Friday, December 10, 2010

CERITA MALAM JUMAAT YANG DOT DOT DOT...


Semalam adalah malam Jumaat.

Malam penuh dengan pahala.

Hehe..Mula nak pikir ke lain la tu. Tak payahlah..entri kali ni memang takde kena mengena dengan perkara-perkara sunat yang selalu orang buat pada malam Jumaat. Jadi tak payah nak sengih-sengih kambing di situ.


Ini cerita tentang ayam goreng.

Apa pulak kena mengena ayam goreng dengan malam Jumaat??


Ni nak habaq mai la ni..


Malam semalam...tengah best-best kami laki bini cari tiun nak tidur, jam pun dah tunjuk pukul 12.00 malam. Memang selayaknya la kami bertiduran.


Tapi.....tentiba incik suami bukak satu topik. Dengan suara yang manja meow-meow *sesuai la dengan MJ kan.haha*, beliau cakap gini..


" ayangg...ayam goreng yang ayang masak semalam sedapppp sangat. Tapi kan...tapi kan....*banyak tapinya di sini. Aku je tak larat nak taip*.....abang rasa isi ayam tu macam tak cukup masak lah yang..."


Terus aku tertoleh ke dia.


Heh? Tak cukup masak? Tapi aku tengok tiga pat ketul jugak masuk dalam perut dia semalam. Tak puas hati pulak aku. Tapi sebab incik suami menegur dan mengkritik dengan cara berhemah, maka aku cool la dulu kan. Kita dengar apa kata surveyyy!. Heh.


Jadi aku pun tanyalah apa kekdah-kekdah lebih baik untuk menggoreng ayam supaya jadi lebih sedap..lebih sedap dari ayam goreng KEI EP SI.


Maka di situ jugaklah incik suami keluarkan habis semua teori meori yang beliau ada tentang menggoreng ayam selama hidup 25 tahun ni. Serius macam lawak gila boleh sembang tentang ayam goreng atas katil di malam Jumaat. Haha.


Tapi kalau setakat bagi teori je apa cerita kan? Kalau terrer tunjuklah demo sekali. Barulah handalan kan? Lelaki...biasalah..pantang kena cabar kan? Terus beliau ke dapur capai kuali bagai..nak goreng ayam katanyaa..

Heh. Aku duduk je la perhati dari tepi. Kata isteri yang tak reti goreng ayam, jadi tengok je la skil suami yang gagah perkasa tu kan.


Ketung-ketang bagai nak terbalik kuali semua incik suami kerjakan dapur. Akhirnya siap jugak dua ketul ayam goreng depan mata aku. Tengok dari luar...hmmm..nampak yummy. Garing. Terliur dibuatnya. Tapi bila tengok isinya.....






Heh.


DUA KALI LIMA!!


Tapi biasalah lelaki.....mana nak mengaku silap kan?


Layankan ajelah..kata malam Jumaat. Dapat pahala kalau gembirakan suami. Huhu



5 comments:

  1. hahaha..incik suami kamu memang comel.kikiki..

    kamu lagi comel melayan suami masak ayam ditengah malam buta.huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahaha. Kena lama goreng, kecik kan api kot. Rasa macam tak de teori2 ni, sebab selalu masak ok je. Nasib baik kot. Hehhe.

    ReplyDelete
  3. Hehehe..memang sengal kami semalam. Siap boleh merajuk2 lagi sebab kna sound baik punya dengan incik suami. Huhu..

    Pasal goreng ayam tu..teori saya, mula2 masak..kecikkan api skit...bila dah lama skit baru besarkan api.

    Teori incik suami..api kena konsisten dari awal sampai abis masak.

    Abis sape yang betul?Huhu..

    ReplyDelete