MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, May 23, 2014

Bukan Wasap Gojes


Aku ada group whatsapp.
Tak tau cane nyebutnya. Wasap ke wasep? Ah lantoklah janji tau apa kebendanya kan?

Ada lah dua tiga empat group.
Group famili 1881, group cikgu cikgu sekolah, group ex classmate, dah paling havoc adalah satu group ni.
Group "morenians kedokians bukan wasap gojes"
Kerlass nama group ko jahh!

Kalau sehari tak jenguk kedokians, mau berpinau mata ko nak khatam wasap 1000 lebih punya dialog nak baca. Pengsan!
Macam macam cerita ada dalam tu. Kisah lawak tahap kuo air mata ada, kisah sendu ada, kisah berperang dengan orang umah ada, kisah anak ko berak celah langsir anak aku berak berdiri pun ada..eiii macam macam lah.

Tapi ramai yang pandang serong group wasap aku ni.
Katanya group dosa.
Nak amik ati ke idok?
Aku nasihat tak payahlah amik ati yek.
Nanti bila mereka mereka ni jumpa geng sekepala, pandai lah diorang tubuh group sendiri.
Group Wanita Lindungan Kaabah.
Waahhh suci sangat nama.

Siapa berminat bolehlah petik nama tu.
Free of Charge.
Heh


Thursday, May 22, 2014

Aidi dah mula tadika


Hari ni cerita Aidi pulak.

Aidi sekarang ni lawak jugak budaknya. Ada je benda lucu dia buat tiap hari. Jadi oleh sebab dia kelakau sangat, aku decide nak hanto dia masuk School of Lawak. Bahahahaha!

Idok ler.. aku nak anto dia tadika.

2 tahun setengah, masuk tadika. Very the gedevance ko nak!

Aku memang saja nak sekolahkan Aidi. Bukan sebab utama nak bagi dia pandai membaca mengira menjelang umur 3 tahun, tapi tujuan utama aku lebih kepada nak ajar dia bergaul, berkawan dan bercakap.

bergaul dan berkawan aku rasa Aidi takde masalah. Bercakap yang masalah. So dengan harapan bila dia dikelilingi rakan sebaya, guru-guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang fun, Aidi akan dapat tambah vocab diri dia sendiri.

Tadika mana aku hantar Aidi nanti?



Tadika Muhibbah nama diberi. Heh.

Secara luaran, tadika ni nampak biasa-biasa je. Rumah kampung yang diubah suai jadi tadika. Janganlah imagine Aidi sekolah kat Q Dees ke mana ye, tadika biasa je. Tak kisahlah tadika biasa, janji hasilnya luar biasa. Gituuuu.

Aku ada bawak Aidi pergi jumpa pengetua tadika masa registration hari tu.

Aidi nampak happy
Nampak selesa
Dan guess what? Dia dah dapat kawan.
Pengetua pun nampak impress tengok Aidi. Kata cikgu, Aidi very friendly. So walau umur dia baru 2 tahun setengah, pengetua allowed dia bersekolah.


Kawan baru Aidi, Raiyan namanya.


Tak tau siapa student baru siapa student lama ni.


Masa register ni, waktu tadika dah tamat. Tadika mula jam 7.30 pagi sampai 11.30 pagi. Lepas tu ada day care untuk siapa-siapa yang nak tinggalkan anak kat tadika sampai petang. Sebab tu kawan Aidi si Raiyan pakai baju biasa je. Dah habis waktu belajar.

Sempatlah aku masuk round round tadika. So far semua okey. Berbaloi lah dengan yuran RM100 sebulan.

Jadi naik penggal dua nanti Aidi akan mula sekolah. Cuti sekolah ni sibuklah aku laki bini menyiapkan kelengkapan sekolah Aidi.

Checklist checklist!

Monday, May 12, 2014

What?? Adelea dah 6 bulan?



Jarang aku cerita pasal Adelea kan? 

Kalau  Aidi dulu setiap bulan update milestone dia. Adelea? Sedih. Mama dah kemalasan. Huhu. Oklah aku kumpul 6 bulan punya cerita la senang. Kang cerita perkembangan anak pun ada 20 parts kang hazab sangat. Hahaha!

Adelea dah genap 6 bulan 10 Mei yang lepas.

Alhamdulillah. Besar dah anak dara aku. Walaupu size body masih maintain slim, tak mengapalah anak oi. Janji kamu sehat. Sementelah Adelea pun tak pernah demam ke selsema ke batuk ke apa sepanjang 6 bulan ni. Hari hari dia sehat, gembira, ceria. Syukur Allah.

Progress Adelea pun bagus.

Dia suka tersenyum ketawa bila kita agah.
Dah pandai meniarap dengan lajunya. Susah dah nak pakaikan dia pampers sekarang. Nak memusing je keje dia.
Pandai tengok TV. Paling suka tengok boboiboy! Ini abang dia la ngajor ni. Haha.
Kuat nyusu. sekali minum 5oz okey. Ini pun aku rasa macam tak cukup. Macam nak kena up jadi 6oz dah sekarang.
Dah boleh menyulur. Tapi bukan nyulur ke depan, nyulur gostan ke belakang. Hahaha. Apa apa la dik. Janji kamu berkembang.
Tido pun dah lama dia tido sendiri dalam cot dia. Tido pun jenis tido direct macam orang dewasa. Jarang sangat dia bangun malam mintak susu kecuali kalau dia tido awal sangat jam 8 dah tido katakan, memang dia akan terjaga dalam kul 1 nak susu.
Suka memerhati. Adelea jenis pemerhati. Dia suka tengok sekeliling, macamkan paham, analisis bagai pastu dia senyum sendiri. Gitulah anak dara aku.

Senang sangat nak bela Adelea ni. Kalau dulu aku rasa Aidi tu dah habis senang nak jaga, rupanya Adelea lagi senang jaga. Rezeki mama la dapat anak-anak menyenangkan gini.


Eh Adelea dah start solid food tau.






1st meal dia. Puree carrot!

Dalam fridge ada carrot dengan potato je. So aku pilih carrot sebagai makanan pejal pertama dia. Steam dan blend dengan susu dia sikit. Yummeh oii rasa!



Untuk 1st meal, aku bagi tak banyak. Dalam 1 sudu besar je. Dan licin, habis.Untuk seminggu ni rasanya memang 1 sudu besar je lah makanan dia. Makan pun sekali sehari je la dulu. Nanti masuk bulan kedua baru aku up makan 2 kali sehari. Slow and steady kata orang. Kang terkejut perut budak tu. Huhu.


Petang ni nak bawak Adelea check up 6 bulan. Berapalah berat dia sekarang.

Dapat 6 kg pun aku dah syukur dah. 5 bulan ritu Adelea 5.4kg. So kalau 6 bulan ni dia dapat cecah 6kg kira bagus dah la tu. 

Badan persis miss unibes memang cenggini. Ahaks!


Thursday, May 8, 2014

Baju Raya Anak Haruslah Berdondon

Puasa dah tak lama. Maknanya raya pun just around the corner kata omputeh. Maknanya, kaum mak mak macam aku ni pasti dah mula tergedik gedik nak menyoping baju raya. Paling heaven soping baju raya anak la khennn!

Standard mak mak la tu. Mak aku pun sampai sekarang masih sebok pikirkan nak siapkan baju raya aku tau. Manja sangat yongnana ni. Haha.

So tahun ni ada dah dua. Sepasang pulak tu. Acaner nak beli baju raya? Nak berdondon dondon ke idok?

Haruslah berdondon. Tapi ya ampunnnn...seksanya nak cari baju anak-anak sedondon. Nak nak kat Labuan ni. Memang payahlah. Maka terpaksalah aku usha online je.

Aku tak bape suka kalau sampai mak apak pun berdondon sama. Kalau anak pakai biru, habis satu famili biru. Aku tak bape kenan sangat. Eh ini bagi aku la tau, aku tak ngata cara orang lain. Terpulanglah masing masing. Aku just suka kalau anak-anak je sedondon. Mak bapak lantok pi lah. Kalau nak sedondon pun, sedondon mak apak je lah. Ngeeee.


Antara baju baju yang aku cuba dondonkan.

 Baju boy tu smart kot! Tapi malangnya baju girl dah sold out. Maka marilah mencari lagi.


Yang boy tu aku dah belikan untuk Aidi. Tinggal nak cari untuk Adelea. Aku pm orang yang jual dress ni tapi hurm, tak berbalas. Takpelah..cari lain.


Oi ini adalah hensem bergaya! Sayangnya dress Burberry tu paling kecik size 2 tahun. So takde rezeki Adelea. Yang boy tu memang mencengkam kolbu. Aku jumpa je yang matching untuk Adelea memang aku rembat yang Aidi punya tu. Heh.


Yang bawah ni, memang aku dah beli. Beli offline je kat Ujana aritu.


Bolehlah kan?

Matching la jugak. Yang dress Adelea tu kain dia lembut betul. Kain cotton sejuk. Raya raya takyah la pakai baju panas-panas ye dok? Kang makya yang rimas dulu. Haha.


Okey nak sambung window soping.

Daaa!!

Friday, May 2, 2014

Sopa baru. Ehem


Ehem ehem.

Ini cerita agak basi sebenarnya, tapi nak story jugak sini.

Iols beli sofa baru. Ehem. 

Haha.

Sofa lama aku yang berusia 3 tahun itu sudah nazak sangat keadaanya. Nak duduk letak bontot pun rasa sedih sangat dah. Koyak rabak siap soletep soletep sana sini.

Sedih. Malu pun ada jugak bila orang datang rumah tengok sofa aku dah gitu rupa. Uhuk uhuk.




Sofa lama. Bahagian yang buruk itu pada sofa 3 seaters. So terlindung. Haha.

Lepas dah bermusyawarah dengan incik suami, maka kami setujulah untuk korbankan duit holiday ke kota kinabalu cuti sekolah nanti untuk membeli sofa. Uhuk uhuk tak dapat pegi holiday.

Nak pilih sofa pun macam nak gila. Letih!

Cadangan asal nak beli sofa L Shape je sebab nak jimat ruang. Almaklumlah rumah besar lubang idong katanya. Tapi idokler aku jumpa L Shape yang bekenan. Ada yang jenis fabrik, pastu takleh bukak basuh pulak. Ada yang design dah cantik, tapi bila test duduk adoyai kemain keras rupa duduk atas batu.

Harga taknak murah pulak. Hoi!

2 hari jugak lah ke hulu hilir keluar masuk kedai kedai perabot.

Last lastnya pilih sofa  1 2 3 seaters jugak.



Sofa baru iols

Tengok kat kedai macam size standard lebih kurang sofa lama. Sekali bila sampai, adoimak! Besau! Siap nak masuk pintu pun susah.

Bila dah besar, maka memang makan space la. Sempit rumah hamba. Mujur aritu tak beli dining table sekali 6 kerusi sekali. Ikut kan ritu laki aku dah gedik gedik nak tuko meja makan jugak. Mujurlah tak beli. Kalau beli manalah nak dicampakkan sebab rumah dah full. Haha.

Nak susun atur pun aku sampai tak reti. Pusing tang sini tak kena, tang sana tak kena. Last last susun atur yang macam kat atas tu je lah yang paling elok walaupun sebenarnya tak berapa elok jugak.  Lantoklah!





Jadi sekarang gembiralah hati perempuan aku sebab ada sofa baru. Walau bukan sofa leather, half leather pun bukan. Cuma sofa cikai je *tapi rege ya ampun mahai*, aku tetap gembira.


Tapi.............

Incik suami aku ni suka nau melenjan tido atas sofa.





Eeeiiii manalah sofa lama tu tak rabak??

Bang, kalau yang ni pun rabak, ko beli yang baru harga dabel!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...