MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, August 28, 2011

Peluk Suami Ketat-Ketat...*macam kau sorang ada suami*


Aduhai...panasnya cuaca malam ni. Aku ni dari tadi dok setia pegang towel kecik buat lap peluh. Berpeluh-peluh sakan ni ha..padahal duduk depan lappy je pun. Tak paham.

Tapi hari ni memang agak kepenatan sikit. Banyak betol kejadiannya hari ni. Bercekau dengan incik suami pun iye jugak hari ni. Haha.

Siang tadi, bincang-bincang hal menu berbuka untuk hari ni. Nak makan apa?? Last-last puasa ni mana da bazar ramadhan lagi dah..orang semua pakat balik kampung beraya dah pun. Peniaga-peniaga yang ada pun semua gigih kira untung je sekarang, pastu nak cepat-cepat redah shopping mall, beli kain baju raya untuk anak-anak kekdahnya.

Jadi untuk orang-orang yang pemalas amat masak macam aku ni?? Nak makan apa??

Ajak suami berbuka kat mana-mana restoran kat luar....hmm restoran mana pulak yang bukak kan? Fast food? Silalah jangan.. Kalau taknak tengok incik suami juih bibir 8 kilometer..sila jangan usulkan.

Sudahnya..lepas dah pum pang pum pang bincang, aku setuju untuk masak juadah berbuka hari ni.

Lauk pilihan suami..simple sajork.

Sambal tumis ikan bilis, Ayam masak kicap, ikan goreng, telur masin.

Senang.

Lepas tu, agenda ke pasaraya..membeli bahan mentah.

Ni nak habaq mai ni...laki tu sempattt lagi menyambar sebijik jug air lagi. Hadoi!! Tak paham, tak paham..Mengidam jug air gamaknya pakcik tu. Kelmarin dah beli 2 set, hari ni nak beli lagi 1. Okeylah..belilah..tak de daya nak melarang dah. Heh.

Balik dari pasaraya..terus mula masak. Incik suami offer diri nak bantu mana yang terdaya..niat baik dah, tapi mulutttt..tak henti-henti pot pet pot pet komplen itu ini.

Aku blender bawang tak 100% hancur....komplen.
Aku buang sisa-sisa sampah tak guna beg plestik besar yang beliau baru beli tu...komplen.
Aku tak simpan ikan dalam peti ais....komplen.*padahal ikan tu kejap lagi aku nak goreng dah.*

Haishh!! Macam-macamlah kena bambu hari ni. Sampai hangin aku. Merajuk 10 minit dalam bilik. Heh.

Lepas seploh minit okeylah balik..datang jugak depan muka suami mintak big hug bagai..Ngaaadaaa!

Lepas berbuka segala...mulalah episod menyudahkan kerja-kerja tergendala.

Iron baju melayu hubby..*kot-kot la beliau nak p beraya umah kawan nanti kan*
Iron baju keje suami.
Isi kuih raya dalam balang.
Bentang alas meja.
Kemas beg nak bawak balik KL esok.


Done.

Sekarang masa untuk berdua-duaan dengan suami kesayangan.

Al maklumlah..nak berpisah 5 hari...Lama tu 5 hari.ibarat 5 tahun katanya.. Heeee..

Masih ada kurang lebih 12 jam lagi sebelum berangkat terbang ke KL.

Mahu habiskan sepanjang malam..memeluk incik suami ketat-ketat...tak mahu lepas.


*muntah*

Saturday, August 27, 2011

Selagi Tak Raya..Selagi Tu Takleh Stop Mengemas Rumah.


Lusa nak terbang balik ke semenanjung dah.

Gumbiranya!!

Tapi dalam gumbira-gumbira tu hati tetap sayu mengenangkan incik suami yang terpaksa ditinggalkan kerana bertugas di Aidilfitri.

Sedih woo..

Kadang aku rasa aku macam isteri yang kejam sanggup tinggal suami semata-mata nak balik beraya. Bersalah pulak tiba-tiba.

Tapi takpelah..yang penting suami kesayangan sentiasa dalam hati. Tambah pulak aku balik pun dengan izin suami..kau tahu je la, bila dah jadi isteri ni..nak buat apapun kena mintak izin suami..mohon redha suami. Kadang nak pegi "yak" pun nak bagitau suami jugak. Gitu kekdahnya...

Walaupun aku akan balik beraya kat semenanjung, dan suami cuma di Labuan..aku takkan sesekali abaikan tanggungjawab aku.

Makanya hari ni aku mula operasi..Aku namakan Ops Raya!

Boleh?

Apa yang aku buat hari ni?

- basuh sekalian baju-bajan yang dah penuh sebakul, termasuklah kain-kain yang bersidai bersangkut belakang pintu, tepi tingkap segala. Ini incik suami la ni..suka nau sangkut-sangkut baju..takmau basuh lagi katanya, takut baju lusuh. Ceh. Dah selamat aku basuh semuanya.

- Kemas rumah. Lantai satu rumah aku sapu 3 round, pastu mop pulak 2 round. Habuk-habuk semua aku kasi buang. Sawang-sawang yang mana terjangkau dek penyapu habis aku kaut. Memang bermain dengan habuk. Bahaya untuk baby kan? Jadi aku dah siap-siap tutup mulut dan hidung dengan towel kecik...perlindungan gitu.

- Kemaskini dapur. Hoh, bersepah rupanya kabinet dapur aku. Entah apa saja yang ada dalam kabinet tu. Jajan-jajan ntah zaman bila pun ada lagi..tak bermakan. Jadi aku sedekah ke plastik sampah je la. Peti ais kasi clear..lauk sebelum puasa dulu pun dok ada lagi dalam peti ais rupanya..nampak nau pemalas kau ni yongnana...Jadi kasi buang, kasi bunag semuanya.

- Masak air. Heh, nampak macam apa je la masak air pun nak masuk list ke? Tak kira..nak masuk list jugak sebab jenuh 5 6 round aku masak air hari ni. Aku target nak ready at least 10 liter air. Hoh..mampu ke?? Ini semua nak mudahkan incik suami masa raya nanti. Mana lah tahu..ada kawan-kawan dia yang nak datang beraya ke rumah, kalau dah siap ada air masak banyak-banyak kan senang beliau nak bancuh air. Kordial pun aku beli yang siap ada gula tu. Senang...cuma tambah air masak, tambah ais batu. Siap!


So far untuk hari ni itu je tugas aku. Esok aku sambung lagi. Esok last day sebelum aku berangkat terbang pulang ke KL. Jadi banyak jugak kerja nak setel esok.

Just untuk ingatan aku. Esok mesti kena kasi setel semua keje kat bawah ni..

- Iron baju melayu incik suami sebanyak 2 pasang. Iron sampin sekali ye.
- Isi kuih raya dalam bekas kuih.
- Pasang alas meja baru di meja makan. Wahhh...nak mention jugak tu alas meja baru. Coi!
- Iron baju keje incik suami cukup-cukup untuk minggu depan. Sejak berbini ni beliau terus dapat gred F dalam iron baju. Sengaja nak buli aku tau.
- Lagi apa ek...oh ye, packing beg nak bawak balik KL. Takde apa pun yang aku nak bawak balik..baju 3 4 helai je sudahla..Kat rumah Ampang nun se almari lagi ada baju aku. Huh.
- Finalise touch up rumah.
- Masak-masak?? Heh..takde. Aku bukan reti nak buat rendang ke ketupat ke apa ke. Kuah kacang pun tak reti. Jadi incik suami..sila jamu tetamu yang bertandang dengan kuih raya je la ek. Hehe.


Itu je kot yang tinggal. Ke ada lagi? Adeh tentiba blank pulak pala hotak.


Yang pasti..

Mood raya sudah marii!!


Selamat Hari Raya Semua!!

Friday, August 26, 2011

Mengidam Lagi Gamaknya Suami Aku nih..Alahaiii.



Yeay!!

Cuti raya sudah bermula!!

Yeay!!

*heh..seronok bukan main*

Hari ni Jumaat, last day sekolah. Pergi sekolah pun serupa macam takde mood. Hati dah terbang pulang ke semenanjung katanya.

Petang ni aku memang ada planning best punya dengan incik suami...mahu membeli belah persiapan raya untuk rumah kami. Tapi takdelah apa sangat yang nak di beli pun..just nak beli...

- kuih raya 4 5 jenis.
- balang kuih raya.
- Set jug dan gelas yang cantik sikit sebab kat rumah ni sekian lama guna jug n cawan plestik sajork. Tak matching pulak tu gelas dan jug nya. Heh.


Dalam senarai penting memang itu je sebenarnya yang nak di beli. Al sudahnya ber plestik-plestik barang yang kami sopingkan. Heh.

Tapi takpe..masih under bajet. =)


Yang tak menahannya incik suami la..

Dalam list..cuma nak beli 1 set je jug and cawan...sekali sampai kedai, di kautnya sampai TIGA SET jug and cawan.

Hohoho...dia nak buat open house gamaknya raya tahun ni.

Puas aku pujuk untuk beli 1 set jek..yelah, nak buat banyak-banyak kan? Hurm..haram nak makan pujuk. Katanya.."abang nak jugak..nak jugak!".

Heh..yelah..amiklah.

Tapi aku tak puas hati jugak..gila sampai 3 set nak beli. Aku pujuk lagi untuk kurangkan bilangan set jug tu..oklah oklah..dua set okey? Kita beli dua set jek..


Incik suami setuju.

Legaa...


Tak cukup lagi tu kisahnya..ada lagi.

Dah puas round-round depatment barang-barang rumah, kami turun pergi supermarket pulak. Incik suami nak cari apa benda entahlah..ikut je la.


Jalan jalan jalan..

Dia capai megi perisa itik. *iyeewww..megi?? nak raya?? perisa itik?? hampunnn*

Dia capai air kotak milo yang besar. *okeylah..aku suka*

Dia capai capai capai entah apa lagi..tentiba incik suami berbunyi gini..


" mana diorang letak biskut ek? "


Biskut??

Eh..tadi kan kita dh beli biskut raya dah..banyak dah..tak cukup ke?

4 jenis biskut yang sempat dirambat. Ada 3 jenis kerepek/maruku/kekacang aku sorok kat belakang balang biskut. Heh


"Bukan bukan bukan...bukan biskut yang itu."

Abis tu??


" Ha...biskut ni."

Kata beliau sambil tersenyum puas..jumpa biskut idaman.



Biskut apa??


Biskut ini.



Sampai dua dikautnya.


Hurm..orang hari raya nak makan biskut raya..

Beliau???


Aduhai suami saya...

Thursday, August 25, 2011

Baby Moving....Precious Moment.


Baby moving..

Kalau dapat rasa memang best.

Ramai jugak yang tanya, camne rasanya baby moving tu. Hurmm..kalau nak jawab soklan ni memang amik masa jugak nak jawab sebab tak tau nak describe camne.

Masa awal-awal dulu rasa macam ada angin-angin atau rama-rama terbang dalam perut.

Pastu lepas beberapa miggu rasa macam perut tersedu-sedu.

Makin lama rasa macam ada ombak laut dalam perut.

Dan sekarang aku dah mula rasa tendangan dan tumbukan manja sang anak.



Soooo precious!


sekadar gambar hiasan. Aku belum lagi ada can nak tengok tapak kaki anak melekat kat kulit perut cenggini.huhu



Sejak dua tiga menjak kebelakangan ni, aku selalu nak share rasa pergerakan baby dengan incik suami. Bila aku tengah baring-baring, relaks-relaks dan tentiba dapat rasa baby tendang-tendang sampai terjungkit perut..cepat-cepat aku tarik tapak tangan incik suami letak kat perut.


Incik suami menunggu dengan penuh debaran..

satu saat..

dua saat..

empat saat..

seploh saat..

Nothing.

Hampa pakcik tu.

Elok je incik suami angkat tapak tangan dari perut...budak kecik dalam perut ni mula balik buat aksi dancing lalala...berdenyut-denyut perut aku. Heh.

Nampak macam baby pandai kesan mana tapak tangan mamanya..mana tapak tangan abah. Sengaja dia takmau abahnya rasa dia moving-moving...nasiblah ye abahnya.


Incik suami punya kecewa sampai sanggup.....................






















Berjaga tengah-tengah malam, sengkang mata beberapa minit..

hanya untuk letak tapak tangan atas perut aku yang tengah syok tido..


Nak curi-curi rasa baby bergerak la tu...


Kannnn?





Hehe..


Baby..pehlislah sesekali bagi abah rasa aksi dancing lalala kamu itu.

Kesian abahhh.

Wednesday, August 24, 2011

Duit Raya Sorang Dua Hengget Cukuplah Kannn...


Huishh!!

Pusing-pusing..

Baru lepas kira-kira bajet raya. Banyak jugak ongkos kena dikeluarkan untuk duit raya tahun ni. Aku ni keluarga sudahlah besar..adik-adik je ada 9 orang, termasuklah adik kandung, adik satu mak, adik satu abah, adik ipar segala. Anak buah dah 4 orang, sepupu sepapat ni yang tak menahan..kemain ramainya boleh buat perlawanan liga bola sepak dah kekdahnya...lebih 30 orang. Semua sepupu sepapat pulak jenis yang masih kanak-kanak ribena, yang memang sah-sah akan hulur tangan mintak duit raya..jadi silalah redha. Siapalah kita tanpa ahli keluarga ye tak?





Takpela takpela..niat bersedekah je la. Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi bersama ada berkatnya. Untung-untung anak dalam perut ni nanti tidaklah kedekut bak haji bakhil kekdahnya.

Jadi sanak saudara yang masih qualified beratur kutip duit raya..sila get ready tapak tangan. Beratur lurus-lurus, behave, salam cium tangan mintak hampun mintak maaf elok-elok dulu...pastu sila doakan Yong kamu ni murah rezeki dan dapat baby comel hujung tahun ni.

Kalau tak ikut peraturan di atas, kamu tadah tangan..Yong bagi rotan terus.


Nak mintak duit raya dari cikgu disiplin kaaannn..

Gitulah kekdahnya.


Heh.

Tuesday, August 23, 2011

Rasa Nak Hibernate Jek


Semalam hari yang sangat memenatkan.


Sungguh!


Waktu persekolahan mengajar 6 waktu. 1 waktu sama dengan 40 minit. Jadi darab sendiri. Heh.


Nasib baik hari semalam budak-budak adalah sedikit behave. Kelas pendidikan moral yang selalunya huru-hara tu pun boleh jadi kelas terpuji pulak semalam.

Kelas kemahiran hidup...macam biasa. Budak-budak behave. Biasalah semuanya anak-anak gadis sunti yang bersopan santuunnn...lemmahh lemmbutt..pakaii tudungggg..heh.

Tapi apapun cikgu adalah tetap penat.

Tambah hazab bila abis kelas Kemahiran Hidup jam 2 petang terus ada meeting Lembaga Disiplin pulaakkkk.

Aku setiausaha II pulak tu. Mencatat la aku di situ.

Tahu je la kalau dah namanya meeting, mana boleh setel 10, 20 minit kan? Harus makan masa paling koman 2 jam.

Letih.

Tapi tuan pengetua tu lagilah letih aku rasa, dah beliau je yang bercakap sepanjang meeting. Aku ni tukang catat jek, itu pun sebagai pembantu kepada setiausaha I je pun. Tapi letih jugak. Sampai mula sakit-sakit pinggang aku ni ha sebab duduk lama sangat.

Kau ni dapat duduk pun sakit pinggang, kena berdiri lama pun sakit pinggang. Mengada!

Balik rumah jam adalah hampir pukul 5 petang. Nak masak-masak memang takdelah kan..aku msak air je la paling hebat pun. Juadah berbuka macam biasalah..masak kat pasar ramadhan aje. Haha..

Itu pun sepanjang berjalan di pasar mulut aku tak abis-abis bising mengadu kaki sakit lah, pinggang lenguh lah sampai incik suami pun malas dah layan. Haha.


Malam tu, lepas berbuka segala,...mood aku terus rasa nak hibernate.

Jam masih awal..kul 8 kalau tak silap.

Jadi kita landing-landing atas katil je la dulu.

Macam sorga je dapat bermalas-malasan atas tilam empuk kan. Pasang pulak lampu romantik dari IKEA tu..huh, feeling hotel.



Dan tak sampai seploh minit lepas tu..


Mood terus rasa nak shut down jek.


Tido...ZzZZzZz..



Monday, August 22, 2011

Mak Buyong Dan Baju Rayanya...



Hari ni sudah 22 Ramadhan...

Yeayy!!

Dah tak lama dah nak raya. Tak sabar nak balik kampung. Rindu sangat dengan semua famili and saudara mara kat semenanjung nun.

Tapi yang tak bestnya................




Raya kali ni aku balik kampung tanpa incik suami. Sob sob sob.. Incik suami kena bertugas pada hari raya, beliau cuma mula cuti pada raya kelima iaitu 3 September. Aku pulak 3 September tu dah nak balik ke Labuan balik dah. Jadi tahun ni nampaknya memang incik suami tak berkesempatan balik beraya kat kampung halaman..kesian.


Yang aku pulak tiket flight dah beli awal sebelum tahu yang incik suami tak dapat cuti raya. Dah tu, nak di burn kan tiket terasa sayang pulak..nak ditinggal suami beraya sorang-sorang kat Labuan ni pun tak sampai hati jugak. Memang berbelah bagi hati ni.

Lepas dah bincang dari hati ke hati dengan incik suami, beliau dengan ikhlas hati mengizinkan aku pulang berhari raya di semenanjung. Banyak kali jugak aku tanya, betul ke dia izinkan...ikhlas ke..redha ke...beliau sungguh-sungguh jawab ya.

Jadi dengan izin suami terchenta aku akan pulang ke semenanjung "berdua" dengan baby 29 Ogos nanti. Sehari sebelum raya..ohh memang feeling.

Suami pun awal-awal dah belikan aku sepasang baju raya...sehelai maxi dress warna ungu. Cantik. Aku suka.

Mulanya pikir tak payahlah beli banyak-banyak baju raya tahun ni. Badan pun dah membadak, baju raya pun memang takde selai pun yang dihantar ke tailor..jadi malas lah nak beria sangat tahun ni. Incik suami pun bukan ada di sisi di hari raya..huhu.

Sekaliii....


Sehingga jam 9 pagi tadi, aku kira-kira aku dah punya 4 pasang baju raya!!


Oh yeahhh!!


Tentiba baju raya beranak jadi empat helai. Hehe..


Tapi takpelah, sebab semua baju pun jenis maternity dress. Boleh aku pakai sampai lusuh untuk tempoh 3 bulan akan datang ni. Lepas bersalin pun boleh pakai lagi. Insyaallah...jadi rasanya tidaklah membazir sangat kan? Ceaaa! Menyedapkan hati.


Aku suka ohh baju raya aku.



Maxi dress..turqoise in colour.

Tahun ni mak kata dia pakai baju kaler turqoise...jadi harus sang anak membeli baju warna yang sama. Sedondon itu wajib. Haha.




Nursing + maternity kurung.

Berbaloi beli baju kurung ni, time preggy boleh pakai..time menyusu badan nanti pun boleh pakai. Pakej 2 dalam 1 katanya. Hehe.

Aku pilih kaler ungu jugak walaupun incik suami dah beli baju kaler ungu sebelum ni. Ini semua gara-gara adik perempuan aku si Ninie tak jumpa baju kaler turqoise..dia jumpa baju kaler ungu jek....jadi kalau dia nanges-nanges takde geng pakai baju kaler ungu..mehlah kakak mu ini temankan pakai baju ungu jugak. Nak sedondon aje famili aku ni. Haha.


Lagi dua helai baju takyahlah upload.


Malas pulak nak cari gambar.


Apa cerita baju raya anda??

Kongsilah!

Sunday, August 21, 2011

Ya..Hari Ni Saya Vunguks!


Ya..sekarang ni bulan Ramadhan bulan yang mulia. Tak elok kalau nak memaki-maki mencarut bagai..Kurus pahala puasa kata orang.

Tapi aku tak fedulik, aku memang rasa nak maki-maki je hari ni. Bukan nak maki orang lain pun, tapi nak maki diri sendiri. Boleh??

Vunguks!!

Budus!

Heeeiiii...geram pulak aku dengan diri sendiri hari ni. Otak letak kat kepala lutut gamaknya. Eiiiii..nak je aku hantok kepala ke dinding batu tu biar berdarah berderai pun takpe. Gerammm!!

Cuba korang nilai sendiri budus ke tak budus aku hari ni..












Hari ni aku mengangkut katil size queen dari 2nd bedroom masuk master bedroom.

Seorang diri hokey. Incik suami takde, dia keje.

Lepas dah selesai angkut katil tilam segala, baru terasa penat, pastu baru teringat kat anak dalam perut.

Boleh??



Sekarang aku dah panik sebab baby macam tak gerak-gerak. Aku tak tahu dia tengah syok tido ke apa. Puas dah aku tepuk-tepuk perut kejut baby bangun...haramm!

Cuma aku dapat rasa perut aku masih denyut-denyut and tentiba tadi ada mild moving dalam perut.

Tadi pun aku dah call incik suami cerita segalanya..luckily aku tak kena tengking dek incik suami. Kalau tak ..memang padan muka aku.

Aku mintak izin suami untuk taknak puasa hari ni. Aku nak makan, nak minum susu...sebab selalunya baby akan cepat je buat aksi akrobatik bila makanan masuk perut.

Demimu anak....

Mama tak kisah bolos puasa sehari.

Tapi..pehlis pehlis pehlis...

Pehlis dancing dancing dalam perut mama sayang...

Hanya pergarakan baby je boleh buat aku lega.











Baby sayang.....maafkan mama.

=(

Saturday, August 20, 2011

Baby Stuff: Tungku + Bedung


Masih lagi kebosanan dalam bilik dikurung incik suami.

Incik suami bagi tugas lipat baju je. Keje lain tak boleh buat. A big no no kata beliau. Pantang aku bukak pintu bilik sikit pun kemain laju dia hambat aku masuk bilik semula. Nampaknya memang takde chance nak membantu la. Jadi sila duduk diam-diam dalam bilik.

Lepas siap lipat baju aku pun mulalah hobi aku..surf internet atau lebih tepat lagi hunting for baby stuff. Hehehe..

Asik membeli barang anak je aku sepanjang minggu ni. Takpelah..janganlah marah aku pulak..sebab rasanya semua 1st timer mommy pun akan berperasaan teruja lebih begini. Jadi biarkan je la aku dengan hobi baru aku ni. Huhu..

Hari ni entah kenapa jari tentiba suka je nak taip www.mypermatahati.com kat ruangan address tu. Aku pernah terjelepuk masuk kedai ni dulu, tentiba hari ni nak singgah lagi.


Dan tentiba jugak aku terbekenan pada benda ini.



harga RM14


Tungku baby.

Dulu masa anak buah aku Shaqil dalam pantang, aku selalu tengok mama dok tuam-tuam badan Shaqil guna tungku bunjut-bunjut. Mama kata dalam bunjut tu ada herba-herba, lada hitam dan apa ntah lagi..aku masa tu malas nak amik tahu. Mama kata penting untuk kita tuam badan baby yang masih dalam pantang ni.

Kena tuam perut dia untuk elak kembung perut...tuam tapak kaki dia...kalau baby boy, kena tuam tang bahagian tuttt dia tu. Penting tu,,untuk elak penyakit angin pasang. Nak tahu apa dia sakit angin pasang, bolehlah tanya pakcik google. Heh.

Jadi bila aku terjumpa tungku baby yang dah siap cantik gini, eloklah aku beli jek. Senang..takyah nak renyah-renyah buat sendiri lagi. Tinggal panaskan guna iron, then ready to tuam my baby.

Senang.


Then bila jalan-jalan lagi kat site tu...jumpa pulak ini.





Tungku Moden untuk mommy. Harga RM90. Kalau beli pakej tungku mommy + tungku baby = RM70. Banyak diskaun di situ. Berbaloi-baloi..


Weh, kita dalam pantang mesti bertungku tau..jangan elak-elak. Buruk kesannya nanti.

Setahu aku dulu-dulu mak-mak kita pakai tungku batu yang beratnya Ya Rabbi boleh berkerut muka nak angkat. Pastu kena panaskan pulak atas dapur api, balut pulak dengan kain tebal-tebal sebelum boleh tuam perut masing-masing. Renyah okey?



contoh batu tungku tradisional. Credit to images google

Aku pun tak tahu tungku tradisional gitu ada lagi ke tak kat rumah aku nun. Maklumlah...mak dah lama tutup kilang. Hehe.

Jadi terpaksalah aku call mama dan bertanya. Sah, mama kata ntah ke mana pergi dah batu tungku tu dia pun tak tahu. Dulu ada sorang hamba Allah ni pinjam lepas tu tak pulang-pulang. Aku pun ceritalah kat mama yang aku jumpa tungku moden kat internet ni, senang...tak payah panas-panaskan atas dapur segala...semuanya pakai cas jek.

Mama pun apa lagi...ha belilah katanya. Dia pun nanti senang keje. Tak payah nak angkat-angkat tungku berat bawak naik turun dapur untuk tuam aku..kannn?

Jadi aku pun teruslah klik "tambah masuk dalam troli saya".

Heh..tak puas hati lagi tu, hati nak membeli lagi ni. Jadi klik klik klik punya klik..sempatlah aku rembat dua helai bedung moden untuk baby.




Tahu je la mak mak kita ni, pantang kalau baby tak berbedung..takut jalan kengkang dah besar nanti katanya. Huhu.

Jadi sebelum kena bebel kenapa tak beli bedung anak, baik aku beli cepat. Ini bedung moden, kau tak payah susah payah nak ikat-ikat simpul mati lagi kat bahagian kaki baby tu sebab bedung ni dah siap berjahit bahagian bawahnya. Gerenti takkan terbukak punya walaypun sang anak meronta-ronta mintak dilepaskan dari ikatan bedung. Wahh..seksaan gitu. Haha.

Tak kesahlah..demi kebaikanmu anak..ceaa!

Kamu-kamu kalau nak tengok apa lagi yang best kat kedai tu pergilah terjah. Letih mak nak tulis panjang lebau kat sini.

Silap haribulan ada yang cop kata aku ni nak menunjuk-nunjuk apa yang dibeli..padahal niat hati suci murni gitu..nak berkongsi informasi.

Okeylah..

Daa!


Kena Kurung Dalam Bilik. Waaaa!!


Buhsan ohh!!

Kena kurung dalam bilik dek incik suami.

Ops, jangan pikir lain pulak. Ini bukan dikurung berdua dalam bilik, tapi cuma aku sorang je kurung. Heh. Bulan-bulan puasa siang-siang hari ni janganlah cari pasal mengurungkan diri berdua-duaan dalam bilik dengan incik suami pulak ye..naya kau di situ nanti. Haha.


Ini ceritanya..

Aku dah berhari-hari dok mengajak incik suami sama-sama gotong-royong kemas rumah. Kata rumah dah persis rumah spiderman kannn..raya pun dah tak berapa lama je lagi, orang putih kata just around the corner..tapi rumah macam baru lepas pindah masuk. Horror!

Aku bukan tak boleh nak mengemas sorang-sorang. Sebenarnya pun best lagi mengemas sorang-sorang, takde siapa ganggu. Lalalalala mengemas sampai bersih. Tapi aku takut aku semputttt...doktor pun dah tak bagi buat keje berat-berat, tak boleh nak penat-penat, itu yang mintah khidmat bakti incik suami tu.

Dan nasib baik incik suami setuju.

Dengan syarat..





Aku duduk diam-diam dalam bilik, main la internet ke tido ke hapa ke.



Biar dia mengemas sorang diri. Tak tahu nak mula dari mana katanya bila mengemas secara duet gitu. Serabut.




Pulak daaahhhhh.


Jadi sekarang aku memang tengah bersiaran langsung dari dalam bilik yang pintunya dikunci *nasib kunci dari dalam, kalau dari luar??* sementara incik suami tengah bersilat dengan habuk sawang di luar nun.


Macam-macam bunyi aku dengar.

Ketang-ketung..tok tok tok..prangggg!!

Segala bunyi ada.

Hurmm takpelah...

Selamat mengemas Incik suami!!

=)

Friday, August 19, 2011

PERSIAPAN RAYA...0%


Adoi!!

Pusing kejap kepala bila pikirkan persiapan raya yang langsung tak bergerak lagi terutama untuk rumah sendiri kat Labuan ni.

Kuih raya sebijik pun takde.

Balang kuih pun ilek.

Sarung kusyen belum bercuci...kotor kot.

Langsir??? Hmmm...malas la nak berganti baru. Lantaklah walaupun langsir rumah kaler merah tapi sofa and karpet kaler ungu. Ada aku kesah? Haha.

Fening fening..

Sebelum-sebelum bukan keje aku menyiapkan rumah-rumah, sediakan kuih-kuih raya segala ni. Ha kali ni...galaslah kau tanggungjawab baru ni.

Jadi aku dah mula dah bisik-bisik kat telinga incik suami...jomlah pergi cari kuih raya, balang kuih ke apa yang patot. Suami biasalah...kita tanya panjang lebau, dia jawab...hurmmmm jek.


Setuju ke tidak ke aku pun tak tau.

Hadoi pusing..pusing kepala..

Nak mengemas rumah lagi...

Rumah pun dah serupa rumah spiderman dah aku rasa.

Haih!

Thursday, August 18, 2011

BILA SUAMI MENGIDAM



Tengah bersiap-siap nak ke pasar Ramadhan tadi..tentiba incik suami call.

" Ayang, nanti tolong belikan abang karipap dua henget ye."


" Baikkkkk."


Itu antara intipati penting perbualan kami tadi.

Beliau mahu makan karipap kentang sebanyak dua hengget hari ni.

Selalu pun memang incik suami suka makan kuih karipap, tapi takdelah sampai dua hengget. Selalu beli singgit jek sebab aku mesti akan beli karipap sardin pulak singgit. Yep, kami laki bini memang hantu karipap. Huhu.


Dan selalunya, aku yang akan call beliau tanya nak makan apa sekian sekian. Bila hari ni beliau yang call dulu buat order nak makan apa, maknanya memang pakcik tu nak sangat la makan karipap hari ni.


Wajib beli.


Berjalan lah aku sorang diri bawak perut ke pasar ramadhan nun. Gerai pertama dituju haruslah gerai kuih karipap.


Tapi................malangnya kakak tu tak meniaga hari ni.

Hampa.


Berpusing la aku satu pasar mencari kuih karipap di gerai lain.


Pun takde. Habis semuanya.

Jadi aku beli je la kuih lain mana yang ada.






Kuih seri muka, kuih pulut sambal *tak pernah makan*, kuih lapis.


Sikit pun takde rupa karipap.

Dengan perasaana hampa berjalan la aku nak balik rumah. Tapi dalam hati tak putus-putus dok pikir..suami-karipap-suami-karipap-suami-karipap.

Haih!

Tak boleh jadi ni.

Aku kena patah balik ni cari jugak kuih karipap sampai jumpa. Belah hujung-hujung sana sikit ada jugak orang meniaga..tapi jauh sikit la nak kena jalan. Tapi takpelah..suami punya pasal...

Maka patah baliklah aku dengan misi mencari kuih karipap kegemaran suami.


Dan tahu apa??


JUMPA!!!


Dan yang lagi best nak tahu apa??


Gerai tu pun jual karipap yang sama dengan karipap yang selalu kami beli.

Yeay!!



karipap kentang kegemaran suami


Karipap sardin feveret aku pun ada di gerai tu.

Suka!

Alhamdulillah..

Kalau niat kita baik, tentu Allah akan tolong kan?

=)

Aku senang hati sangat.


Biarpun sedikit penat sebab terpaksa berjalan jauh sikit dari biasa, tapi demi menyengangkan perut suami kesayangan...


Apa ada hal kan??












p/s: Tadi incik suami call lagi tanya dah beli tak kuih karipap dia? See?? Betul mengidam pakcik tu..huhu

Wednesday, August 17, 2011

DEMM! AKU JATUH CHENTA SAMA BAJU INI




Masa: baru kejap tadi.
Lokasi: Bilik tido
Aktiviti: Apa lagi nak buat dalam bilik tido kan? Tido la..keh keh keh.


Tentiba...

Kringggg kringggg *bunyi henfon, bukan ringtone sebenar*


Mr x: Hello, ini Puan Wan Nor Fadzlina ke?

Aku: Ye saya..

Mr x: Saya dari poslaju. Ada bungkusan untuk puan. Puan ada di rumah ke sekarang?

Aku: Ye, saya ada di rumah.

Mr. x: Saya ada di depan rumah puan sekarang.

Aku: Oh yeke? Errr kejap kejap okey.


Menggelabah bangun capailah towel mana yang sempat buat tutup kepala. Nasib baik pakaian proper..buatnya tengah menyeksi..naya!

Dalam berjalan nak bukak pintu tu hati ni terpikir-pikir jugak, bungkusan apa pulak yang sampai ni. Apa yang aku beli eh?


Lupa.


Bila dah sampai ke tangan sediri, laju-laju koyakkan bungkusan..rupanya..............
















Ini.

















Baju baby!!


Wah hensem kot baju ni.

Aku sendiri sampai dah lupa yang aku ada order rompers ni untuk baby.


Suka sangat rompers ni. Bagi aku smart. Kalau anak aku pakai nanti mesti nampak kacak bergaya persis abah beliau..*nak muntah silakan..hehe*


Tapi aku pelik jugak, biasanya kalau aku beli barang-barang baby online semuanya aku mintak deliver ke rumah famili di Ampang jek. Bukan apa, jimat duit postage. Huhu.

Tapi entah camne baju ni boleh terbabas sampai ke seberang laut pulak.

Takpelah..janji sampai ke tempat yang betul. Kalau hilang hanyut tengah laut China Selatan nun lagi naya kan?


Yang penting...aku suka rompers ni.

Suka bangat!!

Tak sabar nak sarungkan ke badan anak sendiri.


=)



Tuesday, August 16, 2011

6 BULAN SUDAH..


Eh eh..dah mausk 6 bulan dah kandungan aku?

Sekejapnya.....

Pejam celik pejam celik...eh eh..dah membuyong dah perut aku. *padahal dulu pun boyot jugak.heh*


Kalau ikut ticker kat atas belog ni, baby belum pun lagi genap 6 bulan. Baru 23 minggu 5 hari. Ada dua hari lagi. Tapi kalau ikutkan bacaan scan yang latest baru ni, baby aku sekarang ni dah 25 minggu dah. Yep, baby aku memang besar lebih kurang 10 hari dari umur yang sepatutnya. Aku macam dapat rasa due date aku nanti mesti akan dianjakkan sikit ke depan. Maybe aku akan deliver hujung atau pertengah bulan November. Bukan lagi 8 Disember. Tengoklah macam mana nanti kan..

So far perkembangan baby sangat positif.

1. Aktiviti menendang dan menumbuk perut mama berjalan dengan lancar setiap hari. Tak lengkap hari baby agaknya kalau tak dapat terajang perut aku ni. Sebelum ni bila baby moving-moving rasa macam geli-geli je perut, sekarang ni..bila sesekali dia buat gerakan padu..memang boleh mengaduh senak aku. Hai la anak..


2. Sejak-sejak puasa ni, aku perasan baby akan bergerak aktif lepas aku makan. Katakan sebelum tu dia tido elok je dalam perut *tiada sebarang moving*, elok je lepas aku makan *samada berbuka atau sahur* memang akan rasa baby bergerak-gerak aktif dalam perut ni.

Aku rasa la..anak aku jenis kuat melantak macam mama dan abah dia jugak la. Pantang ada makanan masuk dalam perut, laju je..heh.


3, Perut aku dah mula gatal-gatal. Mula-mula ingat ada semut jalan-jalan atas perut, tapi bila check..eh takde pun.

Orang kata kalau perut gatal-gatal itu sebab rambut baby tu. Lebat gamaknya rambut anak aku ni. Gatal sampai dah macam king kong aku menggaru-garu. Oh ye, ada jugak yang bagi petua, kalau gatal perut masa preggy, jangan garu guna tangan..sila garu guna sikat. Ohh sedap kot garuk pakai sikat. Heh.

4. Itu cerita gatal perut. Aku ni sekarang bukan perut je gatal-gatal, satu badannn!

Nak-nak bahagian belakang badan.

Entahlah..sejak mengandung ni satu badan naik jerawat. Banyak kot. Lagi-lagi kat part-part yang senang berpeluh. Bawah dagu pun penuh jerawat. Mungkin sebab kerap peluh sebab pakai tudung. Belakang badan lagilah banyak jerawat. Celah cik B pun banyak jugak. Hodoh dah badan aku *macam lah sebelum ni badan licin bak sutera kan?*.

Jadi yang jadi mangsa kegatalan badan aku ni adalah incik suami.

Sampai beliau pun dah tahu sangat dah..kalau aku tentiba duduk sebelah beliau sambil menyelak belakang baju..itu maknanya aku mintak digaru la tu. Tak payah bagi arahan..laju je jari beliau garu badan aku.. Sedapppp.=)


5. Perkembangan lain...

Aku dah tak mampu nak ketip kuku kaki sendiri dah.

Senak perut bila kena menunduk bongkok-bongkok gitu.

Jadi...


"Abangggg..tolong ketip kuku kaki kite bolehhhhh? Pehlisss."


Heh.


Daa!

Monday, August 15, 2011

RINDU NAK SHOPPING RAYA DENGAN MAK



Bila kita dah nak jadi mak, baru kita tahu camne perasaan seorang ibu kan?

Dalam kes aku, walaupun aku belum officially digelar mama sebab anak masih lagi dok berenang-renang dalam perut *hehe*, tapi sikit sebanyak aku dah mula ngerti apa yang seorang ibu rasa.

Rasa sayang pada anak.

Lain sangat.

Tak sama macam rasa sayang kita pada husband, pada parents, pada adik beradik segala.

Sayangnya tu boleh kata macam kalau semut lalu atas perut aku pun sekarang, berbakul aku marahkan semut tu sebab risau anak dalam perut gatal-gatal kena gigit semut. Boleh??

Yang paling ketara sekarang...aku macam tak berapa peduli dah kalau berabis duit ringgit untuk keperluan anak. Ini belum lahir ni, serasa aku koman-koman 6 ratus hengget abis dah aku labur beli keperluan anak. Itupun belum abis membeli lagi, banyak lagi nak dibeli lagi ni.

Tapi ada aku kesah duit aku abis??

Anak punya pasal kan..

Sekarang barulah aku paham..kenapa mak aku *especially* selalu macam tak kesah kalau berabis duit untuk aku dan adik-adik.

Kau cakap je nak apa..mesti dapat punya. Tinggal cepat atau lambat jek.

Nak nak musim raya gini...mak mesti dahulukan persiapan anak-anak dulu. Selagi anak-anak punya kain baju raya tak setel, mak mesti takde hati nak siapkan kain baju raya beliau.

verangan diva bersama balang koi raya.

Aku pulak bila raya je tak nak kalah. Semua nak baru aje.

Baju kurung raya paling koman nak kena ada 3 pasang. Kalau kata tahun tu cuti raya 5 hari, kalau boleh lima-lima hari nak pakai baju kurung baru. Siapa yang beli baju raya aku?? Makkkkk jugak.

Ini memori sungguh, Raya tahun berapa la ni lupa. Aku yang paling sememeh duduk bersimpuh 7 dari kiri. Comot.

Tudung pun gitu jugak. Kalau dah ada 5 pasang baju kurung, tudung pun kena beli baru 5 helai jugak. Nak yang matching ajer. Padahal dalam almari banyak je tudung sama kaler yang boleh pakai.. Nak jugak tudung baru walaupun cuma tudung bawal je kekdahnya. Heh.

Kasut pulak...ohhh ini wajib ada yang baru. Sanggup mak seret kami adik beradik keluar masuk kedai kasut, pusing abis satu mall cari kasut raya. Tak jumpa jugak kalu, mak kata jom kita cari kat mall lain pulak. Gitulah kekdahnya sampailah jumpa kasut raya masing-masing. Pandai pulak tu demand nak dua pasang. Coi!


Aksesori-aksesori pun nak baru jugakkk...padahal brooch tudung tu berbekas-bekas ada kat rumah, nak jugak beli baru. Hand bag pun nak cari baru kalau boleh. Tahun lepas trend kami sepupu-sepupu semua pakat pakai clutch pegi beraya.. Ala-ala mak datin gitu . Haha.


3 dari kanan itu aku. Ceh, macam kurus pulak time ni. Tahun 2007 rasanya ni. Nka jugak bagitau, aku muat lagi pakai baju kurung tu walaupun mengandung 6 bulan. Gituuuu! *tp ketat la.heh*

Paling tak boleh blah...anak-anak baju pun nak jugak beli baru.. Ceh! Semangattt. Siapa yang belikan??

Makkkkk jugak.

Huhu.

Ni adik dengan kakak ni dari kecik baju nak serupa jek. Tahun ni je nampaknya baju raya kita tak serupa dah. Sob sob sob..


Tahun ni masuk tahun kedua beraya sebagai isteri orang. Jadi tanggungjawab sediakan keperluan raya sekarang bukan atas bahu mak lagi. Sedih kot..

Tapi aku tak kesah..incik suami pun tahu yang aku memang jenis setiap tahun mesti kena ada baju baru, kasut baru, tudung baru segala..Jadi beliau dah sediakan sedikit bajet untuk aku. Walaupun tak banyak macam mak selalu sediakan tapi alhamdulillah....ada jugak rezeki aku.


Kenangan beraya dengan incik tunang. Sekarang dah upgrade status jadi incik suami terchennta.


Sejak dah kawen ni, segan kot kalau mak belikan baju-baju lagi.

Tapi jauh dalam hati rindu kot moment shopping raya dengan mak.

Nostalgia

Sob sob sob..

SET BEDDING BABY...TILAM KEKABU



Hujung minggu yang baru ni memang syok lah aku bersoping barang anak. Di mana? Di internet sajork. Segalanya dihujung jari. Ceaa.

Ada jugak yang komen,

" Yong, okey ke beli barang online ni?"

" Eh, kau tak takut kena tipu ke beli barang melalui skrin laptop jek"

Kalau ikutkan memang lah aku pun ada perasaan curiga jugak masa nak membeli belah online ni. Tapi itulah, kena pandai cari kedai lah. Kalau boleh carilah blogshop yang ada akaun fesbuk. Senang kalau kita nak berurusan. Nak mesej ke nak chat ke...kalau agak-agak dia menipu pun senang jugak kita nak memaki hamun kat wall dia. Haha...Takdelah, gurau.

So far, apa yang aku beli selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya. Barang yang dibeli pun dalam keadaan baik, tiada cela. Tunggulah esok lusa, Insyaallah ada 3 4 bungkusan lagi akan sampai ke rumah aku di Ampang nun. Semua pun barang baby. Heh.


Setakat ni aku kira-kira baby dah ada 16 pasang baju. Majoriti aku beli saiz 3-6 bulan. Aku rasa cukuplah tu beli baju anak kat blogshop. Pasni ingat nak cari baju bajan kat mall pulak..itupun just nak beli baju belasah-belasah macam baju lubang-lubang, baju takde lengan, baju yang murah-murah sepasang RM10 tu. Heh, ada ke?

So sekarang ni mood aku tengah tertumpu mencari set bedding baby.

Aku dengan incik suami dah bincang, kami pakat nak beli tilam kekabu untuk anak kami nanti. Kitorang pun tido atas tilam 5" je tanpa katil. Jadi baby pun tido atas tilam je la ye, takyah lah katil. Heh.

Sebenarnya play pen dah ada, playpen anak buah aku si Shaqil punya. Budak tu tak reti tido dalam playpen, jadi berabuk kat situ je lan playpen tu. Mama suruh aku amik, tapi macam segan pulak. Heh..yelah, dulu beria share 50% sorang nak beli playpen untuk anak buah sendiri, alih-alih kita pulak nak amik untuk anak sendiri pakai. Adeh...malulah i. Heh


Inilah playpen Shaqil.. Mak Yong yang pilih dan tolong bayarkan....separuh. hehe.

Tengoklah, kalau baby reti tido dalam playpen masa berpantang nanti, bolehlah aku hangkut bawak balik. Itupun kalau rasa malu tu dah hilang lah. Haha.

Kalau tak..baby tido atas tilam dengan mama dan abah je okey baby? Baby tak demand kan....hehe

Jadi semalam aku terjumpa satu blogshop jual tilam kekabu yang perghhh!! Cun kot design sarung tilam dia.

Nama kedai:


Facebook: search Bantalkabu Indah


Memang cantik betul tilam kabu kat kedai ni.

Tapi harga pun cantik jugak lah ye. Keh keh keh.



Ini...aku tengok aku sendiri rasa nak baring atas tilam cantik gini. Kiut kot sarung tilam corak bee.

Tengok ini pulak.



Adehlah..comeynya mickey and minnie.

Teruja kot nak rembat satu walaupun harganya adalah RM190 satu set. Tak sedar diri duit takde,. Huhu..

Tapi malangnya dua-dua ni dah sold out.

Memang kebanyakan stok kat kedai ni dah abis buat masa ni. Aku tengah tunggu stok baru, mana tau tiga kali ganda lebih cantik mesti marrri!!

Kalau rasa harga tilam kedai atas ni mahal skit, meh sini aku share kedai tilam kabu yang murah sikit pulak.


Kat sini harganya rendah sikit. Starting dari RM110 untuk satu set tilam kekabu.

Contoh...ini.



Biasanya harga tilam kabu ni bergantung pada jenis kain untuk buat sarungnya tu. Lagi berkualiti kain yang digunakan, lagi mahal la harga. Standarlah kan. Tapi kat sini kita boleh beli kain kita sendiri dan bagi kat tuan kedai untuk dibuat sarung. Jadi harga akan kurang sikitlah sebab kita guna kain sendiri. Best kan?

Kalau tak cukup best, ni ada satu lagi yang aku jumpa..


Blogshop ni aku baru jumpa semalam. Beroperasi di Kelantan. Jauh tu..Kat sini pun boleh pilih kain sendiri kalau kita tak bape berkenan dengan kain yang diorang sediakan. Almaklumlah, mom to be zaman sekarang taste semua nak canggih aje. Tak main lah sarung tilam anak gambar doremon ke hello kitty ke bagai. *terasa kot aku*

Harga kat sini pun boleh tahan..

Lebih kurang RM130 satu set.

Contoh tilam yang aku berkenan kat kedai ni adalah ini.




polkadot..tengah in kot corak ni sekarang, heh.

Bila aku dah puas jenjalan blogwalking cari kedai tilam kabu kat alam maya ni, aku dapat rumuskan *wahh bahasa* bahawa harga tilam kabu sememangnya tidaklah murah.

Mahal kot!

Semua pun harga lebih RM100. Padahal tilam cenonet jek. *hoi, nak murah bagi anak tido atas tilam toto la woi*


Takpe takpe...aku rasa baik aku jangan gopoh sangat order tilam ni lagi.

Tak lama kan nak raya, aku insyaallah akan balik ke Kuala Kangsar, Perak. Rasanya kat pekan kuala tu pun ramai yang jual tilam kekabu ni. Mana tahu harga jauh lebih murah.


Kita survey dulu!!




notakaki: Psssttt, sesiapa ada tahu mana-mana lagi kedai best jual tilam kekabu untuk baby, kongsi-kongsilah kat ruang komen kat bawah ni. Sharing is caring rite? =)


Saturday, August 13, 2011

2ND TRIP SHOPPING DI ONLINE SHOP BEST




Online shopping ni memang macam dadah la aku rasa. Boleh buat kita ketagih. Aku ni bukan boleh, kalau dah start gian ber shopping online ni mulalah susah nak berenti.

Itu pun nasib baik doktor kata baby aku ni boy, kalau baby ni girl...uiii tak terbayang takat mana gian aku. Tau je la baju-bajan untuk baby girl memang lagi comel, lagi cun, lagi kiut, dan lagi banyak pilihan banding baju untuk boy. Jadi kurang-kurang terbatas jugaklah had pembelian aku. Nasiibbb.

Tapi dalam terbatas-terbatas kononnya, banyak jugak baju anak yang sempat aku rembat secara online. Setakat ni adalah dalam 16 pasang baju dah aku beli. Siapa yang nak beraya sekarang ni aku pun tak tau. Nampak gaya macam baby dalam perut ni yang lagi sakan berbaju raya. Haha.

So dalam entri ni aku nak share beberapa online shop yang aku rasa best dan harga murah. Biasalah aku..nak beli barang yang murah jek, almaklumlah...misekin. Haha.


Sebelum ni aku dah share website One Baby World. Boleh klik kat sini untuk tengok apa yang sempat aku borong kat onebabyworld.com nun.


Website kedua yang aku sempat singgah shopping adalah di sini.



Best jugak kat sini. Kalau ada anak perempuan memang heaven la belek dress comel-comel kat sini. Nasib aku masih waras lagi, kalau tak ada jugak baby boy sarung dress tak lama lagi. Haha.

Kat blog ni aku sempat kaut 3 helai jumpers. Bagi aku murah lah jugak jumpers kat sini. Harga dalam RM25 selai. Tapi kalau beli 3 atau lebih, dapat harga RM22 selai. Kalau jadi follower blog dia, kau dapat diskaun lagi 5%. Best kan? Heh, setakat jadi follower apalah susah sangat kan, bukan kena isi borang pun.




1 daripada 3 yang sempat dibeli.


Antara website best lain adalah ini.


www.permatasofea.com

Sini best sebab apa tau tak? Sebab kat kedai ni kita boleh beli barang dengan harga borong. Dengan syarat minimum purchase kita RM100.

Tapi yang aku perasan, kalau tak beli pada harga borong pun, retail price kedai ni memang dah murah banding online shop lain.

Contoh....ini.



Lamaze worm

Siapa pernah beli toys ulat bulu ni? Berapa ye harga korang beli?

Aku memang lama dah aim menda alah ni. Maklumlah kecik-kecik dulu tak dapat, jadi sekarang nak la beli. Kalau anak taknak main, biar mamanya je yang peluk cium buat bantal busuk. Haha.

Sebab aku dah lama berkenan, jadi selalu la aku survey harganya. Majoriti orang jual pada harga RM28-RM35.

Tapi kat kedai ni aku tengok retail price nya baru RM25. Kalau harga borong..RM21.

Murah kan? Jadi terusss aku rembat sekor ulat bulu ni. Heh.

Lagi yang best adalah ini.


Sit Me Up Cossy Sunshine Garden (Mothercare)


Wahhhh kau!

Anak dalam perut sekilo pun tak sampai lagi dah kemain teruja nak beli toys macam-macam. Heh.

Tapi macam best je menda alah ni kan? Berkenan pulak aku. Tapi tak berani nak cakap dengan incik suami, nanti mesti dia buat muka taik tak bagi beli. Haha.

Jadi aku takdelah order. Kalau korang teringin, order la. Harga RM140.

Sebab dah tak jadi nak beli mainan best kat atas tu jadi aku ganti la dengan beli benda-benda lain. Sempat la beli 3 pasang baju anak. Baju murah-murah je. Baby pun bukan reti demand lagi pun kan. Hehe.



3 pcs...harga RM24.


Baju ni incik suami setuju sangat di beli. Aku rasa ada jugak dia bagi anak pakai baju ni setiap hari. Mentang-mentanglah wordingnya gitu..ceaaa!


Lagi mana kedai best lagi?

Ada satu lagi yang sempat aku terjah petang tadi.

Manjakuhappy.com


Kat kedai ni aku perasan ada jual banyak koleksi baju kurung and baju melayu untuk budak-budak. Maklumlah..raya dah dekat. Jadi siapa-siapa yang belum jumpa baju raya anak-anak kecik bolehlah try-try usha kedai ni. Aku nampak tadi kemain bermanik-manik bling bling baju kurung budak. Kalah baju mak ha..

Tapi aku takdelah beli baju melayu pulak untuk si kenit ni kan. Ate lama lagi nak tunggu raya tahun depan.

Aku beli dua pasang baju je kat sini.

Antaranya ini..


Macam smart pulak baju bebek *bareback* ni. Setakat ni ada dua pasang dah baju jenis ni untuk anak. Bolehlah buat baju jenjalan. Takkan hari2 nak pakai baju lubang-lubang kan? Hehe..

Dulu masa aku kecik, mak aku pun suka beli baju pesen ni untuk aku. Tapi sumpah aku tak suka pakai. Boleh mencebik 8 kilometer bila kena pakai baju gini.

Sekarang aku pulak gila beli baju pesen ni untuk anak sendiri.

Camno??

TERINGINNYA BUBUR KACANG HIJAU


Tadi aku tido petang. Dah lama rasanya tak tido petang, sesekali dapat lena petang-petang gini indah pulak rasanya.hehe.

Bila celik je mata..kepala aku terus terbayangkan satu makanan ni.





Bubur kacang hijau.


Teringin kot.

Ini semua gara-gara semalam la ni. Semalam aku pergi pasar ramadhan beli lauk pauk, tentiba terpandang satu mangkuk bubur kacang hijau yang makcik tu jual. Memang tinggal satu je lagi. Time tu aku takdelah rasa nak makan ke nak beli pun bubur kacang tu. Buat dekkk jek.

Tentiba bila ada sorang lelaki ni datang beli bubur kacang tu, barulah tentiba hati ni rasa macam nak pulak. Ngada.

Tadi elok ada depan mata kau buat dono je..bila dah ada orang beli baru hegeh-hegeh meroyan dalam hati kata teringin la apa la.

Terbawak-bawak sampai ke hari ni tahu rasa teringin tu.

Sampai termimpi-mimpi gamaknya.

Jadi..Sekarang incik suami tengah meronda ke pasar ramadhan tu, berharap sangat beliau bawak balik semangkuk bubur kacang hijau idaman hati.



Mengidam.



Update:
Baru call mama kat Ampang lepas je publish entri ni, rupanya mama masak bubur kacang hijau hari ni. Mama macam tau-tau je yang aku kat sini teringin sangat nak makan bubur tu. Kasih ibu kan....=)

Friday, August 12, 2011

1ST TRIP SHOPPING BARANG BABY



Cukuplah sampai pagi tadi je aku susah hati pikirkan tentang tekanan darah aku yang mengerikan tu. Lepas aku pikir masak-masak, aku rasa sebenarnya tekanan darah aku bukanlah 170/90, tapi cuma 120/90.

Alasannya:-

1. Sehari sebelum aku buat routine checkp up *semalam*, aku ada appointment dengan doktor untuk scan baby. Time tu pun doktor ada amik blood pressure aku dan bacaannya cuma 124/80. Jadi macam pelik dalam tempoh 24 jam blood pressure naik mencanak sedangkan aku takde alami apa-apa simptom pun. Sakit kepala pun idak.

2. Kalaulah betol BP aku 170/90, tentu-tentu aku dah kena tahan kat wad semalam jugak. Bahaya kot BP tinggi cenggitu. Ini nurse boleh tenang je kata BP aku okey..cuma kena banyak rehat, dan makan vitamin ikut aturan.

3. So far alhamdulillah aku rasa badan aku sehat. Sakit kepala pun jarang sangat nak datang. Sebab tu aku boleh aktif setiap hari sampai gigih mencuci kipas siling dua bijik kat rumah ni tanpa bantuan incik suami. Buat seekor diri okey..hanya baby membantu. Hehe.

So..biarlah aku set mind aku yang aku dan baby dalam keadaan sehat buat masa ni. Terlalu stress pun tak elok jugak kan?

Jadi nak buat hilangkan stress, petang ni jugak aku decide nak shopping barang baby.

Yeayy!!

Walaupun cuma secara online, tetapi nikmatnya tetap ada. Nikmat duit abis pun ada jugak. Haha.

Shopping katne??

Di sini..

Onebabyworld.com *jemput klik..jemput*



Aku memang suka lepak sini. Barang baby kat sini pun harga okey, ada yang murah banding online shop lain. Jadi tanpa membuang masa terus aku main klik klik add to cart je semua benda yang aku berkenan.

Antara yang sempat aku rembat tadi adalah ini.




selimut baby..harga RM10 je.



Rompers 5 in 1...harga RM34.90. Sekelip mata dah ada 5 helai rompers dah anak aku. Huhu.




Barut..harga RM6.90. Ini barut jenis berpelekat, bukan jenis bertali. Aku rasa yang guna pelekat lagi senang kot. Simple.


The First Years - BreastFlow BPA Free 5oz Bottle (3pk) - Click Image to Close

Botol susu...harga RM53.91. Beli yang 5 oz jek. Baby kecik bukan minum banyak pun. Abis-abis pun 2 oz je sekali minum.

Simple Dimple - Papa Shield Bag with Changing Mat (Grey) - Click Image to Close

Papa bag a.k.a Diaper bag. Lama dah berkenan bag ni. Harga RM80.91.


Hmmm..cukuplah banyak tu je tepek gambar. Sebenarnya adalah beberapa lagi barang yang aku beli. Yang kecik-kecik macam wash cloths, baby bip, clip on fan, dan bath support pun sempat je aku klik beli. Bukan apa..alang-alang.

Aku sebenarnya plan nak pergi ke kedai One Baby World ni masa balik raya nanti. Tapi al malangnya starting 29 Ogos kedai ni tutup sempena cuti raya. Bukak balik bila tak taulah. Jadi tak dapatlah aku nak terjah kedai tu nampaknya. Itu yang gigih klik klik online jek.

Tak kisahlah..janji keperluan baby dapat diselesaikan sikit-sikit.

So far boleh kata dah beli dalam 30% barang baby. Another 70%....akan diusahakan.

Chaiyok! Chaiyok!



RISAU TEKANAN DARAH NAIK



Sepanjang hari semalam sebenarnya hati ni resah sangat. Semuanya gara-gara bacaan blood pressure aku yang jadi kontroversi semalam.


170/90!!!


Tak macam gila ke tu?


Sumpah aku takut.

Tapi yang peliknya masa tengah buat check up kat klinik, nurse tu relax jek. Aku pulak memang jenis setiap kali checkp BP, aku akan tanya kat nurse tu BP aku ok ke tak. Dan macam selalu nurse kata okey. Cuma....ha, bila ada cuma ni yang selalu buat kita tambah cuak kan? Nurse kata cumanya aku kena banyak rehat. Cara dia suruh aku rehat tu macam dia tak galakkan aku buat apapun kerja yang boleh buat aku penat.

Jadi aku pun angguk je la tanda paham. Takdelah pikir yang negatif-negatif ke apa kan. Nurse suruh rehat jek..best apa disuruh rehat, adalah alasan untuk mintak tolong incik suami jadi surirumah tangga separuh masa. Hehe.

Tapi bila balik je dari klinik..aku macam biasalah, mesti nak baca apa yang nurse tulis-tulis dalam buku pink tu kan.

Time tu lah baru aku terpandang bacaan BP aku yang 170/90 tu.

Berdebar terus kau time tu.

Yelah, setahu aku untuk wanita hamil, BP yang normal hanya pada tahap 110/70 jek. Ini kalau dah sampai 170/90???? Darah tinggi darah rendah semua ada. Terus berderau darah aku.


Nak bukti??

Nah tengok sendiri.

Fokus pada bacaan yang aku bulatkan tu jek. Yang lain-lain takyah la tengok. Lagi-lagi tang berat aku yang menggajah tu ha. Haha.






Ni aku besarkan bacaan tu kasi nampak clear sikit.






Bukan 170/90 ke tu?


Eh jap jap....


Kalau aku tenung betul-betul cara tulisan nurse ni..ada kemungkinan sebenarnya bacaan BP aku 120/90.

Hmmmm yeke?


Kalau 120/90 pun still tinggi kan?


Adoilah...risaunya..

Rasa nak pergi double check BP la weekend ni. Tapi mesti dalam keadaan diri dah tenang, tak panik, tak risau lagi dah. Nanti makin risau, makin senang tekanan darah naik.

Cepatlah weekend.

Aku nak rehat banyak-banyak.


Sigh!



Thursday, August 11, 2011

6 MONTHS CHECK UP


Semalam dah jumpa doktor untuk check up. Hari ni kena jumpa nurse kat Klinik kesihatan pulak. Adoyai...dua hari berturut-turut mengusung perut ke klinik. Nasiblah kan..Nasib baik hari ni kelas aku tak burn. Kalau tak kesiannya kat anak murid. Kelas semalam memang terpaksa burn, itupun bertuahlah ada cikgu mahu reliefkan.

So hari ni lepas kelas pagi setel jam 8.20, terus aku gegas ke klinik kesihatan. Next kelas adalah jam 12. Jadi sempat kot nak balik sekolah balik.

Bertuahnya hari ni sebab klinik tak ramai orang. Mungkin ramai yang dah setel, yelah, aku sampai klinik pun dah dekat kul 9. Dapat giliran nombor 25. Patient yang tengah dilayan time tu nombor 11. Huh..jadi penunggu lagilah nampaknya kan.

Tapi nasib tak lama sangat. Dalam setengah jam tunggu, turn aku sampai.

Biasalah..nurse check urine. Normal katanya.

Nurse amik sikit darah kat hujung jari untuk check hemoglobin. Nurse kata sel darah merah aku normal, tapi bacaannya menurun banyak jugak banding bulan lepas. Last month bacaannya 13.2 gm. Kali ni turun jadi 11.3 gm. Ini semua sebab iron tablet aku dah habis la ni. Ada lah dalam seminggu jugak aku tak makan iron tablet tu sebab vitamin aku semua dah out of stock. Nampak nau gigih aku makan vitamin. Haha.

Tekanan darah...nurse kata ok. Tapi aku tengok bacaannya macam ngeri je.

170/90

Okey ke tu? Macam tak ok jek.

Nurse pun ada tanya, aku puasa ke tak? Aku jawab lah puasa..tak pernah miss lagi.

Pastu dia tanya..aku tak cukup tidur ke? Aku jawab rasanya tak..aku memang selalu tidur awal. Kul 10 camtu dah jalan dah..tapi bangun awal la sekarang, jam 4 pagi sebab nak sahur.

Nurse tanya lagi..aku selalu naik turun tangga ke? Aku angguk je la. Memang kenyataan pun kan. Setiap hari wajibul ghunnah aku panjat bangunan empat tingkat ni.

Nurse kata aku perlu banyak rehat. Jangan aktif sangat. Tidur mesti cukup dan sekian sekian sekian lagilah nasihat nurse tu. Aku angguk je la. Biasalah bulan puasa penatnya lain sikit sebab badan kurang air. Itupun kira bertuah badan jugak aku ni setakat puasa 10 hari ni incik suami takde meroyan mintak aku masak juadah berbuka. Semua pakai beli je. Kopak lah poket kami bulan ni. Huhu..

Pastu nurse suruh baring..dia nak dengar jantung baby and ukur tinggi rahim. Jantung baby normal..sehat. Cuma dah kurang laju banding dengan awal-awal pregnant dulu. Biasalah tu kan. Baby pulak time nurse dengar bunyi heartbeat tu kemain laju dia bergerak sampai susah jugak nurse nak cari mana jantung budak ni. Alahai la anak..

Dan ending check up kali ni memang tak best.




Kena injection se das.

Injection apa ek? Lupa pulak nak tanya.

Aku main tadah lengan jek.

Huhu.

Wednesday, August 10, 2011

PRINCE OR PRINCESS??



Hoyeayy!!

Finally hari ni tiba jugak.

Nape beria nau aku tunggu hari ni? Sebab..hari ni aku ada doctor check up. Ada sesi scan baby. Horayyy!

Punyalah teruja nak jumpa dengan anak, aku masuk tido semalam kemain awal. Kul 10 dah jalan dah. Punya lena sampai sahur pun ter miss. Huhu..

Sedar-sedar dah jam 5.30. Terus say sori kat incik suami sebab aku tak bangunkan dia bersahur. Incik suami kata takpe.....baby tidor lena sangat lah tu sebab esok nak jumpa dengan doktor. Hehe..Baby lupa nak kick perut mama subuh tadi gamaknya. Itu pasal tak sedar. Ceh, nak salahkan anak dalam perut jugak.

Incik suami pulak kebetulan hari ni keje malam. Jadi semangat nan jitu la beliau nak teman aku pergi check up kali ni. Check up sebelum-sebelum ni memang pergi sorang je aku. Berdikari katanya. Haha.

Tapi apapun aku kena pergi sekolah dulu, punch card segala. Aku pesan pada incik suami, dalam jam 7.30 kita jumpa kat klinik. Sekali jam 7.15 incik suami dah call, katanya dah sampai klinik. Mak aii..betul teruja pakcik ni. Aku baru kedek-kedek nak keluar dari sekolah.

Sepanjang jalan aku dok tepuk-tepuk perut suruh baby bangun. Ate anak aku ni spesis mama dia jugak..bangun lambat. Kang kalau tengah scan baby tido tak bestlah pulak, takde aksi nak tengok. Jadi puaslah aku kejut si kenit dalam ni bangun. Baby bangun pulak tu sebab aku boleh rasa baby gerak-gerak..mendengar kata kekdahnya budak ni. Haha.

Jadi sampai klinik biasalah..orang ramai..menunggu la jawabnya. Tambah malang lagi incik suami yang punya eksaited sampai awal tadi terpaksa ke tempat kerja sebab ada meeting tergempar. Dia kata nanti dia datang balik. Huh..keseorangan lagi lah aku.

Sampai turn..masuk bilik doktor.

Timbang berat.....berat naik 1.5kg. Gulp! Banyak pulak naiknya kali ni. Ingatkan kalau puasa takdelah banyak sangat naik. Heh. Tapi takpe..setakat ni total kenaikan berat dari sebelum preggy baru 3kg. Masih tahap langsing la lagi. Ceaaa!

Lepas tu doktor terus suruh baring..nak scan katanya.

Oh yeahh!! Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Nasib kamu la incik suami takde rezeki nak tengok baby dalam skrin hari ni. Apa nak buat..ada tugas kan.


Berdebar kot nak tunggu imej baby appear kat skrin.


Pastu dah mula nampak..Doktor mula tunjuk sau-satu anggota badan baby.

Ha..itu kepala baby.

Itu tulang belakang baby. Serius memang nampak clear tulang belulang baby. Kurus ke hapa anak aku ni? Ke memang mesin tu boleh tengok tulang?

Pastu tengok perut baby..jantung baby..degup-degup dag dig dug gitu.

Pastu doktor tunjuk imej keseluruhan baby..

Oh no!!

Baby sambung tido balik.

Kemain elok dia tido mengerekot. Kaki lipat sampai ke perut..tangan di dada..mata ke atas. Hahaha..yang mata ke atas tu takde okey. =)

Comel kot baby....tengok dari cara dia tido tu sebijik macam cara incik suami tido dalam keadaan mengiring. Sumpah sama. Memang anak abah budak ni.

Dan last sekali...doktor scan satu part ni.

Jeng jeng jeng...


Doktor kata..

Tengok tu *sambil tunjuk kat skrin*












google images



BABY BOY.



Terus mengalir air mata aku.

Baby boy..betullah kata orang, instict ibu memang kuat. Sejak awal lagi aku dah rasa anak aku boy. Incik suami pun sama.


Alhamdulillah...

There is a little prince charming in my tummy.





Nota tambahan:

1. Berat baby setakat ini adalah 648 gram. Doktor kata normal. Alhamdulillah.

2. Baby pun sehat walafiat..cukup sifat. Syukur Ya Allah.

3. Yang tak bestnya..sang mama kena jugak minum air gula sebab berat sebelum preggy memang dah gajah. Jadi redha je la. Tarikh kena minum air gula adalah pada 09.09.2011. Ceh, tarikh nak cantik aje.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...