MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, July 22, 2014

Report sudah dibuat...habislah kau!


Rentetan isu seller online penipu dalam entri lepas (KLIK UNTUK BACA) , maka terpaksalah aku sekeluarga mencari semula baju melayu untuk Aidi dan abahnya.

Untuk incik suami takde masalah sangat sebab memang dah pernah nampak ada baju melayu johor kaler royal blue jual kat Parkson. 50% lagi ada diskaun. Sebelum ni pejam mata je lah tengok baju tu sebab pikirkan dah order dengan si penipu tu kan. Huh. Mujur masih ada size lagi. Tinggal ngam ngam je sepasang lagi size incik suami. Rezeki dia la tu.

So setel cik abang punya.

Meround pulak ujana kewangan tu cari baju melayu Aidi. 

Ada tu ada. Jumpa. Tapi bukan baju johor macam abahnya lah. Tinggal baju cekak musang je. Aku malas nak pikir panjang, size ada, kaler ada, so aku rembat je. Tak koser dah nak mencari baju johor pulak untuk Aidi.




Jumpa sampin sekali. Sampi sebenarnya dah beli. Tapi jumpa pulak sampin yang ala ala abahnya punya. Rege pun RM15 je, so aku rembatlah jugak. Sepasang baju Aidi siap sampin baru RM60. Murah lagi dari beli dengan penipu tu. Baju abahnya pun murah. RM75 je after 50% less. Berbaloi. Daripada beli dengan penipu, terbang duit aku RM180, barang pun tak dapat. Pfftt!!


So setel baju melayu cap abah dan anak.

Aku ni dari Jumaat ritu dok tunggu la duit refund aku dari penipu tu kan. Jumaat tunggu, takde. Sabtu takde, Ahad Isnin pun takde. So arini dah selasa. 5 hari dah aku tunggu duit aku tak nampak bayang. Aku sms tak reply. Pm kat fesbuk pun tak berjawab. Makanya...


E aduan ke KPDNKK la jawabnya.




Terima kasih banyak buat Piya (atasrakcollection) sebab gigih dapatkan nombor ic dan alamat penuh si penipu ni. Terharu pulak aku dengan dak Piya ni. Terima kasih la ye Piya. Ni akak dah report dah ni. Kita wait and see.

Duit aku tu, aku memang tak halalkan ko makan dunia akhirat.


So aku akhiri entri hari ni dengan ucapan puasa tinggal 5 hari je lagi.

Horayyy!!

Thursday, July 17, 2014

Online seller Penipu! Beware.



AMARAN: INI ADALAH ENTRI PANJANG. SILA BERTABAH MEMBACANYA.

Hari ni bebetul mencabar pahala puasa aku. Grrrrr.

Ni habaq kat hang, aku kena tipu dek on9 seller!

Choi sangat!

Gini..aku beli baju melayu untuk incik suami and aidi. Sebelum puasa lagi aku dah order. Bayar pun sebelum puasa lagi. Tapi sampai sekarang, yang tinggal 10 hari je lagi nak raya ni parcel tak sampai-sampai!

Ko rasaaaaa???

Mendidih jiwa aku ni tau tak.


Oklah sabo..sabo. Meh nak story dari awal.

Aku beli 2 pasang baju melayu dari page "Malaynise". Nengok pagenya,likers sampai 15k. So aku bajet seller ni ok la kan. Ramai likers and maybe ramai customers.



So 25 Jun aku mula pm page Malaynise ni untuk order. Bla bla bla bla semua total harga RM185. Dia bagi diskaun RM5, so total aku bayar Rm180. Payment through cimbclicks on 26 Jun.


Payment made on 26 Jun.


Kendian, 28 Jun baru Nia (owner Malaynise rasa aku) noted payment yang aku buat. Dia tak maklum pun bila dia pos apatah lagi nak forward tracking number. Memang takde. Senyap terus.


Sebabkan ni bulan puasa,ramai orang soping moping, so aku pun pahamlah poslaju punya servis akan jadi lambat sikit. Jadi aku pun bertabah je la tungu baju melayu laki aku n aidi tu. Sampaikan jalan jalan kat mall pun kami pejam mata je bila nampak baju melayu sebab pikirkan dah beli. Tunggu je nanti sampailah tu kat rumah.

Malangnya...tak sampai sampai. Seminggu tak sampai. Dua minggu tak sampai. Sedangkan barang lain yang aku beli lagi lewat pun dah lama sampai.

So 10 Julai aku pm semula page Malaynise. No reply. Hampa.


Pastu aku teringat Nia ada bagi aku no fon ritu masa order. So aku sms dia. Wasap dia rosak katanya so aku sms je la. 11 Julai aku sms. Tak reply. 12  Julai aku sms lagi, pun sama. Tak reply. Hati aku dah dup dap dup dap ni. Tapi masih berbaik sangka. Kot memang poslaju lewat ke apa kan. So positif positif.


Esoknya 13 Julai, laki aku dah bebel bebel tanya kenapa baju dia tak sampai lagi ni. So aku nekad call Nia. Ada berjawab. Aku pun bagitau la barang tak sampai lagi apa semua. 

Nia suruh aku sms kat dia nama fesbuk aku, so nanti dia check status order. So aku sms kan. Siap aku sms sekali details order aku semua. Nia cakap dia akan minta  pekerja dia check. Anything dia akan inform aku.

Berjangguttttt hoi tunggu. Takdenya dia update apa apa.


Esoknya 14 Julai. Hakakkkkk jugak kena sms dia balik. Tapi macam biasalah. Nan hado reply.

Bertabah je la aku kan. 14 Julai tu Isnin kan? Selasa 15 Julai cuti Nuzul Quran, so aku call semula Nia ni. Okey ni point penting ni.

Aku call 15 Julai pada hari baik bulan baik.

Nia jawab. Katanya PARCEL AKU DAH SAMPAI KE LABUAN. KALAU TAK PETANG NI, ESOK PAGI PARCEL SAMPAI RUMAH.

Aku ingat lagi ayat dia. Sebabkan ni calling so aku tak dapat nak printscreen. Tapi memang itulah ayat dia.

Okeylah lega lah sikit hati aku ni kan dengo parcel dah jejak labuan. Kemain aku nunggu posmen ketuk pintu. Memang ada posmen datang, tapi bukan hantar baju melayu, hantar sampin je. Memang aku ada beli sampin untuk Aidi n abahnya. Tapi dari seller lain la. Dua seller berbeza. Sampin tu 3 4 hari je dah sampai dah. Bajunya??? Hurmmm.

Esoknya 16 Julai aku sabar menanti lagi. Tapi hari tu langsung posmen takde ketuk pintu. Hampa lagi.

So hari ni 17 Julai kan?

Kat sekolah tadi aku call Nia.

Okey dia angkat. Aku kenalkan diri. Dia dengar je nama aku terus dia offer aku dua pilihan.

1. Refund duit.

2. Dia hantar semula baju yang lain guna kurier lain.

Tapi aku tolak dua dua tu. Aku mintak dia tracking number. Aku pun apalah bodo sangat tak mintak tracking number dari awal. So aku cakap aku nak tracking number dulu, aku nak check sendiri dengan poslaju labuan since dia kata barang dah sampai labuan kan ritu. So meh aku nak check.

Aku call mintak tracking number tu kul 11 pagi. Sampai kul 1 petang pun haraammmm dia nak bagi tracking number aku.


Dan aku pun ngadu la masalah ni kat geng wasap kedok. Then tau apa??? Kami terjumpa sesuatu.

Jeng jeng jeng..


0

Korang nampak tak? Nampak tak?

Bukan aku sorang yang terkono oiii!!

Cadbury betol!!

Untuk pengetahuan, dia dah delete status yang ada orang komen komen macam ni. Puii sangat kan? Nasib aku sempat printscreen.

Apa lagi..aku pun forward la printscreen aku ni ke dia.

Aku sms dia macam kat bawah ni


Berdesupp dia reply. Padahal sebelum tu berkali kali aku call mintak tracking number yang dijanjikan, langsung tak berangkat call. Bila aku cakap nak report je terus reply. Takut keww?

Tapi Ko tengok jawapan dia apa?? 

Ada yang terima ada yang terima parcel katanyaaa..Bergantung pada kawasan masing masing. Apa benda ni??? Kau jual barang tapi taknak make sure barang tu sampai pada customer. Kebodohan apa ni??? Bergantung pada kawasan masing masing pulak tu. Apa ni? Ko nak cakap poslaju labuan tak buat keje ke apa ni? Aduhaii..pening aku dengan Nia ni. Siap guna nama Allah. Ya memang Allah je tau apa yang ko kerjakan. Tinggal nak tau kerjaan ko tu kerja baik ke kerja buruk je. Allah memang nampak.

Start dari sini aku dah mula emosional. Tapi aku cuba control untuk tak memaki maki. Kitorang berbalas balas sms masa ni. Malas pulak aku nak printscreen semua. Tapi kalau baca sms dia memang boleh sesak jiwa. Dia memang tak mengaku salah. Dia dok kona sana sini back up diri. Apa ko ingat aku ni hulu sangat ke boleh ko cong cong gitu??


Aku ada tanya dia, apa yang susah sangat nak bagi tracking number tu? Tadi aku call kata boleh bagi. Aku tunggu 2 jam lebih pun tak dapat dapat jugak. Apa la susah sangat ni?

Ko tengok apa dia jawab.



Dia ni baru start bisnes ke apa ni? Apa ke jawapannya macam tu? Boleh pulak KALAU BERLAKU HILANG??? Abis buyer ni membeli barang untuk tengok samada barang tu hilang ke tak tengah jalan ke cane? Kalau hilang..refund la duit. Kalau selamat sampai, bonus la untuk buyer tu. Gitu eh? Eh?

Oii makcik! Kami ni beli barang sebab kami nakkan barang tu. Dah kalau ko penah berdepan dengan masalah barang hilang tengah jalan, supposed ko buat aduan dengan poslaju dari 1st time kes tu jadi. Bukan biar biarkan sampai sudahnya customer pulak kena jadi penunggu barang hilang ke tak. Akai ada tak??

Lastly, dia bagi jugak tracking number. Check check..ko tau apa resultnya??


RECORD NOT FOUND!

Ko rasaaaa????

Aduhai..remuk rasa hati aku ni.

Ritu cakap barang dah sampai Labuan. Logiknya kalau dah sampai Labuan,mesti ada dalam sistem dah. Dah lebih 3 minggu kot ko pos (katanyaaa). Takkan lah tak hapdet hapdet lagi?? Tak ada logika sungguh.

Sudahnya aku dah betul betul give up. Aku malas nak fight for parcel aku dah. Aku nak refund je. So baju melayu Aidi n abahnya kita cari lain je lah.

Tapi tak habis lagi muslihat dia. Nak refund pun dia mintak tangguh


Sebabkan aku ni budi bicara level tinggi, so ok kan je la dia nak tempoh sehari dua tu. Kita tengoklah dia bayar ke tak. Kalau dia tak bayar, memang e-aduan kpdnkk la jawabnya.

Sempat jugak aku bagi sepatah dua kata kat dia.



Siap good luck aku hadiahkan. Mana ko nak cari customer berbudi bahasa tahap band 6 macam aku ni. Kohkohkoh.

So kesimpulannya..baju melayu tok laki and aidi tarak. Haha.

Kesimpulan kedua, kau, kau, kau, dan kau. Ye kau yang tengah sengih sengih tu, sila berhati hati semasa shopping online. Aku tak suruh korang jangan berurusan dengan Malaynise ni. Terpulang lah. Tapi...BEWARE!






Monday, July 14, 2014

RESEPI PUDING KARAMEL KEGEMARAN SUAMI



Nah !




Hamboiii..kemain nah lagi kan? Haha.

Ni ha puding karamel aku buat weekend ritu. Sedap hoi! Sedap sangat. Paling best TAK PAYAH KUKUS sebab TAK GUNA TELUR. Ko bancuh bancuh pastu simpan je dalam peti ais. Siap!

Anda mahu resepi??

Ewaaahhh ber anda anda pulak kan? Kehkehkeh.

Nah resepi.

PUDING KARAMEL KEGEMARAN SUAMI *nama tak hagak!*


A) Karamel
 - 6 sudu besar gula
 - 4 sudu besar air.

Caranya: 
 Campurkan gula dan air. Masak atas api kecil sehingga keperangan dan sejukkan.

* Kalau agak agak air gula macam tak cukup, boleh je tambahkan air dan gula. Nisbah gula : air = 2 : 1.

B) Puding

- 1 paket agar agar serbuk 10g (pakai agar agar tali pun boleh. Belah 3 sebab agar-agar tali biasanya 30g)
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla.

Caranya:

1. Campurkan semua bahan. Kacau selalu atas api kecil sehingga mendidih. Agak agak dah pekat sikit boleh tutup api.

2. Tapis dan tuang dalam loyang berisi karamel tadi. Sejukkan sekejap dan masukkan dalam peti ais. Simpan sejam pun dah boleh makan dan.


Serius sedap.

Lagi sedap banding puding karamel yang guna telur sebab yang pakai telur kadang ada rasa hanyir skit kalau tak kena gaya. Tapi yang ni memang thorrrrbaek!!

Cubalah!

Monday, July 7, 2014

Baju raya keme kira done dah lah.



Hai uols!

Bersiaran lagi kita yek. Tengah ada mood nak hapdet ni mehlah hapdet. Kang kalau dah malas,sebulan takde entri pun apa ada hal! Haha.

Eh semalam kitorang anak beranak pegi shopping. Tujuannya nak mencari seluar jeans anak anak dan bapak anak. Tapi biasalah, Labuan kan,bukan ada choice sangat. Sale pun takdelah gila gila sale. Aku beli 2 lai jeans Aidi, 2 lai jeans Adelea je pun dah kopak RM225! Bertabah je la kan. Sebab mahal so sorang dapat 2 lai je la jeans baru. Yang lain lain pakai lah hok lama punya. Masih cantik lagi. Heh.

Jeans apaknya tak jadi beli. Sebab apa? Sebab laki aku cakap alaaaaa...bukannya esok nak raya. Lek lek la dulu. Katanyaaaaa. Lantok kamu la bang.

So far baju raya anak anak comolete dah.

Baju melayu sudah
Sampin sudah
Baju kurung sudah
Baju kasual sudah. Dapatlah 7 ke 8 pasang sorang.
Kasut sudah. Err kasut adelea macam nak cari 1 lagi.
Headband adelea sudah.

Kira setel la tu. Tahun ni baju raya anak takdelah banyak sangat macam tahun lepas lepas. Dulu baju raya aidi siap boleh bikin menara. 30 pasang aku beli. Tahun ni berpada padalah. Ini pun aku gerenti ada yang tak sempat pakai. Silap silap sampai raya tahun depan tag rege tak bebukak. Haha.

Baju mama abahnya camne pulak?

Macam biasalah..mama abah biasa biasa sudahlah.

Tapi aku dah siapkan baju raya asben. Laki aku tu kalau aku tak belikan memang sampai ke sudah dia takde baju raya. Jadi hakakkkk jugaklah kena pikir semua.

Aku beli baju asben kat parkson online ritu. Baru tau ada parkson online. Baju untuk lelaki lawo lawo jugak. So aku rembat la empat lai.






Janganlah terkejut kenapa semua longsleeve. Laki aku memang jenis pakai longsleeve. Dia tak mau pakai shortsleeve atas sebab sebab tertentu. Tettttt!. Haha.

Memang bukan senang nak cari baju longsleeve yang cantik dan affordable. Tak berani nak cakap murah sebab aku tau baju longsleeve biasa harga memang mahal skit. Tapi ni 4 lai aku beli ni total RM287. Oklah bagi aku. Siap hantor sampai depan pintu kheeenn.

Yang paling bestnya laki aku suka gila.

Siap dah pakai selai semalam. Kehkehkeh.

Siapa yang tengah usha usha baju raya untuk laki memasing dan malas nak pegi besesak sesak kat mall bolehlah terjah parkson.com.my. Tapi aku tengok baju lelaki je la yang lawo,baju pompuan and budak tak lawo langsung. Huh.


Ni nak tayang jugak hadiah besday aku ritu. Kat fesbuk and ig dah tayang dah. Kat sini dah ke eh? Ahh tayang je la lagi sekali kan. Hahaha.


Ehem.

Henbeg tu aku buat henbeg raya je la. So memang tak pakai lagi. Kasut tu aku dah sauk dah sebab memang kasut aku dah jahanam. Selesa gila sandal ni. cantik pulak kat kaki aku. Pandai asben i pilih. Ewaahh! 

Aku suka sangat dua dua hadiah asben bagi ni. Walaupun just henbeg and sandal biasa yang bukan hok branded branded tahap ribu ribu rege, tapi aku suka. Aku pun bukan spesis pakai barang branded pong. Henbeg uptown lah paling aku suka. Kahkahkah!


Thursday, July 3, 2014

Kedidi dan Kededek




Ehem..dapat duit raya RM500 dengo nya.

Jadilah kan. Tak payahlah nak bentak bentak kenapa tak dapat bonus sebulan gaji ke setengah bulan gaji ke bla bla bla. Silalah ketahui bahawa duit gomen dah habis buat beli panda. Ops!

Hahaha.

Syukurlah ada jugak orang nak bagi 500 hengget ye dak? Bolehlah buat beli beli apa yang tak cukup.

Eh ni nak cerita, aku seronok tengok gelagat anak anak aku sekarang. Dua orang anak, dua dua ada perangai diorang sendiri. Memang tak sama. Yang abang cenggitu perangainya, yang adik cenggini perangainya. Tapi dua dua selalu buat aku ketawa. 






Aidi.

Sejak sejak dah sekolah ni makin banyak akal dia. Bercakap pun boleh kata makin improve.

Kalau dia terjatuh or terhantuk sesuatu, laju je mulut dia "aduh sakitnya!" sambil pegang tempat yang sakit.

Kalau adiknya nak main toys sama - sama, kemain lagi dia dia cakap "eehhhh ta uleh". Maknanya ehhh tak boleh lah tu. Maka adik tengok je lah abang main dari jauh. Uhuk uhuk.

Jap lagi dia ajak main masak masak. Dia dah grengg grengg grenng masak, pastu bubuh dalam bakul dia, kelek kat tangan bawak makanan datang kat kita sambil dari jauh dah berbunyi " ekommmm!!!" Wuwuwuwu mak jemah sangat ko Aidi siap bagi salam dari jauh. Nak jual kuih ke nak oii? Haha.

Ni sekarang dah kenal semua alphabet. Bagus aidi!

Dulu masa baru hantar Aidi school, aku ada aim kalau Aidi dapat kenal huruf, 123, and alif ba ta by hujung tahun ni pun aku dah syukur nikmat dah. Sekali baru 2 minggu tadika dia dah kenal semua huruf. Betul betul kenal bukan hafal ikut turutan ABC tu. So aku memang impress. Dalam hati aku berkata, kalau dah mamanya cerdik, mesti anaknya bijak jugak kheennn. Bahahahaha!! Bab perasan memang serah kat ko Yong!

Memang Aidi sekarang dalam proses berkembang minda dia. Tiap hari ada je benda baru dia buat. Itulah anak sulung aku.


Adelea?


Aduhai kededek sorang ni.

10hb ni cukuplah 8 bulan dia. Badan takdelah bam bam sangat. Pakai baju size 6-12 je lagi.

Dah boleh pasak kuda-kuda nak merangkak, tapi manjanglah gostan je jalannya. Entah bila nak merangkak ke depan entahlah. Gamaknya dulu dalam perut dah biasa songsang, so sampai sekarang bergerak pun nak songsang aje. Tak kisahlah ye dik, janji awak hepi.

Adelea jenis baby yang senang jaga. Kuat tido pun ye jugak. Ko letak je dia atas katil dia, mula mula dia golek golek borak dengan bantal, lama lama kang tengok dia dah mengeroh dah. Adelea pun jenis berdikari, dia betah tido sendiri dalam playpen dia. So sonang kojo omak eh.


Tapi Adelea ada satu peel. Dia memilih orang.

Ada orang orang tertentu je yang boleh dukung dia. Bukan semua. Aku pun tak tau apa kriteria yang si Adelea ni tengok. Sekarang ni maklong and paklong dia sendiri pun dia takmau dah. Meraung macam hapa je kalau maklong dia dukung padahal dulu maklong tu la yang basuh berak kencing dodoi dia tido apa semua. Esok raya balik kampung tak tau lah. Kalau semua orang dia tak serasi, bersedia je la aku ni kepit Adelea celah ketiak 24 jam. Huh.

Adelea thumbelina aku, sekarang dah besar jadi gadis sunti.

Tak lama lagi, ada lah aku kawan shopping. 


Weeehoo!!

Tuesday, July 1, 2014

Ayam Masak Merah lawan tokey namanya.


Hamboiiii entri semalam (KLIK SINI) ramai pakat tanya resepi AYAM MASAK MERAH yek?

hiuhiuhiu.

Aku bukan tak nak share resepi ayam merah, cuma aku rasa segan. Yelah, ayam masak merah je kot, rasa macam semua wanita wanita hebat di Malaysia ini mampu meghasilkannya. Ewaahh aku kan! Haha.

Oklah, atas permintaan ramai, marilah aku kongsi resepi. Cepat amik pen dan kertas.

RESEPI AYAM MASAK MERAH PENAMBAT HATI SUAMI *ceaaaa tajuk lauk!*

Bahan kisar:

1. cili kering 15 tangkai
2. bawang besar sebiji
3. bawang putih 3 ulas
4. serai sebatang
5. halia setengah inci
6. tomato sebiji

Caranya:

1. kisar semua bahan kat atas.

2. sambil kupas kupas bawang segala tu bolehlah goreng ayam macam biasa. Goreng tak perlu garing sangat pun takpe. Ayam siap goreng, angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar. Make sure cili masak betul betul.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau suka boleh bubuh sos cili sikit.

5. Masukkan air sikit dalam suku cawan.

6. Masukkan ayam yang dah goreng tadi. Gaul.

7. Hiaskan dengan bawang potong bulat ke kacang peas ke daun sup ke.

8. Siap!



Itu je lah cara aku masak ayam merah. Dulu aku kisar cili tak bubuh serai and tomato. Sejak dua tiga menjak ni aku saja try try test bubuh tomato and serai sekali. Itu gamaknya yang buat laki gila bayang. Bahahahah!

Jadi bolehlah try. Aku ni idok ler pandai pun masak. Mungkin tekak laki aku kata sedap gila, tekak kome kata biasa ajer. Uhuk uhuk uhuk.

Sekian la dulu resepi untuk hari ini.

Selamat memikat!! 

Err memikat perut suami. Peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...