Sunday, August 30, 2009

BILA CIK WAN TURUN DAPUR

Aku sebenarnya bukanlah kategori wanita yang pandai memasak. Sangat serius ni. Aku memang kurang keyakinan diri kalo bab-bab dapur ni. Aku lebih sanggup buat kerja rumah yang lain. Bagilah aku kemas umah ke, basuh pinggan mangkuk ke, lipat kain ke, basuh kain ke, apa-apa je la..janji bukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan aku memegang sudip dan kuali atau yang seberadik dengannya. Memang aku fail.

Pada suatu masa dahulu, sewaktu aku berkunjung ke kampung tunang aku (masa tu boipren lg la.hehehe), aku telah disuruh memasak oleh bakal mak mentua aku! Huh, memang parkinson la time tu. Giler! Mana aku reti memasak weh..Tapi takkan aku nak terang-terang habaq mai kata aku ni "buta kuali"? Jatuh la saham aku..huhu. Jadi aku pun berlakon la..persis seorang wanita yang sangat la cekap hal-hal dapur ni. Padahal dalam kepala aku time tu ligat dok ingat balik sgala bagai petua-petua and resepi untuk masak satu lauk yang simple jek..sambal telor! Huh, berkat lakonan mantap aku, ditambah pula dengan daya ingatan aku yang kuat ini..maka terhasil jugak la sambal telor aku. Sedap tak sedap lantak la..janji aku dah berjaya siapkan. Abis jugak diorang makan. Huhuhu


Petang tadi, pintu hati aku macam terbukak la pulak untuk memasak. Silap-silap orang kata aku buang tebiat. Huhu..Tapi kalo dah namanya pompuan, buang tebiat apa kebendanya kalo rasa nak memasak ye tak? So hari ni aku telah berjaya memasak tiga jenis lauk untuk hidangan berbuka puasa. Lauk simple jek..tapi sebab aku yang masak, so aku rasa itu satu kejayaan besar bagi diri aku yang failed bab-bab masak ni. Cakap je kalo takde bukti tak guna kan? Meh aku tempek gambor sekeping...inilah hasil masakan aku arini..Sambal telur puyuh, daging masak kicap and sayur kacang. Nampak sedap kan? (Tapi rasanya ntah la...hehehe)


1 comment: