Tuesday, March 22, 2011

SAYA ADA SEPUPU..NAMA DIA DIYANA.


Aku ada seorang sepupu. Sepupu perempuan. Anak Pak Ngah iaitu adik kepada abah. Nama beliau Diyana. Wan Dalila Diyana. Sedap namanya.

Masa kecik-kecik dulu, kami memang geng. Eh, dah besar gini pun kami masih geng apa. Dulu masa belum akil baligh kami selalu mandi sama-sama tiap kali balik umah tok wan. Pastu tepat jam 5 petang *kadang-kadang pukul 4 petang* mesti kami sama-sama berombongan ke playground terdekat untuk main jongket-jongket, gelongsor, tiang-tiang dan seangkatan dengannya. Cuma buaian aku tak dapat nak main sebab punggung over size. Pastu bila malam tido mesti satu tilam, satu selimut, kadang-kadang bantal pun kongsi sebab bantal tak cukup.


Masa kecik dulu aku tahu Diyana ada sakit. Tapi tak sure sakit apa. Tapi ada kaitan dengan jantung. Kesian Diyana..pernah kena operate kat dada. Pernah dulu Diyana tunjuk kesan operate tu kat aku. Ishh..panjang parutnya..kira-kira sejengkal ada kot. Aku memang simpati.


Lepas tu aku dapat tahu Diyana ada masalah dengan mata pulak. Pun aku tak pasti apa nama sakitnya tapi Diyana pernah bagitahu aku power spec mata beliau masa sekolah dulu mencecah 1000! Isk...power aku yang 300 lebih-lebih ni pun menggagau bila tak pakai spek mata. Beliau apatah lagi. Sekali lagi aku simpati.


Lepas Diyana abis sekolah, aku dapat tahu lagi yang mata beliau makin teruk. Penglihatan mula kabur..dan makin kabur..dan makin kabur..dan akhirnya Diyana tak dapat tengok muka aku yang kiut miut ni lagi. Pernah sekali dia buat dialog begini..


"macam mana la rupa Yong sekarang ni ye..lama Diyana tak tengok Yong dah"


Gila sedih!


Sekarang ni tiap kali kami jumpa, Diyana mesti akan raba-raba badan aku untuk membayangkan bentuk badan aku sekarang. Tapi tak payah risau, Diyana pegang lengan pun dah boleh tahu camne rupa aku. Besar bak Giant!


Mula-mula dulu aku macam kekok jugak bila Diyana dah tak boleh melihat lagi. Tak tahu nak cakap camne, rasa hairan ada, rasa kesian ada, rasa macam-macamlah. Lama-lama aku dah biasa. Tapi Diyana ni sangatlah bagus, beliau sangat berdikari dan pandai bawak diri. Bayangkan bila orang sibuk nak kenduri, sibuk kupas-kupas potong-potong bawang segala, beliau pun ikut serta pegang pisau. Aku yang tengok pun ngeri. Tapi Diyana kata relaxlahh Yong...its okeylah..jadi aku pun senyum jek.

Bila tiba musim raya, tok sibuk balut ketupat guna daun palas, Diyana pun sibuk nak membalut sama. Dan teka apa?? Ketupat beliau menjadi!! Aku yang celik ni pun terkial-kial nak balut ketupat. Huh.


Paling advance, bila kami sepupu-sepapat pakat-pakat nak pegi tengok wayang ramai-ramai *biasalah musim raya mesti ada movie best kat panggung kan*, Diyana orang paling depan nak ikut. Paling tak boleh blah..bila keluar panggung, beliaulah orang yang paling paham jalan cerita. Siap boleh kenal pelakon-pelakon filem tu. Huh aku memang rasa nak bagi ibu jari berdiri je kat beliau.


Tapi sekarang........semua dah lain. Tak tahulah nak kata camne. Tapi aku dapat rasa keadaan dah berubah atau mungkin akan berubah.

Kenapa? Mengapa?


Esok je la aku sambung cerita.


Laki I dah meroyan order air milo tu. Kang tak buat kang merajuk 3 kilometer. Susah kalau suami merajuk malam-malam ni. Hihihi..





to be continued.....................

3 comments:

  1. subhanallah..terangnya mata hati Diyana tu ye..

    ReplyDelete
  2. sungguh tidak sabar menunggu sambungan cerita diyana

    ReplyDelete
  3. bila hilang satu deria
    byk deria lain yang terbuka nana

    tapi apa jadik kat diyana??
    kenapa??
    kenapa

    ReplyDelete