MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Intai Barang Aidi.

Dah lama rasanya tak menjengah baby stuff department kat mana-mana supermarket. Rindu pulak rasanya nak membeli belah barang anak. Tapi atas kesedaran tak mahu membazir beli itu ini yang belum tentu suit dengan baby...jadi hold dulu la misi membeli barang baby buat masa ni.


Barang baby pun kebanyakannya ada kat rumah Ampang. Yang ada kat rumah Labuan ni cuma sipi-sipi je. Yela, tak kuasa pulak nak memborong banyak-banyak kat Labuan, kendian nak berangkut ber beg-beg ke KL jugak nanti. Yang sakit tangan lenguh bahu nak seret beg nanti akkkaaaakkk jugek kan?


Tapi barang anak yang sipi-sipi ni lah yang selalu aku dok bukak lipat bukak lipat peluk cium selalu.


Asal terasa rindukan baby..mulalah aku selongkar bakul baju anak. Belek baju, belek mitten..cium booties..kadang tu losyen anak pun aku pakai in advance konon nak bagi ada aroma baby gitu. Itu bila dah rindu menggila kat anak dalam perut la tu.




Ini je koleksi baju yang ada dalam simpanan di Labuan. Kalau terberanak kat Labuan paling tidak ada jugaklah baby baju nak dipakai. Heh.




Mitten & booties pun just ada beberapa pasang jek. Tak ingat kat Ampang ada ke tidak mitten & booties ni. Cukup ke ni agak-agak?



Towel just ada 3 helai. Ada yang suggest beli towel banyak pun takpe, sebab towel memang boleh pakai lama.




Hooded blanket kat Labuan cuma ada selai. Kat Ampang ada selai lagi. Selimut ada 2 helai kat Ampang. Yang bercorak-corak tu bedung moden. Cukuplah 2 jek. Setakat nak bedung anak, guna kain lampin pun boleh jaaahhh.



Set mandian baby, beli yang kecik jek dulu. Takut tak serasi dengan kulit baby. Diaper stacker pun sompat jaahh aku rembat. Ikut hati aku nak amik untuk kegunaan sendiri jek, buat tempat simoan tudung pun okey benda alah ni. Huhu..Satu lagi tu changing mat. Bosan pulak asik tengok changing mat kaler sebelah biru sebelah pink tu. Jadi aku beli yang macam gini la. Konon nak lain sikit. Coi!


Okey sambung balik cerita..

Anak yang dok 24 jam dalam perut tak tinggal ke mana-mana pun aku boleh rindu rendam. Esok kalau dah lahir, kena tinggal rumah pengasuh ke hapa ke..mau sendu sepanjang hari aku ni gamaknya. Haha.


Eh tiba-tiba tak tahu nak cot cet apa dah. Blank tentiba..boleh?


Yang penting ini Ahad last aku kat Labuan sebelum bersalin nanti. Lepas ni hari Ahad di Labuan adalah bersama dengan baby Aidi. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan *berapa banyak mudah laaa...*


Okbai!

Saturday, October 29, 2011

Check Up...34 Minggu

Adeh, terlambat sikit publish entry ni. Takpelah..publish la jugak. Huhu.

Khamis lepas aku pergi rutin check-up macam biasa. Since dah masuk trimester ketiga ni memang kena check-up 2 minggu sekali, jadi terasa macam klinik tu dah macam rumah kedua dah. Boleh?

Tapi tentiba sayu hati bila pikirkan yang ini adalah last check-up kat Labuan. Jumaat depan aku nak terbang balik KL dah, so lepas ni kena continue check-up kat Klinik Kesihatan kat Ampang pulak lah. Dahlah bila masuk 36 minggu nanti kena check up setiap minggu. Ohh neves pulak hati kena pergi check-up kat tempat baru. Takut tak serasi dengan jiwa katanyaa..heh.


Since ini last check-up kat sini, so nurse kat situ pun banyak jugaklah pesan nasihat yang dibagi kat aku. Aku pulak tentiba ada mood pulak nak tanya soalan macam-macam kat nurse. Mungkin perasaan neves nak bersalin sudah mari..jadi baiklah aku dapatkan ilmu selagi boleh. Huhu.


1. Kesihatan diri aku.

Alhamdulillah..tiap kali check up aku berada dalam keadaan sehat walafiat. Paling-paling teruk pun masalah aku kalau ingat lagi dulu pernah sekali kena bebelan manja dengan nurse sebab berat terlebih naik. Huhu..tapi berjaya dimaintainkan balik sampai nurse situ pun sibuk tanya apa rahsia berat aku dah duduk balik on the right track.

Phewww!

Untuk check up baru ni, berat naik 1 kg untuk 2 minggu which is memang cantik sangatlah. Syukur.

Urine pun okey.

Tekanan darah normal..tapi nurse balik-balik suruh aku banyakkan rehat and cukup tidur sebab tekanan darah aku ni sikit lagi nak cecah 130. Petanda aku tak cukup rehat. Oh ye, nurse kata kalau baby terlalu banyak bergerak pun boleh efek mommy punya tekanan darah. Hurmm..patotlah. Si kecik dalam ni memang aktif. Asik nak praktis tendang bola je kekdahnya. Takpelah..mama suka sayang oii.

Bacaan hemoglobin nurse tak amik kali ni sebab katanya bacaan hb aku 2 minggu lepas dah cantik. Jadi tunggu 2 minggu lagi baru aku kena amik bacaan hb.


Rahim aku pun dah makin tinggi. Dah 32cm kalau tak silap. Tiap kali check up, tinggi rahim mesti akan naik 1-2 cm. Baguslah tu.

Heartbeat baby pun normal. Antara 130-140 gitu. Aku memang suka part dengar jantung baby ni. Kalau nurse tu dok tercari-cari mana jantung baby, aku akan cepat-cepat bagitau nurse mana duduknya jantung baby. Mama tau mana jantung kamu sayangg..nurse pun tak tau. Hehe.

So far..Alhamdulillah aku sehat.


2. Pesanan nurse.

- Sampai je KL nanti terus packing barang baby masuk dalam beg. Kiranya dah kena stand by barang baby and barang aku untuk di bawa ke hospital dah. Manalah tau...nak terberanak awal pulak kan. Oh ye, nurse pesan jangan sesekali bawak botol susu pergi hospital. Yep..aku memang tahu hal tu. Kalau awal-awal dah bawak botol susu, sama macam kita dah set mind nak bagi anak susu formula, bukan susu badan. Jadi botol susu diharamkan buat sementara waktu. Heh.


- Nurse pesan supaya aku jaga jarak kelahiran anak seterusnya. Heh, yang ini pun tak keluar lagi, aku dah kena pikir tentang anak seterusnya. Malu pulak rasa. Huhu. Tapi betullah tu, kena amik tahu hal perancangan keluarga.

Nurse kata sebaik-baiknya tunggu baby ni cecah umur 2 tahun dulu baru plan untuk mengandung lagi. Insyaallah...aku akan cuba jaga jarak kehamilan. Tapi kalau dah Allah nak turunkan rezeki sebelum baby cukup 2 tahun, takkan nak tolak kan? Apapun usaha tangga kejayaan. Hehe.


- Aku sempat tanya tentang false contraction. Maklumlah, umur-umur kandungan 34 minggu ke atas ni kita dah boleh rasa contraction palsu ni. Jadi nak jugaklah aku tau apa beza contraction palsu dengan contraction yang betul.

Nurse kata...

Contraction palsu biasanya muncul sekali dua je. Selang masanya antara contraction tu pun agak jauh. Biasa dalam tempoh sejam camtu. Maknanya kalau tentiba aku rasa sakit perut macam nak terberak tapi tak berak-berak, atau rasa sakit macam senggugut..nurse suruh aku kira berapa saat rasa sakit tu datang. Biasa dalam 10 saat gitu. Pastu tengok jam, pukul berapa sakit tu datang. Kalau lepas sejam sakit tu datang balik..relax lagi..jangan panik. Just alert dengan time sakit tu datang. Kalau itu adalah contraction palsu, biasanya lepas-lepas tu sakit tu tak datang dah. Kira macam main aci sembunyi la. Main-main je tu.

Tapi kalau contraction yang betul, yang memang petanda kita dah nak bersalin, rasa sakit perut akan terus datang dan datang dan jarak masa antara sakit perut tu makin lama makin dekat. Mula-mula mungkin jaraknya sejam..pastu jadi 40 minit contohnya..pastu datang selang 30 minit contohnya..makin dekat makin dekat sampailah sakit datang selang 10-15 minit. Ha itu memang dah nak bersalin sangat lah tu.

Tapi nurse pesan lagi..kalau just rasa contraction *peringkat awal* tanpa pecah ketuban atau ada bleeding, tak perlu goph sangat ke hospital lagi. Kalau pergi pun bukaan rahim biasanya baru 1-2 cm jek. Buat sakit kena seluk je nanti kalau pergi awal sangat. Tunggu sampai selang masa sakit tu makin dekat baru pergi hospital, jadi takdelah lama sangat bertunggu tangga lat hospital tu.

Tapi kalau dah pecah air ketuban atau ada blood spot atau bleeding..cepat-cepatlah ke hospital. Takut anak lemas pulak nanti.


Aku masa dengar penerangan nurse tu pikiran aku memang terbayang diri sendiri je panik-panik kat hospital. Haha.

Neves beb!!


Eh eh..terpanjang pulak aku menaip kali ni.

Okla..sampai sini je la.

Mesin basuh dah berenti dah tu. Nak sidai baju.

Boleh??

Haha!

Melayan Nafsu Makan Baby....ceh..alasan!

Hai!!

Seronok betul bila sampai hari Sabtu Ahad kan? Boleh rehat puas-puas kat rumah. Mujur sekarang ni pun aku rasa weekdays pun cepat sangat berlalu, mungkin sebab terlalu sibuk kot, sedar-sedar eh eh..dah Jumaat dah? Sorga betul rasa. Tambah lagi Jumaat depan nak balik KL dah..bertambah sorga la aku. Mahu cuti!!


Eh tapi dalam dah nak balik KL ni baby bertuah ni sempat lagi tau buat permintaan macam-macam kat Labuan ni.

Nak makan kek Red Velvet katanyaaaaa...

Sah anak aku ni sebab kuat betul makannya. Haha.

Sepanjang minggu la tekak aku dok terbayang-bayang rasa kek red velvet tu, padahal selama ni memang tak pernah makan pun. Entah kenapa tentiba teringiiiinnnn nya la hai.


Tapi kat Labuan ni mana nak cari? Kedai bakery yang ada pun setakat jual butter kek, coklat kek biasa-biasa tu banyaklah. Hurrmmm..

Tentiba aku teringat kat akak yang buat kek besday incik suami April hari tu. Masa besday incik suami dulu aku order carrot kek, memang sedap hingga menjilat sudu. Trylah tanya kot-kot akak tu ada buat red velvet jugak.

Sekaliiiii...memang ada pun.

Memang rezeki kamu la anak oii.

Terus aku place order jek. Akak tu tanya aku nak kek ni bila, boleh tak aku jawab AS SOON AS POSSIBLE!

haha!

Nampak nau tak menyabar.


Aku place order hari Rabu, hari Jumaat kek aku sampai depan rumah. Pantas pintas..acik suka.





Inilah rupa kek red velvet aku.


Sedap.


Aku order yang half KG je..harga RM40. Berbaloilah dengan hasilnya.


Jadi sekarang dah puas hati dapat makan red velvet.

Yang tak dapat-dapat lagi adalah aiskrim Magnum. Mana-mana kedai atau pasaraya aku pergi mesti aku akan jenguk peti aiskrim diorang. Tapi...hampa. Memang takde stok lah kat Labuan ni aku rasa.


Takpelah..kat KL nanti Insyaallah dapat makan.


Kat Kl nanti jugak aku nak serbu Kenny Rogers, nak cari Roti Boy, Big Apple, hurmmm apa lagi ek?


Baby nak mamam apa lagi?

Just name it!

Wednesday, October 26, 2011

Marah Dengan Diri Sendiri Ni!

Tak paham! Tak paham!

Sejak akhir-akhir mood asik nak swing jek. Yang jadi mangsanya tentulah incik suami kesayangan..yang jadi pemangsanya tentu-tentulah aku. Hoh.

Bayangkan...


Aku order nasi goreng Singapore + sup kosong + air cincau, tapi incik suami pergi beli nasi goreng singapore + sup ayam + air cincau.


Agak-agak aku happy ke marah??


Aku sentappp wei!!


Melenting-lenting hanya kerana sup kosong dah bertukar jadi sup ayam!


Gila pompuan ni.

Tak cukup lagi...


Incik suami TER makan makanan aku. Beliau ingat sama je makanan aku dengan dia. Jadi dia makan je mana-mana pun. Padahal makanan dia lauknya udang, aku punya ayam.


Nak menambahkan sentap aku adalah aku adalah bukan pemakan udang.


Maka menangis la aku kat meja makan tengok lauk ayam aku dah tinggal separuh kena ratah dek incik suami.


Coi sangatlah!!


Hey Yongnana..pasal sup kosong bertukar jadi sup ayam dengan kau punya ayam tukar jadi udang pun dah melenting-lenting kat suami ke??


Syukurlah jugak ada jugak makanan sedap-sedap nak makan time tu.

Buatnya laki kau hidangkan nasik putih dengan kicap jek????


Baru padan muka!!

Marah sampai sekarang dengan diri sendiri.

Mujur incik suami dah maafkan aku semalam. Kalau tak...tak dapat bayangkan kalau Tuhan turunkan kesusahan masa nak bersalin nanti sebab marah-marahkan suami.

Nauzubillah..



Moral of the story: Sayangilah suami kita.


Heh.

Tuesday, October 25, 2011

34 Minggu Dah Rupanya....

Ohhh minggu ni dah masuk 34 minggu. Sangat pantas dan pintas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan setengah kendong anak dalam perut ni. Tak lama lagi insyaallah boleh kendong dalam dakapan pulak. Ohhh tak sabar pulak rasa.


34 minggu...apa hapdet??


1. Doktor kata baby dah berada pada kedudukan yang betul. Maknanya insyaallah baby takkan berpusing-pusing lagi dah. Kepala memang dah kat bawah, kaki dah kat atas. Sekarang ni kalau baby tendang-tendang memang akan senak bahagian pusat sampai dada. Kuat kau kaki budak ni.

2. Kadang bila duduk depan cermin, aku perasan perut aku menyenget sikit. Ada masa pusat aku tak center lagi dah. Perut berat ke arah kanan. Memang dari awal-awal hamil lagi aku perasan anak aku ni memang parking belah kanan. Ada yang kata kalau anak duduk belah kanan perut tandanya baby girl. Tettttt.


3. Semalam, aku mengalami sakit bawah perut sampai aku jadi susah nak berdiri apalagi berjalan even dua tiga langkah pun.Time tu kami laki bini pucat lesi jugaklah sekejap. Salah aku jugak kot sebab pagi semalam aku berjalan kaki secara laju dari Klinik A ke Klinik B yang jaraknya boleh tahan jauh jugaklah bagi ibu mengandung macam aku. Balik rumah baru terasa sakit bawah perut. Tapi baby bergerak aktif macam biasa serupa takde apa-apa yang berlaku kat dalam tu.

Dia tak tahu yang mama n abah dia ni dah cuak seribu macam sampai aku telefon klinik kesihatan yang selalu aku buat check up untuk tanya apa yang patot aku buat time tu. Nurse kata, kalau ada bleeding even setitik pun cepat-cepat pergi hospital. Kalau sakit makin bertambah pun cepat-cepat pergi hospital. Alhamdulillah lepas suami zikir-zikir kat perut sampai aku tertido, bangun tido rasa sakit makin berkurang. Cuma kadang rasa macam kepala baby dah turun ke bawah, itu yang buat aku selalu senak-senak bawah perut. Hopefully aku tak pape.


4. Tadi baru selesai submit borang cuti bersalin dan borang cuti rehat khas (CRK) pada pengetua. Kalau takde apa aral melintang insyaallah Jumaat minggu depan aku akan terbang balik KL. Aku mohon cuti bersalin 90 hari, kalau lulus..maka aku akan bercuti sampai pertengahan bulan Mac 2012. Yabedabedu!!!


5. Sekarang memang dah stop beli baby stuff. Entahlah..tentiba dah takde nafsu nak beli barang baby dah. Eh tak tahu dah takde nafsu ke dah takde duit sebenarnya ni. Haha! Takpelah..rasanya barang-barang penting dan asas untuk sambut baby 90% dah ada. Yang 10% lagi tu nanti ingat nak beli kat KL je. Lagipun sejak-sejak last scan doktor kata baby maybe girl, terus hati jadi takut nak beli barang baby banyak-banyak dah. Just wait n see je la. Kalau betul girl, lepas bersalin nanti mama borong baju pinky pinky girlie girlie untuk kamu ya baby?


6. Sekarang dah mula sibuk tanya pakcik google tentang persiapan dalam labour room. Segala mak nenek teknik pernafasan, cara meneran, doa-doa ketika bersalin semua tu. Jenuh jugak rupanya nak lekat semuanya dalam kepala ni. Aku takut tengah-tengah sakit-sakit panik apa semua masa nak bersalin nanti semua ilmu yang pakcik google bagi tu aku lupa. Heh.


7. Hospital bersalin pilihan??

Aku rasa aku dah sebulat hati nak bersalin di Hospital Ampang je. Tengok review-review dari bekas patient kat sana...nampaknya hospital tu ok. Layanan nurse pun tip top. Keadaan wad pun selesa. Even wad kelas dua pun diorang kata dah selesa macam wad kelas satu.

Paling penting kat situ husband boleh teman masa bersalin. Itu kriteria utama aku tu. Incik suami pun bersemangat waja nak teman aku masa bersalin nanti nampaknya. Kebal darah katanya....tengok je nanti. Heh.


8. Sebabkan minggu depan last week sekolah untuk tahun ni *untuk diri aku la*, maka banyak tugas-tugas, kerja-kerja tertunggak yang kena aku selesaikan. Ada lebih kurang 8 hari lagi sebelum mula bercuti.


Mana nak tanda paper exam budak??

Mana nak buat kelas tambahan untuk budak siapkan projek skirt diorang??

Mana nak kemas meja yang dah macam kilang kertas dah ni??

Oooohhhh kad laporan 001 budak yang tak habis hapdet lagi.

Nak kemas bilik disiplin yang dah macam takde disiplin dah aku tengok. Bersepahhh!




Paling tak boleh blah..tentiba ada cikgu tanya aku tadi..

"Wan, ada dapat surat arahan untuk pergi perkhemahan tak pada 1 hingga 3 haribulan depan??"


What????!!!

Camping???

Dengan perut memboyot 35 minggu ni??


Fengggsaaannnn!!

Friday, October 21, 2011

Ibu Mengandung Memang Hot!!


Panas!! Panas!! Panas!!


PANASSS!!!


Nak kata cuaca kat Labuan sekarang ni panas terik, boleh kata hampir tiap hari mesti akan hujan. Tapi apasal la tiap malam tidor aku macam cacing kepanasan??

Panas!!


Memang selalu aku dengar orang kata perempuan mengandung akan lebih cepat rasa panas dan berpeluh berbanding orang tak mengandung..tapi kalau dah sampai aku terpaksa bangun tengah-tengah malam kul 3 4 pagi untuk siram badan...apakeheynya tu??

Sungguh memang sekarang ni tido malam aku selalu sangat terganggu.

Selalunya sebelum maghrib memang aku dah siap-siap mandi.

Pastu kalau cuaca membahang tahap tak tahan, sebelum naik katil untuk tido, aku akan mandi sekali lagi. Tapi mandi kerbau je la. Siram siram lalalal just nak bagi badan sejuk. Baru selesa sikit tido.

Lepas dah lena sejam dua...mesti terjaga dengan muka berpeluh-peluh dari dahi sampai ke tengkuk. Pastu mulalah nak meracau-racau panass panass panass sampai incik suami pun sama terjaga dari tido. Huh.

Sambung tido balik...sejam kemudian terjaga pulak lagi, tekak pulak dahaga. Kejut incik suami mintak tolong amikkan air sejuk. Yep, tengah-tengah malam mintak minum air sejuk ye kawan-kawan..panas punya pasal. Huhu. Pastu selang berapa minit mula terjaga balik, nak shi shi la pulaknya. Heh.

Dan selalunya bila dah masuk bilik air tu..aku akan terus mandi je. Lantaklah jam pukul berapa pun masa tu..pukul 3 pagi pun aku bantai mandi jugak. Tapi biasalah..mandi siram-siram je.

Barulah boleh sambung tido dengan lenanya.


Tapi bahaya ke bangun mandi tengah-tengah malam gitu eh??


Sian kat baby..kesejukkan pulak.


Tapi mama panas sayang.....


Panas!!

Abangg...jom kita pasang air-cond jom?

Wednesday, October 19, 2011

Aidi Baby Girl??


Pheww!!

Arini ada temujanji dengan doktor untuk scan. Ini kiranya last scan yang dibuat oleh klinik kesihatan. Lepas ni kalau nak tengok baby lagi, sila keluarkan ongkos sendiri.

Oh ye, cakap pasal scan..baru dapat tahu yang kat Labuan dah ada klinik yang buat 3D 4D scan. Teruja pulak aku dengar, tapi mengenangkan sang anak pun dah besar dalam perut ni..rasa macam tak berapa berbaloi nak pergi buat scan 3D lagi dah. Takut tak nampak muka baby dah sebab ruang perut dah makin sempit.

Tadi pergi scan baby pun aku dah tak boleh nampak clear dah mana badan mana tangan mana kaki..tak reti aku nak baca mesin scan tu. Yang aku nampak, kepala baby je..dah makin besar. Pastu dahi ala-ala jendul macam dahi aku jugak. Muahaha!!

Berat baby pun dah cecah 2.1 kg. Kata doktor, kalau aku jenis makan banyak..baby boleh lahir dengan berat lebih 3kg. Tapi kalau aku makan macam biasa je, berat baby masa lahir maybe dalam 2.8kg. Aku lebih suka baby tak terlalu besar. Aku dulu pun lahir 2.8kg je. Lepas dah lahir baru berat naik mencanak-canak sampai boleh membesar dengan sehat dan montel sehingga kini. Huhu..

Alang-alang dah scan tu aku saja lah suruh nurse tu tengok jantina baby..walaupun aku dah tahu gender anak. Sekali.................doktor kata apa??

" Kalau tengok kat skrin ni, baby awak macam GIRL!!"


DANGG!!

Aku pulak terkesima sendiri dengar doktor kata anak girl. Eh eh, bukan tak suka baby girl..suka jek. Aku memang tak kisah anak dalam perut ni lelaki ke perempuan ke..memang inilah buah hati pengarang jantung, intan payung, payung pasar malam, payung pasar tani...pendek kata semuanyalah untuk si kenit dalam ni.

Tapi sebab dari awal lagi 2 orang doktor dah macam konfiden kata baby adalah boy, siap aku sendiri tengok jelas "kelakian" baby, persiapan pun hampir 60% adalah untuk baby boy, siap nama baby pun dah kemain announce nama baby boy.....mahu tak ter tanjat boboy bila doktor kata baby macam girl?

Alasan doktor..dia kata dia tak nampak apa-apa kat bahagian tuttt tu. Doktor kata maybe jugak birdienya tersorok sebab time scan tu baby memang tengah aktif main. Gerak sana sini sampai susah doktor nak scan. Haiii la anak.

Bila cerita kat incik suami, incik suami senyum je sambil berkata...


"takdelah..baby boy tu."


Yakin!!

Monday, October 17, 2011

Nak Reveal Nama Baby....



Hujung minggu baru ni, saja lah call mak mentua kat kampung. Sejak akhir-akhir ni dah jarang aku call mak sana, bila teringat nak call..tup-tup mak yang akan call dulu anak menantu sorang ni. Selalu sangat jadi cenggitu sampai jadi segan aku. Jadi weekend baru ni lepas dah puas sembang dengan mak sendiri, tentiba teringat kat mak sana pulak..jadi cepat-cepat call sebelum mak yang call dulu. Haha.

Kemain meriah sembang sampai 45 minit. Nasib pakai bil, kalau tak mau abis kredit. Huhu.

Macam-macam topik kami sembang.

Jantina baby..air selusuh...cari mak bidan betulkan kedudukan baby...cerita masak apa hari ni...cerita mak yang dah mula panik sebab period dah macam biskut chipsmore kejap ada kejap takde.huhu...cerita mak tambah panik bila pikir kemungkinan beliau mengandung lagi *sumpah yang ni aku memang geli hati..alahai omak den*....cerita hal perancangan keluarga lepas bersalin nanti...sampailah tentiba mak keluarkan topik ini...


Nama baby


Phewww!!


Niat hati nak rahsia...tapi entah, dengan mak mentua otomatik lidah tak reti nak cakap "rahsia la mak..." Hehe.

Terus ter reveal nama anak kat mak sana.

Siap mak dah praktis 4 5 kali sebut nama cucu dah pun. Heh..comel.

Jadi alang-alang dah terkantoi nama anak kat mak mentua, untuk bagi adil..aku reveal terus lah nama anak kat belog ni.

Baby pun dah langkau 8 bulan...dah tak lama dah nak jenguk dunia. Insyaallah.

Baby pun dah macam kenal nama dia sendiri. Kalau aku panggil-panggil nama dia, nak ajak main tendang-tendang..memang baby akan bagi respond. Sampai incik suami pun terkejut tengok anak beliau boleh bagi respond macam tu. Katanya..baby anak yang bijak. Aminn..mudah-mudahan masinlah mulut abah kamu anak oiii.

Jadi...

Cerita panjang lebau ni..apa nama baby dalam perut tu??
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ohh neves pulak nak kasi tau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Menjengkelkan sungguh kan buat dot dot panjang gini? Heh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....nama baby bertuah dalam tummy ni adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




AIDI RIZQY BIN SYAIFUL AMRY


Aidi Rizqy yang membawa maksud "Kekuatan Rezeki". Alhamdulillah...



Err kalau keluar anak perempuan terpaksa cancel la nama ni. Tapi dah reserve satu nama lain untuk baby girl. Tapi 90% baby adalah boy. Dua orang doktor scan baby, dua-dua kata boy. Rabu ni nak pergi scan lagi...tengok doktor kata apa. =)


Okey..itu je untuk masa ni.

Aidi..say bye bye to all aunties...


toing toing...baby tendang tanda ucap bye. *iyolah tuuuuu..*

Friday, October 14, 2011

Bila Kurindu, Aku Menyebut Namamu..lalalala


Tentiba..hati meruntun-runtun rindukan budak kecik sorang ni.

Anak buah kesayangan.

Buah hati pengarang jantung Famili 1881..



Ohh rindunya pada kamu Shaqil oiiii..





Raya aritu kamu baru boleh merangkak..sekarang mesti dah boleh berjalan. Koman-koman dah boleh jalan jatuh dah. Cepat-cepat jalan, nanti Mak Yong bawak pegi kedai beli cukulat. Heh





Agagaga...comelnya dia..rasa nak geget pipi pau itu.





Sumpah..kamulah the most handsome baby dalam kalbu buat masa ni. *sambil angkat tangan serupa nak baca ikrar.heh*


Rindu sangat pada si kenit ni.

Tapi rindu lagi pada si kecik dalam tummy. Hehe.

Mengharap baby dalam perut ni secomel cousin beliau.

Sempaaaattt.


Thursday, October 13, 2011

Lagi Tentang Set Tilam Baby



Senangnya hati hari ni sebab tadi pegi pregnancy check-up, semuanya adalah okey.

Berat okey. Naik 1 kg untuk 2 minggu which is sedang elok la kata orang.

Urine pun okey.

Tekanan darah pun okey. Legaaa..

Bacaan HB yang 2 minggu lepas turun jadi 10.5 dah naik balik jadi 12.1. Alhamdulillah...senangnya hati.

Jadi buat masa ini aku berada dalam keadaan yang sehat alhamdulillah. Moga berterusan sampailah melahirkan.

Eh arini kan nak share sikit tentang SET TILAM BABY.

Mahu tak?

Mahu laaa....hehe.

Hal bedding set anak ni memang amik masa lama jugak aku nak kasi setel. Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Tinggal tunggu tilam sampai rumah jek. Eh dengan bayar remaining payment. Hehe.

Aku tempah dua set tilam baby. Tapi dua-dua pun tilam kekabu.


Satu tilam untuk letak atas lantai atau bawak pegi travel.

Saiz tilam 23 inci X 33 inci

2 biji bantal kepala

2 biji bolster

1 comforter

HARGA??

RM150 *kalau guna kain sendiri. Kalau kain diorang, RM160*

Kedai ni ada banyak jugak design tilam baby. Tapi aku tempah yang design gini. Tak mau banyak-banyak ropol sangat, takut anak tak selesa nak tido.



kalau nak tempah set tanpa comforter pun boleh. Harga RM130. *kalau guna kain sendiri, tolak RM10*


Ini contoh set sekali dengan comforter


Gambar kat kat atas tu aku kopipes je dari blog akak kedai tu. Untuk tilam baby bertuah ni, aku guna kain ini.




Kain murah jek...huhu.

Tempah kat mana?


Heh, gigih nau yongnana ni sampai ke Kelantan tempah tilam anak. Harap-harap paling lewat tengah bulan depan dah sampailah tilam baby ni kat depan pintu rumah. Ohh tak sabar.


Set tilam yang kedua adalah set tilam untuk playpen. Yep, kami laki bini memang berangan nak ajar anak tido dalam playpen. Tapi tak tahulah mahu ke tidak budak kecik ni tido atas katil sendiri. Kalau malam-malam menangis tak mau tido dalam playpen, memang terpaksa amik bawak tido celah ketiak mama dan abah la nampaknya. Heh.

Untuk set tilam playpen, aku tempah kat orang lain pulak. Kalau tadi tempah kemain jauh kat Kelantan, kali ni jumpa tokey tilam kabu kat area kampung halaman sendiri jek. Kuala Kangsar. Tapi tetap jauh dari Labuan. Haha.

Aku memang jatuh cinta amat pada hasil kerja tokey tilam kekabu yang sorang ni.




semua pict kredit to wanisa shop

Eh, beliau ni cikgu jugak tau..nak best lagi, cikgu Kemahiran Hidup (ERT) serupa macam aku. Bezanya beliau pandai jahit tilam baby comel momel kiut miut..tapi aku nak masuk benang dalam jarum pun amik masa 10 minit. Hoh!

Okey, berbalik kepada cerita tilam.

Aku amik set tilam yang ada:

- tilam kekabu saiz 28 inci x 35 inci *tapi saiz playpen baby 28 inci x 41 inci..takpelah.*

- 1 bantal kepala kecil

- 1 bantal kepala bentuk karipap *yang ada lekuk kat tengah-tengah tu*

- 2 biji bolster

- 1 comforter saiz 37 inci x 37 inci


Sebabkan tokey tilam ni punya hasil kerja semua cantik-cantik sampai rambang mata aku nak pilih, sudahnya aku serah kat tokey kedai je untuk pilih design kain untuk tilam baby aku. Yang penting aku tak mau yang terlalu boyish atau terlalu girlie. Kalau boleh biarlah yang boleh dipakai oleh dua-dua jantina baby. Manalah tahu kot-kot esok-esok ada rezeki dapat anak perempuan pulak khennn..takkan keje asik nak membeli tilam je. Huhu.

Sudahnya tokey kedai tu suggestkan aku design ini.



Oh terus jatuh chenta! Suka sangat!

Ini pulak comforternya. Kalau baby tak mau guna, biar mama and abah yang landing atas comforter ni. Kuit bangat bagi aku. Heh.




Harganya??

Hurm..aritu masa sesi discussion tentang harga segala, tokey kedai bagitau total harga untuk set aku ni RM250. Bila aku tanya berapa hengget nak bayar deposit..katanya tak payah, dah siap nanti baru bayar. Wahhh kelass kau kak, nampak nau bisnes maju sampai berani mati tak amik deposit. Yelah..kalau agak-agak customer lari pun, berduyunnnn tibaaa *versi Juliana Banos* nak beli tilam ni kan?

Heh.

Kalau ada yang berminat..boleh la klik klik blog Wanisa Shop ni. Klik sini.

Eh jangan pulak kamu-kamu ingat aku dapat diskaun ke apa ke promote bsines akak tilam berdua ni ye..diorang pun tak tahu aku ada blog gamaknya. Niat aku cuma mahu berkongsi..manalah tahu, ada antara kita yang memang tengah mencari set tilam untuk baby.. Kurang-kurang entri cabuk ni boleh membantu memperbanyakkan pilihan.

Okey, itu je la untuk masa ni.

Sat lagi nak masuk kelas..kena jaga budak exam.

Daa!!



Wednesday, October 12, 2011

Baby Dah 8 Bulan, Cerita Balik Bersalin, Dan Rezeki Anak.


Hohoho. Harini bermula dengan perasaan sedikit neves.

Anak sudah 8 bulan ohh!!

Alhamdulillah...setakat ini semuanya berjalan lancar. Syukur jugak aku masih lagi sehat walafiat, mampu berjalan walaupun sudah ala-ala penguin gayanya. Haha!

Cakap pasal berjalan ni, memang sekarang penguin sangat cara berjalan aku. Kalau jalan berdua dengan incik suami, memang sebatu lah aku kena tinggal. Jadi untuk elak kena tinggal, cepat-cepat aku paut lengan incik suami bila berjalan..biar dengan dia sekali kena berjalan mamcam penguin serupa aku. Baru adil kan? Hehe.

So sekarang dah masuk 8 bulan. Esok ada rutin check up. Hopefully HB tak turun lagi. Last check up HB dah turun cecah 10.5, terus nurse suruh makan iron tablet 2 biji sehari. Pada buku pink pun nurse dah tulis HB rendah pada bahagian risiko. Ohh takutnya.

Jadi sepanjang dua minggu ni memang tak skip makan iron tablet 2 biji sehari. Lauk pulak, pantang aku nampak hati ayam ke hati lembu ke paru ke..memang aku akan makan. Mengharap esok bacaan HB boleh naik balik at least cecah bacaan 11. Wish me luck!

Nak citer tentang balik bersalin ni...

Yabedabedu!! Berjaya dapatkan permission untuk cuti 2 minggu awal dari pengetua. Pengetua izinkan amik CRK (Cuti Rehat Khas) yang berbaki 5 hari lagi, campur dengan MC klinik 4 hari. Cukuplah 9 hari cuti untuk balik KL 4 November nanti.

Incik suami tak dapat nak hantar balik sebab susah nak apply cuti, nanti bila dah dekat due beliau nak cuti lagi. Nak cuti banyak-banyak kali sila jangan jadi tentera okey? Jadi mak dengan penuh kasih sayangnya telah meng ofer kan diri untuk terbang ke Labuan pagi 4 Nov tu, then sama-sama terbang pulang ke KL petang 4 Nov tu. Wahhh..mak buat KL-Labuan macam dekat je. Boleh balik hari gitu. Kelasss!

Moga penerbangan pulang ke KL nanti selamat dan lancar. Harap-harap tiadalah apa-apa yang tak diingini berlaku. Aminn.

Eh nak tukar topik jap..tentiba rasa nak cakap tentang Bajet 2012 baru ni. *sambil angkat-angkat kening*

Sebenarnya nak panjat syukur banyak-banyak sebab guru dapat kenaikan gaji tahunan yang akan wauu wee junior juss jugaklah bagi aku. Untuk cikgu gred 41 macam aku ni dengar kata kenaikan tahunan cecah RM220 setahun compare to sekarang yang kenaikan tahunan tak sampai pun RM100. Jadi alhamdulillah...memang rezeki kamu la wahai anak bertuah dalam perut ni.

Rezeki lagi....aku baru je dapat surat tawaran Lantikan Tetap dari jawatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah baru-baru ni. Gaji pun alhamdulillah ada sikit naik. Dapat pulak dalam bentuk tunggakan selama kurang lebih 14 bulan. Tapi belumlah dapat lagi, paling awal pun mungkin hujung tahun nanti. Hehe.

Tak tahu nak kata apa...cuma boleh syukur banyak-banyak sebab semua rezeki ni tiba pada masa yang tepat sangat.

Sesungguhnya perancangan Allah memang yang terbaik untuk kita semua.


Aku harap tahun depan, keadaan kewangan akan lebih stabil.

Bila ada anak, memang belanja bulanan akan meningkat berganda-ganda. Tapi percayalah anak itu pembawa rezeki.

Harap juga aku tak lupa pada famili. Rasa ralat sangat tak dapat nak hulur belanja pada famili secara konsisten setiap bulan buat masa ni.

Sedih.

Thursday, October 6, 2011

Hapdet Terselit dan Menyelit..Bizi ohh Saya!

Lama betul tak jenguk belog. Bizi memanjang kat sekolah satu hal. Charger laptop rosak pun satu hal jugak yang buat aku dah tak boleh nak online lagi. Ini pun gigih turn on komputer bilik disiplin yang dah berkurun tak turn on semata-mata nak siapkan keje yang melambak-lambak ni. Mana nak siapkan kertas soalan exam akhir tahun budak, mana nak key in markah ujian budak dalam SAPS *yang sangatlah lemm*, mana nak siapkan minit mesyuarat la segala bagai. Tapi bizi-bizi pun sempat jugak curi masa sekejap nak siapkan esaimen belog katanyaaa..Haha!

Banyak benda nak pahat kat sini. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Mula dari mana yang paling latest la yek..senang nak ingat.

Hari ni 6 Oktober....tengah-tengah malam tadi aku dikejutkan dengan sms dari mama. Mama taip gini...

"Yong..pah dah tak ada"


Aku yang mamai-mamai tu terus kejut incik suami untuk inform apa yang mama sms tu. Beliau pun mamai-mamai jugak tapi sempat jugaklah ucap Innalillah sebelum sambung tidur balik. Aku pulak terus call mama...mama mesti sedih sekarang. Tapi apa nak buat, yang hidup pasti akan mati. Sedih memang sedih..aku sayang sangat kat pah. Walaupun bukan pah kandung, tapi beliau tetap moyang pada baby dalam perut ni. Hurmm..mesti baby sedih sebab sorang lagi moyang dia dah pergi tinggalkan dunia ni. Semoga roh pah sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn.


Lagi apa cerita?

Aku ni apa kisahnya ni? Nak beranak kat mana ni?

Hadoilah..terbelenggu sungguh memikirkan hal yang satu ni. Pergi klinik kesihatan nak mintak surat cuti bersalin awal, tak dapat. Paling awal pun boleh drag cuti 2 minggu je dari tarikh due date which is masa tu baby dah 38 minggu. Still tak lepas untuk naik flight. Nak naik flight mesti paling lewat usia baby 35 minggu. Pergi pulak klinik swasta, mintak pandangan doktor sana pulak..pun sama. Doktor tak boleh bagi surat awalkan cuti. Kata doktor, nak cuti awal semua bergantung pada budi bicara pengetua. Hoh. Nampaknya sekarang kena mengadap tuan pengetua pulak.

Sekarang aku pikir gini je la..kalau pengetua boleh bagi aku amik cuti CRK yang berbaki 5 hari lagi tu sekali harung plus mc seminggu untuk layakkan aku balik naik flight masam baby 35 minggu..so aku akan balik bersalin kat KL Kalau tak dapat, takdelah aku nak menangis hiba pun, bersalin je la kat hospital Labuan ni. Bersalin mana-mana pun sakitnya sama jugak. Hehe.


Cerita baby??

Hohoho....anak bertuah sorang ni semakin aktif praktis tendang bola nampaknya. Sejak dah masuk usia kandungan 3 series ni memanjang dia menendang. Kalau dulu nak kena pegang perut baru boleh rasa movement baby. Sekarang tak payaaaahhh...duduk diam-diam tengok dari jauh pun dah boleh nampak perut aku terjojol-jojol sana sini. Sekali sekala baby buat sorakan Ombakkk dalam perut sampai bergelombang habis perut aku. Heh...memang best. Terasa satu nikmat bila tahu anak yang dikandung cergas, membesar denga sihat bagai johan.

Persiapan baby??

Hampir selesai.

Set tilam kekabu untuk playpen sudah aku tempah. Sekali comforter + bantal + bolster. Aku memang adore gila dengan hasil kerja toley kedai tu. Sangat kiut, comel, dan kemas. Nanti ada masa aku share tentang set tilam playpen anak ni.

Set tilam untuk travel-travel pun aku tempah tilam kekabu jugak. Tapi ini tempah kat orang lain. Sajalah, berkongsi rezeki dengan ramai orang. Aicehh! Jadi kiranya hal-hal bedding ni selesai sudah. Tinggal pegi bayar dan tunggu je tilam milam tu sampai ke rumah.

Yang belum selesai lagi adalah barangan mandian baby, barangan grooming, napkin, pampers dan paling penting set breastpump. Eh, hal hal baby storage pun tak beli lagi ni. Hoh, banyak jugak nak pakai duit lagi ni. Harap-harap pembentangan bajet esok adalah bahagian rezeki buat baby. Aminn.

Dah..itu je nak tulis. Tak tahu nak taip apa ni. Biasalah bila banyak kerja sekolah terus blank tak boleh pikir apa-apa lagi. Pitammm!

Nak sambung buat kerja sekolah la. Kang kerja tak siap, tak boleh cuti pulak. Naya gue!

Okey babai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...