MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 29, 2013

Rasa Nak Buang Toys Aidi Ni.


Anak teruna aku sorang tu sekarang....haihhhh!! Banyak nau akal dia.

Sekarang ni memang dah mula nampak dah perangai merampus dia tu. Kalau kita marah dia sikit je, terus merempan. Siap pakej meniarap atas lantai. Dia jarang nak berguling guling. Biasaya terus tertiarap jek sambil buat muka.

Kadang tu pandai dah buat aksi marah sambil peluk tubuh. Mana belajar entah.

Selalunya kalau dia marah gitu aku tengok je dari jauh. Kadang aku gelakkan je dia balik ejek perangai dia. Nanti dia sama ketawa balik. Kehkehkeh. Berlakon je lebih budak tu.

Paling aku tak tahan sekarang ni, dia suka sepahkan toys. Kalau dia marah, memang dia akan baling je apa yang ada depan mata dia, Kalau toys, toys la jadi mangsa. Kalau remote yang dia nampak dulu, maka remote la melayang. Nasib baik dia tak daya nak baling mama dia ni ha. Kalau tak, terbang jugak aku gamaknya. Hahaha.

Uuuu aiiii.

Dia baling baling je toys dia ikut suka.

Kadang ada yang hinggap kat kaki aku.

Kadang hinggap kat kepala aku.

Ha lepas tu merasalah kau sedebik lepuk hinggap kat tangan kau ye nak. Biasa tu!

Semalam, aku dengan incik suami ada bual-bual. Kami rasa, next week kami nak kemaskini lah toys Aidi. Macam dah banyak sangat.

Mana yang rasa dia tak mau main dah tu aku nak simpan. Nak simpan kat mana tu aku pun tak boleh nak pikir lagi. Almaklumlah, rumah takde stor. Tapi nak simpan jugak.

Tinggalkan mana yang dia suka main je.

Bukan apa...

Satu nak kurangkan kesepahan rumah.

Lagipun new baby is coming soon. Risau jugak aku kang habis kepala adik kena baling baling dek kereta kereta mainan si abang.

Korang tengoklah..

Kalau setiap hari cenggini punya tongkang pecah bilik budak ni kerjakan, tak pengsan ke aku nak kemas??

Tuesday, October 22, 2013

Resepi Donut Bola Bola


Roh buat kuih dah mai daaahhh..dia mai daaah. Haha.

Ini semua Mommycha punya pasal. Minah tu kalau masak apa pun mesti akan jadi fenomena. Kelmarin dia buat donut, dah habis berduyun tiba geng geng gojes meroyan nak buat donut jugak termasuklah aku.

Donut hoi!!

Mana aku pernah buat. Nak buat donut yang aku kena guna yis, masalahnyaaaa......yis pun aku tak kenal macam mana rupa. Kena google ko tau? Bahahah.

Pastu bila sampai kedai, cari yis yang sebijik macam gambo google tu tak jumpa pulak. Jumpa yang brand apa entah, siap tulisan kat kotak bahasa Perancis. Hapah aku tak paham. Yang aku paham dia tulis "yeast" je. So aku assume itulah yis. Sauk je jah masuk troli.

Balik sekolah, mandi-mandi..bukak tv dua-dua biji bagi Aidi tengok, longgok toys banyak-banyak bagi Aidi leka..aku bersilat kat dapur.

Nak mendonut katanyaaa...

Nak resepi??

Nah salin.


RESEPI DONUT BALL

Bahan-bahan:

6 sudu besar gula.
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis / 11g yis
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Gula aising untuk golekkan donut.


Cara buat:

1. Bancuh gula + susu pekat guna air suam. Kacau sampai gula hancur.

2. Kendian masukkan 1 paket yis dalam bancuhan tadi. Kacau lagi bagi sebati. Biarkan 10 minit. Nanti air bancuhan tu akan jadi berbuih-buih. Kau biarkan je.

3. Sementera nak tunggu 10 minit tu, kita cairkan mentega. Aku cairkan atas api kecik. Kendian pukul telur sebiji, then campurkan mentega dengan telur bersama-sama. Kacau sebati.

4. Amik satu bekas agak besar, masukkan tepung gandum. Kendian, masukkan bancuhan air gula + susu pekat + yis dan juga bancuhan mentega + telur dalam tepung. Kacau sebati sampai jadi macam doh lembik.

5. Biarkan adunan doh selama lebih kurang 45 minit. Lebih masa tak pe. Tak de hal. Lagi lama kau biarkan adunan, lagi kembang gebu adunan tu.

6. Lepas cukup 45 minit, bolehlah kita bulat-bulatkan doh. Oh ye, doh ni memang lembik sikit, so kalau nak buat bentuk donut cincin tu memang susah sikit. Paling senang, kita bulat-bulatkan je. Sebab tu tajuk resepi adalah donut ball. Heh.

7. Pastikan kita sapu tepung kat tapak tangan untuk elakkan adunan doh melekat kat tapak tangan.

8. Eloknya bulat-bulatkan kecik-kecik je, sebab nanti bila goreng..donut akan mengembang. Dah donut ball aku jad besor bola tennis dah aku rasa. Hahaha.

9. Lepas dah bulat-bulatkan, gorenglah apa lagi. Goreng api sederhana. Dah kuning cantik, angkat. Boleh golek-golekkan dalam gula aising. aku lupa beli gula icing, so aku blend je gula pasir. Sama jugak hasilnya.


Tadaa!!! Inilah donut ball aku.




Huduh la sikit..almaklumlah..pertama kali. Uhuk uhuk. Tapi serius donut ni lembut gebu je. Incik suami pun puji. Tanjat boboy gamaknya dia balik-balik keje tengok bini buat donut. Haha.



Disebabkan aku ni kretip lebih..matiklah puji diri sendirik. Haha.

Maka aku telah memvariasikan kegunaan doh donut dengan membuat sosej donut.

Doh yang sama...aku uli panjang-panjang macam nak buat ular guna playdoh tu, pastu aku lilit-lilit kat sosej. Oh ya, sosej sila rebus dulu ye untuk elakkan kejadian sosej mentah bila dimakan.


Lepas tu goreng macam biasa.




Sedap ohh!!

Ini lagi sedap dari donut ball. Nak nak kalau ko lelehkan sos cili ke mayonis ke atas dia. Pheww!! Feeling bakeri ko tau??

Jadi sekian sahajalah resepi kita untuk hari ni.

Terima kasihlah pada Mommycha sebab bagi inspirasi. Bukan takat donut ball ko je aku buat semalam Mommycha, daging lekat-lekat pun aku hauk sekali. Sedap hoi!! 3 pinggan aku bertambah nasik. Bahahahah!!







Thursday, October 17, 2013

Nama Manja Aidi


Anak mengkeme ada nama manja tak?

Maknanya nama lain selain nama dalam surat beranak depa.

Ada?

Nama Aidi..memanglah Aidi Rizqy. Tapi aku dengan incik suami ada nama manja lain untuk Aidi.



Inilah ABUBU abah.


Dan

Ini jugaklah KEDIDI mama.

Heh.

Okbai!

Wednesday, October 16, 2013

Hapdet Bilik Anak Anak


Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Kemain lambat lagi aku nak wish kan? Haha. Biasalah, raya di perantauan ni takde best mana. Serupa tak raya je. Jadi malaslah nak up entri raya. Takde cerita pun.

Baik up entri persiapan baby. Muntoh lah mengkeme baca. Haha.

Okey, dengan ini nak umumkan persiapan baby A dah complete. Errr...boleh kata 97% complete lah. Lagi 3% tu tinggallah kat aku kot kot nanti tershopping lagi, takdelah rasa bersalah sangat sebab ada 3% lagi tak cukup. Bahahaha!!

So keseluruhannya aku kira-kira balik, kami laki bini habis dalam RM2 500 kot untuk beli barang-barang baby A ni. Mungkin jugak lebih sebab kira pakai jari je ni. Heh.

Memandangkan next gaji adalah pada 25 November dan aku punya EDD adalah pada 1 December, rasanya memang ini last la shopping. Ada kemungkinan jugak aku akan bersalin sebelum gaji November keluar. So be ready je lah jaaahhh.

Last weekend, aku telah bertungkus dan berlumus mem make over bilik anak-anak. Waaahhh, sekarang no more bilik Aidi, bilik anak-anak katanyaaa. Haha. Nasiblah Aidi, share bilik dengan adik molek-molek yek.

Aku cadangnya nak lepak dalam bilik anak-anak je masa pantang nanti. Kira nak tido ke nak mengepam ke nak tengok tv ke apa ke dalam bilik ni je lah, senang. Bilik ni pun memang ada TV, ada astro. So aku boleh lenjan sampai lebam. Malam-malam pun sama, aku akan tido dengan baby A dalam bilik ni. Aidi sila tido dengan abah dalam bilik sebelah. Yelah, tak sampai hati nak suruh Aidi tido sorang-sorang dalam bilik dia ni pastu aku, incik suami, dengan baby A sedap sedap berkubang tiga beranak. Sian Aidi nanti. So biarlah Aidi dengan abah, mama dengan adik. Adil gituuu.

Jadi last weekend, aku telah 'menghalau' incik suami dengan Aidi keluar rumah buat sementara waktu. Aku nak mengemas sorang-sorang. Kang ada dua beranak tu kang buat keje aku jadi lagi lambat. Jadi silalah keluar pergi mana-mana untuk tempoh sejam dua.

Tertonggeng tonggeng aku sorang-sorang.

Alihkan itu
Alihkan ini
Vakum itu vakum ini
Pasang playpen
Pasang langsir 

Sorang-sorang aku buat hoi.

Mengah.

Tapi puas hati.

Dan hasilnya..


Tada!!!





Takdelah berubah mana pun.

Dan takdelah cantik mana pun. Bilik kecik. Ko pusing pusing macam tu jugak rupa dia. Yang penting ruang nampak lebih luas.

Aku saja beli langsir baru sebab langsir lama tu dah buruk nau. Setahun tak tukar kata ko!! Kebetulan kat Parkson ada jual langsir kartun kartun dengan harga RM47. Aku rembat je jah. Walaupun tingkap bilik Aidi ni takde railing, ada aku kesah?? Aku pasang je cangkuk langsir tu pastu sangkut je kat wayar tingkap. Siap!!

Haha.


Aidi pun nampaknya suka benau bilik baru dia ni.

Takde pun dia heran kan katil adik dia tu. Dia tengok je dari jauh. Tak usik pun. Bagus. Esok ada adik dalam tu jangan kau usik usik pulak.




Aku ni teringin nau nak pasang wall shelf kat bilik anak-anak ni. Boleh letak frame gambar ke, display toys ke apa. Tapi sini mana ada IKEA. Yang aku tau IKEA je banyak jual wall shelf murah-murah. Kat Labuan ni aku tak tau mana ada jual.

Nak mencari??

Alahaiiii malasnya.

Oklah..itu je. Bai!





Wednesday, October 9, 2013

Abah kata NO to Jajan.


Korang nak tahu tak, abah Aidi kan dia saaaangat menjaga makan minum anak dia tu.

Itu tak boleh

Ini tak boleh

Apapuntakboleh!

Haha.

Tapi ada baiknya jugak. Sebab apa, aku tengok Aidi jadi tak hadap dengan makanan bukan-bukan. Nak nak jajan.

Bertuahlah kalau nak tengok Aidi makan keropok super ring ke, cikedis ke apa. Memang tak dapatlah. Abahnya tak bagi. Aku pun tak berapa bagi. So Aidi hadap lah kerepek pisang kegemaran mama. Paling kuat pun aku gorengkan keropok kering ala-ala keropok moni ke apa tu untuk dia. Yang itu je abahnya bagi.

Kalau cekelat??

Cekelat ni ada jenis-jenis yang abahnya allowed.

Cadbury boleh. Tapi tak boleh makan sepapan terus sekali hadap. Setakat 3 4 kali cubit masuk mulut, its okey. Pastu sila simpan. Tapi kalau cekelat-cekelat doposen yang biasa kita kita beli kat kedai kedai runcit tu memang abahnya tak bagi. Aku pun tak pernah beli. Huhuhu. Walaupun orang kata Labuan ni syurga coklat, tapi kami sefamili idokler jenis beli coklat selambak lambak. Sebulan sekali nak jumpa cadbury sepapan dalam freeze pun payah. Apa lagi cekelat mahai mahai yang lain. Memang takdelah. Bila nak balik KL kang baru hegeh-hegeh nak borong coklat buat buah tangan. Alah, orang Labuan memang takde heran der cekelat cekelat ni. Hahaha.

Aiskrim??

Ini paling aku heran.

Kat rumah tu yang hantu aiskrim biasanya aku le tu. Itu pun jarang makan. Kalau incik suami ada beli, adalah. Nama aku nak beli sendiri memang takdelah. Tak tau kenapa. Baik aku beli telur ayam dengan megi dari beli aiskrim. Gituuu.

So, Aidi pun macam tak berapa berkenalan sangat dengan aiskrim.

Kalau aku makan aiskrim magnum, budak kecik tu laju je menempek kat aku. Nak menggoda lettew. Tapi bila aku sua aiskrim tu ke dia, dia larik!

Motip nak larik dari aiskrim??

Hahaha.

Maybe dia takut sejuk aiskrim tu atau dia memang tak reti cara nak makan aiskrim. Bila aku cubit skit kulit coklat luar magnum tu sumbat ke mulut dia, dia makan jek. Tapi bila sua aiskrim sebatang tu suruh dia jilat sendiri, dia larik.

Hahahaha..tak paham tak paham.

Aku tak tau sampai bila kami laki bini akan kawal Aidi dari makan jajan jajan gini. Lagipun benda baik, biarlah kita teruskan.

Habis tu apa je snek makanan Aidi kat rumah??

Biskut.

Biskut je yang abahnya macam izinkan lebih. Itu pun biskut kosong. Takleh banyak-banyak cream ke apa. Contoh, biskut marie.

Sian nau anak aku..makan biskut marie je kau nak. Haha.

Kokocrunch pun boleh jugak. Itu feveret dia.

Kismis pulak dia tak berapa suka.

Paling senang, ko bagi je dia pisang. Memang dia hadap sampai licin. Haha.


Tapi tapi tapi.....


Aidi dah mula kenal KFC and MCD.

Matiklah!!

Kalau dia nampak plastik bungkusan KFC or MCD...kemain "WAAAHHHH" lagi mulut dia.

Sekali sekala boleh lah nak.

Mama takmau Aidi jadi gemuk montel macam mama ni ha. Biarlah badan sedang-sedang je. Janji sehat. Abah kamu tu kadang bagus jugak. Kalau harap mama kamu ni ha...entah hapa hapa je yang mama sumbat. Nasib baik ada abah.

Sampai ke air minum pun kena kawal.

Ribena ada je dalam peti ais. Tapi tak pernah nak bancuh untuk Aidi.

Kau togok je lah susu dengan air masak tu je nak.

Togok bergelen-gelen. Heh.



Tuesday, October 8, 2013

2nd Pregnancy: Persiapan Sambut Orang Baru


Persiapan menyambut orang baru.

Dah setel ke??

Heh.

Kalau ikutkan..selagi tak bersalin, selagi tu persiapan kira tak setel. Selagi boleh soping kata ko!!

Haha.

So far...70% dah setel lah.

Part baju bajan, kelengkapan diri anak tu kira selesai lah. Dapat gaji bulan lepas aku terus keluar soping sorang-sorang beli baju anak.

Suami tinggal..Aidi lagilah kena tinggal. Biar aku sorang je senang nak membeli.

Aku aim baju-baju yang murah-murah je. Yang harga semua sepasang bawah RM20. Yang atas RM20 aku tak amik. Haha.

Atas dasar cheapskate itu, aku telah berjaya membeli....


10 pasang baju tidur
5 pasang baju siang
5 set mitten and booties
3 topi
1 sandal Aidi
1 toys Aidi

Total kerosakan poket = RM300

Aku bahagia!!

Haha.

Daripada yang dulu tu aku habis lebih RM80 hanya untuk 3 pasang baju. Memang terasa sangat.

So hal baju memang selesai. Sekarang ni kalau nak beli baju pun takdelah sampai memborong dah. Sekali keluar, rembat selai. Keluar lagi rembat selai lagi. Gituuuu.

Sudahnya aku kira-kira baju baby A kemain lagi. Lebih 40 pasang dah. Untunglaaa anak.


sebahagian. Realitinya sekarang dah bertambah lagi. Heh

Khamis ni gaji lagi hoi.

Heh.

Tapi gaji kali ni peruntukan lebih untuk barang-barang aku pulak. Asik anak je....mana aci ye tak?

Ini kali punya gaji, aku nak setelkan...

1) Bayar set berpantang Shaklee aku = RM330
2) Bayar Set Belai dari Trubellai = RM140
3) Beli tilam playpen = RM70
4) Bedding set = RM100
5) Kelambu baby (yang style payung tu sudahlah) = RM30
6) Beli langsir baru bilik anak-anak = RM50
7) Kain batik ( aku ada 2 helai je kain batik sekarang ni) = RM50
8) Sarung tungku herba ( Lupa aku jumpa kat mana. Heh) = RM20
9) Pampers newborn = RM30
10) Wet tisu = RM15
11) Kotex = RM20
12) Stokin = RM30

Bakal kerosakan poket = RM825


Aku rasa akan jadi lebih.

Muahahahah!!


Aidi Demam, Mama Demam, Abah Jadi Misi.



Minggu lepas minggu yang mencabar.

Awal-awal minggu ku sangkakan itu adalah minggu sorga. Sebab??

Budak-budak dah mula PMR start hari Rabu. So semua kelas form 3 aku kira lupus. Heh.

Budak-budak form 4 pun tengah exam akhir tahun. So kelas moral form 4 aku pun lupus jugak.

Heaven!!

Yang aku kena masuk ngajar tinggal kelas BM dengan KH form 1 je. Tak banyak. Senyum.

Sekali hari Rabu tu lah jugak Aidi jatuh demam.





Ohmai!!

Badan panas sampai muntah-muntah.

Aku mula takla panik sangat. Kita bagi ubat klinik la macam biasa. Lagipun dalam 3 minggu lepas Aidi baru demam, so ubat ada lagi. Baru lagi. So makan je lah.

Hari Khamis...

Macam takde perubahan. Kejap panas..kejap okey. Tambah pulak batuk selsema lagi. Tang batuk selsema aku yakin sangat dia berjangkit dari aku. Sebabnya aku ni dah nak masuk 2 minggu tak baik baik lagi batuk selsema. Kesian Aidi.

Selalunya..Aidi ni kalau demam, dia makan ubat 2 3 kali pun dah boleh kebah dah. Sekejap je. Tapi tak tau kenapa kali ni tak baik-baik.

Masuk hari Jumaat....

Ini hari paling DEMM!!

Aku pun sama demam!!

Gila!!

Badan aku menggigil sejuk macam hapa. Dalam sejuk, tapi luar panas. Siap sakit bahagian dalam telinga. Ohoii!! Kalau sakit telinga ni memang apa pun tak boleh. Macam sakit gigi tu. Satu keje pun takleh jalan. Aku start sakit telinga masa tido malamnya. Hazab gila nak tunggu pagi klinik bukak. Kenapalah Labuan ni takde klinik 24 jam. Kalau ada..pukul 3 pagi tu jugak aku suruh laki aku balik keje bawak aku pegi klinik.

Pagi Jumaat tu, pukul 8 pagi aku dah meroyan nak p klinik. Siap google klinik bukak jam berapa. Kalau bukak pukul 8, pukul 8 lah aku nak terpacak kat klinik dah. Tak tahan hoi!

Alang-alang dah sampai klinik tu, kita check up Aidi sekali. Dah budak tu pun demam tak kebah-kebah. Siang malam aku balut badan dia dengan kain basah. Tak jalan jugak.

Aidi macam biasalah..kena buat neb lagi.

Tapi kali ni dia tak meraung macam dulu dah. Mungkin dia dah ready fizikal mental. Heh. Sungguh, dia tak meraung. Nanges sikit sikit je. Itu pun kejap. Good boy sangat. Atau sebenarnya dia dah lemah nak meraung. Demam kataya. Huhu.

Dan alang-alang dah sampai klinik tu jugak, aku buat scan 4D sekali lagi. Heh.

Sempaaatttt je kan ko jah.

Kata demam lah, menggigil lah, sakit telinga lah. Bab nak scan anak laju jek. Ahaks!!

32 minggu dah ni hoi. Kalau tak scan sekarang, bila lagi?? Kang lewat lewat kang tak nampak apa dah.

So Jumaat tu memang terlangkup hidup kami anak beranak. Aku mentido sepanjang hari. Aidi pun. Incik suami jadi nurse jaga kami dua beranak.






Hari Sabtu, Alhamdulillah demam aku kebah. Telinga pun tak sakit dah. Tapi serius telinga aku pekak sebelah sekarang. Sungguh, memang sebelah telinga takleh dengar. Bergantung pada sebelah je ni. Risau ohh!! Nak kena jumpa doc lagi gayanya ni.

Aidi pulak camne??

By Sabtu tu pun...Aidi tak kebah kebah jugak.

Kalau kira-kira dari hari Rabu sampai Sabtu, dah 4 hari Aidi demam. Tak baik-baik. Aku dah panik.

Ramai suggest bawak ke hospital. Tapi incik suami pulak on duty Sabtu tu. Aku nak bawak sendiri?? Hampunlah. Aku pun baru nak kebah demam. Takpelah, Ahad je lah kita pegi klinik. Kita pantau dulu.

Sekaliiii..petang Sabtu tu badan Aidi panas gila tiba-tiba.

Ohoii!!

Laju laju call sang suami suruh balik segera. Jom ke spital kita bang!!




Dalam kepala aku ni..jangalah Aidi kena tahan wad. Janganlah kena tahan.

Alhamdulillah...tak sampai kena warded.

Doktor suruh tukar ubat.

Stop bagi ubat klinik tu sebab ubat tu tak cukup dos katanya. Budak berat gaya Aidi patut makan ubat 7ml instead of 2.5ml macam yang klinik suggest. Aku konpius kejap. 

Pastu doktor pesan lagi, stop bagi ubat batuk and selsema untuk budak bawah 2 tahun. Not good..not good katanya. Ibu mengandung pun sama. Heh, aku terkena jugak.

Baiklah..baiklah. Aku ikut cakap doktor spital pulak kali ni.

Doktor spital just bekalkan dua ubat je.

Ubat demam...dengan antibiotik.

Aidi makan dua-dua..plus minum madu.

Alhamdulillah......syukur sangat.

Sekali makan ubat je terus kebah demam dia.

Legaaa sangat aku.

Hari Ahad...aku bagi lagi makan ubat ikut waktu. Aidi makin sehat.

Badan tak panas dah.

Cuma batuk masih ada. Kena continue bagi madu lagi ni. 

So far sekarang condition Aidi getting better.

Dia dah mula ada selera makan, selera susu, selera main dan paling dia berselera adalah mengamuk!!

Hoiiii...keje nak mengamuk ajenya.

Mungkin dah banyak hari lemau je...bercakap pun alalalalatok. Sekali dah sehat, dia nak cover balik setiap benda yang dia tak dapat buat masa demam dulu.

Lantak kamu la Aidi.

Janji kamu sehat, mama senang hati dah.










Tuesday, October 1, 2013

Ragam Mengandung Dulu dan Sekarang


Melepasi minggu ke 31. Nak masuk minggu ke 32. Lebih kurang 8 bulan usia baby A.

Alhamdulillah. Masih diberi kekuatan.

Mengandung kali ni memang ada perbezaan sikit dengan mengandungkan Aidi dulu. Tapi tak semualah berbeza. Ada benda yang sama, ada yang lain.

1) Morning Sickness

Masa ngandungkan Aidi, aku langsung takde morning sickness. Setakat rasa mual mual sikit tu adalah. Tapi tak sampai muntah. Memang steady je. Dah masuk minggu ke 30 baru aku merasa muntah-muntah 2 kali. Asal makan megi je mesti nak termuntah hujung-hujung ngandung tu. Serupa jugak kali ni. Langsung takde morning sickness masa awal kehamilan. Dalam minggu ni baru tekak ni mengada sikit. Silap teknik gosok gigi je, mesti rasa nak terkeluar isi perut. Mak aku kata...dulu masa dia ngandungkan aku pun dia cenggini jugak. Anak mak sangat aku ni kheennn. Haha


2) Selera makan.

Ini memang sama jugak. Asal ngandung je selera makan pun mengandung sama. Berganda-ganda. Masa Aidi dulu memang membuak buak aku makan. Siap pakej malas masak. Asik nak makan kedai je. Nak maka fast food je. Tapi total berat yang naik masa ngandungkan Aidi tak sampai pun 10 kg. Anak kali ni pun selera jugak. Tapi boleh control untuk tak selalu hadap fast food or makanan kedai. Aku lebih suka masak. Masalahnyaaaa....so far total berat dah naik sebanyak 8kg. Belum bersalin lagi ni. Ohoii!!


3) Mood

Mood berbeza. Masa Aidi dulu aku memang banyak merempan. Asik ke laut je mood. Yang jadi mangsa, incik suami lah. Gamaknya sebab tu Aidi pun sama suka merempan guling guling atas lantai. Hewhewhew.

Kali ni aku boleh kawal mood. Sensitip tu tipulah kalau takde. Tapi under control. Mood aku lebih ceria kali ni. Maybe sebab ada Aidi penghibur hati. Hehe.


4) Mood Suri rumah.

Ohoii!! Time Aidi dulu aku memang pemalas nombor 1. Nak nak bab masak. Malas hoi! Sebulan puasa, boleh kira berapa kali je aku pegang kuali. Yang lain...sila beli. I is malas.

Time adik ni, eh terajin pulak masuk dapur. Macam macam aku nak masak.

Nasik ayam
Laksa
Mihun sup
Soto
Kek coklat
Cheesekut

Dah aku lupa apa lagi yang aku masak sebab banyak sangat. Hahaha. Sekarang pun kalau boleh tiap hari aku nak masak. Kataaa rege minyak dah naik. Marilah kita berjimat. Alah..masak 1 lauk sehari pun laki iols dah okey. Sardin pun dia senyum sampai telinga jaaahhh.

Sebab tu awal-awal dulu ramai teka aku pregnant baby girl. Insyaallah..betullah tu. =)



4) Kulit

Akulah wanita mengandung paling hodoh gamaknya masa mengandungkan Aidi dulu. Kulit dahlah memang hitam, kusam pulak tu. Siap jerawat penuh satu muka. Nak nak tang dahi. Ya Rabbi...aku pun sedih tengok muka sendiri. Sampai pakai Mary Kay ko tau nak bagi muka elok, tapi gitu jugak. Hormon kata orang. Lepas bersalin, mak belikan satu set cleanser Safi Rania Gold Che Ta tu..barulah elok sikit muka. Dulu jerawat bukan takat kat muka je tau..siap naik ke belakang badan lagi. Euuuwww!!

Sekarang....senyum sikit lah aku sebab kulit muka tak teruk sangat macam dulu. Hitam tu tetap hitamlah. Takleh nak buat apa. Itu memang azali. Bahahahah. Tapi jerawat macam segan seganlah nak naik. Ada tu ada lah sikit, but tak teruk macam dulu. Jerawat kat badan pun takde kali ni. Legaaa.. Tapi kali ni tengkuk aku adalah legam. Ishh geli!


5) Kesihatan.

Dulu..rasanya aku lebih steady. Jarang demam, jarang sakit. Habis kuat pun aku sakit pinggang je.

Sekarang...hurmmm selalu jugak demam. Ni pun tengah selsema batuk ni. Paling seksa..sekarang ni aku tengah menahan sakit bahagian bawah perut. Ada yang kata normal, biasalah..baby dah turun bawah memang aka sakit bawah perut. Tapiiiiii....doktor kata baby aku melintang. Dah tu kenapa sakitnya lahaiiii tak tertahan. Nak duduk sakit, nak bangun dari duduk lagilah Ya Allah sakitnya. Kadang aku kena amik masa 2 3 minit berdiri statik untuk legakan rasa sakit tu then baru mula berjalan. Tido pun sakit, nak beralih kedudukan masa tido pun sakit.

Sekarang ni janganlah aku pandai pandai nak baring-baring atas toto. Atas lantai apatah lagi. Memang hazab. Nak baring kalu, sila masuk bilik landing atas tilam 5 inci. Baru legaa.

Kalau korang tengok gaya aku berjalan sekarang memang dah macam penguin. Macam orang tunggu hari pun iye jugak. Padahal 8 bulan pun belum. Hoi.


6) Hubungan suami isteri.

Haa... yang ni dua dua kali pun sama je. Puasa uolss!! Husband kata kita tunggu lepas pantang lah. Kekekekeke. Gamaknya dia pun tak selera tengok aku boyot boyot gini. Dah lah sekarang ni tengah sakit bawah perut pulak. Memang KIV sampai bulan Januari tahun depan la gamaknya. Tunggu ye bang...kite hantar masuk 'workshop' dulu badan ni. Repair mana yang patut sebelum abang 'drive'. Bahahahaha!!


Penutup entri...marilah menatap gambo perempuan mengandung 8 bulan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...