Lama betul tak jenguk belog. Bizi memanjang kat sekolah satu hal. Charger laptop rosak pun satu hal jugak yang buat aku dah tak boleh nak online lagi. Ini pun gigih turn on komputer bilik disiplin yang dah berkurun tak turn on semata-mata nak siapkan keje yang melambak-lambak ni. Mana nak siapkan kertas soalan exam akhir tahun budak, mana nak key in markah ujian budak dalam SAPS *yang sangatlah lemm*, mana nak siapkan minit mesyuarat la segala bagai. Tapi bizi-bizi pun sempat jugak curi masa sekejap nak siapkan esaimen belog katanyaaa..Haha!
Banyak benda nak pahat kat sini. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Mula dari mana yang paling latest la yek..senang nak ingat.
Hari ni 6 Oktober....tengah-tengah malam tadi aku dikejutkan dengan sms dari mama. Mama taip gini...
"Yong..pah dah tak ada"
Aku yang mamai-mamai tu terus kejut incik suami untuk inform apa yang mama sms tu. Beliau pun mamai-mamai jugak tapi sempat jugaklah ucap Innalillah sebelum sambung tidur balik. Aku pulak terus call mama...mama mesti sedih sekarang. Tapi apa nak buat, yang hidup pasti akan mati. Sedih memang sedih..aku sayang sangat kat pah. Walaupun bukan pah kandung, tapi beliau tetap moyang pada baby dalam perut ni. Hurmm..mesti baby sedih sebab sorang lagi moyang dia dah pergi tinggalkan dunia ni. Semoga roh pah sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn.
Lagi apa cerita?
Aku ni apa kisahnya ni? Nak beranak kat mana ni?
Hadoilah..terbelenggu sungguh memikirkan hal yang satu ni. Pergi klinik kesihatan nak mintak surat cuti bersalin awal, tak dapat. Paling awal pun boleh drag cuti 2 minggu je dari tarikh due date which is masa tu baby dah 38 minggu. Still tak lepas untuk naik flight. Nak naik flight mesti paling lewat usia baby 35 minggu. Pergi pulak klinik swasta, mintak pandangan doktor sana pulak..pun sama. Doktor tak boleh bagi surat awalkan cuti. Kata doktor, nak cuti awal semua bergantung pada budi bicara pengetua. Hoh. Nampaknya sekarang kena mengadap tuan pengetua pulak.
Sekarang aku pikir gini je la..kalau pengetua boleh bagi aku amik cuti CRK yang berbaki 5 hari lagi tu sekali harung plus mc seminggu untuk layakkan aku balik naik flight masam baby 35 minggu..so aku akan balik bersalin kat KL Kalau tak dapat, takdelah aku nak menangis hiba pun, bersalin je la kat hospital Labuan ni. Bersalin mana-mana pun sakitnya sama jugak. Hehe.
Cerita baby??
Hohoho....anak bertuah sorang ni semakin aktif praktis tendang bola nampaknya. Sejak dah masuk usia kandungan 3 series ni memanjang dia menendang. Kalau dulu nak kena pegang perut baru boleh rasa movement baby. Sekarang tak payaaaahhh...duduk diam-diam tengok dari jauh pun dah boleh nampak perut aku terjojol-jojol sana sini. Sekali sekala baby buat sorakan Ombakkk dalam perut sampai bergelombang habis perut aku. Heh...memang best. Terasa satu nikmat bila tahu anak yang dikandung cergas, membesar denga sihat bagai johan.
Persiapan baby??
Hampir selesai.
Set tilam kekabu untuk playpen sudah aku tempah. Sekali comforter + bantal + bolster. Aku memang adore gila dengan hasil kerja toley kedai tu. Sangat kiut, comel, dan kemas. Nanti ada masa aku share tentang set tilam playpen anak ni.
Set tilam untuk travel-travel pun aku tempah tilam kekabu jugak. Tapi ini tempah kat orang lain. Sajalah, berkongsi rezeki dengan ramai orang. Aicehh! Jadi kiranya hal-hal bedding ni selesai sudah. Tinggal pegi bayar dan tunggu je tilam milam tu sampai ke rumah.
Yang belum selesai lagi adalah barangan mandian baby, barangan grooming, napkin, pampers dan paling penting set breastpump. Eh, hal hal baby storage pun tak beli lagi ni. Hoh, banyak jugak nak pakai duit lagi ni. Harap-harap pembentangan bajet esok adalah bahagian rezeki buat baby. Aminn.
Dah..itu je nak tulis. Tak tahu nak taip apa ni. Biasalah bila banyak kerja sekolah terus blank tak boleh pikir apa-apa lagi. Pitammm!
Nak sambung buat kerja sekolah la. Kang kerja tak siap, tak boleh cuti pulak. Naya gue!
Okey babai!
Sorakan ombak...ya betul..sampai la ni kite tak tau nk panggil ape gerakan tu..itu gerakan paling boleh tersenyum sbb x sakit...
ReplyDelete