Tengah sedap sdap aku bermain dengan 'peti sejuk' aku ni tiba-tiba fon aku yang telah menjadi bisu selama dua hari mengeluarkan bunyi..."yongggg sms."
Tau la aku bahawa ada sms masok. Sape la pulak anta sms malam-malam gini. Bila aku bukak peti masok aku, tertera nama 'ayid'. Ayid ni adik aku yang baru kawin last year. Sila rujuk entri 'perkahwinan pertama'. Hmm..ada apa ayid sms aku malam-malam ni. Nak discuss pasal ofer keje baru dia ke?Hmm..ntah. Bacalah dulu sms dia baru tau.
"Alhamdulillah Sakinah dah confirm pregnant 5 minggu...doakan anak pertama kami..amin.."
Ohmaigod! I'll become Mak Yong?? Serious?? Huh memang seronok! Aku senyum bukan takat sampai ke telinga. Tapi dah sampai ke belakang telinga dah pun. Huhuhu..serius aku sangat seronok. Berita elaun akan masuk dalam masa terdekat ni pun tak aku happy macam ni.
Sungguh. Mungkin inilah perasaan bila nak dapat anak buah. Patut lah Incik Tunang pun memberikan reaksi yang 'over' bila tau kakak ipar and kakak dia pregnant sebelum ni. Rupanya perasaan itu sangat lah ajaib. Tak pernah rasa. Tak sama dengan perasaan kalau nak dapat adik baru atau sepupu baru. Perasaan yang sangat aneh. Yang boleh buat aku terus meng google baju-baju baby yang comel-comel untuk dihadiahkan kat bakal anak buah aku tu. Sangat manis!
Sekarang baby baru 5 minggu..ada lebih kurang 32 minggu lagi sebelum baby boleh tengok muka Mak Yong dia yang kiut miut ni.*perasan*. Tak sabarnya...baby boy ke girl ke..I don't care. Asalkan sehat walafiat comel sentiasa seperti Mak Yong. ;p
Jom kita tengok hasil peng google lan aku tadi..tadaa..kiut kan?
No comments:
Post a Comment