Friday, May 27, 2011

BABY MINTAK KEK PULAK


Malam ni memang gamble betul aku.

Tadi layan cerita Cinta Melody sambil menikmati nugget goreng lawan milo 0 yang disediakan suami, memang sorga betul. Ceritanya gini, incik suami balik keje lewat sikit, biasalah mak buyong kan cepat sentap...jadi merajuk la aku bila suami lambat balik. Jadi nak memujuk punya pasal beliau gorengkan nugget *baaanyak betul. Ada dalam 25 ketul kot* untuk aku. Lawan pulak dengan air milo panas. Tengok pulak cerita Cinta Melody yang tengah meletup kat tv tu..memang layan.


Jadi hilang la merajuk aku yang sebenarnya mengada je lebih.


Tengah syok-syok tengok TV tu tentiba hati teringin nak makan sesuatu.


Aku teringin nak makan kek!


Betul-betul teringin.


Hai la anak....malam-malam kamu order kek ye sayang.


Perasaan ni datang tiba-tiba. Ntah kenapa aku rasa nak makan sesuatu yang lembut-lembut, yang manis-manis iaitu kek. Jadi habis je cerita Cinta Melody terus sarung jeans and t. shirt tuju kedai kek berdekatan. Nasib baik ada kedai kek dekat-dekat rumah. Kalau tak jenuh jugak nak berangkut ke bandar.


Sampai-sampai kedai terus terjah peti ais yang selalu orang display kek tu. Ada la jugak 3,4 biji kek kat situ. Kek yang slice-slice tu takde, yang ada cuma kek sebiji-sebiji. Kek pun tak berapa nak gah. Maklumlah..kedai kek biasa-biasa je. Pilihan yang ada pun cuma butter cream kek dengan cheese kek. Jadi aku pilih cheese kek.





Selamat dah aku makan sepotong.


Ada banyak lagi dalam peti ais. Simpan buat stok makanan masa cuti. Hehe.


Jadi sekarang, dah boleh senyum lega..baby dalam perut pun boleh menari hulala.


Thanks incik suami sudi melayan kerenah mak buyong ni.

Lebiu!


3 comments:

  1. oh my !!! bestnye dpt kek .. hr ni baby ngidam ayam percik .. tp xdpt :(

    ReplyDelete
  2. wauuu....nasib kedai kek dekat hehehee

    ReplyDelete
  3. wauuu....nasib kedai kek dekat hehehee

    ReplyDelete