Monday, March 28, 2011

CITA-CITA KE CINTA-CINTA?


Hari ni aku masuk kelas untuk program mentor mentee. Tapi sebab kelas aku form 1, maka mentor mentee adalah tidak formal, lebih kepada pengurusan kelas. Jadi aku plan nak lengkapkan report kad budak-budak terutama bahagian cita-cita. Sama macam zaman kita dulu-dulu, kena bagi 3 pilihan cita-cita pada cikgu untuk cikgu rekodkan dalam report kad.



Sorang-sorang aku panggil ke depan untuk nyatakan cita-cita masing-masing. Macam-macam pekerjaan yang keluar..


Polis,

Tentera,

Bomba,

Doktor Haiwan,

Guru,

Doktor,

Mekanik,

Bisnesman,

Pemandu lori pun ada...


Tukang kutip sampah pun ada, tapi aku suruh tukar kepada pekerjaan yang lebih baik. *bukan maksud nak menghina tukang kutip sampah ye*


Pastu..sampai kat seorang pelajar ni. Nama beliau saripah *bukan nama sebenar*.


"Saripah, apa cita-cita kamu?"


"Suri rumah tangga cikgu."


"Hmmm...ada cita-cita yang lain x?"

"Takde cikgu. Saya orang susah cikgu. Susah nak kerja. Jadi bagus kalau saya jadi suri rumah saja."



Tertunduk terkaku kejap aku. Aduhai....anak ini terlalu mentah. Masih tak nampak jalan hidup masa depan.


" Saripah..cikgu maklum keluarga kamu orang susah. Ibu bapa kamu dah bercerai, adik beradik kamu ramai. Cikgu tahu tu. Tapi satu cikgu nak pesan pada kamu, jangan jadikan kesusahan hidup tu penghalang untuk kamu berjaya. Cikgu nak kamu semat dalam hati yang kamu akan belajar rajin-rajin, masuk universiti, dan dapat kerja yang bagus, gaji yang besar supaya kamu boleh bantu ibu kami, adik-adik kamu, dapat baiki kehidupan kamu. Jadi suri rumahtangga tu tak salah, tapi ada lebih bagus kamu simpan cita-cita dulu. Faham maksud cikgu?"


"Saya faham cikgu"


Aku tengok mata si Saripah dah berlinang.

Selang dua saat lagi air mata mula mengali basahi pipi.

Aku pulak tersedih. Aku memang tak boleh tengok budak menangis ni, mula rasa nak peluk pujuk jek.


Tentiba aku terpikir, si Saripah tu menangis sebab apa ye?

Sebab terharu dengan kata-kata power aku tadi ke atau.......





Sedih sebab aku tak bagi dia jadi suri rumah tangga?


Ah sudah!


3 comments:

  1. HAHAHA

    Sian cik pah tu, cita2 mulia nk jd suri rumahtangga dihalang oleh seorang cikgu yg berkaliber :)

    Suka baca cite kamu yong, saya selalu tersenyum2 sorang2 bila baca entri blog ni.

    I wish u hepi duk sana walaupun kecik & sunyi ja tmpt tu, tp dmana pun best kan kalau dkt ngan suami? Kes kita ni sama kot, saya kena duduk subang, asal dari sabah, kamu lak kena duduk labuan instead of kl ni hehe :)

    Jom jd tour guide saya bila saya blk sabah? ;P

    ReplyDelete
  2. Hai Mima..thanks sudi singgah belog cabuk ni.huhu..

    Ooo kamu keje kat subang tapi asal sabah ye?terbalik pulak kita ni kan..tentang tour guide tu memang elok sgt la tu..saya memang tingin nak jenjalan kk ni..cuma brani x brani je nak pegi..tkt sesat.haha..

    ReplyDelete
  3. Yer la trbalik hehe jgn risaula, tk kemana sesatnya kt sana tu haha bila lg nk try adventure :) ok next time blk sini infor2 la ye. Happy teaching there, Yong boleh bah! Hehehe

    ReplyDelete