Tuesday, August 2, 2011

PENGALAMAN HARI PERTAMA PUASA SEBAGAI IBU MENGANDUNG



Alhamdulillah..semalam berjaya habiskan puasa yang pertama walaupun banyak jugak onak dan duri menduga. Ceaaa!

Mana taknya..Labuan sekarang ni cuacanya adalah super duper panas. Naik tangga 4 tingkat pun berpeluh-peluh sakan dah aku, siap mintak tisu dari anak murid kekdahnya.

Panas..bila panas mulalah asik dahaga manjang.

Ohh coobaannn.

Tapi yang bestnya kat Labuan ni berbuka puasa adalah awal sejam dari semenanjung. Itu sorga!

Balik sekolah pun dah hampir jam 2.30. Mandi-mandi..baring-baring sambil tengok TV dengan buah hati kesayangan...tup tup eh, dah kul 4.30.

Siap-siap nak ke pasar ramadhan katanya..

Semalam makanan semua adalah beli. Kat Labuan sekarang tengah krisis minyak masak. Habis semua kedai baik yang super mahupun yang runcit..bila tanya minyak masak ada tak? semua jawab taraakkk! Ilek!

Kat dapur pulak minyak baru setitis pun takde. Yang ada cuma minyak-minyak belen-belen jek..itupun adalah dalam secawan je kot. Jadi aktiviti memasak terpaksa ditangguhkan buat sementara. Kalau adapun boleh nak di masak cuma telur goreng and goreng ayam drumet jek. Itu pun minyak kena bajet-bajet. Huh.

So semalam berbondong naik motor ke param dengan incik suami. Yang kelakarnya nak beli makanan pun boleh bertekak kat tengah-tengah pasar tu.

Aku kalau boleh tak mau makan nasik putih..aku nak makan nasik yang berwarna-warna macam nasik briyani ke, nasik kerabu ke..camtu lah. Incik suami pulak memang peminat tegar nasik putih berlauk-lauk tu. Jadi kemain disuruhnya aku makan nasik putih jugak. Aku tak mau...tak mau! Paham tak takmau?

Finally berjaya jugak aku dapatkan nasik kerabu. *gambar x sempat nak snap*

Incik suami belikan karipap jugak,,sampai 2 hengget. Masih berbaki lagi tu kat rumah. Heh.

Kek coklat pun ada...puding ada..kuih apam gula hangus ada..air pun macam-macam jenis..pendek kata memang nafsu naga la aku semalam membeli.

Dan sudahnya banyak yang dipersilakan ke tong sampah dari masuk ke mulut.

Membazir sungguh. *dont do this at home*

Jadi hari ni berazam tak mau beli banyak-banyak dah.

Cukuplah kalau dapat makan nasik dan 2 3 lauk..air soya sikit...karipap sardin seketul...cukuplah tu.

Ehh kejap..semalam nampak ada orang jual kek oreo..Nak jugaklah sepotong.

Hihi.

1 comment:

  1. hahaha. *Adoi, asal baca belog kamu mesti nak tergelak :D *

    Teringat masa peknen dulu, memang kepingin sungguh la nasi kerabu. Dapat jugakla beli walaupun tak memenuhi piawaian anak tekak ;p

    Tak pe, selagi nak makan, redah aja lah. :)

    ReplyDelete