MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 29, 2011

Bukan Senang Nak Jaga Isteri Mengandung. Huhu


Kadang kan..aku sendiri tak paham dengan diri aku ni. Lagi lama mengandung lagi banyak peel pelik yang boleh mencabar jiwa dan raga sang suami. Haha.

Hari ni..

Dari kat sekolah lagi kepala aku dah terbayang-bayang ayam goreng KFC Anak buah incik suami umur 3 tahun panggil ayam goreng kok kek ci. Huhu..comel. Memang dari awal pagi lagi kepingin benau nak telan isi ayam goreng KFC yang yummy tu. Macam tak pernah makan, padahal boleh kata tiap bulan bertunggu tangga kat restoran atuk KFC tu.

Jadi sebabkan dah tekak ni teringin sangat, maka dah set dalam kepala..lepas sekolah ni terus nak ajak incik suami ke bandar. Pergi makan KFC pastu baru pergi setel segala mala hutang piutang yang melilit keliling pinggang ni. Gituuuu..

Kononnya nekad, abis sekolah jam 2 petang nak terus zass je ke bandar. Sekaliiiiii.............

Incik suami ada gotong royong la bagai kat tempat keje dia. Menunggulah aku kat sekolah sorang-sorang sampai jam 3.30 petang.

Berapi satu badan. Hangin!

Sudahlah pick up aku lambat....bila aku habaq mai nak makan KFC, menjuih je bibir pakcik tu. Nak balik makan kat rumah katanya. Boleh??

Memang bertukar jadi hulk hijau la aku. Tentiba aku teringat kat watak Blanka dalam game Street Fighter dendolu.



Nak makan KFC!!!!!


Ha, lebih kurang Blanka la aku petang tadi. Berapi..berapi..

Balik rumah aku merajuk. Sungguh-sungguh merajuk ni. Mandi-mandi terus tido. Incik suami konon teman aku tido kat sebelah pun aku bolayan jek. Siap buat benteng bantal tinggi-tinggi kat tengah-tengah tanda protes. Boleh gitu?

Haha!

Marah beb!

Ibu mengandung nak makan KFC..tak boleh katanya....coi!!

Tapi sebabkan beliau suami yang penyayang, dinner tadi di bawak jugaklah aku makan kat luar. Makan nasik goreng Agogo. Kenyang...tapi tetap tak sama dengan rasa ayam goreng KFC. Memang la kannnn. Jadi lepas dah makan kenyang pun muka aku mencuka lagi.

Nak KFC! Nak KFC! Nak KFC!!!!!!

Endingnya tahu apa??

Dan dan tu jugak incik suami seret tangan bawak masuk dalam kete, terus pecut laju-laju pergi restoran KFC.

Ha...melantak la kau puas-puas di sana.

Baru senyum muka aku bila ayam goreng KFC terhidang depan mata.

Bila pikir balik memang gila..

Jam 9.30 malam...makan nasik goreng Agogo sampai licin sepinggan.

Jam 10.30 malam..melantak X-meals set kat KFC. Tinggal tulang ayam goreng seketul.

X- Meals Pocketful * kiri sekali* memang terbaikkk.


Mana tak gemuk!

Tuesday, September 27, 2011

Mengidam Lagi Gamaknya....


Tak tahu nak taip apa.

Yang pasti dah berhari-hari tekak dok teringin nak makan benda yang satu ni.

Redah keluar masuk kedai, tak jumpa pulak. Mustahil takde jual kat Labuan.

Dah berkali-kali jugak berzikir ke telinga incik suami mintak tolong carikan...tapi masih tak sampai lagi kat tangan.

Pehlis abangggg.....kite mahu makan ini.









Aiskrim Magnum.


Sorganya kalau dapat makan tengah hari terik gini.


Slurppppp!




Wednesday, September 21, 2011

Suka Tak Suka..Kau Kena Mengajar Budak Menjahit Jugak.


Fuh!

Mak letih nokss!!

Gila penat hari ni. Serius, mengajar kemahiran hidup ERT bukanlah mudah. Kalau subjek lain senang sikit..bla bla bla bla...teori. Bla bla bla bla...teori. Tapi KHB ni korang tau je lah..banyak amali. Jenuhh!!

Mana dengan amali kerja paip, amali elektrik, amali pertanian, amali masakan...

Paling aku tak boleh handle...amali JAHITAN.


Sumpah gagal.

Kalau ada pemantau datang observed time aku tengah ngajar jahitan, mahu gagal aku di situ.

Jujur..aku memang tak reti menjahit. Dan sangat tidak minat menjahit. Kalau seluar incik suami koyak pun, aku jahit macam hapa..ada jugak jahitan insang pari jadi jahitan insang ikan kembung ke hapa sudahnya. Memang failed!


Tambah kronik lagi..Subjek kemahiran hidup bukanlah opsyen aku. Kalau mintak aku ajar Prinsip Akaun ke..Perdagangan ke..Ekonomi Asas ke..Insyaallah boleh.

Bila di beri subjek kemahiran hidup yang aku sendiri pun kurang mahir...


Al jawabnya..cikgu kena masuk kelas, belajar dulu dengan guru-guru senior.

Ohh..bukan mudah menjadi guru sebenarnya.

Memegang 3 subjek (Kemahiran hidup, Sejarah, Pendidikan Moral) yang ketiga-tiganya bukan opsyen aku...memang mencabar jiwa dan raga.

Nasib baik jiwa pendidik masih tebal dalam diri.

Ceaaa!!













nota kaki: sebenarnya nak bagitahu, hari ni pertama kali aku guna mesin jahit. Mesin jahit tepi je ponggggg...Kecoh!

Tuesday, September 20, 2011

Muka Sembab Tanda Nak Bersalin...Betul ke?


Betul ke orang kata bila muka kita mula nampak sembab, itu tanda dah nak bersalin?


Betul ke?


Aku ni dah 2 orang tegur kata muka aku nampak sembab.


Dah nak bersalin ke aku ni?



Baby baru 29 minggu kot.


Ohh takutnya!!


Ada jugak yang tegur kata bentuk perut aku pun nampak macam dah sarat sangat. Macam nak beranak dah. Ohhhhh ibuuuuu! *tentiba*


Tentiba risau la pulak.


Apa nak buat ni? Ada tips tak camne nak bagi muka tak nampak sembab lagi?


Uhuk uhuk..


Risau!



















Sunday, September 18, 2011

Perihal Set Bersalin Yang Aiiiiii...Tak Reti Teman Nak Membelinya!



Jam dah nak masuk pukul 11.15 malam dah, tapi mata ni al liatnya la nak ngantok. Mungkin sebab siang hari tadi aku membantai tido sepuas hati. Bangun tido sudahlah lewat, gara-gara marathon tengok movie dengan incik suami kat chanel HBO sampai jam 4 pagi. Hoh. Bangun tido, mandi-mandi, masak nasik goreng, makan, tengok Melodi, pastu tido balik sampailah jam 5 petang. Gila!

Sudahnya sekarang ni mata dah tak mahu lelap. Keje aku takde lain..mengadap lappy, hunting for baby stuff yang tak selesai-selesai lagi kekdahnya.

Malam ni menyambung kerja hunting for tilam baby.

Hari tu dah beli kain 6 meter untuk buat tilam baby..konon nak hantar tempah dah tapi tak berhantar-hantar jugak. Lepas tu tangan gatal dok survey-survey blog lain yang buat tilam baby jugak. Sudahnya...sendiri keliru. Rambang mata. Tak tahu nak tempah kat kedai mana satu.

Padan muka.


Jadi cerita bedding set for baby ni memang aku tak tahu bila akan tamat. Jangan sampai anak dah depan mata pun masih takde tilam lagi. Memang baby tido share tilam dengan mama dan abahnya la jawabnya nanti.

Jadi, lupakan dulu cerita tilam anak.

Aku nak bukak cerita tentang set bersalin pulak. Sebenarnya inilah benda paling tak reti aku nak beli. Apa ke benda segala jamu, pilis, param, bengkung mak nenek semua ni..sumpah aku tak tahu.

Aku adalah survey-survey sikit kat internet...aku nampak macam set bersalin Nona Roguy macam best jek.



Harga?

Kalau berdasarkan survey aku semalam, price range untuk set bersalin NR ni antara RM300 - RM350. Kalau siapa-siapa yang ada jumpa harga lagi murah, bolehlah sharing is caring kat ruang komen ok.


Kamu-kamu yang pernah bersalin ni dulu pakai set bersalin cap apa eh? Apa yang bagus? Ada tak yang boleh buatkan badan aku yang menggajah ni jadi kurus macam biola?

Ada tak? Haha.



Thursday, September 15, 2011

Berat Turun 3 Kilo Seminggu..Hebat Tak Saya? Heh.


Hari ni ke klinik lagi.

Hadoilaaahhh!

Dalam dua minggu ni 4 kali kena ke klinik kesihatan. Pergi minum air gula lah, pergi monthly check up la, pergi amik result air gula pulak lagi, dan hari ni...kena pergi klinik sekali lagi. Semuanya gara-gara kes berat badan aku naik membadak sebanyak 3 kilo sepanjang bulan lepas.

Terngiang-ngiang lagi bebelan nurse kat klinik kesihatan minggu lepas. Alah..macamlah aku sorang je berat badan naik berkilo-kilo musim raya ni kan? Cuba aku suruh nurse tu sendiri naik mesin timbang, timbang berat badan dia..entah-entah berkilo-kilo jugak membadaknya. Haha.

Tapi takpe..takpe..sebab aku ni pembawak budak, kesabaran dan kesopanan yang tinggi itu penting.

Nurse membebel panjang..lantakkan! Aku senyum aje.

Nak masam-masam muka pun bukan dapat hapa kan? Lagi baik aku pikir camne nak maintainkan balik kenaikan berat badan ni. Ada jugak pekdah.

Jadinya..sepanjang seminggu yang lepas, aku memang control jugaklah makan walaupun tidaklah sampai berdiet. Mommy to be mana boleh diet..kesian baby. Makan tetap makan..tapi jangan overdos gitu. Heh.

Sepanjang minggu lepas..memang no coklat, no junk food, no fast food, no ais krim, no kerepek merepek segala tu semuanya aku dah banned dari masuk dalam perut.

Yang aku telan cuma nasik, lauk-pauk, air soya, air masak *at least 3 liter sehari*, buah-buahan, bijirin.

Itu saja.


Dan hasilnya....


Berat badan aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TURUN 3 KG!!


Hoh!

Tanjat boboy!!

Sebelum ni naik 3 kilo sepanjang 1 bulan....tentiba turun pulak 3 kilo dalam seminggu. Maknanya kalau kira-kira balik, berat badan aku dari sebelum pregnant sampai dan membuyong 7 bulan ni cuma baru naik 3 Kg. *apsal semua nak guna angka "3" jugak ni?*

Gila!

Aku mulanya dah cuak kot-kot nurse tu bebel pulak berat turun. Tapi nasib baik nurse tu senyum meleret je kat aku.

Katanya..


"Bagus, berat badan puan dah okey semula sekarang."


Siap nurse tu pun heran camne aku boleh turun berat badan sampai cenggitu. Jarang ibu preggy boleh turun berat badan.

Aku pun hairan.

Nak kata tak makan, tahan lapar..tak jugak. Aku makan je nasik dua kali sehari. Aku makan je snek antara waktu makan. Tapi snek-snek yang berkhasiat la...macam aku aku sebut kat atas tadi.


Tapi boleh turun banyak pulak berat.


Harap berat baby taklah turun sama.


Tentiba aku terpikir,


Dulu masa anak dara tak nak pulak berat badan ni turun 3 kilo seminggu. Kalau tak dah laaaamaaa aku slim river tau.


Heh.

Wednesday, September 14, 2011

Hari Terakhir Dalam Trimester Kedua


Hoyeahhh!!

Hari ni last day in trimester kedua. Makna kata esok secara rasminya aku akan melangkah masuk ke trimester ketiga. Fuh debaran.

Bila dah masuk trimester ketiga ni, maknanya aku kena lebih berhati-hati. Kalau boleh nak je aku pakai tali pinggang keselamatan setiap masa..mengurangkan risiko kemalangan katanya. Haha. Sekarang ni kalau drive kereta pun kemain slow lagi aku bawak. Kalau takde kereta lain atas jalan memang memanjang 60 km/jam la aku jalan. Sipuuuut sangat. Haha.

Dah masuk trimester ketiga ni..apa perkembangan baby?


Dulu..lepas makan je baby sibuk buat aksi pusing-pusing dalam perut sampai aku pun heran.

Sekarang....dah majuuuu. Aku lapar sikit je pun dia dah buat aksi dah. Nak mintak makan ke hapa gamaknya. Lepas makan..bergerak-gerak lagi. Aiii la anak.

Pastu sekarang ni baby makin kuat menendang.

Kuaatttt.

Sampai aku selalu sangat ter melatah sendiri bila anak menendang. Tanjat boboyyy!. Incik suami pun selalu heran apasal aku ni tengah tengok sinetron indon pun boleh nak melatah, kadang tengah duduk relax-relax dalam kereta pun nak ter melatah jugak. Ate nak anak jadi pemain bola....sibuk la dia praktis tendang bola dari dalam perut lagi. Heh.


Tentang diri aku pulak..alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik-baik setakat ini.

Tadi pergi amik result minum air gula last week..alhamdulillah..kandungan gula dalam darah adalah normal. Tiada kencing manis. Syukur.

Cuma kena berhati-hati dengan potensi serangan darah tinggi.

Sila jangan terlalu stress, penat, atau sibuk nak pikir masalah yang bukan-bukan.

Mommy to be harus selalu dalam keadaan ceria, gumbira, dan tersenyum sentiasa.

Kaaannn?



Eh malam tadi kan, aku mimpi dukung baby. Comel bangat baby tu. Baby boy...

Anak siapakah??

Tuesday, September 13, 2011

Bersalin Di Ampang Ke Di Labuan?? Pendapat Pehliss...


Wah!! Hari ni mewah makanan kat sekolah ni. Sana sini orang buat open house..err silap..open room mungkin. Bilik Kesihatan buat jamuan raya, bilik kaunseling pun buat jamuan raya. Yang aku ni? Tukang makan je la. Tak sedar diri lusa kena pergi jumpa doktor nak follow up pasal kenaikan berat badan yang mendadak minggu lepas. Haha.

Tengah syok-syok menjamu selera tu tentiba terbukak topik sembang tentang bila due date bersalin aku.

Insyaallah aku dijangka bersalin 8 Disember 2011.

Aku plan nak pulang terbang ke KL pada awal November..which is masa tu kandungan aku dah cecah 35 -36 minggu.


Ada cikgu-cikgu bagi pandangan supaya aku bersalin kat Labuan je, sebab 35 - 36 minggu tu kira dah sarat jugak dah. Dah cecah 9 bulan kan? Yang aku pulak sebelum ni tak pernah terpikir nak bersalin kat Labuan sebab aku due time cuti sekolah...jadi kepala memang pikir nak bersalin and berpantang kat Ampang je.

Tapi tadi..bila dah sembang-sembang dengan rakan-rakan cikgu tadi..hati aku mula berpikir-pikir pulak dah sekarang ni.

Nak balik jugak bersalin and berpantang kat Ampang ke....


Atau nak bersalin and berpantang je di sini? Tapi siapa nak jaga aku? Incik suami? Hurmmm..


Ke elok aku bersalin dulu kat Labuan, lepas semua dah selamat..dah rasa sedikit sehat, bolehlah aku balik sambung berpantang kat Ampang. Naik flight bawak baby berusia seminggu dua. Okey ke?


Aduhaii...runsing pulak memikirkan hal yang satu ni.


Yang pasti keselamatan baby adalah keutamaan aku sekarang.

Sunday, September 11, 2011

Hapdet Persiapan Baby



Gigih sungguh aku tepek checklist baby kat side bar tepi tu..Ada kamu nampak tak? Kalau tak nampak..saaajaaa la tu.

Bukan apa, dalam senarai checklist yang ada pada aku tu panjang bebenau, bukan semua item yang ada dalam list tu aku perlukan pun. Jadi dah boleh membawak kepada kekeliruan dan kecelaruan fikiran di situ. Rasa macam banyak sangat benda belum setel lagi, padahal yang banyak-banyak tu bukan aku perlukan pun. Jadi aku dah select benda-benda yang aku perlu je untuk persiapan menyambut baby, dan aku tepek kat sidebar tepi..untuk rujukan aku. Kalau ada mommy-mommy to be nak guna checklist tu..dipersilakan. Tak perlu kredit-kredit bagai.

Bila tengok checklist kat tepi ni...hmmm..banyak jugak rupanya yang tak setel lagi. Tapi banyaknya tinggal barang yang kecik-kecik jek, kalau ada pun yang memerlukan belanja yang besar mungkin kat car seat, breastpump set, and bedding set. Haiii...makan ribu jugak tu. Haaaiii. la di mana lah duit. Huhu.

Part baju-bajan....rasa macam dah setel semua. Kalau ada pun nak beli mungkin 3 4 pasang lagi baju belasahan yang murah-murah tu. Balik nak cuti bersalin nanti pun boleh beli lagi. Buat masa ni aku dah stop beli baju anak. Banyak sangat dah baju anak aku rasa, ada dekat 30 pasang dah rupanya aku beli. Gila! Huhu

antara baju baby yang dah dibeli

Bedding set pulak aku cadang nak tempah tilam kekabu saiz playpen kat kedaiminikelantan.blogspot.com. Aku dah tanya harga dah...katanya kak Siti owner kedai tu, kalau nak tempah set tilam kekabu saiz playpen + 2 biji bantal + 2 biji bolster + comforter ...guna kain yang aku beli sendiri..harganya RM250 termasuk pos semenanjung. Kalau nak guna kain yang ada dalam stok Kak Siti pun boleh, harga tambah sikit jek. Aku memang niat nak cari kain sendiri untuk tilam anak, gigih pusing satu Labuan..tapi tak jumpa sangat design kain yang betul-betul berkenan. Sudahnya aku pilih kain corak ini jek..


kain sepanjang 6 meter

Kain cotton...tapi bukanlah jenis yang english cotton ke, japanese cotton ke..ini cotton murah sajork. RM3 semeter. Huhu..Jadilaaahhhhhh.

Breastpump pulak...dah jumpa dah pakej yang berkenan di fabuluos mom. Tunggu masa yang sesuai untuk beli. Bulan November nanti baru beli pun okey jek. Kalau boleh tak mau beli online breastpump ni sebab aku nak try sendiri camne suction pump tu. Manalah tau..tak sesuai dengan cik B aku. Huhu..

Itu je lah nak citer tentang persiapan anak setakat ni.

Sebelum nak tutup entri, aku kepingin sangat nak tepek dua keping gambar lagi.


Tara!!



Mak Buyong di raya kedua. Aiceh!

Dan satu lagi....


Jeng jeng jeng...




My baby kesayangan...masa scan baby berusia 26 minggu ++


Okey daa...babai!

Saturday, September 10, 2011

Mengira Pergerakan Baby......camne ek?

Kira dan tanda pergerakan dan tendangan baby.


Camne ek nak buat??


Aku patutnya kena kira dan tanda pergerakan baby start semalam, tapi baru dua hari aku dah rasa stress nak menanda-nanda ni. Rasa macam leceh pulak nak kelek pen dan kertas tiap masa.

Camne ek cara yang betul dan paling senang nak buat benda alah ni?

Ikut hati aku nak hentam je tick tick tick sampai cukup sepuluh tick..Pastu masanya aku tibai je la pukul berapa pun. Janji nurse tak bising. Haha.

Tapi bila pikir-pikir balik, risau jugak kot-kot memang baby tak cukup 10 gerakan atau tendangan dari jam 9 pagi sampai 9 malam tu...kan bahaya tu. Itu dikira baby lemah. Kena rujuk hospital dah tu. Risau pulak..

Hari ni aku kira tendangan dan movement anak dalam hati jek. Iyelah, hari ni aku keluar detink dengan incik suami..takde keje pulak aku nak pegang pen dan kertas tiap masa berjalan tu, dah serupa orang nak salin resepi jek. Nak taip masa movement dalam henset pun macam leceh, jadi aku kira dalam hati jek. Sebelum tido nanti baru aku tanda dalam jadual yang nurse bagi. Yang penting aku kena ingat waktu tendangan yang ke sepuluh. Tendangan yang pertama sampai ke sembilan tu..lantakkan je la.


Baby pun sejak-sejak mamanya kena kira pergerakan dia, kemain aktif lagi dia moving-moving.

Kejap-kejap dia buat sepakan percuma.

Kejap-kejap dia buat gulingan ala-ala pemain bola kena tackle kaki lalu tergolek dok. *iyolah tu*

Boleh kata sejak semalam, movement baby dah mula berubah corak..makin kuat dan makin kerap.

Kadang-kadang senak perut..tapi indah.

Tendang lah banyak kali pun takpe....mama redha.

Heh.


Friday, September 9, 2011

Pengalaman Minum Air Gula Yang........


Lega...

Akhirnya selesai jugak sesi minum air gula yang selama ni asik kena momok air gula tak sedaplah, meloya lah, boleh muntah lah, hazab lah..memang scary bila dengar.

Tapi alhamdulillah...berjaya jugak telan satu cawan air gula tu. Takdelah scary sangat...sedap jek aku rasa. Haha.

Ni nak habaq mai..kalau kamu-kamu ada appointment minum air gula, sila datang awal pagi sebelum jam 8. Ada klinik kesihatan taknak terima patient dah after jam 8. Aku tadi kelam kabut jugak lah rasa..dengan hal sekolah yang tak setel-setel..nasib baik sempat sampai klinik jam 7.50 pagi. Jadi masih diterima.

Jam 8.30 pagi..nama kena panggil. Nurse situ bagi cawan kertas kecik.."sila kencing" katanya. Heh..baikkk.

Lepas dah serah urine, kena panggil untuk amik darah pulak. Aku mati-mati ingat kena amik darah banyak macam orang nak derma darah tu..kemain dah neves dah hati..sekali rupanya amik darah sikit jek..lega. Tapi sikit-sikit pun kemain paling muka siap pejam mata tahan sakit kena cucuk jarum. Haha.

Lepas tu terus disuruh masuk satu bilik ni...yahoo!! Masanya sudah tiba untuk minum air gula!!

Aku tengok cawan berisi air gula tu takdelah besar sangat..cawan kertas jek. Aku time tu memang tengah lapar dan dahaga sebab kena puasa start dari jam 12 malam semalam tanpa makan dan minum apa-apa. Jadi bila tengok air gula tu terus feel macam tengok juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan...Haha.

Guk guk guk guk guk....sekali harung.

Licin!

Mommy-mommy lain yang masuk minum lagi awal dari aku pun tak habis-habis lagi minum. Terkejut diorang aku dah habis licin.

Dalam muka sengih..aku katalah..

" lapar...dahaga sangat. Sebab tu cepat je habis."

Pecah gelak diorang dengar jawapan aku.

Haha!

Pastu nurse kat situ bagitahu..aku boleh minum air masak sepanjang tempoh puasa tu. Jadi takdelah dahaga sangat.

Manalah aku tahu...aku ingat tak boleh makan dan minum apa-apa..Kan puasa kan? Huhu.

Jadi lepas dah minum air gula tu aku bantai minum sebotol mineral water. Lega! Hilang dahaga.

Proses minum air gula tak habis kat situ tau..ada lagi.

Sejam kemudian..aku kena serah urine and amik darah sekali lagi. Lepas tu tunggu lagi sejam...amik urine and serah darah buat kali ketiga..then baru selesai.

Result hanya akan diketahui pada minggu depan. Minggu depan ada appointment jumpa doktor, masa tu baru boleh tahu result.

Berdoa dan berharap agar aku tak dijangkiti apa-apa penyakit berbahaya yang berisiko.

Saya mahu sehat.

Insyaallah..

Thursday, September 8, 2011

Check Up...27 Minggu

Baru balik dari monthly check up di klinik kesihatan


Hazaabbbbb!!

4 jam okey jadi penunggu kat situ. Kemain lama nak tunggu nama kena panggil. 4 jam ni kalau aku balik rumah dulu boleh tido bangun tido bangun 2 round dah. Letih!!

Dahlah tak makan lagi hari ni. Jam dah dekat kul 2..perut cuma baru berisi air mineral dengan kuih 3 ketul. Laparnya...

Tapi start hari ni aku kena diet. Gosh!!

Misi dah bising bebel-bebel berkilometer gara-gara berat badan aku naik 3 KILO bulan ni.

Yep..3 kilo. Mendadak naik. Sebelum-sebelum ni cantik je berat naik sebulan setengah kilo camtu jek..alih-alih bulan ni naik sampai 3 kilo. Sampai 3 kali jugaklah aku turun naik mesin timbang tu sebab nurse tak percaya dengan bacaan berat aku. Haha!

Jadi..sila diet. Lupakanlah segala mak nenek mekdi, ke ep si, piza hat tu semua ye. Penuhkanlah peti ais dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kuih-kuih raya semua yang ada atas meja tu pun dah boleh tapau masuk balang kuih semula. Huhu.

Aku pikir-pikir balik..ala..biasalah kan, lepas raya berat orang tak mengandung pun selalunya akan naik berkilo-kilo..apa lagi berat aku yang bawak satu lagi perut dalam badan ni..lagilah hebat naiknya. Tapi, demi kesihatan aku dan baby...aku tetap akan kontrol makan mulai hari ni. Cahiyok!!

Lagi apa lagi perkembangan kesihatan aku??

Bacaan hemoglobin darah okey..misi kata cantik.

Urine pun just nice. Takde masalah.

Tekanan darah pun dah tak mencanak naik macam dulu...90/70. Alhamdulillah. Tapi sebab berat naik mendadak, misi kata aku ada potensi untuk kena tekanan darah tinggi atau kencing manis. Mintak-mintak Allah jauhkan penyakit-penyakit tu. Amin..

Oh ye, mulai esok aku dah kena start kira dan tanda pergerakan baby. Selalu dengar mommy-mommy syok dok kira-kira tendangan baby ni, kali ni turn aku pulak. Tak sabar nak tunggu esok. Haraop-harap baby aktif..boleh menendang at least 10 kali sehari.


Esok jugak...aku ada appointment untuk minum air gula pulak. Perghh!! Inilah masa yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Tak sabar rasanya nak telan air gula yang pekat melikat itu. Yewww!!

Sila berdoa beramai-ramai agar aku tak termuntah masa minum air gula esok.

Dan harap-harap kalian semua doakan kandungan gula dalam darah aku baik-baik saja.


Aku takmau kena kencing manis....WaaaAAAA!!

Wednesday, September 7, 2011

Jawapan Teka Teki Teka Tekuk Kejap Tadi


Yeahh! Soalan ujian dah siap. Jadi sekarang dah boleh nak reveal jawapan teka teki teka tekuk yang aku bagi kat entri sebelum ni.


Apa ek yang budak lelaki tu buat kat aku??

Mula-mula beliau tahan aku dari terus berjalan.

Lepas tu mula sengih panjang sampai nampak gusi.

Lepas tu??










Lepas tu si comel itu tanpa segan dan silunya USAP PERUT AKU!!

OH EM JI!!

Terkesima tahu?

Terus aku senyum kat budak comel tu...

Aku tanya kat dia..."ada apa dalam perut ni?"


Si comel tu jawab...." ada baby"



Kiutnya!!!


Sampai sekarang kalau ingat balik kejadian tu mesti akan tersenyum sendiri.


Sang anak dah mula kumpul peminat nampaknya.

Heh.


Budak Lelaki Itu Cuba Nak Dot Dot Dot Aku.


Sekarang ni sebenarnya tengah bizi siapkan soalan ujian budak-budak. Huh, ujian minggu depan tapi soalan masih terkial-kial nak siapkan. Takpe, takpe..sikit je lagi, aku nak jugak hapdet laju-laju sebab ada benda nak story sini.


Ceaaa! Gosip hebat ke??

Hebat tak hebat lah..tapi kalau aku teringat balik memang boleh buat aku senyum sampai telinga. =)

Gini...tadi petang aku attend meeting unit disiplin di Jabatan Pelajaran. Kebetulan pulak Jabatan Pelajaran Labuan ni letaknya dalam bangunan Ujana Kewangan di mana di situlah bangunan pejabat, kat situ jugaklah shopping mall paling besar di Labuan nan indah permai ini. Jadi abis je meeting aku pun jenjalan la seekor diri bawak perut yang dah membulat macam bola keranjang ni..nak tuju ke KFC katanya..dari dalam meeting asik terbayang-bayang Pocketful set yang lazat amat tu. Heh.

Tengah aku dok terkedek-kedek jalan bak penguin nak ke KFC tu..tentiba ada sorang budak lelaki ni berdiri depan aku.

Errr..lebih tepat kanak-kanak lelaki la..umur dalam 4 atau 5 tahun cenggitu.

Dia pandang aku....

Dia sengih.

Nampak gigi..

Comel.

Lepas tu tahu apa dia buat??







































Err..apa kata kamu-kamu cuba teka dulu, apa yang budak lelaki tu buat lepas tu.

Siapa dapat teka betul, dapat 100 markah!

Hehe.

Abis buat soalan nanti aku bagitahu jawapannya.


Stay tuned!!


* bajet ko Hanis Zalikha ke ada orang nak terpacak 24 jam depan mula pintu blog. Huh*

Tuesday, September 6, 2011

Tak Sangka Ada Berita Gembira Hari Ini


Alhamdulillah..

Sudah lulus temuduga SPP.


Diperakukan Lantikan Tetap

Awal jugak result interview kali ni keluar..interview tengah bulan July, awal September dah dapat result dah. Itu pun aku tak pasti bila sebenarnya result keluar, aku je saja tergerak hati nak check result hari ni...tak sangka pulak ada berita gumbira..alhamdulillah.


Betullah kata orang..setiap anak itu pembawa rezeki.

Sementelah nama anak dalam perut ni maksudnya "rezeki" jugak. Ops! dah ter reveal sikit nama nama nampaknya. Haha!

Sekarang ni tinggal tunggu surat lantikan tetap je lah. Interview dah lepas..induksi pun dah lulus. Mudah-mudahan by hujung tahun ni dapat la merasa tengok slip gaji bertambah nilainya.

Heh.

Sunday, September 4, 2011

Cerita Raya...Edisi Kuala Kangsar



Sudah selamat sampai ke Labuan..Alhamdulillah. Bila sampai ke Labuan ni terus mood raya otomatik swicth off. Terus rasa macam raya bukan sebulan, tapi seminggu jek. Huh.

Tapi takpelah...yang penting rindu pada suami kesayangan sudah terubat. Hehe.

Jadi camne raya tahun ni? Best?

Aku tahun ni raya boleh tahan la..best aje. Duit raya pun still dapat lagi....untuk baby dalam perut katanya. Heh.

Tahun ni raya pertama and kedua aku kat KL jek..sedikit bosan lah raya kat KL. Tak tahu nak pegi beraya ke mana. Sudahnya aku pergi beraya ke Tesco Ampang dengan mama...sempatlah beli 4 5 helai baju anak lagi. Haha.

Masuk raya ke tiga baru macam best sikit sebab dah ada di kampung halaman tercinta di Kuala Kangsar Perak. Yippie!!

Macam biasa..aktiviti rutin hari raya..konvoi bersama famili 1881.


Antara rumah yang di serbu....rumah mentua aku. Yep, kampung aku dengan umah mentua ibarat kail panjang sejengkal aje. Dekat. Jadi macam agak kuang haja pulak kalau aku tak balik jengah famili mentua ye tak? Mentang-mentang incik suami tak balik raya....kemain takmau jenguk mak abah belah sana.

ini memang geng makan kamera. Mana-mana mesti muka deme je manjang. Haha.


Ini geng opah-opah vouge gedavass. Tengok? Walaupun nak bergambar, bekas kuih raya tetap tak boleh tinggal...nampak nau lapar. Heh.



Beraya ke rumah mentua aku ni memang kecohnya lain macam sikit. Datang dengan 7 bijik kereta, dah macam nak masuk meminang anak dara orang dah. Meriah memang meriah. Sampai kuih muih, kuah kacang, rendang, nasik impit, mee goreng segala yang awalnya meriah penuh meja boleh jadi licin tingal mangkuk jek. Siap mintak tambah. Haha. Takpelah...nama pun raya kan?


Tapi memang tak berapa puas jumpa famili mentua tahun ni. Yelah..balik pun kejap jek. Takpelah, Insyaallah tahun depan aku akan beraya rumah mentua pulak dulu. Bawak baby...hehe.

Penatlah menaip..kita layan gambar je la. Korang mesti nak tengok gambar special edition aku yang dah makin membulat perut ni kan? * Haha adalah sangat orang nak nengok kau Yongnana oiii*

Layannnn..


Inilah Famili 1881. Ramai cenggini la aku bawak pergi beraya rumah mentua tadi. Huhu. Cer cari mana aku.hehe..


Depan rumah arwah moyang aku kat Kampung Lalang. Kalau siapa orang Kuala Kangsar mesti tahu Kampung Lalang ni. Glamer kampung ni tau. Ha...kali ni kalau tak jumpa jugak aku tak tahulah..dah kemain tengah aku diri tu. Besar tak perut aku? Baru 6 bulan setengah ni..dah serupa 9 bulan. Huhu


Ha...cer tengok yang kiri sekali tu...mak aiii lebaunya hang!!




Yang peliknya..bulat-bulat lebau camni pun masih ada yang kata aku nampak selim. Eh silap..selim di sini maknanya badan aku tak berubah banyak dari sebelum mengandung. Kira kategori selim la tu kan. Haha.



Itu je gambar yang aku sempat curik dari fesbuk sedara mara. Untuk edisi beraya di Kedah..kalau ada gambar nanti aku hapdet.

Daaa!


Selamat Hari Raya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...