Saturday, February 13, 2010

SYURGA DI NILAI 3

Memang betul la kata orang, kalo dah sampai ke Nilai 3 tu memang rasa tak nak balik. Uiii aiii...barang-barang kawen memang memanggil-manggil. Biarpun ini bukan kali pertama aku ke Nilai 3 tu. tapi tak tahulah, pegi kali ni rasa macam best sangat.

Satu, sebab kami pegi hari weekday, jadi manusia sangat lah tak ramai. Parking kete melambak-lambak. Mak aku sampai ikut suka hati dia nak park kete dalam kotak ke, luar kotak ke, makan kotak sebelah ke..memang takde sape nak hon-hon marah. Hehehe

Dua, sebab kali ni pegi Nilai untuk beli barang-barang kawen aku. Atas alasan itu, aku tersangatlah weeehoooo teruja. Best woo..

Memang banyak benda kami borong kat sana. Antaranya..

ini.



Ini kain langsir yang terpilih untuk menghiasi seluruh rumah pada hari indah itu. Aiceh! Aku sangat suka. Ibu juga setuju. Huhu..Nampak kontemporari and moden sikit. I like! Aku beli langsir ni kat kedai nama Nafisa kalo tak salah.

Harga?

Harga tepek dalam RM28 semeter gitu. Tapi pandai-pandailah tawar menawar, boleh dapat diskaun hampir 50%. Kalo nak suruh dia jahit siap pun boleh. Upah RM8 sekeping langsir. Senang, dalam masa sejam kain yang tadinya gulung-gulung pada kayu dah siap jadi sehelai kain langsir yang santek.

Lepas dah setel langsir untuk rumah, pikir langsir untuk bilik pengantin pulak. Kami berjalan ke MK *kalo tak silap firasat hamba la*.

Dan ternampak langsir ini.


Uii..aku memang aim langsir design damask ni untuk bilik pengantin. Untuk paparan jelas tengok ini.

Perghh! Berkali-kali jugakla telan air liur sebab terlalu mahu design ini. Terus buat muka teruja sambil kedip-kedip mata kat mak. Hehehehe...Mak setuju beb!

Harga?

Aku tak bape ingat la harga tepeknya bape. Tapi after dah kaw tim bagai dapat harga RM18 semeter kot. Ntahlah, lupa. Tapi lebih kurang tu la. Aku suruh dia siap jahit jugak. Yang bestnya upah jahit RM zero. Free! I like!

Owh dalam kedai tu jugak ada jual cadar pengantin. Tetiba aku ternampak cadar sebijik macam yang aku hampir beli kat Alinas dulu. Aku tanya harga...hmmm sama macam kat Alinas. RM650. Nampaknya memang bukan rezeki aku la nak pakai cadar camtu. Mahal seyh!

Tapi,

Aku dapat cadar ini


Hmmm gambar tak bape clear. Tapi aku sangat suka cadar ni. Design yang simple, harga yang affordable, yang uniknya dia bagi satu sarung bantal unik. Sarung bantal yang boleh isi dua biji bantal sekaligus. Romantiknya....ngeeee..


Owh paling best tokey kedai tu bagi aku ini.



Sarung kusyen comel dari design kain langsir yang sama. Dengan kusyen-kusyen skali. Tentunya for FREE! Bagus bukan? Hehehe.

Setel abis dah hal langsir dan cadar pengantin. Pastu mak ajak tengok karpet pulak. Mula-mula ingat nak cari karpet murah-murah yang harga 30,40 hengget tu untuk hampar depan pelamin kat bawah khemah tu, tapi hampa. Takde mananya jumpa karpet murah harga puluh-puluh hengget gitu. Sudahnya mak belikan aku karpet untuk bilik pengantin.

Ini.



Santek tak? Aku suka bangat deh karpet ni. Tapi tersangatlah susah nak tawar harga dengan abang pakistan si penjual karpet tu. Tapi sebabkan aku dan mak pandai wat muka kesian, bodek-bodek sikt..harga karpet yang RM220 pun boleh roboh jatuh jadi RM125! Hebat tak? Hehehe..

Pastu aku memang dah penat gila dah. Tapi tengok mak aku semangat lagi. Mak hai..mak ni stamina boleh tahan. Dia ngajak bejalan lagi. Owh Tuhan...

Jalan punya jalan punya jalan..kuar masuk kedai masuk kedai. Jumpa ini pulak.



Owh ibunda sangat terpukau dek bekas telur ini. Dah 3,4 kedai masuk, benda ini jugak yang beliau kagumi. Maka untuk elakkan malam ni tidur termimpi-mimpi, aku relakan mak borong bekas telur ni 1000 bijik. Khas buat tetamu budiman lagi baik hati yang sudi datang ke majlis aku nanti.

Owh, dalam pict ni bekasnya kaler biru. Aku punya bukanlah warna ni. Ni saja je nak bagi suspen sikit. Hahaha.

Murah jugak benda ni. RM50 untuk sepeket yang ada 50 biji. Jatuh harga RM1 la sebiji kan? Okla tu. Tak perlu membazir untuk hadiah pintu.

Sedang mak dok sibuk kira-kira helai duit nak bayar kat tokey kedai, aku sempat lagi kaut benda ini.




Sweet tak?

Ini bunga rozet untuk petugas-petugas yang akan berbakti pada majlis aku nanti. Owh aku gelarkan mereka "Jantung Majlis". Kalau panggil petugas/ AJK kang nampak macam pekerja pulak. Jadi bagilah mereka nama best sikit macam 'Jantung Majlis". Ibaratnya kalau takde diorang, punah ranah mati la majlis aku tu. Huhu.Harga morah jek..RM1 sekuntum. Dah siap ada pin dah pun. Lepas majlis boleh jadi brooch pakai kat tudung. Best kan?

Sebenarnya ada lagi beberapa benda yang kami borong tapi tak sempat aku nak curi-curi amik gambar sebab terlalu letih ya amat. Sampai otw nak balik ke rumah pun kami boleh sesat larat sampai ke terminal KLIA lg. Huh, memang penat. Mak drive kete pun dah macam budak nak amik lesen memandu..70km sejam. Datang la lori ke bas ke kat jalan tu, takde mananya mak nak potong. Maintain slow ikut blkg kenderaan gedabak tersebut. Haih la mak saya...mak saya..

Bila balik rumah, susun-susun semua barang-barang yang dibeli atas katil yang tak bergunapakai dan hasilnya adalah ini.



Haih. Borong barang kawen macam nak kawen minggu depan. Hai la Cik Yongnana..

Apapun aku sangat sangat sangat berterima kasih pada ibuda terchenta sebab sanggup amik cuti semata-mata nak perabihkan duit ringgit untuk anak baliau yang comeymontel ini. Thanks mak!

Mau tidur lah, esok mau berjimba bersama famili lagi. Weeehoo!


Psssst: Hari ni..*err ke smlm* besday adik aku.. Nini. Wish her Happy Besday!

10 comments:

  1. wow...byk nye borong...saye pn x abs borong lg k Nilai 3 ni...bulan dpn kot br nk g lg...uhu

    ReplyDelete
  2. hoho...byknye memborong..bestnye!
    ai plk bile la nak pegi ni...agak ssh nk ajak mak jauh2 ni..

    ReplyDelete
  3. salam... sonoknyaa shopping..mak dier lak yg taja..besh besh..

    ReplyDelete
  4. Mrs Engineer, Cik Dila, Zuriani..mmg best memborong, tapi letihnya Tuhan je la yang tahu.huhu

    ReplyDelete
  5. bstnye..

    ayu wekkend ni br nk ke rantau panjang beli adiah pintu..huhuhu..

    ReplyDelete
  6. sukeee laaa dgn bunga rozet tu??eh u nye tema merah kee nnt tu??

    ReplyDelete
  7. Ayu - selamat membeli dan membelah! =)

    ElyaElmo - tema wedding puteh merah..sweet kan rozet tu?paling santek kaler black-grey..perghh!Mmg elegen..

    ReplyDelete
  8. pinjam mak awak leh x bsok nk gi nilai 3. Hebat sguh tawar menawar..kagum!

    ReplyDelete