Friday, February 28, 2014

Hari hari mak anak dua



Rutin harian mak beranak dua memang beza masa aku anak sorang dulu. Okey lap peluh dulu. Heh.

Paling letih bila hari bekerja. Okey lap peluh lagi.

Tiap hari aku kena bangun 5 pagi. Itu kalau aku dah siap siap kemas beg anak anak, dah siap iron baju semua malamnya. Kalau belum, maka kenalah bangun kul 4.30 pagi.

Bangun, pam susu, iron baju, kemas beg anak, kemas rumah sikit, mandi and apa yang patut lah sambil berdoa janganlah budak budak ni jaga. Kalau jaga..haru! Nak nak adelea. Mau drag masa extra 20 minit nak layan dia pulak 

Pukul 6.10 pagi
Bergerak hantar anak anak ke rumah maklong diorang. Nak bawak anak anak ke kereta tiap pagi pun 1 hal jugak tu. Jalan nak ke parking tu ada longkang dan Aidi tak pandai langkah longkang. So acaner??

Dengan henbeg, dengan beg breastpump, beg anak anak ok aidi galas. Adelea aku kendong guna carrier. Aidi aku pimpin. Sampai kat longkang, macam hulk hogan aku kena dukung Aidi sekali. Nasiblah mama korang ni kuat macam popai. Badan je gemuk tak serupa popai. Haha.

Baru subuh hari aku dah berpeluh dah. Habis mekap I tau. Haha

Sampai umah maklong, panjat tangga tingkat 3 sambil join Aidi count 123 sampai atas. 

Lepas tu laju laju drive pegi sekolah. Okey sampai sekolah hilang jap nama anak anak. Huhu.

Kalau nasib baik, kul 2 dah boleh chalo balik. Nasib tak baik, maybe ada meeting ke aktiviti apa apa ke. So balik dalam pukul 4.30 ke 5. Selalunya memang balik lambat lah. Letih.

Balik ambik anak.

Sampai parking kat rumah,sama jugak macam subuh tadi. Bersangkut la segala mak nenek beg henbeg anak anak semua kat badan aku sampai masuk umah.

Selalunya...masuk je rumah, dua dua merengek nak susu. Aku tudung pun tak sempat bukak kadang kadang.haha

Oklah layan lah budak budak dulu walaupun aku dah kong dah ni.



Bila dua dua dah kenyang, otomatik diorang akan diam. Adelea mungkin akan tetido kekenyangan. Yang abang akan terus dengan misi sepahkan rumah dengan mak nenek toys. Lantaklah dia. Yang penting aku nak mengepam.

Dalam jam 5.30 ke 6 petang, aku mandikan anak anak. Kalau aku balik lewat biasanya maklongnya dah mandikan petang siap siap. So lega sikit.


Lepas mandi biasanya Adelea memang akan tido balik. Nanti kul 9 mcm tu baru dia bangun menyusu. So ini masa untuk aku mandi, masak, basuh baju, lipat baju, vakum rumah, tengok tv, layan Aidi bla bla bla sampai Aidi tido. Kalau hari weekdays biasa Aidi tido kul 10. Kalau hari cuti dia mampu je berjaga sampai pukul 1. Aku lantakkan aje dia depan tv tu. Pandai pandailah dia bawak diri.


Nampak dalam cerita ni macam takde watak suami kan? Hehe..beliau ada. Tapi selang sehari je dia ada kat rumah. Selang sehari lagi dia kena keje 24 jam. So kalau arini ada esok takde. Lusa ada, tulat takde. Gitulah keje dia.

Kalau incik suami ada, ringan sikit keje aku. Dia akan tolong mandikan Aidi, jagakan Adelea, kadang tolong masak, tolong basuh baju, so ringan sikit keje aku.

Dan aku bila nak tido??

Bila dua dua anak dah lena barulah aku senang hati nak tido. Esok kul 5 pagi nak kena bangun dah. Ulang balik rutin hidup yang sama tapi bahagia. =)


Thursday, February 27, 2014

Adelea Dah Meniarap


Hari ni nak story pasal anak dara iols. Heh.

Adelea makin hari makin bijak. Jujurnya dulu masa Adelea baru lahir, aku macam ada set mind yang perkembangan Adelea ni mungkin akan lambat sikit due to masalah berat badan dia yang kecik tu.

So aku memang dah ready especially mental untuk hadap situasi ni.

Tapi syukur alhamdulillah..ramalanku salah belaka. Adelea berkembang normal macam baby lain. Kalau ikut kata maklong dia, perkembangan Adelea laju lagi banding Aidi. Tapi aku rasa macam Aidi lagi advance. Heh. Takpelah, small matter je tu. Tak elok bandingkan anak anak.

Yang penting pada umur 3 bulan 2 minggu, Adelea dah meniarap!!

Yeayy!!



Tapi kat umah mak long je dia buat aksi meniarap. Umah sendiri tak hingin plak dia.

Kalau aksi angkat angkat kaki tinggi tinggi gitu selalu lah.



Aku ni menunggu la jugak bila Adelea meniarap depan mata aku ni.

Tapi nan hado lagi.

Hari tu aku tengok dia gigih cuba nak pusingkan badan macam gambo bawah ni.



Tapi sampai mengiring je, tup tup dia senyap diam. Rupanya dah ZZZzzzzzz. Coi sangat! Kemain mama dia bersorak bagi semangat, alih alih dia semangat nak tido je. Ahahaha.

Ini pulak cubaan hampir sangat dah dengan kejayaan. Tapi sebab aku tengok muka dia dah tersembam atas bantal gitu, laju laju aku angkat.


Takpelah Adelea, nanti bila dah ready nak tunjuk skill kat mama, bagitau eh.



Friday, February 14, 2014

Coti dah habis. sila kerja!



Aku dah mula naik keje isnin lepas.

Fuh, memang cabaran bila mak anak dua dah naik keje ni. Haha. Sekarang ni rutin harian aku totally dah berubah. Dulu masa cuti, boleh bangkit tido suka hati. Selagi anak tak bangun, memang aku mengeroh lagi. Sekarang jangan harap. Sebelum anak jaga baik aku bangun dulu siapkan apa yang patut. Kalau tak kang merah punch kad aku.




So far, aku boleh handle situasi. Walaupun selang sehari incik suami takde kat umah, alhamdulillah...aku masih lagi supermak. Haha.

Sebenarnya nak terima kasih byk kat adelea. Dia behave sangat. Makin besar makin senang pulak jaga dia.

Ko tau, dah 4 hari ni adelea tido direct dari jam 11 malam sampai 6 pagi baru aku kejutkan. Dia takde bangun tengah malam mintak susu dah. Ohh sorga!! Perangai sebijik abang dia dulu. Tapi adelea advance lagi. Aidi dulu masuk 4 bulan baru pandai tido sepanjang malam tanpa jaga. Adik ni.3 bulan dah senangkan mama. Tapi.......sebelum dia boleh nak lena tu memang bertabah je lah aku nyusukan dia berkali kali. Lepas susu, susu. Macam tak cukup cukup. Tapi lepas dia dah kenyang gila memang dia tak bangun tengah malam dah. Lena tido aku. Heh.


Oh ya...berat adelea masa check up 3 bulan hari tu dah 4.3 kg. Alhamdulillah. Walaupun masih belum masuk line normal at least graf dia cantik. Dalam sebulan dua lagi insyaallah graf adelea boleh masuk line putih dah.

Ada sorang kawan sekolah, kami bersalin selang seminggu je. So anak dia kira lahir awal seminggu je dari adelea. Ko tau bape berat baby tu sekarang?

8 kilo ko!!!

Fuh!!

Takpe adelea..kecik tak bermakna tak cun. Eh? Haha