Sunday, August 15, 2010

CANTIK ITU KAMU CONTEST 4 YOU

Pheww!


Berpeluh kau tahu mencari gambar melecun dalam gobok gambar? Nasib baik jumpa. Jumpa bukan satu keping je pulak tu, berkeping-keping!

Tak sangka aku ada banyak jugak koleksi gambar cantik-cantik yang motip dalam gambar adalah aku. Kalau gambar yang motipnya bukan aku lagilah berlambak yang cantik. Haha nampak nau aku yang kurang cantik di sini.


Huishhh.....


Apa ni cakap tak cantik tak cantik ni? Semua ciptaan Tuhan tu kan cantik, dosa tau kata gitu. Lagi pulak aku nak bertanding *wah bertanding kau* dalam pertandingan yang bernama CANTIK ITU KAMU, maka seharusnya aku yakin diri yang aku cantik, paling koman spanar pun aku kena percaya yang gambar aku kat bawah tu nanti santekkkkkk!


Ha amik kau..ober!

Dah cukup dah mukadimah pertandingan. Aku ni kalau nak masuk pertandingan je mesti nak tulis panjang-panjang, kalau tulis panjang-panjang tu maknanya aku nak bertanding la tu. Menyampah juri-juri nak menilai.Huhu..ampunkan saya penjuri contest


Okey okey jom kita pergi lurus kepada titik itu *go straight to the point*.


Pertandingan ini ada syarat-syaratnya. Cekidaut!


  1. Follow dan add blog MawarPink dekat blogroll korang. (sebab pemenang akan diumumkan disini) *udah folo and link..semalam lagi aku dah buat ni
  2. Follow dan add blog Cantik Itu Kamu jugak *pun dah jugak..pun semalam jugak*
  3. Letak banner Cantik Itu Kamu kat sidebar korang.*cuba intai jap, ada tak banner tu?ada??legaa...*
  4. Buat post dengan tajuk Cantik Itu Kamu Contest 4 you. *ni tengah menaip la ni*
  5. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye..*owait..ondewey..uploader macam siput sedang berpuasa. Tapi bila kamu baca ni mesti dah ada dah banner tu*
  6. Letakkan SATU sahaja gambar yang korang rasa cantik permandangan, cantik baju korang pakai, cantik tudung korang ke, or korang sendiri memang cantik dlm picture tu. terpulang pada creativity masing-masing. Tak perlu explain pun tak pe. tak kisah la sorang-sorang or ramai2.. semua boleh join.. laki pun boleh.. hadiah nnt boleh bg kat aweks or wife kan.. ^_^ *gambar di bawah ada gambar incik suami sekali, tapi kalau menang adiah itu aku yang punyaaa....akuuuuu yang punya. TAMAK!*
  7. Leave your entry link kat comment in this entry supaya senang saya nak check. *owait..lepas aku publish ni aku terus p terjah komen*

Pemenang
Pemenang akan di pilih berdasarkan gambar yang unik & kreatif & cantik. Cantik itu subjective kan.. jadi juri-juri terpilih akan membuat penilaian.



Prizes:
Hadiah akan di sponsor oleh Cantik Itu Kamu.jadi korang boleh la letakkan hadiah ape yang korang nak dari Cantik Itu kamu. Hadiah akan di berikan berdasarkan pada penyertaan dan availablity hadiah tersebut.Anda boleh letakkan gambar hadiah yang anda nak dalam entry contest ni.. ^_^




Sila kelik

Mudah bukan syarat-syaratnya?

Sebab tu aku berani join, kalau susah sampai memerah otak dah peluh pikir doplohlapan juta kali untuk join. Haha

Sebagai penutup entri, haruslah aku tepek gambar yang konon paling cantik yang aku ada kan? Kalau tak, kena tendang keluar dek juri la jawabnya nanti. Haha.


Ini gambar konon cantik aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Aku rasa semua orang akan kelihatan super duper cantik masa hari perkahwinan. Jadi untuk tampak lebih yakin, aku pertaruhkan gambar kawen aku. Haha!




Nota untuk juri dan bukan juri:

Aku suka gambar ni bukan sebab aku nampak cantik ke apa, tapi aku suka gambar ni sebab gambar ni nampak hidup. Seperti mampu menceritakan perasaan dan keadaan aku kala waktu bulan mengambang mengikat janji dengan chenta hati. *Cheewaahh kau*


Sebagai penutup entri *dah bape kali kata nak tutup entri dah ni*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya yakin betol barisan juri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya kunci entri ini!!!

6 comments:

  1. hahaha...dah mcm tgk jangan lupa lirik dah. ahaks!!

    caiyuk wan! im voting 4u!

    isshh, tetiba rasa teringin nk msk contest gak..tapi maluuuu...thehehe...

    ReplyDelete
  2. Ninie jom ar join. Ko mesti ada byk gambar cun melecun..Fasha Sandar katanyeee....huhu

    ReplyDelete
  3. Wan, u dah bukti kan! Cantik itu subjektif.

    Seri pengantin tu wan. Hehhe...errr, contest ni ada vote2 ke? *teruja nak vote ni. hahhaha...

    ReplyDelete
  4. Azlina...malangnya takde vote-vote.100% markah dari penjuri yg arif lg bijaksana..huhu

    Jom join!

    ReplyDelete
  5. tanx tau sbb join.. nice shot.. ^_^
    good luck ye.. ^_^ n moga bahagia ke anak cucu eyh

    ReplyDelete
  6. Nadic..huhu terharu.thanks ya. Owh mekasih jugak sbb sudi anjurkan contest gini..fun what?!=)

    ReplyDelete