Saturday, August 15, 2009

PERUTUSAN RAJA BERHARI HARI


Agak lama jugak aku tak update blog ek? Huhu. Apa nak buat. Keje sekolah semakin banyak. Kalo tak siapkan nanti cikgu denda berdiri atas meja la pulak. Lagi malang kalo kena berdiri atas bumbung, Haha

Okla jangan merepek lagi. Malam ni aku nak tulis pasal kad kahwin. Erm..penting tak kad kawin ni ek? Aku tengok zaman sekarang pengantin-pengantin sumer dah advance, jemput pakai sms jek. Tambah advance diorang jemput guna facebook ke, myspace ke, friendster ke. Kalo yang rajin ada la jugak usaha diorang untuk scan kad kahwin diorang tu. Kalo yang malas tu just wat ayat cantik cantik sebagai ganti kad kawin. Kalo berterusan gini, bleh makan nasik dengan kicap je la tauke tauke kad kawin sumer nanti. Huhu..

Bagi aku la, canggih camne pun teknologi, kad kawin tak boleh kita lupakan. Tetap kena bagi. Tapi sejak ekonomi makin meleset nih, boleh la kita bagi kad tu kat sesiapa yang kita rasa akan datang kenduri kita nanti jek. Contoh kwn-kwn rapat, and famili-famili rapat. Kalo setakat kwn-kwn yang kita tak bape nak kenal kat dalam facebook bagai tu tak yah kad pun takpe. Yang tu boleh la guna teknik malas seperti yang dinyatakan kat atas nu. Huhu.

Minggu sudah, one of my dear fren, Irda ada p pameran pengantin kat Mid Valley. Adoyai..dia yang blom nak kawin lagi pun rajin merajinkan diri dia utk p sana. Aku nih??Adoi...malas kuasa dua. Hahaha. A big hug to Irda! So, Irda ni dengan murah atinya bagi kat aku sumer pamplet/brochure yang dia dpt kat wedding fair tu. Dan mata aku seperti biasa la mesti akan terpegun dengan sesuatu yang menawan kalbu. Hahaha..Cuma kali ni aku terpegun dengan satu design kad kawin yang ada dalam koleksi GedungKadKahwin.Com. Memang cantik. Unik. Simple.Sweet. Tak caye? Tengok pict kat bawah ni. Aku snap guna kamera fon cikai aku jek masa kat dalam kelas. Huhu. Maaf kalo gambo tak cantik. Im not a fotografer. Huhu.

chantek x? I like the cartoon one. My fiance too..huhuh

1 comment: