Thursday, November 14, 2013

Happy breastfeeding to me!!


Hai!!

Iols masih kat spital. Doktor kata sila bertabah duduk spital sampai hari Sabtu. Baiklah.


So sabtu baru boleh discaj.

Adelea??

Dia masih dalam nicu.

Adelea bergantung pada berat badan dia. Cukup 1.8kg baru dia boleh discaj. So maknanya lepas ni aku kena ulang alik ke spital jugak untuk tengok adelea and susukan dia.

Cakap pasal susu.

Yeayy!! Aku dah start breastfeed adelea.

Aku ada try directfeeding. Macam bisalah..memang agak susah sebabkan problem inverted nipple aku ni. Tapi aku usaha jugak. Adelea pun nampaknya berusaha untuk try latch on. Walaupun ada kala dia ngamuk jugak marahkan puting terlepas, tapi dia mencuba sedaya upaya.


Alternatif lain...aku pam. Setiap 4 jam aku pam.

Mula mula pam..dapat 2ml je. Huhu.

Takmolah sedih sedih sebab dah tau itu adalah normal. Ko bajet 1st time pam terus boleh dapat sebotol penuh ke apa? Memang tak la.haha.

Kejap tadi aku pam...alhamdulillah.dah boleh dapat 1.5 oz. Rasanya adelea sekali minum pun dalam 20ml je. Itu dah boleh buat dia kenyang tido lena untuk 3 jam. Nurse pun memang jenis bg susu 3 jam sekali. So oklah. Kalau dapat directfeed, aku bagi direct. Tapi anak aku tu kalau dah kenyang minum susu pam, aku datang nak bagi directfeed pun dia tak layan. Baik dia tido katanya. Haha.


 Tapi so far memang adelea belum kenal botol susu. Susu yang aku pam pam tu nurse bagi samada guna shringe atau guna cawan je. No bottle.


Target aku untuk adelea adalah nak breastfeed dia selama yang boleh.

Aku tak kata nak fully or exclusive breastfeed dia sebab aku tau keadaan diri aku macam mana. So aku takmau terLalu obses. Cukup kalau aku dapat bagi adelea susu badan aku selama yang boleh walaupun hujung2 nanti terpaksa campur fm.


Tapi buat masa skrg, misi aku adalah untuk gain berat adelea ke 1.8kg secepat yg boleh.


Hari ni ada sesi timbang berat adelea.

Aku harap ada pertambahan positif walaupun cuma beberapa gram.


Tak sabar nak bawak adelea balik rumah..and be a one happy famili at home.

=)

Tuesday, November 12, 2013

kisah bersalinkan Adelea Sofea


Bosan hoi duduk spital lama lama ni. Doktor kata aku kena stay hospital 5 hari lagi. Nak kena habiskan makan ubat. Pheww!! 5 hari hoi!

Kejap tadi, nurse dah off kan urine tiub aku. So bolehlah aku berjalan jalan tengok adelea kat wad baby kejap lagi.hoorayy!!

Sambil tu..nak start buka cerita dah lah. Tengoklah takat mana aku mampu taip ni. Ni pun taip pakai note je ni. Memang banyak typo la entri kali ni. Hewhewhew.


Ok nak mula cerita beranak ni.

10 november 2013.

6.30 pagi.

Aku bangun tido. Ahad katanya kan. So bangun lambat sikit lah. Incik suami keje. So bangun tengok dia siap siap pegi keje. Pukul 6.50 pg mcm tu laki ku zasss pegi keje. Aku?? Sambung golek golek atas tilam. Aidi pulak masih berdengkur kat bilik dia. So jgn diganggu. Biar dia tido situ.


Aku pun golek golek atas tilam layan internet. Fesbuk la apa la kan. Tengah sedap sedap fesbuking tentiba.....


"Eh..aku terkencing ke ni??"


Rasa mcm ada benda keluar. Dalam kepala dh terbayang air ketuban pecah je.


Terus bangun dari tilam dan terlihat pemandangan ini.






Ya allah..darah!!

Banyak kot. Siap menitik nitik atas lantai lagi.

Okey jangan panik..jangan panik. Call incik suami dulu. Suruh dia balik cepat walaupun dia baru je pegi keje beberapa minit lepas.

Lepas call asben, aku call mak. Mak suruh cpt pegi hospital. Okey baikkk. Padahal aku ni mandi pun tak lagi ni.haha.

Lepas call mak, aku call maklong aidi..bagitau nak tumpangkan aidi kat umah dia kejap.

Lepas tu..baru aku zass p mandi. Tengah mandi tu boleh lg aku borak borak dgn adelea...feeling seronok lah anak nak keluar dah.hehe.


Beg spital aku mmg belum berkemas. Jadi aku sap sap soi je lah masuk apa yg sempat dalam beg. Beg adelea mujur dh siap. So sauk je masuk kereta.

Hantar aidi dulu..sedih pulak time ni. Pastu terus p emergency.


Terus kena warded.


Merasalah pakai baju fink. Hehe









Masa ni doktor dah kata tekanan darah aku agak tinggi. So memang kena pantau. Kencing pun agak kotor. Mcm mcm lah agaknya.

Baby pulak masih melintang sampai.doktor pun susah nak scan. Dah lah dia melintang, pastu melengkung pulak mcm bola. Tambah pulak perut aku tebal..memang susah nak scan baby.

By 2.00 petang gitu...doktor kata aku akan jumpa doktor pakar dalam petang petang sikit. Tengok doktot pakar kata apa. Tapi diorang suggest aku pilih untuk pusingkan baby and try bersalin normal.

Yang aku pulak..dah takde rasa nak try pusing2 dah.

Dengan dah turun tandanya.
Dengan bp aku tinggi.
Dengan perut aku tebal.
Kencing kotor lagi.

Paling buat aku rasa aku tak leh nak tunggu untuk pusing baby dah adalah...

Contraction dah mula datang.

Yup. Aku dah mula rasa contraction.


Mild contraction.


Sebab apa aku kata mild?? Sebab masa ni aku boleh lagi berfesbuk siap wasap geng kedok kedok lagi. Kat spital pun sorang sorang. Laki aku dah balik tido. Boleh?? Haha.


Mula aku tak perasan itu contraction..pastu makin lama..aku rasa mcm dtg dlm sela masa. So dgn pantas aku donlod apps contraction timer kat playstore.


Selepas beberapa minit...ini hasilnya.



contraction selama lebih kurang 40 saat dalam masa lebih kurang 6 minit.

Pheww!!

Boleh tahan.

Tapi tak sakit sangat. Bukan tahap sakit rasa nak penerajang nurse tu. Haha. Aku relax je situ main fesbuk.


Tentiba....



Ah sudah...

Ada benda keluar lagi.


Kali ni aku suspek darah la keluar. Banyak..aku pakai pad siap siap pun meleleh jgk. Aku terus turun katil panggil nurse. Nurse suruh terus masuk bilik scan. Diorang nak buat ve.


Dengan berdarah darah ni nak buat ve. Alahaiiii...malunya aku rasa.


Doktor kata aku dh pecah ketuban tadi tu. Cuma tak pecah habis. 


So kalau kata dah pecah ketuban...memang kena emergency czer la jawabnya since baby masih melintang dan dan dan yang paling worst sekali...tekanan drh aku tinggi bapak gila tinggi.


Time tu berkali kali check bp smua lebih 150. Ada yg sampai 180!!


Gila.


Nurse smua dh kelam kabut buat persiapan utk operation.


Aku??


Gila tak panik. Panik jugak. Tapi aku cuba sedaya upaya tenangkan diri. Kalau aku lagi panik..tekanan drh lagi naik. So aku dok baca la apa2 ayat yang aku ingat. Dok ulanglah doa rabbi yassir wala tu asir tu berkali kali.


Pastu aku baru tingat laki aku xtau lagi hal ni. Haha.


Kelam kabut suruh nurse amik telefon aku..nak call laki katanya. Laki aku tido gamaknya kat rumah tu. Hehe.


Part nk siap2 utk operation ni memang drama. Kelam kabut semua. Yang aku ni contraction keep on dtg. Oh ya..buat ve td doc kata bukaan dah 5cm kau!! Mild mild contraction rupanya dah 5 cm.


Bila contraction keep on dtg mmg payah nak bertenang. Sampai satu tahap aku rasa mcm nak meneran. Tapi mestilah tak boleh sebab baby melintang.  Kang kaki keluar dulu kang..naya.


Ngam ngam sebelum masuk operation theater, laki aku sampai. Sempat sebut "abang..." je. Tak sempat nak mintak maaf ke apa ke..aku dah kena tolak masuk dah. Tapi aku dengar laki aku mintak izin nak teman aku masuk sama. Memang tak dapek lah bangggg.hehehe.


Masuk OT, sejuk hoii!!


Contraction masih dtg.

Tapi mujur nurse and doktor2 smua layan aku dgn baik.diorang bg semangat. Takde sorang pun yg marah2 atau jerkah2 aku mengadu sakit. Doktor kata... sabar puan..sabar.sikit je lagi.



Sebelum nak operate tu biasalah..kena sign mcm2 kan. Surat itu surat ini. And doktor sempat briefing risiko risiko yg maybe aku kena hadap lps operation ni.


Tang risiko ni yg aku lemah. Antara yg aku ingat..


Maybe aku kena dptkan bekalan drh lain jika berlaku byk pendarahan pada aku nnt. So kemungkinan utk aku kena hiv, talasemia, bla bla bla tu ada.


Maybe aku kena masuk icu lepas operation sebab tekanan drh terlalu tinggi.


Risiko doktor terpotong bhgn abdomen lain iti ada.


Paling buat aku terus ucap "allahuakbar" adalah bila doktor kata...ada kemungkinan baby boleh meninggal semasa dilahirkan.


Terus aku down


Aku memang berserah sepenuhnya pada allah masa ni. Aku tawakal sehabis habisnya
 Aku serah semuanya pada Dia.


Masa doktor nak cucuk ubat bius tu la 2 3 kali contraction dtg. Menangis aku peluk bantal. Siap aku pegang tgn nurse lelaki tu. Lelaki pun lelaki la..aku tgh sakit.huhu.


Dah kena bius..aku mula lalok. Ngantok. Aku rasa perut aku kena godek godek. Tapi tak sakit.


Aku tetido sekejap sekejap.


Tentiba aku dgr doktor jerit kata "baby fully out!!"

Aku tak paham dan tak mampu nak faham
 Aku nak tido je yang aku tau.


Pastu aku tersedar lagi. Aku tanya doktor..baby saya dah keluar ke?


Doktor ckp dah..pernafasan baby lemah skit tadi so diorang dh bawak pegi wad.


Takpelah...tak dpt tgk anak lagi pun xpelah. Janji aku tau dia selamat dah. Pastu aku tetido lagi sampailah siap proses jahit tampal sulam bagai kat perut aku ni. 


Aku sempat tanya doktor..aku kena transfer darah ke??


Doktor kata tak. Everything is ok.


Aku tanya lagi..Sy kena masuk icu ke??


Doktor jawab tak..cuma aku kena kuarantin duduk kat labour room utk pantauan rapi.



Syukur alhamdulillah.


Keluar2 OT...asben masih setia tunggu situ dgn beg pink bunga bunga adelea. Comel sangat dia. Hehe.


Rupanya asben pun tak tengok baby lagi..so.nurse bawak asben pegi tengok baby
 Aku terus kena pegi labour room..berehat.


Aku keje tido je 2 hari ni.


Maybe sebab badan aku dimasukkan.ubat 24 jam..so memang mengantuk saja.


24 jam lepas bersalin..mmg doktor pantau bacaan tekanan darah aku. Alhamdulillah skrg dah normal.


Ubat pun dah stop dh masuk guna drip tu
 Tinggal ubat makan je.


Luka operate pun ok. Lepas ubat bius habis smlm..aku takde pulak rasa sakit tang perut. Elok je aku baring. Cuma bila aku berdiri terasa jgklah ngilu tu..tp still boleh berjalan berdiri duduk sendiri.


Alhamdulillah allah bg aku kekuatan.


Aku sorang2 je kat spital ni. Nurse je la teman aku. Asben dtg waktu melawat je
 Itu pun tak lama. Yelah..mana nak jaga aidi lagi kan?


Tapi its ok.


Aku rasa aku boleh uruskan diri aku kat sini.


Esok aku nak pindah dari labour room ni masuk wad. Aku request 1st class punya wad.


Kemaiinnnnnn ko kan!


Haha.


Eh dah habis dh cerita bersalin aku. Thanks lah siapa yg sudi baca. =)




Monday, November 11, 2013

Baby A in the.house!



Ehem.

Nak mempersembahkan sesuatu ni.

Ehem lagi.

Heh.


Daku dah selamat melahirkan seorang puteri comel.

Terkejut tak? Terkejut tak? Hehe.


Sekelip mata je. Aku pun rasa macam mimpi. Tapu nantilah ku ceritakan kronologinya dalam entri lain.

Entri ni..

Tatap dulu la satu satunya.gambo baby yang aku ada buat masa ni.





Adelea Sofea binti Syaiful Amry
Lahir pada 10.11.13
Berat 1.55 kg



Alhamdulillah..

Cerita penuh next entri okey.

Saturday, November 9, 2013

Birthday Aidi is Coming Soon *sambiltengokwallet*


Besday Aidi dah tak lama dah.

Hari ni dah 9 November, ada lebih kurang 33 hari je lagi nak ke 12 Disember 2013. Besday anak bujang aku yang ke 2 tahun.

Ohh cepatnya masa berlalu.

Tapi rasanya 12 Disember ni takde sebarang sambutan besday. Almaklumlah..mama tengah sibuk bertungku berbengkung nak oiii. Tapi apapun aku tetap nak buat jugak sambutan besday Aidi. Lambat pun lambat lah, tapi nak buat jugak. Insyaallah buat bulan Januari nanti, sekali dengan aqiqah baby A. Insyaallah.


Kalau tahun lepas, dalam tarikh tarikh gini rasanya aku tengah kalut buat persiapan 1st besday Aidi. Kemain budak tu ada 3 sambutan besday tahun lepas.

1st celebration buat awal sebulan dari tarikh sepatutnya. Takdelah grand pun tapi aku puas hati.


Aidi's 1st birthday

Tahun ni takde dah lah nak buat berkali-kali. Al kopak al koyak poket mama abah nak oiii. Kita buat sekali je nanti kat KL. 

Dalam kepala ni plan nak buat tema BOLA.






Semua gambar ihsan google.

Kak Mimy pernah buat besday party Fayel theme football ni dulu. Macam best je...macam seronok jek. Jadi aku nak tiru idea Kak Mi. Hahaha. Kak Mi jangan marah naaa. Lagipun Aidi suka nau dengan ball. Pantang nampak ball, manjang suruh mama beli. Huh.

Jadi tengoklah nanti menjadi ke tak party theme football ni.

Udah ler nanti nak buat sekali dengan aqiqah si adik...kang ada jugak baby A pun naik buai pakai jersi bola kang.

Haru!!


Oh ya..

Aidi dah siap pilih hadiah besday dia dah.





Saya menang moto katanya. Terimak Kasih Pawaruk!!


Friday, November 8, 2013

Pejam Celik Dah Nak 37 Minggu


Lama hoi tak hapdet blog. Bizi sangat ke jaahhh oiii!! Haha.

Bizi memang bizi. Lagi dekat nak cuti sekolah, lagi banyak keje. Takyah lah list down apa keje cikgu-cikgu hujung tahun ni. Buat darah tinggi je.

Aku dah nak masuk 37 minggu ngandung dah ni. Hok olohh..kejap je rasa.

Tapi serius mengandung kali ni memang berbeza sangat dengan pengalaman ngandung Aidi dulu. Kali ni punya experience memang mencabar sikit, mujur ada kedua, kalau ini anak 1st..menggelupur aku.

So far...

Baby A masih belum turun ke bawah. Masih dalam keadaan melintang. Kepalanya belah kanan perut aku, kaki dia kat bawah perut. Padanlah aku selalu senak bawah perut sampai sakit sakit miss V..kena tendangan baby kekdahnya. Huh.

Jumaat depan, 15hb aku ada appointment dengan pakar O&G kat Hospital Labuan ni. Tengoklah macam mana..kalau doktor kata boleh try pusingkan baby, kita try pusing baby. Kalau agak-agak bahaya..aku akan go for czer je. Bagi aku, tak kisahlah beranak cara mana pun. Yang penting aku dan baby selamat. Insyaallah.

Eh, beg baby yang nak bawak pegi spital dah siap tau. Ewaaahhh..teruja kau kan? Haha.




Masa nak siapkan beg baby ni aku memang blur jugak. Jenuh jugaklah google checklist barang baby yang nak bawak pegi hospital. Macam-macam keluar. Last-last aku ubah sana sini sikit ikut pengalaman masa Aidi dulu.

Biasa kalau beranak normal, memang tak lama pun kat hospital. Silap silap tak sempat bermalam pun. Kalau kena czer ha yang tu aku tak tau. Maybe lama sikit. Tapi takpelah, Labuan ni kecik je..kalau ada barang yang tak cukup, boleh je incik suami lari balik umah amik.

Cuma beg aku je belum packing lagi. Ada lagi beberapa benda yang belum beli. So malas nak kemas beg dulu.

Kain batik pun ada 2 lai je ni.

Semalam keluar pegi bandar konon nak cari kain batik. Tapi tak jadi beli.

Kejadah apa kain batik bongok bongok pun cecah 15 hengget selai??

Pfftt!!

Esok nak pegi cari lagi. Beli kat pasar filipin je la murah. Dapat yang 8 hengget selai jadilah..bukan nak buat baju raya pun.

Okla daaa!!