Friday, July 2, 2010

HANIMUNANINDAH......*berpinar mata nak baca tajuk*

Honeymoon tu indah kan?

Hihihi...

Sangat indah.

Sementelah aku dengan incik suami sudah sangat lama tak punya masa berkualiti berdua. Jadi bila punya peluang mengabiskan masa berdua memang la aku takkan lepaskan.

Destinasi bulan madu kami??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Langkawi!


Walaupun cuma sebuah pulau kecil dalam negara, tapi cukup untuk buat aku gembira. Tambah lagi incik suami ada di sisi, dua kali ganda seronoknya.=)


Aku sebenarnya dah agak lama tak ke Langkawi. Rasanya 5 tahun ada kot. Tentu saja banyak perubahan yang dah berlaku kat Pulau Sumpahan tu. Incik suami lagi la...langsung tak pernah jejak kaki lagi ke sana. Jadi beliau memang antara insan paling teruja untuk ke Langkawi. Bahgia bila tengok insan yang kita sayang tersenyum gembira.





Dan tentunya berlaku pelbagai perkara menarik kat sana.

Nak tau apa??


Bacalah lagi.=)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

10 perkara menarik tentang Langkawi dan Honeymoon kami:


1. Sampai-sampai je kat airport Langkawi ada seseorang tunggu aku sambil pegang sepanduk besar tertulis nama aku. Wahhh! Merasa la aku berangan artis kejap. Hahaha!


2. Kami tak sewa kereta sepanjang kat Langkawi. Kami cuma gunakan teksi untuk ke mana-mana. Yang bestnya perkhidmatan teksi sangatlah mudah untuk didapatkan. Tambang pun kira okey. Tak la mahal sangat. Teksi pun ada buat pakej island tour....RM100 untuk 4 jam jalan-jalan ke mana sahaja yang kita nak pegi. Okey tak??





3. Awana Porto Malai adalah hotel yang sangat best. Staff bagus, breakfast sedap, fasiliti tip top cuma................................agak jauh dari tempat lain. Kalau nak keluar makan kami terpaksa naik teksi ke Pantai Cenang. Alamatnya kami terpaksa amalkan konsep makan breakfast kat hotel kenyang-kenyang pastu petang baru makan lagi. Malam takyah makan dah, makan je la coklat ke roti ke apa ke yang ada dalam bilik tu sebab malas nak keluar cari makan dua tiga kali.Hahaha.





4. Sepanjang 4 hari kat Langkawi kami langsung tak merasa mandi laut ke swimming pool ke apa. Ntahlah nape...incik suami tak galakkan. Mungkin dia risau lepas dengar berita sepasang suami isteri mati lemas masa mandi laut sehari sebelum kami sampai ke Langkawi hari tu. Terkejut jugak bila dapat tahu..tapi bila ajal dah sampai, siapalah kita nak menghalang..Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah..

5. Aktiviti island hoping tersangatlah best. Kami dibawa naik bot laju ke Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah, dan tengok helang makan. Memang best. Cuma yang tak bestnya kami terasa rugi bila amik pakej tu dari airasiago.com. Air asia charge berganda...sedangkan kat sana harga untuk island hoping cuma RM25 je sekepala. Jadi kamu-kamu yang ingin ke Langkawi, jangan beli sebarang pakej tour with aktiviti dari agen kat KL atau mana-mana. Beli je walk-in kat sana. Jauh lebih murah.





6. Aku terkejut bila tengok ramai gila pasangan baru kawen kat Langkawi. Paling ketara time breakfast pagi. Aku toleh kiri nampak pasangan penuh inai di jari, toleh kanan pun sama jugak. Pendek kata kat mana-mana pun ada pasangan baru kawen. Musim mengawan agaknya. Hahaha..


p/s: yang lucunya aku ternampak ada sorang mamat ni berinai penuh sepuluh-sepuluh jari. Aku jeling jugak kaki dia kot-kot ada inai jugak..nasib baik dia pakai kasut bertutup. Hahaha!


7. Aku pancit dalam cubaan nak panjat Telaga Tujuh. Huhu..gila jauh, tinggi, curam bukit nak didaki. Walaupun ada tangga aku tetap tak larat. Abang teksi tu kata perlu dalam 20 minit jalan kaki untuk jumpa Telaga Tujuh tu. Huh! Aku baru jalan 5 minit dah meroyan nak turun dah. Hahaha!





8. Incik suami pulak awal-awal angkat bendera putih bila aku ajak naik kereta kabel. Hehehe...suami saya memang penggayat orangnya. Nama je tentera udara. Huhu..Sudahnya kami bergambar jek depan kaunter tiket. Haha.

9. Incik suami sempat buat surprise sempena besday aku 24 Jun aritu. Pagi 24 Jun tu masa tengah kalut-kalut bersiap untuk turun breakfast aku terjumpa sekeping kertas dalam hand bag.

Kertas apa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Owh kertas ucapan rupanya.

Patutlah malam sebelum tu incik suami macam sembunyi-sembunyi tulis sesuatu. Hehehe..Kamu kadang-kadang memang comel incik suami.

Kadang-kadang sekeping kertas percuma tu pun boleh jadi hadiah paling bermakna dan berharga sekali mengalahkan cincin berlian sebentuk kan?

Thanks dear!

I love You two three four!


10. Langkawi seakan-akan tak bagi kami pulang hari tu. Mana taknya, flight sampai 3 kali delay!!

Asalnya flight balik ke KL kul 8 malam, delay ke pukul 9. Okla fine sebab delay yang ni dah diberitahu awal beberapa minggu sebelum kami ke Langkawi lagi.

Sampai je airport, nak check-in, staff airport kata flight delay lagi ke 9.50 malam. Hok oloh..

Dalam kul 9.20 malam, elok je kami nak boarding tetiba dengar announcement kata flight delay buat sekian kalinya!!


Omaigod! Apa nak dibuat kat airport ni?? Kalau airport besar macam KLIA xpela jugak.

Jadi bila dah bosan-bosan gitu mula aku jadi sengal kejap. Hahaha.


aku cinta kamu *itulah mesejnya*



incik suami di sebalik secawan cappucino


Hmmm......very the yummy



AaAaAaAAAA!!!!! * x senonoh btol rupa melantak*


Lepasa dah gedebak gedebuk sudahnya pukul 10.15 malam baru kami dapat terbang pulang. Haih!


Apapun percutian ke Langkawi memang sangat best. Apalagi kalau pergi time bukan cuti sekolah. Memang sorga la. Orang tak ramai, barang pun tak mahal, hotel, transport semua pun tak naik harga banding dengan time cuti sekolah...semua pun naik berganda-ganda.

So kepada b2b yang masih mencari-cari tempat nak p hanimunan...boleh la cuba ke Langkawi.

Syokkk woo!!

11 comments:

  1. saya tak pernah ke langkawi.. tgk gambar2 ni, rasa cam nak sangat2 gi langkawi. Encek D dah gi, jadi macam ada harapan lagi nak gi pasal dah ada org berpengalaman :D

    ReplyDelete
  2. alalalala sweeet sgt incik suami tulis note sweet =)
    beshnyeeeee bulan madu!

    ReplyDelete
  3. puan wan,

    selamat pengantin baru (belum lewat nak ucap)

    bestkan langkawi.sbg seorang warga langkawi, sy suka baca awk epi dtg sini.


    oh ya.salam perkenalan.
    (,")

    ReplyDelete
  4. bestnya..cian sy..x pnh lg sampai kat lgkwai..hihi...
    *suka note itu..sweet kan bila dpt note2 seperti itu..simpla tp sgt bermakna..surprise bukan la hanya kebendaan je..kan?*

    ReplyDelete
  5. Xora - pegilah..langkawi dah best tau skrg. Kalau nak shopping pinggan mangkuk periuk belanga utk rumahtangga pun best..

    p/s: saya terjumpa set kuali dan periuk warna merah, biru, kuning, dan hijau tau?sgt cantik! Hahaha..*dasar mak mak*


    Cik ieza - bulan madu mmg best..CUBALAH!hihihihi..

    Cik Gaban - wahhh kamu org Langkawi ye?? Bestnya....Rugi tak kenal kamu awal2..kalo x boleh jumpa kat sana.hehe..

    Neway salam kenal ya!

    Ally - sgt stuju dgn kamu..surprise bukan takat dengan kebendaan..Mcm entri sblm ni, incik suami masakkan megi sepinggan pun kira surprise berharga dah bg saya.hehe..

    ReplyDelete
  6. dah lama juga tak ke langkawi..
    hihii~ seronoknye honeymoon.. happy for u darl..

    ReplyDelete
  7. Tiqah - jomlah ke Langkawi! Syok tau...pujuk-pujuk incik Rafiqi sambil kedip kedip mata..musti beliau mahu.hehe..

    ReplyDelete
  8. musim mengawan? hahahaha..ayat tu plg aku xtahan smp ke sudah..wakakaka~

    ReplyDelete
  9. Ninie - btollll...mmg musim mengawan la lps cuti sekolah baru ni.ko tak percaya ko p survey.haha..

    ReplyDelete
  10. bestnya hnymoon d lgkawi..aritu plan nk g lgkawi jgk..tp trpesong g cameron..hehe..

    ReplyDelete
  11. Farah - Cameron pun mcm best jek..sejuk-sejuk romantik.haha.

    ReplyDelete