MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, March 31, 2014

Oh My Pandorai!!


Rentetan entri sebelum ni tentang pandoraisamy..

Yeayyy!!

Pandoraisamy ku dah sampai!!



Cantik ke idok??

Design yang aku tunjuk dalam entri lepas tu dah sold out. Jadi aku pilih yang ni je lah. Aku kan tak suka charms banyak banyak, jadi cukuplah banyak ni je. Less is more kata omputeh. Ahaks!




Ewah bergaya sangat tangan gemuk aku pakai pandorai. Haha.

Ni aku beli kat instagram.

Korang search je user nama prettystation.

Tak pun search hash tag #pandorainspired. Berlambak pandoraisamy ada kat situ.

Antara seller lain yang best adalah glambysyra. Search kat ig jugak.

Ekceli aku ada order dua pandorai. Tapi satu lagi belum siap. Masih dalam waiting list. Nanti.dAh siap yang tu aku kecoh lagi kat sini k.

Ok bai!

Thursday, March 20, 2014

Pandora vs Pandoraisamy


Pandora.

Dulu masa memula dengar nama Pandora ni aku macam erk?? Apa ni? Panda ke apa? Hahaha. Rupanya bracelet. Oooo baru pakcik tau.

Dulu idok ler aku tergila gilakan bracelet Pandora ni. Si mommycha beli Pandora pun aku jeling gitu je. Bahahahah. Gila banyak duit ko micha boleh beli Pandora. Huh

Mahal oi Pandora ni. Bracelet basic saja dah 3 4 ratus kalau tak salah. Pastu nak beli charms nya pulak. Kalau sebijik 50 hengget tahan lagi, ini rege charms sebijik antara rm150 ke rm300. Phewww!! Kalau nak beli 5 6 bijik??? Pengsan!


Image google je.

Rupanya baru tau yang ada Pandora fake kat pasaran. Rege pun jauh lebih murah. Kualiti dah tentulah lebih rendah. Aku survey rege yang fake bawah rm100 je sekali bracelet sekali charms. Charms tiruan rege serendah rm5 je. Morah kan? Haha

Jadi aku dah gila Pandora fake.

Aku takmau beli yang ori. Rasa macam tak berbaloi sebab rege mahal ribu ribu. Tapi takde value jual balik macam emas. Bagi aku baik aku beli emas terus lagi baik.

So bila dah gila Pandora fake mulalah aku gesel gesel laki. Haha.

"Abanggg...kite nak gelang rege rm100."

Dok ulang ulang la ayat tu sampai laki tanya "gelang apa?"

Haha.

Nasib baik tok laki stuju belikan. Kalau tak hentaakkkl kaki 10 1 2 aku kat umah tu. Bahahaha.

Ini gambo PAndora fake yang aku google n bekenan.



Cantik ohh!!

Aku tak suka charms banyak banyak sampai penuh gelang. Aku suka charms 5 6 bijik je. Baru nampak macam ori. Takde orang beli Pandora ori terus penuh charms satu gelang. Hehe.

So sekarang aku dah placed order dah.

Dekat siapa aku order,itu rahsia lagi. Nanti dah siap baru aku review. Kena tunggu turn oii nak dapat Pandoraisamy aku ni sebab seller tu hot sangat. Begini punya panjang line nak kena beratur. Huhu

Bersabarlah yongnana.


Wednesday, March 19, 2014

Customers not always right. *tajuk kemain london lagi kali ni*


Aku bukan peniaga. Tambah aku memang tak berapa minat meniaga. Tapi SPM amik course perdagangan. Degree kemain accountancy, tapi meniaga memang aku kurang. Habis kuat pun aku jual preloved anak anak je. Hahaha.

Tapi aku ramai jugak kawan yang kaki meniaga. Bisnes sana sini. Eh abah aku pun bisnesman apa? Haha.

Semalam sembang dengan member member kat wasap, keluarlah topik best.

Peel customers

Macam macam peel customers ni kan?

Ada sorang ni..timah namanya. Hai timah!! Haha. Customer dia dapat adoilahhhh! Nak pengsan aku tengok.

Beli rompers je pun. Tapi fussy nya kemain.

Nak tau ukuran lah. Rompers je kot!

Nak suruh anto gambo dulu sebelum pos lah.

Nak cepatlah. Padahal duit tak bayo lagi. Acaner??

Yang banyaknya peel customers member member ni aku tengok suka mintak free postage.

Ohoii!! Ingat peniaga ni pos barang pakai ailio ke apa? Ingat kereta moto diorang buat ulang alik ke pejabat pos tu isi air je ke? Air paip pun kena bayo reti? So timbang rasa lah. Nak mintak diskaun singgit dua oklah lagi. Ini beli barang rege rm30 pun nak free postage jugak ke? Adoi! Kalau memang dah dinyatakan situ free postage okla. Maknanya seller tu ada lah dia dah buat kira kira nak amik untung kat mana mana. Tapi kalau terang terang tulis tak termasuk postage, lagi mau tanya ka?

Yang paling aku nak gelak bila ada hamba Allah ni.

"Kak, spice rack yg rege rm23 tu bape rege dia?

Adehlah!! Anggap je la dia typo. Haha.

Macam macam hal lagi benornya. Kalau nak review satu satu memang esok pun tak habis.

So kepada kawan kawan yang meniaga. Jangam give up jangan fed up. Teruskan usaha. Ewah dah macam ulasan guru kat anak murid je kan. Haha.

Aku harap, aku tak tergolong dalam kelompok fussy buyer ni. Silalah ngorat aku untuk beli barang, aku memang gred A punya kastemer. Matiklah!!

Thursday, March 13, 2014

Testimoni Harum Malam. Aummmm!


Harum malam glamer kan sekarang? Okey, aku bukan nak meniaga okey. Aku tak jual pun Harum Malam tu. Aku pembeli. Heh.




Malu pulak nak setori. *tutupmuka*

Aku kan mak baru lepas beranak, so memang gedik la kan nak cuba produk produk malam jemahat ni. Bahahah! Okey yang belum kawen sila tekan butang X kat atas nun. Haha

Okey sambung.

Aku gedik nak beli. Maklumlah laki dah lama puasa. Huhu. Mula aku bajet nak beli Bidadari je sebab aku pernah makan Bidadari tu tahun lepas. Tu yang ter mengandung Adelea tu. Penangan Bidadari. Hahaha. So bila tengok Harum Malam je ni macam glamer je macam best je, maka aku beli. Gigih pegi cari kat kedai jamu jamu kat Labuan ni. Nak beli online macam lambat pulak rasa nak tunggu barang sampai. ;P

So bila dah beli, try makan beberapa hari sebelum keberkesanannya diuji. Heh.

Resultnya??

Malu pulak nak bagi testimoni. Hehe.

Kalau part ketat mengetat tu memang suami je la boleh bagi testimoni. Tapi takkan nak tanya direct ye dok? Kalau dah suami selang sehari ajak tido awal tu paham paham la yek. Hahaha. Korang memang suka kan nak dengor testimoni 18sx ni. Heh

Hasil lain, aku kurang rasa letih. Jarang dah aku tido petang. Kadang anak anak dua dua dah tido time petang tu, tapi aku idok ler ngantuk pulak. So aku berjagalah sorang sorang. Kang anak bangun kang baru aku nak rasa letih. Huhu.

Part bau badan harum tu aku tak berapa nak komen sebab aku tak rasa perubahan ketara sangat. Badan aku gini jugak masam bau susu. Hahaha. Apa nak buat, mak nyusu anak memang gini. Sokmo masam. Mujur laki masih mau peluk. Kehkehkeh.

Tapi kalau nak suruh aku compare antara Harum Malam dengan Bidadari, aku rasa Bidadari ummphh lagi kot. Ikutah pendapat masing masing.

Yang penting rumahtangga bahagia.

=)













Calling For MH370

Masuk hari ke 6 kehilangan pesawat MH370.

Misteri.

Aku ni dah la bangsa yang jarang tengok berita TV. Tapi dalam tempoh 6 hari ni tentiba Astro Awani jadi feveret channel. Muahahaha!

Tak tahulah apa nasib pesawat, penumpang dan krew kabin semua. Kalau baca speku speku yang bertebaran kat media sosial memang boleh bikin sesak jiwa. Macam macam cerita timbul. Mula kata terhempas lah, meletup di udara lah, kena hijack lah, patah balik pulak, dan semalam kecoh kata dah jumpa tapi...ada tapinya. Tapi aku pun tak tahu apa yang tapinya. Eh apa aku cakap ni? Huhu.

Aku yang bukan famili member penumpang pun dah rasa tak senang duduk mikio kan mana hilangnya pesawat ni. Inikan pulak ahli keluarga penumpang. Berdouble susah hati. Ada jugak yang PM aku tanya pasal kes ni. Kemain kan, macam kan aku ni FBI pulak. Haha. Ya memang laki aku TUDM. Walaupun bukan pegawai tapi aku tak sampai hati nak bertanya pada dia. Aku rasa dia tau sesuatu tapi dia zip mulut dan berpura pura tak tau apa-apa. So better aku jangan bertanya apa-apa. Kang kalau terbocor rahsia kang aku jugak gedik gedik nak kepoh kat mak jemah semua. Huhu.

Moh kita berdoa sajalah. Moga moga pesawat dan isi pesawat ditemui dalam keadaan selamat.




Berdoa..solat hajat. Itu yang terbaik.

Bomoh bubu ke bomoh do re mi tak payahlah ye. Kot ye pun nak glamer, cari lain time la bang!Ini kemain siap ber kot siap name tag bagai. Dah macam nazir sekolah je aku tengok. Hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...