Thursday, August 11, 2011

6 MONTHS CHECK UP


Semalam dah jumpa doktor untuk check up. Hari ni kena jumpa nurse kat Klinik kesihatan pulak. Adoyai...dua hari berturut-turut mengusung perut ke klinik. Nasiblah kan..Nasib baik hari ni kelas aku tak burn. Kalau tak kesiannya kat anak murid. Kelas semalam memang terpaksa burn, itupun bertuahlah ada cikgu mahu reliefkan.

So hari ni lepas kelas pagi setel jam 8.20, terus aku gegas ke klinik kesihatan. Next kelas adalah jam 12. Jadi sempat kot nak balik sekolah balik.

Bertuahnya hari ni sebab klinik tak ramai orang. Mungkin ramai yang dah setel, yelah, aku sampai klinik pun dah dekat kul 9. Dapat giliran nombor 25. Patient yang tengah dilayan time tu nombor 11. Huh..jadi penunggu lagilah nampaknya kan.

Tapi nasib tak lama sangat. Dalam setengah jam tunggu, turn aku sampai.

Biasalah..nurse check urine. Normal katanya.

Nurse amik sikit darah kat hujung jari untuk check hemoglobin. Nurse kata sel darah merah aku normal, tapi bacaannya menurun banyak jugak banding bulan lepas. Last month bacaannya 13.2 gm. Kali ni turun jadi 11.3 gm. Ini semua sebab iron tablet aku dah habis la ni. Ada lah dalam seminggu jugak aku tak makan iron tablet tu sebab vitamin aku semua dah out of stock. Nampak nau gigih aku makan vitamin. Haha.

Tekanan darah...nurse kata ok. Tapi aku tengok bacaannya macam ngeri je.

170/90

Okey ke tu? Macam tak ok jek.

Nurse pun ada tanya, aku puasa ke tak? Aku jawab lah puasa..tak pernah miss lagi.

Pastu dia tanya..aku tak cukup tidur ke? Aku jawab rasanya tak..aku memang selalu tidur awal. Kul 10 camtu dah jalan dah..tapi bangun awal la sekarang, jam 4 pagi sebab nak sahur.

Nurse tanya lagi..aku selalu naik turun tangga ke? Aku angguk je la. Memang kenyataan pun kan. Setiap hari wajibul ghunnah aku panjat bangunan empat tingkat ni.

Nurse kata aku perlu banyak rehat. Jangan aktif sangat. Tidur mesti cukup dan sekian sekian sekian lagilah nasihat nurse tu. Aku angguk je la. Biasalah bulan puasa penatnya lain sikit sebab badan kurang air. Itupun kira bertuah badan jugak aku ni setakat puasa 10 hari ni incik suami takde meroyan mintak aku masak juadah berbuka. Semua pakai beli je. Kopak lah poket kami bulan ni. Huhu..

Pastu nurse suruh baring..dia nak dengar jantung baby and ukur tinggi rahim. Jantung baby normal..sehat. Cuma dah kurang laju banding dengan awal-awal pregnant dulu. Biasalah tu kan. Baby pulak time nurse dengar bunyi heartbeat tu kemain laju dia bergerak sampai susah jugak nurse nak cari mana jantung budak ni. Alahai la anak..

Dan ending check up kali ni memang tak best.




Kena injection se das.

Injection apa ek? Lupa pulak nak tanya.

Aku main tadah lengan jek.

Huhu.

6 comments:

  1. 170/90 tu tinggi sangat ,nurse tak repeat ke bacaan bp?u sure ke reading u mcm tu?. injection tu ATT prevent kancing gigi in case terberanak luar hosp

    ReplyDelete
  2. Honey..tu la pasal. Mcm ngeri jek bacaan tu. Nurse takde repeat ke apa ke. Saya tgk bacaan tu dalam buku pink. Tak tahulah kalau tulisan nurse tu yang ngek ke apa..dia nak tulis 120/90 nampak mcm 170/90.

    Tapi memang dah takut ni..tekanan darah tinggi???

    Oh no!

    ReplyDelete
  3. wah!! serononknya mengandung ...ermmm :D

    ReplyDelete
  4. tingginyer tekanan darah ieda dah 36 minggu baru naek tekanan darah 130/90 tu pun dah risau

    ReplyDelete
  5. tingginyer tekanan darah ieda 37 minggu br kena darah tinggi tu pun 130/90 risau gak nie..

    ReplyDelete
  6. Ida..takutlah pulak ni. Tadi kat klinik bila tanya nurse tekanan darah tinggi ke x, dia kata ok..tapi kena byk rehat.

    Masa tu xtau bacaannya 170/90. Balik dari klinik baru perasan bila tgk buku pink tu.

    Ish..risaulah. Rasa nak pergi klinik lain skrg jgk. Double check.

    Adylia..pregnant memang seronok. Tapi ada jugaklah pahit maungnya.hehe

    ReplyDelete