MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, March 28, 2010

INGATKAN DAH SETEL..RUPANYA BELUM.

Tengok countdown...just tinggal 68 hari jek lagi untuk sampai ke situ. Adoi...tak lama dah ni wei. Apa patot aku buat sekarang?? Uish kalut kalut.

Mak kata mulai skrg tiap kali weekend mesti kena ada agenda kawen-kawen dalam jadual aku. Mahu tak mahu aku wajib selesaikan hal nikah kawen aku setiap kali hujung minggu menjelma. Weekdays aku memang bizi dengan kerjaya aku *chewaahhh*, melayan karenah anak murid, siapkan rancangan mengajar dan segala mak nenek tentang sekolah. Memang aku takkan ada masa sekejap pun nak pikir tentang kawen-kawen aku bila anak murid ada keliling aku. Yang ada cuma 2 hari seminggu untuk aku siapkan apa yang tak siap lagi.

Sekali tgk memang macam tak banyak dah benda nak buat. Tinggal sikit-sikit jek. Tapi bila disenarai balik..makkk aiii, banyak la pulak. Mula pening aku nak susun jadual apa nak buat dulu, apa nak buat kemudian.

Owh lupa, ibunda kesayangan aku akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 12 Mei sampai 26 Mei ni. Dan beliau mahu semua hal nikah kawen aku setel sebelum beliau berangkat ke sana. Maknanya just ada 5 minggu je lagi untuk aku setelkan semuanya. Cuma ada 5 kali sabtu ahad je lagi weh. Sempat ke???

Adoi!

Kat bawah ni aku senaraikan apa yang perlu aku buat untuk 5 minggu ni. Kalau aku terlupa kurang-kurang belog ternakan ni boleh menjadi jam loceng, ingatkan aku mana yang patut aku aku ingat. Huhu

3-4 April 2010
Beli cat, confirmkan draf kad kawen,jumpa tailor, tempah kasut nikah, survey bedroom set.

10/11 April 2010
Cat bilik, pegi Nilai 3 beli runner katil dan karpet untuk hall dan depan pelamin, dan bunga pahar

17/18 April 2010
Amik kad kawen, beli bedroom set, jumpa Puan Vispera (sila buat appintment cpt2)

24/25 April 2010
Pergi Dios untuk fitting baju dan hantar tempah baju nikah incik tunang, beli barang-barang hantaran.

1/2 May 2010
Jumpa katerer utk bayar 2nd deposit, amik doorgift kat kugeeku.

* Lain-lain perkara yang boleh dibuat oleh famili time weekdays tanpa perlu aku ada kat rumah:
- cat rumah
- bersihkan jerijil tingkap
- pasang kipas siling dalam bilik pengantin
- pasang rel langsir dalam bilik pengantin
- tempah surau untuk akad nikah (Jumaat, 4 Jun 2010, malam lepas Isyak)

Ops, ada satu lagi benda penting yang aku tak senarai lagi. PERMOHONAN NIKAH!!

Omaigod. Itu adalah benda paling penting yang perlu kena setel cepat. Tapi apakan daya aku hanya seorang wanita. Borang aku hanya boleh disubmit bila sang arjuna submit borang beliau kat aku. Wahai arjuna terchenta..lekas-lekaslah kamu uruskan borang nikah kamu. Apa kamu takmau kawen ke??? Owh stress!

Harap-harap aku berjaya dapatkan kebenaran bernikah paling lewat awal Mei nanti. Sungguh aku sangat-sangat risau nak kawen ni. Macam-macam perasaan datang menziarahi jiwa aku. Huhu..

Kawan-kawan, doakan agar aku dan dia berjaya sampai ke situ dengan jaya dan cemerlangnya.

Insyaallah..

Friday, March 26, 2010

TOLONG CAT BILIK PENGANTIN SAYA..PLEASE

Adeh..sungguh tak tau nak mulakan entri ni dari mana. Tetiba macam tak reti nak susun ayat. Trasa macam budak sekolah rendah baru blaja nak kenal apa itu subjek penulisan. Gila kekok.

Sebenarnya gini, siang tadi mak ada called dan pesan bahawasanya esok dia nak bawak aku pegi kedai cat dan membeli beberapa tin cat untuk mewarna warni kan rumah dan bilik aku. Ops, takde la sampai warna warni, nanti orang ingat ada tadika baru nak bukak pulak kat Ampang Jaya tu. Huhu.

Bila dah beli cat, maknanya dah nak cat bilik dah la kan? Bila bilik dah cat, maknanya aku bakalan mendapat set bedroom baru! Weeehooo!!

Tapi.
.
.
.
.
.
tapi
.
.
.
.
.
tapi
.
.
.
.
.
Aku tatau nak cat bilik aku warna apa.


Serius ni. Tak tahu.

Terasa macam pusing kepala pikirkan warna-warna. Tambah lagi macam-macam pendapat dari macam kepala aku dengar. Owh sungguh susah nak buat keputusan yang boleh buat hati semua gembira.

Untuk pengetahuan kamu, aku memang dah set *muktamad punya* mahukan set bedroom all white untuk bilik pengantin. Keputusan ni memang aku buat lama dah dan dipersetujui oleh keluarga, terutama ibunda selaku penaja utama. Huhu.

Bila set bedroom dah kaler putih, maka apakah warna terbaik untuk dinding bilik tidur ye?

Nampak macam warna apa pun boleh sebab putih kan in dalam apa jua kaler. Betul tak?Maka aku pun kalau boleh mahulah bilik pengantin tak lari jauh dari warna tema wedding aku *putih-merah*.

Bilik tidur aku kecik jek..berbentuk segiempat sama. Maka ada 4 dinding yang sama besar. At first aku decide nak cat warna merah cili pada dinding kepala katil, dan putih untuk 3 dinding yang lain. Bagi aku cukuplah kalau katil je yang "timbul" dalam bilik tu, perabot-perabot lain biarlah low profile, senada dengan warna dinding. Owh aku memang dah set susun atur perabot semua dah. Memang tahap berangan abis dah konon-konon bilik pengantin aku la paling cantik dimuka bumi ini *bluweekk*.

Tiba-tiba.

Mak tak setuju pulak dengan idea aku tu. Beliau tak setuju untuk low profile kan perabot-perabot lain tu. Mak lebih suka semua perabot "timbul". Maknanya mak mahu dinding bilik dicat dengan warna lain selain putih.

Maka bermula la detik kepala pusing aku. Macam nak gila memikirkan warna lain.

Nak cat semua dinding warna merah cili??? Gila ke apa? Kalau datang kerbau habis runtuh dinding bilik disondolnya.

Nak cat dengan warna merah-merah pink yang lembut tu jek?? Hmmm...hampir bersetuju tapi bila pikirkan warna langsir yang sedikit maroon aku jadi ragu-ragu. Masuk ke warna tu?

Adeh..fenin fenin.

Dah naik berpinar mata tengok warna-warna cat kat website. Tapi tetap takde kata putus.

Tetiba aku rasa macam nak ingkar kata mak. Kali ni jek.....Aci tak kalau lawan cakap mak kali ni jek...*please...*

Aku nak cat bilik aku all white.

Yup. Putih.

Tak elok ke kalau dinding putih dan set bedroom pun putih?

Dalam bayangan aku macam cantik jek. Cukuplah cuma langsir, bantal kusyen, dan carpet je bewarna.


Contoh langsir


bantal kusyen sebagai penyeri katil



karpet...6 x 4 kaki

Kalau nampak macam terlalu all white jugak, tambah la bunga-bunga merah, pomander ball ke apa ke sebagai hiasan bilik. Kalau dapat pelmet dari corak dan warna yang sama dengan langsir dan kusyen mesti lagi cun. Macam dalam gambar ni.

Sumber: Fathiyah

Satu lagi bilik pengantin yang menjadi inspirasi aku.

Ini.


Sumber: Nadia Bayu

Omaigod! Sangat suka bilik pengantin kamu wahai Puan Nadia Bayu. Huhu. Nampak cantik je even dinding and set bedroom semua putih. Takde cacat cela pun pada mata aku. Tapi nape mak kata tak cantik ek kalau buat semua putih gini?


Owh..aku mahukan white bedroom. Please....

Ops satu lagi.

Yang ini memang aku nak sangat. Tolonglah jangan kata tak cantik ke apa ke. Tolonglah. Aku terlalu mahukan frame gambar seperti ini untuk digantung di dinding kepala katil.



Comey kan frame ni? Bayangkan ada nama "Wan & Amry....4 Jun 2010" kat frame tu. Hohohoho...indahnya berangan. Hehehe.

Frame kiut ni aku jumpa kat sini. Aku tak order lagi, sebab owner dia macam tak sehat jek. Nantilah, seminggu dua lagi aku contact owner tokeybaju.blogspot ni.

Tokeybaju.blogspot ni juga ada amik tempahan custom t.shirt. Memang cumil la t.shirt diorang. Kalau sape penah tengok tee cumil blogger Shahlin untuk pre-wedding shoot beliau dulu, ha kat sini la tempat Shalin tempah tee dia tu. Sangat kiut. Aku pun mahu tempah sepasang untuk pakai p honeymoon bersama incik suami nanti. Hahaha..

Owh dah melalut sampai citer tee pulak dah ni.

Cukup-cukup.

Kawan-kawan, sila la bagi pandangan sama ada all white bedroom tu sesuai ke tidak untuk wedding? Sangat perlukan pandangan kalian.

Cepat-cepat bagi pandangan sebelum mak heret aku masuk kedai cat esok. Huhu..

Thanks dear!

Wednesday, March 24, 2010

HANTARAN YANG HILANG

Mata membulat membentuk bola-bola. Mulut ternganga menyerupai pintu gua. Kepala terteleng-teleng macam kipas tua. Owh...dalam hati sangat gedebak gedebuk.

Kenapa??

Semuanya gara-gara entri Mrs Engineer ini. *sila klik untuk baca*

Sebelum ni aku pernah jugak terdengar yang Selangor telah mengaplikasikan satu sistem baru tentang hal nikah kahwin ni selain daripada nilai mas kahwin dinaikkan ke RM300 hengget.

Sistem apa?

Sistem yang kurang lebih sama dengan sistem kat Kelantan dan Terengganu di mana nilai duit hantaran telah dimansuhkan dan digantikan dengan mas kawen sahaja. Makna kata kalau kamu tetapkan nilai hantaran 8 wibu dan mas kawen 300 ratus contohnya, maka masa akad nilai yang perlu di sebut sebagai mas kawen adalah RM8300.

Okey, itu takpe lagi. Masih tak membelenggu kepala otak aku ni. Satu lagi hal, kalau pihak lelaki datang bawak duit 8 wibu tadi dalam bentuk cek, maka lafaz akad otomatik akan jadi "huuutanngggg". Bukan lagi "tuunaaaiii". Adeh, dah macam citer P.Ramlee pulak kawen utang-utang. Huhu..Kalau nak mudah, digalakkan untuk guna bank draf atau bawak je tunai 8 wibu gedebuk. Susun la cantik-cantik dalam album. Tak perlu la gubah-gubah jadi bunga ke katil ke kipas ke, kang buatnya tok imam tu nak kira selai-selai kan haru nak bukak balik gubahan indah tu?

Okey okey okey..Kes tu pun kira tahap boleh layan lagi. Yang paling aku musykil, kalau dah duit 8 wibu tu kita jadikan mas kawen, maka boleh ke kita guna duit tu untuk belanja kenduri? Contoh untuk bayar duit katering, bayar duit OP, doorgifts dan segala mak nenek yang perlu dibayar untuk kawen ni? Boleh ke???

Setahu aku, duit mas kawen adalah milik mutlak pengantin perempuan. Tak boleh disentuh oleh orang lain termasuk suami atau ahli keluarga tanpa izin pengantin perempuan. Tapi kalau pengantin perempuan halalkan, rasanya boleh kot. Entahlah aku pun bukan pandai sangat dalam bab-bab gini. Kalau aku silap harap diperbetulkan ye kawan-kawan. Huhu.


Macam kes aku, keluarga incik tunang dah janji akan hantar duit hantaran sebulan sebelum kenduri dan duit tu famili aku akan gunakan separuh untuk bayar duit katerer dan separuh lagi akan menjadi hak milik aku. Weeehooo..=)

Tapi disebabkan sistem yang baru dibuat ni, aku cadang tak nak letak baki duit hantaran yang separuh lagi tu atas dulang hantaran *mcm yg org slalu buat tu*. Aku plan cuma mahu ada duit mas kahwin je yang disusun cantik atas dulang. Lantak la kalau orang kata aku ni kawen takde hantaran ke apa ke. Sebab kalau aku buat gini, nanti dalam sijil kawen memang takkan ada nilai hantaran. Yang ada cuma nilai mas kawen RM300 contohnya la. Nilai hantaran....nan ado. Zero. Nampak macam aku kawen takde hantaran la. Tak kisahlah, Aku cuma tanak ada sebarang masalah masa hari nikah nanti. Lagipun macam tak bape best la bila nilai mas kahwin yang disebut dalam akad tinggi melangit. Err..itu cuma pandangan peribadi aku. Harap mana-mana pengantin yang telah dan bakal berkahwin dengan nilai duit hantaran disebut sebagai mas kawen tak terasa hati. Kalau ada yang terguris jiwa, ya ampuuunnn..Sungguh aku tak maksudkannya.

Kawan-kawan yang telah berkahwin atau bakal berkahwin dalam Selangor, kalau ada apa-apa hapdet tentang sistem nikah kawen baru ni, roger-roger la ek? Aku ni kadang-kadang macam orang tertinggal LRT...lambat. Huhu.

Utk Ekyanie a.k.a Mrs Engineer..again thanks ya sudi spread the info.

Sayang kamu!

Dan kamu-kamu yang sedang membaca juga.

=)

Tuesday, March 23, 2010

PAPP!! KENA TAG...MENJAWABLAH..

Niat hati nak rebah badan dah, jam pun dah tunjuk pukul 11.30 malam. Tetiba dapat shout dari Nanie yang mengatakan aku kena tag!! Omaigod..harus selesaikan soalan tubi-tubi dulu sebelum boleh lelapkan mata. Huhuhu

1. Siapakah diri anda di rumah?
Di rumah, saya adalah YONG. Owh sekarang ni dah naik pangkat sikit, kat luar rumah pun dah ada yang panggil saya YONG termasuklah dalam blog ini. Huhu..

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
Errr..klon Raja Lawak musim ke lapan belas. Hehehe..

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1) Incik Tunang pulang ke semenanjung
2) sama seperti jawapan di atas
3) err...sama jugak macam kat atas punya atas.
4) Hurmm..yup, masih mahukan incik tunang pulang ke semenanjung
5) Haippp..saya mahu incik tunang! Incik tunang! Incik Tunang!

*adakah incik tunang sejenis "benda"?*

4. Siapakah nama pasangan anda?
Gula hatiku bernama Syaiful Amry bin Ahmad Shah. Nama gelamer beliau adalah Manong yang diambil sempena nama kampung halaman beliau. *memang trend abg-abg tentera untuk gelarkan diri masing-masing sempena nama tempat tinggal mereka. Apakah??*

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
1) suaranya yang separa merdu bila menyanyi dalam fon untuk aku.
2) sabarnya dia.....aku tak mampu nak sabar mcm dia.
3) suka bila dia pandang aku..owh jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta..lalalala..
4) kagum bila dia tak lupa untuk kira "1 2 3" sebelum letak telefon. *tradisi mana agaknya tu ek?hehe*
5) PALING SUKA...kalo dia dapat pulang ke semenanjung. Hehehe..

6. Bila tarikh anda couple?
13 September 2007.....takkan lupa that moment dia melamar dalam fon. Hahaha..

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Dulu masa benda-benda pahit ni berlaku kemain sumpah takkan lupakan moment pahit tu smp mati..konon-konon marah sangat la kan..alih-alih sekarang aku tatau nak jawab apa untuk soklan ni..sebab aku dah lupa semua yang pahit-pahit tu..serius. Tak ingat.

8. Lagu tema cinta anda.
1)Ringing tone aku bila dia call...*Kau Yang Satu..Wow*
2)Feveret song dia selalu nyanyi untuk aku dalam fon...*Sejiwa..Spring*

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Nak ubah ke?? Takyahlah...aku cinta sama kamu apa adanya. Titik.

10. Tag 10 rakan anda yang lain.
-Julie
-Xora
-Dayu
-Shigim
-Azlina
- Ayu
- Zielala
- Shalin
- AtiqahAdnan
- Pen Merah

Kepada nama-nama di atas, sila jawab soklan ni ye..Yang tak kena tag pun kalo nak jawab sila jawab. Yang silent reader pun sama. Kalau takde blog, jawab dalam kertas pun takpe. Huhu...

Daa!

Thursday, March 18, 2010

HONEYMOON DITAJA

Wah, baru kejap tadi buat hapdet panjang, ni dah nak hapdet lagi. Banyak sangat citer ke cik yongnana oiii...hihihihi.

Owh aku memang gumbira teruja saat ni. Kenapakah???

Incik Tunang mau pulangkah? Owh tidak..beliau sedang berada di Tawau sekarang. Outstation untuk 2 minggu.

Abis kenapa hang gumbira hula hula ni?

Hehehehe..

tengok ni.






Honeymoon!!!!

*gatai ek*

Last week bila aku tak berpeluang pegi MATTA Fair kat PWTC memang terasa putus harapan dah nak cari pakej-pakej honeymoon ni. Kira hati ni dah berserah je la. Ada rezeki pegilah ber madu bulan bersama incik Suami *tika itu*. Kalau takde, maka ber madubulan depan TV je la. Huhu..

Incik Tunang ada cakap yang beliau teringin mahu ke Langkawi sebab beliau tak pernah jejak kaki ke pulau sumpahan itu. Maka aku dengan rela hati bersetuju even aku dah beberapa kali jugak la ke Langkawi. Tapi tentu saja pengalaman pergi dengan Incik Suami terchenta berbeza dengan perasaan pergi bercuti dengan keluarga kan? *wink wink*

Tapi sape sangka rezeki turun mencurah-curah. Sungguh tak sangka ibunda tersayang mahu menaja pakej bulan madu kami. Owh tenkiu mak!!!

Yang paling buat aku terharu bila tengok mak beria carikan flight and hotel untuk kami. Sanggup beliau duduk berteleku depan skrin laptop menunggu page loading *gara-gara berokbang btol2 bengong* untuk carikan best price untuk flight. Owh sungguh terharu.

Sudahnya kami dapat ini.



1) Tiket flight pergi balik ke Langkawi
2) Penginapan 4 hari 3 malam di Awana Porto Malai Langkawi
3) Island hoping/ Eagle feeding

Owh bestnya.

Kami akan p honeymoon pada 22 Jun 2010 dan pulang ke KL pada 25 Jun 2010. Besday aku 24 Jun dan ini bermakna tahun ni aku sambut besday waktu berbulan madu. Wahh....sronok abis ni! Tak dapat adiah pape dah pun takpe dah. Hehehe..

Teruja teruja.


Tak sabar rasanya *elemen gatal ada di situ*

Bercuti berdua bersama buah hati tercinta, menginap di hotel bintang-bintang yang selalu muncul dalam mimpi jek, berjalan-jalan keliling pulau, main-main air tepi pantai..hohohohoh..kuat berangan ye kau Yongnana!

Dah dah..stop berangan. Meluat orang baca.


Ngeh ngeh ngeh..

Seronok lagi nih.






HAPDET PANJANG

Pejam celik pejam celik dah hari Khamis. Ini secara ototmatiknya bermakna cuti sekolah semakin nak abis. Masa untuk berhula-hula berjimba bersama keluarga makin sikit. Sungguh tak mengujakan.

Tapi yang bestnya sepanjang cuti sekolah ni aku dah berjaya menyetelkan banyak perkara penting tentang hal nikah kawen aku. Berbaloi-baloi rasanya bercuti sekolah selama seminggu ni. Kurang-kurang lepas ni aku tak risau sangat dah tentang persiapan kawen sebab semuanya hampir selesai. Hampir ke situ bak kata tagline belog ni. Hehehehe..

Apa benda yang dah setel tu? Habaq mai sat. =)

1. Kursus kawen...akhirnya...*sila baca entri berikutnya kat bawah*

2. HIV Test.
Sebelum pegi buat ujian HIV ni aku dah buat survey dulu dah. Dah macam nak buat esaimen siap kena wat homework bagai dulu. Survey lokasi, masa untuk HIV Test, kna buat appointment ke tidak, borang kena amik kat PAID ke tak, nak kena bawak salinan kursus kawen ke,macam-macamlah aku survey sampaikan kalau "bendera jepun" berkibar boleh buat HIV Test ke tidak pun aku tanya skali. Hahaha..

Tak cukup dengan tu, aku siap dpt tips dari kawan-kawan fesbuk supaya bawak majalah atau apa-apa bahan bacaan untuk elakkan rasa boring masa menunggu turn. Maka aku dengan gigih dan jayanya telah membeli senaskhah paper Metro, majalah Mastika, dan URTV. Tengok, betapa terujanya aku nak buat HIV test?? Huhuhu..

Malangnya aku tak sempat nak baca satu mukasurat pun suratkhabar dan majalah-majalah yang aku borong tu.

Sebab??

HIV Test aku berjalan dengan sangat pantas dan pintas. Sampai aku pun terkejut. Memang efisyen btol la Klinik Ampang tu. Bayangkan aku sampai Klinik dalam kul 2.30, belum pukul 3 aku punya test dah setel. Punyalah tak percaya sampai dua tiga kali aku tanya kat petugas tu btol ke dah setel ni? Dah boleh balik ke? Hehehe..jakun sungguh aku.

Yang penting dah setel dan resultnya tentulah NEGATIF. Saya bersih tau bang...Auww.

3. Borang nikah dah amik.
Aku pegi amik borang kat Pejabat Agama Daerah Gombak kat Keramat. Punyalah sesat-larat mencari pejabat agama tu. Berpusing pusing dan ber u-turn u-turn ntah bape kali baru la jumpa. Haih!

Malangnya aku diberitahu kawasan rumah aku tak termasuk dlm PAID Keramat tapi PAID Kajang! Hadui! Camne boleh tersasar sampai ke Kajang ni?? Ntahlah..orang pejabat agama tu kata kalau kawasan Ampang Jaya diorang cover dari Jalan 1-4 jek sedangkan umah aku Jalan 14. So dah kena ke Kajang. Tapi xpe, nanti aku suruh abah call PPN Masjid dulu, mana tau beliau sudi menikahkan aku..tak perlu la aku ke Kajang bagai untuk uruskan hal menikah ni. Jauh tu Kajang!

4. Kad kawen tempah dah oii..
Kad kawen ni memang menjadi isu sikit. Pendapat aku dan ibunda tercinta tak berapa nak selari. Aku lebih suka kalau kad kawen tak terlalu membazir atau dalam erti kata lain murah la. Tapi kad-kad yang mak suka semua pun atas dari lingkungan bajet yang aku buat. Huhu..Tapi sebabkan mak yang menjadi Bank Utama, maka aku mengikut je la.

Sebelum ni dah pernah survey kad kat Ampang Point, dan mak mulanya bersetuju dengan kad ini.


Aku suka jugak kad ni. Cuma harganya la buat aku pikir banyak kali skit. Mungkin bagi korang 90 sen tu tak mahal, tapi bagi aku 90 sen untuk sekeping kad tu boleh tahan jugak harganya. Tapi mak dah suka..apa salahnya skali skala ikut pilihan hati dia pulak kan.

Tapi bila pegi sekali lagi, mak bekenan dengan kad lain pulak. Owh gambar lupa nak snap. Takpela kita bikin surprise. Harganya sama macam kad kat atas ni jugak. Cuma bentuk, design, warna semua totally different. Tak kisahlah, asalkan mak setuju dan suka, maka otomatik aku juga jadi suka sebab aku tau pilihan mak adalah yang terbaik.

Okey, setel sudah hal kad kawen. Mungkin 3 minggu lagi akan siap. Tunggu ya..=)

5. Baju sanding aku dah siap!!!!


WEehOoOoOo!!!

Baju sanding aku yang Pak Andam aku tempah kat Dios aritu dah siap. Tentunya aku teruja nak p tengok dan mencuba. Maka berkobar-kobarlah kami satu famili ke Dios kat Puchong malam tadi. Huhuhu..neves nak tengok baju sendiri.

Tapi korang tau apa jadi semalam????

Time staff Dios keluarkan baju aku pun aku dah buat muka pelik. Bukan sebab baju tak cantik, cantikkkk...penuh manik semua. Tapi masalahnya saiz baju tu. Nampak macam kecik, macam bukan baju aku. Owh runsing dah ni.

Takpe takpe..aku pun optimis p try dulu baju. Mula-mula pakai kain, owh ini memang kain aku. Muat. Pinggang tak ketat, punggung pun ok, cuma labuh memang amat labuh la...kata baju kawen, mestilah leret-leret kan? Huhu..

Lepas pakai kain, aku pakai korset plak. Adik aku* Nini * tolong pakaikan. Hadeh, tak bleh nak zip kau! Apakah??? Owh aku makin gemuk ke? Owh tak mungkin..aku tak rasa ukuran bdan aku makin besar secara mendadak. Owh dah gusar dalam jiwa dah time ni.

Tapi xpe xpe..mak kata try pakai je la baju pulak even korset just bleh kancing je..takleh nak zip. huhu..Bila pakai baju...memang sah! Ini bukan baju aku. Gila lengan sendat, baju pendek gila, dan buat sekian kalinya tak boleh zip! Hahahaha..

Gila! Aku makin gemuk ke? Puas aku tanya mak, tanya Nini..aku makin gemuk ke? Diorang kata takdelah. Sama je macam dulu. Memang saiz baju ni bukan saiz aku. Tengok pun tau.

Nak tengok?

Ha tengoklah kecik tak keciknya baju aku ni.


Owh tak seperais dah..huhu


Kecik kan? Baju ni memang bukan saiz aku, tapi saiz mak aku. Sebab apa? Sebab mak aku pun try fitting sama baju tu sebab dia pun tak puas hati. So, nak buktikan baju tu memang kecik, dia pun try. Owh memang ngam ngam ho di badan mak. Pastu mula aku terpikir, aritu masa amik ukuran badan, diorang amik ukuran badan mak ke badan aku??Huhuhu..

Tapi kitorang lucky jugak la sebab kakitangan Dios sangat-sangat baik hati. Adik tu tenang je bila kitorang huru hara dalam kedai gara-gara bakal pengantin tak muat pakai baju. Siap dia boleh janji akan alter balik baju dan juga design ikut apa yang kami mahu.

Owh lupa, design baju pun macam tersasar sikit dari apa yang kami bayangkan. Baju tu asalnya nak dibuat kebaya ala-ala penguin macam dalam gambar ni.




Tapi hasilnya lain. Dah macam baju kurung moden edisi pendek sampai bawah perut. owh sungguh aku tamau baju yang terlalu pendek. Aku mahu design baju macam dalam gambar kat atas ni.

Aku harap, pihak Dios baik hati untuk alter baju aku. Tolonglah wahai si tukang jahit, kasihanilah aku pengantin montel ni. Kalau badan aku solid ala-ala model, memang takde aku meroyan bila baju tak jadi sebab aku boleh rembat je mana-mana baju lain yang aku suka. Badan solid, sarung apa pun lawa. Sarung guni pun tetap nampak cun. Tapi aku si montel ni???? Pakai baju pengantin pun silap-silap nampak macam pakai sarung nangka. Hahahaha..

6. Deposit semua dah bayar.
Aku ni memang cepat pelupa. Baru aku tersedar ada beberapa vendor yang masih belum aku bayar deposit. Antaranya:

- Merisik Gallery, untuk gubahan hantaran belah lelaki, sireh junjung, dan 2 dulang hantaran dari pihak aku. Baki 7 dulang lagi adalah FREE!! hehehe...Terima kasih MG sebab adiahkan 7 dulang gubahan hantaran untuk saya. =)

- Kugeeku.com. Aku tempah tetris glass dan box cumil dari kugeeku ni untuk diberikan pada tetamu VIP. Kalau nak beli kat kugeeku ni boleh je beli secara on9, tapi sebab mak prefer pegi kedai tengok, pegang-pegang, belek-belek, sembang-sembang dengan owner kedai dulu makanya kami pun ke studio kugeeku terletak kat Wangsa Maju. Layanan tip top buatkan mak terus setuju dan bayar depo untuk tetris glass dan box cumil itu. Thanks mak!


So sekarang aku rasa lega sikit. Cuti yang berbaki beberapa hari lagi ni aku akan gunakan untuk kemas bilik aku yang bersepah larat macam hapa ntah. Lepas ni boleh continue cat rumah dan bilik, so dalam bulan April mak akan belikan set bilik tidur baru untuk pengantin baru. Ngeh ngeh ngeh..

Owh tolong juga ingatkan aku untuk pegi hantar baju nikah incik tunang kat tailor. Aku rasa nak pegi hantar kat Den Wahab kat Wisma Yakin tu je la. Nak tunggu Incik Tunang balik ntah bila, makanya aku hantar sendiri dan mintak tailor jahit baju saiz L standard. Siap!

Lagi nak buat apa ek cuti ni? Owh aku ada benda best nak share dengan u all tentang honeymoon. Tapi nantilah..dalam next entri okey? Dah panjang meleret dah aku taip ni, kang muntah pelangi plak korang baca. Huhuhu..

Daaa..

Sunday, March 14, 2010

KURSUS KAWEN..DONE!

Setelah sekian lama tertangguh-tangguh misi nak pegi kursus kawen, akhirnya minggu ni berjaya jugak aku menghabiskan kursus wajib itu. Owh tahniah untuk diri sendiri. *tepuk tepuk tepuk*

Orang lain lepas je bertunang terus p kursus, kadang tu belum bertunang pun gigih merajinkan diri pegi kursus tapi aku ni?? Adoi la...tinggal bape kerat hari je lagi baru hegeh-hegeh nak pegi. Ya Ampunnn..

Seperti yang diwar-warkan sebelum ni, aku pegi kusus secara solo. Tiada teman untuk berduet. Tapi disebabkan aku ni murah senyuman maka dengan mudah aku dapat dua orang kawan baik sepanjang kursus semalam. Hehehe..

Semalam dari Seremban aku bertolak naik komuter terus ke pusat kursus kawen. Dengan selamba ya ya aku usung beg laptop sampai rupa dah macam ninja turtle edisi michael angelo, dengan berbaju kurung santun elok naik komuter and LRT redah manusia, sungguh aku nampak terlalu beria. Hahaha..Tak pernah di buat orang pegi kursus kawen bawak sampai dua bijik beg. Teruja lebey!

Dari Seremban aku naik komuter sampai stesen Bandar Tasik Selatan, pastu turun tukar naik LRT STAR plak sampai stesen Bandaraya. Tengok? Mengong tak mengongnya aku? Apsal la susah payah nak tukar-tukar train, patotnya dari Seremban tu terus je la beli tiket untuk ke stesen Bank Negara. Kan? Adehla..ni semua Incik Tunang punya angkara sampai kepala aku pun bengong separa gila. *sila baca entri di bawah*

Aku p kursus kat Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut..sebelah Hotel Quality dan berhadapan dengan Medan MARA. Bangunan LPPKN tu macam ni rupa dia.









Gambar semua ihsan incik google. Aku takde sempat-sempat nak snap gambar. Terlalu fokus dengan kursus. Hahahaha..*poyo*

Komen tentang pusat kursus kawen ni:

1. Dari segi fasiliti dan kemudahan untuk peserta amat tip top. Keadaan auditorium amat selesa. Mampu memuatkan kurang lebih 150 peserta dalam satu-satu sesi. Cumanya minggu ni bilangan peserta tak bape nak ramai. Ada dalam 60 orang jek. Makanya cuma tempat duduk bahagian tengah tu je penuh. Yang bahagian wing penuh jugak..tapi penuh lompang-lompang. Hahaha..


2. Bahan dan material rujukan juga lengkap. Sama seperti kebanyakan pusat kursus lain, mereka juga sediakan fail beserta handout-handout berguna untuk rujukan peserta di kemudian hari. Gambar takde. Ala..setakat gambar fail cap ayam warna biru korang pun boleh imagine sendiri kan?hehehe

3. Penceramah pulak. Hmm..sebelum aku pegi kursus ni pun aku dah dapat agak yang penceramah untuk kursus kawen ni mesti bukan calang-calang orang. Tentunya penceramah profesional yang penuh teknik dalam menyampaikan ilmu secara santai dan penuh lawak jenaka. Rasanya pegi mana-mana kursus kawen pun feedback lebih kurang jek.."penceramah best dan lawak gila". Kan?

Kat Pusat Kursus TENC ni, semua penceramah best. Aku paling suka Ustaz Kadir, beliau bagi ceramah tentang tajuk komunikasi dan pengurusan konflik. Ustaz ni memang lawak tahap juara raja lawak 4 musim berturut-turut kekdahnya sampai aku ketawa hentak-hentak kaki sekaligus mengalirkan airmata. Hahaha..huduh sungguh!

5 orang penceramah lain pun tak kurang hebat. Semuanya bagus. Tapi ada sorang penceramah tu suaranya sengau. Owh cop, aku bukan nak kutuk ok? Sila jangan salah tanggapan. Tapi aku nak puji. Biarpun beliau ada kekurangan diri, tapi beliau sangat yakin untuk bercakap di hadapan orang ramai. Aku tau bukan senang nak pupuk rasa yakin diri tu bila kita tau ada kekurangan ketara dalam diri. Silap-silap orang ketawakan kita balik. Tapi untuk Ustaz tu, aku tabik spring la..*toing toing toing*

4. Makanan. Hmmm...kami diberikan makan tiga kali sepanjang kursus.

Makan pagi (bihun singapore dan air teh o panas)
Makan tengah hari (nasi putih, ayam masak merah, sayur tauge goreng, buah oren, teh o ais)
Minum petang (kek pisang dan teh o panas)

Bagi aku makanan not bad. Makan pun dalam pinggan, minum dalam gelas, ada tempat makan yang selesa, sinki basuh tangan, tisu lap mulut semua cukuplah. Makanan pun boleh tahan sedap..ke lapar? Tak pasti. Yang pasti tiap kali time makan aku pasti akan makan. Hahahaha..

5. Lokasi pun strategik. Berhampiran dengan stesen LRT STAR. Kalau nak naik LRT, bleh turun kat stesen Bandaraya dekat SOGO tu. Pastu jalan depan sikit untuk sampai ke bangunan LPPKN tu. Kalau naik kete pulak bleh parking percuma kat belakang bangunan LPPKN atau parking berbayar kat basement bangunan. Tak mahal pun, RM4 per entry.

6. Penganjur pun sangat-sangat ramah dan sangat welcome kedatangan semua peserta *patotnya memang camtu la kan?*. Ada tu aku tatau yang lepas makan kita kena bawak pinggan cawan letak dalam besen kat bahagian sinki, aku selamba da da biarkan pinggan cawan aku atas meja. Wah, belagak macam menteri tu. Makan tak reti-reti hantar dapur. Tapi sumpah aku tatau prosedur tu. Bila dah tau aku la gadis pertama hantar pinggan cawan ke besen sepatutnya. Hahaha.. Ampunn ye pihak TENC. Ngeee..


Lagi apa ek? Owh ye, sijil boleh amik mulai Khamis ni. Elokla jugak aku tengah cuti ni. Boleh la aku p amik. Pasni dah boleh continue dengan ujian HIV pulak. Incik Tunang aku kat Labuan tu tatau la apa progresnya. Lantak la..Maleh aku nak bebel juta-juta liun kali. Haih!



p/s: Sangat ralat sebab tak dapat p Matta Fair kat PWTC..huhu. Kawan-kawan yang pegi, ada pakej honeymoon best tak? Share la...

Saturday, March 13, 2010

LUAHAN HATI YANG GERAM GILA VAVI

Semakin dekat harinya semakin tertekan aku rasa. Serius. Trasa hati ni macam ditekan-tekan ditolak-tolak dari pelbagai arah. Kiri kanan depan belakang. Wargghhhh!!

Satu.
Buat sekian kalinya Incik Tunang tak jadi balik lagi. Aku rasa nak tampar laju-laju je orang yang halang Incik Tunang balik semenanjung tu. Sangat tertekan.

Sudahlah tak bagi balik, dikerahnya pulak gula-gula hati aku pegi outstation ke Tawau selama dua minggu. Ya, DUA MINGGU!

Aiyakkk!!! dush dush dush!!!

Kalau dah dua minggu ke Tawau, bila tahunnya pulak Incik Tunang dapat pulang ke semenanjung? Bulan April? Bulan May? Arghhhhh!!!

Pegi Tawau dua minggu tu satu hal, yang paling buat aku gerun sampai terbayang benda bukan-bukan adalah Incik Tunang akan menaiki Heli Nuri untuk ke Tawau tu. Owh tidak...aku dah selalu sangat dengar yang buruk-buruk pasal helikopter cap Nuri tu. Owh tolonglah..

Aku sangat sangat risau tambah takut panik semua ada.

Tuhan, lindungilah Syaiful Amry.

Masih risau.


Dua,
Hal yang kedua ni aku tatau nak marah kat sape. Tatau sape yang patot aku jadikan beg tinju untuk aku tumbuk dush! dush! dush!

Pagi tadi, celik-celik je mata..abang Incik Tunang call aku. Tanya bila Incik Tunang nak balik, tanya Incik Tunang dah selesaikan hal borang nikah ke belum, tanya Incik Tunang ada duit ke nak kawen ni, dan tanya macam-macam hal lagi. Dan dalam keadaan separa mamai aku menjawab semua pertanyaan dengan begitu berhemah sekali even dalam hati rasa nak menjerit geram. Nape tak tanya sendiri kat adik kesayangan beliau tu? Nape mesti tuju soklan bertubi-tubi kat aku? Aku pun takde jawapan untuk semua soklan bakal abg ipar aku tu. Aku tatau bila Incik Tunang dapat balik semenanjung untuk selesaikan hal nikah kawen kami, aku jugak tatau dia dah mula uruskan permohonan nikah dia ke belum, semua pun aku tatau.

Tengah hari sikit..lagi haru. Bakal abah mentua aku pulak call dan mula bagi serangan soalan bertubi-tubi kat aku. Soalan yang sama macam pagi tadi. Aissshhh.. Tapi sebabkan yang bertanya bakal pak mentua aku, maka aku cuba menjawab sehabis lembut dan rasional tanpa mencalar maruah Incik Tunang juga tanpa menyinggung perasaan orang tua. Hati aku sakit dan geram biarlah. Aku cuma sang anak. Kena mengalah.

Kadang-kadang aku rasa nak lempang laju-laju je Incik Tunang tu. Mamat tu pun satu, bila famili call, jawablah. Ini tak, asik ignore je bila mak abah dia call. Alasan dia, tanak dengar mak abah membebel. Grrrrrrrr....Geram aku.

Wahai Incik Tunang belahan jiwa raga, intan, payung, nyawa...yang call tu mak abah awak. Yang diorang bebel-bebel tu pun hal nikah kawen awak. Jadi suka tak suka tadah je la telinga. Dengar je la. Ni tak...suka tanak jawab call. Pastu yang jadi mangsa alternatif tak lain tak bukan ni ha....si gemuk ni jugak la kena tadah telinga bukak mulut menjawab bagi pihak awak. Aisshhhh!

Geram geram geram!! Sampai tadi aku terbagi kata dua kat Incik Tunang.

"kalau nak kawen, buat cara nak kawen. Selesaikan hal permohonan nikah semua secepat mungkin. Kalau tanak kawen, hantar famili jumpa mak abah...PTS TUNANG!"

Pastu baru la tergagau-gagau nak berjanji bersumpa setia bagai untuk uruskan hal kawen cepat-cepat. Hai la Incik Tunang saya. Kamu betul-betul buat saya diserang seteres yang terlampau hari ni.

Kadang-kadang aku simpati jugak pada Incik Tunang. Aku tau beliau tersangat sibuk dengan urusan kerja. Kerja siang malam takde cuti. Tu belum masuk bab kena buli kena belasah dengan ketua lagi. Sampai lebam-lebam badan kena paksa guling-guling atas tar selama sejam. Kesian sangat.

Tapi bila dah sampai famili mula menekan-nekan dari pelbagai arah ni, aku mula la rasa sesak nafas. Sudahnya bersilat la kami si tunangan ni sesama sendiri.

Sekarang baru aku rasa seksanya nak kawen ni. Sila ingat bahawa tak semua persiapan kawen tu indah belaka. Tetap ada jerih perit yang menyeksa jiwa. Tapi percayalah....yang sakit jatuh terduduk itulah yang akan kita kenang sampai tua.

Kepada Incik Tunang, maaf kalau kite terlalu mendesak. Maaf kalau kite hampir putus asa. Kite akan cuba bertahan selagi cinta ada dalam jiwa. Please.....buat sesuatu demi hubungan kita.

Thursday, March 11, 2010

PEMBELOG TERCANTIK...SIYES?

Arini sepanjang hari membizi. Pagi-pagi dah kena datang sekolah sebab bertugas edarkan slip result SPM kat bebudak...Pastu kena sambung mengajar pulak 3 period plus 1 kelas relief. Memang penat tahap gaban menang lepas lawan resakse. Bila malam, dah mandi-manda, makan-makan bagai barulah tergerak hati nak melawat blog ternakan.

Tiba-tiba terasa pelik. Apsal kebanyakan entri b2b ada gambar ini?
.
.
.




Owh rupa-rupanya ada acara penganugerahan di alam blog rupanya. Sangat suwit kamu-kamu yang berada di alam blog ni...Anugerah Pembelog Tercantik! Owh manisnya kamu-kamu. Teruja aku tau. Ha, tengah teruja-ruja tengok kawan-kawan dapat anugerah, tetiba aku terkesima jugak. Mak aih..nama aku juga tersenarai! Owh sangat berterima kasih si daun keladi buat Elmo dan Azian kerana sudi memberi anugerah hebat ini untuk aku. Sangat sangat sangat terharu. Huhuhu..

Dan sekarang turn aku pulak nak kalungkan pingat kebesaran pembelog ni untuk kawan-kawan yang lain. Errr tapi sebelum tu aku kena ikut syarat-syarat ni dulu:

1. Ucapkan terima kasih dan link kan nama pembelog yang mencalonkan nama anda...(Ok dah link n thanks to Elmo and Azian)

2. Pass kan anugerah ni kepada 15 orang pembelog yang kamu rasakan fantastik mister loba-loba..(ok done kat bawah)

3. Contact blog-blog tersebut dan maklumkan bahawa mereka telah memenangi anugerah sweet ini. (ok, abis je publish entri ni aku akan maklumkan kat peti sembang mereka..aci x?)

4. Nyatakan 7 benda yang menarik tentang diri kamu. (Ok, sila baca entri ini sampai abis ok)

Ok dah. Itu je syarat-syaratnya. Sekarang mari kita teruskan acara penyampaian anugerah ye kawan-kawan.

jeng jeng jeng
.
.
.
Dan pemenang Anugerah Pembelog Tercantik jatuh kepadaaa......
.
.
.
.
.
.
bunyi deram
.
.
.
.
.
.
bunyi deram tak abis lagi
.
.
.
.
.
.
.

Tada!!!

1. J.U.L.I.E (~ This is My Blog~)
2. Azlina (::MISI AZLINA)
3. Amy (Amymizunderstood)
4. Cik Nadia Bayu
5. Xeaa (Dia Yang Di Sebelah Lagi)
6. Ima (Confession of a Bride to be)
7. Cik Nanie ( A Little Story About My Life and My Journey)
8. Cik Belle (All About Her Preps to Become a Bride)
9. Atiqah Adnan
10. Ayu (Cerita Ayu)
11. Shida (Suka Duka Kami)
12. Shigim (Journey About My Life and Dream of a White Wedding)
13. Ika (Perjalanan 30 Mei)
14. Harzharun ( Tales About White Lace and Tiara)
15. Zielalala (Rockonpink)

Wah ramai btol pemenang. Tahniah! Tahniah! Kepada yang tak tersenarai bukan makna anda tak menang. Mungkin ada yang dah menang awal lagi dah, atau mungkin ada yang esok lusa dapatlah kalungan anugerah tu. Sabar-sabar....huhu

Ok sekarang aku nak kena citer 7 benda menarik tentang aku. Ni kiranya ala-ala ucapan ringkas pemenang la ni. Tapi takdelah ayat "terima kasih mak abah, orang-orang kampung yang mengundi saya" bagai...huhu

7 benda menarik tentang aku:

1. Aku suka gentel bucu bantal sebelum tido. Ni memang tebiat dari kecik membawak ke besar ni. Silap-silap membawak ke tua. Aisshh memang takleh tinggal.

2. Aku selalu rasa rambut aku semua rambut gatal. Pantang ada helai-helai yang merekot -rekot sikit mesti aku nak cabut kononnya tu rambut gatal..padahal tak gatal pun. Tangan yang gatal agaknya kot. Huhu

3. Bila nak dekat-dekat "moon coming", aku akan mengidam coklat. Sampai mama pun dah paham sangat. Kalau mama pegi kedai then aku pesan mama beli coklat tu mama tau sangat dah yang bulan bakal mengambang. Hahaha

4. Aku tak pernah kurus sedari baby sampailah aku terlebih besar. Serius cakap ni. Errr..last week anak murid aku ada tanya soklan cepukmas kat aku.."CIKGU PERNAH KURUS TAK??" Owh jawapanya absolutely TIDAK. Ngeeee...

5. Orang kata aku kelakar. Aku pun tak pasti betul ke tidak. Tapi sekarang ni kat sekolah hari-hari aku cuba menjadi "mak tiri" terhebat, malangnya budak-budak tetap suka geng dengan aku. So?? *sungguh tak paham*

6. Aku penakut gila kentang masa kecik. Hari ujan takut, dengar guruh menyorok, tengok gendang tarian singa dung dung ceng aku cabut. Pendek kata memang gila pengecut la budak gemuk ni. Huhu

7. Last benda yang aku rasa menarik tentang diri aku....mak kata senyuman aku manis. Hahaha..*ini mak kata la..bukan aku kata la..*

Ok done!

Kepada kawan-kawan yang dah menang, TAHNIAH DEAR!

Tuesday, March 9, 2010

HATI MENYANYI...LALALALA

Bizi bizi bizi...tak sempat nak hapdet entri panjang-panjang.

Cuma aku nak kongsi rasa hati yang sedang menyanyi-nyanyi saat ini.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
INCIK TUNANG MAHU TERBANG PULANG!!!!!
.
.
.
.
.
.
LUSA...

Owh tak sabar tunggu cuti sekolah. Terasa macam pre honeymoon pulak. Hahahaha...boleh?


Err itu je nak bagitau buat masa ni.

Aku kena mandi n bersiap-siap ke sekolah dah ni.

Anak-anak murid tak sabar nak tengok muka aku. Huhuhu..


Tata ebelibadi!


=)

Friday, March 5, 2010

SAMBUNGAN ENTRI EPISOD SEMALAM

Hai semua!

Maaflah semalam boleh buat entri edisi episod episod pulak. Serius memang ngantok tambah letih sangat masa taip entri semalam. Menjadi cikgu sangatlah penat tapi kepuasan tu ada bila kita tengok wajah anak-anak murid kita. Serius ni..tak tipu.

Ok sambung entri semalam. Semalam baru masuk hari kedua kan? Hehehe..

Ok sambung.

Hari kedua di sekolah...

Owh semalam aku ada cerita tentang budak-budak bertepuk sorak time perhimpunan kan? Ha ni la gambar budak-budak teruja tersebut.


perhimpunan rasmi pertama aku


Masa hari kedua ni aku dapat jadual baru. Sebelum ni aku kena ngajar Kemahiran Hidup pilihan Kemahiran Teknikal dengan Perdagangan. Memang gila kentang. Yang opsyen perdagangan tu aku senyum la jugak sebab itu memang bidang aku tapi yang kemahiran teknikal tu..adoiiii....Tak reti aku nak bayangkan. Korang pikir la sendiri! huhu

Tapi bila dah bincang-bincang balik dengan cikgu-cikgi, diorng cadangkan aku amik kelas Kemahiran Hidup (Perdagangan) sahaja. Jangan nak cuba-cuba try test tengok amik kelas Kemahiran Teknikal. Kang ada jugak budak yang ajar cikgu, bukan cikgu ajar diorang. Huhuhu..

Hari kedua ni aku sempat masuk kelas. Tapi bukan kelas aku, kelas Yanti (besfren aku merangkap bridemaid aku). Di sebabkan ini kali pertama Yanti masuk kelas, maka Guru Pembimbing kami benarkan kitorang masuk kelas secara duet. Hahaha..impian kami nak masuk kelas secara duet tercapai jugak rupanya.


Cikgu Yanti tekun mengajar. Aku tekun duduk diam-diam sambil mensnap gambar.huhu.

Budak-budak Cikgu Yanti ni memang bagus. Kelas 1 Arif, kelas pandai la katakan. Memang suka bertanya dan sangat responsif. Pantang kalo cikgu mintak jawab soalan ke, bacakan perenggan dalam buku ke..uiiii memang rebut-rebut angkat tangan. Kalau time observe memang untung kalo dapat budak cenggini. Takyah susah-susah suruh berlakon. Untung badan ko la Yanti...


Hari ketiga kat sekolah..

Hari ni hari Rabu. Hari Rabu adalah hari Ko-K. Jadi semua budak and cikgu-cikgi kena datang pagi untuk aktiviti ko-k. Aku daftar ko-k Persatuan Puteri Islam, Persatuan Bahasa Melayu, and Badminton. Aku bukan pandai main badminton pun..hentam je la labu. Huhu.


Pukul 7.30 sampai 8.30 aktiviti sukan. Persatuan badminton berkumpul kat dewan. Aku yang cikgu baru ni memang banyak kali la terpinga-pinga. Budak-budak pun asik pandang-pandang jeling-jeling. Tau la aku comel. Hahaha..

Tetiba ada sorang cikgu tu suruh aku kumpul buku ko-k budak-budak then sign sebagai tanda budak-budak tu hadir. Perghh..ini first time ni aku kena sign buku budak-budak. Biarlah buku ko-k je pun tapi tetap memori. Huhuhu.

Pastu tengok je la budak-budak main badminton secara santai dan bergilir-gilir. Ada yang main seminit dua dah nak stop. Ada yang main berpuluh-puluh minit pun takmau benti lagi. Ada jugak yang taknak main langsung. Duduk je la melengu tengok kawan main. Apa-apa la budak budak oii..


Aik, ni main badminton ke apa ni?Tenung pasukan lawan jek.

Kemudian pukul 8.30-9.30 perjumpaan unit beruniform pulak. Minggu ni budak-budak Puteri Islam kumpul kat makmal komputer. Ada tanyangan video tentang dadah, maksiat, dan yang senagkatan dengannya la. Best jugak sebab ada lagu-lagu karaoke. Niat hati nak nyanyi kuat-kuat tapi tengok budak-budak nyanyi dalam hati jek..tak jadi lah. Kata Puteri Islam..harus sopan. huhu..

Lepas tu masuk aktiviti persatuan. Hahahaha..aku nak gelak dulu. Budak-budak Persatuan BM ni memang comey. Citernya gini, cikgu persatuan yang sebenar tak datang..mc kot. Semua aktiviti dia yang rancang. Jadinya minggu ni persatuan BM macam hilang arah kejap. Blurr kata orang. Yang sorang lagi cikgu ni lagi best, suruh budak-budak sembang-sembang je sampai abis masa. Huhu..Kalau aku, suka sangat dah aktiviti gosip-gosip ni. hehehe..

10 minit pertama je budak-budak excited bersembang, lepas tu diorang dah mula gelisah pusing-pusing kiri kanan.

"cikgu,takde aktiviti ke cikgu? Boringlah cikgu...."

Alahai...luluh hati dengar diorang kata boring. Sebagai guru bitara *aicehh* aku kena pantas bertindak ni. Huhu..So aku pun ajaklah diorang main. Main "telefon karat". Pernah dengar tak? Budak-budak tu memang tak pernah tau apa tu telefon karat. Siap ada yang awal-awal lagi dah kata takmau main sebab tak tau nak main camne. Aishhh..cuba dengar dulu apa cikgu nak cakap.

Sekali bila aku dah pum pang pum pang terang cara permainan dengan jelas sejelas jelasnya..budak-budak nampak mula teruja. Budak yang awal-awal tadi tamau main pun dah jadi teruja lebih sampai tahap tak mau benti main. Hahahah.

Bila dah cukup 10.30, diorang mula ngeluh. Nak main lagi la tu. Siap suruh aku janji datang minggu depan then buat permainan best best lagi. Owh kamu memang buat cikgu terasa dihargai. *terharu* uhuk uhuk...

Ada sorang budak lelaki ni pulak tanpa segan dan silu hulur pen dan kertas mintak nombor telefon aku. Hamboiiii!! Budak-budak sekarang kemain ek? Berani tahap suria baja hitam tu. Aku pun layan je la..bagi je la nombor fon. Mana tau kot-kot memang niat dia baik nak simpan nombor fon aku. Huhuhu..

Pendek kata aktiviti ko-k pertama memang mengujakan!

Petang...

Owh arini aku dah mula masuk kelas. Kelas 1 Cemerlang. Ajar KH. Semua budak perempuan. Berdebar. Aku memang takkan mengajar bagai nak rak lagi sebab ini kelas pertama aku dengan diorang. Cuma aku akan buat sesi suaikenal, pulangkan kertas ujian 1 diorang, dan suruh diorang buat pembetulan. Nampak macam simple tapi rupanya budak-budak ni boleh tahan becok mulut masing-masing. Jenuh nak melayan cakap.

Semua benda kalo boleh tentang aku dia nak tau.

cikgu dah kawen ke? cikgu dah ada boipren ke? tunang cikgu orang mana? dia keje apa? bla bla bla...letih.huhu. Ada satu soklan yang aku takkan lupa sampai mati adalah:

"CIKGU PERNAH KURUS TAK???"

Soalan apakah ini? Nak masuk dalam kategori mana dalam Taksonomi Bloom?

Gelak je aku dengar soalan tu..anak murid saya...anak murid saya..


Hari ke empat kat sekolah...


Hari ke empat ni kiranya aku dah okey sikit la. Takde la kelam kabut sangat macam sebelum ni. Kelas pun dah tau kat mana, nak tengok senarai relief class pun dah tau kat mana. Owh sebelum ni sumpah aku tatau kat mana nak tengok kita kena relief class ke tidak. Setahu aku cikgu praktikal selalu je kena relief, tapi dah masuk hari ke empat aku tak pernah dapat class relief lagi. Pelik.

Rupanya hari Rabu tu aku ada 2 kelas relief. Kelas Bahasa Tamil! Apakah???

AKu bayangkan kalau kita kena relief class akan ada cikgu atau sape-sape la datang inform kata aku kena relief kelas sekian sekian pukul sekian sekian. Rupanya nan ado. Sekolah ni amalkan sistem tampal dan sendiri tengok. Huhu..Aku kena pandai-pandai pegi tengok senarai nama guru yang kena relief class pada hari tersebut kat notis board. Padanla....mana aku tau.huhu..

Jadi hari ke empat ni aku dah tau dah. Awal-awal aku dah pegi check tgk nama aku ada dalam senarai ke takde. Owh takde...okla. Kalo ada aku redha je. Takdelah nak merungut ke apa kan? Kan dah kena sumpah setia "saya yang menurut perintah". Hehehe.

Owh aku nak citer pasal kelas aku ni. Umang aiii...Hari Khamis memang buat aku letih sampai separa sedar. Anak murid aku masssyarakattttt.....hyper!

Aku yang mula-mula bajet macam cikgu baik terus berubah jadi mak tiri. Garang bukan main. Budak-budak tu baik..tak kurang ajar,tapi tak reti duduk diam. Kejap pegi tempat kawan, usik kawan tu, usik kawan ni, ejek nama bapak kawan tu, pastu kawan tu pulak ejek nama bapak dia, pastu mula la nak gadoh. Adeh..

Kalau la aku ada kuasa merotan memang aku dah rembat dah sorang-sorang. Tapi malangnya aku cuma guru praktikal, aku cuma berani rotan meja je la.. Sekali aku ZZzzappppP meja, diam la kejap kelas tu. Pastu selang dua tiga minit mula la jadi pasar tani balik. Hadoiii..


Kelas satu lagi baik sangat pulak. Kelas pompuan. Owh yang nakal gila kentang tu kelas budak lelaki...1 Budiman. Yang baik sopan santun ni kelas pompuan..Kelas 2 Arif. Kelas pertama dalam tingkatan. Kelas Piala kadang orang panggil. Sebab tu la baik-baik, pandai-pandai. Mesti diorang suka bertanya kan? Aku kena well prepared. Huhu.

Tapi yang aku sukanya, budak-budak aku hormat jugak la aku. Kalau kat luar kelas, bertembung dengan diorang, diorang tak segan silu nak ber hai hai dengan aku. Dan paling aku kagum, yang peramah lebih dengan aku ni adalah budak paling nakal dalam kelas. Pelik kan? Mungkin sifat mak tiri belum cukup kuat dalam diri aku. Hahahahaha..

Yang pasti aku sayang anak-anak murid aku.

Hari ni hari Jumaat. Aku akan jumpa lagi dengan 1 Budiman si kelas hyper semalam. Dengan kelas 2 Arif pun aku jumpa lagi hari ni. Hari ni aku akan mula mengajar. Aku dah get ready segala bagai ABM, rancangan mengajar bagai. Hope budak-budak dapat kutip tak banyak, sikit pun jadilah ilmu untuk hari ini.

timbunan buku untuk cikgu bitara.

Wish me luck dear!





Balik nanti aku buat report. Hehehe



p/s: buat masa ni aku takde entri pasal kawen-kawen. Sangat bizi menjadi cikgu bitara. Hehehe

ENTRI SEPARUH SIAP

Wahh...sangat lama rasanya aku abaikan belog ternakan aku ni. Nak singgah belog peliharaan kawan-kawan blogger pun rasa macam tak sempat. Memang bizi tahap dewa 19 dah aku sekarang ni.

Owh lupa, mungkin ada yang tak tahu aku sekarang dah mula memegang title "cikgu". Hehehe..Dah empat hari dah aku bergelar 'cikgu' dan macam-macam cerita berlaku kat aku sepanjang empat hari ni. Memang boleh bikin aku gila separa sedar! Haih!


Hari pertama aku kat sekolah....

Aku sekolah sesi petang. Maka boleh la ber relax relaxan di pagi hari sambil menenangkan jiwa yang semakin dah tak keruan tu. Memang neves gile aku cakap ko..ntah-ntah neves nak kawen pun tak sehebat ini.Fuhh!!

Sampai sekolah.....Uiii Aiiii..dikelilingi insan-insan comel dan comot yang berbaju putih berseluar ijau berkain biru muda memang menimbulkan satu perasaan ajaib dalam jiwa. Bukan tak pernah dikelilingi pemandangan seperti ni, berbelas tahun jugak aku pegi sekolah, pemandangan hampir serupa tapi perasaan memang tak sama. Dulu aku pegi sekolah sebagai pelajar, sekarang aku adalah cikgu *walaupun baru cikgu pelatih*. Bahagia!

1st day memang confirm aku takkan masuk kelas lagi. Hari pertama ni aku kena lapor diri kat pengetua, daftar aktiviti ko-kurikulum *cikgu Puteri Islam seyh!*, dan buat jadual kelas. Yang paling berlama-lama menghabiskan masa adalah membuat jadual kelas dan mencari cikgu-cikgi kelas yang aku nak take over tapi tak jumpa-jumpa. Huh, memang turun bergram gram kot sebab letih naik turun tangga, ke depan ke belakang sekolah, L.E.T.I.H!


Hari kedua..

Hari kedua dah tak neves dah. Malah aku rasa excited nak p sekolah dengan harapan hari kedua ni aku dapat masuk kelas. Ho ho ho.

Owh kat sekolah aku ni setiap Selasa ada perhimpunan rasmi. Maknanya ini adalah perhimpunan rasmi pertama aku sebagai guru. Masa perhimpunan ni guru bertugas perkenalkan aku dan beberapa lagi cikgu praktikal baru kat budak-budak. Kamu tahu, budak-budak boleh dengan sportingnya bertepuk sorak bila nama kitorang diumumkan. Huhuhu terasa macam artis pulak. Hahaha..

.
.
.
.
.
.
.
.
adeh..aku sangap sangat dah ni. Kul 2 dah pun. Errr boleh tak aku tido dulu? Nanti esok aku sambung citer lagi. Promise...Pleasee.....*ngantok bangat deh...nunite*

Monday, March 1, 2010

DAMAILAH KAU DI SANA....AL FATIHAH

Trasa macam lama tak tulis entri. Mood bersedih masih bersisa lagi. Apapun aku ucapkan bebanyak terima kasih buat semua kawan yang sudi bersimpati, mendoakan rahmat buat si kecil yang sudah pergi.

Bila aku lihat wajahnya...saling tak tumpah wajah si ibu.
Kulitnya cerah,
Jemari tangannya berisi montel,
Tapak kaki panjang persis tapak kaki si ayah. *aku panggil kaki sampan*
Kakinya juga panjang...tinggi budak ni.
Keningnya lebat...sebijik macam Mak Yong. Hihihi..
Pendek kata, comel sungguh si kecik itu.






Malangnya

Sekujur tubuh kenit itu hanya terbaring kaku.
Menunggu ayah dan ibu di pintu syurga sampai akhir waktu.

Damailah anakku..
Mak Yong doakan kamu aman bahagia di sana.





-Al-Fatihah buat Wan Syafiq Fitri bin Wan Mohd Farid-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...