Tuesday, July 6, 2010

CERITA BEKAS PENGANTIN yang kebosanan...

Kebanyakan orang lepas kahwin life mereka akan berubah. Kalau dulu lantak hang la nak bangun kul bape pun, nak makan nak kebulur ke, lantak pi kata Tok Wan aku.

Tapi bila dah kawen semua kena rombak. Semua kena susun balik. Bak kata orang, dulu sorang, sekarang dah berdua. Kalau kamu bertuah, sekarang dah bertiga!

Pandai-pandai la susun strategi camne nak layari bahtera rumahtangga.

Tapi bagi aku.....

Rasa macam takde apa yang berubah. Mungkin sebab incik suami nun jauh di Labuan, dan aku masih setia di Ampang, jadi kehidupan aku tak banyak berubah banding dengan life sebelum kahwin dulu.

Sama.

Masih kekal bergayut-gayutan di fon saban malam bersama gula-gula hati.

Masih sering bangun lewat pagi. Hahaha.

Masih tak mau memasak klung klang klung klang di dapur. Hihi.

Segalanya masih sama macam dulu.

Kadang-kadang cemburu tengok pasangan-pasangan lain yang baru kawen, bertuahnya terus dapat hidup bersama. Hidup sebumbung, makan semeja, tengok world cup se TV, Tidur sekatil, mandi se bilik air..Oppss! Cukup. Hehe

Memang cemburu.

Kalau ada pun yang tinggal asing-asing mungkin tak seteruk aku. Mereka masih boleh bertemu bila hujung minggu. Bagi aku itu dah cukup best dan banding aku yang bertemu sebulan sekali pun belum tentu.

Kadang meroyan jugak nak ikut incik suami ke Labuan. Tapi banyak sangat kekangan.

Incik suami belum ada rumah lagi kat sana. Buat masa ni beliau masih lagi tinggal di blok bujang. Takkan aku nak menempek sama kat blok bujang tu kot? Gila.

Abis tu pi la cari umah sewa.

Hmm..bukan tak nak cari. Kuarters tentera pun mungkin ada kosong untuk kami laki bini tinggal.

Masalahnya...aku.

Sampai ke hari dan detik ini *wah!*, aku masih lagi menunggu dan terus menunggu keputusan penempatan mengajar aku. Senang kata aku masih tak tahu aku bakal di posting kan ke mana dan bila. Kalau tentu-tentu aku posting ke Labuan senang lah. Boleh awal-awal aku ikut laki aku berumahtangga kat sana.

Tapi bayangkan kalau aku kena posting ke lain??

Terengganu??

Kelantan??

Lagi hebat kalau dihantar ke Sabah Sarawak!

Sekali tengok memang Labuan tu macam dekat je dengan Sabah dan Sarawak. *Labuan bukan dalam Sabah ye kawan-kawan*

Tapi hakikatnya jauhnya kurang lebih sama Labuan ke semenanjung.

Tapi walau kat mana pun aku kena hantar, aku tetap kena pegi. Tiada tidak tidak. Wajib pegi lapor diri. Duduk la menderita barang beberapa ketika sebelum incik suami cuba menjadi penyelamat. Hahaha!

Jadi atas sebab-sebab itulah aku tak mau susahkan incik suami untuk cari rumah segala lagi hanya semata-mata nak penuhi hasrat aku nak tinggal berdua sementara tunggu posting ni.

Takpelah..

Bak kata orang, bersusah-susah dahulu. Mudah-mudahan dapat bersenang-lenang kemudian. Huhu.

Tapi!!!!

Aku bosan la duduk rumah jek.

Bosan! Bosan! Bosan!

Duduk umah je tanpa buat apa-apa yang datangkan hasil.

Poket dah makin kering ni. Dulu ada dapat elaun tiap bulan dari KPM, Sekarang nan ado dah la sebab dah abis belajar dah.

Elaun dari incik suami??

Hmmm...itu adalah sikit. Aku pun paham kedudukan kewangan beliau. Memang tak sampai hati nak memintak-mintak lebih-lebih.

Tapi kan, memandangkan aku ni isteri kepada seorang anggota tentera, makanya nanti aku akan dapat elaun isteri. Elaun ni akan di potong otomatik dari gaji incik suami then masuk ke akaun aku. Hehehe..Best best! Tapi mulai bila aku tak pasti. Bulan ni ke bulan depan ke..tunggu je la.

Dan sekarang jugak aku ada satu kegilaan baru.

Membaca belog!

Hmmm..tak nampak macam kegilaan baru pun kan? Sebab selama ni pun aku memang gila baca belog kamu-kamu.

Tapi.

Kali ni prospek belog kegemaran aku dah semakin luas. Dulu aku akan ralit baca belog kamu-kamu yang bercerita segala mak nenek tentang persiapan perkahwinan, memang syiok! Tapi sekarang aku suka pulak rasanya baca belog yang isinya memperkatakan tentang kehidupan sehari-hari. Tentang diri sendiri, tentang famili, anak-anak, isu semasa bagai-bagai.

Memang boleh buat aku ralit.

Dan aku ni pulak pesennya kalau masuk satu belog, then aku rasa macam jatuh chenta dengan gaya tulisan tuan punya belog tersebut, so tanpa segan dan silu aku akan usaha baca semua entri yang ada dalam belog tersebut. Ya, SEMUA!

Tak tahu kenapa aku camni. Bagi aku bila aku suka gaya tulisan seseorang, aku rasa nak kenal mereka dengan lebih dalam. Tapi aku je la yang nak kenal dia, dia tak kenal aku takpelah. Aku kan silent reader. Hahaha.

Jadinya, buat masa ni, ada beberapa belog kegilaan aku.

Satu

sila klik gambar untuk ke belog hebat ini

Perempuan Jomblo.

Ini belog kepunyaan Puan Ladynoe. Beliau ni ada 3 buah belog ternakan. Sebelum ni aku baca satu jek i.e Misi 5 April - Dari pengantin untuk pengantin. Tapi sejak-sejak dah lepas jadi pengantin ni aku beralih ke belog yang isinya lebih matang, lebih terarah ke alam rumahtangga, dan lebih feminin, Huhu. Aku suka belog ini.

Dua,


juga sila klik gambar bear bear tu untuk meluncur ke belog ini

Cursing Malay - Terus Terang.

Ini satu lagi belog yang berjaya curik hati aku, Penulisnya lelaki, seorang pendidik. Pensyarah di sebuah IPTA/IPTS mungkin. Gaya tulisannya santai. Errr..kadang-kadang sedikit kasar dan sedikit lucah. Tapi aku masih okey. Huhu..Aku suka belog ini. Tuan punya belog sangat selamba yada yada bila kupas satu-satu isu yang berlaku sehari-hari. Tak kisahlah isu politik ke, artis ke, remaja terlampau ke, kisah peribadi ke..gaya penyampaian yang mampu buat aku ralit depan skrin berjam-jam. Haha.

Dan semalam aku terjelepuk masuk ke dalam belog ini.



RedMummy.com

Ini pertama kali aku jumpa insan yang sangat lah fanatik dengan warna. Memang kalau kamu baca belog ni kamu boleh rasa betapa mendalamnya minat kakak chantek dalam gambar tu ke atas warna merah. Kagum!

Owh aku suka belog ni bukan sebab tuan punya belog suka merah dan warna tema majlis aku pun merah jadi aku suka belog ni. Owh tidak!

Aku suka belog ni sebabkan pengisiannya. Olahan cerita sehari-hari beliau buat aku seolah-olah dapat masuk dalam life dia. Huhu. Belog ni banyak bercerita tentang life Mak Merah ni. Cerita tentang keluarga, suami, anak-anak *anak-anak beliau suwit bangat*, cerita tentang kasut tinggi, tentang shopping, tentang dress, blouse, pants, skirts, dan bagai-bagai.

Best.

Jadi sekarang aku takdelah kebosanan amat sangat. Bila incik suami kena keje sampai lewat-lewat malam, aku takdelah bosan sangat asik mengadap muka buku jek. Paling tidak aku dah ada bahan bacaan baru yang boleh temani aku sementara tunggu incik suami pulang.

Wah, duduk jauh-jauh pun masih menunggu sang suami pulang dari keje ek ko?

Haha!

I isteri mithali okey. Wakaka!!

Okeylah, itu je la citer untuk hari ni.

Puas dah luah perasaan kat beloh peliharaan ni sampai perut pun kelaparan. Belom makan apapun dari pagi tadi hokey?

Jap lagi kalau bosan-bosan aku ingat nak hapdet balik blog list kat tepi belah kanan belog ni. Dah carca-marba jadinya. Kamu-kamu yang dah lama kawen pun masih duduk dalam kategori "bakal pengantin" lagi. Apakah??

Maafin saja aku ya dong!

Mau ke dapur sebentar ya dong. Permisi ya.

p/s: tetiba cakap seberang sebab jap lagi kul 3 nak tengok sinetron Cahaya. Hanya di Astro Prima! *wink*

11 comments:

  1. Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ni kadang2 org kata lagi indah dari dok sama2.. teringat peribahasa 'dekat bau tahi jauh bau bunga' :) mungkin saat2 indah bersama2 akan dimanfaatkan bila ada peluang kan :) salam kenal...

    ReplyDelete
  2. Wan, dapat kat Sabah pun, ok gak. Dekat dengan Labuan. Nak2 area Menumbuk (kg my hubby), dekat sgt2 dah tu. :)

    ReplyDelete
  3. samala kite..duk jauh2.huhu..kat kelantan..tpi jauh gak kan..

    ReplyDelete
  4. Cik Fiza - pepatah kamu tu memang buat saya tergelak..taoi ada betolnya..bila dekat asik nak bercekau jek..bila jauh mula la..silap2 boleh berpuisi puisi bagai dalam fon.haha..

    Azlina - kalau saya dpt posting sabah nnt esp KK kamu kena tunggu saya kat airport. Hahaha *kemain mengarah lg..ko sape ha yongnana???*

    Lynda - jauh jugak ek? Camne la kan ye...siang terbayang malam merindu dibuatnya..huhu

    ReplyDelete
  5. hai..yong...saya siksos kawen Pjj ada lagi yang lagi siksos...huhuhu...sabar yer mengkin ade yang terbaik dijanjikan olehNya....sabar mcm saya...hhuhuhu..tapi sampai bila!!!!:)

    ReplyDelete
  6. babe, memandangkan ko k'bosan'an kan..aku nk mintak ko ajar aku camne nk cantikkan blog bole x? puhleaseee...byk nk tambah2 tp aku skang pun xde ms nk hapdet apa2..hehehe..

    ReplyDelete
  7. Cik Teratai, sampai skrg masih mendoakan ada hikmah sebalik semua ni. Huhu...Tp nak tanya.."siksos" tu apa?? hehe..


    Ninie - woit, sejak bila kamu pelihara belog?? Bagi aku alamat skrg jugek! Sekarang! *huh..emo*

    ReplyDelete
  8. tapi x nak selamanya jauh..huhu..

    doakan moga dapat dekat en.suami..

    ReplyDelete
  9. alah...siksos tu seksa...guna ayat anak2 sedara ler ni..huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. laa..taip je ninie alwiz..ada la..xaktif pun..jgn emo sgt wan..aku aktif blk pun sbb ko wan..suka sgt gaya penulisan ko..*ayat pujuk* hehehe...

    ReplyDelete
  11. Fikaryna - btol tu..tak nak selamanya jauh...hazab rasanya jauh2 dgn incik suami ni.huhu

    cik teratai - oooo....seksa rupanya. Okey phm phm..*bdk2 skrg pandai mengubah bahasa kan?huhu*

    Ninie - ko aktif balik??? Maknanya sebelum ni mmg ko dah ternak belog??

    Owh no no no..nape aku tak tahu itu?

    Ni nak mrajuk dua tiga jam ni..tp sebab ko dh bg ayat pujuk tak jadi lah. hehe..

    ReplyDelete