*murid perempuan tersebut bangun hormat lalu memulakan kata-kata...*
"Nama saya Nurin Jazlina binti .........*aku tak hengat nama bapa dia*. Cita-cita saya ialah guru."
Erkkk?!
Terkedu aku kejap.
Bukan terkedu pasal cita-cita beliau mahu menjadi cikgu macam aku. Tapi aku terkelu bila dengar nama beliau.
" Nurin Jazlina???" Aku bertanya serupa orang pekak padahal budak tu dok laung nama betul-betul sebelah aku jek. Heh.
Budak tersebut senyum jek sambil angguk lembut. Mungkin dia pun dah lali bila orang berperangai pelik atau buat-buat pelik bila dengar nama beliau. Walaupun namanya takla sebijik sejiban sama dengan nama yang pernah gemparkan Malaysia satu masa dulu tapi tetap buat aku dilanda kesedihan sesaat dua.
Tambah lagi muka murid aku tu pun iras-iras wajah kanak-kanak malang tersebut. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri Rahmat. Aminn..
p/s: Aku dapat tahu ada sorang budak form 1 sekolah aku namanya Siti Nurhaliza. Fuh..nama taknak glamer. Tingin aku nak tengok mana satu budaknya..mana tau ada iras Tok Ti. Huhu..
sekolah saya ada erra fazira.selalu dapat no 1 dalam kelas...err macam2 la skolah saya cinderella pun ada, robert owen...haisssyyy...mawas pun ada.adoyai...sian kan
ReplyDelete