Monday, January 11, 2010

PENGANTIN GEMPAL MENCARI BAJU

Pengantin 'comey' elok pakai baju camne ek? Gigih aku 'interview' incik google, kumpul segala maklumat dan hasilnya seperti di bawah:

1. KEBAYA
Kebaya adalah design yang universal. Sesuai digayakan oleh sekecik kecik molek badan sampailah sebesar-besar alam. Huhuhu. Tapi disebabkan kebaya sekarang ada macam-macam design, maka aku kenalah berhati-hati. Melalui pengalaman aku fitting baju kat rumah Anje *pak andam aku* aritu, aku dapat simpulkan badan design macam aku ni lebih sesuai pakai kebaya style biasa yang labuhnya tak lebih lutut dan haruslah menutup punggung aku yang gedabak ni. Maka, lupakan je la hasrat nak pakai kebaya labuh-labuh meleret mencecah tanah yang sangat trendy skrg. Memang tak sesuai untuk badan bersaiz tong deram macam aku. Huhuhu

2. SIFON
Dulu sumpah aku tatau sifon ni menda apa. Bunyi ala-ala saksafon jek. Rupanya sejenis kain. Baruuu pakcik tauuuu....huhuhu. Sebenarnya aku pun tak berapa reti lg nak kenal kain sifon ni camne rupanya. Tapi melalui 'temuramah' aku dengan incik google, ramai yang cadangkan kain sifon untuk buat baju pengantin untuk pengantin badan gempal. Kalau boleh cari sifon yang sedikit berat kainnya supaya baju nampak jatuh cantik pada badan.

So aku dah decide nak buat baju guna sifon je. Pastu tepek la sulam-sulam dari frenc lace ke manik-manik ke kat baju tu. Ok tak?


3. WARNA
Ermm..semua pun tahu orang badan gempal elok pakai baju warna gelap-gelap. Tapi untuk wedding janganlah pilih warna gelap sangat. Nanti nampak macam berkabung pulak. Huhuhu. Warna maroon, dark ungu, warna-warna tanah maybe sesuai untuk badan macam aku. Elakkan warna yang terlalu garang macam kuning, oren, dan merah menyala. Tapi ada satu warna ajaib yang memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ni kalau filem kira kategori U la ni. Huhu.

PUTIH. I vote for it!


4. LONGGAR + KETAT = LONGTAT
Ini satu lagi petua. Pengantin berbadan besar sila elakkan pakai baju terlalu ketat sampai boleh nampak lemak-lemak dibadan. Tapi jangan jugak pakai baju terlalu longgar yang boleh buat kita kelihatan lebih gemuk. Seeloknya longgarkan 2 inci untuk setiap bahagian badan supaya pengantin lebih selesa untuk bergerak dan tak nampak terlalu resaksa dihadapan tetamu. Huhuhu..

Ops lupa. Jangan lupa pakai girdle dan korset okey.

Hmm.. setakat ni, itulah je la info yang aku jumpa. Bila digabungjalinkan, aku decide nak buat baju macam ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Okey tak?

Aku berkenan sangat dengan design baju ni. Dari jauh nampak macam pakai kebaya labuh meleret ke tanah tu which is sangat trendy n gorjes sekarang. Tapi since aku memang nampak sangat huduh pakai baju gitu, maka aku choose yang ini. Masih dalam kategori kebaya pendek standard, tapi secara ilusinya mampu menipu mata tetamu. Ngeh ngeh ngeh..

Warna tetap putih, cuma manik-manik pada baju akan ditukarkan ke warna merah. Veil pulak aku nak yang separas dada tu je. Takmau panjang-panjang meleret. Rimas. Hehehe.. Cukuplah kain je meleret sikit.


Apa pendapat kamu-kamu?


*alangkah seronoknya kalau badan semolek wanita lain. Just choose and grab. Haih*

6 comments:

  1. yeayy...saya sokong. design kebaya mmg evergreen. warna putih nampak classy sgt. mesti cantek awk pakai.... :)

    ReplyDelete
  2. Jaja - yeayy!ada penyokong..sonoknya..hehehe

    ReplyDelete
  3. aha..betul3...tapi saya juga gemuk..sgt minat dgn wrna itam la sis..x buleh ke pkai itam? heee ( sbnrnya sy xde incik tunang or incik bf pun) heeeee~

    ReplyDelete
  4. dark_sensei - boleh je pakai hitam. saya pun minat hitam jgk. tapi ibunda melarang keras pemakaian warna hitam utk wedding..sgt tidak boleh. Huhuhu..

    Err..kalo xde incik tunang atau incik bf pun apa slhnya berangan dulu..berangan kan free..hehe

    ReplyDelete
  5. Lurveee this post! :D... badan i kategori sederhana and bentuk pear... risau la nnti nak pakai baju pengantin takut punggung 'terlebih sudah'...juz nak tanya ni...boleh ker kalau kita pakai korset and girdle yg selain dijual kt butik2 pengantin? Ingt nk beli kt GIANT jer...hahahaha~

    ReplyDelete
  6. sy terlambat .. maaf .. sy pon nk kawen .. tp xtaw cmne fesyen nye nnt .. but thanks foe ur tips! ok skrng sy nk skodeng gambo kawen kamu pulok .. hehehe ..

    ReplyDelete