MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, February 28, 2013

Belajar minum guna straw


Aku kan kadang rasa lucu pulak dengan incik suami, beliau kan..selalu sangat rasa kagum tengok anak dia suka minum air masak.

Kejap kejap je....

"tengok tu, dia minum air."

"Aidi ni suka minum air masak kan?"

" Baguslah Aidi ni, minum air masak."

Macam-macam lagilah ayat kagum dia tu. Padahal anak minum air masak je pun. Mungkin dia selalu berhadapan dengan situasi baby tak suka minum air masak, so bila anak sendiri suka minum, dia rasa macam bertuahnya la haiii. Gamaknya gitulah kot. Haha.

Aku pun senang hati jugak sebenarnya bila tengok Aidi suka minum plain water. Baik untuk badan dia kan? Sementara dia nak minum ni biarlah dia minum. Kita galakkan saja. 

Jadi sebab Aidi seorang peminum air yang aktif, maka banyak jugak koleksi botol air dia. Semua dari Tomee Tippee. Ada 3 ke 4 entah, lupa. Sebijik rege koman-koman RM30. Pengsan mama!!

Disebabkan Aidi dah macam abang-abang *macam je ye, bukan betul-betul*, maka aku mula nak perkenalkan straw pada dia.

Yelah, kurang macaho pulak kan minum air gok gok gok pakai sippy cup la botol susu la kan, kenalah macam big boy skit, kita pakai straw. Hehe.

Sebelum-sebelum ni pernah je try bagi dia minum guna straw, tapi Aidi macam tak paham lagi. Kita suruh sedut, dia hembus. Penat mama sruttttt sruuuttt mendemo ke dia. Last-last dia brrrrr brrrrr brrrr je menghembus balik dalam air. Heh.

So aku trylah beli botol air baru untuk dia, yang ada straw. Masih lagi brand Tomee Tippee. Aku suka brand TT sebab botol air dia direka khas untuk anti colic and anti tumpah. Yang pentingnya anti tumpah tu. Biarlah dia tonggeng terbalik macam mana pun botol tu air takkan tumpah. Jadi mama selamat dari jadi mangsa disiram Aidi. Hahaha.


Balik ke cerita botol straw tadi.

Aku try bagi Aidi.

Mula-mula dia teruja. Botol baru, warna ceria, dia senyum je pegang.






Pandai pulak tu masukkan straw dalam mulut.


Tapi....






Dia tonggeng macam botol susu jugak.


Haaaaaiiiiiii la anak.


Tapi its okey. Benda baru, memang la macam ni. Dia konfius sikit la tu. Aku biarkan je, bagi Aidi masa. Sambil-sambil dia tengok TV tu aku bagi dia pegang botol air dia. Biar dia blajar blajar hisap straw. Aku yakin dalam seminggu dua lagi dia boleh bezakan cara minum dari straw dengan minum dari puting botol.


Macam mana cara uols ajar anak minum straw pulak?? Share lah!

=)










Wednesday, February 27, 2013

Pelajar ini buat cikgu sedar betapa bernilainya duit 5 sen



Situasi: Masa rehat menengah rendah.

Lalu seorang budak perempuan form 1 rasanya depan aku, bawak satu bekas nasik lemak bekal dari rumah. Tapi bukan nasik lemak tu yang menarik perhatian aku *tapi menarik la jugak sbb aku lapar ni.haha*, tapi uniform sekolah budak tu.

Kain biru muda..standard. Okey, takde masalah.

Baju kurung putih...PENDEK PARAS PEHA, LENGAN DAH NAK SAMPAI PARAS SIKU. KECIK.

Aku tegur.

" Ni kenapa pakai baju kecik sangat ni sayang?"

Ya memang dah jadi tabiat aku panggil anak murid "sayang". So tak payah nak hairan sangatlah.

" Hurmmm...hurmmmm"

Dia tak tau nak jawab.

Diam.

"Jawablah cikgu tanya ni. Kenapa pakai baju kecik?"

"Mama kata...TAK ELOK MEMBAZIR."

Pangg!! Kena sedas muka cikgu.

" Yelah..memang tak elok membazir, tapi baju ni kecik sangat, tak ikut standard uniform sekolah. Esok jangan pakai baju ni lagi okey, pakai baju baru."

"CIKGU, SAYA TIADA BAJU BARU. NI JE BAJU YANG ADA."

Terdiam. Cikgu betul-betul terdiam. Tiba-tiba rasa sebak pulak. Rasa bersalah pulak. Tiba tiba jugak rasa nak buat sesuatu.....Tapi aku lupa nak tanya nama and kelas budak tu. Harap Allah permudahkan. Insyaallah.


**********************************

Ini adalah status facebook yang aku post pada 19 Februari lepas.

Kisah benar...depan mata kepala aku.

Selang beberapa hari...aku dapat cari semula pelajar perempuan tu. Dapatlah tahu nama, tingkatan, and sikit sebanyak latarbelakang famili dia.

Dan semalam....

Aku dah tunaikan hasrat hati aku.





Semoga hari ni...pelajar perempuan belah kanan dalam gambar ni tak lagi pakai baju pendek paras peha.

Semoga dengan uniform sekolah yang tidaklah seberapa harganya itu mampu buatkan pelajar ini lebih bersemangat untuk berjaya.

Cikgu sayang anak murid cikgu.

Tuesday, February 26, 2013

Preloved baju bajan Aidi....




Ini adalah baju-baju lama Aidi dari dia newborn. 

Banyak jugak rupanya.

Baju-baju ni semua aku dah sedekahkan pada sorang anak murid aku. Keluarga agak susah, adik beradik ramai, paling penting budak tu ada adik kecik umur bulan-bulan, lelaki. Elok sangatlah kan.

Jadi aku sedekahkah je lah.

Harap-harap dapatlah membantu mana yang patut.

Aidi memang tak pakai dah baju-baju, topi-topi, bonnet, mitten booties ecetra ecetra tu semua dah. Baju sedia ada sekarang pun banyak dan aku rasa akan bertambah setiap bulan. Hehe.

Untuk adik Aidi akan datang???

Takpelah.....untuk adik Aidi nanti mama beli yang baru. Kesian pulak kalau anak seterusya seterusnya pakai semua barang 2nd hand abang long dia. Lagipun, setiap anak ada rezekinya masing-masing.

Insyaallah.






Monday, February 25, 2013

Dah macam abang abang je Aidi ni


Aidi Aidi Aidi.

Anak teruna aku sorang ni eiiiiiiii...geram dibuatnya. Rasa nak cubit-cubit, nak gigit-gigit je. Tapi bukan geram marah, geram...macam mana eh? Geram geram lah. Haha.

Sekarang ni kalau nampak mama atau abah buatkan susu, tak nyempat-nyempat dia dah  "bak bak bak" sambil hulur tangan setinggi boleh. Kadang aku tak terus bagi kat tangan dia, aku suruh dia pi bobom dulu. Maknanya suruh dia baring dulu lah, nak minum susu kan. Jap lagi dia kedek-kedek jalan pegi cari kusyen nak bobom. Kiut sangat aksi tu.

Sekarang ni dah pandai main aci sembunyi dengan abah dia dah. Bila dia perasan abahnya sengaja sembunyikan diri, jap lagi dia berjalanlah kedek-kedek cari abah. Pastu abahnya saja pulak nyakat buat "huarghhhhhhhhhh!!!! kejar Aidi!!!". Mengekek dia ketawa sambil lari macam tak cukup tanah. Selalunya dia lari ke mama dia lah mintak bantuan keselamatan. Haha. Comel je dua beranak tu.

Aidi tak pandai cakap lagi. Cuma pronouce dia dah ada pembaharuan.

Sekarang ni word feveret dia berbunyi seakan-akan...."APE NI......"

Dia jumpa toys je dia akan sebut "Ape niiiiiiii?"

Dia dapat makanan pun dia akan sebut "Ape niiiiii?"

Pendek kata apa je lah benda yang dia dapat mesti dia sebut "Ape niiii?"

Tak pasti sama ada dia memang berniat nak tanya apa bendakah ini, atau mulut dia je saja suka sebut. Tapi memang nampak macam real dia bertanya. Dengan nada dia tu..eiiiiii comel!

Abahnya bawak Aidi gunting rambut kelmarin. Aku tak ikut, incik suami dropkan aku ke supermarket, depa dua beranak je pegi barber.

Balik-balik dari barber...terus abah upah main kereta muzik kat depan pasaraya tu.






Dah macam abang abang je rupa Aidi.

Heh.

Minum Senja Katanya..


Semalam, lepas lunch terus gigih rebus keledek.

Nak buat kuih katanyaaa..

Rajin sangat Mak Jemah semalam. Haha. 

Lepas rebus, biarkan sejuk. Konon-konon petang sikit baru nak mula menguli. Alih-alih Mak Jemah kedaung peginya..TIDO!

Sedar-sedar dah pukul 6 petang. Nak maghrib dah hoi kat sini.


"Abang...abang nak makan kuih jugak ke?"

"Naaaakkkkkkk."

Baiklah. 

Maghrib-maghrib tu daku menguli tepung.

Setengah jam lagi...jadilah ini.







Kehkehkeh!

Tak tahu binatang apa yang cuba aku bentukkan ini.

Yang penting....

Mama abah makan badan.

Aidi makan kaki jek.

Haha.

Siapa pandai tekalah nama kuih ini.

=)




Thursday, February 21, 2013

Kasi upgrade sikitlah.


Siang tadi, aku dapat call dari Astro. Mula ingat kenapalah..bil tertunggak ke? Aku bab-bab bil Astro ni memang aku tak amik tau, itu semua incik suami punya tugas. Aku tau tekan remote je. Haha.

Rupanya bukan sebab reminder bil tertunggak, tapi sebab depa nak bagi promosi best. Katanya akaun Astro terpilih. Yolah dik...entah kan semua pelanggan kau telefon nak bagi promosi kan?

=)

Aku ni memang pantang orang promosi-promosi ni. Kahkahkah.

Kata depa...nak promote 2ND DEKODER ASTRO DENGAN BAYARAN TAMBAHAN BULANAN RM50 SAHAJA.

CHANEL UNTUK 2ND DEKODER SAMA DENGAN CHANEL DEKODER UTAMA *aku pakai Superpack 1*

FREE ASTRO PVR *Hoyeaahhhh..boleh rakam rakam cerita lepas ni*

FREE ASTRO ON THE GO * Yeayyyy!! Astro di mana-mana. Di Kokdiang, Di pendang...di mana-mana*

FREE HARD DISK APA NTAH NAMA, UNTUK REKOD 2 CERITA SERENTAK. *Aidi rekod pocoyo, mama rekod certa jodoh, abah tgk bola live.haha*

PEMASANGAN SEMUA BENDA-BENDA NI ADALAH PERCUMA.


Korang agak-agak aku nak accept ke tak offer ni?

Ni panggilan fon je ni, takde masa panjang nak pikir, nak bincang dengan si pembayar bil ke apa. Aku kena buat keputusan cepat dan tuntas. Gituuuu..

Last-lastnya aku kata "I DO" je lah. Hamboiiii. Lepas dah letak fon baru call incik suami maklumkan. Matiklah kalau dia marah. Haha.

Alah..50 hengget je bang, toksah lah nak berkira sangat. Awak jugak yang selalu berebut remote dengan Aidi tu ha.

So makna kata sekarang ni, tak lama lagi Aidi ada peti telebisyen dan kotak astro dia sendiri. TV tu pakai TV lama je Jah, bukan beli TV baru ye. Kaya sangat mak bapak kau Aidi oi nak TV baru pulak. Haha.

Bila bilik Aidi dah ada TV, ada Astro..

Mulalah mama ni sebok berangan nak beli katil single untuk Aidi.

Eh nak beli wardrobe baru jugak.

Berangan nak set up bilik untuk toddler lah kononnya, no more baby's room.

Ewaaahhhh.


Kaching! Kaching! *sambil bukak dompet check duit*

Okbai!

Tuesday, February 19, 2013

Pregnant umpama Relay 400 meter kata ko!

Hai..

Nak share ni, aku bakal mendapat seorang lagi anak buah. Wife adik lelaki aku pregnant again. Weeehooo!!  Si Shaqil pun dah big boy. Dah turn 2 dah pun Januari lepas. So memang elok sangatlah kalau dapat adik lagi.

Bila sorang dah mula berbadan dua, mulalah mama dok psstt psssttt pssstt bertanya.."orang sana nun takde apa-apa lagi ke??"

Ohoi!!

Kita ikut turn la ye. Main pass pass baton gitu.. Ahaks!

Tapi memang ye, dalam famili aku ni memang acara mengandungkan diri umpama larian relay 400 meter.

Januari 2011...Sakinah (yang pregant sekarang) bersalinkan Shaqil.


Shaqil...senyum lebar dia nak dapat Adik.

Selang 2 bulan, aku pulak mengandungkan Aidi.

Disember 2011...aku lahirkan Aidi.


Aidi...pun dah big boy. Tapi aku tak rasa dia dah ready nak ada adik. *alasaaaaaannn.haha*


Januari 2012...Kazen kesayangan si Tira Miss U pulak start ngandungkan Akid.

Oktober 2012..Tira Miss U bersalin.



Akid..makin lama makin stylo. Nak adik keww?? Haha

Januari 2013....Sakinah pregant lagi.

Insyaallah Oktober 2013 Sakinah akan bersalin. Pastu kita tunggu...

Siapa antara aku dengan Tira Miss U akan terima "baton" dari Sakinah.

Ewaaahhhhh!!



Monday, February 18, 2013

Baby's food: Milky Potato Balls.


Petang semalam, aku ni macam rajin lah pulak nak buat snek petang untuk Aidi. Selalunya untuk kudap-kudap Aidi makan biskut je. Hehe. So rasa macam nak buat finger food untuk Aidi. Tapi sumpah aku tak prepare pape. Denga bahan pun tak tau ada ke tidak, resepi nak buat pun takde..yang aku ada cuma semangat jitu untuk memasak sesuatu untuk Aidi. Gituuuuu.

Bila kobek kobek peti ais, jumpa potato, ada kismis.

Bukak laci..ada tepung gandum.

Okey marilah kita buat eksperimen kuih. Haha.

Aku bagi nama resepi ni...


MILKY POTATO BALLS.

Bahan-bahan:

1. Ubi kentang 2 biji. (sebiji pun boleh, anak makan byk mana lah sangat)
2. Tepung gandum 1 cawan
3. Susu tepung anak 3 sudu
4. Air  3 sudu (aku guna air rebusan ubi)
5. Garam/gula (jika suka)
6. Kismis
7. Minyak untuk menggoreng

Cara buat:
1. Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk. Kemudian lenyekkan.
2. Campurkan semua bahan-bahan lain bersama ubi, gaul sebati. Bulat-bulatkan..goreng..siap!





Aku buat sikit je ni. Dalam 10 biji je untuk Aidi. Itu pun abahnya dah cukai 4 5 biji. Sedap katanya. Haha!

Mulanya aku plan nak buat bentuk panjang-panjang. Kata idea asal nak buat finger food kan, haruslah berbentuk finger. Sekali adunan aku tu lembut sangat, payah nak bentuk. Nak tambah tepung banyak-banyak kang keras pulak. Ini untuk baby ni..so biarlah lembut-lembut je. 

Jadi aku tukar pla buat bentuk bulan-bulat kecik. Macam bebola gitu. Senang jugak Aidi makan, dia amik sebijik terus ngap semua masuk mulut dia. Haha.

So far..Aidi suka resepi baru ni. Bolehlah buat lagi nanti.

Siapa nak cuba..silalah cuba.

Imrpovised la mana yang patut sebab resepi ni aku cipta sendiri je ni. Hehe.


Tak payah nak jadi ultraman sangatlah.

Kadang kan, bila aku duduk sorang-sorang dan berfikir tentang Aidi, aku rasa macam aku ni mama yang terlalu fussy. Err mungkinlah tak "terlalu", tapi aku tetap fussy.

Cerewet.

Obses.

ecetra ecetra bla bla bla.

Fussy yang dulu-dulu malas la nak citer panjang. Aku takmau bagi Aidi buai lah, paci lah, nak bagi fm dulu pun punya sedih macam hapa, nampak orang suap Aidi dengan air kosong pun aku rasa nak nangis, mama dodoikan Aidi enjut-enjut guna kaki pun aku boleh prot pret prot pret macam-macam. Itu tak boleh ini tak boleh bla bla bla.

Malas nak citer hal fussy mussy yang dulu. Sebahagian besarnya aku dah boleh accept dengan hati yang senang.

Tapi la ni..masuk pulak cerita fussy yang baru.

NO MORE KARTUN GANAS UNTUK AIDI.

Pulaaaakkkkk.

Haha.

Aku cukup tak suka bagi Aidi tengok cerita kartun yang ada adegan lawan-lawan. Tak kiralah superhero lawan resaksa ke, lawan tembak-tembak ke apa ke, as long as cerita tu ada part lawan-lawan memang aku banned untuk tontonan Aidi.

Ketat sangat aturan kau Jemaaahhhh.

Aku sebenarnya jadi trauma lagi fobia bila aku tengok kebanyakan budak-budak sekarang cepat sangat terpengaruh.

Jam ni dia punya ralit tengok citer Ultraman Mebius lawan resaksa berkepala dua.

Sikit jam lagi, dia pulak amik alih watak ultraman tu. Pastu dia paksa budak-budak lain keliling dia jadi resaksa. Pastu bertumbuk bertampar, saling fire mem fire antara satu sama lain sampai tergolek tertonggeng semua. 

Pernah terjadi, bebudak lain sebok dok "berlakon" jadi resaksa lawa otromen, tentiba Aidi yang jadi mangsa kena tolak lah apa.

Cukup aku tak suka.

Aku tak taulah pandangan korang macam mana, tapi aku tak suka.

Jadi semetara aku masih boleh mengawal semua cerita tontonan Aidi, aku akan kawal. Sebab tu feveret channel Aidi adalah 613..Disney Junior. Dia boleh layan Pororo, Pocoyo, Agent Oso, Tayo, Mickey Mouse, Hi-5, Zou bla bla bla dari pagi sampai malam.

Memang aku yang ajar.

Jarang aku bukak chanel Astro Ceria sebab dalam tu banyak kartun lawan-lawan.

Sementara Aidi belum pandai demand nak tengok chanel apa, aku akan amik peluang ni untuk ajar dia. Aku tak mau Aidi jadi budak yang suka bergaduh, suka memberontak, suka merempan, panjat lompat panjat lompat hanya kerana dia berangan dia tu superhero yang boleh terbang.

Selagi boleh elak..aku akan elak.

Sebab tu jugak...toys Aidi pun takde sepucuk pun pistol ke senapang ke pedang ke apa.

Nak beli kereta mainan pun mama pilih yang kiut kiut comel comel je. Ahaks!







Harap..aku mampu didik Aidi jadi insan yang penyayang, yang lembut hati, yang selalu memaafkan.

Aminn.




Sunday, February 17, 2013

Lagi projek Aidi.

Aidi ni kan, baaaanyak betul projek dia tau.

Lepas satu..satu..lepas satu..satu. Geleng kepala je kadang aku tengok.

Ini projek dia di pagi Ahad nan indah lagi permai.




Entah apa yang dia pikir time ni. Dia terbalikkan semua moto. kereta, and push walker dia lepas tu..entahlah apa dia buat ni. Mama pun tak tau nak bagi nama apa. Haha. Aku perati je dari tepi, tengok akal dia.

Lama-lama dia projek projek tak jadi kot, dia tinggalkan semua sepah-sepah gitu, pastu main kat hall pulak.

Ini pulak projek baru.



Urut dada je mampu uolss.

Anak bijak memang cenggini. Minda ni ada je benda nak pikir, nak buat. Aku fikir positif je lah. Kalau anak pasif sangat pun tak elok jugak kan? So biarlah anak-anak kita teroka dunia ni.

Tapi kalau sampai memanjat meja kaca ni memang aku tegahlah. Bahaya oooi.

Aku ganti dengan panjat sofa.

"Aidi.....turun sayang. Jangan panjat meja tu..bahaya. Meh kita panjat sofa meh. Sini best, mama ada."

Kedek kedek dia turun and datang kat mama nak panjat sofa puleeekkkk.

Anak....anak....

Wednesday, February 13, 2013

Ohmai ohmai ohmai gad!!


Ni cerita lama ni. Cerita Jumaat minggu lepas. Baru nak stori. Tapi kalau kat facebook aku dah kepoh dah. Kat blog je belum. Haha.

Hari Jumaat tu, incik suami off day. So dia ada kat rumah. Aku ni kalau suami ada kat rumah mulalah tak sabar-sabar nak balik dari sekolah, tak nyempat-nyempat gitu. Padahal nanti bila sampai rumah bercekau jugak dengan incik suami. Bahahaha.

Aku ni baru berangan nak ajak incik suami keluar ke bandar petang Jumaat tu. Nak cari baju Aidi. Kan hari tu aku ada cerita beli baju Aidi sebab baju dia banyak dah sendat kan? Ha..kejadian beli baju tu berlaku hari Sabtu. Kalau ikutkan hari Jumaat lagi aku nak keluar shopping dah, tapi terbantut sebab.....

INCIK SUAMI REFUSED UNTUK KELUAR.

Okey pasrah.

Aku malas nak gaduh. So pasrah sambil tengok TV je lah.

Tentiba...aku tengok incik suami bersiap-siap pakai hensem hensem.

Nak ke mana pulak pakcik ni? Tadi kata takmau keluar.

NAK JUMPA MEMBER KATANYAAAA........

Aihhhhh....ni memang saja nak bakar line ni. Aku ajak keluar otomatik lidah tu kata tak nak. Kawan ajak keluar kemain pantas dia bersiap.

terbako hati teman.

Sementara dia nak siap tu macam-macam lah ayat memujuk dia bagi.

Janji esok nak bawak keluar lah.

Suruh aku tido berehatlah, nanti bila aku bangun tido mesti aku happy. Apakah??

Paling tak tahan siap cakap...." abang keluar kejaaapppp je. Nanti abang balik mesti ayang seronok."

Malas aku nak layan. Aku memang merajuk time tu. Kalau boleh nak guling-guling hentak kaki tanda protes. Bahahaha.


Sejam.

Dua jam.

Tiga jam.

Baru dia balik.

Dari luar pintu dah dengar suara...

"Ayanggggggg...abang dah balik!!"


Tentiba dia hulur sebungkus paperbag kat aku.


" Ini hadiah untuk sayang"

Katanyaaa....

Dalam hati..."huh, ni mesti coklat cadbury je ni. Nak pujuk aku lettew"


Sombong pulak aku kan. Laki dah belikan "coklat cadbury" tu amik je lah dengan senyuman semanis coklat. Ini nak buat muka kicap pulak.

Aku duduk...nak bukak "coklat cadbury".

Sekali yang aku nampak adalah sebuah bungkusan dibalut cantik. Dalam kotak. 


"Apa ni bang??"


"Bukaklah dulu....tapi kalau nak bukak mesti kena cium pipi dulu."

Hamboboi.....siap ada syarat pulak ye. Bahahaha. Masa ni hati dah berbunga-bunga dah ni. Hilang habis muka kicap, terus ku bagi muka gula pasir cap prai. Manis gitu. Haha.


Hati ni berdebor-debor je bukak pembalut hadiah tu. Macam nak bukak hadiah kawen je debornya. Haha.


Bila dah bukak....


Hamai hamai hamaigad!!!!




Its a watch!!!


Ohh pengsan!!

Haha. Tipu.

Tapi aku memang freeze kejap kat situ.

Suami hadiahkan jam tangan?? ESPRIT??

Ohmai!!

Memang kejutan. Ini betul-betul kejutan. Sebelum ni aku selalu komplen komplen "abang ni tak pandai buat surprise la apa la", ha ni hamik kau. Mau luruh jantung.






Bila aku tanya kenapa tiba-tiba dia nak hadiahkan jam ni? *ek eleh..dah orang bagi tu kebas je lerrr*.

Incik suami cuma senyum je. Dia kata..takde sebab apa-apa. Saja je nak hadiahkan untuk isteri terchenta....haha.


Sebetulnya.....waktu ni, aku MEMANG TAKDE JAM TANGAN.

Jam tangan yang aku selalu pakai tu dah kiok. Baru lagi tukar bateri, tapi tetap kiok. So aku anggap jam tu dah sampai ajalnya. Lebih 10 tahun aku pakai jam tu. Sekarang layak simpan dalam kotak harta karun je. Heh.

Jam tangan yang mak hadiahkan masa besday last year pulak tertinggal kat Ampang. Itu pun surprise jugak tu. Haha.

Ada satu lagi jam spare. Tapi ketat. Maklumlah tangan Jemah kan gajah. Tapi sebabkan jam pertama tu dah kiok, so nak tak nak aku gigih jugak pakai jam ketat tu. Sampai merah-merah gelangan tangan aku.

Gamaknya...incik suami perasan kot.

Tu dia hadiahkan jam.


Thanks abang!!


Hari esoknya, Sabtu..kami keluar jenjalan beli baju Aidi. Sempat aku masuk kedai jam yang incik suami beli hadiah aku tu. Nak siasat harga kononnya. Haha.


Terkedu sekali lagi bila tau harganya adalah sama dengan 50% daripada jumlah bonus incik suami hari tu.


Ada diskaun 10%.


=)





Dah macam Aidi...ada je projek kau nak buat.



Cuti-cuti sekolah ni biasalah takde agenda lain selain duduk melepek kat rumah dengan Aidi.

Aidi ralit tengok TV je aku mula lari ke laptop. Bila Aidi sedar aku takde dekat-dekat dia, dia akan pergi cari aku kat dining table sambil buat muka manja mintak aku teman dia tengok TV balik. Itu je lah keje aku ulang-ulang sambil diselang seli dengan aktiviti lain macam masak, basuh baju, basuh berak Aidi, tido membongkang dan lain-lain lagi. Haha.

Sound boring kan?

Redah je lah labuuuuu.

Ni nak gebang ni, hari tu *tak ingat hari apa*, tengah syok-syok aku surfing facebook, tentiba aku jumpa gambar ni kat Fanpage Fyn Jamal.




Credit to Fanpage Fyn Jamal

Tau ni gambar apa?

Ini adalah perca baju-baju anak beliau * si Juna yang super comel* yang dah tak boleh nak pakai lagi. Baju-baju newborn camtu lah gamaknya, yang dah sendat mendat. Beliau gunting-gunting and nak cantum buat PATCHWORK QUILT BLANKET.

Homaiiiiiii!!!!!

Buat blanket uolsss!!

Guna perca-perca kain baju anak yang dah mengecik itu. Manisnyaaaa!!!

Kalau cukup kain boleh buat sampai jadi paling koman size single, so anak boleh simpan pakai sampai dia besar.

Bak kata Fyn Jamal, "masuk asrama jangan lupa bawak". =)


Pastu nak jadi ceritanya.....aku, si Jemah kecoh ni terus gegedik nak buat patchwork quilt jugeekkk. Dan dan terus semangat nak buat. Time time tu jugak aku kumbar balik kain baju Aidi yang dah sendat-sendat tu. Banyak jugak baju lama Aidi ni. Nak simpan untuk adik Aidi......hurmmm, melihat kepada kegilaan aku membeli baju bajan Aidi, aku tak rasa aku boleh pejam mata recycle je baju lama Aidi untuk adik dia nanti. Confirm semua pun aku nak beli baru. Nak nak kalau dapat anak pompuan pulak pasni. Ewaaahhh harapan. Haha.

So aku macam bercita-cita tinggi nak buat projek patchwork ni jugak.

Cumaaa...

Rasa sayang pulak nak gunting-gunting baju anak tu. Kalau projek terbengkalai acaner?? Aduduh menangis je nanti.

Satu lagi masalah....aku adalah tiada mesin jahit.






Jahit pakai tangan aci tak??


Haha.











Saturday, February 9, 2013

Esok raya jemah oii!!

Esok raya cina oiii!!

Haha.

Orang lain yang nak beraya, aku pulak yang sebok. Maklumlah, 1Malaysia kata ko! Paling tak manahan tadi aku nampak ada orang JUAL LEMANG kat tepi jalan. Suasana di Aidilfitri sangat kan? Padahal Kongsipacai. Huhu.

Aku pun apa kurang, orang lain yang nak raya aku yang pulun-pulun beli baju raya Aidi.

Bahahaha!!

Takdelah, bukan beli sebab esok nak kongsipacai, beli sebab baju siang Aidi banyaaakkkk dah sempit sendat ketat. Aku tak tahu lah budak tu badan kategori apa. Nak kata gemuk bam bam takde lah pun. Berat 12 bulan baru 9.5 kilo je. Badan tu takde lah isi sangat, tapi baju sendat. Baju-baju dia yang size 6-12 bulan tu semua tak boleh pakai dah. Boleh pakai tu bolehlah, tapi kesianlah tengok Aidi dah rupa hulk je baju ketat sikit lagi boleh koyak. Hahaha.

Aku suspek budak ni perut dia buncit terlebih. Itu sebab baju dia banyak ketat nak nak tang perut. Memang hazab.

So aku pun rembatlah beberapa baju murah-murah untuk Aidi. Alah, nak buat pakai daily, tak payah lah baju mahal-mahal. Yang doploh hengget sepasang tu jadilah.




hasil rembatan.

Aku macam dah jatuh cinta pulak dengan baju jenama PIGEON. Material kain dia best sangat. Harga pun murah. Dalam lingkungan RM22-RM24 sepasang. Oklah bagi aku. Kalau brand Anakku ke Disney ke baju cantik jugak, kain 100% cotton jugak tapi material kain tak sesejuk yang PIGEON ni. So pasni kalau baju basahan Aidi semua brand PIGEON tu jangan heranlah ye sebab mamanya dah jatuh chenta sama itu baju PIGEON. Hehe.

Dah rembat baju, pusing-pusing Ujana tu kejap. Banyak sangat berselisih dengan baby yang naik buggy. Ala, yang macam stroller tu tapi lebih kecik and lebih ringan. Merata-rata orang dok tolak anak dalam buggy.

Kami ni dok dukung Aidi dari tadi. Saja takmau bawak turun stroller sebab konon nak bagi Aidi berjalan. Praktis la katakan..haha. Tapi budak ni malas nau nak berjalan kat mall. Maybe dia seriau kot tengok orang ramai sangat. Bila berdiri nampak kaki-kaki manusia je. Haha. Jadi berlenguhlah kami laki bii gilir-gilir dukung Aidi.

Pastu mulalah hati terdetik.

" Eh, macam best pulak buggy tu. Jom cari jom."

Ewaaahhhh...tengok orang pakai, ko pun nak pakai kan? Dasar!!

Pergilah aku pusing-pusing ujana tu cari kedai jual buggy.

Jumpa.

Tapi tak banyak choice. Yang dijual tu semua sama sebijik sejiban dengan buggy-buggy yang aku tengok orang tolak-tolak tadi. Gamaknya semua pun beli kat kedai ni. Haha, standardlah Labuan takde choice.

Ada dua jenis.

Satu jenis seat tak boleh baringkan. Harga RM135. 

Satu lagi jenis seat boleh baringkan. Harga RM149.

Pheww!!

Buggy bodoh-bodoh tu pun rege kemain beratus. Aku ingat rege puluh-puluh je. Dah tu berpeluh aku dengan incik suami berpikir nak beli ke tak nak beli ke tak.

Reason nak beli...

Sebab nampak anak orang duduk dalam buggy tu macam syok je banding duduk dalam stroller. Rasa lebih bebas and opened.

Hehe. Itu je reason. Padahal stroller ada ni dalam kereta. Haha.

Bincang punya bincang last-last beli je jah. Tong tong duit dengan incik suami. Sweet kan nak beli buggy anak pun kena tong tong duit. Pangg!!

Hasilnya....

Hurmmm...bolehlah. So so je lah penerimaan Aidi terhadap kereta baru dia tu.

So so pun..last last terlena jugak dalam tu.

Dah puas meraung merempan bagai..akhirnya terlena jugak.

Tido duduk je jemah oiiii






Okbai!





Friday, February 8, 2013

Ooooo dah pandai sekarang yek.


Hari ni last day sekolah sebelum bercuti panjang. Weehoooo!!

Sekolah hari ni pun macam ala-ala heaven je sebab boss takde. Yahooooo!!!

Haha.

Kalau nak cuti je bukan anak murid je melompat-lompat, cikgu sama terkinja. Seronok aih dapat cuti. Boleh duduk rumah melepek dengan Aidi.

Budak bertuah tu memang makin banyak akal dia sekarang.

Dah pandai mengamuk.


Pandai drama.

Kalau mama abahnya marah sikit pun dia punya cebik tu macam kena maki hamun. Drama lebih. Tambah lagi sekarang kalau dia tak dapat apa yang dia nak, memang dia tiarapkan badan dia atas lantai. Merampus-rampus gitu. Eiiii tak kuasa mama nak layan tau. Aku biarkan jek. Mujurlah perangai guling-guling atas lantai ni dia buat kat rumah depan mama abah dia je, kat luar dia tak berani. Tak taulah tak berani ke atau belum berani. Haha. Kalau dia berguling atas lantai kat mall siap la kau Aidi. Ini adalah amaran!! Haha.


Aidi dah boleh berjalan elok dah sekarang. Dia tak mau merangkak dah. Keje dia nak berjalan je. Tengok tv pun sanggup dia berdiri dari duduk.

Bila aku bagi rocker suruh duduk dalam rocker...

Ini pulak projek dia.












Haishhh!!

Anak...anak...

Bila dia dah boring dengan projek rocker dia, mulalah cari tender projek baru. Projek rocker kita kasi tinggal macam tu je, takpe takpe..nanti mama kita tolong kemas. Haih!!


Mujur projek baru ni ilmiah sikit.

Reading time!!



Alhamdulillah Aidi ada minat ke arah buku. Walaupun dia tak tahu lagi apa fungsi buku semua tu, tapi bila dia ada minat nak pegang, belek, geget, bermain dengan buku-buku pun aku cukup senang hati dah.

Tak sabar tunggu sikit masa lagi untuk introduced pensel and kertas pulak.

Contengan pertama Aidi nanti aku nak simpan, nak frame siap.

Simpan bikin pusaka.

Haha.

Monday, February 4, 2013

Karangan di hari Senin


Assalamualaikum

Hai.

Mood berbelog memang ke laut sikit sekarang. Tak tahu kenapa. Macamlah banyak sangat kerja kan? Haha. So hari ni aku cuba jugaklah buat satu karangan untuk uolss. Hehe.

Eh nak tau tak, dua hari lepas kan, tengah syok-syok main dengan Aidi tentiba aku perasan baju aku tang dada basah.

Apakah??

Bila aku siasat rupanya itu adalah susu badan!!

Hamagad!!

Aku masih ada susu badan lagi ke setelah hampir setahun Aidi stop breastfeed. Rasa panik kejap. Tapi susu yang keluar tu takdelah banyak. Kalau aku buat marmet dia keluar lah titis-titis. Tapi cukup buat aku....buat aku apa eh? Tak tahu nak kata apa perasaan. Terharu ke happy ke sedih ke apa ke. Berkecamuk gitu. Haha. Dua tiga hari jugaklah jadi gitu. Bila aku marmet je akan keluar susu. Tapi Cik B belah kiri je jadi gini, belah kanan takde pulak. Adalah jugak sua cik B kat Aidi kot-kot dia nak minum, tapi dia buat bodo je. Haha. Jadi kalau ada susu yang keluar aku calit guna jari bersih then aku bagi Aidi hisap jari. Ala-ala macam style Aidi 1st time menyusu dulu lah. Hehe.


Okey masuk cerita kedua.


Aku dan incik suami sudah sepakat membawa berkat mahu ke Langkawi hujung tahun ni. Insyaallah 6hb hingga 9hb December 2013.



Nak cakap yang aku adalah teruja nak pergi holiday sebab aku dah mula survey segala mak nenek hotel, kereta sewa, tiket flight, tempat makan best, tempat nak jenjalan bagai semua. Hover kan? Nak pergi 10 bulan lagi tu. Kalau pregnant pun sempat baby keluar dulu ni. Haha. Tak kisahlah, yang penting kali ni aku nak plan betul-betul. Nak berjalan bukan pakai duit sikit-sikit. So adalah lebih baik kita pla sebijak mungkin supaya duit tak terbang tak tentu hala.


3 tahun lepas pergi Langkwi berdua. Honeymoon kekdahnya.





Kali ni pergi dah bertiga.

Aidi pun by that time dah boleh berlari and maybe dah petah bercakap.

Jadi rasanya percutian famili akan lebih bermakna gitu.


Mau hati aku senyum je pikirkan nak pergi holiday hujung tahun nanti.


Senyum macam ni....




Macam spek aku yang telah dipatahkan oleh budak di bawah ini.




Aidi...anak kesayangan.

Heh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...