Kalau kita pergi mana-mana kenduri kawen, mesti ada terselit satu dua dialog gini..
"eh, lepas makan ni kita masuk tengok bilik pengantin nak??"
Pernah tak dengar?
Atau kamu sendiri pernah ungkap dialog camtu?
Aku ngaku aku memang pernah wat gitu. Kalau pegi kenduri kawen terasa macam tak lengkap kunjungan kalau tak pergi tengok bilik pengantin. Tapi kalau pergi kenduri orang yang rapat-rapat je la. Takdelah sampai kalau pergi kenduri kawan mak abah pun aku kalut nak tengok tempat beradu pengantin jugak kan?
Tapi apsal eh?
Tetiba aku pelik.
Apalah yang nak sibuk-sibuk tengok tempat tidur orang. Seronok agaknya tengok bilik yang siap dihias cantik dari biasa. Pastu kalau ada yang otak nakal sikit mesti mula nak membayang yang tidak-tidak yang akan berlaku malam harinya nanti. Hahaha!
Dek kerana dah jadi kebiasaan, maka membizi la kita semua pengantin-pengantin untuk siapkan bilik tidur mempelai seindah mungkin. Yelah, kalau dibiarkan bilik sebijik sejiban sama macam masa bujang, mahu pengsan tetamu yang menjenguk muka.
Terutama bilik aku.
Ya ampunnnn!!!
Bersepah larat.
Dengan segala mak nenek 'harta pusaka" bawah katil, atas almari, belakang almari, celah almari semua pun ada.
Kain baju dalam almari tok sah cakap la. Silap hari bulan kau bukak je almari......burrrrrrrrrrrrrr berderai semua baju jatuh ke bawah gara-gara tak berlipat, main sumbat jek.
Pendek kata memang kapal karam bilik aku sebelum majlis kawen aritu.
Haih!
Maka bertungkus dan berlumus la aku adik beradik mengemas bilik.
Katil lama kami dah patahkan. Kopak-kopak sampai jahanam. Memang niat nak buang je sebab katil tu dah crack dah pun sebenarnya. Jadi patah-patahkan dan buang. hehe
Almari baju aku transfer ke bilik belakang. Masih elok, sila jangan buang. Sayang wooo..set bedroom lama aku tu Mak adiahkan sempena hari jadi aku yang ke berapa ek...err thn 2006 kalo tak silap. Umur aku sekarang 26 tahun, ha kamu kira la sendiri. Huhu
Almari solek pun masih elok. Pun transfer ke bilik belakang.
Ok setel. Bilik dah kosong, boleh beli set baru. Takyah gambar la. Kamu pun dah tengok banyak kali dah set bilik tidur aku. Takdelah gah pun. Bukan english minglish style pun. Biasa sajork.
Bila dah ada set bedroom baru, maka bermula acara korek idea nak deco-deco bilik aku tu.
Huh punyalah malas aku. Sampai ke sudah aku takde pikir idea pun. Aku main konsep wait & see jek. Haha.
Sudahnya sehari sebelum nikah baru aku pegi cari apa-apa untuk serikan sikit bilik pengantin aku tu.
Mula-mula aku cari kat dalam rumah je dulu. Walaupun rumah aku kecik, dalam tu ada banyak jugak benda yang boleh aku guna semula *recycle kata omputih*.
Antara hiasan sedia ada yang aku rembat adalah:
Ini
Lilin berlampu...err ke lampu berlilin? Aku pun dah konpius.
Lampu berlilin ni hak milik Cik Yah aku. Sepupu aku *Athirah* hadiahkan sempena besday Cik Yah tahun lepas. Kalau tak salah lampu ni sepupu aku beli kat Ikea. Kalau sesiapa berkenan, boleh la terjah Ikea hokey?
Pssst..memang romantik amat tido berdua ditemani cahaya lilin berlampu ini tau. *gatai! wink*
Satu lagi benda dalam rumah yang aku wat pinjaman adalah ini.
Owh aku suka bangat benda ini. Lilin di dalam sangkar. Erk??! Sangkarkah itu??
Sama macam kat atas, lilin dalam sangkar ni *sukati aku je bagi nama* pun Athirah yang beli untuk dihadiahkan kat adik lelaki aku sempena besday beliau. Pun beli kat Ikea jugak. Sepupu aku sorang ni memang peminat kipas susah mati dengan Ikea la aku rasa. Mana tidaknya, masa time bukak adiah kawen aku aritu, aku dengan incik suami baru bukak wrapper je tapi dia dah tau dah adiah tu apa benda dan tentunya dibeli di Ikea. Haha..Gila taksub! *Yong tau kakak baca entri ni.haha*
Baru-baru ni aku ada la teman Athirah pi Ikea *see??kan peminat kipas susah mati minah tu* dan aku jumpa Lilin dalam sangkar ni lagi. Cumanya warna merah menyala gini sudah tiada dalam stok. Yang ada cume warna silver dengan black kot. Ke white pun ada. Ntah lupa. Hehe..
Pastu baru terpikir.
Heh?! Dua benda ni je ke hiasan bilik aku nanti?? Apakehey nya?!
Owh no no no.
Harus cari lagi. Cari dan terus mencari walaupun detik untuk menikah tinggal kurang dari 24 jam je lagi. Haha gila kabut!
Maka aku ajak mak pergi KK Home Deco. Alah kedai yang tengah hot & spicy sekarang ni. Merata cawangan ada. Aku pergi kat cawangan Ampang je la. Yang dekat dengan Taman Tasik Ampang Hilir tu. Dan apa yang aku bawak balik dari kedai tu??
Ini.
Bantal Berpotpuri Berbentuk Love dan Berbau Wangi Amat. *hah, amik ko nama dia aku bagi*
Aku dengan mak sebenarnya pergi KK tu tak de idea pun nak beli apa. Maka kitorang amalkan konsep beli segala yang berwarna merah! Hahaha!
Takdelah beli semua yang kaler merah, gila ko ada banyak duit ke nak borong semua?
Maksudnya di sini, segala apa yang berwarna merah akan menjadi calon untuk dibeli. Termasuklah bantal berpotpouri bla bla bla bla ni.*panjang nau nama dia*
Harga??
RM4.90 ke RM 5.90 camtu. Aku tak ingat dah.
Aku beli 3 bijik. Cadang nak gantung kat dinding bilik yang putih mulus itu. Huhu
Satu lagi aku beli ini.
Aku bukan beli kepala katil ye kawan-kawan, tapi aku beli tuu....yang juntai-juntai rambu ramba kaler merah tu.
Kenapa harus aku beli benda ni?? Macam takde guna sangat pun.
Yes!! Sebab ianya berwarna merah! Hahaha!
Memang sengal masa kat kedai. Main beli tanpa pikir kat mana nak taruk benda alah ni. Sudahnya bila time nak deco-deco abis masa berejam hanya untuk pikir mana nak taruk rambu ramba ni.
Nak gantung panjang-panjang kat pintu ke? Ke gantung kat dinding?? Ada jugak idea nak gantung kat siling!
Nasib takde sape bagi idea suruh lilit kat leher pengantin. Haha.
Pikir punya pikir sudahnya itulah..
Buat ombak-ombak pada kepala katil. Gam guna soletep sudaa..
Pastu ada belen aku lilit-lilit kat lampu berlilin macam dalam gambar kat atas nun.
Setel.
Cantik tak cantik lantak kan.
Janji fully utilised. Heh!
Then lepas tu pasang la segala cadar, langsir, runner bagai. Owh lupa segala cadar, langsir, runner aku beli kat Nilai 3. Semua tu beli kat kedai yang sama. Apa nama kedai ntah. Yang aku ingat kedainya cat warna ungu.
Harga??
Adeh lupa..
Cuma cadar tu kalo tak silap RM350 ++ tak sampai RM400 rasanya.
Okey, lepas dah pasang cadar langsir semua.
Inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.
Inilah bilik pengantin i..
Simple saja. Kadang rasa macam simple sangat. Tapi tak pelah, aku pun memang tak suka yang melampau-lampau sangat. Kalau ada yang bagi idea suruh letak background kain ropol-ropol bagai kat belakang katil tu memang aku akan buat muka separa tak setuju. Huhu.
Jadi dah ko nak simple sangat kan??
Ha..hamik la bilik simple kamu ni.
Owh lupa, ada satu lagi benda yang aku beli untuk hiasan. Tapi bukan beli di KK Home Deco. Tapi beli secara online.
Apa bendanya??
Tadaa!!!
Frame gambar comel kiut miut!!
Owh suka bangat sama frame ni.
Aku order dari tokeybaju.blogspot.com
Harga?? Hmmm...jap jap..lupa pulak. Tapi yang pasti bawah RM50. Hehe..
Mula tu aku ingat tak merasa lah aku tepek frame ni kat dinding bilik pengantin aku tu sebab frame ni sampai agak lewat ke aku.
Tapi nasib baik lah...rezeki aku. Pagi sebelum nikah tu frame comel ni selamat sampai ke aku. Siap dapat free selai T.shirt lagi. Thanks Kak Syuda!
Frame ni aku gantung kat dinding bilik. Tengah-tengah antara tiga-tiga bantal berpotpouri bla bla bla tu tadi.
Tapi kamu tahu, baru-baru ni frame tu kecepek gedebuk jatuh dari dinding masa aku tengah tido!!
Homaigod!
Nasib tak kena kepala aku. Frame tu jatuh kat bantal sebelah. And nasib baik jugak incik suami takde masa frame tu jatuh. Kalau tak....................adalah jugak laki atau bini yang kena kejar ke spital gara-gara dihantuk frame gambar kawen sendiri. Ahhh tamau bayangkan!
Jadinya aku dah fobia nak gantung frame tu lagi. Ada baiknya aku letak molek-molek atas meja sisi sebabnya frame ni tetap disediakan dengan stand dia macam dalam gambar ni.
Letak elok-elok. Itu lebih selamat dari aku amik risiko kena hempap dengan gambar kawen sendiri lagi. Ngeri!
Okey back to the cerita bilik pengantin aku tadi. Lepas dah siap-siap gantung semua and finally inilah bilik pengantin aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehehe..saja bagi kamu gambar blur. Dah muak dah kamu tengok gambar bilik aku. Kang muntah kang!
Nak bagi kamu muntah lagi.
Layanlah gambar laki bini yang pertama kali diberi peluang melenjan katil pengantin mereka.
Hahahaha! *gatai gila*
Itu saja untuk hari ni.
Sekian. Permisi ya nyonya.=)
hehe..macam2 cabaran nak siapkan bilik eh..bagus2..kreatif sggh..ryna serah pada kedai andaman jer wat hiasan bagai..hehe..
ReplyDeletetapi merah ngan putih mmg terselah gtu..syabas!
dear, simple but sgt sweet!!!!!!!
ReplyDeletebila wrna putih diganbungkan dgn wrna merah, mmg meletop!!!!!!!! cantik!!!! stunning!!!!
idea utk hiasa bilik tidur pun terbaik.. gud job!!
suka la tgk lilin tu...simple tp sweet...
ReplyDeleteseyes cantik!! anda memang kreatif!! kipidapp!! =)
ReplyDeleteFikaryna - Memamng byk dugaan utk sampai ke situ aritu. Huhu..smp hal2 bilik tidur pun boleh fenin kefala. Haha!
ReplyDeleteAdieyza - merah dgn putih cantik kan?? suka! *sbb tu saya pilih warna ni as a tema*. Tp kaler lain pun byk lg yg cantik..rambang mata.huhu
Farahfatihah - lilin tu mmg jd tumpuan. Sampaikan pak andam kita kata apa??
"eh lilin tu mak yonh bli kat Mekah ke?"
Apakah?? Mentang2 mak saya baru balik Mekah masa tu. Sampai lampu lilin pun diingat beli kat sana. Kalau inai ke apa ke logik la. Hehehe..
Chenta - Hai chenta! Thanks kamu...idokla cantik terbabomm..biasa sajork. Asalkan tetamu tak pengsan tgk dah la.haha.
Neway thanks ya semua sbb kata bilik i cantik gitu! Hahaha..sengal!
oh cantiknya mesti curik idea sini sana~!
ReplyDeleteKay - thanks! nak wat persiapan kawen musti harus wajib curik idea sana sini sinun...harus kretip kretip!
ReplyDelete