Saturday, August 21, 2010

SIAPA TAK PANDAI SIANG IKAN SILA BACA.

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Berapa haribulan hari ni? 21 Ogos ek? Ha elok sangat la tu. Sepuluh hari lagi kita akan sambut hari kemerdekaan. Memang secocok benar lah tu. Tak ubah bagai pinang dibelah dua.


Kenapa hari ini begitu hari ini dalam sejarah??


Kerana hari ini aku adalah pertama kali menyiang ikan!!


Hahaha!

Bangga! hoh hoh hoh horlicks!!! *apakah??*


Memang satu pencapaian luar biasa untuk diri sendiri bila mampu menyiang ikan dengan demo dari mama yang cuma sepintas lalu. Gila kau, mama tunjuk demo sekali jek, time sekali tu la otak aku berusaha gigih menghafal step-stepnya, kalau tertinggal satu step maka akan gagal la aku dalam misi menjadi penyiang ikan seantero rumah. Haha.


Lepas mama buat demo jek...


Ceh, very the simple kekdahnya. Aku ingat susah benau nak siang ikan ni. *berlagak di situ padahal anak dara sunti ceruk-ceruk kampung bantai gelak je baca entri ni*


Mula-mula....buang mulut dia. *ketap* (owh aku guna gunting ye. Sebab tu bunyinya cenggitu)


Then...belah bawah badan dia..*sreeeeettttt*


Pastu....buang insang dia..*ketik*


Kemudian.....gunting separuh ekor dia...*zzuppp*


Pastu.....potong sirip dia..*ketip*


Last sekali......


Keluarkan isi perut dia. Keluarkan isi perut saja tau, jangan ko bantai korek abis isi-isi ikan sekali.


Owh untuk kebersihan lebih menyeluruh...bersihkan bahagian dalam perut ikan tu. Buang semua lendir-lendir hitam tu. Hanyir kau tau hitam-hitam tu.


Pastu ready untuk di simpan dalam peti ais. Kalau dah kebulur sangat, kau masak la ikan tu. Goreng pon sodappp..


Tips mama: Untuk ikan cepat masak isinya, belah sedikit bahagian badan ikan. Dua-dua belah sekali.



Akhirnya..


Berjaya jugak aku menyiang 5 ekor ikan kembung buat pertama kali.
































Dalam masa lebih 10 minit!!!! *Bapak lama*





Nota-noti: Kalau ada yang tak tahu, umur saya adalah sudah 26 tahun ye. Sekian!

2 comments:

  1. hahahaha comel la..
    saya senang je...syazwan pakar bab2 memasak/menyiang ikan sbb abah dia dulu tokey ikan..

    eh..kita lagi tua lah...aiseh!

    ReplyDelete
  2. Hahaha..teringat first time saya siang ikan, pada usia 23 tahun *tak ngaku 24 okeh! Hahaha...sampai sekarang, sumpah tak siang ikan. Sebab member bagi tips yang baekkk punya. Masa nak beli ikan, suruh penjual tu siang ikan siap2. Haaa, kan senang? Tihihi...Sila amalkan selalu =)

    ReplyDelete