Wednesday, September 16, 2009

2660.30

Seperti yang telah aku coretkan dalam entri edisi milo (3 in 1), hari ni 16 September 2009 para pelajar DPLI sesi Julai 2009/2010 menerima elaun masing masing dengan gumbiranya..Alhamdulillah.Akhirnya rezeki yang ditunggu tunggu muncul jua. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia!

Bila dah dapat duit, biasalah kepala masing masing secara otomatiknya dah diprogram untuk segera membeli belah. Tambah lagi raya dah makin dekat ni. Ramai lagi kengkawan yang masih tak buat apa pun persiapan raya. Kuih raya sebijik pun takde dalam balang, apatah lagi baju raya sepasang dua. Huhu. Maka aku pun bersetuju mem folo teman teman bicara jiwa aku kat UPSI ni untuk bersoping raya after kelas hari ni. Soping katne? Mid Valley? Salah...Jalan TAR?? Pun tak betol..Abis katne??
.
.
.
Pekan Tanjong Malim suda..;p

Tapi sebabkan aku dah punya banyak baju raya (ada 5 pasang okey;p), so aku tak berminat untuk tambah baju raya lagi. Wat membazir jek. Baik aku wat menda lain. Nak tau apa aku wat dengan duit elaun aku pada hari pertama aku mendapat elaun ni? Nah tengok la..



bayar bil telefon.tak sanggup dah fon kena bar.seksa menanggung rindu;p



baju tido raya.orang lain sibuk beli baju kurung la kebaya la.aku tetap setia dengan pakaian rasmi aku.kaftan.;p



hazel cheese..perisa (perisa ke perasa?ke dua dua salah?) baru ke ni?aku x pnh jumpa sblm ni. tu yang jakun beli tu.



akhir sekali berbuka puasa di Restoran Cupak. Aku order tomyam, telur dadar, sotong goreng tepung. Terbaeekk la. Ni pict sebelom makan. Yummy



ni pict selepas aku dah bertukar menjadi 'ular sawa'. Burrp..kenyang gilos. Takde apa lagi yang tinggal. Kalo kucin nak makan pun takde sisa dah.hahaha..*lahap*


Kesimpulannya hari ini adalah hari paling syurga sepanjang aku kat UPSI ni. Esok aku akan berangkat pulang ke KL dan meneruskan misi perabihkan duit bersama Irda pulak kat Jalan TAR. Tata Tanjong Malim!

No comments:

Post a Comment