Beberapa minggu lepas, aku telah diberikan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang anak dara yang diberi nama Wan, Norly, Yanti, Kak Zana, Naza, and Kak Faizah. Kumpulan kami telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan satu aktiviti pertandingan ala-ala aktiviti ko-kurikulum kat sekolah tu. Memang pada awalnya macam-macam idea kuar..ada yang cadangkan pertandingan nyanyian lagu patriotik, ada yang cadangkan pertandingan lukis poster, pertandingan memasak, pertandingan busana muslimah la..macam-macam idea ada. Sudahnya kami pilih pertandingan Busana Muslimah..cuma kami improvised skit nama dia jadi MAKEOVER CONTEST..baru nampak moden skit. Huhu..
Dan ntah camne ntah, aku tanpa disengaja telah dilantik menjadi ketua kumpulan..Sejak dari tu memang trasa mcm ada batu besar atas bahu ni. Yela, bukan senang jadi ketua ni..macam-macam nak kena pikir. Tapi aku bernasib baik, 5 orang kuncu-kuncu aku sangat memberi kerjasama. Bertuah aku. Huhuhu..
Jadi bermula proses persiapan untuk pertandingan tu. Macam-macam pahit manis berlaku sepanjang persiapan dilakukan. Ada yang tak tido malam, ada yang sampai pujuk boipren soh sponsor adiah, ada yang terpaksa tebalkan muka p opis lama mintak sumbangan, ada yang muka kelat hanya sebab pikirkan persiapan tak siap..huh mcm2 la. Mungkin ada jgk kot yg tak rasa pape..takde perasaan la tu. Hehehe..Sepatotnya kitorang kna organise 5 Ogos aritu..tapi sebab ada sedikit masalah teknikal dan vokasional turn kami dianjakkan paradigma ke hari ni..3 September 2009. Kemain jauh lagi anjakan paradigmanya. Huhuhu..
Serius, semalam..sepanjang malam aku risau. Nervous gila. Apalah jadi dengan pertandingan kitorang hari ni. Ngeri...
Memang masa pertandingan berlangsung tu tugas aku hanya bagi ucapan kemetot and duduk je jadi VIP. Maklumlah..aku kan Pengarah Projek. Huhuhu...Tapi aku tetap risau.
Memang masa pertandingan berlangsung tu tugas aku hanya bagi ucapan kemetot and duduk je jadi VIP. Maklumlah..aku kan Pengarah Projek. Huhuhu...Tapi aku tetap risau.
Apapun aku jadi lega skit (skit je la) bila tengok kawan-kawan sumer bersemangat. Kami sumer sepakat menjadi Barney and friends arini..sedondon ungu.Huhu..(cantik jgk..mcm kenduri kawin pun ada). Pertandingan berjalan lancar..sama seperti yang kami rancang. Cuma aku tetap berdebar tunggu reaksi instructor aku, Pn. Linda. Apalah agknya dia nak komen nnt..jgn sampai aku nangis kna hentam dah la. Aku dah cuba wat yang terbaik yang aku mampu untuk pertandingan ni. Sangat neves!
Kami anak dara berenam ni dengan taatnya mengambil tempat paling depan sekali. Dok pun himpit-himpit, senang kalo kena hentam nanti ada jugak la bahu untuk menangis. Huhu..Puan Linda pun start dengan mukadimahnya. Bunyi macam nak kena komen teruk je ni..Adeh. Matilah aku.
Tetiba aku terdengar kata-kata
".....sangat membanggakan saya".
Eh, dia puji ke? Pastu ayat-ayat seterusnya semuanya puji-pujian(mcm lagu Raihan tu..huhuh). Yes! Yes! Yes!..itula kata hati aku yang pertama. Terlampau seronok sampai telupa nak ucap Alhamdulillah..hehehe..
".....sangat membanggakan saya".
Eh, dia puji ke? Pastu ayat-ayat seterusnya semuanya puji-pujian(mcm lagu Raihan tu..huhuh). Yes! Yes! Yes!..itula kata hati aku yang pertama. Terlampau seronok sampai telupa nak ucap Alhamdulillah..hehehe..
Btol, kumpulan Barney and friends aku mendapat pujian. Melambung-lambung..huh memang terharu. Masing-masing muka macam dah sebak. Sebab tak sangka akan dipuji gini. Sampai Puan Linda cakap dia tatau kat mana nak cari kelemahan kitorang. Rasa nak bagi markah penuh tapi mustahil lah dapat markah penuh. Akhirnya dia kata dia tolak la satu markah untuk pertolongan cemas. Huhu..Aku memang ada terpikir nak sediakan first aid, yela mana tau ada kecemasan berlaku masa pertandingan kan..tapi aku terlupa sudahnya. Kalo ada first aid tu aku tatau mana lg Puan Linda nak tolak markah. Hehehe...Kata-kata yang ada unsur riak di situ.
Apapun, aku sangat sangat sangat bersyukur dengan apa yang berlaku petang tadi. Terasa berbaloi penat lelah selama ni. Untuk kuncu-kuncu aku, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. Kalo bukan u all yang jadi grup member aku, blom tentu aku berpeluang mendengar pujian macam petang tadi. Sungguh aku berterima kasih kat u all terutama Norly, Yanti and Kak Zana. Yang aku tak sebut tu tak bermakna mereka tak bagus, cuma tiga insan yang aku sebut tu sangat sangat banyak membantu aku.
NANDRI!
NANDRI!
No comments:
Post a Comment