Hari ni interview SPP di Jabatan Pelajaran Labuan. Aku yang kunun-kunun cikgu bitara ni study menggila bagai nak rak *tipu*. Banyak betul aku study *poyo*, Teori Pembelajaran, Model Pembelajaran, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1 Malaysia, Wawasan 2020, NKRA, pERINTAH Am, Pedagogi, Sekolah Kluster, Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari, KBSR, KBSM, Kabinet, Pergolakan di Mesir, Pergolakan di Libya, Ganjaran guru besar/pengetua, ohhh...pendek kata banyaklah sampai aku pun dah lupa apa yang aku study tu. Siap ada short note bagai *semua kawan lain pun ada jugak. so??*. Berkobar-kobar katakan nak p interview nak sahkan jawatan.
Subuh-subuh hari dah sms kat semua parents..mak abah mentua pun aku sekali harung forward sms mintak restu. Huhu.
Dalam surat panggilan kata interview mula jam 8 pagi. Aku dan kawan-kawan satu sekolah seramai 4 orang dah terpacak kat jabatan tu seawal jam 7 pagi lebih sikit. Staf jabatan pun tak sampai lagi. Hoho..
Tak lama pastu kami dipanggil ke ruang menunggu di dalam. Submit fail sijil-sijil bagai untuk di semak. Sambil tu mulut dok kumat kamit baca nota lagi. Tak cukup nota sendiri aku selamba yada kaut nota cikgu sebelah untuk dibaca. Semangat nan jitu...gitu.
Tentiba....*entri aku kalau takde "tentiba" memang bukan entri namanya..heh*
Tentiba...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Wan Nor Fadzlina"
Uish..nama aku dipanggil dek pegawai yang semak-semak sijil tu.
" Ni sijil ijazah awak versi bahasa inggeris ni takde cop universiti ni...
"Hoh???! Ye ke? Adehh!!" *muka dah pucat dah time ni. Memang petaka betul la hari ni*
"Ada simpan yang versi bahasa melayu punya tak? Yang itu biasanya ada cop universiti." Pegawai tu tanya lagi.
"Errr...yang BM punya ada........tapi...........
Ada kat KL nun. Itu pun tak hengat mana duduk letaknya.
Hadoi!!!
Terus aku kena reject dari di temuduga tadi. *watdehek*
Sampai sekarang aku buntu pikir mana aku letak sijil ijazah versi BM aku.
Kalau tak jumpa jugak ijazah tu....camne ek??
Ohhhhhh.......................indah sungguh hari ku ini. Coii!
ni kes sama ngan hubby i ms interview sah jwtn dulu. mesti tu ijazah uitm kan. last2 mmg kne reject n dipanggil iv setahun slps tu. huhu. tp skrg dh sah dh..alhamdulillah.
ReplyDelete