MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, June 28, 2013

shopping baju raya aidi


Hari ni Jumaat kan? Sekolah habis pukul 11.30. Laju-laju buat lesson plan yang tertunggak, kendian submit pada pengetua, pastu terus pecut balik rumah. Eh silap, pegi amik Aidi dulu kat rumah mak long dia. Haha.

Lepas Jumaat nak keluar jalan katanyaaaa..

Hari ni memang banyak misi. Nak bayar bil itu ini, beli barang dapur, barang aidi bla bla bla. Paling teruja nak shopping baju raya Aidi. Hoyeaahhh!!

Baju raya aku dah siap dah. Tinggal tunggu depa pos je. Aku tempah 2 pasang je. Je je pun..harganya tak kurang RM400 hoi! Fengsan mak!

So sekarang masa untuk baju bajan Aidi pulak. Tahun lepas kemain boleh buat menara baju Aidi. Aku sakan beli baju baru untuk Aidi pakai sepanjang syawal. Sampai ke baju duduk rumah, baju tido pun aku beli baru. Sakaaaannnn.





Tapi tu tahun lepas la ye. Barang yang lepas jangan dikenang ye. Nanti meroyan sendiri. Haha.

Tahun ni dah belajar lah sikit dari kesilapan. Tambah pulak tahun ni 80% kata maybe kami beraya kat Labuan je. Tak balik semenanjung langsung. Tahun lepas dapat jugak balik walaupun raya ketiga baru balik. Tahun ni macam takde rezeki je. Uhuk uhuk.

Jadi baju raya Aidi tak payah lah nak meriah sangat. Nak ke mana sangat pun. Ada jugak raya pertama je kita berjalan raya, raya seterusnya kita di rumah sajork. Pakai baju pagoda. Haha.

So aku memang set nak beli baju sikit je lah.

1 jeans
1 kemeja
2  t shirt

Itu je.

Bajet RM200. Cukup.


Maka marilah kita ke Parkson.

Pilih punya pilih punya pilih. Siap bertelagah laki bini apa semua, hujung hujung inilah yang aku bawak balik.

Hasil rembatan...

selai seluar 3 quarter.
selai kemeja
3 helai t shirt.

Ter rembat extra t. shirt selai..maka total damaged pun ter over lah RM30. Okla tu..takdelah lari banyak sangat. Dahlah takde sale sini. Berapi je aku bayar baju selai selai rege dekat RM50. Huh.

Yang paling kiri tu kemeja..satu-satunya brand Anakku yang aku beli. Yang lain semua brand Disney. Aidi dengan Mickey kan sahabat baik. Haha. Kemeja tu aku pilih, dan incik suami setuju. Rege RM60++. Pheww!!

Yang hijau sebelahnya tu aku pilih, incik suami tak berapa setuju. Tapi aku fedulik apa. New arrival tu, baju gantung paling tinggi..haruslah ku rembat. Rege RM40++.

Yang biru belang belang tu...ha yang tu laki aku berkenan sangat. Tapi aku langsung tak berkenan. Tapi takpelah, anak dia jugak kan..kita bagi chance la dia pilih sama. Rege RM40++ jugak.

Yang kanan sekali tu t shirt rembat saat akhir. Sleeveless. Aku memang suka bagi Aidi pakai sleeveless, tayang body. Hahaha. Raya hoi..biasanya memang panas rimas lemas. Pakai sleeveless je lah. Yang ni murah. RM30.90 je.

Seluar dalam kata nak beli jeans terus jadi seluar tiga suku. Jeans Aidi dah ada 3 helai. Hitam ada, biru ada, putih ada. Seluar K Pop lagi ada 2 helai. Aidi tak pernah ada seluar tiga suku. Tentiba berkenan pulak nak bagi dia pakai seluar style gitu. Maka rembatlah selai. Rege RM67 lebih. Fengsan!!

Kopak pun kopak lah..yang penting aku gumbira sebab
 Misi dah setel. Tinggal baju melayu je lagi. Abahnya nak tema hitam..payahnya nak cari.kalau ada pun dah sold out.

Kasut raya pulak..tunggu abah belila.kata nak beli
kasut nike kat anak. untunglaaaa...

Thursday, June 27, 2013

Dah pandai jaga air muka keluarga

Hari ni nak bukak topik aidi. Heh.

Rindu pulak nak gosip pasal anak sendiri. Aidi so far dah umur setahun setengah lebih sikit. Kira memang dah abang abang lah. Tapi manjanya tu ada jugak. Huhu.

Aidi ada satu perangai...perangai yang aku tak tau nak klasifikasikan sebagai positif ke negatif. Ke dudua pun boleh. Baca pun dah fening kan? Haha.

Aidi ni kan...dia ada perangai pandai jaga air muka mama abah dia. Gituuuuu. Hehe. Nampak macam positif kan? Tunggu sat lagi aku keluarkan yang negatifnya.

Maksudnya gini...aidi ni dia pandai jaga diri bila mama abah jauh dari dia. Time dia kat rumah mak longnya tiap hari, dia akan jadi budak baaaaaiiikk sangat. Rumah mak longnya tu memang takde banyak hiburan untuk dia. Toys tak banyak, chanel 613 feveret aidi pun takde. Tapi aidi tak bising pun. Dia layan je apa yang ada. Kalau mak longnya nengok filem tamil..maka tamil lah dia layan.hahaha.

Bila amik aidi balik, aku selalu akan tanya kat anak buah suami yg sulung tu..si amsyar. Aku tanya tentang aidi lah. Apa aidi buat hari ni, nakal ke tak. Aku suka tanya amsyar sebab dia budak..budak kan tak pandai bohong. Biasa dia akan cakap jujur. Kakau aidi nanges..dia akan cerita and bagi reason siap. Kalau aidi berebut bantal dengan kawan sebaya dia kat situ..si widad tu pun amsyar report. Selalunya kes rebut bantal tu je lah kes disiplin paling berat aidi buat.hahaha. Mama kawenkan kamu dengan widad nanti baru tau. Suka nau rebut bantal dengan kawan tu.

Itu hal kat rumah pengasuh. Kalau berjalan kat luar pun aidi biasanya akan behave. Jaranglah nak buat perangai kecuali dia dah ngantuk or lapar or boring duduk dalam buggy. Selalunya sebelum turun kereta kau akan analisa dulu aidi ni. Dia bakal ngantuk ke bakal lapar ke apa. Kalau agak agak dia nak ngantuk, aku letak dia dalam stroller.


Ha tengok, dia nak tido dah tu.



Ok Ini takde rupa nak tido. Tapi muka boring tu ada. Kejap lagi dia merempan nak balik.haha

So selalunya...selalunya lah kan, memang senang nak bawak aidi keluar. Kalau pegi makan pun okey je. Dia boleh duduk dalam baby chair tu diam diam and makan. Dengan syarat jangan bagi dia air minum awal sangat. Kang berdepan lah kau dengan drama mintak air sampai ke sudah. Haha.

Bab mintak mintak mainan memang aidi belum terer lagi. Selalunya memang mama dia ni yang gedik lebih belikan mainan. Kalau aidi take part pun aku mintak dia pilih 1 antara 2 toys yang aku dah pilih. Ala..dia sukati je tu pilih tu. Kadang dia pilih sebab warna, kadang sebab size. Okla jugak..at least aku belum lagi merasa berdepan dengan adegan aidi merempan guling guling nak kan toys. Ngeriiiiii...


So semua nampak macam bestnyaaaa lah aidi ni kan?

Haha..jangan tak tau. Ini budak ada 2 personaliti. Haha.


Balk rumaaaaahhhhh....ohoi!!

Urut dada dulu sebelum cerita. Haha.

Kat rumah..aidi bukan lagi little prince. 

Dialah king of the king. Dia perintah rumah hoi.

Ha nengok nengok..




Dia akan buat apa saja yang dia nak buat. Terutama kat area dia. Bersepah jangan cakaplah. Aku sampai tak larat nak halang dah. Sekali dia nak sepahkan toys dia gaya dah macam resaksa serang bumi. Hiyaaakkkkk!!

Lepas tu asiklah nak mama abah dia ada depan mata dia 24 jam
 Selalu anak orang lain tu depa yang suka ngekor mak bapak ke hulu hilir. Aidi ni terbalik. Dia nak kita pulak ngikut dia ke sana ke mari. Kalau boleh salah sorang je 

ikut takpe jugak. Ni nak dua dua sekali ikut dia. Dia akan gigih tarik tangan mama abahnya ni. Aku yg tengah membuyong ni letihnya lahaiii nak bangun duduk bangun duduk melayan abang sorang ni. haha.

Tapi takpelah..dah tinggal tak banyak bulan dah aidi dapat jadi anak tunggal. Lepas ni aidi dah abang. Aidi ada tanggungjawab aidi sendiri kat adik dia. So takpelah manjakan dia kejap.

Yang penting...aidi sayang mama, mama sayang aidi.
  
I love u..u love me. We are happy family. Gituuuuu.

Ok bye.  


Tuesday, June 25, 2013

Setahun sebelum mencecah 30 series.


Semalam 24 jun...hepi besedey tumi!!

Haha.tak tau lah besday ke besedey ke...sbb mlm smlm tentiba aku bad mood gara gara aidi tumpahkan nasi goreng ayam aku ke lantai.mama yg tengah lapo terus sentap dan membawa diri merajuk dalam bilik. Aidi datang dengan abahnya pujuk aku pun aku tak layan. Kesian pulak kat aidi.terngiang ngiang lagi dia tepuk tepuk badan aku sambil cakap  bahh bahhh bahhh. Dia nak panggil mama lettew tapi tetap abah jugak bunyinya.huhu.

Alah..sentap seorang mama lama mana lah kan? Bangun pagi tetap aidi jugak aku cari dulu. Heh.

So besday semalam memang takde sambutan lagi. Maklumlah..besday sehari sebelum gaji. Duit dalam wallet pun ada ngam ngam je nak sampai gaji.haha. Tapi ku tengok incik suami sempaaaaattttt la pulak dia rembat sepasang kasut untuk aidi.

Haih!!

Aidi lagi. Cemburu mama tau.


Aidi dgn kasut baru..adidas hoi.

Incik suami ni memang tak pernah belikan aidi kasut. Teman aku membeli tu adalah..tapi nama dia nak pergi membeli sorang sorang tanpa aku tu mrmang takdelah. Tentiba semalam dia call tanya size kasut aidi. Untunglaaaa..

Untuk besday gurl..cuma dapat 2 ketoi aiskrim cornetto.

Jadilaaahhh.memang aku pun dah lama tingin nak malan aiskrim.

Incik suami janji..esok dia akan bawak makan selebret besday. Esok dia off day, jadi esoklah kita sambut.


Lepas tu.....lepas tu....dia tanya pulak lagi.


"Ayang...kasut ayang size berapa?"

Ewaaahhh..ada kasut untuk mama pulak ke??

Paling neves bila dia tanya...

"Yang...handbag coach tu berapa regenya?"

Pheww!!!

Laki aku ni lupa ke dia sebenarnya dah bagi hadiah besday in advance ritu?

Okbai.





Wednesday, June 19, 2013

Bersalin mana kali ni?

Rajin pulak nak up entri hari ni. Huhu.

Nak cerita pasal berpantang.

Bukan cerita pasal pengalaman pantang Aidi dulu, ni cerita pantang yang coming soon nanti ni.

Aku sebenarnya ni 50 50 je ni. Tak tahu nak bersalin kat mana kali ni. Separuh hati rasa nak balik bersalin kat Ampang macam dulu sebab hospital Ampang memang best lah bagi aku. Tapi separuh hati lagi rasa nak bersalin kat sini sebab nak merasa pengalaman husband sendiri jaga kita dalam pantang pulak. 

Ewaaahh..ayat last tu macam romantik kan? Kahkahkah.

Masa berpantang Aidi dulu, okey je takde masalah. Husband ada jugak dalam seminggu, lepas tu dia kena balik Labuan dah. Bila husband takde aku rasa macam patah kaki jugaklah nak uruskan Aidi, nak nak malamm-malam.

Kali ni punya berpantang pun jadi lagi mencabar sebab dah ada 2 orang anak. Siapa nak hadle Aidi, siapa nak handle baby?? Pecah kepala nak pikir. Tu yang tentiba aku rasa nak bersalin kat Labuan je kali ni.

Cikgu-cikgu sekolah yang pernah bersalin kat Labuan ni semua kata okey. Layanan okey, tip top. Bilik okey. Aku pun pernah kena warded hospital sini dulu. Merasa duduk 1st class, memang best. Bilik berdua, ada aircond, ada tv, bilik air besar, nurse cantik. Hahaha.

Pastu siang siang aku boleh hantar Aidi ke rumah Mak Long dia macam biasa. So aku boleh uruskan diri sendiri and baby kat rumah. Petang petang amik lah Aidi semula. Malam baru kita adventure sikit. Heh.

Lagipun kat Labuan ni macam ada privacy sikit. Tak ramai orang datang rumah. So aku boleh berpantang dengan aman damainya. Kalau rumah ampang kang ramaiiii je jiran jiran lah apa lah datang berziarah. Maklumlah mama ramai kawan. Sedara mara pun ramai. Selalu meriah je rumah tu. Tapi pahamlah kan dalam pantang ni kita nak rehat, nak privacy sikit. Ye tak?

Incik suami pun memang dapat cuti isteri bersalin 2 minggu. So 2 minggu pertama dia boleh jaga aku and baby sepenuhnya. 

Masak
Sedia air mandi
Mandikan baby
Jaga baby sementara aku bertungku ke apa.
Sama sama berjaga malam.
Dan lain lain

Bagi aku, aku sangat sangat perlukan suami untuk sama-sama masa pantang. Aku dah rasa berpantang suami jauh, memang penat. Nak nak kali ni ada Aidi. Kalau suami jauh, macam manalah aku nak handle dua-dua sekaligus. Nak harap mama and cikyah kat rumah ampang nun, depa pun bukan larat sangat. Setakat tolong masakkan bolehlah. Kesian jugak kalau nak susahkan depa.


Tapi tak tahulah lagi macam mana.

Tengok keadaan dulu.

Kalau nak bersalin sini pun banyak benda nak kena prepare. Aku nak kena print out resepi resepi orang berpantang and bukukan, letak siap siap kat dapur. Senang suami nak masak.

Pastu nak kena beli ini





Tempat mandi baby. Ni gambar ni aku petik dari blog Juaimurah. Preloved la kiranya yang ni, rege RM38. Nak beli sekarang rasa macam awal lagi. Tapi mesti kena beli jugak nanti. Senang suami nak mandikan. Eh itu kalau confirm jadi bersalin sini lah. Heeeeee.



Pastu set set bersalin.

Nak kena beli yang mudah pakai je. Kang yang payah payah kang jenuh pulak cik abang nak handle. Haha.


Aku berkenan dengan set ini.




Set berpantang Trubellai.

Berkenan yang ini gara gara baca review dari Piya kat SINI


Tapi yang set ni pun macam best jugak


Set bersalin Shaklee

Sementelah kali ni aku azam nak breastfeed baby lebih lama banding Aidi dulu, so aku rasa set Shaklee ni maybe boleh bantu.

Dah sudahnya aku tak tahu nak pilih mana.

Ke boleh guna dua-dua serentak?

Boleh ke?

Pening pulak rasa.

Dan kali ni jugak aku nak pantang ketat sikit banding dulu. Sikit je lah. Hahaha.

Nak berbengkung hari-hari. Tapi tamau bengkung ikat ikat dah. Bohong je tu aku nak pakai tiap hari. Nak cari yang strap tu je. Janji boleh pakai 8 jam sehari selama 40 hari.

Dan aku nak cuba turunkan 20 kilo.


Ohoii!!

20 kilo hoi!

Kalau kat Labuan ni insyaallah boleh sebab sini takde mekdi delivery atau pizza hut delivery. Heh.

Saya Benci Petai


Tentiba semalam kan..aku rindu pulak nak balik kampung mentua.

Lahaiiii..rindunya Kg Pecah Batu.

Eh ini bukan makna aku tak rindu rumah sendiri ye, rumah sendiri lagilah berganda ku rindu. Tak sabar nak balik je ni. Tapi rumah sendiri kira baru jugaklah balik Mac hari tu. Umah mentua last balik December hari tu. Sambut besday Aidi. Itu pun balik tanpa incik suami.

Pelik ke eh balik rumah mentua tanpa suami??

Bagi aku okey je.

Pagi-pagi mak siap buat breakfast. Kadang abah pegi beli roti canai. Menantu dia ni dok sedap bawah selimut lagi. Dah lah terbongkang depan TV. Hahahaha. Aku memang tak senonoh sikit, tapi aku pandai amik hati, so mak abah pun...biarlah dia nak tido tu. Kehkehkeh.

Malam malam tido sebelah mak. Abah kena "usir" tido sorang-sorang. Ko hado tido bawah ketiak mak mentua?? Ahaks!!

Buat masa ni aku kira menantu bongsu la belah sana. Sebab tu boleh nak manja-manja sikit. Tunggu lah 2 3 tahun lagi dapat menantu baru, baru aku tarik diri. Hiuhiuhiu.

Apa petua nak disayangi mentua?? Ewaaahhhh!!

Tak payah nak melabur labur intan berlian sangat, diorang bukan kesah sangat harta benda ni. Kau tabur kasih sayang je cukup. Pastu sesekali amiklah hati dengan belikan sesuatu yang dah lama depa nak. Alah, aku dulu belikan heater air je, rege pun tak sampai 50 hengget, Senyum sampai telinga mak aku tu sebab rumah sana dah sekian lama masak air pakai cerek atas dapur tu. Yang bila air dah masak cerek tu membingit bunyik. Lama pulak tu nak tunggu air masak. So beli heater, senang. Tak sampai 5 minit air dah masak. Mak abah jugak senang, kan?kan?kan?

Pastu rajinlah melayan depa sembang. Sembanglah apa pun labuuuuu...abah ajak sembang bola, ko layan je lah walaupun kau cuma tau dalam permainan bola sepak ada 11 orang pemain je. Yang lain memang hapah tak tau. Huhu.

Hari Bapa baru ni, aku sajalah call abah sana. Yelah, abah takde fesbuk. Kalau abah sendiri ada fesbuk, senang boleh post kat wall pastu main komen komen je. Ahaks!. Jadi aku call lah abah sana, nak wish selamat hari bapa kan.. Sekali abah kata dia tak tau pun hari tu hari bapa. Hahaha. Takpelah, yang penting menantu mu ini ingat. Pastu pung pang pung pang lah sembang sampai setengah jam. Ni kalau pakai kredit ni habis kredit maunya ni. Entah apa-apa je yang kami sembangkan.

Abah cerita dia pegi makan kenduri lah.
Cerita dia pegi makan restoran kat ipoh jual ayam seketul 6 hengget lah.
Cerita dia sakit pingganglah.
Cerita suruh kami anak beranak cepat cepat balik semenanjung lag. Sudah-sudahlah duduk Labuan nun. Hahaha.

Macam-macamlah.

Aku layaaaannnn je.

Itu tak masuk bab balik rumah opah incik suami lagi. Lagi best bersembang dengan opah. Aku pernah tido rumah opah satu malam.

Uuuu aiiii..

Bersembang kisah zaman Jepun kata ko!!

Seronok betul.

Sat gi opah bukak cerita macam mana mak dengan abah boleh kenal sampailah cerita depa kawen. Kihkihkih. Aku senyum senyum je lah dengar. Mak kat sebelah dah malu-malu opah bukak rahsia. Kehkehkeh.

Pastu paling tak tahan opah suruh aku makan petai.

Hamagaddd!!

Petai???

Oh no!!

Mana nak larik ni..incik suami takde masa tu. Mana nak larik hoi.

Opah siap amik petai, ulam, sambal tempoyak apa semua dia letak dalam pinggan aku.

Cubalah...katanya.

Gulp!!






Sebiji petai tu aku makan sikit sikit sampailah nasik aku habis.

Tak suka petaiii!!!!


Haha.

Jadi taju entri kali ni adalah Saya Benci Petai.

Voley??

Haha..bye!

Monday, June 17, 2013

Marilah melawat rumah iols..jemput jemput.=)





Hari ni rasa macam nak tayang rumah pulak. Hihihihi,

Bukan apa, nengok geng geng kat group Gojes sana lepas sorang sorang ngajak bertandang rumah masing-masing walauponnnnn hanya di alam maya. Seronok aih nengok rumah orang. Jadi rasa macam nak ngajak mengkeme datang jenguk rumah aku pulak lah walaupoonnnnn rumah iols bukan ada apa pun. Aku bukan reti deko deko. Sebenarnya deko deko tu boleh je nak blajar buat, tapi sebab askar kenit ni ada dalam rumah, maka sorilah ye. Frame gambar sekeping pun aku takde. Huh

Rumah aku ni cenonet je.

Tapi takpelah kan, cenonet cenonet pun inilah rumah aku untuk hampir 3 tahun kat Labuan ni. Mula-mula masuk rumah ni takdelah cenggini keadaannya. Tido pun atas tilam bujang size single. Itupun penyewa lama punya. Tapi sebabkan masa tu baru kawen, apa ada hal kan tido berhimpit tilam kecik?? Hahahaha.

Okey meh lah tengok rumah.

Jemput jemput masuk.

Ni gambar ni semua aku baru snap kejap tadi. Baru balik sekolah katakan, so rumah pun bersepah larat la sikit ye. Pepaham sudahlah ye. Alah, macam lah rumah mengkeme tak pernah bersepah. Keh keh keh.



Okey ini ruang tamu.

Tak besar pun. Ngam ngam je letak sofa 3 2 1, kabinet tv. Adalah ruang sikit untuk golek golek masa berbonding dengan Aidi. Dengan abahnya kita bonding tempat lain la ye. Hehe.

Tu nengok, sofa 3 seaters aku tu...daaaahhh rabaaakkkk. Jenuh ku soletep, tapi asik tertanggal jugak. Ni nak raya ni malu la wei, sofa buruk. Abaaaaangggggggg........ekekekeke.




Okey ini dining hall. Eh macam tak layak je panggil hall. Dining space voley? Hahaha..ke laut english aku.

Dining table aku kecik je. 4 kerusi sebenarnya tapi dah tinggal 3 sebab 1 lagi aku hempuk sebab bercekau dengan incik suami. Hahahaha. Ko jangan main main, patah kerusi tu aku hempuk. Jangan cari pasal na. Bahahaha. So tinggallah 3 bijik je. Jadilaaahhh. Bukan selalu guna pun meja ni. Selalu buat tempat letak barang je. Tapi tak boleh letak macam-macam atas ni, Aidi suka tarik runner table tu bagi barang-barang jatuh, dia nak main. Heh.




Okey inilah tempat daku bersilat dengan kuali periuk belanga segala. Dapur.

Pun kecik. Sempit. Kalau kami laki bini dua-dua kat dapur memang dedua kena jalan macam ketam. Senget. Sebab tak muat. Haha.

Bersepah sikit dapur aku hari ni. Biasalah, balik sekolah tak dan lagi nak kemas. Kome hadap je lah dulu ye. Nanti nanti aku kemas bagi kilat.




Ha nengok...tak bersusun semuanya.

Lantakkan je lah yek. Asal bila nak makan ke apa, bendanya boleh jumpa sudahlah. Jangan sampai nak buat susu anak, tin susu pun tatau duduk ceruk mana. Itu parah.

Kome nampak tak drying rack botol susu Aidi kat belah kiri nun? Ewaaahhh...drying rack sangat kan? Padahal itu penyangkut gelas cawan je tu. Aku malas nau nak beli online drying rack botol. Kalau kat Labuan ni banyak jual yang mahal-mahal je. Tak kuasa. Pakai je lah penyangkut cawan tu. RM4.90........=)




Ini bilik pengantin. Kahkahkah. Nak jugeekkkk. Bilik ni ada bath room. Standardlah kan. Tapi bilik air tu aku sorang je guna. Aidi dengan abah mandi bilik air kat depan.

Wall sticker tu dulu masa aku lekat lekat dia duduk betul betul atas kepala katil. Ni dah katil aku dah patah kiok...iyeeee...katil aku dah patah. Itu yang tido bawah je tu. Senang. Tak kuasa nak membeli katil baru lagi. Kang roboh lagi kang terus trauma pulak. Hahaha.




Ini bilik Aidi. Bilik yang paling selalu interprem dalam fesbuk, dalam segram, dalam blog. Glamer sudah bilik ni.

Aidi ni pun aku bagi tido atas tilam size single je dulu. Nak belikan katil, macam berani berani takut je aku ni. Kang jatuh pulak anak tu kang. Budak ni dah la tido melasak. Ni tido bawah pun aku kena buat benteng bantal keliling tilam. Itu pun selalunya dia terbabas jugak. Mimpi apa entahlah Aidi ni malam-malam.




Insyaallah lepas raya ni nak mula beli barang baby A pulak. Aku memang aim nak beli baby cot and almari baju untuk dua beradik ni nanti. So bilik Aidi ni nak kena rombak balik lah susun aturnya. Takde idea lagi nak deko deko macam mana, tengok je lah nanti apa jadi. Heh.




Ini bilik ketiga.

Bilik serbaguna gitu. Haha. Nak panggil stor pun boleh jugak sebab dalam bilik ni lah aku sumbat macam-mcam. Nak amik gambar pelbagai angel pun aku takut korang ngeri nak tengok. Tu...kat bawak tu..bakul baju Aidi selonggok tak basuh lagi. Ngeri tak? Hahaha.





Keseluruhannya ginilah view rumah aku.

Dalam gambar memang nampak luas sikit, tapi realitinya takdelah luas pun. Jalan 3 langkah sampai bilik Aidi. Jalan 5 langkah, sampai dapur. Gitulah kekdahnya. Kalau aku memasak kat dapur pun aku still boleh intai intai Aidi main sama ada kat hall atau dalam bilik dia. Tapi bilik stor tu memang kawasan larangan untuk Aidi sebab banyak benda bahaya kat situ. Situlah aku sidai baju, situlah abah simpan helmet, situlah aku iron baju semua. So Aidi dilarang masuk. 


And satu lagi dapur. Pun sama..Aidi dilarang masuk. Since ada safety gate so memang takde masalah. Kadang kalau Aidi nampak gate terbukak, dia sendiri akan pegi tutup. Dia paham dah. Hehe.

So inilah rumahku syurgaku.

Pergilah tido hotel 5 bintang mana pun..

Rumah comel ini jugaklah yang akan aku rindui.

Ewaaahhhhh!

Saturday, June 15, 2013

Check up 15 minggu.

Testing testing.

Nak testing hapdet blog guna note fink iols ni. Entah bape kali nak kena tekan backspace ni tak tahulah.huhu.

Hari rabu lepas, aku pegi check up baby A sekaligus bawak aidi pegi cucuk setahun setengah. Aku macam biasalaaha sehat alhamdulillah. Berat badan macam biasalah menggajah. Patutnya sebulan naik setengah kilo je, aku bantai naik sampai sekilo. Maka merasa lah kena bebel dengan misi. Hb, urine smua okey. Takde masalah. Yang tak berapa nak okey je hari isnin ni iols kena pegi minum air gula!!

Homaigadddd!

Ini memang aku tak suka. Tapi dah siapa suruh berat badan kau menggajah kan? Dah tu umur pun dah lebih 25 tahun. Jadi silalah teguk air gula itu. Harap harap takdelah sangkut kencing manis. Kalau sangkut payah oiii...ulang alik ke kk je lah nanti.

So sekarang aku kena diet.ewaaahh..diet konon.hahaha. Diet la jugak..diet dari makan fast food. Bulan lepas memang kerap sangat makan fast food. Mekdi, kfc, pizza, marrybrown, kek la apa la macam macam aku tibai.so ada 3 4 hari sebelum minum air gula ni kenalah kontrol sikit. Mujur jugak aku memang bukan jenis minum air manis.

Tu laki aku tu...cer buat ujian air gula kat dia. Mau sangkut tu. Tiap hari 3 4 gelas besar air teh o dia order.

Katanya air teh o aku bancuh sedap dalam donia. Hahahaha.

Oklah sampai sini je lah. Cubaan nak upload gambar gagal.lembbb sangat. So babai je lah.

=)

Wednesday, June 12, 2013

Contest Baby Ceria By http://barangbabymurah.blogspot.com/


Ehem ehem.

Bismillahirrahmanirrahim....

Ini 1st time ni nak bawak Aidi masuk contest. Neves hoi.

Jadi marilah kita baca syarat-syarat peraduan dulu.

Cekidaut!!

....................................................................................





BANNER CONTEST

Peraturan contest ::
Contest bermula sekarang!!!
12.6.2013 hingga 7.7.2013.

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.

4. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 

5. Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

6.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"

7. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).

8. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.

9. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot/ com

10. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

111. Jika anda nak join melalui entry blog, anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com/

12. Anda harus masukkan gambar banner contest.

13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.

14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com/"

15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen di blog sweetlikekisses.blogspot.com.

17. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

18. Hanya akan ada 2 pemenang dan 8 orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.

19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.

19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.

20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesti makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

23. Di bawah gambar banner sama ada di facebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.

22. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.

TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013.

Sebarkan...

......................................................................................................

Okey, sekarang marilah kita bertanding secara sehat ye laling laling. Aku ni memang penuh gambo Aidi dalam fon ni. Tapi banyak gambo kelako je. Gambo ceria tak banyak. Hiuhiuhiu.

Setelah ku belek belek, siap meeting bagai dengan incik suami, maka kami sepakat pilih gambar ini.




" mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com/



Ini gambar Aidi dengan mamanya. Biasalah, mama pun nak interprem, nak tayang gigi jugeekkk. Mihmihmih. Tapi sila jangan juri mama ye, juri Aidi saja cukup. Kalau juri mama sekali nanti markah mesti ada kena potong. Hahaha.


NAMA ANAK: AIDI RIZQY BIN SYAIFUL AMRY
NAMA MAMA: WAN NOR FADZLINA BINTI W. MAHADZER


Syarat pertandingan kata hadiah boleh pilih kan? 

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

So aku buat keputusan untuk pilih hadiah....


HADIAH PILIHAN = TOY STORAGE (POOH)


Sajaaaa daku pilih rak mainan sebab tahu mainan Aidi ni makin hari makin banyak. Bukan mamanya saja yang nak beranak ni, toys dia pun sama beranak jugak. Jadi moleklah kiranya kalau ada rak mainan satu lagi. Itu puuuunnnnn kalau menang kekdahnya. Huhuhu.

Contest ni tak payah like like vote vote ye kengkawan. Undian adalah secara profesional. Keputusan hakim adalah muktamad.

Jadi marilah...kita join contest ni. Contest bermula 12 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013.

Lepas join contest, boleh cuci cuci mata shopping kat barangbabymurah.blogspot.com pulak. 

=)

Sebelum tutup entri, aku nak jampi lah sikit.

Fuh kanan fuh kiri
Harap harap ada rezeki 
Rezeki Aidi Rizqy.


Ewaahhhh...macam pantun pulak mentera kau ye Jemah!!

Okbai!







Monday, June 10, 2013

Orang buat surprise...dia pun nak buat jugak. Tapi tak reti. Bahahaha.


Aku ni tak habis senyum lagi ni. Dari semalam senyum je sampai nampak pipi tembun. Hehe.

Bila pikir balik...eeeiiiii comellah awak ni. Pang!!!

Hahaha. Laki iols comel tau. Sekali sekala datang kiutnya tu..eiiiii rasa ak gigit gigit je. Bahahahah.

Nak dikisahkan..semalam kan Ahad, last day cuti sekolah kan, so aku ni malas lah nak keluar outing ke mana mana dah. Konon nak rehat je lah kat rumah, ngabiskan sisa sisa cuti yang ada. Sekali bila dah petang dalam kul 3 lebih macam tu..aku pulak ngada pegi tanya soalan kat incik suami.

" Abang...takde aktiviti ke hari ni abang?"

Kehkehkeh..dah boring ler tu. Tak sangka pulak incik suami reply positif.

"Jomlah kita keluar, abang nak tukar skrin protector telefon ni la."

Ohoi!!

Dia nak tukar skrin protector hoi. Jom jalan hoi. Haha. Hepi mak jemah..padahal pagi tadi azam takmau keluar kheennn.

Jadi moh ler kita ke Ujana. Shopping mall paling best kat Labuan ni. *matakeatas*

Benda 1st buat...dah tentulah tukar skrin protector incik suami. Itu pun kemain lama. Dia nak yang kesat kesat lah, nak yang hitam lah, yang privacy lah apa lah. Sudahnya beli yang lima belas hengget jugeekkkk. Hahaha.

Pastu pegi beli botol air Aidi. Saja gatal nak botol air baru. Abah nak blanja..biarkan. =)

Pastu dah tak tau nak pegi mana. 

Laki aku dah macam kucing nak beranak. Tak senang duduk.

Aku ngajak pegi masuk kedai toys...dia buat muka separa redho.

Aku ngajak makan KFC...dia kata kenyang lagi.

Aku ngajak beli corn in cup...dia larikan diri.

Coi sangat!

Abang ni dah kenapa??

Rupanyaaa...pakcik tu gedik gedik nak pergi kedai jam. Eiiiii laki aku ni memang tau, kalau pegi ujana tak sah kalau tak masuk kedai jam tu. Aku pun sound baik punya.

"Abang ni suka nau p kedai jam tu, ada awek eh kat situ? Eh? eh?"

Hahahaha.


Suami aku ni bukan apa. Dia ni dok tergila-gilakan jam Protrex tu. Entah hapa yang bestnya jam tu entahlah. Dah lah rege sampai seribu tiga ratus. Jangan kata dia nak bagi hint nak suruh aku belikan pulak yek. Besday  u dah lepas. Iols dah hadiahkan galaxy grand dah. Sama rege dengan jam tu tau. Kopak dah bini. Haha.

Dia senyum je masuk kedai.

Buat buat tengok jam.

Tapi aku tau dia tak kusyuk. Ada sesuatu meganggu jiwa kekdahnya. Heh.

Tentiba kan....ini suspen ni. Haha.

"Ayang..ayang suka jam mana?"

Ohoi!!

Dia tanya aku daaahhhh.

"Oh yang ni cantik, yang ni pun lawa, yang ni pun best". Saja lah aku melawak. Aku tau dia pun melawak je tu. Bahahah.

"Ayang pilihlah satu."

Gulp!!

Aku buat buat pusing kedai. Tak percaya ni dengan apa yang aku dengar. Dia ni melawak je ni. Jangan percaya, kang aku je malu kang.


"Dah jumpa ke?"

Ohoi!!

Nak kena pilih betul betul ke ni??

Kena buat keputusan hari ni jugak ke?

Ewaaahhh dah macam dia tanya "will u marry me" pulak kan, tak tau nak buat keputusan. Kehkehkeh.

Oh ye..Aidi mana Aidi?

Aidi macam takde sikit dalam babak ni sebab dia sibuk main dengan SA kedai. Rajin nau bebudak tu nak layan Aidi. Jadi aku memang lebih fokus pada permintaan suami banding nak amik tau mana Aidi. Hahaha. Kong ajo kan mama.

Lama jugaklah kami kat kedai tu. Dari orang ramai sampai orang dah takde sampai kedai pun nak tutup. Aku tak boleh jugak buat keputusan nak pilih jam. Susah nau.

Laki aku ni itulah...orang nak buat surprise, dia pun nak buat jugak. Tapi tak reti kan. Sudahnya dia seret aku aku terus pegi kedai. Ha pilihlah mana suka. Gituuu..

Tapi laki aku ni jarang nak buat cenggini. Dia memang jarang nak beli beli benda ni. Tu yang hari tu dia belikan casing henfon jenama Coach " to be" pun aku dah melompat suka. Hahaha.

Ini pulak nak suruh pilih jam.

Harga?? suka hati katanya.

Aku pilih jam Bonia kang..pengsan pulak dia nak bayar. Hahaha.


Sudahnya aku pilih lah jugak satu.

Brand BUM je.

Aku pernah ada jam BUM ni dulu. Aku pakai lama betul. Lebih 10 tahun. So aku macam jatuh chenta dengan jam brand ni.

Harga jam??

Aku memang main pilih je. Dah pilih, bawak keluar lemari baru tau harga dia sekian sekian. Incik suami kata okey, maka okeylah. =)

Inilah jam nya.





Cantik tak cantik kat mata uols tak tau lah.

Aku pun berpuluh kali dah tanya kat incik suami, cantik ke bang?cantik ke bang? Sampai aku suruh SA kedai pun sama pilihkan jam untuk aku. Punyalah tak reti nak buat pilihan. Huhuhu.

Dah bayar apa semua baru aku terpikir nak tanya.

" Ni jam ni hadiah sempena apa bang??"

"Alah...kira pakejlah, hadiah anibeseri campur hadiah hari jadi."


Anibeseri dah lepas....

Besday aku 2 minggu lagi.


Incik suami takut duit habis sebelum sampai besday lettew.

Hehe.


Apapun thanks abang.

Kite akan pakai jam ni sampai dia kiok. Baru kite mintak jam baru. Ngeeeeee..

Friday, June 7, 2013

Dating degan abang seluar merah.



Hari ni bosan.

Bila pikir cuti sekolah nak habis, lagilah bertambah bosan. Bangun pagi pun malas. Incik suami pergi keje pun aku tak sedar. Tau tau je rasa macam ada orang kiss pipi ini. Auwww!!

Bila Aidi dah bangun, mandikan dia dulu. Kendian aku meligatlah kejap kemas rumah apa yang patut. Rumah takdelah sepah mana. Sebelum tido biasa aku memang dah kemas siap-siap toys Aidi. So pagi-pagi ni lap-lap, vakum vakum je lah. Penyapu is takde ye. Iols moden sikit pakai vakum. Bahahahah!



Idok ler mama paham apa ujikaji yang aidi sedang buat tu.


Lepas tu mula aku boring.

Nak breakfast apa?

Nak masak apa?

Apa yang ada dalam peti ais nun?

Adeh rajin ke aku?

Malas malas malas.

Aku takde mood masak hari ni. 

Nak jalan. Ohoiii! Nak jalan. Dah berapa hari terperap kat rumah. Kesian Aidi tak tengok donia.

Call la incik suami nak mintak ijin. Berpuluh kali call asiklah perempuan lai yang jawab. Not in coverage area la apa lah. Haiiii....ke mana pulak laki den. Last last aku sms je lah. Enjin kereta dah start baru aku sms. Abang bagi ke tak ke kite keluar jugak. Hahahaha.


Pergi mana je pun. Ala Labuan....tau tau je lah. Apa yang ada.

Sudahnya kami ke Mc Donalds sajorkkkkkk. Haha.

Order makanan kemain banyak macam makan 3 orang. Eh betullah 3 orang kan? Aku, Aidi, and baby A. =)
Tak habis pun makan, big mac aku simpan dalam henbeg bawak balik.

Sebelum balik, moh ler kite bawak Aidi main kat playground dalam Mc D ni.

Ni 1st time ni bawak dia main sini. Sebelum sebelum ni selalu datang makan je. Tak pernah bawak dia main. Entah kenapa. Haha.


Untung pulak playground kosong waktu tu. Takde orang. Memang Aidi lah beraja.


Seluar merah abang long kita hari ni. Aummm!



Kemain suka dia!


Jakun nengok...tak pernah jumpa ke?



Siap terbaring bergolek apa semua. Buat macam rumah sendiri ye tak?


Banyak lah aksi dia.

Main gelongsor kemain nak panjat dari bawah. Tak mau guna tangga. Nasib baik awak sorang je situ, bolehlah mama ijinkan. Kalau ada bebudak lain sama memang tak dapatlah nak climbing climbing macam tu.


Yang nak lawaknya...tengah aku bizi bizi nak haplod gambo segram, tentiba Aidi dah hilang dari playground. Toleh toleh nun haaaa dia dah berjalan kedek-kedek ke ruang makan. Dengan takde seliparnya. Kelam kelibut ku kejar. Lagi kite kejar lagi dia lari. Sudahnya sampai ke kaunter order dah ha. Malu mama tau Aidi kejar kejar kamu. Dah la dua-dua kaki ayam, tak sempat sarung selipar. Uhuk uhuk.


Dia letih dah la tu maknanya tu. Nak balik eh? eh?

Okeylah jom kita balik.

Elok je sampai rumah, mama tarik hand break, toleh belakang...


Lorh......





Thursday, June 6, 2013

Surirumah separuh jalan


Hari ni dah Khamis. Maknanya cuti sekolah tinggal beberapa hari je lagi. Sigh....

Aku bahagia betul cuti sekolah kali ni.

Walaupun tak balik ke semenanjung...duduk memerap kat Labuan ni, tapi aku seronok. Seronok hoi dalam rasa jadi surirumah sepenuh masa walaupun untuk 2 minggu je.

Celik mata pagi-pagi...nampak Aidi. Ada hari aku celik mata, dia tido lagi. Ada hari aku celik mata, dia tengah sengih kat aku. Yang itu memang buat aku melting sangat.

Kendian bermulalah rutin melayan Aidi sepanjang hari.

Mandikan dia 3 kali sehari.
Masak and suap dia makan. Seronok tengok dia makan masakan kita.
Teman dia tengok TV. Biarlah sepanjang siang cuma chanel 613 je yang dia layan, aku tak kisah. Yang penting pukul 9 malam mama nak tengok masterchef. =)
Pastu teman dia main.


Cakap pasal main.

Ohoi. Ini budak betul betul dah pandai ajak mama abahnya main. Semua ni berlaku sejak-sejak aku belikan dia lego baru-baru ni. Kalau mainan lain dia boleh main sorang-sorang. Tapi bila main lego dia nak berteman. Teman bukan just teman tengok je, dia nak kita main sekali lego tu. Jenuhlah mama tiap kali nak pikir nak buat apa ni dengan lego ni. Kuda mama dah buat, kereta dah buat, robot dah buat, rumah pun dah, tower sudah, building sudah..sampai buntu dah nak built apa lagi nak bagi Aidi seronok. Haha.



Inilah rupa dia tarik tangan kita ngajak main. Bersunguh-sungguh.



Ini pulak apa gaya tak taulah. Mama berani berani takut je ni masa ni.

Muka happy main lego dengan mama.


Memang letih jugak melayan anak. Tapi enjoy. Alah, kat rumah je pun kan, kalau letih baringlah, tidurlah. Apa susah. Aidi pun pesen tido 2 kali sehari. Jadi aku pun sama join tido 2 kali sehari. Bahahahah.


Tapi yang untungnya....

Walaupu aku cuti 2 minggu, tugas jaga Aidi tetap suami share. Takdelah dia nak claim.."alah, ayang kan cuti, ayanglah buat semua".  

Takde.

Kalau incik suami ada kat rumah, memang dia amik alih tugas mandikan and basuh berak Aidi. Kadang dia yang tidokan Aidi walaupun semalam dia dah duty 24 jam and esok dia kena duty lagi 24 jam.

Untung jugaklah aku rasa dapat suami macam tu. Tak lokek tenaga.


Alahaiiiiiii...


Kalaulah boleh cuti lagi lama-lama. Tapi gaji jalan. Hahahaha.


Hujung tahun ni Insyaallah...bolehlah cuti panjang lagi. 3 bulan.

Tak sabar pulak nak tunggu Baby A lahir.

Ada anak kiri kanan.

Indahnya.




Wednesday, June 5, 2013

3 tahun selepas dia terima nikahnya.


Anibeseri katanyaaa semalam. Ohoi!

4 Jun datang lagi. Tahun ni maknanya genaplah 3 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.

Pencapaian rumahtangga??

Takdelah apa sangat. So so aje. Rumah pun tak mampu beli lagi. Saving pun bae hengget je lah sangat. Yang ada pun ni je lah anak-anak si intan payung ni. 3 tahun kawen, anak nak masuk 2 orang tu kira oklah kan? Rezeki Allah. =)

Takde sebarang sambutan hebat pun.

No hotel booking.
No candle light dinner.
No bouquet of roses.
No surprise.
Nothing grand.

Yang ada cuma...

Aku...si isteri.
Dan dia si suami.
Eh lupa pulak...ada jugak si comel itu...si Aidi.
Bertiga meraikan hari istimewa ni dengan cara kami sendiri.


Makan makan sampai lebam
Menu..bihun sup dan soto. 1st time masak ni. Haha aku semua 1st time kan. 


Main suap-suap kek sikit. Alah...mengimbau kenangan lama katakan. Tapi gambar haruslah tiada ye kawan-kawan. Aksi terlarang ni. Hahaha.



Kek anibeseri. No wording sebab cinta itu rahsia aku dan dia. Ewaaahhhh!




Sumpah sedap kek ni. Jemput tengok. =)


Sempatlah jugak aku jemput abang ipar sekeluarga datang makan sama. Banyak kot makanan aku masak. Siapa nak makan??

Aku makan 4 round.

Incik suami pun makan 4 round.

Abang ipar dengan biras aku masing-masing 2 round sorang.

Perghhh!!

Aku masak untuk 12 orang makan rupanya. Padanlah rasa nak pengsan. Haha.

Walaupun sambutan cuma di rumah kecik kami je, tapi aku seronok. Sampai ke malam aku seronok.

Paling seronok bila sampai tengah malam....

Tak sempat apa pun si suami dah berdengkur dulu.

Heh.

Saturday, June 1, 2013

Mak Buyong Masak Laksa Katanyaaaa...*siapa nak resepi klik sini*


Lama aih tak hapdet blog. Bukan kata tak hapdet blog, bukak blogger.com pun idok. Ate cuti katanyaaa...maka masa 24/7 Aidi sajork. Denga abahnya pun takde 24/7. Sebab tu kalau nengok kat fesbuk kat segram penuh gambar Aidi je tiap hari. Huhuhu.

Aku ni sejak cuti ni banyak pulak kepinginnya. Kepingin nak makan satay lah, nak makan laksa lah. Haa...yang teringin laksa ni yang drama sikit. Aku teringin laksa bukan sebarang laksa tau tak? Ni tingin nau nak makan laksa air tangan sendiri. Punya mengidam sampai dah terasa rasa sedapnya laksa tu kat mulut ni. Tapi bahan hapah pun takde lagi nak masak laksa. Ewaahhhh..nak masak katanyaaa. Mana ko reti bedah oiiiii nak bikin laksa??

Tapi nekad ni.

Nak masak laksa.

Resepi dah google. Aku pilih RESEPI LAKSA KEDAH yang ni.

Tak cukup lagi...aku wasap pulak Mak Da *mak tiri* aku. Dia memang cemerlang bab bab laksa ni.

Nak hebat lagi, ku pekik pulak kat fesbuk...dapatlah jugak sikit tips nak bagi laksa aummmm.

Gabung semua resepi tu...jadi resepi aku.

Kita tunjuk gambor dulu lah baru salin resepi ye. =)

Ini hiasan ye kawan-kawan. Aku bukan makan pun. Aku punya style laksa kosong dengan telur sebijik. Haha



Ada yang menjilat skrin katanyaaaa..

Uiii aiii..

Boleh bersorak kalau tengok gambor ni kan? Ni kalau citer kat mama ni mesti dia tido bangun balik pun tak percaya aku masak laksa. Anak dara dia ni dulu pemalas katanyaaa. Haha.

Ok..sebelum bagi resepi, aku nak terus terang dulu. Laksa aku ni 1st time buat ni. Sumpah tak pernah masak laksa sebelum ni. Inilah malam pertama. Hahaha. So ada banyaklah kurang kurang sana sini.

1. 1st round makan, incik suami kata kuah agak masam. Aku pun rasa macam tu. Nak pulak laki aku suka laksa pedas pedas. Jadi memang awal awal aku dah kena tembak.

2. Kena tembak lagi dengan incik suami bila dia komen kata laksa tak pedas. Ini memang bukan salah aku, salahkan cili kering Labuan. Sumpah cili kering kat sini tak pedas. Resepi kata masuk 20 tangkai je, aku dah siap masuk 25 tangkai pun hasilnya tak pedas. So aku oter..buang separuh asam keping and potong cili padi 10 biji masuk dalam kuah. Hasilnya better.

3. Yang lain lain semua okey. Kuah pekat, laksa okey. Mak Long Aidi datang makan dia kata sedap. Boleh masak masa raya lagi. Haha.


So sekarang aku nak turunkan resepi. Ni resepi selepas aku masak okey. Kira aku dah ubah sukatan cili and asamnya. Bukan apa..untuk rujukan aku jugak esok esok. Kata raya nanti nak masak laksa lagi. Bahahahah!


RESEPI LAKSA YONGNANA. *Ewaahhhhh nama nak copyright saja*

Untuk hidangan 8-10 orang.

Bahan-bahan:

3-4 biji bawang besar *dikisar*
1 ulas bawang putih *dikisar*
25-35 tangkai cili kering *dikisar* (kalau cili korag dah pedas, 20 tangkai dah cukup)
10-15 biji cili padi *dikisar* (tak suka pedas boleh kurangkan)
Belacan besar ibu jari *dikisar*
1-2 kuntum bunga kantan 
daun kesum
Ikan kembung/sardin sekilo atau 10 ekor.
Asam keping 6 keping.
Garam
Pak Aji kalau suka.

Caranya:-

1. Rebus ikan dalam periuk. Masukkan 3-4 keping asam keping dan sedikit garam. Bila dah masak, angkat toskan dan biarkan sejuk sekejap.

2. Sambil tunggu ikan direbus, boleh blend semua bahan yang perlu dikisar. Aku blend sekali harung je semua. Malas nak blend asing asing. Nak sedap lagi, amik 3 4 kelopak bunga kantan and 5 6 helai daun kesum blend sekali.

3. Laksa jangan lupa rebus siap-siap sebab laksa ni amik masa jugak nak kembang. Sepekt laksa boleh makan dalam 10 orang.

4. Okey, air rebusan ikan tadi jangan buang ye. Boleh guna untuk buat kuah laksa tapi make sure tapis dulu untuk pastikan tulang tulang ikan tak sesat dalam kuah. So tapis air rebusan masuk dalam 1 periuk besar untuk masak kuah laksa.

5. Ikan tadi bila dah sejuk, asingkan isi dengan tulang. Kena hati-hati jangan sampai makan tulang pulak nanti. 

6. Kendian, blend isi ikan dulu. Masukkan isi ikan dah blend dalam periuk kuah tadi

7. Kendian blend pulak tulang tulang ikan. Ya...blend jugak. Jangan ingat tulang je nak buang. Membazir. So blend halus halus, pastu tapis masuk dalam periuk kuah jugak.

8. Lepas tu bolehlah hidupkan api. Sederhana sudah.

9. Lepas tu masukkan segala mak nenek cili bawang semua yang kita dah blend awal-awal tadi.

10. Masuklah asam keping, bunga kantan (aku koyak-koyak kelopaknya), dan daun kesum.

11. Masuklah garam secukup rasa. Pak aji sikit kalau suka.

12. Pastu pepandailah adjust kepekatan kuah. Nak cair sikit tambah air lagi. Nak pekat korang masak lama sikit atas api.

13. Dah mendidih tu masaklah tu. Alahhh..pandailah kita rasa kan. Haha.

14. Oh ya..bahan aksesori jangan lupa. Bawang besar, timun, salad, cili, limau, telur etc.


Itu je lah..dah boleh makan.

Selamat mencuba!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...