Tuesday, November 9, 2010

ADA APA DENGAN 10 HARIBULAN SEBELAS??



Sudah berapa hari aku menanti..
Lenguh sudah urat dan sendi..
Terlalu banyak dugaan dan cabaran menimpa diri..
Bayangkan...
Adakala dapatlah aku makan nasi..
Adakala hanya mampu makan megi..


Tetapi..
Malam ini..
Senyumku sudah tak boleh berhenti.
Mungkin nanti tidur pun sambil nampak gigi..
Oh tak sabarnya nak tunggu esok pagi..


Rasa macam nak amik kalkulator sekarang ni..
Berkira-kira apa nak dibuat dengan si jantung hati itu esok hari..
Yang pasti aku nak berjoli..
Memanjakan diri..hihihi.
Ops, tak lupa juga pada famili..
Jangan risau pasti ada habuan menanti.


Oh memang tak boleh tahan lagi..
Cepatlah terbit sang matahari...
Dah tak sabar rasanya hati..






NAK DAPAT GAJI!!



HOYEHHH!! ESOK GAJI!!






Nota-noti: Penulis adalah seorang guru yang baru posting. Maka harus tahu bahawa beliau sudah sebulan setengah kerja tidak bergaji. Itu sebab beliau meroyan tulis puisi syok sendiri di malam sebelum gaji. Haha!

3 comments:

  1. Penantian itu satu penyeksaan kan... Mst skrg dlm kepala da pikir mcm2 nak soping nih...hihi

    ReplyDelete
  2. baru sebulan setengah... kak dlu 3 bulan taw... hehe...

    ReplyDelete
  3. sebulan setengah
    okah tu
    kita ni dulu 3 bulan menunggu
    mmg dah tahap sesak nak mati dah

    ReplyDelete