MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, April 29, 2013

Mengidam tudung 3 layer


Monday datang lagi!!

Uii aiii..memang blues betul bila sampai hari Senin ni. Dah best-best semalam melepak kat rumah berdua dengan Aidi, sekali hari ni dah Isnin. Aidi pun pagi tadi muka tak redho je kena pergi rumah Mak Long. Huhu.

Nak citer ni...aku kan sebenarnya dah lamaaaaaa tingin nak pakai tudung 3 layer tu. Ala...yang ala-ala Fareeda punya brand tu. Nak beli yang betol-betol cap Fareeda memang aku surrender lah. Gila kau sehelai mahu cecah RM180, kalau nak beli 10 helai?? Uiii aiii...baik Jemah beli emas seutas lagi. Ewaaahhhhh!!

Jadi dah sedar diri tak mampu pakai cap Fareeda, aku beli yang takde cap sudahlah. Ada aku kesah?? Khennnn...

Nak jadikan cerita..aku terjumpa satu website ni.

www.joviannaboutique.com


Ada pomosi katanya.


Tudung-tudung 3 layer cun cun oh harga serendah RM59 je. Eh dah kenapa ayat aku macam iklan pulak ni. Hahaha. Ini bukan iklan berbayar hokey. Aku cuma nak sharing is caring je. Haha.


Kalau setakat rege RM59 selai tu mampu lah aku beli. Sebabkan baru gaji..maka aku telah rembat sebanyak 6 helai kesemuanya. Gila tamak. Siap amik baju-baju kurung dalam lemari bawak depan laptop semata-mata nak pilih tudung yang matching dengan baju siap. Beria sangat kan aku? Heh.


Hari ni order, esok sampai. Pantas sangat.


Siap depa dah laundry siap-siap tudung-tudung tu sebelum pos. Memang ready to wear la kata orang. =)


Jadi marilah menatap gambar mak buyong yang mengidam tudung 3 layer ni.



perut adalah buncit. Ukurlilit pinggang dah naik 3 inci. Pheww!!



gambar kejap tadi.


Ewaahhh..ramai pulak yang kata muka aku berseri-seri. Siap glowing lagi katanya. Apakah rahsia?? Cait!!

Mana ada glowing mowing pun. Ini semua ilusi. Guna stegram bolehlah nak glowing. Cer tengok depan-depan, berpeluh minyak muka aku ni ha.

Aku memang ada beli Aura White yang tengah glamer sekarang ni. Tapi tentiba ada yang kata kalau pregnant kena tunggu 2nd trimester baru boleh minum. Ye la kan..risau jugak. Memang lah kata orang ngandung boleh minum, tapi mengandung berapa bulan yang boleh tu??

Aku pun tak berani amik risiko. So sekarang aku bagi incik suami je lah minum dulu. Biar kulit muka dia cantik berseri-seri. Nanti kalau tiap hari aku tengok muka berseri dia tu, harapnya anak dalam kandungan pun sama berseri macam abahnya jugaaaaakkkkk..


Sekian wassalamu.

Thursday, April 25, 2013

Imam Muda Mama. =)



Lucu tau Aidi semalam.

Senyap-senyap dia masuk bilik mama abah dia, dia bukak almari abah, dia amik songkok abah.

Pandai pulak tu letak atas kepala. Hahaha.


Ini aku dah adjust bagi cantik elok terletak sikit lah...nak masuk stegram katanyaaa.

Comel pulak tengok Aidi bersongkok. Walaupun air liur menjejeh-jejeh keluar..muka tetap imam muda gitu. Hahaha.

Insyaallah bila Aidi dah betul-betul pandai cakap, aku nak start ajar dia mengaji Muqaddam. Sekarang ni pun dah mula introduced dia denga huruf-huruf hijaiyah...tapi tak secara formal lah. Takpe, slow-slow kata orang.

Aku ni walaupun aku cikgu, tapi aku takdelah sakan sangat nak anak aku pandai membaca terlalu awal. Aku takut nanti bila dia masuk tadika, dia dah tau semua sedangkan cikgunya baru nak mula ajar ABC. So nanti dia akan mula boring dengan school. Lama-lama esok dia langsung takmau pegi school terus lagi haru.


Jadi bagi aku biarlah Aidi belajar seiring dengan umur dia, kemampuan dia.


Tak perlu berlumba-lumba nak anak kita lagi pandai dari anak orang.


Yang penting didikan rohani tu kena terap dulu.


Siapa setuju??


=)

Wednesday, April 24, 2013

Mama tak sehat


Tak sehat. Uhuk uhuk.

Semalam aku mc gara-gara muntah selambak tengah-tengah malam. Lembik terus badan aku. Aku suspek angin sebab hari Isnin tu aku makan tak tentu hala. Pukul 3 dekat pukul 4 baru nak lunch. Itu pun makan mekdi je. Mujur jugak Aidi sudi nak teman mama dia ni makan. Lapar ohhh time ni


Aidi teman mama lunch. =)


Pastu  malamnya pulak aku lapar balik. Tapi yang vodohnya aku pegi tibai MAGGI!!

Bahahahah!! Selang beberapa jam pastu merasalah kau muntah keluar megi balik. Padan muka!!

Jadi semalam aku mc. Nak rest. Aku pun sibuk sangat sekarang ni. Hari ni pun patutnya aku kena bertugas kat kompleks sukan sempena Kejohanan MSSWPL. Sekolah aku tuan rumah, jadi paham-paham je seboknya cikgu-cikgu. Kejap lagi lah aku ke kompleks. Uiii aiiii dah boleh bayang letihnya. Sampai hari Sabtu kot sukan. Sigh!

Hari ni jugak kalau ada masa boleh dicuri-curi aku ingat nak pegi bukak buku pink kejap. Aku bawak buku pink lama je lah sebab dalam tu pun dah ada gambar, salinan sijil nikah, salinan ic suami isteri bla bla bla. Harap-harap takde masalah lah. Ni dah masuk 8 minggu dah ni buku pun tak bukak lagi. Kesian anak mama. Huhuhu.


Tekak sakit ni oi.

Apa ubatnya??

Labuan ni panas membahang sangat nampaknya sampai perit tekak aku. Nak menghabiskan air masak suku cawan pun amik masa 5 minit nak telan.


Ate..takkan nak mc lagi?? Cantik hang punya muka. Haha.

Okla daaaa!!

Monday, April 22, 2013

Minggu yang sorga



Tak habis lagi pasal soya ni. Huhu.

Setelah aku duduk timbang balik timbang balik...aku decide untuk kurangkan minum soya lah kali ni. Semua pun sebab mengkeme jugaklah yang banyak bagi feedback negatif. Haha. Kalau sesekali terasa nak minum aku minum lah, idok ler sampai aku haramkan terus dari masuk perut aku pulak kan. Jadi sebagai balasan, aku akan lebihkan minum susu, makan kurma, dan minum Aura White. Ewahhhhh....dah nak minum Aura White puleekkk. Kebetulan adik aku ada jual, jadi aku cuba je lah minum. Aku ni asal pregant je kulit muka memang penuh jerawat. Stress mak jemah tau. Nanti 2 minggu lagi aku bagi testimoni minum AUra Whita hokey? Ngeeee...


Ohoii!!

Last week adalah sorga bagi aku.

Dapat beli Galaxy Note II kaler pink itewwww. Aww!!

Dan dapat jugak rembat seutas rantai tangan emas. Hoyeahhh!!



dah lama aku ngidam note II dengan rantai tangan love gantung-gantung ni.


Macam pasar kau tau kedai emas sekarang. Berduyun manusia. Selalu kalau pergi kedai emas siap boleh duduk selesa, dapat air kotak free. Koman-koman mesti depa hulur mineral free. Sekarang jangan haraplah. Silap-silap pekerja kedai pulak mintak izin nak pergi minum air. Letih layan pelanggan katanyaaa.Maklumlah harga emas tengah jatuh. Aku beli ritu harga emas RM154/ gram. Bolehlah buat beli yang ringan-ringan. Janji ada. Heh.

Biras aku kata aku ni ngandung baby gurl kot sebab dia perasan aku sekarang suka masak lah *kantoi selama ni aku malas masak.haha*. Pastu bila dia tahu aku beli emas lagilah kalut dia kata baby A ni baby gurl. Yeke kalau suka berhias-hias, suka masak-masak petanda nak dapat baby gurl? Aku tak kesah pun baby apa, kalau dapat gurl...alhamdulillah lah sepasang. Kalau boy lagi pun alhamdulillah jugak, Aidi ada buddy. Ada geng nak jenjalan peluk-peluk bahu bila besar nanti. Hehe.


Oh ya..

Semalam dah pegi scan baby A.






Alhamdulillah baby dalam keadaan okey.

Doktor kata baby dah jadi dah ni. Aku pun tak berapa paham apa maksud "dah jadi dah ni" tu. Yang penting aku nak tengok heartbeat dia. Alhamdulillah dah nampak jantung.

Plan nak bukak buku pink hari ni sebab hari ni je aku ada masa free 3 jam direct. Sekali aku lupa pulak nak sediakan segala mak nenek salinan IC aku and incik suami, surat nikah, gambar ect. Lupa!!

Kau ingat kau retis boleh bukak buku walk in melenggang saja??


Haha.

Okbai!

Friday, April 19, 2013

Kontroversi Minum Soya


Jumaat kan arini?

Hoyeahhh hoyeahhh!!

Jumaat selalu tidak mengecewakan. Haha.

Eh tentang entri semalam yang pasal minum soya masa pregant tu, aku maklum jugak hal soya buat kulit anak sensitif tu. Masa awal-awal ngandung Aidi dulu aku memang tak tau, aku bantai je minum soya setiap hari kono-konon nak anak kulit cerah. Haha. Dah ujung-ujung baru aku tau, tapi aku continue je minum sebab tak tau kenapa. Haha. MUJUR....mujurlah Aidi lahir-lahir kulit tak sensitif. Alhamdulillah. Plus kulit dia cerah sikitlah kalau nak banding kulit mama abah dia ni yang gelap bak malam sepi. Haha. Tu yang dulu pernah cerita ramai je orang yang bila tengok Aidi depa macam pelik kenapa kulit budak ni cerah sedangkan kulit mak pak nya??? Haha.


Bab Aidi tu alhamdulillah lah.

Bab adik baby ni memang aku tak boleh nak jangka. Lain anak lain peel nya kan? Tapi sebab soya ni kaya protein and aku pulak payah nau nak makan ikan (protein), boleh kata aku tak suka makan ikan. jadi aku teruskan je minum soya untuk dapatkan protein. Cuma kena make sure jangan sampai overdose. Aku rasa kes-kes anak kulit sensisitf ni maybe sebab ibu terlebih amik protein. Wallahualam. Aku pun tak pasti.

Ikutlah naluri masing-masing kan?

Mudah-mudahan anak-anak kita semuanya dilindungi Allah dan sehat walafiat sentiasa.



Eh satu lagi..

Petang ni kan, nak p scan adik baby.

Nanti kita tepek gambar eh?

*bukan nampak apa pun..nampak macam biji kacang je.hiuhiuhiu*



Thursday, April 18, 2013

2nd pregnancy: 7 minggu



Hai.

Kabare??

Ewaaahhhh..nak berjawa pulak arini kan. Haha.

Hari ni kan, kalau ikutkan kandungan aku genap 7 minggu. Alahaiiii...rasa macam lamanya nak sampai ke 40 minggu tu. Tapi kau tengok je nanti, pejam celik pejam celik dah kena tahan wad dah aku. Hehe.

Alhamdulillah, so far aku memang takde apa-apa alahan. Muntah pun tak, loya pun jarang sangat. Nafsu makan masih bermaharajalela seperti biasa. Cuma ada masa-masanya, aku macam tak lalu nak makan certain benda. Contoh...kenkadang aku takde nafsu nak makan nasik. Dengar perkataan nasik pun boleh buat tekak aku kembang. Tapi semalam selera je aku makan nasik lauk tomyam. Haha. Kenkadang pulak tekak aku meronta-ronta nak makan asam. Bila dan beli asam, makannya 2 3 biji je. Yang lain jadi pameran je dalam peti ais. Haha. Itulah peel orang ngandung. Macam-macam. Abang....sila bersabar okey. Awak jugak punya angkara ni. Haha.

Cadangnya esok nak pergi scan baby. Kalau semuanya okey, Isnin depan aku nak bukak buku pink dah. Dah 7 minggu ni sebijik asid folik ke vitamin ke iron tablet apa semua takde masuk lagi dalam badan. Harap pada aku minum susu Dutch Lady sekotak sehari je la. Siang-siang kat sekolah aku minum soya sehari setin. Kali ni, aku rasa malas nak beli susu materna dah. Bukan sebab tak sedap ke apa. Cuma aku rasa lama-lama nanti aku jadi malas nak bancuh susu. Hehe. Jadi kita beli susu kotak je lah. Beli terus 30-40 kotak untuk stok sebulan. Senang...srott srooot srooot srooottt..licin sekotak aku minum. Huhu.


Ni aku dengar cerita harga emas turun eh?? Eh tentiba masuk cerita emas pulak. Maklumlaaahhhhh Mak jemah kan? Haha.


Aku terbaca kat fesbuk ada yang kata kat semenanjung emas jatuh sampai RM130/ Gram. Phewww!!!


Mulalah aku berbelah bagi ni...


Nak beli rantai tangan seutas ke......


Nak beli Galaxy Note II kaler pink.???


Mana satu eh??


Okbai!

Monday, April 15, 2013

Dah Buat Kek Pulak.

Semalam...Kiah buat kek pulak katanyaaaa.

Memang tak reti penat aku semalam. Pagi pukul 10 sampai petang pukul 2 aku merambu keluar dengan biras aku and anak-anak. Ladies and Kids Day Out katanya. Balik rumah, Aidi dah kedaung tido. Penat lettew. Aku ni jugak yang tak reti penat.


Nak buat kek coklat pulekkkkkk.

Betullah pembawakan budak.

Dulu masa Aidi, akulah pemalas masak nombor satu. Nak goreng telur pun keluar dulu keluh kesah panjang, ini pulak nak buat kek....memang kirim salam lah. Kali ni lain pulak. Rajin pulak cik kiah ni nak berdiri lama-lama buat kek kat dapur nun. Layan kan aje...


Aku buat kek guna pemanggang ajaib je. Oven takde katakan. Misekin sikit aku ni. Mujur ada pemanggang ajaib brand Haji Ismail Group ni. Ewaaahhhh..siap bagitau jenama. Ada orang kesah?? Haha.

RESEPI????

Kome klik bawah sini je lah ek? 


Aku memang guna 100% resepi tu. Nak taip panjang-panjang pun aku malas. Jadi kita tepek link je lah. Silalah klik klik ye. =)


Boleh kata senang je buat kek versi ni. Yang penting semua bahan ada. Aku punya kes, tentiba serbuk koko Van Houten aku tinggal sikit je, aku tambahlah dengan milo. Asal rupanya coklat sudahlah. Haha.




Masak atas dapur je Joyah oiii..


Lebih kurang dalam setengah jam jugaklah aku masak kek ni. Dalam resepi kata 15-20 minit je. Tapi aku kena up 10 minit lagi. Alaaahhh, pandai-pandailah kita tengok kek dah masak ke belum. Kau cucuk je kek tu dengan lidi ke apa ke, kalau takde kesan melekat-lekat pada lidi tu maknanya dah masak la tu. Jangan cucuk pakai jari pulak. Terbakor jari tu kang. Haha.


Rupa kek aku idok le lawa mana. Memang hodoh sikit.

Nak amik gambar masuk segram pun nak kena amik angle yang cun-cun je, Ahaks!!




Tapi jangan pandang kek gua sebelah mata tau...buruk memang buruk, tapi rasa dia....perghhh!!! Menjilat tapak tangan ko tau. Nak-nak kalau makan tengah panas-panas.....phewww!! Sorga kek katanyaaa. Haha


Sesiapa yang kat dapur ada pemanggang ajaib tak kiralah jenama apa pun, harga berapa pun..silalah cuba buat kek coklat ni.

Sumpah sedap.

Resepi aku dah tepek link dah kat atas tu. Cer cari balik.




Lepas ni aku nak try buat kek pisang pulak pakai pemanggang ajaib ni.

Suami iols suka kek pisang je. =)

Thursday, April 11, 2013

Ada la jugak sikit


Besday husband kan semalam?

Konon-konon takde apa-apa sambutan...sekali ujung-ujung ada le pulek.




Takdelah meriah pun. Janji ada kek kira ada sambutan la tu. Jadilaaahhh.

Aku pun semalam bizi dengan aktiviti kokurikulum. Semalam kan Rabu, petang ada kokum. Husband pun kerja 24 jam, jadi celah mana aku nak bersiap macam-macam.

Cuma bila habis kokum dalam kul 4, aku call incik suami kejap. Dia kata dia nak balik rumah kejap untuk mandi, makan apa semua. Pukul 7 kena masuk kerja balik.

See see?? Bizi tak abang i?? Biziiiii....

Ada kurang dari 3 jam je untuk celebrate besday sama-sama. Aku pun apa lagi, laju-laju start enjin pergi kedai kek yang paling dekat dengan sekolah. Beli pun kek paling murah yang ada kat situ. Hahahaha. RM30 je rege kek tu, padanlah tak sedap. Hahaha.


Pastu tak tau nak beli makan apa, aku zasss pergi Mc D je. Dah McD je yang paling dekat dengan sekolah. Nak suruh aku pergi bandar cari makanan lain memang tak lah, aku letih ni hoi. Nak suruh masak? Lagilah tak. McD pun McD lah.

Balik rumah tengok incik suami dengan Aidi dah ada kat rumah. Elok je dua beranak tu bersandar tengok TV. Aidi paling comel, lagak macam orang dewasa tengah tengok berita tu. Siap kerut-kerut dahi, muka serius je. Sekali tengok kartun daaaaa..


Siap mandi apa semua..marilah kita menyambut besday baby tua ku ini. Huhuhuhu.



Paling seronok adalah Aidi.

Belum sempat apa-apa dia dah calit kek sana sini.


So sekian sahajalah sambutan hari jadi si buah hati. Hadiah takde lagi. Maksudnya..belum beli lagi. Bukan takde terus. Insyaallah ada. Tunggulah sikit masa lagi ye bang. I tau u nak Sony Xperia Z kan? Kan? Kan? Hohoiiii fengsan mak hencik!!


Penutup entri...

Tataplah wajah Aidi ni.



Suka nau dia buat memek muka gini.

Ingat comel ke??

Haha.


Eh jap, siapa ada keek?? Follow la iols. Nama biasalah...."yongnana1881". 


Jangan lupa tinggalkan username uols jugak..saling memfolo gituuu.


Daaa!!

Wednesday, April 10, 2013

Ini Je Lah Hadiah Besday Yang Boleh Bagi Pun

10 April.

Hari ni besday incik suami.

Tapi aku takde buat apa-apa preparation pun.

Kek takde.

Makan sedap-sedap takde.

Hadiah lagilah takde.

Tapi hati aku macam tak ralat sangat sebab semalam aku berjaya masak dan bagi dia makan sekenyang-kenyangnya.

Masak apa hoi?

ASAM PEDAS KATA KO!

Aku ni kan, sejak-sejak mengandung kali ni mood memasak tu memuncak sikit. Dulu masa Aidi, ke laut perginya mood nak masak tu. Tiap hari makan luar. Kali ni lain pulak. Pergi supermarket, nampak bersusun cantik bunga kantan, terus pappp!! Nak masak asam pedas. Padahaaalllll tak reti. Haha.

Jadi dengan muka tak malu aku merayu la resepi kat group gojes tu. Aku tau situ kalau kau mintak apa pun mesti dapat. Dah macam lampu aladin dah group gojes sana. Hehe.

Maka berkuntau la aku di dapur. Siap angkut laptop lagi buat intai resepi.

Lama jugak hoi bertapa kat dapur nak masak asam pedas ni. Kebas kaki ibu mengandung katanya. Haha

Lepas beberapa ketika maka terhidanglah ini...



Hahaha.

Kecoh pung pang pung pang sekali dua lauk jewww???

Haha.

Asam pedas ikan merah resepi dari Ciknaa.

Dengan ayam goreng kunyit air tangan suami.

Phewww!! Romantik kau tau memasak secara bergu gini. iols guna daput belah sini, uols guna dapur sebelah sinun. Pastu main laga-laga bahu, laga-laga vontot, pastu tercium pipi pulak. Auwwww!! Haha. Jangan layan, aku tipu je tu.

Aku sumpah tak reti masak asam pedas, ni memang 100% tengok resepi ni. Tapi alhamdulillah lah....


Suami iols makan sampai 3 pinggan!!

Licin nasik dalam periuk.

Selalu masak 2 pot nasik tu tak habis makan pun kami bertiga. Semalam siap tak cukup. Sian Aidi nak makan nasik lagi, nasik dah takde. Aidi makan lauk je lah lebihnya. Mama pun....nak tambah nasik, nasik dah habis abah bedal. Wuwuwuwu.


Tapi itulah yang buat aku senang hati.

Bagi suami makan air tangan kita sendiri.

Takde apa yang lebih membahagiakan seorang isteri bila tengok suami tersandar kekenyangan makan masakan kita sendiri.


Soooo....


HAPPY BIRTHDAY BABANG BUCUK!!

Monday, April 8, 2013

Sotong Masak Bawang Resepi Suami

Ohoiii!!

Berakhir jugak seminggu yang memenatkan. Sampai Ahad ko aku kena kerja, gila tak letih. Letih ya amat. Malam tadi satu Malaysia dok pulun tengok ABP, aku, incik suami dengan Aidi tiga-tiga orang dah kedaung tido tepat jam 9 malam. Bangun-bangun pagi tengok facebook sorang-sorang dok up status pasal ABP, aku memang sumpahlah tak tahu apa-apa. Ngantuk hoi.

Harap-harap minggu ni free la sikit. Free tak free la jugak, dengar ceritanya petang ni ada meeting puleekkkk. Cikgu ni kan, meeting memang hebat. Meeting sana, meeting sini, taklimat sana sini..tapi bebudak serupa tu jugak aku tengok. Hahaha.

Lantaklah..orang suruh meeting, kita meeting je lah. Jangan banyak bunyik.

Semalam kan, laki aku masakkan sambal sotong ko tau?

Senyap-senyap dia pergi pasar beli sotong sekilo.

Senyap-senyap jugak dia duduk bersila kat dapur siang sotong.

Bila aku offer nak buatkan..."TAK PAYAH" katanya.

Dia nak masak sotong masak bawang katanya hari ni.

SOTONG MASAK BAWANG????

Ko tau apa??

Sambal sotong....

Yang menggunakan CILI KERING BLEND 10 SUDU BESAR (ke lebih).
Tambah dengan BAWANG PUTIH 10 ULAS blend bersama BAWANG BESAR 3 BIJI.( dalam cili kering blend tu pun dah ada bawang semua dah kalau nak tahu)


Kuali bapak besar dia keluarkan....SOTONGnya 5 EKOR

Memang sah SOTONG MASAK BAWANG.

Aku makanlah jugak 2 ekor sotong..sambalnya aku kuis kuis tolak tepi.

Gila kau nak makan sambal dia? 10 meter pun boleh bau bawang putihnya tahu??

Laki ko hado??

Haha.

Wednesday, April 3, 2013

Dah pikir nama baby kata ko!


Morning!!

Hai.

Daku bizi benor minggu ni. Curi-curi masa je ni nak hapdet blog. Aku dari hari Senin balik sekolah lambat. Ada taklimat guru lah, ada meeting hakim untuk pesta pantun lah. Wahhhh, naik pangkat jadi hakim pulak aku tahun ni. Tahun lepas jadi pengurus pasukan je, tahun ni jadi hakim pulak. Ewaaahhh pandai sangat ke aku nak hakim pantun ni? Pantun buah cempedak pun kenkadang lupa lirik lagi. Wakakak!

Esok sampailah Sabtu mula pesta pantun peringkat W.P Labuan. Harap-harap tahun ni dapatlah SMK Mutiara jadi johan, tahun lepas dapat naib johan je. Itu pun dah syok sangat dah tu. Maklumlaaaahhhh, tak pernah menang. Huhu.

Pastu Jumaat sampai Ahad pulak ada perkhemahan kadet bomba peringkat W.P Labuan pulak. Aku cikgu bomba hoiiii. Letihlah mak kemah minggu ni kena kerja sampai Ahad.

Itu tak masuk lagi ada aktiviti explorace untuk Kelab Pengguna pulak Sabtu ni jugak. Uiii aiii bertindih-tndih jadual cikgu ha. Tak tau nak pergi yang mana satu. Yang pasti, semua aku kena pergi. Macam mana nak bahagi masa tu ha lu pikir lah semdiri kekdahnya.

Jadi nampaknya minggu ni aku memang takleh nak fokus pada adik baby lagi.

Klinik belum pegi.

Buku pink belum bukak.

Susu materna belum beli.

Baju baby belum beli. Bahahahah!!

Tapi kaaannnn...

Aku dengan incik suami kaaannn..

Dah mula sebok pikir nama anak.

Kerlass kan??

Hahaha.

Anak baru besar biji kacang kata ko, dah sebok nak pikir nama anak.


Yang bestnya kan, kami macam dah jumpa dah nama untuk adik baby.


Wink wink =)


Tapi simpan dulu lah. Mana tahu jumpa nama molek yang lain.

Yang pasti...BABY A.

=)

Monday, April 1, 2013

Aidi dapat tab baru!!


Monday Blues. Blerrghhhh!!

So nak ilangkan blues, marilah kita hapdet blog.

Ingat tak dulu aku ada kepoh nak belikan Aidi android tab yang brand China tu? Alah..yang murah-murah sudahlah kan untuk Aidi.

Aku dah beli dah masa kat KL hari tu.

Beli kat Summit USJ.

Brand HKV. Katanya brand local Malaysia. Aku pun tak pernah dengar brand ni. Aku target nak beli brand Novo tu, tapi tak jumpa pulak. Ke aku malas nak pusing-pusing mencari? Haha. HKV pun HKV la.

Tab standard lah..7 inci, tak boleh buat call/sms, cuma boleh wifi, 3g, games, boleh connect broadband etc.

Harga??

Aku amik set yang ada....

Tab

Casing with keyboard

Speaker kecik tapi bunyi kebabom

Include sekalilah semua charger and kabel semua.

HARGA RM 239

Oh ye, tab tu bukan datang kosong je dalamnya, depa dah siap-siap install macam-macam application dah. Ada facebook, youtube, google, games bla bla bla. So senang. Ada sesetengah seller dia jual tab kosong, nak install apps kena tambah duit lagi. Ceh.






Bagi aku okeylah harga dia dengan barang yang kita dapat. Aku add on beli casing yang biasa tu (yang macam dalam gambar), dengan harga RM20 je. Macam payah pulak casing keyboard tu, besar.

So far tab ni okey. Cuma satuuuuuuuu jek.

VOLUME ADALAH BAPAK SLOW!!

Ini yang paling buat aku marah.

Punyalah slow sampai tak dengar apa. Aidi nak tengok Upin Ipin pun takde feel. Kena pasang speaker baru sound hebat. Tapi jenuhlah.

Aku rasa sebab tu diorang jual sekali dengan speaker. Pandaiiii tau depa meniaga.

Kalau ada yang berminat bolehlah pegi cari kat Summit nun. Kedai dia depan KFC. Apa nama kedai tak tahulah. Dekat-dekat dengan kedai baju jugak.





Jadilah ye Aidi tab murah, buat baling-baling. Uiii aiii..kalau dibaling pun mama nak nangis Aidi oi. Dua ratus pun duit naaakkk.


Mama tengah tunggu duit cukup ni, nak rembat Galaxy Note II kaler pink uolss. =)

Incik suami pulak dah lama angaukan Xperia Z. Dah launched dah kan kat Malaysia? Nak suruh kite jadikan hadiah besday lettew!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...