Hari ni hari Ahad. Sepatutnya menjadi hari yang paling syiok bagi aku. Tapi sebaliknya yang berlaku. Weekend kali ni terasa sungguh menyeksakan. Kenapa??
Satu..
Aku tak balik Ampang. Maka secara otomatiknya aku terpaksa menjadi seorang pembosan di Tanjong Malim ni. Serius. Aku memang layak memenangi anugerah Pembosan Terbaik Minggu Ini.
Dua..
Line fon aku kena barred. Maka secara tidak langsung aku tak boleh berhubungan dengan sesiapa terutama Incik Tunang. Aku takleh call dia, dia pun takleh call aku. Maka menjadi bisu la fon aku sepanjang weekend ni. Sama seperti tuannya. Dua-dua dh jadi OKU.
Incik Tunang claim dia dah bayar dah bil 9hb aritu. Tapi bila call Maxis, diorang kata payment tu dah di reversed balik. Ish sungguh aku tak paham. Nape plak kna reversed balik payment tu?Incik tunang bayar guna duit palsu ke? Hadoi. Aku tak larat nak pikir sebab musababnya. Cuma menanti masa dan ketikanya line fon ni diaktifkan semula. Stress.
Tiga..
Seperti yang aku story dalam entri 'kering kontang 2', poket aku memang 'gersang'. Setakat ni aku cuma ada sepuluh hengget je dalam purse. Cukup untuk wat belanja p bazaar petang nnt. Mujur my dear mom memahami. Maka dapatlah aku wat kesimpulan yang 'bank FAMA' adalah bank terbaik di dunia. Memberi wang tanpa faedah dan tanpa perlu membayar balik. Huhu..
Empat..
Aku sangat bosan sekarang..aku sangat rindukan my ucuk. Please abang..call me now even to say hello. Kalo tak sampai ke malam aku akan duduk menung depan 'peti sejuk' aku macam ni..
No comments:
Post a Comment