MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, March 31, 2013

Another Pregnancy Journey

Ramai yang dah dapat teka apa benda yang nak diumumkan tu. Jadi marilah aku terus buat pengumuman rasmi di blog terchenta ini.

YES, IM PREGNANT AGAIN!

=)

Alhamdulillah..syukur atas rezekiMu ya Allah.

Itulah..sejak-sejak Aidi kena tinggal kat KL aritu, ramai pulak yang mendoakan Aidi dapat adik, ha kan dah masin mulut mengkeme. Huhu.

Aku memula tu takdelah bajet mengandung ke apa. Cuma tanda-tanda kecil tu adalah jugak aku perasan, tapi aku buat vodo je.

Antaranya kerap ke toilet. Aku anggap cuaca sejuk, selalu hujan, tu yang kerap kot.

Tapi bila balik KL minggu lepas, aku mula rasa sakit bawah perut. Macam crampt gitu. Pastu siap sakit sampai ke punggung. Pun aku buat tak tau je sebab aku pikir aku nak period ni. Memang tengah tunggu bulan datang je ni. Pastu dah sibuk-sibuk dengan kenduri bertunang apa semua. Tak de pikir pasal crampt perut dah. 2 3 hari lepas kenduri baru perasan balik sakit crampt tu. Nak-nak lepas angkat benda berat, memang sakit.

Tolong mama buang sampah 3 4 bungkus besar dan berat. Lepas buang sampah aku tak boleh jalan. Kena berdiri statik sambil kemut apa yang patut tahan sakit.

Bila dukung Aidi pun satu hal..ya hampun budak tu berat nak 12 kilo dah aku rasa. Memang sakit pinggang dibuatnya.

Jadi hati aku dah tak sedap. Ini tanda nak period ke apa ni??

Neves oiii!

Dahlah baru "berhoneymoon" kaaaaannn. Haha.

Jadi aku pun  zaaasss la pi beli upt kit. Beli dua terus. Haloba kan? Haha.

Atas nasihat geng geng gojes, aku pun buatlah test. Malu memang malu sebab masa ni period belum delay lagi. Tapi lantaklah...tak try tak tahu kan? Heh.

Dan hasilnya.....





Senyum.

Aku mms gambar ni ke incik suami, dia boleh pulak call aku balik cakap ni gambar apa, dia tak paham. Coi!! Orang baru nak romantik-romantik bajet nak terima ucapan ilebiu ke apa ke kan, sekali dia tak paham puleeekkkk.. Kenalah aku explain pulak.

Incik suami antara orang yang seronok.

Yelah, ingat tak lagi dulu dia ada cakap nak baby lagi sebagai azam tahun baru dia?? Insyaallah tercapailah azam tu.

Setakat hari ni...period dah delay 3 hari. Masih awal. 

Keadaan aku pun masih okey, Alhamdulillah. Cuma cepat penat. Kalau mendukung Aidi 5 minit pun penatnya macam  merentas desa 5 kilometer. Lelah!

Aku pun belum pergi jumpa doktor lagi.

Buku pink lagilah belum ada hati nak pergi bukak. Haha.

Tunggulah, hujung minggu depan ke baru pergi klinik untuk scan baby. Yelah, nak jugak aku tengok keadaan baby kat dalam ni, okey ke tak, ada ke tidak kantungnya, jantungnya, kedudukannya betul ke tidak dalam rahim apa semua kan? Penting tu untuk tau. Kalau semua okey, then baru aku proceed dengan bukak buku pink. Alah, Aidi dulu pun aku dah 11 minggu baru hegeh-hegeh pegi bukak buku. Ni baru 4 minggu ++, santai-santailah dulu. Hehe


Tadi aku buat upt test lagi, kali ni guna clear blue pulak. Retis pakai clear blue, ko pun nak clear blue jugak. Dah lah bapak mahal. Boleh beli dinner plate 2 set tau tak? Mujur mak yang bayarkan. Hahaha. Tak senonoh kan, upt test pun masih mak bayarkan. Bahahahah!




Katanya aku mengandung dalam 2 - 3 minggu. Kalau ikut kiraan doktor, kira mengandung dalam 4 - 5 minggu.

Masih awal.

Masih perlukan jagaan rapi.

No more lasak-lasak.

Keje paling lasak aku boleh buat adalah dukung Aidi. Budak tu pun sekarang boleh tahan manjanya. Biasalah..orang nak dapat adik memang gitu

=)


Eh, nak bagitau..seronoklah bila sekali lagi kita dilayan bagai princess dek suami. Makan dah tentu-tentu dia sediakan double.

Hehe.

Oklah..nanti hapdet lagi tentang adik baby.

Doakan aku dan kandungan sehat-sehat sentiasa okey?

Tata.










Saturday, March 30, 2013

Sampai peluk sofa katanya.


Fuuuhhhhh Haaaaaaaa...

Melepaskan nafas yang panjang seperti yang cikgu PJK ajar dulu. Kehkehkeh. Iols dah selamat membawa pulang Aidi ke rumah kami yang terchenta ini. Legaaaaa....

Rumah tak lagi sunyi sepi.

Hidup tak lagi bosan.

Paling gembira dah tentulah incik suami...lama hoi dia tak jumpa anak, dari 4hb hari tu sampai ni dah nak masuk 4hb bulan seterusnya dah pun. Jadi beliau adalah teruja. Dia renung Aidi serupa macam dia renung aku masa berchenta dulu. Pastu senyummmmmm je. Haha.

Kalau boleh, ini last aku tinggalkan anak. Lepas ni aku tak mau buat lagi dah. Selagi boleh, Insyaallah aku akan bawak anak-anak ke mana saja sama-sama. Bukan sebab tak percaya orang lain jaga ke apa, tapi sebab aku tak mampu nak tahan rindu.

Sebulan kena tinggal dek suami takpe lagi, rindu-rindu boleh peluk bantal. Seminggu tinggalkan anak..blerghhhhh!!! Dendam kata orang Perak.

Eh, aku ada benda nak kasi umum ni.

Tapi nantilah ek.

Biar konfem betul-betul konfem dulu.

Kalau geng-geng kat group fesbuk nun ramai dah tau rasanya. Heeeeeeee....

Yang pastinya plan famili vacation ke Langkawi hujung tahun terpaksa dibatalkan.

Kita pergi tahun depan je lah ye anak-anak??

Eh??

;p

Saturday, March 23, 2013

Minggu depan takde entri tau?


Ada lah dalam setengah jam lagi ni sebelum aku kena bergegas siap nak ke airport. Sempatlah mak jemah taip hapdet sikit. Aku balik KL nanti ni tak bawak laptop. Incik suami request tinggalkan laptop untuk dia, nak tengok gambar-gambar Aidi kat fesbuk katanyaaaa.. Alahaiii abah. Siap pesan, nanti letak gambar Aidi banyak-banyak tau. Abah dah angau bangau lettew kat anak. Heh.



Malam ni ada tournament futsal dengan famili.

Ewaaaahhhhh!! Cargas sangat kan famili aku siap nak futsal-futsal bagai. Tapi aku memang awal-awal dah register masuk kelab wanita cun pegang pom pom je lah. Cun ke???? Haha. Nak sepak bola memang takdelah. Kang kaki orang yang aku sepak kang naya je. Haha.

Aidi??

Ooohhh Aidi haruslah masuk gelanggang. Lawan Shaqil katanya. Orang lain main futsal 7 sebelah lah apa, Aidi dengan Shaqil lawan futsal satu sebelah. One by one kekdahnya. Haha

Jersi dah ready dah ni.


Ni jersi hadiah dari pah Aidi. Beli lama dah, tapi masa beli tu takleh pakai lagi sebab besar. Sekarang memang sedang eloklah sizenya.

So, go Aidi go Aidi!! Selamanyaaa.....selamanyaaa....selamanyaaa....harimau malaya.. Elelelele la haaa aaaa haaaa aaaa. Ewaaahhh.

Tengoklah malam ni apa jadi. Aku takut futsal cancel, yang on ya, lepak kedai mamak reramai sambil pekena nan cheese dan teh tarik tiga layer. Perghhh!! Mengalir air liur.


Esok, adik perempuan kesayangan aku pulak nak bertunang.

Kenduri oiiii!!!

Semalam dia forward gambar pelamin dia. Aku suka.

Pelamin yang tak macam pelamin sangat. Lebih kepada background untuk bergambar. Tapi nantilah lepas majlis baru kita haplod gambar. Tak suspen lah kan reveal pelamin awal-awal.

Pastu next week nak bawak Aidi pegi Aquaria KLCC. Bawak Aidi tengok fish. Mesti dia seronok. Mamanya lagi berdouble seronok. Beronok-ronok gituuu. Haha.

So kesimpulannya, aku tak bawak laptop. Mungkin takde sebarang entri sepanjang minggu depan. Kasi can lah aku ngulit Aidi sampai puas. Rindu oiii.

Okeylah, jam dah menunjukkan pukul 8 pagi. Sari berita penting. Panggg!!!

Aku nak mandi dulu. Nanti pukul 9 abang kesayangan yang gagah perkasa itu akan jemput bawak pergi airport. 

Tata sayangs!!!

Thursday, March 21, 2013

Tak sabar


Esok jemahat....esoknya lagi Sabtu.

Weeehoooo!!!

Hari yang dinanti hampir tiba. Gituuuuu....fefeling di Aidilfitri pulak. Haha.

Tak sabarnya nak balik KL. Tiap hari asik dok dengar suara Aidi je kat telefon, adehlah..mana boleh tahan. Apa rupalah Aidi sekarang. Makin bulat ke apa. Kuat makan dia kat sana. Keje makaaaaannnn je. Susu pun sama naik. Bayangkan, Setakat 2 minggu dia kat semenanjung ni dia mampu perabihkan susu sebanyak 3 KG!!!

Ya hampunnn kau nak. Minum susu ke apa ni sampai 3 kilo susu dah habis dalam masa 2 minggu.

Tengoklah nanti camne rupanya Aidi. Perut dia tu yang penting aku nak tengok. Dah rupa bola ke apa ke nanti. Haha.

Ni memalam jemahat ni aku bizi pulak mengemas rumah.

Basuh kain.

Cuci kipas

Mop Lantai

Kemas dapur.

Tukar cadar. Eh?? Haha.

Yelah...nak tinggalkan rumah, nak tinggalkan suami seminggu ni kenalah siap-siap apa yang patut. Kang kesian pulak kalau laki aku nak pergi kerja spender bersih pun takde.

Haha.

Okbai.

Wednesday, March 20, 2013

Buat Mereka Yang Suka Mengata


Sejak-sejak krisis Lahad Datu ni, aku sebenarnya sedih.
Mula dengan sedih sebab banyak mulut-mulut yang mengata mencaci anggota keselamatan negara.
Enak mulut nak kata POLIS BODOH
Lancang kata nak laung TENTERA PENGECUT.
Realitinya....mereka lebih penakut.
Hanya berani berperang berkubu belakang skrin.

Hey kamu.
Memang aku bukan pejuang negara.
Memang aku bukan siapa-siapa.
Tapi bila dikeji pekerjaan suami sendiri, hati ini rasa meluap marahnya.

Hey kamu.
Sedang kamu enak-enak menonton TV diulit anak suami isteri,
Kami isteri dan anak pejuang negara hanya mampu ketakutan, kerisauan.
Apalah nasib insan tersayang di sana.
Menadah nyawa

Hey kamu.
Yang selalu mempertikaikan "kenapa anak isteri tentera saja yang diberi cuti? Kami orang awam bagaimana nasibnya?"
Renunglah...dalam keadaan kecemasan, kamu masih ada suami di rumah menjaga.
Suami kami??
Tiada.
Mereka telah keluar bertugas untuk melindungi kamu dan keluarga kamu.
Di rumah, kami tiada siapa-siapa. Yang ada hanya kerisauan.
Jadi salahkan kalau pergerakan kami dihadkan??
Diberikan cuti kecemasan agar lebih terjamin keselamatan

Terkilan hati,
Bila tahu ada yang tak puas hati.
Kami cuti bukan suka-suka hati.
Kami cuti atas arahan Panglima sendiri
Bukan sengaja nak berholiday balik kampung berjoli.

Kalau ikutkan arahan, 10 hari bekerja cuti diberi.
Demi anak murid, kami singkatkan menjadi 4 hari.
Biarlah keselamatan terancam atau apa saja.
Demi tugas, kami pun sanggup berkorban jiwa raga.


Kalau mereka pejuang negara
Kami guru-guru..pejuang anak bangsa.
Anak murid ditinggalkan 4 hari
Anak sendiri ditinggalkan 12 hari.
Tak apalah...
Kami sanggup.


Monday, March 18, 2013

Nasib Baik ada Jamal.


Aku sebenarnya tak tahu nak hapdet apa. Sejak-sejak Aidi takde di sisi ni, idea nak berbelog pun macam tertinggal sama kat semenenanjung.

Kosong.

Makin hari makin rindukan Aidi.

Ada satu hari tu, sebab aku rindu sangat kat Aidi, so aku baring lepak-lepak atas tilam Aidi. Ambik bau kata orang. Tentiba aku terpandangkan Jamal si unta kesayangan Aidi kat tepi bantal. Terus aku ambik, aku cium Jamal berkali-kali. Ya Allah, kuat betul bau Aidi pada Jamal. Mana tak kuat, si Jamal tu lah yang suka di gigit, dipeluk, dicium setiap hari.




Hai, saya Jamal. Bukan Jamalul kiram tau. Haha.

Disebabkan Jamal je yang ada aroma Aidi yang kuat, jadi Jamal telah menjadi besfren aku sekarang. Ni pegi sekolah pun aku usung Jamal dalam henbeg. Ko hado?? Haha.

Apa cerita Aidi kat sana??

Hari tu dia demam, Alhamdulillah dah sehat.

Weekend hari tu, pah nya bawak ke klinik lagi sebab badan Aidi naik bintik-bintik macam ruam tu. Risau jugak kot campak lagi ke, infection ke apa ke kan. So depa bawak ke klinik.

Lepas tu pah Aidi bawak dia pegi shopping pulak.

Hamboiiiiii....manja sangat kan.

Siap dapat hadiah sepasang baju baru. Risik-risik kata rege baju seratus lebih. Uiii aiiii. Aku pun tak pernah belikan Aidi baju rege cenggitu. Mama cheapskate sikit. Haha.

Bertuah lah Aidi. Kat sana ramai sudi melayan dia. Tukang basuh berak pun siap boleh buat shift. Shif siang, orang ni basuhkan, shift malam, orang lain pulak take over. Gituuuuu.

Kalau aku call Aidi, dia bukan nak cakap pun dengan aku. Kalau buat 3g, pandang skrin telefo pun tak sudi. Merajuk lettew dengan mama dia ni. Takpe takpe, tunggu this Saturday, tau la mama pujuk. =)

Tak sabar nak ke Sabtu. Cepatlah masa berlalu.


Penutup entri.

Terimalah gambar Aidi dengan muka berani-berani takut sebab dah ter terbalikkan burger Aunty Nini dia. Kesian Aunty Nini kempunan. Siap menyany-nyanyi panggil batu belah batu bertangkup katanya. Haha




Thursday, March 14, 2013

Demam Pulak Dia.


Pagi tadi aku tak sempat nak call mama. Awal pagi aku dah bizi dengan kelas, bila free...bateri hand set pulak dah kiok. Jadi kena tunggu balik sekolah, charge bateri apa semua baru boleh call mama kat Ampang nun untuk hapdet tentang Aidi.

Mama kata....

AIDI DEMAM!!

Siap masa call tu mama tengah nak bagi Aidi makan ubat. Sempat pulak mama cakap.."eiiiii susah nau nak bagi dia ubat. Macam kamu Yong kecik-kecik dulu". Sempaaaattttt je kan nak kondem aku pulak. Haha.

Aku memang dah gigil lutut dah time tu dengar Aidi demam. Mama pun ceritalah kronologi macam mana Aidi demam.

Tengah malam......
Aidi start nangis-nangis tak henti-henti. Tak boleh nak tidur. Nini call boiprennya ajak pegi klinik. Yang lucunya, kat klinik doktor sempat tanya Nini..."KENAPA PERUT ANAK AWAK MACAM NI ??" Boncet kata ko!! Hahaha. Kalau aku yang bawak pegi klinik mesti doktor tak kata apa, sebab perut mama pun boncet. Si Nini tu kurus selim melim, memang tak percayalah doktor. Hahaha.


Siang esoknya..
Mama bagi Aidi ubat ikut time. Panas badan dah surut. Tak panas dah. Aidi makan nasi macam biasa. Tengok TV macam biasa. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia akan merengek-rengek nak ikut orang tu balik. Mama kata, ada sorang jiran ni datang rumah. Aku panggil dia Kak Chik je. Badan Kak Chik ni memang montel-montel macam aku. Aidi punya manja dia duduk atas riba Kak Chik tu lama. Mama kata Aidi ingat itu mama dia kot. Dia rindu. Huhu.


Mama pun rindu kamu Aidi.

Mencurah-curah pulak air mata aku lepas letak fon tadi. Pastu terus kedaung tido sebab nak hilangkan sedih. Huhu.


Aku rasa lah, selain rindu mama abah dia ni, Aidi rindukan rumah dia. Dari hari Ahad 3hb yang lepas dia tak balik-balik ke rumah dia ni ha. Itu yang jadi dia nak ikut semua orang balik tu dengan harapan orang akan bawak dia balik rumah dia kat Labuan ni.

Kesiannya Aidi.

Mama minta maaf ye sayang.

Mama bukan tak sayang Aidi, mama bukan dah tak nak jaga Aidi, Mama terpaksa tinggalkan Aidi sementara kat sana sebab itu je yang terbaik buat masa ni.

Im sorry sayang.

Moga Aidi cepat sehat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.



Takde air la pulekkk.


Air takde pulak jah kat rumah!

Hadoi!!

Semalam lepas balik sekolah aku langsung tak bukak paip air. Balik sekolah aku terus kedaung tido sampai petang. Letih sangat katanya. Petangnya tu ingat nak lah memasak, incik suami balik kerja mesti nak makan kan? Jadi dalam kepala dah membayang-bayang dah menu apa nak masak ni.

Sekali bukak paip sinki...Yilek pocik!

Setitik air pun takde.

Mujur dalam bilik air ada air lagi sebab guna air tangki. Tapi aku memang cancel la memasak. Makan megi je lah malam semalam. Huhu.


Bila bangun tidur pagi tadi....ayoyo air tangki pun dah takde.

Pelik.

Semalam takdelah mandi beria pun. Jimat-jimat air jugak. Camne boleh habis jugak air tangki ni. Heran betul.

Mujur ada jugak aku tadah air sebaldi.

Mandi P. Ramlee je lah kami laki bini pagi tadi.

Aku mandi setengah baldi, incik suami setengah baldi.

Romantik tak?

Haha.


Wednesday, March 13, 2013

Cerita menarik sepanjang di KL *menarik ke??*


Sepanjang lebih kurang seminggu balik KL hari tu, ada beberapa cerita menarik tentang Aidi. Kalau aku ingat-ingat balik memang boleh buat ketawa. *ini sebenarnya taktik nak ubat rindu pada anak ni.haha*

Satu,

Masa dalam flight nak terbang balik semenanjung, aku dapat seat sebelah dengan seorang mommy muda yang ke Labuan untuk meeting. Maybe mommy tu rindukan anak dia *umur sebaya Aidi*, jadi dia mintak izin nak pangku Aidi yang masa tu tengah tido lena. How sweet that mama. Thanks!


Dua,

Aidi dah pandai minum guna straw masa kat KL. Pergi KFC minum milo pakai straw je sekarang. Tambah pulak pah ma nya rajin belikan milo kotak yang 6 pek kecik-kecik tu untuk Aidi. Untunglaaaaa..


Tiga,

Kalau pergi jenjalan mall, Aidi suka dilepaskan berjalan. Kendian dia akan berjalan laju-laju macam orang lari tak cukup kaki. Lepas tu jatuh gedebuk. Lepas tu bangun balik lari balik. Lepas tu jatuh lagi. Lepas tu apapuntakboleh. Haha.

Empat,

Pernah sekali aku beli roti kat kedai roti Jusco tu. Aku sibuk nak bayar roti, Aidi sibuk berlari dalam kedai roti. Siap nak masuk dapur kedai. Nak mintak kerja ke nak oiii?


Lima,

Aidi ada terhantuk kepala dengan pah ma dia. Tapi yang mengaduh sakit beria bukan Aidi, tapi pah ma. Aidi relax je terhantuk. Haha.

Enam,

Aidi sempat kutip 2 lebam di kepala sepanjang di Ampang. 1 betul-betul "bertelur" di kepala sebab jatuh stool masa tengah buat "persembahan". Satu lagi lebam tang pipi sebab jatuh terhantuk meja. Tapi guess what?? Aidi tetap cool..heh


Tujuh,

Mulut Aidi adalah riuh membebel sekarang. Kat KL, dia dapat satu pronounciation yang baru.

" apa kebenda benda benda benda"

Comel sangat bila dia sebut. Cuba korang sebut laju-laju. Comel kan? =)


Lapan,

Sangat suka makan. Pah Ma suapkan gulai tempoyak pun dia hadap je. Haish!!


Sembilan,

Rajin menolong mengemas rumah. Ni bukan mengemas yang "mengemas" tu. Ni betul-betul dia nak tolong kemas tapi idok ler dia pandai. Cer bagi dia feather duster, gigih dia sapu lantai lah perabot lah semua guna buku ayam tu. Bagi pulak penyapu, pun sama. Bagus, sikap rajin harus dipupuk dari kecik.Hehe.


Sepuluh,

Dah pandai simpan toys dalam bakul toys. Ini memang aku pun terkejut. Dulu Aidi cuma pandai kumbar toys je dari bakul mainan dia. Sekarang, pandai dah dia kutip satu-satu masukkan dalam bakul semula. Rasanya dia belajar melalui pemerhatian kot.


Last,

Berat Aidi yang terkini adalah 11 kilo lebih. Lebih tu berapa aku tak pasti sebab bukan guna penimbang digital. Yang penting mama kata badan dia hantap!!


Okbai.

Kesunyian apakah ini?


Kekok betul rasanya semalam. Hari pertama tanpa Aidi, memang kekok.

Selalu bangun pagi, mesti akan jenguk bilik dia dulu. Tengok apa gaya dia tido. Sekarang, bukak pintu bilik cuma nampak tilam kosong je.

Selalu nak pergi sekolah, aku mesti sarat dengan macam-macam benda. Tangan kiri kendong Aidi, tangan kanan galas hand bag dan beg Aidi, belakang ada lagi beg laptop. Macam pokok krismas meriahnya. Sekarang, aku lenggang kangkung je. Amik hand bag dan chalo. Kekok sangat.

Selalu balik sekolah mesti tak sabar-sabar nak jumpa Aidi. Kepala dah membayang-bayang dah apalah yang budak ni buat kat rumah Mak Long dia. Semalam, aku drive kereta terus je balik rumah. Janggal.


Balik rumah pulak, rumah kosong. Sunyi.


Arghhhhhh!!!!

 Kesunyian apakah ini??

Bila aku duduk kat sofa, tengok TV...macam terasa-rasa je Aidi ada dalam rumah. Macam terbayang-bayang dia dok kedek-kedek berjalan dari bilik dia ke ruang tamu. Sampai ada sekali aku tersasul menjerit..."Aidiiiiiii..buat apa tu??"


Padahal mana ada Aidi.


Aduhaiii...mama dah gila bayang.

Tu belum tengok abahnya lagi. Lagi mabuk kepayang.

Setiap jam dia call aku tanya keadaan Aidi. Jadi aku pun call lah mama kat KL nun untuk hapdet keadaan Aidi kendian laporkan pada abahnya pulak.

Kat rumah, bila duduk berdua tu topik perbualan semua tentang Aidi. Abahnya sampai dok gigihlah kumbar balik video-video Aidi yang ada dalam telefon aku ni, tengok penuh tekun, pastu terkekek-kekek sorang diri. Walaupun dah puluh-puluh kali dok ulang tengok video yang sama pun takde masalah. Yang penting rindu pada anak terubat sikit.


Semalam, sempat jugak buat video call dengan Aidi.

Alahaiiiii rindunya.

Nampaknya setiap malam kena buat video call.

Biarlah Aidi belum pandai sembang dalam telefon pun. Yang penting dapat tengok live aksi si kecik itu.

10 days to go.

Bertabahlah Yongnana!

Tuesday, March 12, 2013

Aidi Takde


Aku dah kat Labuan sekarang.

Alhamdulillah selamat mendarat malam tadi. Separuh hati senang sebab dapat ketemu semula chenta hati yang sebelum ni kena bertugas 24 jam no stop. Rinduuuuu katanya. Haha.

Tapi separuh hati lagi....RINDUUUUU KAT AIDI.

Aidi tertinggal kat KL uols. Haha. Tertinggal la sangat kan. Aku terpaksa tinggalkan Aidi kat Ampang sebab kalau dia ikut balik sini pun takde siapa boleh jaga dia. Mak Long Aidi kan sama-sama balik semenanjung hari tu, depa tak balik Labuan lagi. Cuti sekolah nanti baru depa balik. Jadi siapa nak jaga Aidi?? Better tinggalkan sekejap dia kat sana. Cuti sekolah nanti memang aku nak balik KL lagi, Aunty Nini Aidi nak bertunang. =)


Jadi siapa jaga Aidi kat sana??

Aunty Nini lah.

Kata nak bertunang dah kan, tak lama lagi nak kawen, jadi kena blajar-blajar lah jaga baby. Ngeeeee.

Mujur Aidi jenis baby yang mahu kat siapa saja. Dia tak kisah sangat. Mama dengan abah takde depan mata pun dia no hal. Yang penting toys ada. Haha.


Ini gambar Aidi....tak sampai sejam lepas aku gerak ke airport. Tak sampai airport lagi pun ni. Dia dah "hadiahkan" Aunty Nini dia pampers yang penuh harumi. Siap melimpah-limpah keluar katanya. Huhu.


pakai baju dulu oi. Sebok nau nak naik kereta bogel bogel.


Lepas mandi..tukar baju, sepahkan toys, panjat meja untuk tengok TV dengan lebih tenteram. Haha.


Bila dah sampai Labuan, aku ada  lah call Nini, mintak laporan berita tentang Aidi.

Berita melaporkan..

Aidi baik-baik saja.

Dia tak merap.

Dia tak nangis.

Dia masih mampu makan nasik lauk sup tulang dengan seleranya.

Dia masih dengan hobi suka tengok TV.

DIA TAK CARI PUN MAMA DIA. wuwuwuwuuwuw...

TAPI.........

Kejap-kejap dia akan masuk bilik, panjat katil, golel-golek atas tu. Amik bau mama katanyaaa.

Yang mama dengan abah kat Labuan ni??

Dah macam pengantin baru. Bahahahah!!

Sunyi lah rumah...takde suara mak jemah Aidi tu.

Miss you like crazy Aidi!!

Wednesday, March 6, 2013

I is at Ampang rite now.


Salam.

Hai.

Nak bagitau ni..aku dah selamat sampai ke Ampang kejap tadi.

Terkejut kan?? *adalah sangat yang nak terkejut pasal kau*

Incik suami keluarkan arahan mandatori suruh aku dan Aidi balik KL hari ni jugak. Jadi kelam kabutlah aku beli tiket, kemas barang apa semua. Tiket mahal hoi. Yelah, beli tiket pukul 12 tengah hari, nak terbang pukul 5.20 petang. Memang mahal lah.

Aku ajak sekali Mak Long Aidi dengan anak-anak balik sekali. Abang ipar aku bukan ada kat Labuan, dia kursus kat Kuantan sampai April. Jadi sampai ke hati aku nak tinggalkan biras dan anak buah kesayangan kat Labuan tu. Aku pujuklah depa balik sama.

Incik suami??

Beliau adalah perwira aku.

Tak gentar berjuang, siap siaga menentang.

Ewaaahhh!!!

Sama-sama kita doakan perwira-perwira kita di Sabah berjaya dalam misi Ops Daulat ni.

Tuesday, March 5, 2013

Miracles Beauty, vit c 1000mg, fellina inchloss termurah di pasaran.


Assalamualaikum.

Hai.

Aku delete dah post semalam. Siapa yang dapat baca dapatlah. Aku kena delete atas sebab-sebab keselamatan jugak. Kepada yang mendoakan keselamatan kami di sini, terima kasih banyak-banyak. So far kami dalam keadaan terkawal. Semuanya masih seperti normal. Takde apa yang berubah. Harap-harap kekal lah aman.

Bak kata AC Mizal..peace yo!!

Haha.

Ni hari ni aku nak tolong adik aku meniaga lagi. Dulu nampaknya beliau dah berjaya dengan perniagaan FELLINA INCHLOSS dia sehingga mampu merenovate rumah katanya. Sekarang beliau dah mula mempelbagaikan produk jualan pulak. Ewaaahhhh makin gebu lah purse kau nanti kan? Haha.


Jadi ini adalah produk-produk jualan beliau sekarang.




VIT C 1000MG

- untuk cantikkan kulit
- putihkan kulit
- hilangkan parut
- dan lain-lain ;P



FELLINA INCHLOSS
- kurangkan inci badan.
- pudarkan strechmark (ini testimoni aku)
-lembut dan licinkan kulit




Harga???

Sudah pasti termurah di pasaran. Siap ada free gift dan free postage.



FELLINA INCHLOSS + FREE GIFT + POSTAGE = RM70


30 BIJI VIT C 1000MG + FREE GIFT + POSTAGE = RM40


FELLINA INCHLOSS + 30 BIJI VIT C 1000MG + FREE GIFT + POSTAGE = RM100



Best kan harga?

Jadi siapa-siapa yang berminat, tak kisahlah nak tahu lebih lanjut tentang produk ke nak tau apa free gift ke apa ke bolehlah contact adik iols yang vouge itewww. Lempang nak?? Haha.


Sini sini klik sini


FACEBOOK = HANI'S THINGY *ni fesbuk baru, fesbuk lama kena block. Kena add semula lah ye*

SMS /WHASSAP = 0192441881 (NINI) *call tak layan katanya*


Sila lah ye, jemput cuci cuci mata.

Aku pun tingin nak order Myracle Beauty ni dari dia. Nak kulit licin kata ko!

Haha.


HAPDET AS AT 5 APRIL 2013!!!

Myracles Beauty dah sold out and tak jual dah buat masa ni. Tapi ada beberapa produk baru pulak yang ditambah.

1) Sabun Susu Beras

2) Detox Foot Patch

3) Gold Slimming Patch

Daaaannnn..produk paling hot sekarang....AURA WHITE GLUTA COLLAGEN.









p/s: Mohon jangan place order kat aku, aku cuma tolong promote je, amik order apa semua sila contact adik aku NINI di no tel seperti yang tertera di atas. Terima kasih daun selasih. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...