Friday, April 9, 2010

PERSAMAAN SUKAN IKAT KAKI DENGAN ALAM PERTUNANGAN

Beberapa hari lagi genap 10 bulan usia pertunangan aku dengan incik tunang. 10 bulan yang bukan sikit-sikit dugaan pancarobanya. Terlalu banyak ujian sampai jiwa aku sikit lagi nak rebah. Pastu boleh buat lagu bertajuk...Separuh jiwaku Rebah. Huhuhu.

Sungguh, aku dan incik tunang betul kena sumpahan keramat "bertunang ni banyak dugaannya". Dugaan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk pulak tu. Ada yang datang dalam bentuk lelaki menggoda jiwa, ada yang muncul bagaikan gunting yang ingin memutuskan tali cinta dengan kejamnya, ada yang datang dalam rupa perut kapal terbang yang membawa incik tunang terbang ke Labuan tanpa notis, ada yang menyerupai koperal misai lentik takmau bagi incik tunang pulang ke semenanjung, pendek kata memang dugaan itu muncul dalam pelbagai versi, saiz, bentuk dan warna. Huhu.

Mata aku ni pun dah selalu sangat menjadi "niagara waterfall jadian" bilamana dugaan menunjukkan muka. Seriusnya kat sekolah tadi pun aku boleh menangis sedu sedan. Sebab apa?? Sebab dugaan yang sekian kalinya telah menunjukkan dirinya. Aku memang tak kuat, yang aku mampu adalah menangis untuk tenangkan hati. Maka menangis la aku kat sekolah tadi. Harap-harap takde budak-budak yang nampak. Huhu.

Kadang-kadang terpikir jugak, kenapa alam bertunang aku tak indah macam orang lain. Owh sekejap, aku tak kata aku selalu berperang dunia dengan incik tunang *sekali sekala tu wajibla*, hubungan kami baik tapi penuh ranjau onak berliku. Huhu.

Ibaratnya macam main sukaneka ikat kaki tu. Ada dua individu yang saling mempercayai, diikat dengan janji *anggap tali yang diikat kat kaki tu sbg tali pertunangan*, then kena bersama-sama berjalan menuju destinasi *iaitu kahwin*.

sumber ihsan:incik google

Sesetengah orang mampu berjalan dengan lajunya ke destinasi mereka. Kadang tu siap ada yang boleh berlari secara seirama lagi. Alangkah mudahnya laluan mereka.

Tapi aku??

Aku dengan incik tunang ni macam kes kaki diikat, jalan terjungkit-jungkit, sorang keluar kaki kanan, sorang keluar kaki kiri. Sudahnya keceperrr kecepukk gedebuk tergolek dok macam nangka busuk. Hadoi!! Sangat sakit.

Tapi tak putus asa, cuba bangun berdiri dan teruskan langkah. Tangan masing-masing saling berpaut tanda kami masih memerlukan dan percaya satu sama lain. Cuma kadang-kadang anasir-anasir luar buatkan kami seperti hilang punca. Aku cakap kiri, dia kuar kaki kanan, dia cakap kanan, aku kuar kaki kiri..sudahnya jatuh la sekali lagi dan lagi.

Tinggal kurang lebih 17% je lagi perjalanan yang harus aku dan dia tempuh. Berjayakah kami sampai ke garisan penamat? Atau terus tersungkur di tengah jalan??

Owh susahnya.

Aku lebih sanggup sampai ke garisan penamat biarpun badan penuh luka-luka calar-balar dek kerana jatuh bangun tadi. Biar penat sampai peluh meleleh-leleh ke kaki. Yang penting, tangan aku masih memaut pinggang dia, dia masih memaut bahu aku, dan kain yang mengikat kaki masih kukuh terikat sampailah aku dan dia tiba di situ.

sumber ihsan:incik google

Wahai dugaan-dugaan semua, syohhh syohhh syohhh la kamu dari aku dan gula-gula hatiku.

2 comments:

  1. cik wan.. post yg sgt2 kn ngan jiwa kte skang.. huhu~ nk tunggu bulan 12 ni sgt2 tertekan.. byk dugaan.. smoge kte pon kuat cam cik wan jugak..

    ReplyDelete
  2. Miss nurin..sama-samalah kita kuatkan diri jiwa dan raga...minumlah salindah cafe..kuatlah pulok!!huhu

    ReplyDelete