Saturday, January 29, 2011

SAYA CLASH 18 JANUARI TAU..BUKAN 2 BULAN LEPAS!

"Ehhhhh u tolonggg sikit ye, i clash dengan pakwe i 8 haribulan lepas tau! Pandai-pandai je nak buat cerita kata i break up 2 bulan lepas. Eiiiiiii.....tak suka! tak suka! Mencik!"


Hahaha


Siapa yang rajin baca gosip-gosip artis ni tahulah apa isu yang tengah hot and spicy sekarang ni. Memang meloyakan tekak dan membuatkan batuk aku menjadi makin kronik bila baca cerita-cerita tak matang gini.


Sumpah aku tak pernah terpikir nak mementingkan tarikh clash melash ni. Dah nama pun break up, sesuatu yang menyedihkan, menyeksakan, memeranakan jiwa dan raga segala. Adakah perlu nak ingat beria tarikh bila kita clash?? Kalau ingat tarikh kau couple ke menikah ke tarikh hanimunan ke tarikh confirm pregnant ke yang bahagia-bahagia tu logiklah jugak. Ini.......haiiih!


Sungguh aku tak paham.


Kalau aku lah..lantak lah dengan tarikh clash aku tu. Orang nak kata aku clash dua bulan lepas ke, tiga tahun lepas ke..pedulik hapa! Benda tak relevan nak ingat beria. Sejak aku pandai main cinta dulu-dulu sampai la ni....rasa aku dah 4 kali aku putus cinta *nak kata cinta pun tak cinta sangat lah.haha*...tapi sebijik tarikh aku clash pun aku tak hengat dan malas nak hengat.


Ada lebih baik aku hafal sifir lapan belas. Ada jugak pekdah.Tak pun hafal huruf Idzhar Halqi....itu pun aku dah lupa jugak tu. Hehehe.














Panduan bila putus cinta:

Sila jangan delete nombor fon pasangan anda. Biarkan aje...sebab bila kita cuba nak delete, makin kuat kita rasa nak hafal nombor dia. Lagipun nombor pakwe kan...ateee takkan tak hafal kan?

Adalah lebih baik kita rename je nama durjana tersebut. Kau rename je la jadi Pak Leman Lembu ke, Gayah Bahulu ke, Aik Sing Kedai Runcit ke....nama-nama yang kita takde selera nak amik tahu.

Selamat mencuba!

3 comments: