Wednesday, June 9, 2010

EPISOD 1: BEBERAPA HARI SEBELUM DETIK ITU

Isnin 31 Mei 2010

Time ni incik tunang dah selamat pulang ke semenanjung. Beliau selamat sampai ke sini 31 Mei dan petang 31 Mei tu kami sempat la keluar berdetink buat kali terakhir sebelum diijab kabulkan. Pegi detink ke mana??


Ke sini
.
.
.
.
.
.
.



Restoran Mamak!

Aduyai...incik tunang ni turun-turun je dari flight terus mengidam nak lepak mamak. Beliau kata mamak kat Labuan langsung tak best. Kat sini jugak best. Maka lihatlah..betapa tekunnya beliau makan roti telur tu. Nak kata lapar...baru je lepas makan nasi ayam kat TCRS. Selang 10 minit boleh meroyan mintak makan roti telur pulak...aiii tunang saya..tunang saya...Kami sempat jugakp tengok Prince of Persia kat Sunway Pyramid petang tu. owh sungguh lama tak menonton wayang, berjalan detink-detink berdua gini. Sangat best!


Oh lupa, pagi Isnin tu jugak aku baru hegeh-hegeh nak p hantar borang nikah kat Pejabat Agama. Nasib baik tak kena hambur sebab lambat. Siap imam kariah masjid aku offer untuk amikkan borang aku keesokkan harinya. Maka tak perlulah aku datang collect borang aku kat pejabat agama then nak kena hantar ke umah Pak Imam lagi. Syukur urusan aku dipermudahkan kat situ. Huhu..

Malamnya kami p Dios kat Puchong untuk fitting baju. Incik tunang memang belum pernah fitting baju lagi. Baju dia rupa camne pun kitorang tatau. Kira ni 1st and last fitting la untuk dia. Nasib abik saiz baju yang anje buat ngam-ngam ho kat badan dia. Takde apa yang perlu dikecik atau dibesarkan. Cuma baju aku masih perlu dikecikkan sikit di beberapa bahagian. Hulalala..apakah maksudnya????


Ngeeee..........


Selasa & Rabu, 1 & 2 Jun 2010

2 hari ni aku peruntukkan khas untuk mengemas rumah. Ye semua pun tau rumah pengantin memang bersepah larat sampai kadang nak letak punggung untuk duduk pun tatau nak letak katne. Bersepah kalah kapal karam.

Makanya dua hari ni aku dan famili tungkus lumus la ngemas apa yang patot. Basuh kain baju siap-siap, angkut lemari perabot bagai, bentang tikar, pasang langsir segala lah.

Penat tak??

Huh, jangan ditanya. Rasa nak luruh sendi tulang semua.


Khamis, 3 Jun 2010

Ini merupakan hari terakhir sebelum aku dinikahkan dengan incik tunang. Time ni perasaan berdebar ke gedebuk gedebak dalam dada masih belum muncul. Yang ada cuma perasaan risau sebab rasa macam banyak lagi benda tak setel. Dan hari khamis ni menjadi antara hari paling sibuk aku sebelum bergelar isteri. Orang lain kalo dah tinggal sehari ni duduk rumah je diam-diam tapi aku masih ke hulu ke hilir. Haih!


Awal-awal pagi lagi aku dah gerak untuk ke Subang. Nak buat facial kat sana. Seminggu sebelum ni dah buat dah sekali tapi mak suggest aku buat jugak facial sekali lagi. Aku sebenarnya risau jugak buat facial last-last minit ni, takut la kalo pape benda tak diingini naik ke muka. Memang bala.

Tapi Alhamdulillah......takde pape yang tak elok jadi. Muka jadi lebih berseri ada la. Hahahaha..


Sempat men snap gambar ketika staff facial keluar kejap.hahah


Lepas buat facial terus rushing balik ke Ampang. Aku terus ke Ampang Point untuk amik Bunting. Aku tempah bunting kat tempat yang sama aku tempah kad kawen. Harganya RM130... boleh tahan mahal bagi aku. Tapi mak kata takpelah...tempahlah satu buat kenangan. Maka aku pun tempahlah. Huhu..

Dari kiri...bunting, Auntie, dan Mama

Dari Ampang Point kami balik ke rumah dulu. Rehat jap, makan apa semua dulu sebab dah zohor. Bila sampai je umah aku tengok khemah dah siap dipasang. 9 buah khemah. Mak ai kemain panjang khemah aku sampai dah ke pintu masuk surau depan rumah. Risau jugak kot-kot orang surau marah ke apa sebab halang laluan orang ramai nak keluar masuk surau. Tapi bila pikir-pikir balik aku dah dapatkan permit untuk tutup jalan tu, so rasanya tak jadi masalah la kan? Tapi atas dasar hormat famili aku bertanya jugakla dengan orang surau, mana tau diorang tak setuju khemah aku meleret sampai depan pintu surau. Tapi Alhamdulillah...imam-imam surau semuanya okey. Takde masalah dengan khemah elok terletak depan pintu surau tu. Lega...

Around kul 3.30 camtu aku dengan mak berdesup ke Wangsa Maju pulak untuk amik tetris glass dan wooden box dari Kugeeku.com. Tetris glass dam kotak kayu ni aku jadikan sebagai doorgift buat rombongan pengantin lelaki, famili dan kawan-kawan rapat. Hmmm..ada cerita sebenarnya disebalik pembikinan tetris glass and wooden box ni. Maybe aku boleh buat satu entri khas tentang doorgift lain kali. Tunggu tau?


Tetris glass


Kotak kayu


Lepas je amik tetris glass and kotak kayu ni tengok jam dah petang. Dekat kul 5 dah kalau tak silap. Memang gila padahal ada lagi hal yang perlu disetelkan lagi ni. Aku dengan mak ada appointment untuk rawatan kaki, pedicure and manicure kat Ampang Point *Ampang Point lagi*. Tapi sebelum tu aku ajak mak ke KK Home Deco dulu untuk cari uncang untuk tetris glass dan kotak kayu. Owh lupa, nak cari hiasan-hiasan cantik untuk deko-deko bilik pengantin jugak.

Lepas dekat setengah jam ke hulu hilir dlm KK tu aku jumpa semua yang aku cari. Mak tolong bayar, aku tolong angkat barang jek. Hahahha...Setel!

Gambar takde.=)

Dari KK kitorang terus ke Ampang Point buat sekian kalinya untuk buat rawatan kaki, pedicure and manicure. Apa nama kedainya aku lupa la...tapi ada perkataan "green". Terletak di tingkat 2 Ampang Point.



Memang best buat foot treatment kat sini. Pekerja semua melayu, kedai pun milik orang melayu, sangat friendly, servis tip top, harga pun not bad. Memang recommended. Cubalah!

Aku selesai buat treatment dah hampir maghrib. Memang letih betul sepanjang hari. Rasa nak terus balik rumah dan tido. Tapi memang tak dapat la tido. Kat umah banyak lagi benda nak kena buat. Kata esoknya nak menikah. Sendiri mau ingat la. Hahaha

Malamnya lepas maghrib aku dah mula kemas-kemas rumah apa yang potot. Kemas bilik aku sikit sebab jap lagi nak deko-deko bilik. See, tinggal lagi kurang 24 jam nak nikah baru nak deko bilik. Berapa punya lambat daa aku. Huhu.

Lebih kurang kul 9.30 malam, Pak Andam aku..Anje datang umah untuk pasang pelamin nikah. Anje bawak sekali baju yang akan aku pakai masa sanding nanti. Dia suruh aku fitting baju sekali lagi sebab aritu kan ada kecikkan beberapa bahagian. Mana tau tetiba ter ketat balik. Naya! Hahahaha..

Lepas fitting dan tayang baju semua kat famili members, semua kata baju aku cantik. Lace luar tu dah ngam dah cuma korset tu macam nak kena ketatkan sikit lagi bagi nampak lagi kemas. Maka kenalah aku pulangkan balik korset aku kat Anje untuk dikecikkan sikit lagi.

Owh tapi janganlah kamu-kamu bayangkan aku berjaya kuruskan badan aku ni. Nan ado! Badan tetap comelmontel. Cuma mungkin ada susut sikiiiiittt je la. Tu yang kena alter sikit baju tu. Maka janganlah taruh harapan menggunung tinggi nak tengok aku dalam bentuk persis model kurus tinggi ya. Hahahaha..

Kul 11 malam camtu aku dan bala tentera aku mulakan kerja-kerja deko-deko bilik pengantin. Berbekalkan lampu-lampu hiasan sedia ada dalam rumah, dan sedikit perhiasan-perhiasan yang aku rembat kat KK Home Deco petang tadi...akhirnya inilah bilik pengantin aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bagi gambar sipi-sipi je dulu la k.=)


Dalam entri yang lain aku akan tepek gambar full bilik pengantin aku. Bawak bersabar okey. Lagipun bilik pengantin aku biasa jek, tak gah pun. Jadilah asal ada. Yang penting aku suka dengan hasilnya. Tanpa ropol-ropol, kain leret-leret bak dayang senandung...yang penting simple but nice. Hehehehe..

Last agenda aku untuk hari Khamis sehari sebelum nikah ni adalah pakai inai. Yeay! Ini memang saat yang aku tunggu-tunggu.

Mulanya aku cadang nak pakai inai Mekah dalam bentuk serbuk yang mak beli masa Mak pegi Umrah hari tu. Tapi bila pikir-pikir badan dah letih nak berjaga pakai inai aku tukar plan. Aku pakai inai tiub je...brand Rani. Pun mak beli kat Mekah jugak tapi sebenarnya kat Mydin pun berlambak ada jual. Hehehehe..

Pakai dalam 2 jam....dan hasilnya..
.
.
.
.
.
.
.
.


Tanpa ukiran-ukiran di tangan, yang ada cuma bulan penuh di tapak tangan..boleh buat aku tido lena sepanjang malam sementara menanti hari esok................4 Jun 2010, hari bersejarah dalam hidup aku.

Tunggu entri seterusnya okey kawan-kawan!

9 comments:

  1. cntek nyer la doorgift tue...unik okeyy dr yg biase..btw congratz......:)

    ReplyDelete
  2. doorgift sgt cute!!!

    u buat i makin excited menanti hr bersejarah tu.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah hebat betul entry sebelum majlis nie..habes baca semua.. hee~
    yang penting semua dah selamat sekarang.. tahniah ye..

    ReplyDelete
  4. yeah bilik itu dinding putih dan cantik, hehe..

    congrats again! sudah selamat semuanya.. happy for u!

    ReplyDelete
  5. nanti update lagi ye perkara seterusnya.

    ReplyDelete
  6. yeaa!!selamat pengantin baru...tahniah!=)

    ReplyDelete
  7. waahh.. seronok nyerr... tahniah!!!!!

    ReplyDelete
  8. ieyka, adieyza - thanks ya..err doorgift tu dari kugeeku.com. kiut kan?=)

    Atiqah - thanks...alhamdulillah berjaya jgk sampai ke situ.hehe

    Cik Belle - thanks dear!

    Nurulhuda - awk vote dinding puteh kan aritu...santek kan?hehe..thanks!

    Xora - pasti hapdet...tgg jek.=)

    Meeya, Lady D - Thanks byk2 dear!

    ReplyDelete