...set breakfast Mekdi juga sudah di hadapan mata *aku di Mekdi sekarang*. Mahu breakfast dulu bersama incik suami.


Jumpa lagi ek.


Selamat Hari Raya!!!








Nota-noti: Aku dapat posting Labuan berkuatkuasa 27 September ini. Hooorayyy!!

Wednesday, September 8, 2010

KALAH O SOM..MAKA RAYA TAHUN NI...........

Balik kampongggggg!!! OOOO ooooo Balik Kamponggg!!!!



Yiiihaaaa!

Hari ni hari Rabu *err sebenarnya masa aku taip entri ni masih lagi hari Selasa, tapi bila kamu baca dah hari Rabu. Magic.haha*. Aku sudah selamat berada di kampung halaman asmara..eh silap, kampung halaman nan indah atau lebih tepat lagi kampung halaman laki aku. Hahaha.


Tahun ni kekdah menentukan giliran raya adalah dengan meng O som. Barang siapa yang dapat kumpul mata kesepuluh paling cepat, maka beraya lah di kampung beliau dulu tahun ni. Hahaha.


Aku tak kisah pun raya mana, raya kampung incik suami dulu pun hokey jek, maklumlah kampung belah mak aku pun idok le jauh mana pun dari kampung incik suami. Kira kalau aku jerit panggil Mak aku dari tingkap rumah pun boleh dengar gamaknya. *huh tipu*.


Tapi apapun aku neves jugak ni. Apalah perasaannya ber pagi raya di rumah mentua, tanpa ada keluarga sendiri. Ishh sungguh pengalaman ni. Harapnya aku tak meraung la pagi raya tu. Huhu..


Untuk kawan-kawan blogger atau kawan-kawan yang bukan blogger atau lebih mudahnya kepada semua umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku dengan rendah diri mahu men terbangkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Andai ada salah silap aku selama ni, andai ada tulisan dalam mana-mana entri yang menusuk kalbu nurani, andai ada kata-kata aku yang me laser bak cili api....aku susun seploh jari tangan *dan jari kaki kalau tak cukup* mohon AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kira kosong-kosong ek? Hehehe..


Ha...camtulah, barulah ceria di Aidilfitri katanya..


Jadi hari ni dah Rabu, malam ni ada pengumuman raya kat TV jam 8 malam. Aku memang suka tengok pengumuman raya ni walaupun skrip dan tukang umumnya sama je tiap tahun tapi aku suka. Feel raya ohhh.


Jadi jangan lupa tonton pengumuman raya malam ni.











Mana tau esok raya!!

Tuesday, September 7, 2010

MAK KITE KATA...............

Dulu mak pernah kata.....

Yang selama 9 bulan aku dalam kandungan mak, beliau pikirkan aku ni baby boy. Dulu-dulu belum ada scan-scan ni, maka bergantung harap pada petua orang tua-tua jek macam mak bidan. Mak bidan dah bagitahu mak dah yang baby dalam perut tu baby girl tapi mak tak percaya. Arwah pah aku pun tahu yang cucunya ni perempuan, tapi arwah pah diam jek sebab tak nak kecikkan hati mak yang teruja lebey nak sambut anak lelaki. Cukup hari, aku jengah bumi....taraa!!! Im girl! Mak langsung terkesima.


Nasib beliau masih percaya aku ni anak beliau. Bukan baby tertukar. Huhu

Paling tak boleh blah..

Nama aku dalam perut adalah Wan Mohd Farid okey?



Mak pernah kata.....

Aku lepas-lepas je lahir kena demam kuning. Tapi tak teruk sangat lah. Tapi dalam tak teruk pun tetap kena jemur bawah matahari sambil pakai spek mata hitam.

Aku pulak pikir...apa tak kejam sangat ke jemur baby bawah matahari panas terik tu? Ke camne kekdah jemurannya? Ada macam jemur baju kat ampai ke apa?


Mak pernah kata....

Aku dulu bila dapat je mulut *boleh bercakap* memang pot pet pot pet. Ada saja benda aku nak ngomel. Soalan kemain banyak nak tanya. Paling aku ingat tiap kali nak balik kampung, setiap 1 km aku akan tanya kat mak abah...


"jauh lagi ke abah, mak?"

Setiap 1 km kau! Pikirlah sendiri bape kali aku bertanya dan berapa kali pulak mak abah kena menjawab. Kalau kau, ada rasa nak lempang tak sedas dua??


Mak pernah citer kat aku....

Aku masa baby dulu langsung tak merangkak. Aku bermula dengan baring, meniarap, duduk, passtu tau-tau je aku dah boleh berdiri.

Hahaha..Ajaib kan?

Tau tak kenapa aku tak merangkak??


Sebab vontot i berat!


Mak pernah kata....

Aku memang la takde cantik macam kanak-kanak lain. Badan montel, kulit legam, pendek lagi...memang tak menang la dari segi itu. Tapi mak banyak kali kata aku ni manis.

Hohohoho!!

Mak kata lagi senyuman aku menawan. ngeh ngeh ngeh..


Mak kata lagi....

Dulu masa aku sekolah-sekolah, mak selalu call sekolah senyap-senyap. Aku memang tak pernah tahu. Lepas dah abis sekolah baru aku tahu. Oooo..rupanya-rupanya mak meyiasat aktiviti aku dan adik-adik kat sekolah dulu-dulu.

Nasib baik perangai aku baik..pandai pulak lagi. Hahaha!!


Ni last mak kata...

Baru tadi mak kata..........


Kalau nak pakai duit.. cakap.


Hehehe...itu yang den nak dongar tu.

Monday, September 6, 2010

BAHASA MELAYU KATA, PENDAPATAN TERUMPUK

Hoooyehhhhh!!!!


Akhirnya incik nuffnang sudi jugak hadiahkan buffered earnings (B.E) kat belog ternakan aku ni. Wahh..makin gemok la kamu ye belog peliharaan. *kedip kedip mata*


Alhamdulillah...rezeki raya kata orang *wahhh gitu yek*


Walaupun cuma satu je B.E aku dapat, tapi aku dah cukup teruja. Kalau tak teruja takdelah aku beria pukul canang dalam belog ni hari ni. Kecoh lebey...padahal orang lain dah kenyang makan berpuluh-puluh ke beratus ke beribu B.E dah. Tapi ada aku kesah?? Mereka semua dulu-dulu bermula dengan 1 B.E jugak kan? Ceh, mengharap nak dapat lebih banyak B.E la lepas ni ek? Aishhh!


Maka rumusan dari entri teruja lebih hari ini adalah...























TERIMA KASIH NUFFNANG!!


*terima kasih sayur bendi, ada iklan hulurlah lagi*

Sunday, September 5, 2010

SIAPA NAMPAK AKU BERGADUH KAT KLCC TADI?

Hari ni mood bercinta.

Eh silap, mood BENCInta.

Pasai apa?

Pasai hari ni berpeluang keluar dentink ke KLCC dgn buah hati. Dah lama woo tak jenjalan berdua ke KLCC *padahal takde apa pun yang best situ*. Tapi sebabkan KLCC tu dah ibarat tugu cinta aku dan dia *perghh...ada tugu siap*, maka bila pegi KLCC berdua memang la sorga!


Lomantik gitu bila dentink dengan suami sendiri. Haha.


Start mood cinta.


Kami pegi nonton citer Step Up 3D.


Uiiii...memang best movie ni. Aku yang first time tengok movie 3D ni memang la sangat jakun. Sampai nak pakai spek mata 3D tu pun aku amik masa 10 minit. Haha. Memang susah sikit untuk specky pakai spek mata 3D tu. Asik melurut jatuh jek. Kang kalau aku bukak spek mata sendiri kang rabun pulak. Maka redha je la buang masa berlama-lama hanya untuk kukuhkan duduk letak spek mata 3D aje.


Tapi movie memang meletops! *eh dah macam nama contest Azlina pulak*. Sila pergi tengok. Smart gila mereka menari. Kepala ke bawah, kaki ke atas, tertonggeng terbalik terpusing segala la, tapi sangat sharp dan smart. Terpegun. Rasa macam nak bagi standing ovation *btol ke frasa?* jek.


Okey, seronok sampai situ aje. Mood cinta abis dah.


Lepas tu start mood benci bila incik suami keluarkan kata-kata ini..



" Ayang balik la rumah dulu ye, abang nak jumpa kawan abang jap..ada hal sikit. Abang nak ke Banting *kem tudm Jugra* malam ni..mungkin tido sana."


Perrghhhh!!!!


Tak sampai 24 jam nengok muka aku, dah nak lari cari kawan-kawan lama kat Banting nun dah??


Uishh! Makan ati beb!


Memang perang jugak la aku kejap tadi. Siapa-siapa yang ada kat Taman KLCC and bas stand KLCC mungkin boleh lihat adegan yang tak mahu dilihat itu. Hohoho..


Aku bengang betol. Muka memang masam macam air sunquick tak taruk gula. Biarpun incik suami tetap temankan aku tunggu bas untuk balik rumah tapi aku buat tak pedulik je jasad dia kat situ. Bila bas U26 sampai je aku terus lompat naik bas. Tak toleh-toleh dah kat incik suami. Nak bersalam-salaman apatah lagi, memang nan ado bila mood dan marah gitu.


Tentiba rasa macam durhaka pulak. Huhu..


Tapi marah tetap marah. Air mata sikit lagi je nak nitis ni dalam bas..tapi kutahan Jebat. Sampai rumah terus tido. Padahal jam dah pukul 6.15 petang dah tu. Ahhh nak tido jugak. Aku stress ni. Ubatnya tido jek. Maka tidolah aku. Lagi 3 minit nak berbuka baru aku bangun. Hahaha.


Lepas dah berbuka *berbuka Pizza Hut kau arini*, kenyang...mood pun ada baik sikit.

Bak kata orang..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hehe..

Pastu terus roger-roger incik suami, konon nak berbaik lah kan? Tak baik marah-marah lelama. Itu kan suami i...hehe.


Tapi aku ni ada ego jugak ni. Tak mau mintak maaf lagi tu. Sampai sekarang aku tak mintak maaf lagi sebab bentak-bentak petang tadi.















Ke incik yang suami yang patot mintak maaf dari aku??


Ego lagi tuh! Huh!

Saturday, September 4, 2010

SUDAH 3 BULAN RUPANYA

Hari ni hari Jumaat.


*palahot hang! Hari ni Sabtu lah*


Oh iye iye...hari ni dah Sabtu. Lupa pulak aku. Haha.

Kamu tahu tak, malam ni incik suami akan pulang ke KL yO!

Haruslah aku meloncat keriangan kan. Suka!! Tambah lagi hari ni genap 3 bulan kami menikah. Jadi dua kali ganda sukanya!

Aku pun sebenarnya hampir lupa yang hari ni ulang bulan ketiga perkahwinan kami. Patotlah incik suami beria-ia ajak aku bermalam kat hotel je malam ni. Hihihi...mungkin sebagai tanda sambutan kot. *bluwekk!! geli mat mat mat*


Ah tak kisahlah ada sambutan ke takde ke yang pasti aku seronok bangat mahu sambut kepulangan sang suami. Beliau akan terbang dari KK pukul 8.05 malam ni.

*Eh kenapa dari KK pulak? Bukan laki ko keje kat Labuan ke??*

Ohhh..ni nak habaq mai ni. Tiket flight Labuan-KL sold out untuk hari ini!!

Gila kentang orang-orang Labuan ni balik raya awal benau. Maka terpaksa la incik suami berkorban jiwa raga naik feri dulu dari Labuan ke KK meredah lautan bergelora selama 3 jam sebelum terbang pulang jam 8 malam ni. Kesian jugak. Sudah lah incik suami tak biasa dengan bandar KK tu. Ish..kerisauan pulak.

Aku pulak tengah dalam dilema ni, nak tunggu incik suami kat LCCT ke atau tunggu kat KL Sentral jek. Kalau tunggu kat LCCT pun bukannya aku naik kereta pun, naik bas jugak. Huhu.


Hmmm.....pikir pikir pikir...


Sangat tak sabar nak tunggu malam. Rindunya.........................*geli mat mat mat sekali lagi*







Nota-noti: Orang KK, kalau kamu ada terjumpa seorang lelaki keseorangan macam orang hilang isteri berkeliran di sekitar bandar KK, mungkin itu suami saya. Sila tunjuk beliau jalan yang lurusss....jalan yang benarrr..huhu

Friday, September 3, 2010

CONTEST RAYA MELETOPS *ahhh dia mula dahh...*

R.A.Y.A


Menyebutnya saja sudah boleh membuatkan hati bahagia kan? Bunyinya saja dah seakan meriah. Memang itulah raya. Hari yang cukup indah, seakan tiap detik mahu dipenuhkan dengan gelak tawa riang. Rasa macam tak akan benarkan sesiapa pun berduka pada hari penuh makna itu.


Betul tak? Ke aku sorang je yang berperasaan gitu? Emosi terlebih agaknya. Haha.


Aku paling girang riang ria sekali bila sambut raya waktu kecik-kecik dulu *kecik tak kecik sangat lah sebab badan aku memang sedia mendebab sedari baby*. Uiiii......memang syiok betul. Sudahlah dapat baju baru, kasut baru, hand bag *wahhh kecik-kecik ada hand bag kau*, segala macam yang baru lah, dapat pulak lagi duit raya baru. Yelah sebab duit raya lama dah abis aku belanjakan. Haha.

Seronok betol.


Aku yang kiri. Athirah yang kanan. Kami 4 tahun masa ni. Zaman dulu dah in dah baju kurung cotton ni ek? Cantik jugak baju aku tu. Huhu


Walaupun aku bukan datang dari keluarga ada-ada *aku tinggal kat rumah panjang je dulu*, tapi mak dan abah tak pernah lupa untuk sediakan segala keseronokan yang patot anak-anak dapat bila tiba raya.


Aku ingat lagi....ada satu hari tu cikgu kat sekolah tanya kat setiap murid-murid berapa pasang baju raya diorang tahun ni. Banggalah sorang-sorang kobarkan satu kelas bape pasang baju raya masing-masing.


Abu: 2 pasang cikgu!
Senah: Saya ada 3 pasang setengah cikgu, setengah lagi bapak saya kata nak beli hari ni. *tipu*
Mamat songkok: Saya ada selai je cikgu. Abah saya belum gaji lagi.
.
.
.
.
.
.
Sampai giliran aku. Ish nak bagitau ke tak nak, nak bagitau ke tak nak. Bagitau je lah.


Aku: Saya ada SEMBILAN pasang cikgu!!


Ha amik kau!

Sembilan pasang kau baju raya aku dendolu. Tahun berapa aku lupa dah. Kalau tak silap masa aku darjah 3 ke 4 camtu lah. Gila banyak dah bagi aku! Kalau sekarang ni aku pikir-pikir balik kejadian itu pun aku jadi kecut perut. Kecut poket jugak. Sekarang ni aku nak beli baju sendiri sepasang pun ketar-ketar tangan nak keluar duit, bayangkan camne mak abah boleh beli baju aku sampai 9 pasang? Gaun-gaun cantik-cantik semuanya. Kalau aku dapat 9 pasang, adik-adik mesti dapat sama banyak jugak, baru adil. Fair and lovely kata orang. Sungguh aku tak tahu mana mak abah cari duit nak gembirakan kami adik-beradik sampai tara tu.

Memang bertuah badan aku. Syukur dihadiahkan mak abah yang pemurah gini.




















Tapi.................





Sekarang..............suasana berbeda.



Bukan berbeza sebab dah tak dapat baju raya berpasang-pasang macam dulu.


Bukan bukan bukan.


Bukan itu faktor utama.



Cuma bila usia semakin menginjak dewasa ni, raya dah tak sama macam dulu.


Sejak usia aku awal remaja, aku dah tak berpeluang beraya bersama mak dan abah lagi.

Bukan sebab mak dan abah dah takde. Takkkkk.......Mak dan abah masih ada. Alhamdulillah masih panjang usia mereka. Tapi aku dah tak boleh menyambut raya bersama kedua mereka lagi.


Sebab


Jodoh mereka tak panjang.


Jadi mana mungkin aku boleh sambut raya bersama mereka macam dulu. Dapat abadikan gambar raya sekeluarga seperti 20 tahun dulu. Punya peluang cium tangan keduanya pada pagi raya macam zaman kecil aku.


Aku yang kanan sekali. Muka mencuka. Abah tak bagi duit raya lagi gamaknya.


Tak mungkin ada lagi peluang itu.



Kalau aku beraya dengan mak....pasti takkan ada abah di sisi. Dan andai tiba giliran aku beraya dengan abah, tak mungkin aku dapat cium tangan mak di pagi raya yang suci. Memang terasa tak sempurna dah raya aku.


Sesungguhnya aku amat rindukan hari raya dulu-dulu. Aku rindukan suasana masa aku masih kanak-kanak riang yang tak ngerti apa-apa. Aku cuma mahu ada mak dan abah yang mampu tunaikan apa saja permintaan aku kala hari raya. Aku cuma mahu gembira di Aidilfitri.


Aku dua dari kanan. Yang kanan sekali tu Athirah, seperti gambar pertama. Kami masih lagi sebaya tapi mengapakah aku begitu gergasi???


Namun....













Mungkinkah memori indah itu terulang kembali??


***************cerita tamat******************



Karangan panjang berjela kat atas tu adalah penyertaan Contest Raya Meletops anjuran Misi Azlina. Harap takde yang meluat menyampah dengan aku. Balik-balik contest, balik-balik contest. Huhu. Aku sekadar ingin memberi sokongan kepada sahabat blogger aku sajork.



Sila ketik


Sila klik banner di atas untuk tahu Syarat-syarat penyertaan. *sila sila..jangan malu-malu*


Kawan-kawan yang lain, jomlah join!!


Hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM180 menanti pemenang!!!


*terima kasih pawaruk*




Azlina, selamat menjuri!!=)

Thursday, September 2, 2010

TORA DATANG LAGI!!!!!

Hai!!!!!!!!




Errr silap.


Assalamaualaikum. *ha kan sopan manis anggun gitu.haha*


Uiiiii aiiiii.....rindunyaa!!! Kangen bangat sama kamu-kamu. Sungguh tak tipu.

Kamu rindu aku tak? Siapa rindu angkat tangan!! Ceh, takde. Pilu. Huhu.


Maaflah, aku lama betul menyepi. Sampai komen-komen kamu semua pun aku tak dapat nak publish. Apa lagi nak hapdet entri baru. Memang takde lah.


Punca??!

"Beruk" aku puasa....jadi beliau tak daya nak kerja. Hahaha..alasan menipu sangat. Bagitau je lah yang kau berukbeng kau kena barred, pastu kau takde duit nak bayar bil. Kan senang.

Hehehe...memang itulah punca sebenar. Broadband aku kena barred. Nak bayar sendiri...duit tak cukup. Almaklumlah belum bekerjaya. Hehe.. Maka terpaksalah mengharap belas ihsan incik suami. Tapi itulah..lama jugak lah nak menunggu beliau memberi ihsan kat aku. Haha. Tapi aku tahu, cepat atau lambat incik suami pasti akan tolong setelkan bil beruk aku ni. Aku yakin tu. Cuma kena sabar sikit lah. Yelah, dah jadi isteri orang ni kenalah bersabar sikit. Kadang bukan semua benda boleh ditunaikan sekelip mata ye tak?


Apapun syukurlah..aku dah boleh berbelog kembali. Terasa macam banyak cerita nak tulis kat sini. Berita paling menggembirakan, aku antara pemenang contest tonyoh-tonyoh bersama Puan Shalin tu dikkk nonn oiii.. Sukanya! Tak sia-sia mengangkut kamera segala ke dapur. Haha. Tapi nanti-nantilah aku buat entri penuh tentang itu. Aku ni kalau dah mula membelog kang mahu tak jadi keje lain.











Malam ni kalau ikut jadual aku ada misi.




Misi membuat biskut milo!














Eh kamu, nak bagitahu sekali lagi ni.



Aku rindulah..............hehehe. *gatai*