MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, June 30, 2012

Muat ke tak muat?


Err..tumpang lalu...tumpang lalu *sambil bongkok badan hulur satu tgn ke depan.sopaaaaaannn sangat!*

Aku nak tanya sikit ni.

Siapa kat sini ada pernah beli bottle warmer macam kat bawah ni?

Brand V Cool. Rasanya benda ni dah agak glamer dah sekarang ni. Merata orang jual. Harga dalam RM16 cenggitu.





Cumanya....

Aku nak tau, botol Tomee Tippee 9oz  muat tak guna warmer ni?

Ada seller kata muat..ada yang kata tak muat. Maka aku jadi konpius.

Muat ke tak eh? 




HAPDET TERKINI:

Aku dah beli warmer ni and dah try kat botol Aidi.

Tommee Tippee 9 oz adalah TIDAK MUAT.

Sekian. Huhu.

Wednesday, June 27, 2012

Upgrade Bilik Anak



Hari tu dah cerita tentang bilik Aidi, kali nak cerita tentang bilik Aidi lagi. Eh sejak jadi mak orang memang kalau boleh nak cerita hal anak jek. Biasalah kan..teruja lebih. Ko tunggu anak ko berderet nanti..tak kuasa dah agaknya. Haha.

Bilik Aidi dulu biasa-biasa jek.

Sekarang??

Pun biasa-biasa jugak. Haha.

Cuma aku ada upgrade sikit lah nak bagi anak seronok duduk dalam bilik dia.

Satu, aku gantikan tikar evamatic yang ada dalam bilik Aidi dengan ABC puzzle mat. Lebih ceria, lebih lembut, lebih gebu. Mamanya pijak terus tenggelam kaki. Almaklumlah..gajah. Haha.

Dua, aku gatai tangan pi lekat-lekat wall sticker kat bilik Aidi. Aku beli sticker kat sini. Ada sticker yang memang murah betul, ada yang mahal jugak. Pandai-pandailah pilih yek. Aku beli banyak jugak. Untuk bilik Aidi, untuk hall, and untuk master bedroom. Tapi aku tunjuk yang kat bilik Aidi dah la ye. Segan nak tayang yang kat hall and bilik sebab buruk betul hasil tampalan aku. Herot-bengot. Huuuu..




Abaikan je lah tilam bantal buruk kat tepi tu. 

Untuk ABC puzzle mat ni aku kena beli 3 set baru cukup nak cover seluruh lantai. Satu set rege dalam RM65. Aku beli kat pasaraya kat sini jek. Dah tu aku tengok harga online pun ada yang lagi mahal dari harga aku beli. Tapi memang best..Aidi pun suka golek-golek atas ni. Rasa macam golek atas tilam.

Tak percaya cer tengok gambar bawah ni.



Cari mana Aidi.

Heeee...

terlena kau!

Aidi ni memang kadang ada habit gini. Tengah main-main dengan toys tentiba...lena. Tak payah mama dodoi-dodoi lagi dah.


Sticker tu pulak aku main hentam jek. Tampal pun ikut sebijik-sebijik dalam gambar contoh. Kalau nak suruh aku guna kreativiti sendiri memang jahanamlah dinding tu nanti. Mak tak kretip nak..huhu.

So far aku takde rasa nak beli katil ke apa ke untuk bilik Aidi. Biarlah bilik dia lapang cenggini. Mudah untuk dia bergerak dan bermain. Bila malam nak tidur, aku bentangkan tilam toto dua tiga lapis. Siap!

Tunggulah Aidi umur setahun ke dua tahun ke atau bila Aidi ada adik ke baru nak pikir beli dia bedroom set. Sekarang kamu tidurlah atas toto dulu ye sayang.


Eh nak tunjuk gambar benda alah membazir yang aku beli dulu. Ada aku gebang dalam entri ini.

Ni ha bendanya.




Besar kan?

Nampak budak comel dalam "penjara janji" tu? Hihi..




Aku nak beli bola kecik warna-warni tu nak letak dalam benda ni, tapi tak tau kat mana nak cari. Sudahnya aku campak je toys dia dalam tu. Ha..kau mainlah ye.

Budak belum pandai duduk, manalah reti nak main dalam ni. Dia nak meniarap. Meniarap pulak makan ruang. Jadi sempit . Bila sempit, jawabnya teriaklah.

Itulah..mama silap percaturan.

Sudahnya benda ni simpan masuk kotak balik.


Rasa macam nak let go jek. Tapi ada ke yang nak?



Fisher Price Portable Rocker MURAH!!


Hari ni nak share satu benda.

Pada siapa-siapa yang teringin nak beli Fisher Price Newborn To Toddler Portable Rocker pada harga super murah, boleh klik SINI






So far, ini harga paling murah aku jumpa. Dulu aku beli kemain rege sampai RM300. Sekarang dah jadi bawah 200 dah pun. Murah sangat. Rasa macam nak beli satu lagi pun ada. Haha!

Jadi..kepada sesiapa yang dari dulu dok ushaaaaa je benda alah ni tapi tak beli-beli sebab harganya sangat klcc...jadi sekarang bolehlah kira-kira balik duit gaji. =)

Untuk pengetahuan, aku tak de terima pape komisen ke apa pun faedah dari tokey kedai. Niat hati ikhlas tolong kawan-kawan. Tolong kawan yang menjual and tolong kawan yang nak membeli dengan harga yang murah jugak.

Baik tak saya?

=)













Monday, June 25, 2012

Retis lah sangat!


Komen dari sorang peminat i..*ewaaahhhh*



Retis kan aku? Haha!

Semalam bawak mak and mama jenjalan kat Ujana *shopping mall paling best kat Labuan kononnya*. Tentiba ada sorang preggy mommy yang comel  tegur aku.

" Ini Wan kan?"

"Saya Adein...selalu baca blog." *lebih kurang gitu la ayat dia sebab aku pun terkesima jugak time tu*

Bila dia perkenalkan diri barulah aku macam boleh rewind-rewind sikit siapa Adein ni. Adein ni rumah dia dekat-dekat je rumah aku sebab dia pernah bagitau kat comment box yang dia ada nampak kereta aku parking tepi jalan. Wahh!! Stalker sampai ke rumah kau. Hehe.

Comel tau Adein ni.

Dia nampak Aidi tengah tidur dalam stroller..

"Ohhh inilah Aidi. Selalu tengok gambar je. Hari ni baru dapat jumpa."

Wahh! Aidi pun boleh feeling retis dah gini.

Paling tak tahan dia tanya pulak..

"Bila besdaynya?"

Eh, besday aku pun tau ek? Aku ada gebang dalam blog eh? Lupa pulak..heee. Pastu aku pun lupa bila besday aku. Aku jawab "semalam". Patutnya aku jawab "hari ni". Eh retis jumpa peminat memang cenggini. Gelabah lebih. Haha.

Pastu borak-borak sikit....bla bla bla..Rupanya aku dah pengaruh dia supaya shopping barang baby online. Katanya semua kedai online yang aku pergi, dia pun pergi. Ohhh mentor sangat kan? Haha.

Bla bla bla bla. lagi....katanya dia nampak kain langsir bilik Aidi masa lalu depan rumah. Wahhh..kain langsir bilik pun ingat. Ni yang sayang ketat-ketat ni.

Lepas dah beredar...aku kelip-kelip mata banyak kali nak pastikan ini bukan mimpi. Puii!

Bukan senang nak feeling retis kan, ada orang kenal kau kat luar, pastu boleh recall balik semua kisah hidup kau. Memang terharu.

Sampai mak aku pun tak percaya aku ada peminat misteri gini.

Nasib baik perempuan cun..kalau lelaki hensem yang minat aku mesti incik suami awal-awal dah tarik bawak larik.

Haha!!

Thanks to Adein. Nanti kita jumpa la lagi eh bila-bila.

Kalau baby awak girl, bolehlah kita berbesan...Eh?

=P

Hepi Besday To Me :)


Semalam adalah besday.

Wink!

Yang ke berapa? Haa..biasalah sweet 18 forever. Pui!!

Besday tahun ni adalah best. Walaupun takde kek sebijik tapi dapat merasa dinner kat hotel 5 bintang. Tak pernah merasa kan, jadi pegang sudu garfu pun menggigil. Haha!

Pastu dapat pulak hadiah surprise hadiah jam tangan dari mak tersayang. Eh mak ada sini tau. Datang nak selebret besday aku lettew. Hehe.

Hadiah dari incik suami?? Masih rahsia. Katanya akan dapat hari ni.

Hurmmm....teddy bear lagi ke bang oiii.

Haha!

Itu je lah. Bateri laptop dah kong. Aku pulak tak bawak charger. Coi sangat.

Jadi...

okbai!

Thursday, June 21, 2012

Oh My "Jurulatih"!




Ohh aku sudah jatuh chenta.

Jatuh chenta sama "jurulatih" itu.

Inikah yang dinamakan cinta pandang pertama??

Ohmaijurulatih!!

Ailapyumuahmuah!









Ini dia jurulatih yang pasti membuatkan aku tak tidur lena malam ni.


Ahhh sudah!!





Beli tak payah beli tak payah beli tak payah...Arghhh!!


Aku ni kan..asal bukak internet je nanti mesti minda ni otomatik pikir nak beliiiiiiiiii barang jek. Nak beli baju lah, tudunglah, toys Aidi lah, langsirlah..sampai ke pinggan mangkuk pun aku pernah cari sekali.

Gila!!

Tapi pikir nak beli je lah..tapi realitinya tak beli pun. Abis tu tengok rege tudung pun sampai nak dekat RM200 selai...terus sedar diri tak mampu. Harga selai tudung tu aku boleh beli 3 kotak susu Aidi aku rasa.


Tapi boleh kata semua benda yang aku beli online ke offline ke semuanya memang untuk kegunaan. Jadi takde lah rasa membazir sangat. Cuma ada satu benda je kami beli pastu terus rasa...


RUGI.


Benda apa??


Benda ini.





Beli sebab aku nampak ada seller kat facebook dok lelong lelong kat page depa benda ni. Harga RM120 macam tu. Cuma design lain sikit tapi fungsi and bentuk sama. Pastu aku kan rajin survey-survey..jumpa benda ni kat littlewhiz.com. Harga RM59.90 ke camtu. Eh? Murah pulak. Apalagi....teruuuuuusss add to my cart. Haha!

Sekali bila dah sampai ke rumah, gigih kami laki bini mengepam, berpeluh-peluh.

Kendian letak Aidi dalam tu.

Heh. Bertuah. 5 minit je dia nak duduk dalam tu. Sempit katanya. Yelah, budak dok tengah feeling hebat meniarap, menyulur, nak praktis merangkak apa semua kau sumbat dia dalam "penjara" gitu..memanglah memekik dia.

Tambah pulak bendanya besaaarr.

Aku tak tahu nak letak kat sudut mana dalam bilik Aidi tu. Besar gedabak. Sudahnya aku kempiskan balik. Simpan buat pusaka.

Membazir.

Dan sekarang...tak tahu nak kata aku ni nak membazir buat kali kedua ke apa.

Tapi dari semalam aku dok terpikir-pikir...siap dah meeting bagai dengan incik suami tentang hal nak beli satu benda ni.





Little Bean Supertrio Food Prosessor.

Boleh jadi blender.

Boleh jadi steamer

Boleh jadi warmer.

Harga RM299.

Selama Aidi dah makan ni aku memang tak beli lagi blender khas untuk Aidi. Dari dulu kepoh kata nak beli blender baru, pisau baru segala tapi nan hado. Pakailah blender cili aku tu. Tapi aku make sure aku basuh semula blender, pisau apa semua bersih-bersih sebelum guna untuk prepare makanan Aidi.

Lepas ni sekarang baru teringat balik cita-cita lama yang terbengkalai tu.

Sekali pikir...rasa nak beli. Sebab macam berbaloi ada blender, warmer, steamer semua. Rumah aku memang warmer pun takde, kukus pun yilek.

Tapi bila pikir balik berkali-kali.

Berapa lama sangat lagi Aidi nak makan makanan halus ni. Bulan depan dah boleh bagi dia makan makanan separa pejal. Yelah, gigi pun dah ada kan.

Ke penting jugak benda tu untuk prepare makanan baby?

Eh konpius mama nak oii.

Wednesday, June 20, 2012

Berapa kerap kau bergaduh dengan suami??


Ada satu hari tu..Mak Long Aidi ada tanya aku..

"Wan selalu gaduh tak dengan Amry?"

Uiii..soalaaannn.

Nak jawab ke tidak?

Haha.

Aku jawab..kalau tak pernah gaduh tu bukan laki bini Kak Ija oiii. Haha.

Yelah, pentipu sangat kalau kata tak pernah gaduh kan? Ke ada laki bini yang tak pernah bertegang urat sekalipun kat sini? Uiiii amannya dunia rumahtangga.

Tapi bagi aku la..bergaduh laki bini ni best jugak. Barulah adventure sikit. Merasalah diri merajuk, dipujuk, buat muncung itik serati sekilometer panjangnya..merengus-rengus huh huh huh..alih-alih sedar-sedar dah main geletek-geletek pinggang dah pulak. Eh setengah jam tadi berperang katanya. Haha!

Itulah nikmatnya bertekak laki bini. Macam mana pun mesti baik balik. Kadang tu terlebih mesra pulak lepas bergaduh.

Tapi kena tengok orang jugaklah. Kalau dapat yang jenis dua-dua pun reti nak marah jek, memang ranaplah. Macam aku..aku ni memang cepat sentap. Suami lupa cium pipi pun sentap terlebih. Tapi suami aku very the cool person. Aku malas nak masak pun dia senyum jek sambil capai plestik megi dann kuali. Haha!

Aku rasa dalam rumahtangga ni kita bukan cari berapa banyak persamaan yang kita ada dengan pasangan kita, tapi berapa besar keserasian yang ada.

Orang kata..pasangan yang bahagia biasanya pasangan yang sikap dan perwatakannya berbeza....tapi punya minat yang sama.


Anda bagaimana?

=)

Monday, June 18, 2012

Legaaa...

Setelah 3 hari menunggu dengan penuh resah dan gelisah..finally monthly best friend menjenguk juga.


Legaaaaa...

Resah tau?

Dulu kemain berdoa mengharap monthly best fren tak payah lah datang-datang menjenguk dah. Hati tak sabar nak ada baby katanya.

Sekarang bila dah ada baby...risau kemain bila takde tanda-tanda monthly best friend nak datang.

Haha!

Bukan tak nak baby lagi. Naaaakkkkk. Nak lagi 3 kalau boleh. =)

Tapi nantilah..biarlah Aidi besar sikit dulu.

Lepas ni kena lebih hati-hati. Awak tu dah lah takde pasang apa-apa alat keselamatan. Bajet terer lettew!

Padahal...eksiden memanjang. Huhu

Kali ni terlepas.

Nasib baik.

Kalau pregnant ni....kira bunting pelamin la tu.


Hahaha!!

Friday, June 15, 2012

Dah Pandai Makan Kaki


Jumaat datang lagi. Haruslah mood ceria kan? Esok coti!! Tapi cuti tak cuti sangatlah sebab esok ada sambutan hari guru peringkat negeri. Jadi semua yang namanya cikgu kat kat Labuan ni kena berkumpul esok. Hari Guru dah sebulan dah lepas, baru nak sambut..feel pun dah takde.

Nasib baik esok ada benda best nak berlaku.

Mak nak datang Labuan. Yeayyy!!

Minggu ni mak datang sebab ada meeting. Hamboiiiii meeting kemain seberang laut lagi kan? Elok pulak tu kat Labuan. Memang bestlah. Merasalah aku tumpang tido kat hotel 5 bintang sama nanti. Haha!

Minggu depan mak datang lagi, sebab nak sambut besday aku. Ahaks! Perasan. Tapi memang bestlah dua weekend berturut-turut mak ada kat sini. Aidi pun mesti dah rindu sangat kat pah dia tu.

Eh cakap pasal Aidi ni...baru-baru ni aku perasan Aidi dah ada kebolehan baru.

MAKAN KAKI!!!

Gambar tak sempat nak snap sebab masa dia ralit makan kaki dia tu, otak aku pun ligat pikir..."eh Aidi nak adik dah ke?", sambil pegang perut sendiri. Haha! Punyalah risau. Padahal takde kena mengena pun baby makan kaki dengan nak dapat adik tu. Rasanya orang dulu-dulu cakap kalau baby makan kaki tu maksudnya nak dapat adik tu sebab yelah..baby biasanya boleh masukkan kaki dalam mulut dia masa umur 5 6 bulan cenggitu kan? Kalau orang dulu-dulu tu..anak dah cecah 6 bulan tu kira elok sangatlah nak proses anak lagi satu. Sebab tu lah diorang kata kalau baby dah makan kaki tu maknanya nak dapat adik dah. Haha. Logik tak?

Tapi Aidi memang dah jadi habit dia baring sambil pegang kaki then sedaya upaya cuba nak masukkan kaki dalam mulut. Kalau pakai stokin lagi gigih dia usaha, sedap agaknya dapat hisap stokin sendiri.

Aku ni dari atas tadi dok haha huhu  gelak sakan konon. Tapi sebenarnya dalam hati ada sikit risau.


















Lewat sehari.







Harap takde apa-apa.

*ohh berdoalah*.

Haha!

Tuesday, June 12, 2012

Aidi 6 bulan..


Aidi masuk 6 bulan hari ni. Yeayyy!!

Selagi tak genap setahun umur Aidi, selagi tu lah aku kepoh nak hapdet setiap bulan perkembangan anak. Huhu.

Besar dah anak aku. Kejap je dah 6 bulan. Dulu masa Aidi baru lahir gedik-gedik pikir "bilalah Aidi nak 6 bulan..bilalah Aidi nak 6 bulan..". Tak tau lah nape. Bila baby dah cecah 6 bulan tu rasa macam satu achievement pulak. Hehe..ntah hapa-hapa kan aku?

So alhamdulillah, hari ni Aidi genap 6 bulan.

Solid food??

Heh, lama dah aku bagi. Since Aidi 5 bulan. Dah Aidi memanglah budak yang suka makan. Meal time dia antara jam 11 - 12 tengah hari gitu. Sekali je cukuplah walaupun kalau tengok kat brosur yang KK bagi tu siap suruh bagi makan 3 kali sehari sama macam orang dewasa. Takpelah, kita buat soft landinglah. Slowly. 

Sekarang aku dah mula introduce porridge untuk Aidi. Ada yang aku campur carrot, ada yang campur ayam, ada yang campur potato, ada yang campur-campur ayam/potato/carrot/bilis. Dan macam yang dijangka, Aidi said "yummy mama!!" Hehe. Sebijik serupa aku, suka makan bubur. Tapi Aidi ni rasanya sumbat apa pun dia telan jek. So far Alhamdulillah, Aidi takde sebarang alahan terhadap food. Semua pun okey jek. Berak pun okey, kulit pun okey. 


Semalam anak buah aku si Amsyar tu TER suap NUGGET ke mulut Aidi.

Nugget..reti??

Nasib baik nugget tu dah dipotong kecik-kecik. Bila tanya kenapa Amsyar bagi Aidi nugget?? Dia selamba jawab.."dah Aidi tu asik nganga ngana mulut jek. Amsyar suaplah."

Heh, tanpa rasa bersalah langsung. Budaaaakkkk kan?

Takpelah.

Perkembangan lain?

Sudah makin pandai bermain dengan emosi. Dah pandai menunjukkan sikap protes sambil hentak-hentak kaki. Lambat sikit bagi susu, dia hentak-hentak kaki sambil buat muka sentap. Berlakon!

Kalau mama riba abang Amsyar atau Kak Iman dia, laju je dia menyulur ke mama dia jugak sambil buat muka cebik. Cemburu lettew!!

Pantang tengok orang melompat-lompat atau berlari-lari depan mata dia..ketawaaaaa lahaii. Macam tengok Super Spontan. Terbahak-bahak.

Suka berjalan. Kalau keluar berjalan, behave amat. Sikit pun tak buat perangai. Dia boring, dia main dengan toys kat stroller. Dia ngantok, dia tido. Kadang susu pun dia lupa nak mintak. Seronok sangat dia tengok dunia. Nanti ada masa nak bawak Aidi pijak pasir pantai and air laut. Mesti dia teruja.=)

Alhamdulillah..sepanjang 6 bulan ni Aidi langsung tak pernah demam. Berkali-kali kena jab pun Aidi steady je. Mungkin berkat kolustrum susu ibu. Syukur sangat.

Makin senang nak tidurkan Aidi sekarang. Umpan dengan susu je, lena lah dia. Plus dah boleh tidur di bilik sendiri. Jadi mama reward Aidi..GOOD BOY!!=)

Dan satu lagi..

Ohhh ini budak sudah mahu merangkak. 

Go Aidi..go Aidi..go Aidi!




Ewahhhhh!!




Ha..goyang-goyang sikit bontot tu.lalalala...*Adeh kantoi kaki buruk mama kat tepi tu.*




Ohh masa ni memang dia bergoyang inul ni. Tu yang bergegar gambar. Haha.





Punyalah best dah nak merangkak, siap sujud syukur lagi. Hehe. Adoilah anak, sampai tersembam hidung.


Tak cukup merangkak atas lantai, dalam bath tub pun kalau boleh nak merangkak jugak.



Abahnya la ni..mandikan anak, paras air dalam bath tub dah macam standard olimpil. Punyalah dalam. Sebenarnya incik suami tu berkenan sangat nak ajar Aidi berenang. Nak tiru Dr Sheikh Muzaphar lettew!!


Khamis ni nak bawak Aidi pegi check up and cucuk 6 bulan.

Hopefully semuanya okey.

Daa!!

Saturday, June 9, 2012

Jangan asik nak dukuunggg je anak tu.


"Jangan ajar anak tu berdukung, nanti asik nak dukuuuuunggg je. Tak boleh letak."

Pernah tak dengar ayat lebih kurang gini?

Mesti pernah kan?

Aku pun pernah dengar. Cuma kadang aku terpikir, kenapa tak boleh dukung, peluk, cium anak?? Hanya sebab takut nanti budak tu asik mintak dukung je?

Hmmm...mulanya aku setuju dengan pandangan gini. Lama-lama aku rasa macam tak adil pulak. Tak adil untuk baby tu.

Baby..dari dalam perut ibu dia lagi dia dah terbiasa dengan suasana yang warm, yang comfort, macam dipeluk. 9 bulan dia hidup dalam keadaan gitu. Pastu tentiba lahir ke dunia ni semua pakat nak letak dia atas tilam memanjang. Tak merasa dah dipeluk, dicium, dikendong macam dulu.

Kesian pulak aku rasa.

Tak rasa ke kita yang dewasa ni macam selfish??

Sanggup abaikan emosi anak semata-mata untuk kesenangan diri sendiri.

Kalau pikir-pikir balik, aku terasa kot. Sebab aku pun pernah buat macam tu kat Aidi.

"Aidi ni...asik nak mama dukuuunggg jek. Cubalah duduk main sendiri."

Eh, pernah kot aku cakap macam tu kat Aidi. Bersalahnya.

Tapi sekarang aku makin insaf sikit. Kalau Aidi hok hek mintak dukung, mintak peluk, memang aku cepat-cepat angkat dukung dia dan gomol-gomol sampai dia ketawa geli. Bila agak-agak dia dah bosan main dengan mama dia ni, baru aku letak balik dia atas lantai/tilam. Main dengan toys.

Tak sampai hati nak biarkan Aidi merayu-rayu panggil mamanya nak mintak dukung. Runtun hati tau kalau dengar suara Aidi panggil aku. Tapi panggil dalam bahasa dia lah. Kekadang je dengar ada bunyi-bunyi ma...ma...ma.=)

Tapi alhamdulillah..bila dah makin besar ni Aidi takdelah 24 jam nak berdukung. Dia dah pandai nak main sendiri, pandai berdikari sendiri. Cuma itulah..kadang-kadang bila tengah ralit-ralit dia main tentiba dia akan pusing-pusing cari mama abahnya smabil mulut bising memanggil. Tangan pulak depang-depang macam mintak dukung, Ha, itu tandanya dia perlukan peluk cium lah tu.

Alah..kita dulu-dulu masa bercinta pun macam tu jugak.

Tengah elok-elok tengok TV, tentiba rasa nak sms pakwe nak cakap ilebiu.

Kan??

=)

Friday, June 8, 2012

Hobi kite soping bangggggg....

 Okey, lupakan pasal kedai jersi dot dot dot tu. Aku malas nak pikir dah. Incik suami pun sekarang dah makin rancak perli-perli bini dia yang kaki shopping on9 ni.

Aku: Abang...kite beli henbeg sebijik dengan baju-bajan 5 helai kat fesbuk tadi.

Suami: Ok..belilah..JANGAN TAK SAMPAI LAGI SUDAHLAH.

Hohoho. Kena perli sedebik. Haha.

Nak buat camne banngggg....hobi. Huhu.

Semalam, incik suami off duty. Bila dia off duty maknanya jom kita off to town. Aku ni lah gedik sangat nak tengok emas korea yang dok lelong kat Ujana tu. Dah dapat rantai tangan emas betul, seboklah lagi nak emas korea pulak. Tapi murah je lah..RM2.50 seinci. Tangan aku pakai 7 inci..jadi berapalah sangat kan. Nak feeling korea sangat kan? Hah beli lah!

Pastu mulalah laparko laparko!!

Makanlah apa lagi.

Aidi...kamu duduk diam-diam dalam ini stroller ya? Mama dengan abah mau makan.




Muka goda-goda suruh aku pergi tanya password wifi kat staff restoran. Heh.



Gemoks! Pis yo!


Lepas dah kenyang, selaku isteri yang budiman, aku pun keluarkan dialog gini..

"Bannnnggg...jom kita pergi emporium nak? Jalan-jalan."

Haha. Dasar!

Padahal Emporium tu cumalah pasaraya standard The Store je kalau kat semenanjung. Naaaakkkk jugak jalan-jalan katanya. Haha.

Incik suami malas nak gaduh, jadi dia jawab OKEY je. Heeeee...

Bukan ada apa pun nak cari, memang saja nak jalan-jalan jek.

Jalan-jalan konon!

Balik rumah penuh jugak bonet kete.




Paling tak menahan, entah macam mana, entah apa angin yang menggoda..kami laki bini telah TER beli ini untuk Aidi.


















Daaaa..




Selama hari ni semua proposal aku nak beli walker, nak beli jumperoo, apa semua direject incik suami.

Aku nak beli jumperloo walker ni. Kat Parkson ada jual.

Tapi sebabkan rege dia rm360, terus incik suami cebik bibir. Tak dapek lah yooo.

Tapi semalam ntah apa angin dia, belikan Aidi walker tu.

Bila aku tanya...

"Macam mana abang boleh nak bagi Aidi guna walker pulak eh?"

Dia jawab...

"Abih, dah ayang hari-hari sebut nak beli walker nak beli walker."




Haaaa....hobi kite shopping bang.

Thursday, June 7, 2012

Ini dia on9 shop yang menipu itu. Seranggg!!!!


Okey..aku dah pikir masak-masak. Dah pikir dalam-dalam. Hari ni aku nak reveal nama online shop kat cuba cuba berani menipu aku tu.

Aku ni sebenarnya hati memang baaaanyaak baik. Kalau beli barang online, pernah je beberapa kali orang salah hantar barang aku. Aku nak baju corak A, dia bagi corak B. Aku nak kasut design C dia bagi design D. Malang pulak kasut design D tu kasut baby girl. Dah anak aku boy, camne?? Sebabkan aku baik hati, aku tambah lagi duit kat tokey kedai tu suruh dia hantar jugak kasut design C yang aku nak tu. Tapi sampai sekarang kasutnya tak sampai-sampai sebab akak kedai tu ada famili problem sekarang. Okey fine, aku paham. Jadi takde masalah untuk KIV deliver barang aku as long as aku tau apa sebenarnya yang berlaku.

Tapi ada sorang hamba Allah ni...alahaiiiii...aku tak tahu aku insan pertama yang terkena ke apa. Kalau aku yang first, memang malanglah aku kali ni.

Hari Rabu lepas, 30 Mei..aku ada place order kat satu online shop kat fesbuk. Mula-mula aku inbox, tapi tak reply. Aku pulak nak barang ni secepat yang boleh sebab konon nak jadikan hadiah anibeseri untuk incik suami. Anibeseri on 4 June, jadi memang takde masa sangat dah. Jadi nak cepat, aku place order guna sms jek.

Dan ada respon. Aku bagitau aku nak baju sekian-sekian *3 helai semuanya*, aku dah bank in duit sekian-sekian, reference number sekian-sekian, alamat apa semua aku dah bagi.

Then dia reply lebih kurang gini.

"Okey okey. Saya atas bas sekarang ni. Nanti sampai rumah saya check stok. Kalau ada saya pos esok."

Okey.

Aku pun senang hati lah pikir hadiah untuk suami dah setel. Legaaaa....

Esoknya aku sms lagi tanya status order aku camne, ada ke tidak barangnya...tak berbalas.

Aku inbox kat fesbuk..pun tak jawab. Ohh mungkin dia bizi. Takpelah. Tunggu lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai ke sudah takde jawapan. Aku sms tak jawab, banyak kali inbox pun tak respon. Aku call pun takdenya dia nak angkat. Nak kata bizi, aku tengok wall dia tiap-tiap hari hapdet. Gamaknya fesbuk dia rosak kot. Haha.

Itu yang bila incik suami kata nak anjak date sambut anibeseri aku jadi gelabah gila sebab aku sendiri tak tahu apa citer hadiah incik suami yang aku order. Tak pasal-pasal melayang RM900 sebab nak beli henpon sorang satu. Huhu.

Kesimpulannya sampai ke hari ini, saat ini aku masih tak tahu apa cerita order jersi aku tu. Walaupun jumlah yang aku bayar cuma RM115, tapi itu tetap duit. Wei, RM115 tu sama dengan belanja sekolah aku untuk 2 minggu tau. Valuable jugak apa. Lainlah kalau aku orang kaya yang takleh nak beza ni not seratus ke not singgit.

Tapi aku memang tak larat nak mengharap dah. Aku pun dah reveal kat incik suami hal yang sebenar dan dia memang marah, siap mintak telefon biar dia maki kan jek. Tapi nak buat camne kan, bini abang ni hati memang selembut sutera, tak sampai hati. Sampai terngiang-ngiang pesan mama..."biar orang buat kita takpe, jangan kita buat orang." Ohh tentiba rindu mama. Huhu.

Jadi takyah bebel panjang lagi dah sebab aku tau ramai yang nak tau siapa yang sanggup memperkotak katikkan hatiku yang tulus ini....*muntoh*


Ini dia orangnya.


KEDAI JERSI BOLA ONLINE

Sila sila klik. Tak pasal aku promosi kedai dia pulak.

Ramai jugak yang cadang suruh aku report polis since aku ada nombor akaun dia. So tak jadi masalah kalau nak trace siapa orang ni. Nama penuh dia pun aku tau. Tapi entahlah...aku ni memang tak suka nyusahkan orang. Kalau aku ter buat org susah, nanti aku sendiri akan susah hati. Camne?


Aku tak nak ajak korang pakat-pakat boikot kedai ni ke apa. Itu namanya sekat periuk nasi orang.Cuma pesan aku....

Be careful. Jangan sampai banana fruit two times.





Ohh lega bila dah luahkan semua.












Wednesday, June 6, 2012

Kau Tak Habis-habis Soping!!


Bulan ni kan, aku memang banyak betul shopping. Mentang-mentang cuti sekolah kan, asal boring je bukak fesbuk..shopping. Bila incik suami off duty je..jom jalan! Shopping lagi. Tapi banyaknya semua barang Aidi dan seangkatan dengannya. Barang aku memang lambat sikit baru terpikir nak beli.

Ini antara feveret stuff aku untuk bulan ni.



Jumper. 

Aku 1st time tengok baju je terus jatuh chenta. Terus place order. Bukan satu, tapi dua. Satu untuk Aidi, satu lagi untuk anak buah aku si Shaqil ni ha. Shaqil ni sebaya dengan Aidi sebab dua-dua lahir 2011. Tapi sorang bulan Januari, sorang bulan December. Dua-dua pun hensem. Eh tentba.



Banyak lagi baju bajan Aidi bulan ni. Hampir semua aku simpan buat stok raya. Kalau kira-kira adalah 8 pasang dah. Itu pun ada lagi yang belum sampai ni. Hai lah anak..Syaaban pun tak masuk lagi tapi baju raya kamu dah nak penuh laci. Untungnya la haiiii.


Aku sekarang dah boleh muntoh kalau tengok baby shop lagi. Naik juling dah mata aku ni tengok baju budak. Jadi meh lah kita tukar angin pulak.

Angin nak jadi member Cosway pun datang.

Tau kan Cosway? Ala..yang banyak jual barang-barang rumah tu. Tupperware la, storage lah, ubat-ubat lah..paling glamer adalah bedak Miyami tu. Boleh kata semua mak andam mesti ada bedak miyami tu. Tapi aku tak beli pun. Huhu.

Aku berkenan betul dengan beberapa benda kat Cosway ni lalu terus aku rembat.

Satu..ini.



Penyidai baju 3 tingkat. Hok oloh...memang berguna amat untuk aku yang duduk kat rumah takde tempat nak sidai baju ni. Jadi senang...aku letak benda alah ni dalam bilik je. Bukak tingkap besar-besar bagi cahaya matahari masuk. Kering baju. Memang sesuai sangatlah untuk buat sidai baju-baju anak yang kenit-kenit tu.

Lagi satu..ini.

Apa nama ntah aku tak hafal pulak.




Gunanya untuk buat alas-alas. Aku buat alas kat dapur.

Comel sebab dia polkadot. Ada kaler pink jugak, tapi sebab kat rumah ni boy mendominasi, jadi kita amik blue la yek.





Alas atas peti ais pun suwit jugak.



Tu yang 2 roll kat gambar atas tu sebenarnya aku baru tambah beli tadi. Tak cukuplah 1 roll. Banyak nau tempat nak dialas. Jadi belilah lebih. Berapa regenya ek? Dalam RM5.90 kot aku bayar tadi. Satu roll tu ada dalam 2 meter panjang. Eh senang kalau berminat jomlah kita terjah Cosway la senang. Hehe.


Aku sebenarnya dah konpius ni, banyak nau beli barang online bulan ni sampai aku pun takleh nak track dah mana barang yang aku dah dapat, mana yang belum. Aku pun dah lupa. Setiap hari abang posmen datang hantar barang sampai abang posmen tu pun dah berani nak bersenda gurau dengan aku dah sekarang. Regular customer katakan. Haha.

Tapi dalam banyak-banyak online shop aku pergi, ada satu ni memang aku tak boleh lupa.

Memang macam......coi!!

Berani dia tipu aku.

Nantilah aku citer lain entri.



Tuesday, June 5, 2012

Bilik Aidi


Semalam..sempat aku beli kain langsir untuk playroom Aidi. Langsir dalam bilik tu dari awal pindah aku tak tukar-tukar. Bukan kata tak pernah tukar, basuh pun tak pernah. Aku pindah umah ni bulan Oktober 2010, sekarang dah Jun 2012. Cer kira sendiri berapa lama? Haha!

Sudahnya aku beli kain langsir baru je lah senang. Beli pun kain cap ayam jek yang rege RM3 semeter tu. Pulak tu tingkap playroom Aidi tu bukannya ada railing, cuma pakai wayar cangkuk tu jek. Sungguh koman spanar. Nak pasang railing, drill pulak takde. Nak beli drill, heh bukan murah-murah benda tu. Makan 3 4 ratus jugak. Ah tak payah. Kita pakai wayar cangkuk sudah.

Aku beli kain 1.5 meter x 2 keping. Aku jahit sendiri keliling kain tu. Alah, jahit pun pakai tangan jek sebab aku mana ada mesin jahit. Jadi jelujur je sudah. Benang pun pakai hentam je apa kaler yang ada kat rumah ni. Kainnya kaler grey, tapi benang aku kaler gold. Ada aku kesah?? Haha.

Hasilnya bila dah gantung...begini.


Aku malas nak fokus tang jahitan aku tu. Takut kang terus kena reject dari jadi cikgu kemahiran hidup sebab jahitan aku soooooo budak form 1. Haha. Ah, tak kisahlah, herot ke bengot ke janji aku puas hati. Susah payah aku jelujur kain 3 meter sambil tengok masterchef selebriti. Heh.


Bilik Aidi memang takdelah gah pun. Perabot mahal-mahal memang sorry lah nak dapat. Baju pun pakai simpan dalam laci plastik jek. Haha.




Meja yang ada tu pun tuan rumah punya. Memang dah sedia ada masa aku masuk dulu. Aku baru beli tu alas meja tu. Kalau tak togel cenggitu je la meja tu. Lantakkan!


Toys Aidi pulak aku susun-susun je la kat satu sudut. Toys yang kenit-kenit aku kasi masuk dalam satu bakul. Kang pandailah Aidi kumbar sendiri bakul toys dia. Dia keluarkan semua toys, pastu dia main dengan bakul je. Tak paham aku.







Hajat hati nak beli wall sticker yang gambar kartun-kartun ke yang sesuai untuk babies room. Tapi nantilah. Kau semua nak beli serentak, pengsan!

Jadi sekarang inilah playroom Aidi. Tapi dia ni tahan duduk dalam bilik dia ni paling lama setengah jam je. Bila dah boring jap gi dia hok hek hok hek panggil mama dia ni suruh dukung bawak duduk kat hall pulak. Nak sepahkan hall mama pulak katanya. 


Tapi semalam, aku dengan incik suami ada buat satu percubaan kat Aidi.

Percubaan untuk bagi Aidi tido dalam bilik dia sendiri...alone. Since Kalau tido dalam bilik kami pun Aidi memang tido atas tilam kat bawah, dia tak tido atas katil sekali, jadi aku macam confident sikit lah nak try tidokan Aidi alone. Lagipun Aidi memang dah sekian lama tak bangun tengah malam mintak susu ke apa. Dia memang tido lena sepanjang malam macam orang dewasa.

Jadi apa hasilnya??

Kita beroleh kemenangan yang pertama!!!

Aidi tido lena kau dalam bilik baru dia.

Aku terjaga jam 6.30 pagi, intai-intai Aidi kat bilik dia...




Tido lagi.

Selalu kul 5.30 pagi dia bangun dah. Ni dah 6.30, berdengkur lagi. Penangan bilik baru lettew!

Bujang dah anak aku..boleh tido sorang-sorang dah. 



Monday, June 4, 2012

Eh, ada hadiah lagi ke?


Seronoknya..seronoknya seronoknya....eh kalau dah lebih dari 1 seronok kita kena panggil beronok-ronok. Yeay!! Beronok-ronoknya!!

Baru balik dari keluar menyambut anibeseri. Sambut tak sambut sangatlah. Takdelah party-party apa pun. Kek pun takde. Just keluar makan, pastu keluar bayar hutang, pastu pegi cari kain untuk langsir bilik aidi, pastu pegi jalan-jalan. Haaaa...romantik sangat tentatif sambutan anibeseri kami kan? Haha.


Itu semua tak penting, yang penting kami pulang dengan hati yang gembira.

Kenapa gembira??

Sebab kami bertiga masing-masing dapat hadiah anibeseri yang baru.

Yeayyy!!

Hari tu aku dapat teddy bear yang bernama Mr. Boo Boo kan?

Hari ni aku dapat ini.






Hihihi..sukanyaaaa!

Speechless terus. Huhu.

Incik suami pulak dapat ini.

Jeng jeng jeng..








Ohh lama dah kami idamkan benda ni. Orang lain dah lama dah beli tapi kami baru mampu nak beli. Memang kitorang ni selalu lambat. Tak larat nak kejar teknologi. Tapi finally dapat jugak. Suka!!


Eh Aidi pun ada hadiah jugak tau. Sebabkan Aidi banyak bagi kebahagiaan pada mama dan abahnya, maka kami pun bagi Aidi hadiah jugak sempena anibeseri..

Tada!!





Soft toys dgn teether je pun. Tapi mahal ya amat. Bagi aku kalau toys rege above RM50 tu kira mahal dah la tu. Hehe.


Jadi malam ni kami bertiga di rumah dengan hati yang gumbira.

Mama gumbira

Abah gumbira

Aidi pun gumbira.








Errr Aidi, malam ni Aidi tido awal okey?


Haha!















Selamat Pengantin Baru Suamiku...

4 Jun menjelma jua!!

Ohh nebes nebes. Lepas asar nanti nak menikah. Huhu. Rasanya sepanjang hari ni mesti aku asik keje mengimbau kenangan 2 tahun lepas je ni dengan incik suami. Imbau la sampai loya. Haha.

Hari ni plannya takde gempak mana. Since semalam incik suami duty malam, and dia baru je balik rumah jam 8 pagi tadi, maka semua plan hari ni kena anjak sikit ke petang. Bagi can lah pengantin baru tido lena dulu. Caj bateri. Nanti sampai ke malam jadual padat. Eh? Haha.

Macam tak percaya je dah 2 tahun tempuh alam rumahtangga bersama.

Dulu masa mula-mula kawen, duduk pun jauh-jauh. Sorang kat KL, sorang kat Labuan. Hari-hari rindu macam nak pecah dada. Ceaa!!

Bila dah dapat posting ke Labuan, seronoknya!! Mulalah hidup berumahtangga di Labuan. Masuk rumah sewa pun rumah kosong semata. Bantal pun takde. 1st nigh tido kat rumah sewa ni aku adalah berbantalkan lengan suami. Soooo sweet!!

Masa tu motor pun takde. Sampai kena pinjam *sewa* dari kawan. Sedih sangat kalau ingat balik. Kereta apatah lagi lah kan? Memang takde. Pastu kami berbondong beli barang-barang dapur dan rumah macam tilam toto, bantal, selimut, almari kain bla bla bla bla. Naik motor okey. Incik suami bawak motor, kat depan dia ada seplastik besar barang-barang. Aku pulak jinjing beg-beg plastik yang lain penuh tangan kiri kanan. Sekali di pertengahan jalan...hujaaaaaannnn!! Lebat kot. Habis basah kuyup kami dua. Dengan barang semua habis basah. Memang kesian sangat kalau ingat balik. Tapi itulah kenangan kami.

Sekarang...

After 2 years...

Alhamdulillah..syukur atas kurniaan Allah.

Kami dah ada motor sendiri. Eh kereta pun dah mampu beli.

Rumah pun dah lengkap walaupun takdelah mewah. Mesin basuh pun semi auto jek tapi syukurlah dari takde.

Makan pun tak pernah tak makan. Buktinya..lihatlah suamiku yang gagah macam gajah tu. Haha!

Paling istimewa...sekarang dah ada Aidi. Aidi adalah kurniaan terindah dari Allah setakat ini. Alhamdulillah.

Walaupun perjalanan rumahtangga aku tidaklah indah memanjang selama 730 hari ni. Tetap ada pasang surutnya, tetap ada gaduh rajuknya, tetap ada marah terkilannya...tapi itu adalah pengalaman indah buat aku.

Yep, bergaduh sampai sikit lagi nak terbang periuk belanga pun tetap indah bila dikenang-kenang balik.

Harapnya tahun ketiga ni membawa lebih banyak kebahagiaan. Kalau dikurniakan ahli keempat pun best jugak kan? Eh, pulak dah? Hehe.


Untuk suamiku yang terchenta..

Selamat Pengantin Baru buat kali yang ketiga.






Aaaa...aaaa...pengantin baru je kali ketiga, isteri tetap yang serupa tau. Jangan buat-buat lupa pulak.

Haha!!

Sunday, June 3, 2012

Rasa Nak Meniagalah...


Hari ni muka depan Mingguan Malaysia tajuknya "Gila Berbelanja Online".

Haishh!! Terasa kot diri ini. Siap kena perli dengan incik suami lagi. Muahaha!! Ala bang, saya ni berbelanja online bukan untuk diri sendiri pun, untuk anak awak jugak.

Oh memang gila, bulan ni aku banyak betul perabih duit beli Aidi stuffs. Baik baju bajan, toys, kasut bla bla bla. Entah berapa ratus dah terbang. Aku tak sempat nak kira. Baju untuk diri sendiri?? Lupa nak beli. Hehe.

Kadang aku rasa baik aku je yang meniaga baju-bajan baby ni. Yelah, dah kerap sangat shopping, baik aku pulak yang meniaga. Eh reti ke?? Bahahah!

Agak-agak kalau aku bukan kedai online, ada ke orang nak jadi customer aku?

Aku ni dah marketing pun tak pandai. Dulu masa zaman anak dara nak market diri sendiri pun tak reti. Nasib baik incik suami nampak jugak aku kat tepi-tepi. Haha!

Ok da..bai!

Saturday, June 2, 2012

Membongkar Hadiah Sang Suami...Dan Isteri.

Tak habis-habis lagi cerita anibeseri ni. Tarikhnya belum lagi sampai, tapi kecoh dah lebih. Haha.

Anibeseri tak jadi sambut hari ni. Hari tu kan kata nak sambut awal kan, dah tak jadi. So kita sambut hari Isnin lah, ngam-ngam 4 Jun. Ala..sambut apalah sangat pun, just pergi makan jek. Makan pun entah-entah kat gerai jek. Biasalah kami....asal perut kenyang, hati senang sudahlah.

Semalam, balik dari hunting for hadiah, terus jek buat acara bagi-bagi hadiah. Aku dari kat Ujana lagi dah nampak incik suami dok jinjing beg plestik cap parkson, tapi sumpah aku tak tahu apa isi dalamnya. Hati aku teka hand bag. Wahhh..nak hand bag rupanya. Kui kui kui.

Hadiah dari aku pulak aku sorok dalam diaper bag Aidi. Nampak nau benda kecik cenonet sampai boleh sorok dalam beg anak. Haha.

Mula-mula incik suami punya turn bagi hadiah kat aku. Dia suruh katup mata guna tapak tangan. Ceh, nak lomantik lettew.

Aku pun tutup lah mata dengan eksaitednya.

Dengar bunyi plastik apa semua. Tentiba rasa benda berbulu atas riba.

BERBULU???

Apakahh??

Cer teka cer teka..


Haha!























Daa!





Teddy bear!!

Hohoho!

Aku terkesima.

Zaman-zaman bercinta dulu takde pulak nak bagi aku teddy teddy ni, alih-alih dah anak sorang barulah anak rasa nak bagi. Haha.

Aku suka. Walaupun dah masuk kategori makcik-makcik tapi aku tetap pencinta teddy bear.=)

Incik suami kata nama teddy ni "Boo boo". Tapi bukan bubu tangkap ikan tu. Haha! Iye, iye tau..ini bukan bubu tangkap ikan.

Pastu katanya lagi, dia pilih bear ni sebab ada tulis "LOVE". Ceaa..nak cakap I love U pun nak kena guna bear ke bang oii? Comel lah kamu.

Pastu dia huraikan lagi...katanya bear kecik yang ada kat love shape tu adalah aku, Boo boo tu pulak adalah dia. Jadi kesimpulannya dalam hati dia, dalam cinta dia hanya ada aku. Ohhh lomatik sungguh lakiku. Pitamm!! Pitamm!!

Pastu lupa pulak hadiah aku yang masih ada dalam beg Aidi. Huhu.

Aku bagi hadiah biasa-bisa jek.

Benda yang orang pun takmau beli dah. Kedai pun jual pakai lelong jek. 






Daa!!





Hand set.

Kenapa ada dua??

1 untuk dia, 1 lagi untuk aku lah. Eh ini bukan buy one get one for free tau. Aku beeeliiiii ni dua-dua ni. Menggigil tangan jari semua nak hulur duit. Haha.

Nak beli Galaxy Notes tak mampu lah dik non, walaupun hati berkenan benau dengan notes kaler pink tu. Tapi regenya.....sebijik note = 4 bijik Xperia Mini Pro ni tau tak? Saya tak mampu.Sob sob sob..

Incik suami biasalah dia. Terkesima tak habis-habis. Pastu siap cakap sayang nak guna sebab mahal sangat katanya. Pastu siap dan dan tu kata nak pergi cari casing untuk fon dia sebab takut calar. Ceh, barang baru memanglah sayang bang oii. Saya ni dulu masa baru-baru kawen pun abang sayang beria, sekarang?? Eh, sekarang pun sayang jugek. Hehe.

Jadi terbongkarlah sudah rahsia hadiah anibeseri. Tak dan nak tunggu 4 Jun. Takpelah. Yang penting hati bahagia.





Incik Boo boo sekarang dah resmi jadi teman sepermainan dan sepergaduhan Aidi.

Aidi memang..dengan toys pun dia boleh buat gaduh.

Ada Boo boo ni sedaplah dia buat gusti.



4 Jun nanti cadangnya nak makan kat Old Town je. Itu je tempat yang agak best nak tuju. Jujur aku tak pernah makan kat Old Town. Incik suami apatah lagi.

Jadi...siapa hantu Old Town??

Apa yang best kat situ ye?

Rekemen..rekemen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...