MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 30, 2012

Hunting Hadiah Besday Aidi


Birthday party Aidi semakin hampir.

Insyaallah aku akan buat besday party Aidi episod 1 pada 12.11.12. Genap Aidi 11 bulan.

Tentang persiapan tu adalah bergerak jugak sikit. Mana yang patut order, aku dah order. Mana yang patut kena bayar, aku dah bayar. Yang lain-lain tu kita beli offline sudahlah.

Hal persiapan tu takde masalah sangat. Masalahnya duit je ada ke tidak. Hahahaha!

Masalah aku sekarang adalah nak memikirkan hadiah untuk anak kesayangan aku tu.

Apa nak dihadiahkan ye??

Aduhaaaaiiiii pening nak pikir.

Bila tanya abahnya...nak hadiahkan Aidi apa nanti?

Dia kata...RAHSIA.

Coi!

Incik suami kata aku dengan dia kena sediakan hadiakan masing-masing, dah hadiah adalah rahsia. Perghh! Dah macam nak mengundi pulak.


Tapiiiii....

Aku macam dapat tau sikit-sikit apa yang incik suami tengah survey-survey sekarang ni.


Ni ha.







Apa ke nama benda ni aku tak taulah. Trektar ke bulldozer ke lebih kurang lah. Aku perasan, bila pergi department toys, dia mesti akan belek-belek benda ni.Tapi dia takde pulak cakap nak beli untuk Aidi ke apa. Abis kalau bukan untuk Aidi untuk siapa pulak? Takkan dia pulak yang teringin nak nunggang benda tu? Hahaha.


Kalau betul dia beli benda ni..lahaiiii celah mana lah Aidi nak main. Rumah tu dahlah cenonet. Huhu.


Itu kesah incik suami dok hunting besday present anak.


Kesah aku??


Hoh.

Runsing.

Kadang aku rasa macam tak payah lah beli apa-apa. Kalau bukan besday pun memang dah memacam aku belikan Aidi. Sampai kadang aku rasa toys kat rumah tu dah lebih dari cukup. Entah-entah ada yang Aidi langsung tak pernah sentuh pun. Banyak.


Tapi dalam tak payah tak payah pun jari jemariku yang runcing ni *nak jugak* nak jugak menggoogle bagai.


Tentiba rasa macam nak belikan ini untuk Aidi.




Trunki.

Ini sebenarnya luggage untuk kanak-kanak, dan boleh jugak jadi riding untuk depa. Macam dalam gambar tu.

Kalau market price memang mahal la hoi. Tak mampu mama nak beli. Dalam rm219 macam tu lah. Tapi ada online seller jual serenda RM139. Tambah postage itu ini..lebih kurang RM150 jugaklah. Boleh refer SINI.


Tapi bila pikir-pikir balik masak-masak..rasa macam membazir pulak.


Kalau aku beli pun, Aku bukan selalu sangat nak travel. Paling-paling pun setahun 2 kali je balik semenanjung. 

Kalau just nak bagi Aidi naik beg tu buat riding-riding, pun aku rasa belum sesuai. Kat intruction tu pun ada tulis luggage tu sesuai untuk kids 2 years ++. Kang Aidi naik pastu tergolek jatuh kang, aku jugak yang nanges.

Mungkin kena tunggu tahun depan baru beli trunki tu. By the time, Aidi dah besar sikit..dan paling best, harga trunki tu mesti dah jatuh. Heh.


Eh, dah kalau tak jadi nak beli trunki...nak beli apa ni untuk Aidi????


Ahhhhhhhhh!!!

Cerita Holiday Kami


Finally dapat jugak keluar berholiday bersama famili kecilku.

Happy oh!!

Walaupun holiday cuma dalam Labuan jugak, tapi bila masuk hotel terus feeling macam ada kat Bali. Hahaha. Nak yang gempak aje kan.


Mulanya kan plan nak ke Kota Kinabalu, tapi disebabkan baru-baru ni ada kes feri ke KK terbakar, so aku jadi takutlah pulak. Memang ada lagi 2 feri lain untuk bawak ke KK tapi risau weh...dalam kepala ni dok bayang-bayang camne lah kalau tentiba feri yang aku naik tu pun terbakar jugak. So kita tukar plan lah, bercuti di Labuan jek. Ok jugak what?


Kami bercuti di Tiara Hotel Labuan.

Memang best hotel ni.

4 bintang katanyaaa.. Haha.

Tapi sumpah best.

Bilik yang besaaaaarrr. 10 orang masuk tido pun tak de hal aku rasa.

Bilik air pun besar. Setiap kali nak mandi, kitorang mandi berjemaah terus 3 beranak. Besar kekdahnya. Haha.

Memang puas hati untuk bilik.








Environmet keliling pun sangat best.

Itu yang aku cakap bila masuk je kawasan hotel ni terus tak rasa kami berada di Labuan. Padahal rumah dengan hotel 15 minit dah sampai. Kalau rasa memalam nak tengok masterchep tapi kat hotel takde chanel 104, boleh jek balik rumah kejap tengok TV. Pastu balik semula ke hotel sambung holiday. Haha. Takde keje pulak aku nak buat gitu kan. Kau ngadap je lah apa cerita yang ada kat TV hotel tu.



Aidi macam mana Aidi??


Waahhhh..anak teruna aku tu jangan ditanya. Macam budak baru nak up je aku tengok. Terkinja sini, terkinja sana. Habis 1 bilik dia geledah.

Kejap dia masuk bilik air main-main kat situ.

Kejap dia main naik turun tangga. Kebetulan pulak dalam bilik tu ada 2 3 anak tangga. Memang syoklah budak tu asah bakat turun naik tangga. Terer pulak tu. Entah bila dia jumpa tangga sebelum ni aku pun tak tau.


Kalau tengok kat gambar bawah ni pun dah boleh bayang betapa happynya Aidi dapat tido hotel.




Laki aku pulak tengah-tengah malam pukul 10 gitu merengek lapar lagi. Padahal baru sejam lepas balik dari dinner. Dia ter tengok menu-menu room servis terus jadi lapar balik katanya. Padahal makanan room servis tu tau je lah macam mana kan? Semua pun melampau. Air coke setin pun sampai 8 hengget!!!

Gila.

Tapi dah suami kesayangan merengek-rengek nak makan..so aku allowed je lah. Dengan syarat dia belanja. Haha.

Kami pun pesanlah pizza. Dah pizza je aku rasa berbaloi sikit harganya. RM23 untuk medium size. Oklah kan, standar harga kedai lah. Kalau menu lain..sorrylah. Burger pun sampai belas-belas hengget. Tak kuasa!


Dan kini tibalah masa untuk cerita part paling best masa holiday.


Mandi kolam!!


Yeay!!

Aku....elok je lepas sampai hotel, masuk bilik, letak beg, teruuuuusssss "abaaaannnggg, jom kita mandi kolam jom".


Tak menyempat!


Incik suami baru nak rebah badan ke katil, nak fefeeling orang kaya dapat tidur tilam empuk aku dah ngajak mandi. Haha.

Siap pakej merengek-rengek tu nak mandi. Mengalahkan Aidi. Jadi mandi kolam lah kami petang tu.


Best ohh kolam kat sini.

Bersih.

Tak terlalu dalam untuk aku yang memang hanya pandai berendam ni. Haha.

Air paras pinggang. So oklah untuk bawak Aidi. Aidi pun duduk dalam pelampung boat dia. Oh lupa, pelampung itik tu terus tak guna sebab aku macam tak yakin. Kan pelampung tu macam bocor-bocor sikit, so abahnya belikan sebijik boat baru untuk teman Aidi berenang. Hehe.


Aidi memang macho sangat duduk dalam Air.

Sikit pun tak nangis.

Dia memang brave boy. 

Dah duduk dalam air, kepala sebooookkkkk lah terteleng-teleng memandang budak-budak yang sama-sama dalam kolam tu. Nak buat kawan lettew. Tak padan dengan kecik, ada hati nak friend dengan budak besar. Aidi...Aidi..


Aidi ni bila kita letak dalam boat dia tu...dia punya muka macam ada riak-riak bosan sikit. Yelah, kaki je dalam air, mana ada feel ye tak?

Cuba kau bawak dia keluar dari boat, letak dia berdiri kat tangga kolam tu. Uiiii kemain happy. Siap dia meniti-niti sepanjang tangga tu. Cer tengok gambar kat bawah ni, gambar bawah sekali yang tengah-tengah tu, ha tu dia tengah meniti la tu. Aku tak pegang pun dia, dia sendiri pegang tepi kolam tu and berjalan dari hujung sana sampai hujung sini. Ada abahnya amikkan video, tapi makcik tak retilah nak upload video kat blog ni. Huhu.





So far, dapatlah 2 kali mandi kolam. Sekali petang hari pertama tu, 2nd time pagi lepas breakfast hari kedua.

Memang kalau ikutkan tak puas.


Tapi kau tak reti-reti nak check out??

Haha.

Aku tanya incik suami...dia happy tak?

Haaaaaaaappppy sangat!!

Memang best.

Seronok dapat keluar bercuti dengan famili.

Aku rasa...kalau ada rezeki, aku nak bawak Aidi tido sini 2 bulan sekali.


Ewaaahhhhhh!!!

Monday, October 29, 2012

Kena Stalk Dengan Suami Sendiri


Suatu hari...

Aku: Abang..kenapa abang tak suka berfesbuk?

Suami: Alah..malaslah. Fesbuk ni yang buat ramai orang cerai-berai sekarang ni. Kat tempat keje abang tu, ada sorang sarjan tu..tiap maaaaaasaaa fesbuk. Kadang hari tak keje pun dia datang tempat keje tapi hanya untuk main fesbuk *nak pakai wifi free kekdahnya*. Alih-alih sekarang dah kawen dua sebab kena tangkap basah.


Aku: GULP!!


Facebook.

Ramai yang addicted kan? Aku tak tau aku kira addicted ke tak, tapi kalau sehari tak bukak facebook rasa macam ok lagi lah..takdelah rasa nak putus nyawa pun. Haha.

Incik suami, dia ada akaun facebook. Tapi memang 'koma' kat situ. Apa omputeh kata? Idle. Ha gitulah.

Dia tak suka berfesbuk. Senang cakap sebenarnya dia tak reti. Miahahaha. Jadi dia memang tak pernah amik peduli hal-hal facebook ni. Yang dia tau bila on laptop adalah bukak google kendia search "Chelsea". Itu je yang penting.

Tapiiiiiiii.....


Sejak detigamenjak ni...dia ada satu hobi baru.

Stalk fesbuk aku!!

Senyap-senyap dia akan bukak fesbuk aku, tengok segala apa yang ada dalam tu. Terutama apa yang aku post.

Kalau aku post gambar Aidi...tak lama pastu dia akan bagi komen-komen secara live. Orang lain komen kat comment box kan, dia tak..live terus dia bagi. Haha.

Kalau aku post apa-apa kat fesbuk, dia akan baca. Pun sama..kalau rajin dia komen live, kalau malas dia 'like' je. Tapi live jugak. Haha.

Kadang dia hebat lagi....dia baca  komen-komen orang pastu dia komen balik dekat aku secara live. Aku pun tak paham.

Semalam...

Aku post gambar-gambar kami pergi bercuti. Alah, yang aku dok pung pang pung pang tu..aku post gambar-gambar kat fesbuk, nak tengok sila pergi fesbuk aku.

Tentiba....


Suami: tepi sikit tepi sikit. *dia suruh aku anjak dari laptop*

Aku: Kenapa ni??

Suami: Abang nak guna laptop. Abang nak tengok gambar "Holiday".




Aik? Dia dah  tau tajuk album gambar??


Memang sah teruk aku kena stalk dengan laki sendiri.

Friday, October 26, 2012

Raya Haji : Gambar Makanan Je Ada


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ewaaaaahhh..skema sangat intro aku hari ni. Haha. Amacam hari raya korban mengkeme tahun ni? Ada meriah? Raya aku tahun ni biasa-biasa je lah. Penuh kesederhanaan..tawaduk gitu. Hehe.

Raya haji kali ni aku memang takde kesah sangat hal persiapan baju ke langsir ke apa, recycle je lah yang lama punya. Untuk Aidi je aku beli selai t.shirt baru. Itu pun last minit cari sebab tentiba mama dengan abah Aidi terkinja nak pakai sedondon kaler ungu, jadi carilah untuk Aidi selai t.shirt ungu TAPIIIIIIIII pakainya adalah 15 minit je di pagi raya sebab kendian budak bertuah tu berak selambak habis kena baju raya. Haihh!!

Gambar raya memang tak nyempat nak amik sebab aku bizi sangat.


Ewaaahhhh..

Macam buat open house je bunyi kan? Haha.

Orang tak reti masak cam aku memang selalu gini. Orang lain goreng bihun 15 minit boleh siap, aku sejam baru siap. Haha.

Tapi raya ni takdelah aku goreng bihun je kan, aku masak spesel la sikit. Itupun selepas 3 4 kali call mama kat Ampang tanya resepi. Mama pulak bagi resepi bunyi macam benda tu mudah.com.my sangat nak masaknya. Dia bagi senarai bahan and cara masak jek. Kuantiti bahan.....hurm ayat standard mak mak.."kamu agak-agak je lah.". Ceh.


Nasib baik darah masterchep ada dalam diri. Ahaks!!


Setelah bertungkus lumus dari jam 5.30 pagi sampai 9.30 pagi...maka terhasillah menu-menu ini.



Roti jala yang tidak dijala.


 Coi sangat acuan roti jala aku macam tersumbat. Sudahnya aku buat dadar je mcm buat kuih ketayap tu. Lantaklah..janji sedap. haha


Kalau ada roti jalan, mesti ada kari kan? So..inilah my first ever kari daging. 


Haha kantoi tak pernah masak kari daging sebelum ni. Inilah pertama kali. Mujur menjadi.



Kendian aku masak Ayam merah.



Ini biasalah aku masak. Tapi masak sekali bebanyak sampai 2 ekor sekali masak memang tak pernahlah. Ini first time. Berpeluh ketiak jugaklah ayam-ayam ni kerjakan aku. Haha.


Dan lauk-lauk di atas sedia dimakan dengan nasik minyak.


Ini lagilah first time dalam hidup ni membuatnya ni. Periuk nasik kat rumah ni dah lah ceconet. Maksimum boleh masak 4 pot setengah jek. Aku gatai nak try masak 5 pot setengah, sudahnya memang ye penuh periuk sampai aku kena keluarkan sikit nasik. Kecik-kecik periuk pun boleh jugak10 orang makan bertambah. Hehe.


Pencuci mulut aku buat agar-agar marble jek.


Ini pun first time.

Deyy, berapa banyak first time daaa.

Haha.

Orang tak reti masak memang gini la ye, semua pun first time. Tapi kalau takde first time mana nak datang yang 2nd 3rd 4th 5th time semua tu kan? Hehe.


Kalau ikut kata pengkritik aku *incik suami*, dia kata semuaaaaaanya sedap. Eleh..mentang-mentang semalam malam jumaat. Ahaks!!

Aku rasa nak kata sedap sangat tu idak le kot. Tapi boleh lah nak buat tetamu terjah meja makan and makan bertambah.

Anak buah incik suami si Amsyar tu pun sibuk nak komen.."sedap mak lang..sedap." Hehe.




Alhamdulillah lah.

Sedap ke tak sedap ke..semua ni aku sediakan dengan penuh kasih sayang. Cewaaahhh!

Jadi tamatlah cerita raya korban tahun ni. Gambar raya takde, biziiii kan. Haha.

Tapi takpe.

Esok kami nak pergi go go go holiday!!! 

Yeayy!!

Boleh snap gambar banyak-banyak

Holiday kat Labuan ni jek. Hotel pun 10 kilometer je dari rumah. Tempat keje incik suami jauh lagi aku rasa. Hehe.

Tak kesahlah.

Janji keluar dari rumah, bermalam di hotel, hirup udara fresh, mandi swimming pool, makan buffet dinner, kalau sempat boleh kita hanimum kali kedua. Eh?? Haha.


Swimming suit Aidi dah beli. Bukan brand Ogival ke apa eh. Ni brand cap ayam jek. Tapi ada mama kesah? Aidi mandi pakai sepender je pun boleh. Haha.




Pelampung kepala itik pun dah ada. Ni lama dah beli masa balik raya puasa hari tu. Beli kat kampung. Pelampung kepala itik, sama macam pelampung aku masa kekecik dulu. Tapi rasa macam nak kena cari pelampung baru sebab yang ni mcam bocor pulak. Bila tiup dia kembang elok. Macam takde bocor pun. Tapi 5 6 jam lepas tu dia mula kempis slowly. Entah dari mana angin keluar tak taulah. Entah-entah itik ni kentut tak? Muahahahah!!



Eh kenapa gambar teleng pulak ni. Adeh.


Sooooo...

Beg dah siap packing.

We're ready for holiday!!!



Yeaaayyyyy!!!

Wednesday, October 24, 2012

Retis Sangat Ko Aidi!


Disember ni..famili belah mak nak buat Famili Day kat Penang. Kat hotel mana ntah aku lupa. Tapi kat Penang lah.

Kitorang akan stay kat sana 3 hari 2 malam. Macam-macam aktiviti depa dah aturkan. Ada agenda makan-makan di Padang Kota, Sukaneka, main pantai, mandi laut, terjah swimming pool, serang kedai mamak makan nasik kandar..eh macam-macam lah senang kata. Best!! Yang tak bestnya incik suami tak dapat join. Dah kata dia tengah cuti sekarang 3 minggu, manja sangat lah kan kalau nak dapat cuti lagi hujung tahun nanti. Jadi korum tak cukup. Takpelah. Redha je lah.

Sebenarnya nak cerita...2nd night kat Penang nanti, kitorang ada special dinner. Temanya adalah GLAM!.

Perghhh!!! Tema tak beragak. Nak glamer sajer.

Jadi pepening kepala aku memikir baju aku dengan Aidi untuk dinner tu nanti.

Glam glam glam.

Harus glamer, merelip relip lip lap lip lap anakkk mamiii!!

Gituuu.

Yang leganya...baju Aidi aku dah jumpa.

Beli kat kedai kat Ujana sini jek.

Baju apa??

Ohh haruslah rahsia.

Kang kalau bagitau awal-awal kang tak seperais lah kan. Maklumlah, belog ni ramai jugak famili aku baca. Kata mak pun baca blog aku. Ahaks!!

Tapi kita bagi tunjuk jugaklah sikit.






Tu dia gaya anak bujang duduk. Huhu.

Kenapa dia dah sarung baju tu??

Sebab...masuk kedai, jumpa yang bekenan, try try...............


Terus bayar....dan pulang.


Retis sangat kan Aidi...fitting and go!! Haha.



Eh boleh teka ke baju apa tu?? Kalau boleh teka pun tak mengapa..banyak lagi make over yang mama akan buat ke atas Aidi malam tu nanti.

Aidi pasti menang pakaian terbaik.

Semangaaaattttt.

Haha!

Tuesday, October 23, 2012

Nak Hapdet. Tapi.....


Kehabisan bateri.

Peat weh dua tiga hari ni. Sampai nak hapdet blog pun memang takde sempat. Nak blogwalking pun macam kena curik-curik masa gila-gila punya curik. Tak sempaaaattt.

Bizi dengan hal-hal sekolah.

Semalam dengan hari ni dua hari aku duduk berteleku kat bilik jahitan sekolah dari awal pagi sampai balik sekolah. Sangat letih. Pastu petang ada meeting lagi. Lepas meeting nak kena keluar dating dengan anak dan suami lagi. Oh oh oh...mana masaku mana masaku??

So tunggulah nanti aku hapdet cerita best punya. *bestlah sangatkan....puii*

Tunggu tau.

Aku nak hapdet...tapi tunggu tau. Esok lepas sekolah aku hapdet.

Jangan unfollow blog aku tau.


Huhuhu..

Friday, October 19, 2012

Baby FM Tak Bonding Dengan Ibu. Yeke??


Semalam....balik sekolah, sampai rumah..bukak pintu...


"Assalamualaikum......."

Nampak Aidi tengah minum susu dalam rocker depan TV.

"Hai baby mama!!!"


DIA TERUS CAMPAK BOTOL SUSU DIA DAN MERANGKAK TURUN DARI ROCKER DENGAN LAJUNYA UNTUK DAPATKAN AKU.


Moment paling indah bila balik kerja.


Hilang segala letih lesu.


***********************************

Ada orang kata, baby yang menyusu botol akan kurang rapat dengan ibunya.

Ye ke??

Ada yang kata, anak yang tidur sendiri pun kurang mesra dengan ibubapanya.

Betul ke??

Boleh terima ke hujah tu?

Ini kalau pikir lelama ni memang boleh bikin sentap jiwa ni.

Aidi memang sekarang minum fm. Dulu masa 3 bulan pertama dia memang minum susu ibu, tapi bukan directfeed. Fully bottle.


Jadi adakah aku dengan Aidi kurang bonding?

Aidi sekarang pun dah tidur sendiri. Dari dalam pantang lagi sebenarnya Aidi tidur dalam playpen dia sendiri. Adalah beberapa kali dia tidur celah ketiak mama dan abahnya.

So adakah aku kurang mesra dengan Aidi?

Mungkin ada betulnya, baby yang breasteed secara directfeed akan lebih bonding dengan ibunya. Itu aku setuju. Tapi aku tak setuju bila kata baby yang minum fm dan otomatiknya melalui botol akan kurang bonding, tak rapat, tak mesra. Tak setuju.

Banyak lagi cara lain untuk luangkan masa dengan anak.

Peluk

Cium

Dakap

Big hug

Komunukasi

Teman bermain

Makan sama-sama

Santai sama-sama

Banyak lagi sebenarnya. Ikut kreativiti masing-masing.

Kes aku....

Alhamdulillah.....Aku tak rasa Aidi tak perlukan aku ke apa. Aku memang sengaja ajar dia berdikari. Tapi dalam masa yang sama, aku sentiasa ada untuk dia. Kalau dia tengah tidur sendiri tentiba dia terjaga tengah malam merengek-rengek, then aku atau incik suami akan bangun dan teman dia tidur kat bilik dia. Aku sedar jugak, Aidi masih baby..perlukan baaaaaanyaakkk perhatian. Tapi Aidi mesti belajar untuk tidak terlalu manja. Aidi lelaki..Aidi akan jadi abang *insyaallah*...jadi Aidi mesti pandai berdiri atas kaki sendiri.


So far....aku senang dengan situasi famili kecik aku.

Aku ada masa untuk uruskan rumahtangga.

Aku ada masa untuk diri sendiri.

Aku ada masa untuk suami.

Dan aku masih ada masa untuk luangkan dengan Aidi.



Baby..bila dia makin besar makin besar...ia pun perlukan ruang untuk diri dia sendiri.

Sungguh.


Thursday, October 18, 2012

Nak Kongsi Sikit


Aku kan, selalu sangat mengantuk petang-petang. Rasa kalau boleh tiap hari nak tido petang. Tapi dah kalau Aidi tak nak tido, camne aku nak tido kan?

Tapi kalau mata aku dah tak menahan sangat ngantuknya, aku bantai tido jek. Aku bawak Aidi masuk dalam bilik dia, tutup pintu, pastu aku tido atas tilam Aidi. Aidi?? Kau mainlah toys tu ye nak...mama nak ngorok kejap. Haha.

Kronik sangat dah kalau macam tu.

Entah macam mana satu hari tu aku terbaca tentang benda ni kat internet.






Aku tak reti lah nak explain apa kelebihan benda ni. Kang explain banyak-banyak kang nampak macam entri berbayar pulak, padahal tidaaaaaaak. Haha. Jadi aku copy paste je lah ye.

KEBAIKAN DAN KHASIAT:

  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot






Ha..tu dia berderet khasiat dia. Terus buat aku tergoda nak cuba.

Aku beli sekotak.

Sekotak ada 10 sachet. Sehari minum 1 sachet jek. Jadi dapatlah aku try untuk 10 hari. Rasa dia macam air nescafe sikit-sikit. Sedap. Aku memang tak suka nescafe, tapi bila minum CCPP ni tekak aku kata sedap. =)

Hasilnya??

10 hari aku tak tido petang.

Sungguh.

Aku rasa macam bateri energizer je sepanjang hari. Bertenaga. Cewaaahhh!

Sebenarnya aku try minum produk ni sebelum puasa hari tu. Bila masuk bulan puasa, aku jadi lupa nak beli lagi sebab nafsu membeli juadah berbuka dan baju bajan raya lebih menguasai. Haha.

Pasal tu sekarang ni aku rasa badan aku lesu sangat. Tambah pulak bila sampai masa membizi tak henti-henti.. Kehabisan bateri dibuatnya.

So start minggu ni aku minum balik CCPP ni. Beli terus 3 kotak untuk kegunaan sebulan. So far dah 5 hari aku minum.

Rasa nak tido petang-petang makin kurang. Even sekarang ni memang aku macam kerja tak henti-henti siap pakej bawak balik kerja ke rumah, tapi aku rasa segar gitu. Tak perlulah lagi sesi Aidi main toys, mama tido. Haha.


Tapi kalau ada yang nak tanya tentang khasiat-khasiat yang lain tu..aku pun tak reti nak jawab.

Nak kata kulit aku makin cerah. Rasanya takde pun. Kulit aku memang dari kecik macam dayang senandung. Haha.

Nak kata rambut makin kurang gugur...hmmmm ye kot. Aku tengok lantai rumah takdelah penuh rambut aku dah macam dulu. Tapi mungkin jugak rambut aku dah kurang gugur sebab aku dah potong pendek rambut aku sekarang.

Kalau nak tanya efek dalaman-dalaman wanita ni...errr aku tak retilah nak komen. Itu korang kena try pastu tanya suami masing-masing. Hehe. 

Cuma itulah..kalau kamu-kamu ada problem macam aku, selalu letih, selalu ngantuk, selalu nampak lesu je macam orang tak makan 3 hari..mungkin boleh cuba CCPP ni.

Nak tau harga, dealer apa semua..rasanya boleh klik link aku bagi tu.

Aku promote lebih-lebih pun aku bukan dapat komisen. Hahaha keji tak?

Kalau korang cuba..dan ada perubahan positif pada diri...baguslah.

Tapi kalau korang cuba...tentiba datang perubahan negatif...jangan serang aku hokey.


Aku cuma berkongsi....bukan meniaga.



Daaa!!

Wednesday, October 17, 2012

Sama Tak?



Dulu...masa zaman tunangan orang, aku main satu application ni.


Main gabung-gabung muka dengan tunang pastu tengok acaner muka baby yang bakal terhasil. Takde keje kan? Biasalah...zaman bertunang kan hormon gatai terlebih. Haha.


Jadi aku masukkan sekeping gambar aku. Sekeping gambar incik tunang. *masa tu tunang lah lagi kan.heh*

Kendian terhasil satu gambar baby.

Aku pernah buat entri pasal ni dulu, tapi mungkin korang tak baca sebab masa tu blog aku tak glamer. Sekarang glamer ke?? *ramai-ramai buat tangan di dada mata ke atas*


Haha.


Sekarang.. dah ada Aidi.

Jom kita tengok, sama tak muka baby yang aku dapat dari morphting.com tu dengan baby anugerah Allah ni.







Sama tak??



Hehe.

Tuesday, October 16, 2012

Bonus 100 bulan gaji


Cakk!!

Ada orang lagi tak ni? Almaklumlah..lama tak hapdet. Mak bizi naaaakkk.

Ini baru selesai tugas mengawas PMR. Memacam kerenah ada budak-budak PMR ni tau. Ada sorang tu..

"cikgu, cikgu jaga dewan lagi ke hari ni?"

"Tak. Hari ni cikgu jaga bilik dua."

"Alaahhhh...kenapa tak jaga dewan cikgu, jaga dewanlah cikgu."

Budak muka frust aku tak jaga tempat dia exam. Ada peminat rupanya cikgu. Haha.

Yang penting PMR dah setel. Tapi bizi aku tak habis lagi. Hal sekolah ni kalau nak cerita memang sampai sesi sekolah tahun depan pun tak habis lagi. Jadi tak payah ceritalah.

Baik aku cerita pasal Aidi. Haha.

Semalam Aidi ada appoinment untuk check up 10 bulan. Jadi memandangkan aku bizi ngalahkan perdana menteri, jadi abahnya la yang bawak Aidi ke klinik. 1st time ni incik suami bawak Aidi pergi check up, sorang-sorang pulak tu. Aku pulak yang neves. Malam sebelum tu pun dah berkilometer pesanan aku bagi kat incik suami.

"abang nanti sampai klinik terus pegi amik nombor. Pastu tunggu nama Aidi kena panggil."

"Abang nanti bukak baju seluar Aidi semua bagi bogel, pastu timbang, pastu ukur tinggi, pastu cecepat pakaikan Aidi pampers. Kang abang kena 'tembak' kang naya jek."

"Nanti nurse akan tanya soklan-soklan, abang jawab je sehabis baik. Heh"

Yang laki aku ni...ye ye ye je lah kan. Dah bini panik semacam, padahal brother relax jek. Haha.

Sebelum pergi sekolah aku dah siapkan Aidi, siapkan beg Aidi apa semua. Susu 18oz aku bekalkan. Dan memang licin Aidi minum sepanjang kat klinik. Haha.

Berat Aidi dah 8.8 kilo untuk 10 bulan ni. Naik 800 gram dari berat masa dia 8 bulan dulu. Alhamdulillah. Tinggi pulak dah 74cm. Naik 4 cm dari tinggi masa dia 8 bulan. Syukurlah. Nurse pun kata graf perkembangan Aidi cantik. Bagi aku asalkan berat Aidi naik setiap bulan tu kira okeylah tu. Naik 100 gram pun takpelah, janji naik. Jangan sampai drop sudahlah. So far alhamdulillah, berat Aidi dari lahir tak pernah turun lagi. Naik setiap bulan. Jangan kau gemuk montel macam mama ni sudahlah ye nak. Haha.


Sejak-sejak incik suami cuti ni, dia mengasuh Aidi 24 jam, aku mula nampak sifat kebapaan yang makin bersinar-sinar dalam diri beliau. Cewaaahhh!!

Sungguh.

Dia mampu galas tugas yang biasa dilakukan oleh isteri.

Dia mandikan Aidi.

Siapkan pakai Aidi.

Spend time untuk main dengan Aidi sampai budak tu tertidur penat.

Dia basuh kencing berak Aidi dengan sebersihnya. Heh.

Plus dia sempat lagi memasak lunch atau dinner atau kedua-keduanya sekali untuk santapan bini dia yang kebulur balik kerja ni. Haha.

Kain baju pun semua setel.

Rumah pun kemas. Errr tapi taklah kemas sangat kalau dah Ada Aidi dalam rumah. Haha.

Malam masih ada masa untuk isteri. Eh??

Hahaha!!

Kesimpulannya memang aku salute lah laki aku. Tahu memang ramai lelaki jenis gini. Jenis boleh diharap. Tapi bila aku sendiri dianugerahkan lelaki begini..rasa macam alahai bestnya. Macam dapat bonus 100 bulan gaji.

Haha over!



Friday, October 12, 2012

Aidi 10 Bulan




My baby getting bigger. Eh bigger ke elder? Ke dua-dua pun salah. Maklomlah BI tak pernah A. B memanjang. Haha.

Aidi 10 bulan hari ni. Alhamdulillah.

Tinggal 2 bulan lagi Aidi nak turns 1. Tak sabar sangat. Tapi kadang rasa macam nak slowkan masa pun ada sebab rasa macam cepat sangat berlalu. Sekarang ni tengok Aidi memang rasa dia dah big boy sangat. Rindu pulak zaman Aidi tidur pun kena berdodoi dulu. Heh.

Perkembangan Aidi untuk bulan ni rasanya takde banyak beza sangat. Cuma bab merangkak memang laju. Uiii kalau dia tahu mama dia tengah kejar dia kemain racing lagi dia merangkak. Pastu kejap-kejap dia berenti and toleh belakang tengok mama dah sampai mana dah. Siap pakej gelak keh keh keh sebab mama jalan lagi lambat dari dia. Sebijik macam perlumbaan arnab dan kura-kura. Aku lah kura-kura tu. Haha.

Aidi masih belum boleh jalan. Tapi makin banyak cubaan untuk berdiri tanpa pegang apa-apa yang dia buat.

Gigi so far dah ada 7 batang. 5 gigi atas, 2 gigi bawah. Dan kuasa menggigit dia masih lagi power. Hari tu pah nya datang ke Labuan habis digigitnya hidung pah. Nakal!

Aidi pun dah pandai bermain. Dia makin pandai bereksperimen dengan toys dia. Jadi sekarang aku makin seronok nak beli learning/development toys untuk Aidi. Sebulan peruntukkan 50 hengget tak jadi hal kot kan? Huhu.

Masuk hari ni dah 3 minggu aku ajar Aidi tidur atas tilam yang lebih kecik saiznya. Dulu Aidi tido atas toto sebesar-besar tu. Queen size. Memang lasak. Sekarang aku dah lipat dua toto tu bagi nampak macam size single. Nak ajar supaya dia tak tido terlalu melasak. Nampaknya ada perubahan positif. Aku bukan apa..dalam hati ada rasa macam nak belikan Aidi katil. Tapi...nantilah. Tunggu dia besar sikit dan pandai turun naik katil dulu.

Oh sekarang ni Aidi adalah salah sorang peminat cerita Adam dan Hawa. Kalau cerita tu start je dia manusia paling depan berdiri depan TV. Orang lain tengok TV duduk, dia sorang je berdiri. Bila sampai part lagu tema, paliiiiiinng dia suka. Aku pun kadang hairan, baby sekecik ni dah boleh tahu lagu tu sedap ke tidak, best ke tidak. Heran!

Aidi adalah peminat iklan. Rasa macam dah pernah bagitau ni dulu. Takpe nak bagitau lagi. Perangai minat tengok iklan ni memang ikut DNA aku la ni. Kekecik dulu aku pun suka tengok iklan. Paling ingat.......TV tigaaaaaaa......untuk andaaaaaaa. Hehe.


Apa lagi perkembangan anak ni? Aku pun blur. Haha.


Takdelah apa yang kembang sangat pun, yang aku tahu makin hari dia makin keletah dan bijak. Dan Aidi adalah baby yang suka senyum. Soooo sweet.

Setakat 10 bulan ni, aku masih lagi rasa Aidi anak yang senang dijaga dan tak banyak ragam. Syukur sangat.

Banyak mana pun usia Aidi...Aidi tetap baby mama sampai bila-bila. Mungkin bila Aidi dah ada baby sendiri nanti baru mama isytihar Aidi is toddler. Voley??

Haha.






Wednesday, October 10, 2012

Happy Dua Kali

Bizi sangat kan sampai tak sempat nak jengah blog. Nak nyinggah blog kengkawan pun aku tak sempat. Apalah agaknya cerita hangat mengkeme-mengkeme sekarang ni yek?

Aku ni bukan apa, sibuk mengawas bebudak PMR. Ni 1st time ni aku kena jaga exam besar. Selalu aku jaga exam dalaman jek. Jadi bizi tu agak lain. Letih pun berganda jugak. Kematu kaki aku kena berdiri berjam-jam lamanya. Itu belum masuk bab kena ngiring budak ke jamban lagi. Kejap-kejap nak ke jamban, kejap-kejap ke jamban. Stres pulak aku. Huh.

Tapi stress-stress pun aku hepi jugak.

Ada dua benda yang buat aku hepi sekarang.

Satu...

Incik suami sedang bercuti selama 3 minggu!!! Horayyy!!! 1 November nanti baru dia masuk kerja balik. Jadi kami sekarang tukar tempat. Aku kerja, dia duduk rumah jadi surarumahtangga. Haha. Semalam aku balik sekolah tengok-tengok incik suami dah hidang telur masak sambal dengan ayam goreng. Wala!! Hari ni aku balik rumah tengok bakul baju kotor dah kosong. Sorga!! Aidi pun tak payah hantar ke rumah Mak Long dia. Abahnya jaga sepanjang hari. Jadi aku adalah hepi.=)

Hepi yang kedua adalah ini.





Cousin kesayangan aku Athirah tu dah selamat melahirkan baby!!!

Yeayyyy!!

Alhamdulillah. Bertambah sorang lagi anak buah aku.

Athirah bersalin semalam, 9/10/2012 jam 5.15 pagi. 

Kau tengok gambar baby dia cer teka berapa berat baby tu??

Cer teka..cer teka..












TIGA POINT LAPAN KILO!!!


Kussssssss semangat.

Panjang pulak 55cm.

Memang besar anak buah aku sorang ni. Elok sangatlah doctor suruh bersalin awal, tak payah tunggu due date. Kalau tunggu due date tak tau pulak berapa kilonya budak ni. Huhu.

Bersalin secara czer.

Mula-mula dah kena induced. Dah ada bukaan da dah mula rasa sakit. Tapi bukaan stuck kat 5 cm agak lama sampai heartbeat baby dah lemah. Jadi doc suruh czer sebab taknak amik risiko baby lemas.

Tak kisahlah..

Normal ke czer ke...pahala tetap sama.

Siapa yang kata beranak czer tu pahala kurang tu aku memang tak paham.

Cer kau try belah perut sendiri tengok azab ke tidak ngerinya.

*eh tentiba emo.haha*




So..untuk anak buah Mak Yong yang latest ni..


AKID ARYAN,

SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG FANA INI. *cewaaaahhh*
TUNGGU MAK YONG BALIK PELUK CIUM AKID DISEMBER NANTI TAU. ERR SATU LAGI, AIDI PESAN....."Mama...cakap kat Akid, Aidi nak friend forever dengan Akid." =)







Friday, October 5, 2012

Bicara Berirama Kau Apa Cer??


Last week aku ada kecoh-kecoh aku kena jadi cikgu pembimbing pasuka bicara berirama la apa kan?

Apa ceritanya pasukan aku tu?

Menang keww??

Ya..menang. MENANGgung kekalahan la tapi. Haha.

Kalah kau!!

Penat berabis tenaga duit apa semua, sekali kalah. Tepuk untuk diri sendiri. Haha.

Tapi.....kalah pun kalahlah. Apapun aku tetap berbangga dengan anak murid aku. Kami bukan kalah memalukan. Siap kalah dalam kebanggaan. Achaner??

Eh lupa. Kami menang Anugerah Konduktor Terbaik. Jadilaaaahhh kaaan!

Macam yang aku cakap, pertandingan ni julung-julung kali diadakan di seluruh Malaysia. Siap kat Labuan ni 5 buah sekolah je menyertai. Yang lagi 4 buah awal-awal dah tarik diri. Kira satu kejayaan jugaklah di situ.

Pastu kami kalah bukan sebab apa...kalah sebab banyak kena tolak penalti sebab kami ada beberapa pergerakan kaki. *berapa banyak sebab daaa*

Dah tu? Tak boleh gerak kaki ke?

TAK BOLEH.

Hakim kata bahagian pinggang ke bawah tak boleh gerak.

Ooooo..barulah tahu. Ingatkan boleh gerak suka hati sebab dalam peraturan tak nyatakan pun tak boleh gerak pinggang ke bawah. Cuma dinyatakan pergerakan mesti seragam. Pastu aku tengok kat youtube ada je sekolah-sekolah yang menang peringkat negeri kat semenanjung yang gerak kaki apa semua. Boleh je menang. Huhu.

Tapi takpe takpe...kalah sebab sesuatu pergerakan yang fun memang aku tak sedih sangat. Lagi-lagi bila tengok persembahan anak murid yang membanggakan. Tengok pulak audien yang terhibur. Memang aku bangga sudah di situ.

Tambah pulak masa hari penyampaian hadiah semalam, ramai yang komen kata.."KAMI INGAT SMK MUTIARA YG JOHAN."

Waahhh!!

Ramai sebenarnya yang sangka kami akan johan. Bila nak umum juara tu..aku dengar-dengar jugak orang sok sek sok sek kat belakang  "SMK Mutiara..SMK Mutiara..", sekali nan hado! Haha.

Pilihan ramai rupanya pasukan aku. Tapi malangnya bukan pilihan hakim. Haha. Kalau guna sistem undian sms maybe boleh menang. Haha.

Takpelah...dah tau dah mana yang boleh buat, mana yang tak boleh buat...tambah pulak aku dah selamat dilantik lagi jadi guru pembimbing bicara berirama 2013...


MAKA NANTIKAN KEMUNCULAN KAMI UNTUK MENEBUS KEKALAHAN!!


Ceaaaa!!

Nah gambar.


Sebelum bertolak ke lokasi pertandingan. Menyiapkan anak-anak dara ni bukanlah satu tugas yang mudah. Baaaaaanyak kerenah memasing. Sorang terkinja-kinja nak pakai make up, sorang sampai kena ligan nak suruh pakai.....lip gloss je pongg!


kau tengok cikgu...biziiiii kan!


sebahagian yang dah siap. Macam-macam style. Muka itik, muka penyu semua ada. Haha.


nasib baik ada sekeping gambar cikgu.



Semasa pertandingan....



Tuan rumah. Dapat nombor 3.



Sekolah yang dapat naib juara. Juri kata persembahan diorang bosan. Eh juri kata bukan aku kata. Huhu




Sekolah yang dapat juara. Tahniah!!


Dan inilah dia...sekolah yang dapat nombor last. Haha.


Apa-apapun tahniah!!



menunggu keputusan. Ceria ek korang. Sat gi result announce masing-masing buat muka toya. Haha.


Dah tu jek. Bye.

Thursday, October 4, 2012

Entri Untuk Sepupu Kesayangan.



Aku ada seorang kazen.

Ini kategori kamceng gila punya kazen.

Nama beliau Athirah. Eh dia da blog jugak tau. Klik SINI kalau nak baca blog dia.

Kami sebaya. Aku tua sebulan je dari dia. Athirah ni tengah sarat mengandung. Dah masuk 38 minggu. Tengah tunggu hari je kata orang. Due date khabarnya 18 Oktober.

Tapiiiii....

Tentiba semalam dia bagitau doc suruh bersalin awal. 8hb ni kena bersalin. Awal 10 hari.


Wooaaaa!!

Dulu aku siap terlajak hari, dah ini kena awalkan pulak. Pasai apa? Pasai doc kata baby dia besar. 38 minggu estimated berat baby 3.4 kg. Kalau tunggu sampai overdue dikhuatiri baby akan membesar lebih lagi bagaikan johan kekdahnya. Hehe.


Jadi kazen kesayangan aku ni tengah risau-risau panik la kan. Biasalah kan, nak bersalin memang berdebar macam nak menikah. Haha.

Aku rasa ada dua benda yang paling dia risau tu.

Satu, takut dengan rasa sakit kena induced.

Dua, takut tak dapat bersalin normal.


Kaaannn kak kan? Ke silap? Hehe.

Kak...........*eh aku memang panggil dia kakak even kami sebaya dan even aku sebenarnya lebih tua. Huhu*

Disebabkan kakak adalah kazen kesayangan. Paling kesayangan antara kesayangan yang ada, jadi jujurnya Yong pun dapat rasa risau berdebar apa semua macam kakak rasa.

Walaupun yang nak meneran, nak menahan sakit apa semua tu kakak, tapi yong dah dapat rasa sakitnya.

Sebab apa? Sebab kita kan genngggggg. Hehe.

Kak..

Camnilah.

Kak, jangan risau sangat pasal bersalin normal ke kena induced ke apa. Biarkan je semua prosedur tu ikut flow. Ikut apa yang terbaik untuk diri kita and baby.

Kalau kita terlalu set mind AKU NAK BERSALIN NORMAL, AKU TAK NAK CZER, AKU TAK NAK INDUCED apa semua..itu yg akan buat kita stress dan bertambah sakit.

Yong nasihatkan..kakak just enjoy moment-moment akhir sebelum bersalin.

Pergi manicure..pedicure..

Cuci rambut, set rambut ke apa..

Shopping sampai lebam...

Makan sampai sendawa 3 kali..

Santai-santai tengok TV..

Apa sajalah..janji boleh buat kakak happy. Kalau makan apam balik tu boleh buat kakak happy, ha makanlah apam balik tiap hari. Heh.

Paling mujarab banyakkan berjalan. Boleh mudah bukak kan jalan.

Isnin nanti...bila pergi hospital buat VE. Ingat tau, JANGAN KEMUT, JANGAN ANGKAT PUNGGUNG, JANGAN MELAWAN. Relax sajork. Confirm tak sakit.

Lepas tu kalau doctor kata kena induce...maka induced lah.

Kalau doc kata kena czer..maka redhalah.

Ingat semuanya yang berlaku ada hikmah.

Bayangkan....bestnya seronoknya kalau baby A ada depan mata.

Bestnya..bestnya..bestnya dapat peluk cium anak sendiri.

Best sangat kak.

So jangan takut bersalin okey!


Aja aja fighting!!





Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau mudahkanlah proses bersalin sepupu kesayanganku.
Janganlah kau berikan azab sakit yang tidak tertanggung olehnya.
Kau selamatkanlah kedua-duanya Ya Allah.
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mengetahui.

Amin..

Wednesday, October 3, 2012

Mari Kita Exchange Link Nak??


Aku baru perasan...blog aku ni dah lama nau tak "dikemas".

Gambar Aidi 26 minggu dalam perut pun dok ada lagi kat side bar. Tapi aku dah removed dah tadi. Heh.

Kalau tengok kat link blog lagilah sedih. Blogger yang dah kawin dah siap beranak pun masih ada lagi duduk bawah label "Blog Bakal Pengantin". Apakejadahnya???

Paling sedih bila aku tengok gambar profil aku. Gambar bertunaaaaaangggg uols!! Antik sangat kan gambar profil aku. Haha.

So aku decide aku nak kemaskini blog aku ni terutama bahagian link blogger-blogger ni.Aku nak letak link blog-blog yang best, yang aku suka baca dan paling penting BLOG YANG AKTIF. Kira paling cikai pun seminggu sekali dia mesti hapdet la kan baru best nak letak kat link bar.=)

Jadiiii...

Sesiapa yang rasa nak exchange link dengan aku, bolehlah tinggalkan link kat ruang komen. Tapi kalau korang tak nak letak link aku kat blog korang pun aku takde masalah. Cinta tak boleh dipaksa ye tak? Haha..takde kena mengena. Aku bukan apa, sejak-sejak dah ada memacam grup blogger kat fesbuk ni aku macam ada ramai kawan maya. Jadi adalah best kalau dapat exchange link dengan korang. Merapatkan silaturrahim giteww.

Silalah ye tinggalkan link blog memasing. Nanti aku susun cecantik kat side bar ikut kategori. Link blog yang ada sekarang aku rasa 20% je yang masih aktif dan aku suka terjah. Yang lain entahlah mana pergi...hilang begitu saja. Huhu.


Tinggalkan link ye sayangs!

Mak Korang Baca Blog Tak?


Dulu kan, blog aku ni kan mana ada reader. Kalau ada pun boleh bilang.

Sekarang pun takdelah ramai mana pun yang baca blog cabuk ni. Tapi makin ramailah dari dulu.

Paling tak menahan...MAK BACA BLOG AKU. Haha. Kau hado?

Huhuhu..

Memula aku tak perasan tau yang mak baca blog aku sampailah satu hari tu...


"Yong, ada baca blog Nini tak? Dia ada buat entri Nini vs Yongnana."


" Kat mana mak tau?"

"Mak nak google-google blog Yong, pastu ternampak link "Nini vs Yongnana", tu yang mak baca tu."


Haaa..kau! Bukan blog aku je mak baca, blog kengkawan pun mak klik jugak tau. Tak tahan tu siap google blog anak sendiri. Tak hafal url ke mak?? Hehe.


Comel la mak.

Sebabkan esok mak nak terbang ke Labuan..jadi nak kirim sikitlah.


Esok sampai airport tolong belikan FAMOUS AMOS & ROTI GARDENIA BUTTERSCOTH ye mak?


Mak baca kan entri ni?


See u tomoro!!

=)

Tuesday, October 2, 2012

Sibuk Sangat

Aku nak hapdet tapi tak tahu nak hapdet apa. Yang aku tau..aku tengah stress. Kerja banyak, masalah pun banyak.

Pendrive aku hilang. Demm!

Dahlah macam-macam benda ada dalam tu. Hilang pulak. Susah hati aku dibuatnya.

Tambah pulak masalah lagi sekarang ni biziiiii sangat. Lagi dekat nak cuti sekolah, lagi galak membizi.

Sekarang ni bebudak form 1, 2, 4 tengah final exam.

Next week aku kena jadi pengawas PMR di SMK Labuan.

Next week jugak ada perkhemahan badan beruniform.

Pastu ada pulak acara merentas desa.

Jap gi ada Hari Kantin.

Pastu Majlis Anugerah Motivasi pulak.

Itu tak masuk lagi hal-hal menanda kertas exam budak, masukkan markah, setelkan hal PBS lagi. Adoi adoi adoi.

Agenda nak pergi KK pun sebenarnya buatkan aku jadi bertambah bizi. Yelah, nak pergi bercuti bukan boleh terus main walk in walk in jek. Tambah bawak Aidi. Semua benda nak kena plan rapi.

Tentiba teringat plan besday Aidi. Homai homai.....belum setel lagi planning ni.

Bizi sangat.

Nasib baik hari Khamis ni mak nak datang Labuan dengan Mak Yang and Pak Duan. Terubat jugak stress di dada. Huhuhu.

Orang..anak-anak balik kampung ziarah mak bapak. Aku, mak pulak yang rajin ziarah kami anak beranak kat sini.

Everyone can fly la katakannnnn.

=)

Monday, October 1, 2012

REVIEW WALKER AIDI




Hari ni nak buat review sikit tentang WALKER.

Okey sebelum apa-apa, aku harap takde yang nak komplen-komplen kata walker ni tak bagus lah, boleh rencatkan pertumbuhan baby la apa lah. Okey aku memang paham dan sedia maklum itu semua. Sebelum aku masukkan anak aku dalam walker pun aku dah siap-siap buat research tentang tu.

Tapi itulah..lain orang lain kekangan dia. Aku ada sebab musabab aku sendiri kenapa aku letak anak aku dalam walker. Yang penting tujuannya BUKAN NAK BAGI ANAK BELAJAR BERJALAN.

Jadi aku rasa entri khusus untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang bercadang nak walkerkan anak memasing.

Ake belikan Aidi walket Little Bean. Ini 2nd walker dia. Kalau nak tau kenapa tukar walker boleh baca SINI.

Harga kat Parkson Labuan RM299. Harga kat semenanjung aku tak pasti. Rasanya lebih kurang sama.

Mahal. Memang mahal bagi aku. Tapi aku beli jugak sebab aku rasa ini walker paling selamat untuk Aidi.


 

Kenapa walker ni BEST??


1. SEAT YANG DALAM
Seat walker ni memang dalam. Masa mula-mula beli dulu, Aidi tenggelam paras ketiak dia. Sekarang sebab Aidi dah makin tinggi, walker ni dah hampir paras pinggang Aidi. Tapi masih dalam. Jadi aku kira itu selamat sebab baby tak boleh nak melompat terjun keluar dari walker sesuka hati.


2. KAKI YANG LEBAR.
Aku sebenarnya dari awal dulu tak berapa berkenan walker yang pakai kaki besi tu. Sebab aku rasa tak kukuh. Tapi aku beli jugak walker besi tu as a 1st walker untuk Aidi. Sekarang walker tu dah selamat kat tapak pelupusan sampah kot. Huhu. Tapi walker ni memang kukuh. Kakinya lebar buatkan walker ni sangat kukuh. Pernah satu hari anak buah incik suami si Amsyar tu masuk duduk dalam walker Aidi. Budak tu dah 4 tahun..ada hati nak duduk dalam walker. Nasib baik walker kukuh, jadi tak patah apa lagi roboh. Huhu.


3. SAIZ LEBAR
Tadi saiz kaki lebar. Sekarang nak bagitau yang saiz keseluruhan walker ni pun memang lebar. Bila saiznya lebar, baby akan susah untuk capai benda-benda terlarang yang ada disekeliling dia. Aidi kalau duduk dalam walker, dia memang tak dapat capai apa benda pun yang ada atas coffee table. Cuba kalau dia tak duduk dalam walker, habis togel coffee table aku dikerjakan. Haha.


4. TIDAK TERLALU RINGAN
Okey, ini antara kebestan walker Little Bean ni yang paling aku suka. TAK RINGAN. Tapi takdelah pulak berat sampai semput anak nak driving kan. Cuma tu lah, walker tak terlalu ringan macam walker-walker yang biasa ada kat pasaran tu. Yang sampai baby boleh drift weeengggg sana weengggg sini pastu terhantuk berlaga dinding lalu terbalik walkernya. Kasihan sangat. Huhu. Tapi aku tengok walker ni baby boleh berjalan just nice je lah. Memang tak boleh drift. Jadi selamat.


5. ADA TOYS KELILING.
Ini boleh nampak dengan mata kasar lah kan. Walker ni mahal sebab toys penuh keliling. Aidi pun nampaknya suka main dengan toys tu. Bolehlah buat dia ralit kejap. Cer tengok gambar bawah ni, tak cukup main toys dalam walker, dah kat luar walker pun tetap nak main dengan toys tu jugak. Suka sangat lettew.





6. SEAT BOLEH PUSING 360 DARJAH.
Ya, walker ni seat dia boleh turning 360 darjah. Sebab tu toys dia penuh keliling. Jadi dia boring main toys depan, dia pusing main toys belakang. Boring lagi..pusing lagi..boring lagi..pusing pusing pusing sampai pening. Haha. Lagi satu, kalau mama panggil pun senang, pusingkan seat dan terus berkata "ye mama...". Haha.


7.  RODA JUST BOLEH DEPAN BELAKANG DEPAN BELAKANG.
Roda walker ni unik tau. Hanya boleh bergerak ke depan atau ke belakang sahaja. Kalau nak begerak ke kiri ke kanan memang tak boleh. Tapi sebabkan seatnya boleh turning turning, so nampak macam baby boleh je bergerak ke mana arah dia suka dengan kawalan lebih ketat. Bayangkan kalau roda boleh pusing ikut suka...wala!! Berpusing-pusing anak kau drift dalam tu.


8. LAIN-LAIN
Banyak lagi kebaikan walker ni sebenarnya. Antaranya ada stopper, washable, ketinggian boleh adjust etc. Yang ni aku rasa mana-mana walker pun sama jek. Tak banyak beza.


Satu lagi kelebihan walker Aidi ni adalah...



SANGAT SELESA SAMPAI BOLEH DBUAT TIDO.



Haha.

Itu je lah. Daaa!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...