MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 29, 2010

SKRIP EMCEE DAN PENANDA ARAH

Wargghhhh! Teramatlah bosan berhujung minggu di pekan koboi ni. Hari Khamis dengan Jumaat dah la takde kelas. Isnin depan pun takde kelas. Tapi nak balik tak boleh hanya sebab aku ada Kursus Bina Insan Guru (BIG) Sabtu dan Ahad ni. Aisshhh!

Maka dua hari yang bosan ni aku memerap je dalam bilik kat umah sewa aku ni. Bangun pagi dah la lewat. Owh kadang-kadang tak boleh lagi digelar bangun pagi. Huhuhu. Pastu rutin aku membasuh kain baju yang dah tak muat baldi gayanya, sapu-sapu bilik sikit, pastu menapak ke restoran kat depan tu untuk membeli nasik bagi memenuhi tuntutan perut. Huhu.

Ha, lepas dah makan bagai mula la aku terasa bosan tahap dewa pendekar lima. Apa lah nak buat ni. Duduk menung-menung depan laptop tiba tiba......


TING!

Aku dapat idea.

Aku mau bikin skrip untuk emcee la kali ni. Owh aku teringat blog Xora.

Xora pernah post entri pasal skrip emcee untuk wedding abang beliau last year. Owh ini sudah bagus. Mudahlah keje aku. Hehehe..Thanks ya xora.=)

Maka berpandukan skrip emcee Xora, campur dengan koleksi-koleksi pantun yang ada dalam laptop aku, campur dengan idea aku sikit-sikit maka siaplah skrip emcee untuk wedding aku nanti.

Tapi sumpah aku tak reti nak link kan word tu ke sini. Mintak hampun la kawan-kawan. Aku ni memang lembab sikit bab-bab komputer ni. Tapi kalau ada yang nak skrip aku tu untuk jadikan rujukan wedding kamu, bolehlah tinggalkan emel kamu-kamu di ruang komen atau di chatbox aku okey? Insyaallah aku akan emel kan. Kalo nak keje lagi senang, terus pegi je ke blog cik Xora. Bukan takat skrip emcee, segala bagai excel untuk budget, persiapan kawen sumer pun beliau ada. Bagus cik xora ni. Hehehe..


Hmm itu keje aku untuk semalam. Siap la jugak senaskah skrip emcee. Hari ni aku kembali bengong memikirkan apa yang patot aku buat dalam bilik patsegi ni. Owh..seksanya kepala otak.

Pikir punya pikir punya pikir, sudahnya aku decide nak wat penanda arah untuk ke rumah aku nanti. Tak perlu lah tempah bunting bagai, aku bukan ada duit pun. DIY je la ikut suka hati sendiri.

Tapi aku nak bagitau awal-awal, aku bukanlah kretip bab-bab mendesign menda ni. Tambah lagi laptop aku photoshop pun takde. Makanya aku guna teknik paling kuno..Microsoft Word. *malunya...sambil tutup muka*

Mula-mula aku try tanya incik google ada tak gambar-gambar yang menarik perhatian sukma kalbuku. Hmmm..then aku jumpa pict ini.
.
.
.
.
.
Hati yang merah membara. *yang penting sama dengan warna tema*


Dari gambar seketul tu aku godek-godek, edit-edit, delete-undo beberapa kali...maka terhasil lah ini.
.
.
.
.
.
.
.


Tada!!


Inilah gambaran rupa bentuk penanda arah aku nanti. Insyaallah takkan bertukar ganti sebab aku memang tak bape reti nak membuat menda alah ni. Ini je lah yang termampu.

Mula-mula tu aku konpius jugak nak letak nama aku apa kat situ. Nak bubuh nama panjang, kang panjang sangat. Nak bubuh nama "Wan" je..takot ada yang tak kenal pulak sebab aku lebih dikenali sebagai "Yong" dikalangan sedara-mara, kawan-kawan mak, dan abah. Sudahnya aku gabungkan keduanya. Kalau mak abah tak setuju nanti aku edit balik la. Bukan susah pun ye dak?

Owh design ni adalah design mentah. Yang dalam word punya aku dah tambah-tambah sikit arrow la, edit contras bagai..tapi tak lari jauh la dari ini.

Kalau ada yang berkenan nak amik design ni, amik la. * ada ke orang berkenan?*

Entahlah, ini je yang mampu aku buat. Aku ni bukan otak IT. Kalau salah tolong tunjukkan ye..

Sekian. Daa!

Wednesday, January 27, 2010

LAYOUT KHEMAH *DRAFT*

Petang tadi aku gatai tangan nak draw layout kedudukan khemah dan isi perutnya untuk wedding aku nanti. Sebenarnya layout khemah ni idea dari ibunda terchenta. Agak tak sama dengan idea aku, tapi takpelah..idea mak pun bernas jugak.

Ini draft layout khemah seperti yang mak cadangkan.

Sila klik gambar untuk paparan lebih da boom yada yada


Err tak tahu lah kamu paham ke tidak duduk letak segala benda tu. Aku ni memang bukan orang IT. Tak berapa reti nak lukis-lukis guna komputer ni. Ini pun separuh pengsan aku nak convert layout ni dari word ke image supaya boleh aku upload ke blog peliharaan ni. Huhu..

Dulu aku pernah kata aku mahukan red carpet panjang berjela dihamparkan sepanjang-panjang 8 bijik khemah ni. Maka dapatlah aku jalan lenggang lenggang kangkung goreng belacan bersama incik suami. Huhu. Tapi disebabkan jalan depan umah aku tu tak berapa nak lebar, maka idea red carpet berjela tu terpaksa diubahsuai. Berikut adalah penerangan tentang duduk letak khemah aku ni:

1. Rombongan pengantin lelaki akan datang dari arah kiri khemah pelamin. Nampak tak ada red carpet and pintu gerbang kat situ? Ha, dari situlah pengantin lelaki dan kaum kerabat beliau akan datang. Aku pulak akan menunggu tersipu-sipu di pintu gerbang tersebut. Gamaknya la. Hehehe..


2. Sebelum ni aku suggest nak letak meja pengantin makan beradap kat tepi khemah. Tapi mak kata lebih elok letak meja makan beradap mengadap semua tetamu. Jadi semua tetamu termasuklah yang berada nun di khemah paling hujung pun boleh tengok muka pengantin setiap masa. Fair kan? Hehehe..

Owh, kedudukan seperti ini juga menjimatkan penggunaan back drop. So boleh call caterer kata nak cancel back drop untuk meja makan beradap. Jimat duit seyh.


3. Khemah untuk tetamu masih mengikut perancangan asal. Menggunakan meja bulat. Cuma mungkin mak akan mintak Katerer gantikan bayaran yang kami bayar untuk backdrop meja makan pengantin dan red carpet berjela-jela tu dengan sebijik lagi khemah.

Err dalam pict tu cuma ada 5 je khemah tetamu. Patutnya ada 6. Tapi x muat nak tmbh sebijik lg. In realiti Insyaallah ada 6 biji khemah untuk tetamu duduk makan minum.


4. Ha, kat atas tu kan kata nak mintak khemah tambahan kan? So kat sini la aku akan letakkan guest book aku. Khemah ni jugak aku plan nak tempatkan PA system untuk memudahkan penggunaan mikrofon semasa majlis. Maklumlah majlis aku nanti ada sesi pengantin menyanyi *wink*, dan ada official emcee, ada bacaan doa, jadi penggunaan mic tu sangat-sangat diperlukan. Kalau letak PA system dalam porch rumah, takut wayar mic tak sampai. Tapi kalau mereka ada mic wireless, okeylah. Makanya khemah ni boleh dikatakan menjadi khemah serbaguna. Check point utk cenderahati pun akan diletakkan di sini. Jadi senanglah cik cik flower girls yang cantik manis untuk topup doorgift yang telah kosong dalam bakul tanpa perlu ulang alik berlari-lari kuar masuk umah macam wedding adik aku dulu. Huh penat.


Kalau tengok dari layout tu, nampak ada dua main entrance kan? Tapi sebenarnya entrance yang depan tu untuk pengantin dan kuncu-kuncunya jek. Para tetamu yang dihormati lagi budiman aku harap sangat sangat dapat masuk melalui entrance satu lagi. Senang mak abah semua nak alu-alukan tetamu datang dan pulang. Cuma aku tatau camne nak control keadaan tu.

Camne ek nak bagitau tetamu yang mereka sangat-sangat dialu-alukan untuk masuk ikut pintu yang dikhaskan. Ada pintu gerbang dan sedikit red carpet jugak. Hehehe..

Wajar ke aku taruk palang tol kat pintu masuk rombongan pengantin tu??* erk*

Kalau ada antara kamu yang mahu usulkan idea-idea penambahbaikan, owh amat-amat dialukan..soooo tenkiu.=)

Tuesday, January 26, 2010

PERAYAAN JUBLI EMAS



Wah, sedar tak sedar dah 99 entri aku bagi makan kat blog belaan aku ni. Ini maknannya entri kali ni merupakan entri yang ke-100! Ucapkan tahniah pada blog aku! Yeeehaaa...buat ombak buat ombak...woOoOoOoO! *over reaction*

Apalah yang teruja sangat entri dah mencecah 100 ni entahlah. Blogger lain pun belambak dah entri cecah 100 tapi takde la teruja lebih macam aku ni. Huhu. Tapi takpela, aku mahu meraikan jugak kehadiran entri ke - 100 aku ni. Taki kira.

Jadi hari ni tak de entri pasal kawen ke apa ke. Aku cuma mahu buat sedikit analisis terhadap blog peliharaan aku ni. Maka aku pun bukak la nuffnang aku. Owh, sila la tau blog aku takde la glamer mana. Tukang ketuk pun boleh bilang dengan jari. Bulan lepas punya unic visitors cuma 1081 orang jek. Huhuhu..Takpelah, aku ternak blog ni pun untuk kemudahan aku, di samping sharing is caring dengan B2B yang lain. Takde langsung niat nak mencari glamer. Huhu.

Tapi aku sangat tertarik nak wat analisis tentang bagaimana orang-orang di luar sana boleh terjelepok masok ke blog aku ni. Apalah agaknya yang diorang taip kat incik google tu yang tak semena-mena terbabas masuk blog bosan ni. Hehehe..


1. Beg kertas murah.

Owh ini antara keyword glamer kat mereka tanya pada incik google. Malangnya aku langsung takde bercerita apa lagi memberikan tips-tips hebat kat mana nak cari beg kertas murah. Sebenarnya aku tak bercadang untuk gunakan beg kertas untuk isi doorgift tetamu nanti. Aku lebih suka bagi satu je benda yang best, sweet, and praktikal. Bagi camtu jek..hand by hand. Tak perlulah paper bag. Maka harap maaf la kepada mereka-mereka yang susah payah mencari beg kertas murah di blog aku ni. Kalau aku ada info tentang beg kertas yang murah, mungkin aku boleh kobarkan di sini di lain kali.

2. Beg tetamu yang murah lagi menawan.

Mak ai, kemain panjang lagi soalan yang beliau tanya pada incik google. Dah macam tagline barang pulak. Hehehe..Tapi sama la jugak dengan kes kat atas tu, aku takde info tentang beg kertas mahupun beg tetamu, apa lagi beg tangan. Memang belum ada. Mungkin akan wujud di masa depan. Sila cuba lagi okey?=)


3. Tunang tentera

Siapalah agaknya yang meng google pasal tunang tentera ni ek? Risau pulak aku. Yup, aku memang tunang abang tentera. Bahagia tapi kena banyak bersabar. Sebabnya incik tunang aku ni, tunang nombor 1 dia bukanlah aku, tapi kerjaya dia. Aku dah banyak kali merasa cancel dating. Gila ko, aku dah siap lawa-lawa, pakai baju paling santek dalam lemari, tepek bedak banyak-banyak alih-alih dia call kata tak jadi la kuar detink, kena panggil pegi keje emergency. Haih! Tu belum masuk citer dia bizi 24 jam. Bila kita call, dia jawab. Tapi dengan takde salam ke helo ke hai ke dia terus je cakap "keje keje keje" laju-laju. Pastu "tapp" dia letak fon. Stress tak stress?? Makanya, kenala praktis bersabar banyak-banyak.

Errr..itu ke info yang kamu cari tentang tunang tentera? Heheheh..


4. www.gedungkadkahwin.com

Ini pun antara keyword glamer yang menjerumuskan insan-insan tak bersalah ke blog aku. Ya ampunnn!

Aku memang pernah bercerita sikit pasal satu design kad kawen dari Gedung Kad Kahwin ni. Tapi atas nasihat seorang teman, aku tak jadi amik kad dari gedung tersebut. Kenapa? Hmmm..ntahlah. Beliau kata servis kurang bagus. Pendek kata lambat. Tapi ini bukan aku yang kata tau..member aku yang kata. Jadi aku takde la recommend kata GKK ni tak bgs ke apa. Cuma aku dah ada tempat lain untuk tempah kad kawen.

Kalau ada antara kamu yang memang nak jugak tempah kad kawen dari GKK ni, boleh tanya kat Puan Nadd. Kalau tak silap aku, kad kawen dia aritu dari GKK. Kalau nak nombor fon GKK pun aku leh bagi. Ni ha:

012-73600032 - Ijan

Aku pernah sms Ijan ni dulu, and feedback dia cepat. Bagus la tang tu. So siapa yang berminat dengan koleksi dari GKK, just call him. Err...tatau la kalo "her". Hehehe.


5. Pengantin badan gempal

Hehehe..tak tau nak kata apa la. Kalau sape-sape yang cari pengantin badan gempal, Insyaallah akan terpele'ot masok ke blog aku ni dan akan berjumpalah dengan bakal pengantin yang berbadan gempal ni. Selamat berkenalan!=)


6. DPLI Julai 2009 UPSI

Wah, keyword ni pun ada ek. Tapi memang betul pun aku salah sorang student DPLI ambilan Julai 2009/2010 kat UPSI ni. Best jugak blaja balik, tak terlalu stress. Tengok macam sekarang ni, 8hb ni aku start final exam tapi kemain boleh berblogging hari-hari lagi. Tu lagi sorang blogger seangkatan dengan aku..Cikgu Shalin, pun 2 x 5 jugak. Asik berblogging jek. Kadang-kadang beliau bersiaran langsung dari bilik kuliah lagi. Hahahaha..

Cikgu Shalin, jangan marah no...


7. w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a

Uish, paling tak sangka ada yang directly google nama aku. Kagum sungguh. Siap ada gaya tulisan pulak tu. Kalau camtu rupa google nya confirm pasti akan terbabas ke blog aku ni. Atau termasuk ke profile my space aku, blog zaman purba kat my space, kat frenster aku dulu. Macam-macam la kamu boleh jumpa. Segalanya tentang aku. Huhuhu.


Apapun pun kata kunci yang kamu guna, apapun cara yang buat kamu sampai ke blog bosan ni, terpaksa memaksakan diri membaca tulisan-tulisan aku yang kadangkala perasan sendiri, aku ucapkan terima kasih. Aku mintak maaf kalo ada kata-kata yang menyinggung perasaan kamu-kamu di luar sana. Sesungguhnya aku cuma mahu berkongsi cerita, berkongsi perasaan. Cuma itu. Harap takde yang serik untuk menziarahi entri entri ternakan aku di lain hari.

Terima kasih dan sila datang lagi ye?=)

Monday, January 25, 2010

KOMPANG,SILAT, DAN EMCEE

Semalam aku sempat berchatting dengan abah kat fesbuk. Ya, abah aku sudah semakin mahir berfesbuk sekarang. Bagus la jugak tu, walaupun kami berjauhan, abah masih boleh pantau aku dari jauh melalui fesbuk. Huhuhu..

Owh ye, berbalik kepada citer chatting dengan abah tadi, aku sebenarnya buzz abah untuk tanya kot-kot abah tau mana-mana orang yang ada servis pasukan kompang dan silat. Wah, ada silat ke majlis aku?? Huhuhu..ntahlah, aku ni kadang-kadang kuno sikit. Kat bandar KL ni dah jarang nak tengok wedding ada silat-silat bagai, tapi aku berminat. Tapi sebabkan ruang yang agak terbatas, aku cadang nak ada orang bersilat bunga-bunga jek. Tak perlu lah berlawan-lawan sampai berguling guling, terlompat-lompat, siap akan ada siapa pemenang siapa pengalah. Tak perlu lah. Kang ada jugak pengantin lari, ataupun pelamin roboh dek silat tu kang. Hahaha.

Then abah kata dia tau mana nak dapatkan pasukan silat and kompang macam yang aku nak tu. Yeay!! Sangat suka dengar respon tu. Pastu abah bagitau dia cadang nak amik seseorang yang boleh digelar selebriti tanah air untuk jadi emcee aku. Omaigod!! Betapa sukanya aku! Memang aku perlukan seorang emcee atau paling koman pun deejay la untuk wedding aku ni nanti. Tapi sangat tak sangka abah usulkan selebriti tersebut. Sangat teruja okey?

Sebenarnya calon emcee tersebut adalah kawan abah jugak. Ntahlah, abah ni sejak-sejak menceburi bidang videografi ni ramai pulak sahabat handai dari kalangan artis. Hari tu wedding adik aku berpeluang jugak la aku jumpa beberapa artis seperti Mat Over, Abon, Ali Mamak etc. Nanti wedding aku tatau la siapa yang abah akan jemput. Mana tau ada Saleem ke, Jamal ke, Ibnor Riza ke..kawan abah tu. hehehe. *berangan*

Owh pasti kamu semua tertanya siapakah selebriti tersebut? Ermm..aku tak berani nak mention nama beliau sekarang, takut tak jadi. Kang yang malu aku jugak. Hahaha..Cuma aku boleh bagi klu. Abah kata ada dua orang calon untuk emcee ni dan dua-dua merupakan pelawak otai tanah air kita yang terchenta ini.

Hehehehe...siapa ya??

=)

Sunday, January 24, 2010

D.I.Y BOLA POMANDER SIRI 2

Kelmarin aku punyalah gigih cari bola polistrin untuk buat pomander ball tu. Dan aku dengan semangatnya terus cuba siapkan pomander ball aku yang pertama sesampai je aku kat umah sewa aku di Pekan Koboi ni.


See, gigih tak gigih aku? Sampai semak samun bilik aku.

Untuk mengelakkan kesilapan berlaku, maka aku dengan rendah dirinya bukak you tube yang memaparkan video nak buat pomander ball yang telah di tepek dengan baik hatinya oleh nadd.



Dan hasilnya.

Tada!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sila abaikan buku dan kaki anak beruang aku kat blkg tu.

Hahahaha! Separuh siap jek. Itu pun buruk rupanya. Sila la ketawakan aku. Hohohohoh!

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..
Ku sangkakan senang nak men DIY bola, rupanya susah macam nak mati.


Stress!

Gila susah nak cucuk bunga-bunga cinta tu kat bola bola api tu. Tengok video yang nadd tepek kat blog dia tu macam senang jek. Rupanya...haih!

Serius aku tak reti nak buat. Bunga tak berjaya dicucuk dengan kukuh. Asik goyang-goyang..silap-silap boleh tercabut dari bola. Dah tu jarang-jarang pulak susunan bunganya. Banyak lompong-lompong antara bunga. Sungguh aku tak reti nak susun ala ala sarang lebah macam yang nadd sarankan tu. Agaknya dawai yang aku guna tu lembut sangat kot.

Pendek kata memang pomander ball aku tak jadi dan aku tak reti.

Patotlah mak nampak macam tak konfiden je bila aku kata nak DIY pomander ball. Mak kata beli je la yang dah siap. Haih. Nampaknya kena ikut saranan mak pulak pas ni.

Sebijik pomander ball katalah RM12... Kalau mau kurang-kurang 10 bijik?? Mak datuk nenek! Konfem kena beli tabung ayam dan menabung mulai skrg. Harus!

Sekian.

LADIES DAY OUT!

Jumaat yang lepas mak ajak aku meround ke Jalan Tar. Weeehoo! Kami p naik teksi jek. Senang dan jimat. Sebelum bertolak tu, misi dalam hati nak survey-survey barang-barang kawen. Maklumlah sejak-sejak dah decide date kawen ni aku tak berpeluang lagi nak p tengok-tengok barang secara live. Asik survey melalui internet jek. Bosan jugak. Tapi misi kami yang konon-konon nak survey jek alih-alih.....hmmm..Bacalah seterusnya. Hehehe.

Pemandangan Jalan Tar di hari Jumaat..tak berapa sibuk kalo nak banding dengan suasana di hari raya.hehehe

Dan dibawah ni adalah antara beberapa benda yang sempat kami soping:


1. Baju family

Owh sudah menjadi trend famili aku untuk pakai baju sedondon warna bila mana ada wedding. Rasanya kebanyakan bride to be yang lain pun amalkan konsep yang sama kan? Barulah nampak santek dalam gambar. Memandangkan theme wedding aku putih dan merah, dan busana sang pengantin berwarna putih, maka semua ahli keluarga digalakkan memakai pakaian berwarna merah. Kalau tak dapat merah, pink pun ok, grey, silver, dan putih pun okey jugak. Ahh..yang penting pakai baju. Jangan pakai roti kirai macam dalam citer P.Ramlee tu dah la ye. Hehehe..

Dan ni adalah kain pasang untuk buat baju mama, cik yah, mak yang, dan ina. Mak punya takde lagi. Beliau mau cari kain yang lebih da boom da vouge. Mak pengantin la katakan..huhu. Err tukang bayar sudah tentu la mak. Aku cuma ada 10 hengget je dalam purse kala itu. Huhuhu.



kain dari Jakel. Ingat Jakel, ingat kain.hehe


2. Baju flower girl

Huhu. Baju flower girl ni punya kisah yang tersendiri. Aku memang dah aim lama dah nak cari baju untuk flower girl kat First Lady jek sebab baju kat sana murah dan cantik. Maka, aku dan mak pun singgah la butik First Lady kat Jalan TAR tu. Niat hati nak survey dulu. Nanti dah dekat-dekat tarikh baru beli.

Tapi la la tu jugak mak berkenan baju ni.
.
.
.


Cantik. Harga pun murah. Bawah RM70 sepasang. Owh flower girl aku ada 6 orang. Maka kenalah beli 6 pasang. Elok pulak stok baju ni tinggal 6 pasang je lagi. Cuma malangnya size takde. Flower girl aku semua pun badan solid molid persis model kain basahan..baju masing-masing saiz S. Tapi yang dok tergantung kat rak tu sumer saiz gedabak. L, XL, XXL...huh. Saiz aku tu!


Setelah 2,3 kali ulang kali masuk kedai tu, mak decide nak beli jugak baju tu. Besar pun besar la. Nanti hantar la kat Kong The Great Tailor untuk proses alteration.

Maka beli la jugak baju tu. Terbang la lagi duit mak dalam RM420 untuk 6 pasang baju tu jek. Miss flower girls..say thank you to mak okey!


3. Pomander Ball

Ingat tak lagi aku pernah wat entri khas konon kata aku nak DIY pomander ball untuk wedding nanti. Dan sila lah ketahui bahawasanya proses men DIY bola bunga tersebut sedang terbengkalai hanya sebab aku susah sangat nak jumpa polisterin bola kat pekan Tg. Malim. So dah alang-alang bejalan ni aku beli la bola polisterin tu seketul dua. So nanti boleh la aku test buat dua biji pomander ball dulu. Kalo jadi nanti baru proceed dengan bola-bola seterusnya.


bola polisterin berlainan saiz dan dawai lembut


4. Cadar Pengantin

Hohoho. Citer cadar ni lagi best. Kami masuk Butik Alinas yang terletak betul-betul depan Sogo. Wah kedainya memang ada class. Baju-baju dalam kedai tu pun santek-santek. Plus harga pun kena santek jugak la.

Misi ke kedai tu nak survey cadar. Survey je ok. Wah! Koleksi cadarnya memang menawan. Dan aku minat cadar ini.
.
.
.


Owh tatau nape aku amik angle ni. Tapi see, santek kan cadar tu? 100% cotton.

Memang kenan sangat cadar tu. Tapi bila tengok harga telan air liur jugak la aku ni. Harganya RM895!! Gila ko nak perabis dekat 1k untuk cadar jek? Silap-silap nanti bedroom set lagi murah dari cadar.

Tapi aku memang suka design tu. Memenuhi la kriteria cadar aku. Kaler putih bersih, takde ropol-ropol extra ceria, dan paling penting bukan kain satin kilat-kilat tu. Mak pun berkenan. Beliau siap tawar-menawar lagi dengan tokey kedai tu. Final price dia bleh bagi..RM600.

Mak tengok aku macam suka je cadar tu, maka beliau pun suruh la aku check kain cadar tu ada kotor ke x, zip dia sangkut ke tak...*wah, mak memang nak beli ke?*

Yup, mak kata kalau Yong suka mak beli la. Gila kau? Cadar RM600? Cadar je pulak tu. Kalau sekali kelambu ke pelmet ke takpela jugak. Tiba-tiba mak rasa macam tak perlu beli lagi lah. Aku tau bukan sebab mak takde duit, tapi mak kata terlalu awal. Ada 4 bulan lagi sayang oi. Bedroom set pun tak beli lagi. Tambah lagi kami memang langsung tak pernah survey cadar lagi sebelum ni. Jadi tak berapa tau sangat berapa standard price for cadar. Takut bila dah beli nanti jumpa cadar lagi santek and lagi murah. Sape yang nangis?? Aku jugakkk...

So cancel la beli biarpun staff tu dah siap bungkus dah untuk kitorang. Jahat tak kami?? hehehe..


Hmm..setakat ni, tu je la yang sempat kami beli hari Jumaat aritu. Best jugak la dapat jalan-jalan dengan mak. Keluar masuk kedai, duduk bangun sebab sakit kaki, ulang alik kedai yang sama..Hmmm betul-betul ladies day out.

Thanks mak sebab bawak Yong jenjalan and belikan segala keperluan kawen. Owh lupa, mak belanja KFC jugak. Sedapp! *nak diet konon*

Sekian laporan tertunda hari ini.hehe

Saturday, January 23, 2010

TERIMA KASIH SAYANG

Masa: 10.30 pagi
Hari: Sabtu, 23 Jan 2010
Lokasi: Atas tilam empuk
Aktiviti: Tido dengan nyenyaknya..*hamik ko, kul 10.30 x bgn lg*


Tiba-tiba fon aku menyanyi...hmm incik tunang call rupanya. Maka aku pun jawab.

Incik Tunang: Hai ayang! *dengan suara gumbira. Silap, extra gumbira*

Aku: Hai abang..*dengan suara mamai*

Incik Tunang: Ayang tido lagi ke? *heheheh*

Aku: A'ah..ngantoknya...Abang nape suara macam hepi sgt je ni?

Incik Tunang: Ayang, abang ada berita gembira untuk kita berdua ni. *suara dia maintain excited ye*

Aku: Apa dia??? *tetiba mata aku jadi segar dan bugar*

Incik Tunang: Abang dah dapat setel masalah kewangan abang..plus abang dapat beli rumah sebijik kat area lembah klang! *beliau masih excited*

Aku: Really?? Alhamdulillah...ada jugak rezeki kita. bla bla bla....



Ending
.
.
.
Aku: Abang....thanks ye.


Ulasan:

Aku sangat sangat gumbira hari ni. Setelah berbulan bulan kami dibelenggu masalah kewangan yang agak meruncing, panik, resah gelisah, risau sampai satu tahap rasa macam nak tangguh wedding. Bila perasaan extra berkecamuk aku kadang rasa nak putus tunang pun ada. Haih.

Tapi berkat kesabaran doa usaha yang tak henti henti, finally Tuhan tunjukkan jugak jalannya. Syukur pada Allah.

Sekarang aku rasa lebih lega. Rasa macam perjalanan menuju ke situ tak lagi di halang oleh batu batu besar, takde lagi naga ke ular ke yang macam dalam dam tunggu nak ngap kami. Sangat bersyukur untuk itu.

Sumber: Incik google

Kepada Incik Tunang, thanks atas segalanya. Love you miss u kiss u..mmmuahh! mmmuah! mmhuah! *sila jgn muntah ijau*

Thursday, January 21, 2010

BAJU KAWEN DAH TEMPAH DAH

Mak kata malam ni ada temujanji dengan Anje *pak andam* untuk p tempah baju kawen aku. Owh aku sungguh teruja. Siap angkut majalah pengantin 2,3 keping sebab ada beberapa design baju yang aku berkenan dalam majalah tu. Lepas maghrib, aku ditemani mak, ayah, dan Haziq bertolak ke sini.

Dios Astana kat Puchong Prima


Ayah dengan Haziq haruslah tak mahu ikut kitorang naik ke tempat paling membosankan bagi kaum lelaki. Maka mereka dibiarkan berkeliaran jalan-jalan cari makan kat bawah.

Dios ni boleh tahan besar jugak tempatnya. Kira macam one stop centre la untuk cari persiapan kawen. Dari sekecik-kecik bekas bunga telur sampailah segabak-gabak pelamin pun korang boleh dapat kat sini. Nak cari kain pasang untuk buat baju famili pun ada. Jangan risau. Tapi sebab tujuan aku ke situ untuk tempah baju maka kami terus naik ke tingkat dua. Pak Andam aku, Anje dah sampai dulu la. Bagus, sangat punctual. Hehehe.

Sampai tingkat dua aku terkesima sekali lagi. Tengok ni.



Sangat banyak baju kawen. Sempat la aku curik-curik tengok harga baju-baju tu. Mak ai...semua pun RM1000 ke atas. Kalau nak beli sendiri memang tak mampu la. Selalunya pak pak and mak mak andam je yang suka borong baju kat Dios ni. Pastu depa sewakan la kat bakal-bakal pengantin macam kita ni.


Antara koleksi di Dios Astana Bridal *maaf gambar blur*

Lepas dah puas belek-belek, tawaf 3,4 kali tingkat dua tu..mata aku and mak aku pun dah mula juling. Macam-macam pesen baju ada. Pening. Sudahnya aku dengan mak terus jumpa designer Dios yang sedia menanti. Owh lupa nak tanya sape nama designer tu. Huhuhu..Aku tanpa membuang masa terus bercerita dengan penuh semangat tentang design baju yang aku idamkan. Tak lupa aku tunjukkan contoh design yang aku bekenan dalam majalah pengantin aku bawak tu. Bincang punya bincang punya bincang, setuju tak setuju, bangkang membangkang, bangun, berdiri, berlari bagai maka lahirlah design ini.





Mereka kata nama design ni 'baju penguin'. Hadoi! nama apakah? Lantak p la. Janji aku suka. Walaupun design baju ni langsung tak sama dengan design idaman kalbu yang aku jumpa dalam majalah pengantin tu, tapi aku puas hati la. Aku pun sedar camne bentuk badan aku. Maka janganlah diharap baju kawen very the vouge persis model pengantin tu. Macam pakai sarung nangka aku nanti.

Secara virtualnya, baju kawen aku nanti lebih kurang seperti ini.


reka bentuk cantik tp aku x bape suka perincian manik-manik sarat tu.


Tentunya tak sama 100% peratus macam pict ni. Mungkin sama dalam 40% peratus jek. Yang belen lagi 60% tu tunggu la 5 June nanti baru tau camne rupa baju kawen aku. Kasi surprise sikit. Huhuhu.



material kain seperti ini


Sangat tak sabar tunggu bulan 3 untuk 1st fitting baju. Aku akan pastikan ada bahagian yang ukuran baju terpaksa dikecik kan. Hehehe..


Sekian je la malam ni.

Tata.

LUAHAN HATI JAM 3 PAGI

Dah lebih dua bulan aku terpisah dgn Incik Tunang. Beliau nun jauh di Labuan. Dulu sebelum terbang, Incik Tunang janji akan balik dalam bulan Disember. Tapi sekarang ni sampai nak abis Januari dah tapi beliau tak pulang-pulang jugak.

" Duhai Incik Sajan, sila lah pulangkan Incik Tunang saya barang seminggu dua. Pleaseee"

Sebetulnya aku tak salahkan Incik Tunang dalam hal ni. Bukan dia sengaja tak nak balik semenanjung nan indah permai ni, tapi tuntutan kerja membataskan segalanya. Sekarang ni pun aku mcm nak meroyan dengar dia selalu kena kerja 24 jam! Tapi bukanlah keje 24 jam tanpa henti. Ada lah time rehatnya. Contonhnya keje 4 jam...rehat 2 jam..macam tu la ulang-ulang selama 24 jam. Pastu rehat satu hari. Esoknya kembali ber duty selama 24 jam macam orang gila keje. Kalo keje kilang pun tentu dah kaya raya makan duit OT. Tapi memandangkan beliau ni cuma anggota TUDM, celah mana pulak nak datang OT nya? Gaji tetap macam tu jugak. Aduhai kesiannya. Kenapalah tunang aku tak keje opis jek..masuk keje kul 8 balik kul 5..Kan senang. Huhuhu..*statement jual ikan*


Rentetan dari itu..*aiceh*, aku kat sini sangatlah kebosanan. Bila tengok member-member *termasuklah member-member blog* p detink-detink pimpin-pimpin tangan, berdua-duaan duduk makan cendoi, bersenggol-senggolan cubit-cubitan aku menyanyi kau petik gitar....lalalala..*merapu siap*. Pendek kata aku teramatlah sangat cemburu. Serius. Aku cemburu tahap dewa dewi. Kepinginnya rasa mahu keluar berdetink macam dulu-dulu..Owh bilakah??

Incik Tunang,

Pulanglah cepat. Lekaslah balik, Please come back to me, Kembalilah....walau apapun bahasanya, susunan ayatnya..maksudnya tetap sama...DALAM KIRAAN SEPLOH, KAMU MUSTI ADA DLM PELUKAN SAYA. titik.




sekian luahan rasa di hari ini.

Friday, January 15, 2010

ROMBAKAN IDEA

Hai!

Ish kali ni rasa macam tak reti pulak nak start menulis dari mana. Aku macam kalut sendiri. Semuanya tentang khemah tetamu untuk majlis aku nanti. Tiba-tiba aku trasa macam nak rombak banyak perkara tentang khemah tetamu tu. Semuanya lepas aku tengok balik gambar-gambar kawen adik aku dulu. Antara masalah yang membelenggu jiwa dan raga aku ketika ini adalah:

1. Keadaan jalan depan rumah yang tak berapa nak lebar macam jalan dua hala yang lain. Boleh kata agak sempit. So kalau berangan nak ber karpet merah tu agak susah sikit. Tambah-tambah kalau guna meja bulat.

Sempit kan? Celah mana pulak nak dihamparkan permaidani merah tu nanti. haih


2. Kain back drop meja pengantin masa wedding adik aku agak kotor. Tolong remind aku untuk remind katerer aku untuk sediakan kain back drop yang bersih. *camne leh terlepas pandang ntahla aritu*


eeiiii...gila kotor. Rasa nak je aku belikan varnish ke clorox ke barang sebotol dua utk diorg basuh backdrop tu. Huh

3. Scallop jugak tak kemas. Aku akan pastikan aku duduk bawah khemah jadi mandor masa orang-orang katerer tu pasang scallop. Wajib!

Tengok tu, dah x nampak dah 'alunan' pada scallop tu. Rasa nak je aku panjat tangga pasang sendirik.*konon*


4. Tetiba aku rasa 8 biji khemah macam tak cukup. Err maksud aku 6 biji khemah untuk 1200 tetamu duduk menjamu selera macam tak mencukupi. Hurmm...

Hurm...setakat ni itu je la 4 benda yang buat aku serabut sikit. Jadinya aku rasa aku nak ubah sikit keadaan khemah tetamu ni.

1. Disebabkan jalan depan umah agak sempit untuk ber karpet merah dgn meja yang bulat, maka aku harus lepaskan salah satu. Nak lepaskan meja bulat ke nak lepaskan karpet merah??

Sudah tentu la aku akan lepaskan sang meja. Aku terlalu mahukan si karpet merah tu. Maka aku cadang nak gantikan meja bulat dengan meja pat segi. Macam ini.
.
.
.

.
Gambar ni aku jumpa kat blog xora. Mungkin xora dapat pict ni dari website salah sorang photog iaitu Daniel. Ermm..berbalik pada kisah khemah ni, janganla kamu-kamu bayangkan khemah aku se hot khemah dalam pict kat atas ni pulak ye. Sila la ngerti bahawasanya aku tidak mampu. Huhuhu. Aku cuma nak dapatkan bayangan camne rupanya kalo aku guna meja pat segi. Not bad rite?

Yang penting kerusi haruslah dipakaikan baju dan riben, meja pula dipakaikan kain labuh sampai ke lantai. Iye, sampai ke lantai. Takmau separuh sampai nampak kaki meja. *byk songeh!*

Jadinya bila guna meja pat segi, aku berharap adalah ruang yang besar sikit untuk aku ber karpet merah. Dapatlah aku dan sang arjunaku berjalan lemah gemalai menuju ke singgahsana sambil diiringi lagu-lagu yang mengasyikkan. *aicehhh!*

2. Penyelesaian dah ada kat permasalahan.

3. Pun sama macam number 2. Penyelesaian dah disebutkan kat atas nun.

4. Khemah tak cukup. Hmmm..setelah aku timbang-timbang balik, rasanya cukuplah 8 biji khemah tu. 1 khemah untuk pelaminan dan meja pengantin, 1 untuk meja VIP, 6 lagi untuk para tetamu. Mungkin aku akan ubah sikit. 5 khemah je aku akan letak kerusi dan meja untuk tetamu bersantap, 1 biji lagi aku nak letak kerusi jek dalam 50 bijik. Khas untuk tetamu yang sudah selesai makan duduk berborak-borak sambil menungguh ketibaan sang raja dan ratu sehari. Hehehe..

Okey tak idea tu?

Apapun aku perlu kemukakan idea rombakan ni pada makanda dan abahanda.*mak dan abah la*. Dan aku perlukan pandangan kamu-kamu untuk entri kali ni.

Mekasih ya buddies!

Tuesday, January 12, 2010

MENANTU TERHEBAT DALAM KALBU

Hai. Nampaknya hari ni terlebih rajin pulak nak bagi makan entri kat sini. Gemuklah blog aku gini. Huhuhu..

Ok, kali ni aku nak share beberapa petua atau tips untuk jadi menantu terhebat dalam kalbu mak pak mentua kamu. Info ni aku dapat dari majalah Ratu Sehari. Mahal beb majalah ni, 25 hengget! Alang-alang dah beli majalah mahal, baiklah aku share info apa yang patut dengan kamu kamu. Bak kata orang, berkongsi itu tandanya mengambil berat. Hehehe..


Tips ni boleh dibahagikan kepada 2 fasa, sebelum dan setelah berkahwin. Jom kita tengok satu-satu. * wah, dah macam cikgu mengajar dalam kelas dah ha.*

Sebelum berkahwin..

1. Risik
Hmm.. jangan ingat bakal mak pak mentua kita je yang kena datang merisik kita. Sebagai bakal menantu yang terhebat, kita juga perlu merisik tentang bakal mentua. Kena tau serba sedikit apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka sebagai persediaan awal untuk kita sesuaikan diri dengan mereka kelak. Nak merisik dari sape?? Sudah tentulah dari buah hati pujaan kesuma dewa dewi kamu yang kacak bergaya tu. Huhu..

2. Ambil Berat
Ini penting untuk tunjukkan keprihatinan kita. Cubalah sekali sekala bertanya khabar, amik tau sakit pening mereka. Kalau yang tinggal dekat-dekat tu boleh la buat kunjungan muhibah sekali sekala. *jangan lupa bawa buah tangan. Bawa buah-buahan pun dah kira ok dah* Kalau yang tinggal jauh-jauh macam kes aku ni sila jangan ngelat. Teknologi dah makin canggih ni. Abis cikai pun kita boleh call mereka sekali sekala tanya khabar. Kalau dapat bakal mentua yang celik IT, mungkin boleh ber ym atau berfesbuk sesama. Huhuhu..

3. Kasih sayang
Sedari awal, pamerkanlah kasih sayang seikhlas hati terhadap pasangan anda. Mereka pasti akan lega hati bila tengok ada insan berhati mulia *cewah* yang sangat mengambil berat dan sayangkan anak mereka. Janganlah pulak depan mata bakal mentua kamu bantai p bersilat dengan pasangan kamu. Takut-takut nanti ada yang datang rumah bawak tepak sireh terbalik. Owh sungguh tidak mahu!


Selepas kahwin..


1. Memahami
Bila dah kawin, secara rasminya kita telah menjadi sebahagian dari keluarga suami. Maka kita harus lebih sensitif terhadap posisi mentua sebagai ibu dan bapa. Jangan sekali-kali cuba renggangkan hubungan suami dengan ibu dan bapa mereka. Seeloknya anggap mak dan pak mentua sama seperti mak dan abah sendiri. Tiada bezanya..

2. Penerimaan
Hmm..point ni lebih kurang dengan point kat atas. Cuba lah dengan segigih mungkin untuk menerima mentua sebagai keluarga baru kita. Jika kita selalu call mak abah setiap hari, maka call jugak mentua setiap hari. Cuba ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa merupakan tindakan bijak dalam usaha untuk menjaga hubungan menantu dan mentua.

3. Mengambil hati
Bila sebut mengambil hati je mesti terbayang dalam kepala untuk belikan hadiah untuk mentua. Itu yang jadi tiap kali bertandang gigih la hulur kain batik, kain pelikat, biskut patsegi, rokok sekotak dua dan macam-macam la. Sebenarnya kadang-kadang orang tua tidak perlukan material untuk ambil hati mereka. Apa lagi wang ringgit. Tak semua mentua harapkan semua itu. Memadai jika sang menantu bijak membawa diri, melayan mereka bersembang dari pagi sampai mereka penat. Hehehe..Kadang-kadang kemahiran mengurut juga sangat berkesan sebagai medium mengambil hati. Apa yang penting semuanya dilakukan dengan ikhlas tanpa minta balasan.

4. Berkongsi minat
Alangkah bagusnya kalo hobi mak dan pak mentua sama dengan kita kan? Mesti banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Contoh, kalau mak mentua suka memasak, apa lah salahnya kita turun padang sama memasak.*biarpun skil tu tak berapa nak ada.hehe*. Kalau pak mentua rajin berkebun, jomlah kita sama-sama sandang jawatan hang cangkul barang beberapa ketika walaupun pegang cangkul pun macam pegang kayu golf dah ha. Takde ruginya, malah banyak kebaikan. Dapat pengalaman baru, peluh pun keluar dengan sehatnya, plus mentua pasti sayangkan kita. Hehehe.

Kan best kalau mak dan abah Incik Tunang punya hobi macam aku. Membelog, berfesbuk, dan tido. Hahaha! *useless*

5. Pertuturan dan perlakuan.
Ini yang paling aku gerun ni. Mulut aku ni kadang-kadang suka sangat amalkan konsep laizzer faire atau dalam bahasa mudahnya laser! Huhu. Aku percaya, sporting macam mana pun mak pak mentua kita, bahasa tetap kena jaga. Jangan selamba yaya pegi panggil mereka 'hey hey', 'gua lu' la, apa la. Mau makan pelempang sekeping dua kang. Hahaha.

Sila kawal diri dan mulut anda sewajarnya. Okey?

7. Ringan tulang.
Orang tua memang akan cepat tertarik dengan menantu yang rajin. Nampak sangat manis je bila tengok menantu mereka khusyuk menyingsing lengan baju mencuci pinggan mangkuk penuh sinki. Sejuk je ati bila tengok menantu baru mereka ralit menyiram pokok bunga dihalaman sambil menyanyi lagu bunga tanjung mungkin. Huhuhu.. Maka ringan-ringankanlah tulang anda biarpun berat badan dah hampir mencecah tahap obesiti. Hehehe.

8. Datuk dan nenek
Serius, gelaran datuk dan nenek adalah gelaran yang paling ditunggu-tunggu oleh semua mentua. Selalu kita dengar hubungan menantu-mentua yang agak dingin pada awal perkahwinan menjadi mesra bila mereka mengetahui menantu mereka sedang mengendong nyawa bakal cucu mereka. Orang selalu kata, kasih sayang seorang datuk dan nenek terhadap cucunya tak sama dengan sayangnya ibu dan ayah terhadap anak mereka. Maka, sekali sekala berilah mereka peluang untuk bermesra dengan cucu-cucu mereka tanpa pemantauan anda.

Mereka pasti bahagia!


So, gudluck untuk semua bride to be yang sedang berusaha menjadi menantu terhebat dalam kalbu mentua kamu. Chaiyokk!!

Monday, January 11, 2010

PENGANTIN GEMPAL MENCARI BAJU

Pengantin 'comey' elok pakai baju camne ek? Gigih aku 'interview' incik google, kumpul segala maklumat dan hasilnya seperti di bawah:

1. KEBAYA
Kebaya adalah design yang universal. Sesuai digayakan oleh sekecik kecik molek badan sampailah sebesar-besar alam. Huhuhu. Tapi disebabkan kebaya sekarang ada macam-macam design, maka aku kenalah berhati-hati. Melalui pengalaman aku fitting baju kat rumah Anje *pak andam aku* aritu, aku dapat simpulkan badan design macam aku ni lebih sesuai pakai kebaya style biasa yang labuhnya tak lebih lutut dan haruslah menutup punggung aku yang gedabak ni. Maka, lupakan je la hasrat nak pakai kebaya labuh-labuh meleret mencecah tanah yang sangat trendy skrg. Memang tak sesuai untuk badan bersaiz tong deram macam aku. Huhuhu

2. SIFON
Dulu sumpah aku tatau sifon ni menda apa. Bunyi ala-ala saksafon jek. Rupanya sejenis kain. Baruuu pakcik tauuuu....huhuhu. Sebenarnya aku pun tak berapa reti lg nak kenal kain sifon ni camne rupanya. Tapi melalui 'temuramah' aku dengan incik google, ramai yang cadangkan kain sifon untuk buat baju pengantin untuk pengantin badan gempal. Kalau boleh cari sifon yang sedikit berat kainnya supaya baju nampak jatuh cantik pada badan.

So aku dah decide nak buat baju guna sifon je. Pastu tepek la sulam-sulam dari frenc lace ke manik-manik ke kat baju tu. Ok tak?


3. WARNA
Ermm..semua pun tahu orang badan gempal elok pakai baju warna gelap-gelap. Tapi untuk wedding janganlah pilih warna gelap sangat. Nanti nampak macam berkabung pulak. Huhuhu. Warna maroon, dark ungu, warna-warna tanah maybe sesuai untuk badan macam aku. Elakkan warna yang terlalu garang macam kuning, oren, dan merah menyala. Tapi ada satu warna ajaib yang memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ni kalau filem kira kategori U la ni. Huhu.

PUTIH. I vote for it!


4. LONGGAR + KETAT = LONGTAT
Ini satu lagi petua. Pengantin berbadan besar sila elakkan pakai baju terlalu ketat sampai boleh nampak lemak-lemak dibadan. Tapi jangan jugak pakai baju terlalu longgar yang boleh buat kita kelihatan lebih gemuk. Seeloknya longgarkan 2 inci untuk setiap bahagian badan supaya pengantin lebih selesa untuk bergerak dan tak nampak terlalu resaksa dihadapan tetamu. Huhuhu..

Ops lupa. Jangan lupa pakai girdle dan korset okey.

Hmm.. setakat ni, itulah je la info yang aku jumpa. Bila digabungjalinkan, aku decide nak buat baju macam ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Okey tak?

Aku berkenan sangat dengan design baju ni. Dari jauh nampak macam pakai kebaya labuh meleret ke tanah tu which is sangat trendy n gorjes sekarang. Tapi since aku memang nampak sangat huduh pakai baju gitu, maka aku choose yang ini. Masih dalam kategori kebaya pendek standard, tapi secara ilusinya mampu menipu mata tetamu. Ngeh ngeh ngeh..

Warna tetap putih, cuma manik-manik pada baju akan ditukarkan ke warna merah. Veil pulak aku nak yang separas dada tu je. Takmau panjang-panjang meleret. Rimas. Hehehe.. Cukuplah kain je meleret sikit.


Apa pendapat kamu-kamu?


*alangkah seronoknya kalau badan semolek wanita lain. Just choose and grab. Haih*

Saturday, January 2, 2010

DIA SANG PENGAPIT TERHEBAT VOL 2

Semalam aku dah berusaha gigih menulis entri tentang pengapit aku atau dalam kategori lainnya pengapit pengantin perempuan. Hari ni aku nak tulis tentang pengapit lelaki pulak. Atau nama lainnya pengapit laki aku. Hahahaha!!

p/s: harus diingatkan bahawa semua tip-tip di bawah ini adalah pandangan peribadi aku berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku. Harap takde mana-mana ati yang terguris ye.


1. Saiz badan dan ketinggian lebih kurang sama. Owh tips yang pertama ni sama macam tips untuk pengantin perempuan. Tapi bagi aku, aku lebih suka dan selesa jika pengapit sama tinggi atau tinggi sedikit dari pengantin. Kalo terlalu rendah sangat takut susah pengapit nak payungkan pengantin. Terjengket-jengket beliau nanti. Hehehe..


2. Baju melayu dan sampin lengkap. Pengapit lelaki lebih segak dipandang jika mengenakan sepersalinan baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok hitam. Kadang-kadang aku perhatikan ada sesetengah majlis main tangkap muat je hal pengapit lelaki. Ada yang just pakai baju melayu tanpa sampin dan songkok. Itu kira ok lagi. Ada sesetengah tu pakai jeans dan t-shirt jek. Alahai....sayangnya gambar.


3. Warna pakaian kontra. Tips yang ni aku lupa nak masukkan dalam entri lepas. Tapi rasanya semua pun tahu bahawa warna pakaian pengapit tak kira lelaki atau perempuan haruslah kontra dari warna pakaian mempelai. Kalau boleh warna pakaian pengapit lelaki dan perempuan biarlah sedondon. Barulah cantik di mata dan di jiwa.

Untuk majlis aku nanti, insyaallah persalinan aku dan incik suami warna putih. Makanya sang pengapit akan memakai baju bewarna merah. *tema majlis putih-merah*

Untuk majlis bertandang, pakaian aku warna dark purple. Makanya pengapit akan memakai baju berwarna putih.*tema majlis ungu-putih*

Begitulah contohnya.=)


4. Storage boy. Huhuhu..tak menahan gelaran. Dah macam bilik stor dah. Hehehe. Tapi memang penting jawatan ni. Macam pengapit perempuan, pengapit lelaki juga kena pegang barang-barang peribadi pengapit lelaki seperti i.c, hand fon, sedikit wang untuk kecemasan. Cumanya aku tak dapat nak pikir jenis beg camne yang perlu pengapit lelaki bawak. Takkan nak simpan hand fon dalam wallet?? Nak suruh pakai pouch pinggang tu macam tak kena jek. Ermm..ada satu idea. Pengapit lelaki sila la berbuat baik dengan pengapit perempuan. Mana tahu boleh tumpangkan barang sikit dalam beg comel yang mereka bawak. Untung-untung dapat tumpangkan hati sekali. Hehehehe..


5. Tissue boy. Yup, jangan ingat orang lelaki tak perlu pegang tisu. Sila la bersedia dengan tisu barang sepaket dua. Kalo nak lebih macho, bawak sapu tangan, lipat molek-molek simpan dalam poket baju melayu. Beri saputangan/tisu tersebut pada pengantin lelaki bila manik-manik jernih mula kelihatan di dahi. Huhuhu..


6. Teman tidur. Ermm..peranan yang ni aku tak pasti masih diamalkan lagi atau tidak sekarang ni. Tapi menurut Incik Tunang, masa abang dia kawin dulu, pengapit lelaki dikehendaki tidur sekali kat umah pengantin perempuan pada malam pernikahan tu. Maknanya takde lagilah malam pertama ke malam pengantin ke sebab pengantin lelaki kena tidur bertemankan sang pengapit. Bukan sang isteri. Maka harap bersabar. Hehehe..


7. Lain-lain tugas standard. Seperti biasa pengapit lelaki juga membawa tugas yang hampir sama dengan pengapit perempuan. Contohnya macam fotografer terjun, peneman setia, dan tukang kipas berjaya. Sila rujuk entri yang lepas untuk huraian yang lebih panjang dan lebar lagi luas. Hehehe.


8. Pelayan meja makan. Ha, tetiba terpikir tugas yang satu ni. Tugas pengapit lelaki dan perempuan. Sewaktu makan beradap, biasanya pihak katering akan arahkan beberapa orang pelayan mereka untuk melayan tetamu yang duduk di meja beradab. Jika tiada, pengapit haruslah mengambil alih tugas itu. Dengan ikhlas hati silalah cedokkan nasik, n lauk pauk buat pengantin. Mereka kan raja sehari, maka layankan aje la perangai ngada-ngada si raja palsu itu sekejap. Kalau pengapit diberikan tempat duduk di sebelah pengantin, senang la ceritanya nak cedok-cedok nasik dan lauk pauk buat pengatin. Tapi andai kata tiada ruang buat pengapit di meja beradab, janganlah terus pegi makan dulu. Berbaktilah barang seminit dua untuk sang raja dan permaisuri yang mahu bersantap..then kamu pegilah soru..sappadek!


9. Wartawan tak bertauliah. Owh ini juga merupakan satu lagi tugas yang aku baru terpikirkan. Semasa majlis sedang berlangsung, pengantin biasanya tidak punya masa untuk amik tahu sangat tentang keadaan majlis. Lepas ni nak buat apa, kawan-kawan datang ke tidak, siapa yang bagi adiah besar tu *tamak haloba*, macam-macam info lagilah yang sepatutnya pengantin tahu tapi susah nak amik tahu. Maka tugas pengapit la bisik-bisik kat telinga pengantin tentang info penting perjalanan majlis.

TAPI...

Kalau ada benda-benda yang menyedihkan atau boleh membuatkan pengantin berubah mood menjadi incredible hulk, maka sila la sedaya upaya elakkan berita tersebut dari sampai ke pengetahuan sang pengantin. Nanti mau ada terbalik kerusi meja dikerjakan pengantin. Hahahaha..*over betol imagination*


Hmmm...apa lagi ek? Tak mampu berfikir dah aku. Cuma tadi aku ada terbaca, betul ke orang kata pengapit mestilah kurang hensem/cun dari pengantin?? Boleh terima ke kriteria ni?

Huh. Bagi aku pengapit lebih hensem/cun pun apa salahnya. Yang penting mereka merupakan individu yang rapat dan memahami kehendak pengantin. Janganlah semata-mata tak nak kalah dengan kehenseman dan keayuan pengapit, majlis kita jadi tunggang langgang. *mintak dijauhkan*


Sebagai penutup entri, aku nak tepek gambar pengapit Incik Tunang nanti.


Tadaa!!





Tu dia si baju belang-belang tu. Nama beliau Asrul. Sahabat baik Incik Tunang sejak zaman kanak-kanak lagi. Ini gambar masa bertunang. Asrul awal-awal lagi dah tunjuk bakat menjadi pengapit Incik Tunang ketika majlis bertunang. Punya gigih dia teman Incik Tunang kat luar rumah masa orang tua-tua tengah 'bergosip' kat dalam. Huhuhu.


To Asrul...jalankan tugas dengan baik okey? Aja aja fighting!

Friday, January 1, 2010

DIA SANG PENGAPIT TERHEBAT

Pengapit merupakan salah satu watak yang boleh dikatakan penting bagi sesebuah majlis perkahwinan. *wah ayat pembuka dah macam nak jawab exam.hehehe*

Macam pelik kalo pengantin takde pengapit. So, aku pun awal-awal lagi dah pilih pengapit aku. Orang kata pengapit haruslah seseorang yang rapat *kalau boleh paling rapat* dengan si pengantin. Contoh macam adik beradik ke, sahabat baik ke, sepupu rapat ke, sape-sape je la asalkan sang pengantin selesa dengan individu tersebut. Kalau kamu rasa anak jiran selang 10 buah rumah tu la insan yang paling memahami kamu, maka sesuai la dijadikan pengapit. Hehehe..

Pengapit aku siapa??

Ni dia pengapit aku..


Tadaa!!!



Nama beliau Yanti Ju Laidy. Tapi lidah aku lebih selesa panggil beliau Toro...Kalau digabungkan jadilah Yantietoro. *ni mst kecik-kecik berangan nk jadi bini otromen toro ni*

Toro ni antara sahabat baik aku kat UPSI. Kami memang kamceng la. Nak pegi makan sama-sama, nak pegi berjimba sama-sama, nak buat jahat pun sama-sama, kalau boleh nak masuk toilet pun bersama. Hahahaha. Pendek ceritanya aku memang selesa berkawan dengan dia.


Bulan March nanti kami akan praktikal kat sekolah yang sama. Dan aku akan menumpang rumah Toro ni selama 3 bulan. Maka aku rasa beliau adalah insan yang paling rapat dengan aku menjelang W-Day aku nanti. Toro jugaklah tempat aku mengadu segala masalah, suka-duka, nagis-ketawa aku selama 3 bulan terakhir aku bergelar Cik Yongnana. Atas alasan itulah dengan menggunakan kuasa veto aku memilih Si Toro sebagai tukang kapit aku nanti. Hehehe..


Kau stuju kan Toro? Kan? Kan? =)


So arini aku nak tinggalkan sedikit tips-tips buat sang pengapit. Buat Toro, entri kali ni aku bg makan khas untuk kau. Err juga untuk bakal-bakal pengapit yang sedang membaca. Hehehe..

1. Pengapit seelok-eloknya mempunyai saiz badan dan ketinggian yang hampir sama dengan pengantin. Dalam kes aku, Toro ni kurus *tak berapa nak kurus sgt dah skrg ni* dan tinggi skit dari aku. Tapi takpe, aku akan cuba kuruskan skit badan. Hehehe. Tiara and high heel on wedding day tentu boleh wat aku nampak lebih kurang sama tinggi dengan Toro nanti. Hehehe.

2. Pakaian pengapit haruslah selesa. Kalau boleh janganlah pakai baju yang kain meleret-leret, kain ketat sampai nak melangkah pun terkepit-kepit. Material kain juga harus diberi perhatian. Elakkan pakai satin sebab pengantin adalah individu yang banyak bergerak, berdiri, berjalan, mungkin jugak berlari. Berpeluh beb!

Satu lg, baju pengapit tak boleh over the shadow pengantin okey? Penting ni. Nanti turn kamu kawin, kamu melaram la bagai nak rak pulak. Hehehe..

3. Elakkan high heel yang terlampau. Ini penting ni. Kamu-kamu sang pengapit memang akan banyak sangat berdiri. Silap-silap tak de peluang duduk langsung. Hehehe..Jadi elakkan pakai high heel terlampau. Pilihlah kasut cantik dengan ketinggian max 1.5 inci. Buat Toro, ko dah cukup tinggi. Pakai sandal setengah inci dah la. Hehe.

4. Makan dan rehat secukupnya sebelum majlis. Aku paham pengapit kadang-kadang lebih kalut dari pengantin. Mungkin efek dari rasa teruja berlebihan. Hehehe. Apapun pengapit WAJIB isi perut sebelum majlis bermula. Biasanya sang pengantin pun akan isi perut sebelum majlis. Jadi bolehlah makan sama-sama. Bila majlis dah bermula nanti tak jamin u all dapat makan dengan kenyangnya. Silap-silap boleh wujud pasukan kompang dalam perut kamu nanti. Hehehe..

Owh ye, sila dapatkan tidur yang cukup malam sebelum majlis berlangsung. Toro, sila jangan menguap bila di pelaminan. Hehehe.


5. Belajarlah menjadi penenang yang setia Huhuhu..Pengantin perempuan biasanya akan sangat sensitif sepanjang majlis. Lagi-lagi majlis akad nikah. Emosi dah macam yoyo. Kejap ok kejap tidak. Berdebar mungkin. Jadi di sinilah peranan pengapit untuk tenangkan perasaan pengantin. Gunakanlah segala kemahiran melawak yang kamu ada untuk buat pengantin tersenyum semula. Tapi jangan pulak kamu bantai buat lawak tahap boleh jadi juara Raja Lawak pulak. Kang ada jugak pengantin yang ketawa bahak-bahak sampai guling-guling. Huh. Huduh benar.

6. Tissue girl. Ini pun penting aku rasa. Pengapit harus sentiasa bersedia dengan berpaket-paket tisu muka dalam tangan. Tisu muka okey, jangan guna tisu toilet mahupun tisu dapur. Huh. Bila nampak pengantin mula berpeluh-peluh, hulurkan tisu. Lebih afdal kalau kamu lapkan peluh tersebut. Ngeh ngeh ngeh. Andai terperasan air mata pengantin mula bergenang saat akad nikahnya, dengan pantas hulurkan tisu. Jangan leka sampai air mata pengantin dah berjurai jurai baru hegeh nak hulur tisu. Huhu.

7. Mak Andam kedua. Owh ini jawatan penting ni. Pengapit harus menjadi mak andam kedua. Sila bersedia dengan beg kecil seperti pouch comel yang berisi i.c pengantin, hand fon pengantin, bedak compact dan lipstick untuk touch up jika make up mencair, tisu, sewing kit takut-takut ada bahagian baju yang meretas atau terkoyak, jarum peniti, plaster yang sgt penting untuk kaki aku yang senang melecet, minyak angin dan mineral water. *sekadar menyebut beberapa barang yang aku rasa penting buat aku*.

8.Fotografer Terjun. Tetamu yang datang ke majlis perkahwinan sememangnya sangat teruja untuk bergambar dengan pengantin. Jadi di sinilah pengapit harus memainkan peranan sebagai fotografer terjun. Ringan-ringankanlah mulut untuk meng offer diri menjadi fotografer buat sang tetamu yang ingin bergambar dengan pengantin. Boleh kan Toro? Tapi kalau ada tetamu yang mahu bergambar dengan kau, aku dengan terujanya sudi menjadi tukang gambar kamu. hehehe..*biasalah, pengapit kan biasanya cantik lebih dari biasa. tak mustahil ada mata yang memandang penuh minat.ngeh ngeh ngeh.*

9. Peneman yang setia. Pengapit harus sentiasa berada bersama pengantin. Kalau tak sentiasa di sisi pun takpe asalkan jangan berada terlalu jauh dari pengantin. Pastikan kamu sentiasa ada jika diperlukan. Biasanya sebelum akad nikah pengantin perempuan memang nak berkepit je 24 jam dengan pengapit beliau. Tak boleh berenggang langsung. Kalau boleh nak tidur pun sama-sama. Tapi bila sang suami sudah di depan mata tak mustahil pengapit dilupakan. Hehehhe..Harap-harap pengapit tak kecik ati jika situasi camtu berlaku. Anggap je la itu semua kehendak fotografer yang mahu pengantin lelaki dan perempuan sentiasa berdua untuk dapatkan gambar yang da boom yadda yadda. Hehehe.

Apa yang penting jangan berada terlalu jauh dari pengantin. Okey?


10. Tukang kipas berjaya. Ya, ini adalah jawatan asal sang pengapit dari dulu sampai sekarang. Pengapit memang sangat terkenal dengan kemahiran beliau mengipas pengantin yang sedang kepanasan. Hehehe..

Kipas pun kna ada caranya. Jangan terlalu gelojoh dan juga jangan terlalu slow motion macam dayang-dayang dok kipas raja guna kipas bulu yang besar gedabak tu. Takde mananya rasa angin. Owh, paling penting jangan sampai pengapit kipas diri sendiri okey? Kang ada pengantin yang rampas kipas seterusnya mengipas diri mereka sendiri sambil menghalau pengapit turun dari pelaminan. Hahahha..


Owh cukuplah 10 tips yang aku huraikan bagai nak menjawab soalan final exam ni. Ini je terlintas dalam kepala aku buat masa ni.

Lupa pulak, semua tips-tips kat atas ni lebih cenderung untuk pengapit perempuan. Untuk pengapit lelaki nanti aku tulis di lain entri. Kalau ada sebarang tambahan atau pembetulan. Janga malu jangan segan untuk tinggalkan di ruang komen. Sharing is caring rite? =)


Buat Toro, thanks sebab sudi jadi pengapit aku. Nanti kita pegi cari baju and kasut santek untuk kau okey?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...