Tuesday, August 17, 2010

JANGAN LUPA LIRIK versi laki bini

Malam semalam lepas berbuka, mandi segala aku mula lah menyantaikan diri. Lepak-lepak dalam bilik, hidupkan berukbeng, switch on peti telebisyen, kipas, lampu *nak kena bagitau jugak ke?* semua. Memang sorga. Ceh, padahal setiap malam pun gini.*kantoi tak pegi terawikh.haha*


Jadi apa bezanya malam semalam dengan malam-malam yang lebih semalamnya??


Malam semalam masih kurang lebih sama je dengan malam-malam lain sampailah tiba-tiba..........



tanpamu..........akulah yang rindu....tanpa dirimu.....*bunyi ringtone petanda incik suami call*


Tengok jam tengok jam..


Eh, baru pukul 10, cepatlah pulek mamat ni telefon malam ni. Rindulah tu agaknya..*sambil sengih-sengih*


Errr nak taip semula ke butir perbualan kami semalam ek? Tak yah la kan? Kang muak putih kang kamu.


Lepas dah pot pet pot pet barang beberapa ketika aku pun tanyalah kat incik suami..


" Kenapa abang call awal ye hari ni, biasanya abang call bila cindarella dah balik rumah." *kul 12 la tu*


Incik suami jawab.


"Kenapa, tak boleh call ke?"


Hahaha. Aku memang lemah kalau dia bagi jawapan gini. Memang tentu-tentulah kamu boleh call i bila-bila masa dan ketika yang kamu mahu incik suami oiii..hatta kalau aku tengah dalam bilik menung pun kamu boleh call. Takde masaelah.


Beliau sambung cakap lagi. *banyak cakap mamat tu malam semalam. Biasa aku je yang macam pengulas sukan*


" Ni ha..abang ada lagu best untuk ayang."


Aku reply.


"Iye ke? Bestnya..nyanyi la cepat."


Dia sambung lagi.


"Lor...abang bukan nak nyanyi, abang nak suruh ayang dengar kat youtube. Sekarang jugak."


Huh?!


Sekarang jugak? Adeh la, aku dah la tengah berchatting dengan abah dan Azlina Proud to be Mrs Rafie ni kat fesbuk. Alahaiiii...incik suami incik suami.


"hokey hokey..apa tajuk lagunya bang? Meh nak cari"


Beliau pun bagilah tajuk lagu. Aku cari kat TiubKamu. Dengar. Dan bagi respon separa ikhlas. Haha.

Ingatkan selesai dah sampai situ. Rupaya very the nehi.


Beliau bagi pulak tajuk lagu lain. Harus dengar sekarang jugak jugak.


Pun patuh. Dengar dan bagi respon tiga suku ikhlas pulak. Huhu


Sekaliiiiiii......


Beliau bagi lagi DUA lagi tajuk lagu.


Haruslah aku mencari di TiubKamu, dengar dengan sepenuh hati dan paling penting beliau ada wish list buat aku.....
















"AYANG DENGAR LAGU-LAGU TU BANYAK-BANYAK KALI PASTU HAFAL. NANTI BOLEH NYANYI UNTUK ABANG"





DANGG!!!!





Apakeheynya bulan-bulan Ramadhan yang mulia ini aku kena hafal lagu-lagu ni? Alahaiiiii....













Ini adalah lagu-lagu itu. Link terus ke TiubKamu.

Emang Dasar - Wali Band
Mimpi Yang Mati - Bliz
Muah - Suzanne Brautigam

Kisah Kita - Stacy

7 comments:

  1. lagu emang dasar???? hahahah ni nak tergelak ni...tu lagu tuk lelaki yg main kayu tiga tau!

    ReplyDelete
  2. wahhh.. so sweeet...
    hafal jgn tak gafal yer wan.. :P

    ReplyDelete
  3. Farah Fatihah..tu la pslnya. Laki den ni bkn kisah lirik lagu. Dia tau dia suka melodinya..pastu dia nak kita sama-sama suka lagu tu.

    Mcm lagu Akulah Kekasihmu (AXL) tu..kemain suka dia lagu tu padahal liriknya tak boleh blah.haha


    Cik Fiza..tak larat loh nak hafal..terasa mcm peserta AF dah ha..huhu

    ReplyDelete
  4. hohoho...patutlah Wan hilang semalam, tak dapat dikesan. Rupa2 nya masuk rancangan Jangan Lupa Lirik ye. Hahaha...apalagi Wan, mula kan menghafal untuk memenangi 1 juta *duit raya yang bakal Incik Suami bagi...hohoho :P

    ReplyDelete
  5. Itulah pasalnya Azlina oiii..sorilah tak dapek nak chit chat berlama-lama smlm..incik suami terlebih hormon manja smlm.haha

    ReplyDelete
  6. peserta AF di hati suamimu hehehe :P

    best ape.. sgt romantik.. i likeeee

    ReplyDelete