Thursday, January 21, 2010

BAJU KAWEN DAH TEMPAH DAH

Mak kata malam ni ada temujanji dengan Anje *pak andam* untuk p tempah baju kawen aku. Owh aku sungguh teruja. Siap angkut majalah pengantin 2,3 keping sebab ada beberapa design baju yang aku berkenan dalam majalah tu. Lepas maghrib, aku ditemani mak, ayah, dan Haziq bertolak ke sini.

Dios Astana kat Puchong Prima


Ayah dengan Haziq haruslah tak mahu ikut kitorang naik ke tempat paling membosankan bagi kaum lelaki. Maka mereka dibiarkan berkeliaran jalan-jalan cari makan kat bawah.

Dios ni boleh tahan besar jugak tempatnya. Kira macam one stop centre la untuk cari persiapan kawen. Dari sekecik-kecik bekas bunga telur sampailah segabak-gabak pelamin pun korang boleh dapat kat sini. Nak cari kain pasang untuk buat baju famili pun ada. Jangan risau. Tapi sebab tujuan aku ke situ untuk tempah baju maka kami terus naik ke tingkat dua. Pak Andam aku, Anje dah sampai dulu la. Bagus, sangat punctual. Hehehe.

Sampai tingkat dua aku terkesima sekali lagi. Tengok ni.



Sangat banyak baju kawen. Sempat la aku curik-curik tengok harga baju-baju tu. Mak ai...semua pun RM1000 ke atas. Kalau nak beli sendiri memang tak mampu la. Selalunya pak pak and mak mak andam je yang suka borong baju kat Dios ni. Pastu depa sewakan la kat bakal-bakal pengantin macam kita ni.


Antara koleksi di Dios Astana Bridal *maaf gambar blur*

Lepas dah puas belek-belek, tawaf 3,4 kali tingkat dua tu..mata aku and mak aku pun dah mula juling. Macam-macam pesen baju ada. Pening. Sudahnya aku dengan mak terus jumpa designer Dios yang sedia menanti. Owh lupa nak tanya sape nama designer tu. Huhuhu..Aku tanpa membuang masa terus bercerita dengan penuh semangat tentang design baju yang aku idamkan. Tak lupa aku tunjukkan contoh design yang aku bekenan dalam majalah pengantin aku bawak tu. Bincang punya bincang punya bincang, setuju tak setuju, bangkang membangkang, bangun, berdiri, berlari bagai maka lahirlah design ini.





Mereka kata nama design ni 'baju penguin'. Hadoi! nama apakah? Lantak p la. Janji aku suka. Walaupun design baju ni langsung tak sama dengan design idaman kalbu yang aku jumpa dalam majalah pengantin tu, tapi aku puas hati la. Aku pun sedar camne bentuk badan aku. Maka janganlah diharap baju kawen very the vouge persis model pengantin tu. Macam pakai sarung nangka aku nanti.

Secara virtualnya, baju kawen aku nanti lebih kurang seperti ini.


reka bentuk cantik tp aku x bape suka perincian manik-manik sarat tu.


Tentunya tak sama 100% peratus macam pict ni. Mungkin sama dalam 40% peratus jek. Yang belen lagi 60% tu tunggu la 5 June nanti baru tau camne rupa baju kawen aku. Kasi surprise sikit. Huhuhu.



material kain seperti ini


Sangat tak sabar tunggu bulan 3 untuk 1st fitting baju. Aku akan pastikan ada bahagian yang ukuran baju terpaksa dikecik kan. Hehehe..


Sekian je la malam ni.

Tata.

7 comments:

  1. Buat kat Dios ye? yang selalu masuk majalah Pengantin tu kan?? wah, mesti cantik baju kamu :D can hardly wait!! oh btw, nnt baju kamu tu, kamu terus simpan ke atau sewa kamu yg pertama pakai? sangat berminat nak tau.

    ReplyDelete
  2. pic atas tu kain lace kamu ke ye? santek..saye punya..=( kilat2 cam baju disko..bukan pilih sendiri..huhu

    *knape nama die baju penguin? tbe2 teringat Pingu..hehhee

    **suka kain tingkat-tingkat sebla baju merah tu

    ReplyDelete
  3. xora - baju tu sewa je..cuma saya org 1st pakai. Malas la nak beli jadikan hak milik sendiri bila pikir ntah bila thn nk pakai balik baju penguin tu.huhu..cukupla baju nikah je simpan wat kengn anak cucu.

    Mrs Drac - yup, pic lace putih tu kain baju saya nnt. Diorg yg suggest..saya "ha" je la. hehehe..

    ReplyDelete
  4. wan, i dah add u kat ym. nnt accept ye. jelesnyer i tgk u dah g tempah baju kawen u. i mmg suka design dr dios. huhuhu.... tgh susah hati gak ni sbb lum dpt konfem mak andam walaupun majlis ada lg 10 bulan. seriau je bila fikir badan ni bole ke pakai baju yg cantik2... :(

    ReplyDelete
  5. ima - jgnla risau..ada je baju untuk bride badan mcm kite..yg penting kna pandai cari. Chaiyok!!=)

    ReplyDelete
  6. Sama la kita. first pakai, tapi sewa gak.. mesti baju kamu cantik. harap semuanya berjalan lancar ye :D

    ReplyDelete
  7. boleh tanye tak.. brape eh semeter lace yang u pakai tuh? tqvm! :)

    ReplyDelete