MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 30, 2010

HADIR SEBAGAI MENANTU BUAT MEREKA

Peringatan: Entri ini panjang sekali, sila sediakan teh o ke milo ais ke jajan ke, kacang goreng ke buat peneman membaca entri kali ni. Hehehehe


18 Jun 2010..Jumaat

Pengalaman pulang ke rumah mentua memang menyimpan seribu satu kenangan. Walaupun sebelum-sebelum ni pernah bertandang ke rumah mentua, tapi kunjungan kali ni memang terasa betol lainnya. Dulu aku cuma datang sebagai teman istimewa dan tunang sang anak, kini aku hadir sebagai salah seorang ahli keluarga baru mereka, menjadi anak perempuan baru buat mereka, aku kini jadi menantu dalam rumah itu. Sungguh, hati berdebar!

Aku siang-siang dah beli tiket bas untuk 18 Jun jam 8.40 malam. Incik suami pula dijadualkan berlepas dari Labuan ke KL jam 2 petang hari yang sama. Jadi bila kira-kira, rasanya sempat la naik bas kul 8.40 tu. Incik suami mintak aku tunggu beliau kat KL Sentral sebelum kami sama-sama ke Bukit Jalil untuk naik bas. Maka aku pun jadi la penunggu jadian kat KL Sentral tu. Dari jam kul 5 membawak ke pukul 6.................

Incik suami tak sampai-sampai lagi. Bila aku call tanya, dia kata dah ada kat kem TUDM Subang, otw nak ke KL Sentral dah.

Okey okey takpe, masih punya waktu lagi.

Aku pun sambung jadi penunggu jadian sampailah jam kul 7.

Incik Suami baru naik komuter dari Shah Alam nak ke KL Sentral!

Gila! Kul bape pulak nak sampai laki aku ni. Ni nak balik kampung ke tak nak ni?? *mula geram dah time ni*

Sudahnya tepat kul 8 baru beliau sampai KL Sentral.

Haih!! Dalam hati rasa nak marah jek. Tapi bila tengok kelibat incik suami yang nampak kacak bergaya dengan uniform tentera biru muda tapi muka nampak sangaaatttt letih..aku terus tak jadi nak marah. Kesian lagi ada la. Huhu.

Bila tanya dah makan ke??

"Belum"

Dari pagi tak makan pape lagi ke?

"tak..tak sempat nak makan pun"

Owh..luluh hati.

Mesti sang suami sangat letih. Sudahla perut lapar, badan penat, terpaksa pulak dengan sang bini membebel mengomel kenapa tak sampai-sampai dari tadi. Hahaha..kesian laki aku.

Jam dah kul 8.05 malam. Gila! Ada 35 minit je lagi masa. Kena gegas ke Bukit Jalil cepat-cepat. Maka kami laki bini memang kelam kabut naik LRT turun LRT untuk ke Bukit Jalil. Sampai-sampai je kat stesen bas Bukit Jalil tu jam tunjuk kul 8.45!!

Ke kaunter tiket dan bertanya..

"bang, bas ke Kuala Kangsar kul 8.40 dah jalan ke?"

"DAH...BARU JE JALAN"

Dangg!!!!!

Terlepas bas!!

Aku mula la nak meroyan salahkan incik suami. Kononya kalo beliau sampai awal sikit tadi mesti sempat kejar bas. *emosi*

Incik suami buat muka blurrr...buntu.

Tetiba abg tiket tu bersuara.

"Dik, ada bas ke Kuala Kangsar pukul 9 kang. Naik je bas tu. Tapi sampai Hentian duta nanti korang kena turun dulu la, bagi penumpang yang ada tiket naik dulu. Kalau ada kosong baru naik"

Fuh legaa...

Boleh naik bas kul 9. Tapi buatnya sampai Hentian Duta bas penuh camne???

Adehh....ada jugak yang balik ke rumah balik kang ni.

Aku memang dah buat muka dah. Memang dah nekad nak balik rumah dah, esok pagi-pagi je la beli tiket bas lain balik kampung. Letih dah.

Tapi incik suami maintain cool. Beliau siap boleh melawak sanggup duduk kat tangga bas kalau bas penuh. Apakah???

Tapi betul la kata orang, kalau niat kita baik, mesti Tuhan akan tolong.

Lepas semua penumpang kat Hentian Duta naik, driver bas tu panggil kami laki bini. Dia kata masih ada 3 single seats kosong.

Owh lega amat.

Tak kisahlah duduk asing-asing pun dengan incik suami, yang penting kami dapat sampai ke Kuala Kangsar.

Tepat jam 12.15 malam kami sampai. Memandangkan hari dah jauh malam, malas rasanya nak nyusahkan famili suruh amik. Jadinya kami naik prebet sapu je la.

Alhamdulillah...selamat sampai.

Rumah dah gelap gelitap. Dah tido agaknya semua orang. Yela jam dah kul 1. Ni bukan KL yang time gini orang masih kata malam masih remaja. Kalo kat kampung, kul 1 ni kira malam dah nak nazak dah..hahaha.

Ketuk-ketuk pintu...

Mak mentua aku bukak pintu. Sangat ketara muka beliau baru bangun dari tido semata-mata nak bukakan pintu untuk kami. Kesiannya...

Terpaksa bangun satu hal, lepas bukak pintu mak terus ke dapur, jerang air, panaskan lauk, panaskan nasik. Macam tau-tau je anak beliau tak makan langsung dari pagi.

Kami laki bini makan dulu kenyang-kenyang. Ada lauk kari ikan, rendang ayam, dan sayur. Cukup untuk buat incik suami makan bertambah 2 kali. Aku?? Makan sikit dah la...masih malu-malu. Hahaha!

Lepas makan, duduk sembang-sembang jap dengan mak abah, pastu naik mandi kejap sebab badan berlengas amat, pastu sambung duduk sembang-sembang lagi konon-konon nak tunggu perlawanan bola tapi dalam hati ni rasa alangkah indahnya kalau dapat bantal sekarang.

Letih beb!!

Mak abah tak putus-putus suruh aku naik tidur. Mula-mula aku tolak kata takpe..tak ngantok lagi.Hahaha..

Bila lama-lama, mata tak tahan dah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Wan naik tido dulu ye mak abah."

Hahaha..



19 Jun 2010...Sabtu.

Bangun seawal 6.30 pagi. Siap kunci jam takut terlajak tido. Hahaha.

Terus p mandi. Sejukkkkk...air telaga beb! Biarpun badan aku dah tebal diselimuti lemak tapi sejuknya tetap rasa sampai ke tulang. Hahaha..

Lepas dah siap semua, turun ke dapur. Ingat nak jerang air, sekali tengok cerek air dah panas. Maknanya mesti mak dah jerang air dah.

Eh mana mak?? Tak nampak pun kelibat beliau dalam rumah?

Owh mak keluar pegi beli nasik lemak rupanya.

Dan bila dengar mak beli nasik lemak aku tarik nafas lega..hehe..sebab apa?? Sebab dah tentu-tentu aku tak perlu masak pape untuk breakfast. Hahaha..dasar tak reti masak!

Aku cuma buat air jek. Kalau kat umah aku terkenal dengan pakar buat teh o panas, tapi bila sampai umah mentua terus jadi macam mengong..berkali-kali rasa teh o tu takut terlebih manis ke, terkelat ke.hahaha..sangat berhati-hati.

Lepas breakfast kenyang-kenyang, duduk-duduk sembang-sembang. Aku memang tak tahu sangat apa rutin harian mak di pagi hari. Menyapu ke, bukak tingkap ke, basuh baju ke, sidai baju ke, apa ke memang aku tak tahu lagi. Jadi untuk hari pertama ni aku amik jalan untuk survey je dulu. Jadi esok pagi aku tau la apa yang patot aku buat dan teknik ni menjadi tau! hehe..

Mak bagitau yang hari ni ada kenduri kawen kat rumah berhampiran. Mak tanya aku nak ikut tak? Owh tentu-tentula aku kata boleh jek nak temankan mak. *takkan nak belagak kata taknak ikut pulak kan?*

Jadi dalam kul 10 pagi tu aku mula iron baju. Siap ofer untuk iron baju mak sekali. Mak duduk je depan aku tengok aku iron baju. Sudahla aku tak bape reti iron secara duduk atas lantai ni sebab dah biasa guna iron board tapi takpe...cuba iron baju sehabis baik. Huhu..


Lepas dah siap-siap cantik-cantik *hahaha* aku pun menonong la ikut mak ke rumah orang kawen. Jalan kaki jek sebab dekat.


Sampai je rumah kenduri, benda pertama yang buat aku kagum adalah ini.
.
.
.
.
.
.
Wah....aku memang suka poster ala-ala poster gini. Jangan ingat orang bandar je reti nak kuarka idea terbaboom gini tau. Huhu..Cantik. Suka.

Bila masuk rumah, tersergam pelamin nan indah ini.




Cantik.


Tu diaa.depan pelamin penuh denga kaum ibu-ibu dan opah-opah jek. Aku memang mati kutu duduk kat situ. Nak sembang pun tak tau nak sembang apa. Sorang pun aku tak kenal. Yang aku kenal sorang je yang pakai baju and tudung kaler pink tu....mak mentua aku. Hahaha.

Lepas dah makan-makan, salam-salam semua kami pun balik. Even rumah dekat jek tapi bila balik tetap la letih. Haha..Nak naik baring kat bilik segan la pulak, jadinya aku melepak baring kat bawah jek. Sama bergelimpangan dengan mak mentua aku. Famili mentua aku tak kesah, incik suami pun tak kesah aku baring kat bawah..jadi memang sesi baring secara berjemaah la nampaknya petang tu. Hahah.

Dalam kul 5.30, mak ajak aku melawat pah *nenek* belah mak yang tinggal kat Bukit Gantang. Aku seret incik suami sekali. Siang tadi aku p kenduri dengan mak haram dia nak ikut, dibantainya merayap ke rumah member dengan alasan nak main ps2! Haih! Awak tu bukan bujang lagi sayang oiii....

Jadi petang tu nak tak nak incik suami kena ikut. Kami pegi berempat..mak, aku, incik suami, dan abg amy *abg ipar*. Seronok jugak berjalan-jalan ke rumah famili mentua ni. Dapat jugak la aku kenal sedara mara belah sana. Bila balik ke Manong, hari dah malam. Dah lepas maghrib dah pun. Lepas mandi, tak sempat nak duduk rehat kedengaran suara ngengada incik suami request nak makan murtabak megi. Hai la....tak kenyang lagi ke suami aku ni? Tapi takpela, laki sendiri jugak yang nak makan kan, jadi aku pun terus la ke dapur dengan gigihnya sediakan 2 keping murtabak megi untuk santapan mereka. Mula tu risau jugak takut diorang tak suka makan ke apa ke. Yela, bila ditanya semua pun ngaku tak pernah dengar apalagi makan murtabak megi ni. Kira ni 1st time la diorang merasa. Aku pulak tu yang masaknya...memang nasibla ye kalo tak sedap. Tapi lega hati bila tengok diorang sedap ngap ngap ngap murtabak tu sampai tak sedar dah abis. Incik suami memang awal-awal dah amik sekeping untuk dia sorang jek...dan tentunya licinnn! Huhu..

Dan malam tu kami tido lena kekenyangan makan nasik kenduri, nasik tak kenduri, murtabak pasar malam, murtabak megi dan segala bagai makanan lagi. Lena amat....ZzZZzZzZZ



20 Jun 2010...Ahad

Hahaha..dek kerana penangan tido kekenyangan semalam maka pagi ni aku bangun agak lewat! Hahaha..

Pagi semalam bangun-bangun mak baru jerang air dan keluar pegi beli nasik jek. Tapi pagi ni bangun-bangun semua pun dah tersedia atas meja!

Dangg!!

Malu sendiri. Hahaha.

Lepas mandi mak abah terus paksa breakfast jek. Aku yang memang dah terliur tengok nasik goreng dan roti canai atas meja terus capai pinggan jek. Tetiba teringat......


Weh, laki aku tak bangun lagi, mana boleh makan!

Dengan pantasnya terus naik ke bilik kejut incik suami bangun. Pujuk la bagai supaya bagun cepat...siap bagitau aku dah lapar, nak makan..maka sila la bangun cepat sayang. Huhu.

Incik suami terus bangun, gosok gigi takyah mandi then terus teman aku breakfast. Hehehe..Sedap betol nasik goreng mak. Siap bertambah aku makan. Roti canai sekeping lagi. Fuh, memang takde malu-malu dah kali ni. Hahaha..

Lepas makan semua ahli keluarga kena bersiap untuk pegi kenduri kat Kuala Kangsar. Sepupu abah kawenkan anaknya jadi semua kena ikut.

Kenduri kali ni sangat gah nampaknya. Cikgu bertemu jodoh dengan doktor. Wow!


pengantin lelaki ni dua pupu incik suami...sama cantik sama padan kan?


pasukan kompang cilik..kagum aku dengan bakat mereka.

Seronok pegi kenduri yang ini sebab ramai sedara mara. Dan tentunya selain pengantin, aku juga menjadi tumpuan sedara mara sebab aku kan menantu baru. Huhu..Jadi kena banyak senyum je la sepanjang majlis tu, macam aku pulak yang pengantin. Hahaha.


pengantin tak berapa nak baru dah. hehe

Balik kenduri sempat singgah pekan Kuala Kangsar untuk minum cendol kejap sementara tunggu abah gunting rambut.

Perghhh! Cendoi Kuala Kangsar memang best. Lagi best kalo dipasangkan dengan laksa. Tapi sebab perut dah kenyang makan kenduri takde la nak order laksa pulak. Huhu..

Lepas makan terus balik...dan bermula lah sesi membaringkan diri beramai-ramai sekali lagi sebab penat. Hahaha..Sempat jugak aku ajak mak mentua aku layan citer Papadom, tengok kat laptop jek pun. Dan tak sangka mak mahu melayan aku tengok citer Papadom. Haha.

Tengah sdap kami berdua layan Papadom, tahu apa aktiviti incik suami??

Tido??

Bukan...

Main ps2??

pun bukan..

Incik suami sebenarnya sedang gigih lagi tekun menyiapkan sesuatu untuk aku.

Apa dia???

Ini dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada!!!!




Maggie!!!

Hahaha..suami saya suami saya..kadang-kadang kamu memang sangat comel. Sediakan megi kari siap berbawang ber tomato bagai untuk sang isteri tercinta. Owh terharu.

Walaupun cuma sepinggan megi, tapi tetap akan menjadi masakan pertama sang suami untuk sang isteri yang aku akan ingat sampai bila-bila. Hehehe..

Dan bila malam, lepas mandi makan segala..incik suami mintak izin nak pegi main ps2 kat umah tok. Umah tok sebelah umah je pun, tapi aku macam berat nak bagi incik suami pegi. Sebabnya aku tau, kalau dia dah mula main ps2 mau sampai ke pagi tak balik nanti. Owh tidak-tidak!

Sudahnya aku letak syarat, nak pegi boleh..tapi kena usung aku skali. Hahaha!

Incik suami kata okey.

Maka aku pun ikutla incik suami ke rumah tok. Niat hati sementara tunggu incik suami main game dgn adik-adik beliau, aku nak sembang-sembang dengan tok. Sekali aku tengok tok dah nak tido da...maklumlah, jam pun dah kul 10, memang logikla orang tua-tua dah tido time gitu.

Sudahnya aku duduk la melangut beri sokongan moral buat incik suami yang sedang bertarung main game bola dengan adik dan besfren beliau.

nampak tak tgn incik suami tercedera?? kesiannnn...


Mula-mula galak jugak aku menyokong..jadi pom-pom girl tanpa pom-pom. Hahaha..

Lama kelamaan..sedar-sedar jek..

"yang...bangun yang. Jom balik tido kat umah"

Hahaha! Aku tetido rupanya di sisi incik suami.

Tu la..gatai nak ikut lagi!


21 Jun 2010....Isnin.

Hari ni hari last aku kat umah mentua. Kami laki bini akan berangkat pulang ke KL naik bas kul 9 pagi ni. Sedih jugak rasanya. Yela, 3 malam kat rumah mentua memang seronok. Famili mentua layan aku macam anak sendiri. Tak lebih tak kurang. Nak kata aku dilayan bagai puteri tak jugak, aku masih kena suruh tolong mak memasak, aku masih disuruh sidai kain, angkat kain, pendek kata semua keje yang biasa seorang anak perempuan buat aku tetap kena buat.

Tapi aku takdelah sampai kena kerahan tenaga sampai tak cukup tido, tak cukup rehat. Mak abah berkali-kali suruh aku rehat, baring la kalo penat, nak tido petang pun mereka tak kesah. Tengok je la betapa aku bangun lewat hari Ahad tu. Hahaha!

Tapi bila aku pikir-pikir balik, mungkin aku tak kekok berada di rumah mentua sebab aku memang orang Kuala Kangsar. Kampung aku dengan kampung incik suami takdelah jauh mana. Masih berkongsi pekan untuk membeli-belah.

Jadi tak timbul soal perbezaan budaya atau bahasa. Aku bebas bercakap loghat Perak, cara memasak dan keje-keje dapur pun hampir sama dengan apa yang mama aku kat umah ajar. Jadi aku selesa. Sikit pun tak rasa macam berada di rumah asing.

Aku kena belajar menyayangi keluarga mentua sama macam aku sayang keluarga aku. Syukur setakat ni kasih aku pada mereka belum lagi berkurang...moga bertambah selalu.


- The End -


Wahhh!!

Kamu masih membaca lagi??

Tahniah! Tahniah!

Rasanya ini adalah entri terpanjang yang pernah aku tulis. Dah rasa macam buat cerpen dah pulak. Hahaha..

Harap takde yang meluat aku tulis panjang-panjang gini. Aku cuma mahu pahatkan semua kenangan pertama kali ke rumah mentua sebelum memori aku terlupa segalanya.

Sesungguhnya pengalaman kali pertama ke rumah mentua hanya akan hadir sekali jek dalam idup.

Memori kamu-kamu macam mana??

Kongsilah!

=)

Monday, June 21, 2010

EPISOD 13: VISPERA SI TUDUNG IDAMAN

Vispera si tudung idaman.

Ingat lagi tak tajuk entri tu??

Sila klik sini untuk baca balik entri tu.

Sesungguhnya entri tu la yang telah memberi rezeki untuk aku bergaya sekaligus perasan cantik dengan tudung gojes. Huhu.

Sungguh..memang cantik. Bila aku bejalan-jalan ke belog Vispera, mesti hati ni akan tesenyum sendiri sambil mulut tak henti-henti sebut

"wahhhhhhh"


selang bape saat


"Fuyooooo"

Selang bape saat lagi..


Ah kamu bayangkan la apa lagi perkataan kagum yang lain. Hehe.

Memang cantik koleksi-koleksi Vispera. Manik-manik pada tudung jangan cakap la.

Penuh. Cantik tentunya.

Jadi apa lagi yang boleh aku cakap bila aku terpilih untuk memakai tudung Vispera itu selain dari memanjat syukur yang amat sangat. Puan Vispera *Kak Hawa* pun sangatlah baik. Melayan tiap karenah aku dengan sabar. Thanks Kak Hawa!

Untuk tudung nikah aku, aku takdelah request bagai-bagai. Aku pun takde pikirkan mahu rekaan terbaru ke apa ke. Yelah, Vispera nak taja tudung pun dah seribu rahmat dah. Takkan aku nak banyak songeh pulak kan?

Makanya aku cuma request warna tudung jek.Design tudung aku setuju je dengan apa yang Kak Hawa recommend kan. Asal nampak cantik pada mata aku sudah cukup.

Dan hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.
Ala...kamu-kamu dah tengok dah pun kan? Tapi tak kira, aku nak tepek jugak lagi. Haha
.
.
.
.
.
.
.



Aku suka gila dengan anak tudung putih tu. Awning dia memang terbabomm! Selesa..Kak Hawa buat khas ikut bentuk muka. Itulah kepakaran Vispera...yang susah kita nak jumpa kat pereka lain.





Tengok, muka aku masa nikah nampak lebih suwit *haha* banding dengan muka masa kenduri besar. Aku rasa faktor utamanya adalah tudung aku. Atau lebih tepat lagi awning tudung aku. Awning tudung masa nikah ni lebih peribadi berbanding awning tudung masa kenduri besar. Siapa setuju angkat tangan???


Haha. Gambar sedikit blur sebab aku crop melampau sangat kot. Cantik tudung Vispera. Cuma aku regret sikit sebab tak kemaskan tudung kat bahagian dada tu. Nampak komot-komot..tak kemas. *ini bukan salah Vispera ya..salah aku.huhu*


Keseluruhannya...aku memang suka bangat tudung nikah aku.Siap sayang lagi. Aku akan simpan tudung tu sampai bila-bila. Kalau ada yang nak beli pun aku tak mau jual. Nak pinjam maybe boleh. Haha.


Kepada b2b yang mahu khidmat Vispera untuk tudung atau veil nikah kamu, dengan pantasnya sila klik link kat bawah ni.


KOLEKSI VISPERA

Kalau nak emel pun boleh..ini emelnya:

koleksivispera@gmail.com

Nak sms pun boleh jugak. Ini numbernya:

0125881550 (Kak Hawa)


Sebagai penutup entri, layankan gambar sang pengantin berposing ala-ala model majalah pengantin. Haha *Huh..takde maknanya*
.
.
.
.
.
.



Gila gergasi pengantin ni

Sunday, June 20, 2010

EPISOD 12: MERISIK GALLERY PENGGUBAH HANTARAN GOJES

*Ini adalah entri khusus tentang hantaran.*

Hantaran untuk majlis pernikahan aku telah digubah dengan jayanya oleh Merisik Gallery. Bukan hantaran belah aku jek tau, tapi hantaran dari incik suami pun digubah oleh MG jugak. *tepuk tepuk tepuk*

Bekerja dengan MG memang sempoi. Seriously, aku tak pernah bersua muka dengan sorang pun owner MG sehinggalah aku p hantar pulang semua dulang-dulang hantaran baru-baru ni. Sebelum-sebelum ni urusan hantaran barang-barang, amik hantaran semua sepupu dan adik-adik aku yang buat. Aku cuma berhubung dengan MG especially dengan Kak Amie by fon dan emel jek. Sungguhpun cenggitu, MG berjaya siapkan hantaran aku dengan jayanya. Yeay!!

Dua kali yeay sebab hantaran aku nampak suwit gitu. Thanks MG!


Kalau nak tengok gambar, aku memang tak banyak gambar hantaran. Apa lagi gambar hantaran sedulang sedulang. Lagi la takde. Yang ada cuma gambar ini.
.
.
.
.
.
.




Wahh!! My hantaran in cindarella carriage!

Macam mimpi je nak dapat hantaran dalam labu putih comel ni.haha. Tapi sayangnya gambar tak bape jelas. Untuk bagi jelas sikit *sikit je la*, kamu tengok gambar ni pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha..kan jelas sikit kan bila ada caption-caption tu. Haha..Sesungguhnya ni je yang mampu aku buat. Huhu


Kalau kamu perasan ada dua carriage buah-buahan kat situ. Satu epal, satu strawberi. Nape ek?? Tak pernah dibuat orang bagi sampai dua dulang buah.



Hmmmm...


Ni semua gara-gara incik suami la ni..tak beli cincin kawen dia. Sudahnya dulang untuk cincin incik suami aku bantai tabur buah strawberi jek. Nasib la ada beli buah tu. Kalau tak memang aku tabur gula-gula choclair je la. Hahaha..


Okey sekarang nak tengok hantaran dari incik suami pulak tak?? Pun takde gambar yang clear. Tapi si rabun IT paling koman pun reti la jugak crop gambar supaya menjadi jelas sikit..ke makin pening? Ntahla..layankan aje okey?


Sireh junjung....by MG



Tafsir Quran....*kasut tu menyibuk jek*


Sepasang kurung ungu



Set mandian..so romantik bau dia. Huhu


Hand bag dan kasut...aku dah belasah dah hand bag ni. Kasut je masih tak pakai lagi.hehe



Cupcakes....sedap. Very the yummy yummy..tempah kat sini


Ada lagi 1 dulang sebenarnya..dulang untuk cincin dan mas kahwin..sebabkan dua benda tu dah guna awal-awal maka aku tatau mana pegi dulangnya..huhu


Bercakap tentang harga...MG charged dalam RM55 per dulang. Upah gubah sireh junjung kira lain...RM30 per sireh junjung. Bunga semua guna bunga hidup. *merasa la jugak berhantarankan bunga idup.huhu*

Dan Alhamdulillah..7 dulang dari aku untuk incik suami MG beri percuma. Yeay! Rezeki..Jadi dah jimat kat situ. Aku cuma perlu bayar another 2 dulang dan upah sireh junjung jek. Yang nampak mahal sikit kat belah incik suami la. Tapi takpe..hasilnya memuaskan.

Thanks a lot MG!!

So kepada sesiapa yang teingin nak merasa air tangan*yeke* MG dalam menggubah hantaran kamu, jangan malu jangan segan untuk klik link kat bawah ni okey?

Merisik Gallery the gojes penggubah hantaran..=)


Klik la..pasti kamu akan terpegun.

Tak percaya??

Klik la..

=)

Saturday, June 19, 2010

EPISOD 11: MALAM PERTAMA

Hulala....

Tajuk tak boleh blah! Haha.

Perkahwinan dan malam pertama memang tak boleh dipisahkan ye tak? Semua pun tahu tu. Bagi yang dah berkahwin tentu saja ada memori indah yang kamu simpan dan kamu kenang tentang malam itu.

Kan?

Aisey..malu-malu pulak. ^_^

Ngaku je la.......*dalam hati*

Kamu nak tahu pengalaman malam pertama aku tak?

Haha..*nampaknya ada yang berkata "nak" dlm hati.hehe*

Malam pertama aku berjalan dengan begitu indah niannya..

Memang takkan aku lupa. Sumpah, sampai mati akan ingat.

Malam pertama aku.

Yang indah itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kat bilik karaoke!!!!



Sengal tak sengal 1st night aku?

Haha.

Ntah rasukan ablasa mana ntah yang telah menggoda Pak Su aku yang memberi idea untuk berlibur ke pusat karaoke malam tu.

Ops silap..tengah malam itu.

Gila kau sedara mara aku seramai 13 orang dah macam segerombolan rombongan Cik Kiah seret pengantin baru pegi karok pukul 11 malam!

Adoi!

Sebenarnya aku memang suka karok-karok ni, kira memang hobi utama la. Tapi sebab badan letih kenduri dua hari pun tak ilang lagi tu yang berpikir 3 4 kali nak pegi ke tidak. Siap aku dan incik suami kena buat famili meeting dulu untuk dapatkan kata putus. Haha..Kalau tak pegi kang apa pulak kata orang kan? Maka kami pun gagahkan diri untuk ikut serta. Bukan selalu pun...bak kata orang ni lah masa nak bersuai kenal nak ber ice breaking dengan sedara mara ye tak?

Dan incik suami setuju.

Aku yang dengan cantik *cantik ke?muka pun takde calit bedak.haha* sopan santun berbaju kurung *sebab sebelum tu ada acara bukak hadiah*




dan incik suami yang segak perkasa berbaju melayu warna sedondon


Duduk meng join kan diri bersama sanak sedara aku.

nampak tak pengantin nun duduk dihujung sana..haha



gambar jarak dekat


Sedara maa aku sporting abis. Lepas sorang, sorang nyanyi. Elok-elok satu lagu nyanyi sensorang boleh bertukar jadi duet, nyanyi berdua.



Bila jam makin begerak dan terus bergerak, satu lagu dah boleh jadi koir...nyanyi ramai-ramai sebab masing-masing pun dah keletihan.

Aku dah bape kali sengguk-sengguk kat bahu incik suami. Letih bangat seh.

Kamu tahu pukul berapa baru kami pulang ke rumah??


PUKUL 3 PAGI!!

Hamik kau!

Sampai je rumah memang tanpa segan dan silunya aku terus ke bilik...rebahkan diri atas katil. Incik suami pun. Huhu

Dah dah..jangan pikir yang tidak-tidak ye.

Tiada sebarang aksi terlampau malam tu. Aku tengah pegang bendera Jepun masa tu. Hahaha.

Kalau tak pun takdenya aku nak pukul canang kat belog ternakan ni.

Gila? Huhu..

Memang tak pernah terbayangkan malam pertama aku akan dipenuhi aktiviti sedemikian. Itulah nasib bila dapat famili kaki karok. Layankan aje..

Apapun, semua tu akan jadi memori yang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Malam pertama bukan setakat hal atas katil je tahu?

Hehehe...

Sekian.


Friday, June 18, 2010

EPISOD 10: CERITA TENTANG DOORGIFT

Hulala...

Hai dear!

Time kamu baca entri ni maybe aku dah on the way mahu pulang ke kampung halaman incik suami merangkap rumah mentua aku. Atau mungkin jugak aku dah selamat sampai sana pun. Hehehe..

Owh apakah perasaanya bila pulang ke umah mentua buat kali pertama ye? Maksud aku pertama kali bertandang sebagai menantu. Sebelum-sebelum memang aku pernah ke sana..tapi cuma sebagai kekasih dan tunang jek. Bila pulang sebagai menantu mesti perasaannya lain sikit kan? Hmmm..camne la agaknya kan?

Owh okey okey..nanti bila aku dah selamat pulang ke KL aku story mory tentang pengalaman aku kat sana. Kena kerahan tenaga kah? Atau dimanja-manja bak puteri raja?? Hahaha.


Tapi sebelum tu aku nak review sikit tentang doorgifts masa majlis nikah dan wedding aku. Bukanlah aku nak kata doorgift aku hebat lagi gojes..takde langsung terniat gitu. Niat aku cuma mahu berkongsi dengan kamu. Mana tau ada antara idea aku yang boleh kamu gunapakai. Kalau tak pun izinkanlah aku coret-coret kat sini sebagai kenangan untuk diri sendiri. Bila bosan-bosan, baca balik entri lama-lama mampu buat aku tersenyum sendiri tau. Hehehe.

Dah. Cukup masa membebel. Jom kita zaasss hadiah-hadiah pintu aku pulak.



Hadiah pintu majlis nikah:

Doorgift untuk majlis nikah adalah beberapa biji gula-gula yang diletak dalam bekas ini.


Bekas merah putih ni aku jumpa kat Nilai 3. Apa nama kedainya aku lupa. Huhu..

Harga kalo x silap RM2 sebijik. Kami beli 200 bijik. Tapi tetamu untuk majlis nikah takde la sampai 200 orang pun. Maka bekas yang berlebih-lebih tu aku brought forward ke majlis kenduri esoknya..bagi kat kanak-kanak sebab dalam tu kan penuh gula-gula. Budak-budak mesti suka amat. Hehehe..*elakkan pembaziran ya.hehe*


Hadiah pintu majlis kenduri:

Satu,

Hadiah pintu untuk majlis kenduri aku memang sempoi jek. Tak de goodies bag bagai..memang aku yang pilih untuk tak mahu sarat-saratkan pada hadiah pintu ni. Tambah lagi my ibunda memang awal-awal dah tetapkan untuk bagi telur rebus kepada semua tetamu. Tak kira apa, telur rebus harus diberi. Kalau aku nak add on pemberian-pemberian lain, itu terpulang. Tapi telur rebus wajib ada. Makanya aku pilih untuk bagi telur rebus saje untuk semua tetamu yang betandang ke majlis aku.

Puas dah aku godek-godek laptop ni untuk cari gambar doorgift yang satu ni nan ado. Yang ada cuma ini.




Gambar adik pompuan aku *Nini* tengah tungkus dan lumus mengangkut kotak doorgift untuk diletakkan di meja buffet.

Maybe gambar tak bape clear. Maaflah ye. Ini je gambar yang ada.

Bekas telur ni aku beli kat Nilai jugak. Kedai yang sama aku beli doorgift nikah kat atas tu. Masa aku beli bekas ni, kira harga dia tengah mahal lagi. Kira barang kategori "New Arrival" la. Tak de diskaun banyak-banyak. Lepas dah puas tawar menawar, aku dapat beli dengan harga RM1 per pcs. Okeyla tu..berbaloi bagi aku.

Dua,

Doorgift yang seterusnya adalah doorgift kategori VIP. Doorgift ni aku sediakan khas untuk rombongan pengantin lelaki, saudara mara sebelah mak dan abah, dan juga kawan-kawan rapat aku dan famili.


Untuk yang perempuan, aku hadiahkan ini.
.
.
.
.


Kat atas ni tetris glass. Gelas comel yang aku tempah dari kugeeku.com.

Apa yang menarik tentang gelas ni adalah gelas ni punya 4 permukaan yang tiap satunya mengandungi perjalanan cinta aku dan incik suami.


Permukaan pertama



Permukaan kedua


Permukaan ketiga


Permukaan keempat

*Gambar kartun kat atas ni hak milik kugeeku.com ya. Jangan curik!*

Suwitt betol!

Harga?

Hmmm...RM4.50 ++ untuk tempahan minima 144 bijik.

Aku letak tetris glass ni dalam uncang cerut warna merah. Beli kat KK Home Deco. Cukup. Simple jek.


Untuk tetamu istimewa lelaki pulak aku kirimkan ini.
.
.
.
.
.
.



Kotak comel yang berisi gula-gula.

Juga aku tempah kat Kugeeku.com.

Harga RM3.50 per pcs.

Masa aku order kotak ni, kotak ni kira belum launch lagi kat pasaran. Jadi aku tatau camne harganya sekarang. Mungkin dah naik atau mungkin turun. Atau maybe jugak maintain di situ, Huhu.

Kotak kayu ni pun aku bungkus dalam uncang cerut..tapi warna putih. Juga beli last minit kat KK Home Deco.

Secara peribadi aku puas hati dengan 2 adiah pintu untuk VIP ni sebab macam ada sentuhan peribadi dan sesuai untuk disimpan sebagai perhiasan. Juga boleh diguna untuk letak benda-benda kecil macam brooch, cincin, rantai, subang etc. Berguna kan? Hehehe..

Hmm..itu je la doorgift-doogift yang terlibat dalam majlis aku. Tiada apa yang istimewa sangat pun. Asalkan hati aku puas cukuplah. Huhu.

Sekian la dulu untuk entri kali ni...

Esok singgah lagi okey? Ada cerita baru..mungkin.

=)

Daa!

Thursday, June 17, 2010

EPISOD 9: OP DAN OV AKU

Hai dear!


Hahaha. Aku muncul lagi. Harap takde la yang mula meluat dengan belog ni. Aku rasa sementara aku masih free memanjang ni ada baiknya aku bagi makan entri kenyang-kenyang. Sebabnya..macam yang aku pernah gitau sebelum ni, Jumaat ni (18hb Jun) Incik Suami akan pulang sekali lagi ke Semenanjung. Hooreyyy!! Dan kami akan terus pulang ke kampung incik suami di Manong Perak untuk beberapa hari sebelum kami terbang ke Langkawi pada 22hb nanti dan hanya akan pulang pada 25 Jun.

Makna kata...

Jeng jeng jeng...

Tahun ni aku sambut besday aku di Langkawi!! Weehoooo! *besday aku 24 Jun ye.haha*

Kegembiraan berganda bila aku sambut besday berdua bersama incik suami. *suka*

Nanti sebaik pulang dari Langkawi aku akan hapdet segala mak nenek cerita kategori U untuk kamu-kamu semua hokey? Haha.

Tapi kali ni aku mau cerita sikit tentang OP (Official Photogapher) dan OV (Official Videographer) aku masa majlis kawen aku aritu.

Mau baca ke tak ni?

Kalau mau baca sila skrol ke bawah. Kalau agak-agak dah mula bosan, sila tekan butang "x" kat bahagian atas belah kanan sekali nun. Hehe.


OP: Dinyraof Fotography



Aku mula-mula jumpa OP ni kat sini...http://dinyraof.fotopages.com

Dan aku mula belek-belek, telek-telek gambar yang ada dalam fotopages tu.

Not bad.

Err sebenarnya sebelum kawen dulu aku ada sedikit percanggahan pendapat untuk hire fotografer. Ada kelompok-kelompok dalam famili aku yang tak bape setuju aku hire OP mahal-mahal. Membazir katanya.



Tapi hati aku berkeras mahukan OP. Tak kira!

Jadi sebagai jalan tengah, aku kena pandai pilih OP. Aku kena pandai cari OP yang harganya tak terlalu mahal tapi menawarkan hasil keja yang memuaskan.

Dan aku pilih OP ini.

sila klik sini untuk lihat pakej-pakej yang ditawakarkan. *skrol ke bawah sikit..pakej ada kat bahagian bawah*

Maka aku pun beranikan diri contact En. Suhaimi dan mula bertanya itu ini tentang harga pakej segala. Dan Abg Suhaimi ni memang la tak pernah failed sekalipun dalam menjawab semua sms, call, mahupun emel aku. Haruslah kan..nak jaga client. Hehehe.

Dan muktamad aku pilih dia as my OP.

Beberapa hari sebelum nikah, aku, mak, dan incik tunang sempat berjumpa dengan Abg Suhaimi untuk tengok album-album yang dia hasilkan, discuss sikit sebanyak tentang cara dia bekerja segala. Dan aku puas hati.

Cuma satu jek, aku diberitahu yang OP aku masa majlis nanti bukan Abg Suhaimi sendiri tapi Abg Razak. Abg Suhaimi terpaksa cover majlis lain kat Kelantan kalo tak silap. Hmm..itu je la yang aku regret sebab aku tak diberitahu awal. Kalau aku tahu awal OP in charge masa wedding aku orang lain, memang aku nak jumpa dengan OP tu jugak. Aku nak tengok orangnya, nak tengok cara komunikasi dia, cara dia nak briefing aku semua tapi dah lambat. Kami cuma sempat sembang dalam fon je sehari sebelum nikah.


Tapi overall, aku suka cara Abg Razak bekerja. Beliau tahu apa yang patot dibuat. Tapi aku ada la jugak bagitau yang aku mahu gambar-gambar sekian-sekian dicapture, aku mahu banyak gambar candid bagai. Dan dia paham apa yang aku nak.


Abg Razak smp terpaksa tunjuk demo aksi posing gara-gara pengantin pompuan yang "kayu"

Abg Razak pun sangat punctual. Kalau sesi make up mula kul 3,30, kul 3 beliau dah terpacak depan umah dah. Harusnya memang begitula. OP yang baik mesti selalu tepati masa. Datang awal xpe, lambat jangan. Huhu.

Buat masa ni aku takde lagi gambar-gambar dari OP. Owh lupa nak bgtau, Abg Razak cuma snap pictures je masa majlis. Segala mak nenek proses editing semua Abg Suhaimi yang akan buat.



Abg Razak meluat agaknya tengok aksi konon romantik psgn baru kawen ni.haha




Jadi aku memang tak sabar nak tunggu hasil keje beliau.
.
.
.
.
.
.

whuarghhhh!!! makan budakk!!



Hmmm terasa lambatnya nak tunggu sebulan lagi. Hehehe.


OV: Wandet Entertainment.

Wandet Entertainment ni sebenarnya adalah kampeni abah aku. Huhu. Jadi aku risau jugak nak buat review kat sini, takut ter bias. Haha.



Tapi takpe, aku cuma review tanpa dibayangi oleh perasaan berat sebelah ke apa okey.

Okey mula.

Wandet Ent merupakan satu kampeni videografi yang semakin membizi sekarang ni. Owh aku bukan nak mempromosi ye, tapi memang hakikat. Mana taknya, aku sendiri pun dah susah nak jumpa abah sendiri sekarang ni sebab beliau asik ada job je manjang. Huhu.

Hasil keje Wandet Ent pun aku tengok semakin bagus. Semakin berkualiti. Sebenarnya Wandet Ent ni dah ditubuhkan lama dah..dari zaman aku sekolah lagi. Dari zaman mereka beroperasi dari rumah sampai lah sekarang dah ada studio sendiri kat Taman Cempaka, Ampang.

Wandet Ent ada 5 team untuk amik video client dalam satu-satu masa. Makna kata dalam sehari diorang boleh cover 5 events dalam masa yang sama. Dan masa majlis aku aritu, bos Wandet Ent hantar 1 team untuk aku. Dari pemerhatian aku, team Wandet Ent memang bekerja keras. Mereka akan rakam semua memori indah dalam majlis aku. Kalau boleh taknak tertinggal satu pun. Memang aku kagum.


Aku chenta sama kamu wahai mamat yang pakai baju putih..........................................dalam skrin kamera.haha

Cuma.........
.
.
.
.
.
Satu je aku nyesal sangat. Aku tolak pelawaan mereka untuk temubual pengantin masa majlis aritu.

Adehhh!!

Nyesal! Nyesal! Nyesal!

Napelah aku pegi tolak sedangkan itulah antaa elemen menarik nak bagi sesuatu video tu lebih terbabom yada yada. Kan? Hmmm ni semua gara-gara pengantin dah penat sangat. Sampai nak di interview pun dah tak mau dah. Hahaha.

Aku nyesal sungguh tentang itu.

Owh lupa, kalau ada antara kamu-kamu yang berminat nak survey-survey tentang Wandet Ent ni boleh la singgah lawat-lawat belog mereka di sini:

Wandet Entertainment

klik la. =)

Kat situ ada dinyatakan sekali pakej videografi semua. Hmmm..setahu aku harga masih boleh dirunding mengikut bajet kita. So no need to worry.

Kalau nak terus call pun boleh. Ini numbernya..

o17-2345873 (Wan Det)

Kalau nak add kat fesbuk pun boleh jugak..klik link kat bawah ni:

Wandet Entertainment at Facebook

Cubalah!

Kerana majlis mu begitu berharga....*haha ada tagline siap*




Nota kaki: Dear, mulai esok entri semua dah di schedule okey. Aku dah siap-siap bekal kan kamu-kamu dengan cerita kawen aku sepanjang aku balik kg dan ke Langkawi nanti. Dari hari jumaat sampailah hari apa ek...x sure lg. Aku belum mula menulis entri bekalan lagi. Jangan lupa singgah okey! =)


Wednesday, June 16, 2010

EPISOD 8: ANJE....PAK ANDAM AKU

Okey, semalam aku dah corat-coret tentang katerer aku. Hari ni aku nak merepek meraban *haha* tentang Bridal Pakej yang aku amik pulak.

So...are you ready pretty???

Cekidaut!

Bridal Pakej: Anje Puchong.

Kamu-kamu mungkin perasan yang aku selalu sebut nama Anje dalam entri-entri sebelum ni. Anje itu adalah nama glamer Pak Andam aku. Aku pun tak sure apa nama sebenar Anje ni. Huhu..jadi marilah kita sama-sama panggil dia Anje jek.=)

Anje ni beroperasi dari rumah jek kat Puchong. Beliau belum ada kedai atau butik tetap lagi. Tapi even beroperasi dari rumah je pun tapi customer beliau tersangatlah ramai. Boleh kata tiap minggu beliau bizi memanjang. Nak jumpa pun susah.Huhu.

Tapi yang bagusnya Anje ni, harga yang ditawarkan berbaloi. Kira berpatutan la dengan apa yang beliau bagi. Untuk majlis aku, aku request:

- Sepasang baju bersanding (L/P) *baju aku baju baru*
- 2 kali make up
- 1 pelamin nikah dan aksesori
- 1 pelamin sanding dan aksesori
- aksesori pakaian utk nikah dan sanding *kasut, payung pengantin, bunga tangan, segala bagai kalung leher semua dia bagi*

kasut tempah dari www.pengantinmelayu.com

Harga????

RM 1850..

Okey tak harga tu? Ke mahal?

Bagi aku okeylah..dengan baju baru, design boleh pilih sendiri, kain, warna semua pun kita boleh tentukan sendiri. Kalau taknak baju baru pun boleh. Anje ni ada banyak koleksi baju-baju yang santek-santek lagi menawan. Kalau nak pakai baju sedia ada rasanya tolak dalam RM250 dari harga kat atas tu.


Sebenarnya apa yang buat aku tersangkut dengan servis Anje ni adalah make up beliau.

Perghh!! Aku memang jatuh chenta.




Cantik. Suka!

Cuma yang kurang best sikit adalah tentang pelamin. Anje masih tak banyak koleksi pelamin-pelamin yang tengah trend sekarang. Macam pelamin panel putih tu cuma ada satu set jek. Nasib baik aku booked awal pelamin cenggitu, kalo lambat sikit nan ado la aku merasa pelamin gitu.

Tapi pelamin tu masih cantik kan??

Dua kali suka!!=)

Makanya..kepada sesiapa yang berminat untuk amik Anje untuk wedding nanti, aku boleh bagi fon number Anje. Website ke blog ke apa maaflah, Anje belum berkesempatan agaknya nak promote guna saluran itu. Huhu

Okey okey dear..amik pen dan kertas. Capai fon masing-masing pun okey, lagi mudah,

Ha salin number ni.


0126691607 (ANJE PUCHONG)


Okey dapat dah semua??

Gud gurl..hehe

Sebagai penutup entri, layankan gambar pengantin perempuan yang menjadi-jadi sengalnya bila pengantin lelaki pulang lepas akad nikah..haha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



haha. bajet mata mcm Rozita Che Wan!

Tuesday, June 15, 2010

EPISOD 7: CORAT-CORET TENTANG KATERER ITU

Wahh...nampak sangat aku tengah membosan duduk kat umah ni sampai tiap hari mau bagi makan entri. Hahaha..takpela, mulai hari Jumaat (18 Jun) sampai Ahad (27 Jun) aku akan membizi. Time tu memang rasanya takkan ada sebarang entri baru dari aku. Orang tengah berhanimunan takkan mau bagi makan entri ye tak? Hahahha...*gatai*


Okey, today aku mahu bercerita tentang vendor - vendor yang terlibat dalam majlis aku. Untuk permulaan aku mula dengan katerer aku dulu okey. Di lain entri aku akan proceed dengan vendor yang lain pulak.


Chalo!

Katerer: Sri Angsana Catering

Katerer ni merupakan katerer yang keluarga aku amik masa adik lelaki aku kawen dulu. Disebabkan makanan mereka yang sangat sedap, maka famili aku decide untuk amik katerer ni sekali lagi. Aku pun mengikut je la. Mana yang terbaik untuk keluaga, baiklah untuk aku. Kan?

Secara keseluruhannya, prestasi Sri Angsana ni boleh aku katakan meningkat berbanding masa wedding adik aku dulu. Yela, dah dekat 2 tahun, pastilah diorang ada penambahbaikan yang dibuat ye tak? Walau apapun aku tetap ada komen positif dan negatif tentang Sri Angsana ni. Boleh kan? Kita mula dengan yang negatif dulu la ek.

Yang negatif:

1. Khemah dipasang terlalu awal. Kak Aishah *bos Sri Angsana* janji khemah akan dipasang pada hari Khamis petang tapi yang aku tekejut bila staff dia call aku pagi-pagi buta Khamis inform kata diorang dah otw nak ke rumah aku untuk pasang khemah? Omaigod! Bukan apa, jalan depan rumah aku ni boleh kata jalan sibuk. Pagi-pagi orang masih ramai nak guna jalan p keje. Kalau pasang khemah awal sangat kang tak pasal-pasal aku sekeluaga kena maki dalam hati. Haih! Tapi apa boleh buat...redha je la khemah siap pasang seawal pagi hari Khamis.

2. Kipas industri tak dipasang pada hari majlis. Owh ini memang boleh buat pengantin rasa nak mengamuk. Bayangkan khemah-khemah lain semua ada disediakan kipas siling tu, tapi untuk khemah pelamin takde. Memang aku yang takmau kipas siling tu kat khemah pelamin, aku nak letak lampu candeliar *btol ke ejaan?* kat atas tu. Konon nak nampak cantik la. So aku request la 2 bijik kipas industi yang gedabak tu untuk sejukkan sang pengantin kala bersanding nanti. Tapi malangnya kipas tu duduk elok je terletak tepi pelamin. Tak berpasang..Memang aku hangin. Panas weh..kalo korang tengok video masa aku bersanding memang boleh nampak jelas ketara aku dok bisik-bisik kat pengapit suruh somebody pasang kipas tu.

nampak tak aku tengah bisik-bisik kat pengantin suruh sesape tolong pasang kipas yang duduk elok kat tepi pelamin tu. Nampak tak?

Tapi sape la yang reti..dengan wayar-wayar langsung tak bercucuk kat plug lagi..takde siapa berani nak usik. Kang blackout satu rumah kang naya jek. Sudahnya....berpeluh sakan la kami laki bini atas pelamin. Hahaha..

Tapi nasib baik Kak Aisyah tu pulangkan balik RM100 yang kami bayar untuk kipas tu. Kalau tak memang hangin la aku. Huhu

3. Kek pengantin tak sedap. Huhu..




Memang frust jugak la aku bila kek dua tingkat tu kurang sedap. Dulu masa wedding adik aku, kek diorang sangat sedap. Serius, memang sedap. Even nampak rupanya biasa jek, tapi rasanya sangat yummy.

Bila sampai turn aku..adoyai....maaf kata la. Biasa je rasa dia. Sampai takde sape nak makan pun. Ni pun dok elok ada setingkat lagi kek tu..bulat lagi dalam peti ais. Sape nak?? Hehehe..



Hmmm apa lagi komen negatif yek? Rasanya itu jek kot. Hahaha..Jom kita tengok komen positif pulak.




Yang positif:

1. Susunan kerusi meja nampak kemas dan teratur. Khemah tak rasa terlalu serabut dan sempit sampai tetamu nak bejalan pun takde ruang. Gud job!

2. Ikatan reben pada kerusi tetamu pun nampak cantik. Aku pernah tengok dalam gambar porfolio Sri Angsana ni yang mana ikatan reben pada kerusi-kerusi dibuat sambil lewa jek, tak kemas. Maka sebab tu aku dah nekad akan duduk bawah khemah masa diorang pasang scallop dan ikat reben ni. Kalau nampak dioang ikat main-main memang aku suruh bukak balik dan ikat sekali lagi. Hehehe..kejam ke?

cantik dan kemas. *abaikan sepupu aku di situ*

3. Pelayan Sri Angsana sangat efisyen dan rajin.Aku tak sure masa wedding adik aku dulu diorang pakai uniform camne, rasa macam pakai T-shirt rasmi jek. Tapi kali ni semua pelayan mereka pakai uniform cantik sikit siap ada vest. Baru nampak vouge gitu. Huhu..Paling best, pelayan-pelayan mereka kacak gitu! Auuw! *ah sudah....*

dilayan oleh pelayan.hehehe


pinjam garaj jiran sebelah untuk letak segala bagai lauk pauk dan tempat basuh pinggan mangkuk. Thanks jiran!

4. Makanan mereka maintain sedap hingga menjilat jari. Huhu..serius makanan dari Sri Angsana memang sedap. Sayangnya aku sang pengantin tak bepeluang nak makan banyak pada hari tesebut. Maklumlah...malu-malu. Hehehe.

jemput-jemput makan..

Dalam banyak-banyak lauk aku paling terjatuh chenta sama ayam goreng berempah. Ayam ni digoreng semasa majlis, makanya bayangkanlah bila dimakan panas-panas..perghhh terbaik!

Satu lagi lauk yang orang sebut-sebut sebagai sangat sedap nom nom nom adalah acar buah. Hmmm..untuk acar buah ni aku takleh nak komen lebih-lebih sebab aku memang tak reti makan acar-acar ni. Tapi famili yang lain ramai yang suka acar buah Sri Angsana ni. Cubalah!


5. Satu lagi yang paling aku suka tentang Sri Angsana ni adalah harganya!



Aku amik pakej 1 tu. RM8.80 sekepala. Famili amik 1200 pax, aku pulak ngada-ngada request khemah sampai 9 bijik, siap nak kerusi bersarung bereben bagai, dengan khemah pengantin ada undelayer + candelier semua...kira total total semua kurang lebih RM13 k. Bagi aku berbaloi la...kalo kira-kira balik satu kepala jatuh dalam RM11 camtu. Masih affordable la bagi keluarga biasa-biasa yang punya anak ngengada mahukan decoation khemah ala-ala wedding di hotel. Hahaha!


Hmmm rasanya itu je la yang aku mahu coretkan di sini tentang katerer aku. Kepada b2b yang mahu try Sri Angsana ni, cubalah. Owh lupa nak gitau, Sri Angsana macam ada dua kumpulan yang begerak tapi bawah satu nama. Aku pun tak sure nape. Dua kumpulan seakan-akan bersaing antara satu sama lain. Satu nama Aisyah, satu lagi nama Nurul kalau tak silap. Yang Nurul tu selalu ada time pameran pengantin kat sekitar KL. Tapi aku berurusan dengan Aisyah. Kalau ada sape-sape yang pernah berurusan dengan Sri Angsana ni dan mahu share pengalaman..silakan la. Ruang komen sedia menanti. Untuk kebaikan kita semua jugak kan?

Okey la..sekian dulu. Perut suda lapa..

Daa..




Nota kaki: Pssst..aku tak larat nak wat link dah episod-episod sebelum ni. Kamu skrol sendiri ek ke bawah, ada entri episod 1 smp la 6. Uhuhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...